1. Refleksi Makropengajaran
Selepas makropengajaran saya, saya didapati objektif pengajaran saya masih tidak
boleh tercapai. Melalui semakan latihan yang saya berikan kepada murid, saya mendapati
beberapa murid masih tidak dapat menguasai dan memahami tajuk yang saya ajar.
Sebahagian murid yang tidak dapat menguasai tajuk yang saya ajar itu adalah kepada
mereka tidak menumpukan perhatian semasa waktu pembelajaran saya. Mereka asyik
membuat bising dan bermain di dalam kelas manakala sebahagian murid yang lain tidak
memahami adalah kerana ingatan mereka lemah dan lambat. Mereka perlu menggunakan
masa yang lama untuk memahami dan mengingat. Oleh itu saya perlu mengambil masa
yang terluang untuk mengajar murid yang lemah dan lambat ini.
Semasa saya menjalankan p&p, murid-murid aktif untuk menjawab soalan saya ,
tetapi ada yang menjawab salah. Saya telah membetulkan jawapan mereka pada masa itu.
Pelajar yang cemerlang dalam kelas ini boleh menjawab soalan saya dengan betul
manakala pelajar yang lemah tidak dapat menjawab soalan saya. Oleh itu, saya akan cuba
mengubah soalan saya dengan membahagikan kepada kategori senang dan susah.
Saya perlu mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya untuk
pelajar yang lemah. Jika untuk pelajar yang pandai, rancangan pengajaran yang saya telah
gunakan semasa makropengajaran sesuai. Oleh itu saya akan menukar kaedah pengajaran
saya dalam tajuk ini dengan menggunakan kaedah “ tunjuk-tunjuk” bagi pelajar yang
lemah dan lambat. Melalu8i kaedah “tunjuk-tunjuk” dalam pengajaran dapat memupuk
kefahaman yang mendalam terhadap murid-murid yang lemah dan seterusnya dapat
memberi kesan positif terhadap pencapaian akedamik mereka secara langsung. Hal ini
kerana penggunaan anggota tubuh murid-murid dalam pembelajaran melibatkan aspek
lokolotif fizikal murid-murid sekaligus dapat merangsang dan perkembangan kognitif
murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, berbanding dengan
kaedah penerangan konvensional yang hanya menerapkan serta merangsang
perkembangan kognitif sahaja.
Alat bantu yang saya gunakan tidak menarik tumpuan murid-murid, murid-murid
berasa bosan semasa melihat alat bantu mengajar yang saya gunakan. Murid lebih suka
2. melihat alat bantu mengajar yang canggih. Oleh itu saya boleh menggunakan ICT
semasa waktu P&P saya sebagai alat bantu mengajar.Melalui media yang akan digunakan
dapat menarik murid untuk semangat belajar. Media banyak macamnya, salah satunya
adalah media animasi, yang merupakan salah satu contoh pemanfaatan teknologi dalam
menunjang proses pendidikan. Media ini dapat meningkatkan semangat dan perhatian
murid untuk belajar, sehingga gangguan dalam kelas dapat diminimalisir, demikian juga
bagi murid yang mengantuk, akan membuat mereka tergerak untuk memperhatikan
pelajaran. Serta penggunaan animasi ini dapat menanamkan konsep dan pemaknaan yang
sama dalam otak murid dibandingkan dengan media lain seperti gambar.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajar ini sekali lagi untuk
kumpulan murid yang sama, saya akan mengubah rancangan pengajaran saya yang sesuai
kepada golongan murid yang lemah dan cemerlang. Saya akan mencipta aktiviti yang
menarik kepada murid semasa waktu pengajaran saya. Bagi pelajar yang tidak
menumpukan perhatian dan suka membuat bising, saya akan mendenda mereka dan cuba
menasihatkan mereka belajar kerana belajar adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang
lain, ada ilmu pengetahuan orang lain tidak akan pandang rendah terhadap mereka. Saya
akan menggunakan ICT untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar saya suntuk
memupuk minat murid untuk belajar.