SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
STANDARD PRESTASI 
MATEMATIK TAHUN 1 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
DOKUMEN STANDARD PRESTASI 
PENDIDIKAN MORAL 
TINGKATAN 1
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
2 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
3 
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL 
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. 
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL 
Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: 
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; 
2. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; 
3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; 
4. Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan 
5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
4 
PENDAHULUAN 
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. 
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. 
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
5 
TAFSIRAN 
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. 
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. 
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. 
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. 
o Evidens 
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. 
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. 
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
6 
TAFSIRAN BAND 
BAND 
PERNYATAAN BAND 
TAFSIRAN 
1 
TAHU 
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 
2 
TAHU DAN FAHAM 
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 
3 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT 
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 
4 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB 
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 
5 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI 
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 
6 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI 
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
7 
BAND PERNYATAAN STANDARD 
1 
Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia 
2 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia 
3 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia 
4 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang 
5 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat 
6 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
8 
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 
1 
Tahu 
B1 
Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia 
B1D1 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri 
 Kepercayaan kepada Tuhan 
 Amanah 
 Harga Diri 
 Bertanggungjawab 
 Hemah Tinggi 
 Toleransi 
 Berdikari 
 Kerajinan 
 Kasih Sayang 
 Keadilan 
 Rasional 
 Kesederhanaan 
B1D1E1 
Boleh menyatakan 
 cara menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah 
di sekolah 
 kekuatan dan kelemahan diri 
 cara menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran 
 adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan 
 perbezaan yang wujud dalam masyarakat 
 cara menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain 
 cara menentukan kesahihan sesuatu maklumat 
 cara bersikap sederhana dalam kehidupan seharian 
B1D1E2 
Boleh memberi contoh 
 tugas di rumah / di sekolah yang dilakukan tanpa bergantung kepada orang lain 
 amalan yang adil dalam kalangan anggota keluarga 
B1D1E3 
Boleh menyenaraikan 
 contoh ciptaan Tuhan 
 ciri kerajinan untuk mencapai kejayaan dalam hidup
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
9 
B1D2 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan 
 Kasih Sayang terhadap Keluarga 
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 
 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan 
 Tanggungjawab terhadap Keluarga 
B1D3 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar 
 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar 
 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar 
 Kemapanan Alam Sekitar 
 Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar 
B1D4 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme 
 Cinta akan Negara 
 Taat Setia kepada Raja dan Negara 
 Sanggup Berkorban untuk Negara 
B1D2E1 
Boleh menyatakan 
 amalan kasih sayang terhadap keluarga seperti yang dituntut oleh agama 
 cara menghormati setiap anggota keluarga 
 tradisi yang diamalkan dalam keluarga 
 peranan sebagai anggota keluarga 
B1D3E1 
Boleh menyatakan 
 cara menjaga keseimbangan alam sekitar 
 cara menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam 
 cara menyokong usaha melindungi khazanah hutan 
 jenis pencemaran alam sekitar 
B1D4E1 
Boleh menyatakan lambang kebesaran dan identiti negara 
B1D4E2 
Boleh menyenaraikan 
 tempat –tempat pelancongan yang mempunyai alam semulajadi yang indah 
 tokoh yang sanggup berjuang demi negara
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
10 
B1D5 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia 
 Melindungi Hak Kanak-kanak 
 Menghormati Hak Wanita 
 Melindungi Hak Pekerja 
 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya 
 Melindungi Hak Pengguna 
B1D6 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi 
 Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang 
 Kebebasan Bersuara 
 Kebebasan Beragama 
 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara 
 Sikap Keterbukaan 
B1D7 
Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian 
 Hidup Bersama secara Aman 
 Saling Membantu dan Bekerjasama 
 Saling Menghormati antara Negara 
B1D5E1 
Boleh menyatakan 
 keperluan asas yang diperlukan untuk hidup 
 cara memberi layanan baik kepada wanita 
 hak pekerja di tempat kerja 
 punca kecacatan golongan kurang berupaya 
 hak dan tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan keperluan asas 
B1D6E1 
Boleh menyatakan 
 peraturan yang perlu dipatuhi di rumah / 
di sekolah 
 keperluan kebebasan bersuara 
 amalan pelbagai agama dalam kehidupan seharian 
 aktiviti anjuran sekolah yang melibatkan murid 
 cara mengamalkan sikap keterbukaan 
B1D7E1 
Boleh menyatakan 
 cara menjalin hubungan yang baik dengan warga sekolah / masyarakat 
 amalan saling membantu dalam hidup bermasyarakat 
 pelbagai ideologi negara di dunia
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
11 
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 
2 
Tahu dan Faham 
B2 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia 
B2D1 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri 
 Kepercayaan kepada Tuhan 
 Amanah 
 Harga Diri 
 Bertanggungjawab 
 Hemah Tinggi 
 Toleransi 
 Berdikari 
 Kerajinan 
 Kasih Sayang 
 Keadilan 
 Rasional 
 Kesederhanaan 
B2D1E1 
Boleh menjelaskan 
 keunikan manusia dan alam semesta sebagai ciptaan Tuhan 
 kepentingan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah 
 cara memelihara maruah diri 
 kepentingan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran 
 kepentingan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan 
 kepentingan sikap berdikari untuk kejayaan hidup 
 amalan kerajinan yang membawa kejayaan individu 
 kepentingan menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain 
 kepentingan berlaku adil dalam keluarga 
 kepentingan menentukan kesahihan sesuatu maklumat 
 kepentingan bersikap sederhana dalam kehidupan seharian 
B2D1E2 
Boleh membuat perbandingan antara rakan sekelas dari pelbagai aspek seperti kebolehan, pemikiran, status ekonomi dan agama / kepercayaan yang wujud dalam masyarakat
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
12 
B2D2 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan 
 Kasih Sayang terhadap Keluarga 
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 
 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan 
 Tanggungjawab terhadap Keluarga 
B2D3 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Alam sekitar 
 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar 
 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar 
 Kemapanan Alam Sekitar 
 Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar 
B2D4 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme 
 Cinta akan Negara 
 Taat Setia kepada Raja dan Negara 
 Sanggup Berkorban untuk Negara 
B2D2E1 
Boleh menjelaskan 
 kepentingan amalan kasih sayang terhadap keluarga seperti yang dituntut oleh agama 
 kepentingan menghormati setiap anggota keluarga 
 kepentingan tradisi yang diamalkan dalam keluarga 
 kepentingan melaksanakan peranan sebagai anggota keluarga 
B2D3E1 
Boleh menjelaskan 
 kepentingan menjaga keseimbangan alam sekitar 
 kepentingan menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam 
 cara menyokong usaha melindungi khazanah hutan 
 kesan pencemaran alam sekitar 
B2D4E1 
Boleh menjelaskan 
 cara menunjukkan kebanggaan terhadap keindahan alam semulajadi di negara sendiri 
 kepentingan menghormati dan menghayati lambang kebesaran dan identiti negara 
 peranan pasukan keselamatan / perjuangan tokoh yang sanggup berkorban untuk negara
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
13 
B2D5 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia 
 Melindungi Hak Kanak-Kanak 
 Menghormati Hak Wanita 
 Melindungi Hak Pekerja 
 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya 
 Melindungi Hak Pengguna 
B2D6 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi 
 Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang 
 Kebebasan Bersuara 
 Kebebasan Beragama 
 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara 
 Sikap Keterbukaan 
B2D7 
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian 
 Hidup Bersama secara Aman 
 Saling Membantu dan Bekerjasama 
 Saling Menghormati antara Negara 
B2D5E1 
Boleh menjelaskan 
 kepentingan keperluan asas kepada kanak-kanak 
 kepentingan memberi layanan baik kepada wanita 
 hak pekerja di tempat kerja 
 kepentingan menghormati golongan kurang berupaya 
 hak dan tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan keperluan asas 
B2D6E1 
Boleh menjelaskan 
 kesan melanggar peraturan di rumah / 
di sekolah 
 sebab adanya batasan tertentu dalam kebebasan bersuara 
 kepentingan menghormati amalan pelbagai agama 
 kepentingan penglibatan semua murid dalam menjayakan aktiviti anjuran sekolah 
 kepentingan sikap keterbukaan 
B2D7E1 
Boleh menjelaskan 
 kepentingan menjalin hubungan baik dengan warga sekolah / masyarakat 
 kepentingan sikap suka membantu dalam hidup bermasyarakat 
 kepentingan menghormati kedaulatan sesebuah negara
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
14 
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 
3 
Tahu, Faham dan Boleh Buat 
B3 
Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia 
B3D1 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri 
 Kepercayaan kepada Tuhan 
 Amanah 
 Harga Diri 
 Bertanggungjawab 
 Hemah Tinggi 
 Toleransi 
 Berdikari 
 Kerajinan 
 Kasih Sayang 
 Keadilan 
 Rasional 
 Kesederhanaan 
B3D1E1 
Boleh menunjukkan perlakuan 
 menghargai ciptaan Tuhan 
 melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah apabila disuruh 
 menjaga maruah diri di sekolah apabila disuruh 
 menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran apabila disuruh 
 bertolak ansur dengan rakan di sekolah terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat 
 menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain 
 adil dalam tindakan dengan anggota keluarga 
B3D1E2 
Boleh menunjukkan 
 adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan apabila disuruh 
 sikap rajin untuk mencapai kejayaan dalam hidup apabila disuruh 
 sikap sederhana dalam kehidupan 
B3D1E3 
Boleh melakukan tugas di rumah / sekolah tanpa bergantung kepada orang lain
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
15 
B3D2 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan 
 Kasih Sayang terhadap Keluarga 
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 
 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan 
 Tanggungjawab terhadap Keluarga 
B3D3 
Mengetahui memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar 
 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar 
 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar 
 Peka terhadap Isu-Isu Alam sekitar 
B3D4 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme 
 Cinta akan Negara 
 Taat Setia kepada Raja dan Negara 
B3D2E1 
Boleh menunjukkan perlakuan 
 melaksanakan peranan sebagai anggota keluarga 
 menerima dan menghormati adat / tradisi yang diamalkan oleh keluarga 
B3D3E1 
Boleh menunjukkan perlakuan 
 menjaga keseimbangan alam sekitar 
 menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam apabila diarah 
B3D3E2 
Boleh menunjukkan sikap prihatin terhadap kesan pencemaran alam sekitar 
B3D4E1 
Boleh menunjukkan sikap bangga terhadap keindahan alam di negara sendiri 
B3D4E2 
Boleh menunjukkan perlakuan menghormati lambang kebesaran dan identiti negara apabila diarah
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
16 
B3D5 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia 
 Menghormati Hak Wanita 
 Melindungi Hak Pengguna 
B3D6 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi 
 Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang 
 Kebebasan Bersuara 
 Kebebasan Beragama 
 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara 
 Sikap Keterbukaan 
B3D7 
Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian 
 Hidup Bersama secara Aman 
 Saling Membantu dan Bekerjasama 
B3D5E1 
Boleh menunjukkan cara 
 memberi layanan baik kepada wanita 
 menjaga hak dan tanggungjawab sebagai pengguna 
B3D6E1 
Boleh menunjukkan perlakuan 
 mematuhi peraturan di sekolah apabila disuruh 
 menghormati amalan pelbagai agama apabila disuruh 
 menjalankan tugas yang diberi bagi menjayakan aktiviti anjuran sekolah 
B3D6E2 
Boleh memberi pendapat dan meluahkan perasaan apabila disuruh 
B3D6E3 
Boleh menunjukkan sikap keterbukaan apabila menerima teguran dalam sesuatu tindakan 
B3D7E1 
Boleh menunjukkan 
 interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah / masyarakat 
 sikap suka membantu untuk kebaikan bersama dalam hidup bermasyarakat
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
17 
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 
4 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 
B4 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang- undang 
B4D1 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri 
 Kepercayaan kepada Tuhan 
 Amanah 
 Harga Diri 
 Bertanggungjawab 
 Hemah Tinggi 
 Toleransi 
 Berdikari 
 Kerajinan 
 Kasih Sayang 
 Rasional 
B4D1E1 
Boleh menghargai ciptaan Tuhan berlandaskan peraturan agama dengan rela hati 
B4D1E2 
Boleh bersikap 
 bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat dengan ikhlas 
 sopan dalam pertuturan dan tingkah laku 
 gigih dengan rela hati untuk mencapai kejayaan dalam hidup 
 menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain dengan ikhlas 
B4D1E3 
Boleh menjaga maruah diri di sekolah tanpa disuruh 
B4D1E4 
Boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah dengan rela hati 
B4D1E5 
Boleh menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran dengan rela hati
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
18 
B4D2 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan 
 Kasih Sayang terhadap Keluarga 
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 
 Tanggungjawab terhadap Keluarga 
B4D3 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar 
 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar 
 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar 
B4D4 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme 
 Cinta akan Negara 
 Taat Setia kepada Raja dan Negara 
B4D5 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia 
 Melindungi Hak Pengguna 
B4D2E1 
Boleh menunjukkan sikap kasih sayang / boleh memberi layanan secara bersopan kepada setiap anggota keluarga / boleh menjaga maruah keluarga dengan tertib / rela hati 
B4D3E1 
Boleh menjaga 
 keseimbangan alam sekitar dengan tertib dan bertanggungjawab 
 kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam dengan rela hati 
B4D4E1 
Boleh menceritakan perasaan sayang dan bangga terhadap keindahan alam di negara sendiri dengan tertib / ikhlas 
B4D4E2 
Boleh menunjukkan sikap menghormati lambang kebesaran dan identiti negara dengan rela hati 
B4D5E1 
Boleh melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dengan tertib / bijak
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
19 
B4D6 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi 
 Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang 
 Kebebasan Bersuara 
 Kebebasan Beragama 
 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara 
 Sikap Keterbukaan 
B4D7 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan keharmonian 
 Hidup Bersama secara Aman 
 Saling Membantu dan Bekerjasama 
B4D6E1 
Boleh mematuhi peraturan di sekolah dengan 
rela hati 
B4D6E2 
Boleh memberikan pendapat dan meluahkan perasaan dengan tertib / dalam batasan tertentu 
B4D6E3 
Boleh menghormati amalan pelbagai agama dengan tertib / rela hati 
B4D6E4 
Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dengan tertib / rela hati 
B4D6E5 
Boleh bersikap terbuka apabila menerima teguran dalam sesuatu tindakan dengan tertib / ikhlas 
B4D7E1 
Boleh menunjukkan 
 interaksi dan komunikasi secara sopan / tertib dengan warga sekolah 
 sikap suka membantu untuk kebaikan bersama dalam hidup bermasyarakat dengan rela hati
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
20 
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 
5 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 
B5 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang- undang serta norma masyarakat 
B5D1 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi 
 Bertanggungjawab 
 Hemah Tinggi 
 Kerajinan 
 Kasih Sayang 
 Rasional 
B5D2 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi 
 Kasih Sayang terhadap Keluarga 
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 
 Tanggungjawab terhadap Keluarga 
B5D1E1 
Boleh mengamalkan perkara berikut dengan tertib / ikhlas dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat 
 perlakuan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran 
 adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan di sekolah 
 sikap rajin untuk mencapai kejayaan hidup 
 sikap menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain 
B5D2E1 
Boleh mengamalkan sikap kasih sayang / menghormati anggota keluarga / melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
21 
B5D3 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi 
 Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang 
 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara 
B5D4 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam kehidupan seharian 
 Hidup Bersama secara Aman 
B5D3E1 
Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di sekolah dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan 
B5D3E2 
Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan 
B5D4E1 
Boleh mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah secara sopan / tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
22 
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 
6 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 
B6 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang- undang serta norma masyarakat dan diteladani 
B6D1 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi serta dicontohi 
 Bertanggungjawab 
 Hemah Tinggi 
 Kerajinan 
 Kasih Sayang 
 Rasional 
B6D2 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi serta dicontohi 
 Kasih Sayang terhadap Keluarga 
 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga 
 Tanggungjawab terhadap Keluarga 
B6D1E1 
Boleh mengamalkan perkara berikut dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi 
 perlakuan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran 
 adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan di sekolah 
 sikap rajin untuk mencapai kejayaan hidup 
 sikap menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain 
B6D2E1 
Boleh mengamalkan sikap kasih sayang atau menghormati anggota keluarga / melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga serta dicontohi
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 
Januari 2013 
23 
B6D3 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi dan dicontohi 
 Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang 
 Penglibatan Diri dalam Pembangunan negara 
B6D4 
Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam kehidupan seharian dan dicontohi 
 Hidup Bersama secara Aman 
B6D3E1 
Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di sekolah dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi 
B6D3E2 
Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dalam pelbagai situasi dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi 
B6D4E1 
Boleh mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah secara sopan / tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi

More Related Content

What's hot

Rpt (moral) thn 6 2016
Rpt (moral) thn 6 2016Rpt (moral) thn 6 2016
Rpt (moral) thn 6 2016Yusrina Abdul
 
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmEsther Eusan
 
Rancangan pelajaran tahunan moral thn2
Rancangan pelajaran tahunan moral thn2Rancangan pelajaran tahunan moral thn2
Rancangan pelajaran tahunan moral thn2Nor Azreen
 
4. pembentangan bahan moral 2015 guru
4. pembentangan bahan moral 2015 guru4. pembentangan bahan moral 2015 guru
4. pembentangan bahan moral 2015 guruHana Danial
 
19 dsp p kesihatan tahun 3 5 feb 2013
19 dsp p kesihatan tahun 3   5 feb 201319 dsp p kesihatan tahun 3   5 feb 2013
19 dsp p kesihatan tahun 3 5 feb 2013SKPA_2
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Rainny Hoh
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolahAznida Ninie
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamJihan Alive
 
Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2Cik Gmah
 
Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik   feb 2013Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik   feb 2013
Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 
Proposal skripsi ii
Proposal skripsi iiProposal skripsi ii
Proposal skripsi iiWarsito Sito
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranBen Devon
 

What's hot (17)

Rpt (moral) thn 6 2016
Rpt (moral) thn 6 2016Rpt (moral) thn 6 2016
Rpt (moral) thn 6 2016
 
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
DS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bmDS pend moral thn 2 versi bm
DS pend moral thn 2 versi bm
 
Rancangan pelajaran tahunan moral thn2
Rancangan pelajaran tahunan moral thn2Rancangan pelajaran tahunan moral thn2
Rancangan pelajaran tahunan moral thn2
 
4. pembentangan bahan moral 2015 guru
4. pembentangan bahan moral 2015 guru4. pembentangan bahan moral 2015 guru
4. pembentangan bahan moral 2015 guru
 
Rpt moral tahun 2
Rpt moral tahun 2Rpt moral tahun 2
Rpt moral tahun 2
 
19 dsp p kesihatan tahun 3 5 feb 2013
19 dsp p kesihatan tahun 3   5 feb 201319 dsp p kesihatan tahun 3   5 feb 2013
19 dsp p kesihatan tahun 3 5 feb 2013
 
Rpt update 2013 y6
Rpt update 2013 y6Rpt update 2013 y6
Rpt update 2013 y6
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
 
Guru pendidikan moral
Guru pendidikan moralGuru pendidikan moral
Guru pendidikan moral
 
Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2Dsp p moral ting 2
Dsp p moral ting 2
 
Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik   feb 2013Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik   feb 2013
Dsp d muzik tahun 2 tambahbaik feb 2013
 
Proposal skripsi ii
Proposal skripsi iiProposal skripsi ii
Proposal skripsi ii
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
 

Similar to Moral1

Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013Mohd Nassir Abdul Rahman
 
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013CIKGU AHMAD
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1   tambahbaik feb 2013Dsp p kesihatan tahun 1   tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013wanaridi wanmat
 
8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 meigengkapak84
 
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 
DSP PSK TINGKATAN 1
DSP PSK TINGKATAN 1DSP PSK TINGKATAN 1
DSP PSK TINGKATAN 1Intan Isahak
 
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 201316 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013nortatar
 
Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Intan Isahak
 
Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1apainanam
 
dsp p jasmani tahun 2
 dsp p jasmani tahun 2 dsp p jasmani tahun 2
dsp p jasmani tahun 2ahmad Zakaria
 
dsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 macdsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 macsee bee
 
dsp pjk tingkatan 1
dsp pjk tingkatan 1dsp pjk tingkatan 1
dsp pjk tingkatan 1cikgusiti85
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Jagadeesan Raju
 
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 macnadia860621
 
Dokumen standard sains
Dokumen standard sainsDokumen standard sains
Dokumen standard sainsfadzlinafadzli
 
Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2lyndahelmi
 
8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)
8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)
8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)mujan mujan
 
7 dsp pj tahun 3 13 mei
7 dsp pj tahun 3 13 mei7 dsp pj tahun 3 13 mei
7 dsp pj tahun 3 13 meigengkapak84
 

Similar to Moral1 (20)

Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik   feb 2013
Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
 
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
Dsp p moral tahun 1 penambahbaikaN jan 2013
 
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p moral tahun 2 tambahbaik feb 2013
 
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1   tambahbaik feb 2013Dsp p kesihatan tahun 1   tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 1 tambahbaik feb 2013
 
8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei
 
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013
 
DSP PSK TINGKATAN 1
DSP PSK TINGKATAN 1DSP PSK TINGKATAN 1
DSP PSK TINGKATAN 1
 
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 201316 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2   6 feb 2013
16 dsp p sivik dan kewarganegaraan ting 2 6 feb 2013
 
Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1
 
Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1Dsp pjpk ting 1
Dsp pjpk ting 1
 
dsp p jasmani tahun 2
 dsp p jasmani tahun 2 dsp p jasmani tahun 2
dsp p jasmani tahun 2
 
dsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 macdsp pjk tingkatan 1 15 mac
dsp pjk tingkatan 1 15 mac
 
dsp pjk tingkatan 1
dsp pjk tingkatan 1dsp pjk tingkatan 1
dsp pjk tingkatan 1
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
Dsp pendidikan kesihatan tahun 1
 
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
 
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
12 dsp pjk tingkatan 1 15 mac
 
Dokumen standard sains
Dokumen standard sainsDokumen standard sains
Dokumen standard sains
 
Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2Dsp pk tahun 2
Dsp pk tahun 2
 
8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)
8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)
8 dsp p kesihatan tahun 2 (terbaru)
 
7 dsp pj tahun 3 13 mei
7 dsp pj tahun 3 13 mei7 dsp pj tahun 3 13 mei
7 dsp pj tahun 3 13 mei
 

Moral1

  • 1. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
  • 2. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
  • 3. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 3 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: 1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; 2. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; 3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; 4. Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan 5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
  • 4. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 4 PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • 5. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 5 TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
  • 6. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 6 TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
  • 7. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 7 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia 2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia 3 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia 4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang 5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat 6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani
  • 8. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 8 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia B1D1 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri  Kepercayaan kepada Tuhan  Amanah  Harga Diri  Bertanggungjawab  Hemah Tinggi  Toleransi  Berdikari  Kerajinan  Kasih Sayang  Keadilan  Rasional  Kesederhanaan B1D1E1 Boleh menyatakan  cara menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah  kekuatan dan kelemahan diri  cara menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran  adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan  perbezaan yang wujud dalam masyarakat  cara menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain  cara menentukan kesahihan sesuatu maklumat  cara bersikap sederhana dalam kehidupan seharian B1D1E2 Boleh memberi contoh  tugas di rumah / di sekolah yang dilakukan tanpa bergantung kepada orang lain  amalan yang adil dalam kalangan anggota keluarga B1D1E3 Boleh menyenaraikan  contoh ciptaan Tuhan  ciri kerajinan untuk mencapai kejayaan dalam hidup
  • 9. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 9 B1D2 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan  Kasih Sayang terhadap Keluarga  Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga  Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan  Tanggungjawab terhadap Keluarga B1D3 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar  Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar  Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar  Kemapanan Alam Sekitar  Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar B1D4 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme  Cinta akan Negara  Taat Setia kepada Raja dan Negara  Sanggup Berkorban untuk Negara B1D2E1 Boleh menyatakan  amalan kasih sayang terhadap keluarga seperti yang dituntut oleh agama  cara menghormati setiap anggota keluarga  tradisi yang diamalkan dalam keluarga  peranan sebagai anggota keluarga B1D3E1 Boleh menyatakan  cara menjaga keseimbangan alam sekitar  cara menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam  cara menyokong usaha melindungi khazanah hutan  jenis pencemaran alam sekitar B1D4E1 Boleh menyatakan lambang kebesaran dan identiti negara B1D4E2 Boleh menyenaraikan  tempat –tempat pelancongan yang mempunyai alam semulajadi yang indah  tokoh yang sanggup berjuang demi negara
  • 10. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 10 B1D5 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia  Melindungi Hak Kanak-kanak  Menghormati Hak Wanita  Melindungi Hak Pekerja  Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya  Melindungi Hak Pengguna B1D6 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi  Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang  Kebebasan Bersuara  Kebebasan Beragama  Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara  Sikap Keterbukaan B1D7 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian  Hidup Bersama secara Aman  Saling Membantu dan Bekerjasama  Saling Menghormati antara Negara B1D5E1 Boleh menyatakan  keperluan asas yang diperlukan untuk hidup  cara memberi layanan baik kepada wanita  hak pekerja di tempat kerja  punca kecacatan golongan kurang berupaya  hak dan tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan keperluan asas B1D6E1 Boleh menyatakan  peraturan yang perlu dipatuhi di rumah / di sekolah  keperluan kebebasan bersuara  amalan pelbagai agama dalam kehidupan seharian  aktiviti anjuran sekolah yang melibatkan murid  cara mengamalkan sikap keterbukaan B1D7E1 Boleh menyatakan  cara menjalin hubungan yang baik dengan warga sekolah / masyarakat  amalan saling membantu dalam hidup bermasyarakat  pelbagai ideologi negara di dunia
  • 11. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 11 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan Faham B2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia B2D1 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri  Kepercayaan kepada Tuhan  Amanah  Harga Diri  Bertanggungjawab  Hemah Tinggi  Toleransi  Berdikari  Kerajinan  Kasih Sayang  Keadilan  Rasional  Kesederhanaan B2D1E1 Boleh menjelaskan  keunikan manusia dan alam semesta sebagai ciptaan Tuhan  kepentingan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah  cara memelihara maruah diri  kepentingan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran  kepentingan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan  kepentingan sikap berdikari untuk kejayaan hidup  amalan kerajinan yang membawa kejayaan individu  kepentingan menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain  kepentingan berlaku adil dalam keluarga  kepentingan menentukan kesahihan sesuatu maklumat  kepentingan bersikap sederhana dalam kehidupan seharian B2D1E2 Boleh membuat perbandingan antara rakan sekelas dari pelbagai aspek seperti kebolehan, pemikiran, status ekonomi dan agama / kepercayaan yang wujud dalam masyarakat
  • 12. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 12 B2D2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan  Kasih Sayang terhadap Keluarga  Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga  Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan  Tanggungjawab terhadap Keluarga B2D3 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Alam sekitar  Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar  Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar  Kemapanan Alam Sekitar  Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar B2D4 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme  Cinta akan Negara  Taat Setia kepada Raja dan Negara  Sanggup Berkorban untuk Negara B2D2E1 Boleh menjelaskan  kepentingan amalan kasih sayang terhadap keluarga seperti yang dituntut oleh agama  kepentingan menghormati setiap anggota keluarga  kepentingan tradisi yang diamalkan dalam keluarga  kepentingan melaksanakan peranan sebagai anggota keluarga B2D3E1 Boleh menjelaskan  kepentingan menjaga keseimbangan alam sekitar  kepentingan menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam  cara menyokong usaha melindungi khazanah hutan  kesan pencemaran alam sekitar B2D4E1 Boleh menjelaskan  cara menunjukkan kebanggaan terhadap keindahan alam semulajadi di negara sendiri  kepentingan menghormati dan menghayati lambang kebesaran dan identiti negara  peranan pasukan keselamatan / perjuangan tokoh yang sanggup berkorban untuk negara
  • 13. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 13 B2D5 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia  Melindungi Hak Kanak-Kanak  Menghormati Hak Wanita  Melindungi Hak Pekerja  Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya  Melindungi Hak Pengguna B2D6 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi  Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang  Kebebasan Bersuara  Kebebasan Beragama  Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara  Sikap Keterbukaan B2D7 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian  Hidup Bersama secara Aman  Saling Membantu dan Bekerjasama  Saling Menghormati antara Negara B2D5E1 Boleh menjelaskan  kepentingan keperluan asas kepada kanak-kanak  kepentingan memberi layanan baik kepada wanita  hak pekerja di tempat kerja  kepentingan menghormati golongan kurang berupaya  hak dan tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan keperluan asas B2D6E1 Boleh menjelaskan  kesan melanggar peraturan di rumah / di sekolah  sebab adanya batasan tertentu dalam kebebasan bersuara  kepentingan menghormati amalan pelbagai agama  kepentingan penglibatan semua murid dalam menjayakan aktiviti anjuran sekolah  kepentingan sikap keterbukaan B2D7E1 Boleh menjelaskan  kepentingan menjalin hubungan baik dengan warga sekolah / masyarakat  kepentingan sikap suka membantu dalam hidup bermasyarakat  kepentingan menghormati kedaulatan sesebuah negara
  • 14. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 14 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3 Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia B3D1 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri  Kepercayaan kepada Tuhan  Amanah  Harga Diri  Bertanggungjawab  Hemah Tinggi  Toleransi  Berdikari  Kerajinan  Kasih Sayang  Keadilan  Rasional  Kesederhanaan B3D1E1 Boleh menunjukkan perlakuan  menghargai ciptaan Tuhan  melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah apabila disuruh  menjaga maruah diri di sekolah apabila disuruh  menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran apabila disuruh  bertolak ansur dengan rakan di sekolah terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat  menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain  adil dalam tindakan dengan anggota keluarga B3D1E2 Boleh menunjukkan  adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan apabila disuruh  sikap rajin untuk mencapai kejayaan dalam hidup apabila disuruh  sikap sederhana dalam kehidupan B3D1E3 Boleh melakukan tugas di rumah / sekolah tanpa bergantung kepada orang lain
  • 15. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 15 B3D2 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan  Kasih Sayang terhadap Keluarga  Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga  Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan  Tanggungjawab terhadap Keluarga B3D3 Mengetahui memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar  Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar  Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar  Peka terhadap Isu-Isu Alam sekitar B3D4 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme  Cinta akan Negara  Taat Setia kepada Raja dan Negara B3D2E1 Boleh menunjukkan perlakuan  melaksanakan peranan sebagai anggota keluarga  menerima dan menghormati adat / tradisi yang diamalkan oleh keluarga B3D3E1 Boleh menunjukkan perlakuan  menjaga keseimbangan alam sekitar  menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam apabila diarah B3D3E2 Boleh menunjukkan sikap prihatin terhadap kesan pencemaran alam sekitar B3D4E1 Boleh menunjukkan sikap bangga terhadap keindahan alam di negara sendiri B3D4E2 Boleh menunjukkan perlakuan menghormati lambang kebesaran dan identiti negara apabila diarah
  • 16. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 16 B3D5 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia  Menghormati Hak Wanita  Melindungi Hak Pengguna B3D6 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi  Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang  Kebebasan Bersuara  Kebebasan Beragama  Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara  Sikap Keterbukaan B3D7 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian  Hidup Bersama secara Aman  Saling Membantu dan Bekerjasama B3D5E1 Boleh menunjukkan cara  memberi layanan baik kepada wanita  menjaga hak dan tanggungjawab sebagai pengguna B3D6E1 Boleh menunjukkan perlakuan  mematuhi peraturan di sekolah apabila disuruh  menghormati amalan pelbagai agama apabila disuruh  menjalankan tugas yang diberi bagi menjayakan aktiviti anjuran sekolah B3D6E2 Boleh memberi pendapat dan meluahkan perasaan apabila disuruh B3D6E3 Boleh menunjukkan sikap keterbukaan apabila menerima teguran dalam sesuatu tindakan B3D7E1 Boleh menunjukkan  interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah / masyarakat  sikap suka membantu untuk kebaikan bersama dalam hidup bermasyarakat
  • 17. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 17 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab B4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang- undang B4D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri  Kepercayaan kepada Tuhan  Amanah  Harga Diri  Bertanggungjawab  Hemah Tinggi  Toleransi  Berdikari  Kerajinan  Kasih Sayang  Rasional B4D1E1 Boleh menghargai ciptaan Tuhan berlandaskan peraturan agama dengan rela hati B4D1E2 Boleh bersikap  bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat dengan ikhlas  sopan dalam pertuturan dan tingkah laku  gigih dengan rela hati untuk mencapai kejayaan dalam hidup  menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain dengan ikhlas B4D1E3 Boleh menjaga maruah diri di sekolah tanpa disuruh B4D1E4 Boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah dengan rela hati B4D1E5 Boleh menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran dengan rela hati
  • 18. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 18 B4D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan  Kasih Sayang terhadap Keluarga  Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga  Tanggungjawab terhadap Keluarga B4D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar  Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar  Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar B4D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme  Cinta akan Negara  Taat Setia kepada Raja dan Negara B4D5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia  Melindungi Hak Pengguna B4D2E1 Boleh menunjukkan sikap kasih sayang / boleh memberi layanan secara bersopan kepada setiap anggota keluarga / boleh menjaga maruah keluarga dengan tertib / rela hati B4D3E1 Boleh menjaga  keseimbangan alam sekitar dengan tertib dan bertanggungjawab  kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam dengan rela hati B4D4E1 Boleh menceritakan perasaan sayang dan bangga terhadap keindahan alam di negara sendiri dengan tertib / ikhlas B4D4E2 Boleh menunjukkan sikap menghormati lambang kebesaran dan identiti negara dengan rela hati B4D5E1 Boleh melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dengan tertib / bijak
  • 19. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 19 B4D6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi  Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang  Kebebasan Bersuara  Kebebasan Beragama  Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara  Sikap Keterbukaan B4D7 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan keharmonian  Hidup Bersama secara Aman  Saling Membantu dan Bekerjasama B4D6E1 Boleh mematuhi peraturan di sekolah dengan rela hati B4D6E2 Boleh memberikan pendapat dan meluahkan perasaan dengan tertib / dalam batasan tertentu B4D6E3 Boleh menghormati amalan pelbagai agama dengan tertib / rela hati B4D6E4 Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dengan tertib / rela hati B4D6E5 Boleh bersikap terbuka apabila menerima teguran dalam sesuatu tindakan dengan tertib / ikhlas B4D7E1 Boleh menunjukkan  interaksi dan komunikasi secara sopan / tertib dengan warga sekolah  sikap suka membantu untuk kebaikan bersama dalam hidup bermasyarakat dengan rela hati
  • 20. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 20 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji B5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang- undang serta norma masyarakat B5D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi  Bertanggungjawab  Hemah Tinggi  Kerajinan  Kasih Sayang  Rasional B5D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi  Kasih Sayang terhadap Keluarga  Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga  Tanggungjawab terhadap Keluarga B5D1E1 Boleh mengamalkan perkara berikut dengan tertib / ikhlas dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat  perlakuan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran  adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan di sekolah  sikap rajin untuk mencapai kejayaan hidup  sikap menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain B5D2E1 Boleh mengamalkan sikap kasih sayang / menghormati anggota keluarga / melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga
  • 21. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 21 B5D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi  Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang  Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara B5D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam kehidupan seharian  Hidup Bersama secara Aman B5D3E1 Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di sekolah dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan B5D3E2 Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan B5D4E1 Boleh mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah secara sopan / tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan
  • 22. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 22 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali B6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang- undang serta norma masyarakat dan diteladani B6D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi serta dicontohi  Bertanggungjawab  Hemah Tinggi  Kerajinan  Kasih Sayang  Rasional B6D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi serta dicontohi  Kasih Sayang terhadap Keluarga  Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga  Tanggungjawab terhadap Keluarga B6D1E1 Boleh mengamalkan perkara berikut dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi  perlakuan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran  adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan di sekolah  sikap rajin untuk mencapai kejayaan hidup  sikap menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain B6D2E1 Boleh mengamalkan sikap kasih sayang atau menghormati anggota keluarga / melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga serta dicontohi
  • 23. DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013 23 B6D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi dan dicontohi  Mematuhi Peraturan dan Undang- Undang  Penglibatan Diri dalam Pembangunan negara B6D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam kehidupan seharian dan dicontohi  Hidup Bersama secara Aman B6D3E1 Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di sekolah dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi B6D3E2 Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dalam pelbagai situasi dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi B6D4E1 Boleh mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah secara sopan / tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi