1. model demografi penduduk
Rujukan : geographyas a social science written bygordon j.fielding ms 73-76
http://www.marathon.uwc.edu/geography/Demotrans/demtran.htm
Model demografi penduduk (DTM) adalah suatu model yang menerangkan
perubahan populasi yang berubah mengikut masa. Model ini adalah ideal untuk
menerangkan keadaan populasi dan kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah
negara berdasarkan tahap - tahap tertentu yang sedang dilalui serta ia juga dapat
meramalkan struktur populasi yang akan dihadapi oleh negara tersebut.
Model ini mempunyai 4 tahap. Walaubagaimanapun, munkin juga terdapat
negara di dunia ini yang telah mengalami tahap yang kelima yang masih lagi
dalam perbincangan.
Tahap 1
Kadar lahir dan kadar mati yang tinggi.KL,KM = 30-40 ribu setahun.
Pertumbuhan yang sangat perlahan dan statik.pertumbuhan kurang dari
0.05 % setahun. (KL=KM)
Berterusan sehingga doubling time @ masa berganda (cara kira= bhgi kadar
pertumbuhan kpd 70-hasil adalah masa yang deperlukan untuk berganda
kadar pertumbuhan)
Juga dipanggil 'high stationary state' atau keadaan statik yang tinggi.
Faktor KL,KM
i. Kurang pengetahuan dan kesedaran tentang kebersihan dan ubatan untuk
merawat penyakit.
2. ii. Kurang makanan dan air yang bersih, makanan dan air menjadi sumber
kepada penyakit seperti taun.
iii. Kadar mati bayi tinggi disebabkan oleh kemudahan kesihatan yang kurang
iv. Kadar lahir tinggi sebab kahwin awal dan kadar fertiliti tinggi.
Tahap 2
Kadar mati menurun dan kadar lahir meningkat dalam keadaan yang sama
Jangka hayat menjadi lebih tinggi
Jurang antara KL,KM menjadi lebih besar. Berlaku kerana KM menurun.
juga dipanggil 'early expanding' @ permulaan pengembangan
Faktor yang mempengaruhi KM
i. Penambahbaikan kepada bekalan makanan; hasil daripada kemunculan
teknologi baru dalam bidang ini.makanan dan air bersih mudah didapati
ii. Juga menyebabkan lagi ramai yang berkahwin awal dan KL
iii. Penyediaan kesihatan lebih baik. Menyebabkan kanak- kanak dapat hidup
hingga umur dewasa. KM
Tahap 3
Kadar pertumbuhan mula bergerak kepada lebih stabil disebabkan oleh
penurunan KL
Tapak bawah (kanak-kanak) dalam piramid tidak lagi berkembang saiznya.
Manakala tengah piramid memonopoli.
Faktor yang mempengaruhi
i. Perluasan proses perbandaran menyebabkan pengurangan penggunaan nlai
tradisional yang menggalakkan ramai anak.
ii. Peningkatan kepada kemahiran membaca dan peluang pekerjaan kepada
wanita mengurangkan KL kerana lebih ramai wanita mempunyai kesedaran
tentang perancangan keluarga.
iii. Kadar fertiliti menurun kerana lebih ramai wanita suka berkahwin lambat.
Tahap 4
Tahap yang stabil
Ramai penduduk yang bekerja dan jangka hayat sangat tinggi.
Fertilitimenurun dan KL menurun dan menjadi hampir sama dengan KM
Faktor yang mempengaruhi ;
i. Taraf hidup dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan setiap keluarga
mengehadkan bilangan anak.
ii. Kadar mati menurun kerana kesedaran yang tinggi dan teknologi yang dapat
mengubati penyakit