SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN SATU
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru
tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal
insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
4
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi
memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu
tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
7
MATLAMAT KURIKULUM
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi
pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat
panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:
1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.
3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1 Menjaga kebersihan tubuh badan
2 Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat
3 Mengenali ubat
4 Mengurus emosi
5 Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain
6 Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan
7 Mencegah jangkitan penyakit berjangkit
8 Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
8
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran
2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran
3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta
kesihatan dan keselamatan diri
4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga
dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran
5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam
mengurus hidup secara positif dan sihat
6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan
seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
9
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1
Mempunyai pengetahuan
tentang asas kesihatan fizikal,
mental, emosi, sosial dan
persekitaran
B1D1
Mengetahui aspek fizikal lelaki dan
perempuan
B1D2
Mengetahui jenis makanan harian
B1D3
Mempamerkan perasaan yang dialami
B1D4
Mengetahui ahli dalam
keluarga/penjaga dan dalam rumah
B1D5
Mengetahui aspek keselamatan diri
B1D1E1
Mengenali bahagian tubuh seperti kepala, badan,
tangan, kaki dan genital.
B1D2E1
Menamakan jenis makanan harian mengikut
waktu makan.
B1D3E1
Mempamerkan perasaan yang dialami seperti
gembira, sedih, takut, marah dan malu.
B1D4E1
Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga dan
dalam rumah.
B1D5E1
Mempunyai maklumat untuk menghubungi ibu bapa
/ penjaga bagi menangani aspek keselamatan diri
dan mengelak diri daripada orang yang tidak
dikenali.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
Faham
B2
Memahami aspek kesihatan
fizikal, mental, emosi, sosial
dan persekitaran
B2D1
Memahami aspek penjagaan
kebersihan diri, pakaian dan alatan
keperluan diri
B2D2
Memahami pemakanan yang bersih
dan selamat
B2D3
Memahami aspek kekeluargaan
B2D4
Memahami aspek keselamatan
persekitaran
B2D1E1
Menjaga kebersihan diri dengan cara mandi yang
betul.
B2D1E2
Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan
diri.
B2D2E1
Menetukan ciri-ciri dan kepentingan makanan dan
minuman yang bersih dan selamat.
B2D3E1
Menyatakan peranan ahli dalam keluarga / penjaga
dan mengenali orang dewasa yang boleh dipercayai
sebagai rujukan.
B2D4E1
Mengenal pasti beberapa situasi tidak selamat di
rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
B2D4E2
Menyenaraikan barangan keperluan rumah yang
membahaya dan memberitahu orang dewasa yang
boleh dipercayai jika terjumpa alat- alat berbahaya.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
B3
Memahami kepentingan dan
boleh mengurus penjagaan diri,
pengurusan mental, emosi dan
sosial serta kesihatan dan
keselamatan diri
B3D1
Mengurus penjagaan kebersihan diri
pakaian dan alatan keperluan
B3D2
Mengurus pengambilan air dan
makanan yang bersih, berkhasiat,
cukup dan selamat serta cara
penyimpanan yang betul
B3D1E1
Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan
diri dengan cara yang betul.
B3D1E2
Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul.
B3D1E3
Menjaga kebersihan organ genital dengan cara
yang betul.
B3D2E1
Menyatakan kepentingan pengambilan air yang
cukup dan mengamalkan pengambilan makanan
dan minuman yang cukup, bersih dan selamat.
B3D2E2
Mengamal pengambilan makanan yang sesuai
mengikut waktu makan.
B3D2E3
Menerangkan cara penyimpanan makanan dan
minuman yang betul.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
12
B3D3
Memahami jenis- jenis ubat
B3D4
Mempamerkan perasaan secara
positif mengikut situasi
B3D5
Memahami hubungan kekeluargaan
B3D6
Mengetahui penyakit berjangkit dan
amalan kebersihan diri
B3D3E1
Mengenal pasti pelbagai jenis ubat dan tujuan
ubat digunakan.
B3D4E1
Meluahkan perasaan yang sesuai mengikut
situasi dan mengenal pasti orang dewasa yang
boleh dipercayai.
B3D4E2
Menyatakan asas keperluan emosi.
B3D5E1
Menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam
keluarga/penjaga dan cara menghormati mereka.
B3D6E1
Mengenal pasti penyakit berjangkit dan
mengamalkan kebersihan diri.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
13
BAND PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, Faham dan
Boleh Buat dengan
Beradab
B4
Boleh memperkembangkan
aspek penjagaan diri serta
pengurusan mental, emosi
dan sosial terhadap
keluarga dan masyarakat
serta memainkan peranan
mengawal aspek kesihatan
dan keselamatan
persekitaran
B4D1
Menjelaskan kepentingan penjagaan
kebersihan diri, pakaian dan alatan
keperluan
B4D2
Memahami penyalahgunaan dan
tatacara pengambilan ubat
B4D3
Memahami adab perhubungan
B4D4
Memahami aspek mengawal
kesihatan persekitaran
B4D1E1
Menjelaskan kepentingan tidak berkongsi alatan
keperluan diri.
B4D2E1
Mengenal pasti penyalahgunaan ubat dan ciri-ciri
ubat yang boleh membahayakan kesihatan.
B4D3E1
Memahami batas hubungan dengan orang lain dan
mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak
selamat serta memberitahu orang yang boleh
dipercayai jika berlaku sentuhan tidak selamat.
B4D3E2
Mengenal pasti perbuatan buli, pembuli dan
mangsa.
B4D4E1
Menceritakan kuman sebagai organisma
berbahaya dan kepentingan mencegah kuman.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
B5
Mempunyai kemahiran
berkomunikasi, empati dengan
orang lain dan berupaya
mengendalikan emosi dalam
mengurus hidup secara positif
dan sihat
B5D1
Mengamalkan penjagaan kebersihan
diri, pakaian dan alatan keperluan
B5D2
Menyedari kepentingan pengambilan
ubat
B5D3
Menguruskan perasaan mengikut
situasi
B5D4
Menerangkan cara kuman dan
penyakit berjangkit merebak serta
cara meminta bantuan
B5D1E1
Menerangkan cara dan masa mencuci tangan dan
kaki serta cara membersih dan memotong kuku
dengan betul.
B5D2E1
Menjelaskan kepentingan mengambil ubat
mengikut preskripsi doktor.
B5D2E2
Menjelaskan kepentingan ubat disimpan di tempat
yang selamat dan memberi sebab ubat seseorang
tidak selamat untuk orang lain.
B5D3E1
Memberikan pendapat bagi membezakan antara
kehendak dan keperluan diri dengan cara yang
betul.
B5D4E1
Menerangkan cara kuman dan penyakit berjangkit
merebak serta cara meminta bantuan daripada
orang yang boleh dipercayai.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1
30 Januari 2013
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
B6
Mempunyai keupayaan membuat
keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran
kehidupan seharian,
meningkatkan literasi kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup
sihat
B6D1
Memperkembangkan aspek
mengawal kesihatan persekitaran
untuk mengurus hidup yang sihat
B6D2
Menjaga perhubungan dan
menangani risiko dalam perhubungan
B6D1E1
Menceritakan cara mengelak kuman merebak dan
jangkitan penyakit berjangkit.
B6D1E2
Menunjuk cara meminta bantuan semasa berlaku
kecederaan dan kecemasan daripada orang yang
boleh membantu.
B6D2E1
Mengamalkan sikap bekerjasama, berkongsi dan
menjalin hubungan berkekalan dengan ahli
keluarga dan orang lain.
B6D2E2
Bertindak dengan cara yang betul untuk
menghadapi dan menangani buli.

More Related Content

What's hot

2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
7 dsp p jasmani tahun 2
7 dsp p jasmani tahun 27 dsp p jasmani tahun 2
7 dsp p jasmani tahun 2CIKGU AHMAD
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurUnit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurTora 뇌성
 
Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2Cik Gmah
 
Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015Azalea
 
193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4
193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4
193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4Norazelin Yahya
 
Rpt pk tahun 5 2021
Rpt pk tahun 5 2021Rpt pk tahun 5 2021
Rpt pk tahun 5 2021hazri hazmi
 
Pk thn 5
Pk thn 5Pk thn 5
Pk thn 5begsaya
 
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.pptnzaheira80
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Rainny Hoh
 

What's hot (15)

2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
6. revisi final permen 58
6. revisi final permen 586. revisi final permen 58
6. revisi final permen 58
 
7 dsp p jasmani tahun 2
7 dsp p jasmani tahun 27 dsp p jasmani tahun 2
7 dsp p jasmani tahun 2
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak AnsurUnit 14 - SayaBertolak Ansur
Unit 14 - SayaBertolak Ansur
 
Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2
 
Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015
 
193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4
193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4
193282230 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-4
 
Rpt pk tahun 5 2021
Rpt pk tahun 5 2021Rpt pk tahun 5 2021
Rpt pk tahun 5 2021
 
Pk thn 5
Pk thn 5Pk thn 5
Pk thn 5
 
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
 
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbasRpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
 

Similar to Kesihatan Tahun 1 Panduan

8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 meigengkapak84
 
Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Intan Isahak
 
Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1apainanam
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Jagadeesan Raju
 
dsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 macdsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 macsee bee
 
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013Mohd Nassir Abdul Rahman
 
DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013Crafty House
 
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 macnadia860621
 
Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2lyndahelmi
 
dsp p jasmani tahun 2
 dsp p jasmani tahun 2 dsp p jasmani tahun 2
dsp p jasmani tahun 2ahmad Zakaria
 
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 21.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 2marshiza
 
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013CIKGU AHMAD
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1hanif5339
 
Dokumen standard sains
Dokumen standard sainsDokumen standard sains
Dokumen standard sainsfadzlinafadzli
 
7 dsp pendidikan jasmani tahun 1
7 dsp pendidikan jasmani tahun 17 dsp pendidikan jasmani tahun 1
7 dsp pendidikan jasmani tahun 1CIKGU AHMAD
 

Similar to Kesihatan Tahun 1 Panduan (20)

8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei
 
Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1
 
Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1
 
17 dsp pjk ting 2 6 feb 2013
17 dsp pjk ting 2   6 feb 201317 dsp pjk ting 2   6 feb 2013
17 dsp pjk ting 2 6 feb 2013
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
 
dsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 macdsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 mac
 
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
 
DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013DSP PJK TONG.3 2013
DSP PJK TONG.3 2013
 
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
 
Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2
 
dsp p jasmani tahun 2
 dsp p jasmani tahun 2 dsp p jasmani tahun 2
dsp p jasmani tahun 2
 
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 21.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
 
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1
 
11 dsp p moral tahun 3 13 mei
11 dsp p moral tahun 3 13 mei11 dsp p moral tahun 3 13 mei
11 dsp p moral tahun 3 13 mei
 
Dokumen standard sains
Dokumen standard sainsDokumen standard sains
Dokumen standard sains
 
7 dsp pendidikan jasmani tahun 1
7 dsp pendidikan jasmani tahun 17 dsp pendidikan jasmani tahun 1
7 dsp pendidikan jasmani tahun 1
 

Recently uploaded

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 

Recently uploaded (20)

442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 

Kesihatan Tahun 1 Panduan

  • 1. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
  • 2. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 3. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 3 PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • 4. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 4 TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
  • 5. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 5 KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
  • 6. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 6 TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
  • 7. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 7 MATLAMAT KURIKULUM Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid: 1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran. 2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit. 3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1 Menjaga kebersihan tubuh badan 2 Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat 3 Mengenali ubat 4 Mengurus emosi 5 Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain 6 Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan 7 Mencegah jangkitan penyakit berjangkit 8 Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
  • 8. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 8 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran 2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran 3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri 4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran 5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat 6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat
  • 9. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 9 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran B1D1 Mengetahui aspek fizikal lelaki dan perempuan B1D2 Mengetahui jenis makanan harian B1D3 Mempamerkan perasaan yang dialami B1D4 Mengetahui ahli dalam keluarga/penjaga dan dalam rumah B1D5 Mengetahui aspek keselamatan diri B1D1E1 Mengenali bahagian tubuh seperti kepala, badan, tangan, kaki dan genital. B1D2E1 Menamakan jenis makanan harian mengikut waktu makan. B1D3E1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu. B1D4E1 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga dan dalam rumah. B1D5E1 Mempunyai maklumat untuk menghubungi ibu bapa / penjaga bagi menangani aspek keselamatan diri dan mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali.
  • 10. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 10 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan Faham B2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran B2D1 Memahami aspek penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan diri B2D2 Memahami pemakanan yang bersih dan selamat B2D3 Memahami aspek kekeluargaan B2D4 Memahami aspek keselamatan persekitaran B2D1E1 Menjaga kebersihan diri dengan cara mandi yang betul. B2D1E2 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri. B2D2E1 Menetukan ciri-ciri dan kepentingan makanan dan minuman yang bersih dan selamat. B2D3E1 Menyatakan peranan ahli dalam keluarga / penjaga dan mengenali orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai rujukan. B2D4E1 Mengenal pasti beberapa situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam B2D4E2 Menyenaraikan barangan keperluan rumah yang membahaya dan memberitahu orang dewasa yang boleh dipercayai jika terjumpa alat- alat berbahaya.
  • 11. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 11 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri B3D1 Mengurus penjagaan kebersihan diri pakaian dan alatan keperluan B3D2 Mengurus pengambilan air dan makanan yang bersih, berkhasiat, cukup dan selamat serta cara penyimpanan yang betul B3D1E1 Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan diri dengan cara yang betul. B3D1E2 Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. B3D1E3 Menjaga kebersihan organ genital dengan cara yang betul. B3D2E1 Menyatakan kepentingan pengambilan air yang cukup dan mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang cukup, bersih dan selamat. B3D2E2 Mengamal pengambilan makanan yang sesuai mengikut waktu makan. B3D2E3 Menerangkan cara penyimpanan makanan dan minuman yang betul.
  • 12. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 12 B3D3 Memahami jenis- jenis ubat B3D4 Mempamerkan perasaan secara positif mengikut situasi B3D5 Memahami hubungan kekeluargaan B3D6 Mengetahui penyakit berjangkit dan amalan kebersihan diri B3D3E1 Mengenal pasti pelbagai jenis ubat dan tujuan ubat digunakan. B3D4E1 Meluahkan perasaan yang sesuai mengikut situasi dan mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai. B3D4E2 Menyatakan asas keperluan emosi. B3D5E1 Menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam keluarga/penjaga dan cara menghormati mereka. B3D6E1 Mengenal pasti penyakit berjangkit dan mengamalkan kebersihan diri.
  • 13. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 13 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab B4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran B4D1 Menjelaskan kepentingan penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan B4D2 Memahami penyalahgunaan dan tatacara pengambilan ubat B4D3 Memahami adab perhubungan B4D4 Memahami aspek mengawal kesihatan persekitaran B4D1E1 Menjelaskan kepentingan tidak berkongsi alatan keperluan diri. B4D2E1 Mengenal pasti penyalahgunaan ubat dan ciri-ciri ubat yang boleh membahayakan kesihatan. B4D3E1 Memahami batas hubungan dengan orang lain dan mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat serta memberitahu orang yang boleh dipercayai jika berlaku sentuhan tidak selamat. B4D3E2 Mengenal pasti perbuatan buli, pembuli dan mangsa. B4D4E1 Menceritakan kuman sebagai organisma berbahaya dan kepentingan mencegah kuman.
  • 14. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 14 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji B5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat B5D1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri, pakaian dan alatan keperluan B5D2 Menyedari kepentingan pengambilan ubat B5D3 Menguruskan perasaan mengikut situasi B5D4 Menerangkan cara kuman dan penyakit berjangkit merebak serta cara meminta bantuan B5D1E1 Menerangkan cara dan masa mencuci tangan dan kaki serta cara membersih dan memotong kuku dengan betul. B5D2E1 Menjelaskan kepentingan mengambil ubat mengikut preskripsi doktor. B5D2E2 Menjelaskan kepentingan ubat disimpan di tempat yang selamat dan memberi sebab ubat seseorang tidak selamat untuk orang lain. B5D3E1 Memberikan pendapat bagi membezakan antara kehendak dan keperluan diri dengan cara yang betul. B5D4E1 Menerangkan cara kuman dan penyakit berjangkit merebak serta cara meminta bantuan daripada orang yang boleh dipercayai.
  • 15. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 1 30 Januari 2013 15 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali B6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat B6D1 Memperkembangkan aspek mengawal kesihatan persekitaran untuk mengurus hidup yang sihat B6D2 Menjaga perhubungan dan menangani risiko dalam perhubungan B6D1E1 Menceritakan cara mengelak kuman merebak dan jangkitan penyakit berjangkit. B6D1E2 Menunjuk cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan dan kecemasan daripada orang yang boleh membantu. B6D2E1 Mengamalkan sikap bekerjasama, berkongsi dan menjalin hubungan berkekalan dengan ahli keluarga dan orang lain. B6D2E2 Bertindak dengan cara yang betul untuk menghadapi dan menangani buli.