Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Tatacara pengurusan pakej 1
1. TATACARA PENGURUSAN PAKEJ EDARAN DALAMAN BTPN SELANGOR
TATACARA PENGURUSAN PAKEJ
(PERINGKAT PKG SELANGOR)
1. Pengenalan
Tatacara adalah satu prosedur yang perlu dipatuhi dalam memastikan segala
pengurusan mengikut garis panduan yang disediakan dengan betul. Pengurusan pakej pula
merupakan satu tindak ikut yang mana terkandung beberapa elemen dan dokumen yang lengkap
bagi aktiviti yang akan dijalankan berlandaskan rujukan surat pekeliling perbendaharaan dan
pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa dalam tempoh semasa.
Oleh yang demikian, tatacara pengurusan pakej ini perlu difahami dan dihayati agar segala
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pematuhan prosedur-
prosedur bagi sesuatu aktiviti secara pakej perlu dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya
implikasi kewangan.
2. Objektif
Di akhir tatacara pengurusan pakej, setiap PKG Selangor akan
2.1 Mengetahui kaedah penyediaan aktiviti secara pakej dengan betul.
2.2 Mengenalpasti keperluan dokumen yang perlu ada dalam setiap pakej latihan
2.3 Mengetahui pekeliling perbendaharaan yang berkaitan dengan penyediaan pakej
2.4 Meningkatkan tahap kemahiran tatacara penyediaan pengurusan aktiviti secara pakej
dengan lebih mantap.
2.5 Menambahkan pengalaman dan pengetahuan dalam penyedian aktiviti secara pakej.
3. Prosedur (Aktiviti yang dijalankan peringkat PKG Selangor)
3.1 Aktiviti yang di WAJIB kan dibuat secara pakej adalah sekiranya
bilangan peserta terlibat lebih 14 orang dan melebihi 1 hari
3.2 Kadar yang dibenarkan untuk PKG adalah
3.2.1 Tanpa pakej
i) RM 12.00 sehari (pagi hingga petang)
ii) RM 15.00 sehari (jika bermalam dan sekiranya dijalankan di BTPN
Selangor)
3.2.2 Secara pakej ( Sekiranya dijalankan di BTPN Selangor)
i) RM 15.00 sehari semalam (kursus/bengkel sahaja)
ii) RM 20.00 sehari semalam (bengkel kerja sahaja)
UNIT PEMBANGUNAN KAPASITI PROFESIONALISME 31 OKTOBER 2011
2. TATACARA PENGURUSAN PAKEJ EDARAN DALAMAN BTPN SELANGOR
3.3 Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar ke Unit Pembangunan Kapasiti
Profesionalisme (UPKP) adalah
3.3.1 Perbandingan Antara Kelayakan Pegawai Dengan Tawaran Pakej
- Cuma sediakan 1 salinan sahaja
- Susun kedudukan pegawai mengikut pangkat tinggi ke pangkat rendah
- Sekiranya penceramah dalam kurungan ( P)
- Sekiranya urus setia dalam kurungan ( US) – urus setia tidak boleh lebih
daripada dua (2) orang
3.3.2 Jadual Aktiviti
- Cuma sediakan 1 salinan sahaja
- Rujuk Lampiran 2 – Contoh Jadual Kursus / Bengkel
- Rujuk Lampiran 3 – Contoh Jadual Bengkel Kerja
3.3.3 Sebutharga Makan Minum
i) Samada pembekal makanan di PKG atau Kafeteria BTPN
- Sebutharga - 4 salinan yang ASAL
- SSM - 1 salinan yang ASAL
- Sijil Kewangan & Lampiran A - 1 salinan yang ASAL
- Penyata Bank - 1 salinan yang ASAL
PENTING
Sila bawa bersama –sama `softcopy` bagi Perbandingan Antara Kelayakan Pegawai Dengan
Tawaran Pakej dan Jadual Aktiviti. Serahkan kepada Ketua Unit PKP untuk urusan penyediaan
pakej lengkap.
4. Rujukan
4.1 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.8/2010
4.2 Pekeliling Perbendaharan Bil.3/ 2005 dan diikuti di bawah perenggan 4.2.1
4.3 Kadar Kelayakan (rujuk lampiran)
disediakan oleh
ENCIK MOHD NASIR BIN HAJI IBRAHIM
KETUA UNIT
UNIT PEMBANGUNAN KAPASITI PROFESIONALISME
BTPN SELANGOR
UNIT PEMBANGUNAN KAPASITI PROFESIONALISME 31 OKTOBER 2011