Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS                          NAMA KURSUS   PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB      ...
SENARAI KANDUNGAN1.0   PENDAHULUAN      1.1   Pengenalan                                             3      1.2   Pernyata...
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (INTERNET & PERISIAN      KOMPUTER) DALAM PENGAJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN          GURU-...
1.2    Pernyataan Masalah       Penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran sejarah mengubahpersekitaran belajar...
1.3      Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guruSejarah di SMK...
1.5    Kepentingan Kajian       Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan mediakomputer (intern...
tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajardan boleh dijadikan bahan rujukan ya...
3.3       Sampel Kajian          Responden dalam kajian ini terdiri dari 10 guru Sejarah (4 guru MenengahRendah, 4 guru Me...
4.2.1 Jantina                                  Jadual 4.2.1:          Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Ja...
4.2.3 Kemahiran Menggunakan Komputer                                   Jadual 4.2.3:Taburan Bilangan Dan Peratusan Respond...
4.2.5 Pengalaman Menghadiri Kursus                                       Jadual 4.2.5:Taburan Bilangan Dan Peratusan Respo...
Berdasarkan Jadual 4.3.1, guru Sejarah 100% menggunakan buku teks dan 90% lembarankerja. Media yang berada pada tahap peng...
4.5     Bahagian D – Kekangan Dalam Penggunaan Media KomputerBahagian D terdapat 10 item soal selidik yang merupakan anali...
Menurut hasil kajian, lebih 90% guru Sejarah mengalami masalah masa untuk menggunaperisian komputer dan melayari internet....
5.0    ULASAN DAN CADANGAN5.1    Ulasan       Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Sejarah di SMK Tun AbdulRaz...
5.2         Cadangan      Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :      1. Pihak panitia boleh m...
RujukanAbbey, B., (Ed.). (2000). Instructional and cognitive impact of web-based education.       London, UK: Idea Group P...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044

999 views

Published on

Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044

Published in: Education

Tugasan Tinjauan Status E-Learning KPT6044

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS NAMA KURSUS PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KOD KURSUS KPT 6044 TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (INTERNET & PERISIAN KOMPUTER) DALAM PENGAJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN GURU-GURU SMK TUN ABDUL RAZAK SELEKOH, PERAK.NAMA PELAJAR : JEYAKUMAR A/L PARAMSIVAMNO. KP : 821219-08-5845NO.MATRIK : M20111000206EMAIL : jeyastars82@gmail.comDihantar kepada: Profesor Madya Dr. Abd Latif bin Haji Gapor 1
  2. 2. SENARAI KANDUNGAN1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 3 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 62.0 LITERATUR 2.1 Kajian Literatur 6-73.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 7 3.2 Rekabentuk Kajian 7 3.3 Sampel Kajian 8 3.4 Instrumen Kajian 84.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 8 4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 8-11 4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 11-12 4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 12 4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 13-145.0 ULASAN DAN CADANGAN 5.1 Ulasan 15 5.2 Cadangan 16 5.3 Penutup 16Rujukan 17 2
  3. 3. TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (INTERNET & PERISIAN KOMPUTER) DALAM PENGAJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN GURU-GURU SMK TUN ABDUL RAZAK SELEKOH, PERAK.1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Perkembangan dan perkayaan ilmu pada hari ini menjadi lebih pantas denganperanan yang dimainkan oleh komputer dan internet dalam pendidikan. Pembelajaranberbantukan komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) adalahterminologi yang digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang penggunaankomputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Maier et al.(1998),pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang penggunaankomputer secara terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan pengajaran danpembelajaran. Dence (1980), dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa PBKamat berkesan berbanding dengan pendekatan tradisional. Mata pelajaran sejarah seringdikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pembelajaran dan pengajaran. Justerutulisan ini cuba mengetengahkan bagaimana aspek ICT boleh digunakan sebagai bahanuntuk P&P sejarah. P&P sejarah boleh menggunakan empat teknik iaitu tekniktutorial,penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Keempat-empat teknik ini boleh menggunakanKaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesanperkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalamP&P turut memberikan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan globalisasi,keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasaMelayu, Isu latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isupengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara diEropah menunjukkan P&P menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaiandalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancangdengan teliti supaya pembelajaran dan pengajaran sejarah menjadi lebih efektif. 3
  4. 4. 1.2 Pernyataan Masalah Penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran sejarah mengubahpersekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positifdisamping menarik minat pengajar dan pelajar. Pembelajaran dan pengajaranBerbantukan Komputer bermaksud menggunakan komputer sebagai alat untukmenyampaikan maklumat sama ada dalam pengajaran, melatih, membimbing danmenilai prestasi pelajar.Dengan menggunakan komputer untuk menjadikan pelajar lebihberminat serta menambah keberkesanan Pengajaran. Istilah asalnya dalam bahasaInggeris ialah Computer Aided Instruction(CAI) atau Computer Based Instruction (CBI).Kedua-dua istilah sering digunakan di US. Di UK pula, Computer Assisted Learning(CAL) atau Computer Based Learning (CBL) di mana kedua-duanya membawa maksudyang sama. Pelajar diberi peluang untuk belajar secara interaktif dengan komputer dantidak membebankan .Ini adalah kerana pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri darisatu langkah demi langkah dan boleh mengulangi semula jika tidak difahami tentangsesuatu topik jika tidak difahami. Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen,mesin taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaianakademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yangbesar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sejarah. Dalam strategipembelajaran dan pengajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untukmengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti video, perisian komputer,perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatualat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak akan memberi kesan ataufaedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatanmenggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan olehkerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segalapelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia. 4
  5. 5. 1.3 Objektif KajianKajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guruSejarah di SMK Tun Abdul Razak Selekoh, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 10orang guru iaitu 4 orang guru sejarah menengah rendah (Tingkatan 1-3), 4 orang gurusejarah menengah atas (Tingkatan 4&5) dan 2 orang guru sejarah Tingkatan enam.Objektif kajian adalah seperti dibawah: 1.3.1 Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru- guru sejarah dalam pengajaran 1.3.2 Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan perisian komputer) dalam pengajaran di kalangan guru-guru sejarah SMK Tun Abdul Razak Selekoh. 1.3.3 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran sejarah.1.4 Persoalan KajianPersoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam pengajaran mereka? 2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran penggunaan komputer dan internet di kalangan guru sejarah? 3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk mendapatkan bahan pengajaran? 4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) menggunakan perisian komputer. 5. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran? 5
  6. 6. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan mediakomputer (internet & perisian komputer) dalam pengajaran Sejarah dalam kalangan guru-guru Sejarah sekolah menengah dan ia juga merupakan kajian kes yang dijalankan bagisekolah menengah di Selekoh. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepadapentadbir sekolah dan kepada Panitia mata pelajaran sejarah sama ada pringkat sekolahmahupun daerah dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sejarah dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapatmenggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif. Kajian ini juga dapat membantupihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yangdihadapi oleh guru-guru Sejarah.2.0 LITERATUR2.1 Kajian Literatur Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakanperalatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000), dalamkajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapatibahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikanmakna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yangmempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadappenggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuanmenyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untukmenggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajianini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaranmenggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di sampingtugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengahdaerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masapengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara 6
  7. 7. tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajardan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasaMelayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 dibeberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaansekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputermasih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadappenggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemasdan dipertingkatkan terlebih dahulu. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004), terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-gurumempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliaujuga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahapkeperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dankomprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas danpenggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.3.0 METODOLOGI KAJIAN3.1 PengenalanPada asasnya bab ini akan menerangkan metodologi kajian yang merangkumi rekabentukkajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan tatacara penganlisaandata.3.2 Rekabentuk KajianKajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalampengajaran Sejarah di kalangan guru-guru Sejarah. Rekabentuk kajian adalah bersifatkuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik danpemerhatian. 7
  8. 8. 3.3 Sampel Kajian Responden dalam kajian ini terdiri dari 10 guru Sejarah (4 guru MenengahRendah, 4 guru Menengah Atas dan 2 guru Tingkatan Enam) di SMK Tun Abdul Razak,Selekoh. Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 4 orang guru lelaki dan 6orang guru perempuan.3.4 Instrumen kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialahborang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumatlatar belakang respondan, Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalampengajaran Sejarah, Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam pengajaranSejarah dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaranSejarah. Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia sejarah atau ketuabidang Kemanusiaan. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan.Jika peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakanbaik, 50% hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahaprendah.4.0 DAPATAN KAJIAN4.1 PengenalanDalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.Penganalisisan data dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan skop kajian yang telahditetapkan.4.2 Bahagian A – Latar Belakang RespondenBahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilanganresponden yang terlibat terdiri daripada 10 orang guru Sejarah daripada SMK Tun AbdulRazak, Selekoh. Terdapat 7 soalan yang dikemukakan di dalam bahagian ini iaitu jantina,bangsa, umur, pengalaman mengajar, tahap kemahiran menggunakan komputer daninternet serta pengalaman menghadiri kursus komputer. 8
  9. 9. 4.2.1 Jantina Jadual 4.2.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Guru Jantina Bilangan Lelaki 4 (40%) Perempuan 6(60%)Dapatan hasil menunjukkan 40% guru lelaki dan (60%) guru adalah perempuan. Inibermaksud majoriti guru Sejarah di SMK Tun Abdul Razak, Selekoh adalah terdiridaripada guru perempuan.4.2.2 Umur Jadual 4.2.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur Guru Umur Bilangan 24-30 5 (50%) 31-37 3 (30%) 38-44 1 (10%) 45 ke atas 1 (10%)Kebanyakan responden berumur 24 hingga 30 iaitu 5 orang (50%), 3 orang (30%)berumur 31-37 tahun, Manakala responden yang berumur 38-44 dan berumur 45 ke atasadalah masing-masing 10%. Ini bermakna majoriti responden adalah guru yang masihmuda. 9
  10. 10. 4.2.3 Kemahiran Menggunakan Komputer Jadual 4.2.3:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran MenggunakanKomputer Guru Kemahiran mengguna komputer Bilangan Mahir 6 (60%) Sederhana 3 (30%) Tidak mahir 1(10%)Menurut Jadual 4.2.3, terdapat 6 orang (60%) guru sejarah mahir menggunakankomputer, 3 orang atau 30% guru sederhana dalam penggunaan computer dan hanya 10%guru yang tidak mahir dalam penggunaan komputer. Ini menunjukkan 90% guru Sejarahmempunyai kemahiran asas mengguna komputer.4.2.4 Kemahiran Menggunakan Internet Jadual 4.2.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Mengguna Internet Guru Kemahiran mengguna internet Bilangan Mahir 5 (50%) Sederhana 3 (30%) Tidak mahir 2 (20%)Kajian menunjukkan 5 orang (50%) guru mahir menggunakan internet, manakala 3 orang(30%) guru sederhana mahir mengguna internet. Bilangan guru Sejarah yang tidak mahirmenggunakan internet hanya 2 orang atau 20%. 10
  11. 11. 4.2.5 Pengalaman Menghadiri Kursus Jadual 4.2.5:Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman MenghadiriKursus Guru Pengalaman menghadiri kursus Bilangan Pernah 5(50%) Tidak pernah 5 (50%)50% atau 5 orang guru pernah menghadiri kursus komputer sama ada dalam sekolah atauluar sekolah manakala sebahagian lagi guru (50%) belum ada pengalaman menghadirikursus komputer.4.3 Bahagian B - Tahap Penggunaan Media Dalam PengajaranBahagian B terdapat 7 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahappenggunaan media dalam pengajaran.4.3.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan media dalam pengajaran Jadual 4.3.1:Skor Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Penggunaan Media DalamPengajaran Guru Skor kekerapan dan peratus Bilangan Buku teks 10 (100%) Lembaran kerja 9 (90%) OHP 2 (20%) Komputer (internet) 4 (40%) Radio (CD) 0 (0%) Video (VCD/DVD) 0 (0%) Objek sebenar seperti carta dll 6 (60%) 11
  12. 12. Berdasarkan Jadual 4.3.1, guru Sejarah 100% menggunakan buku teks dan 90% lembarankerja. Media yang berada pada tahap penggunaan sederhana ialah objek sebenar seperticarta (60%). Penggunaan OHP sebagai media juga jarang digunakan iaitu hanya 20%.Hampir tiada guru Sejarah mengguna radio dan video semasa menjalankan pengajarandan pembelajaran dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan guru SMK Tun AbdulRazak, Selekoh masih cenderong menggunakan kaedah lama iaitu ’chalk and talk’.4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan Media KomputerBahagian C terdapat 4 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahappenggunaan media komputer iaitu penggunaan internet dan perisian komputer.4.4.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan internet dan perisian komputer dalam Pengajaran. Jadual 4.4.1: Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Guru Skor kekerapan dan peratus Bilangan Tahu layari internet mendapat maklumat. 7 (70%) Penggunaan laman web penddikan mencari bahan mengajar. 4 (40%) Tahu muat turun bahan dari internet. 3 (30%) Copy- paste bahan dari internet ke MsWord, ppt dan excel. 3(30%)Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru Sejarah mempunyai tahap pengetahuan yangsangat baik (70% ke atas) tentang penggunaan internet. Namun penggunaan perisiankomputer terutama ’microsoft office’ sebagai media dalam pengajaran sejarah masihdalam tahap yang rendah. 12
  13. 13. 4.5 Bahagian D – Kekangan Dalam Penggunaan Media KomputerBahagian D terdapat 10 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangandalam penggunaan media komputer dalam pembelajaran dan pengajaran Sejarah.Daripada dapatan, didapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh guruSejarah dalam menggunakan media komputer:4.5.1 Skor kekerapan dan peratus kekangan yang dihadapi oleh guru Sejarah Jadual 4.5.1: Skor Kekerapan Dan Peratus Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Sejarah Guru Skor kekerapan dan peratus Bilangan Tidak cukup masa untuk melayari internet 9 (90%) Terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dll 7 (70%) Alatan tidak berfungsi dengan baik 8 (80%) Talian internet di sekolah kurang memuaskan. 9 (90%) Tiada kakitangan terlatih untuk membantu. 3 (30%) Bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran. 9 (90%) Tiada talian internet di rumah 3 (30%) Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru. 8 (80%) Perisian kursus sejarah sukar diperolehi. 10 (100%) Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer 4 (40%) 13
  14. 14. Menurut hasil kajian, lebih 90% guru Sejarah mengalami masalah masa untuk menggunaperisian komputer dan melayari internet. Ini mungkin disebabkan kerja pengurusan guruyang semakin meningkat. Manakala 90% guru Sejarah setuju bahawa kelengkapanperalatan seperti bilik, laptop, LCD, talian internet, pembantu makmal dan lain-lainalatan teknologi adalah memuaskan. Ini disebabkan makmal Sains dan makmal komputertelah dilegkapi dengan peralatan komputer disamping terdapat seorang pembantu makmaluntuk membantu guru. Namun 90% guru sejarah juga tidak berpuas hati dengan talianinternet sekolah yang sentiasa terputus-putus dan kelajuan yang kurangmemberangsangkan. Keadaan ini menyukarkan guru untuk menggunakan media internetsebagai alat bantu mengajar dan juga kekangan ini turut membuang masa sehinggaobjektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Selain itu, 80% guru sejarah mengakui tiadakursus dalaman pengendalian komputer menyukarkan guru dan terpaksa mengharapkanbantuan daripada pembantu makmal atau guru yang mahir mengendalikannya. Disampingitu, semua guru sejarah (100%) bersetuju bahawa perisian kursus sejarah sukar diperolehidan tidak dibekalkan. Guru-guru sejarah perlu berusaha dan berinovasi dalammenghasilkan perisian mata pelajaran sejarah bagi membantu proses pembelajaran danpengajaran sejarah. 14
  15. 15. 5.0 ULASAN DAN CADANGAN5.1 Ulasan Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Sejarah di SMK Tun AbdulRazak, Selekoh menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KementerianPelajaran Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan pembelajaran dan pengajaranSejarah dengan berkesan. Namun kekangan-kekangan seperti masalah talian internet disekolah, ketiadaan kursus dalam sekolah serta kerja pengurusan yang semakin meningkatmenyebabkan guru-guru sejarah tidak dapat meluangkan masa untuk menghasilkan bahanbantu mengajar menerusi media komputer. Disebabkan sekolah ini berkedudukan dikawasan luar bandar menyebabkan talian internet di rumah juga agak perlahan dankemudahan TMnet Streamyx dan broadband hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja.Ini agak menyukarkan pihak guru untuk mencari maklumat di rumah menerusi internet.Selain itu, subjek sejarah juga tidak seperti subjek Sains dan Matematik dimana perisiankursus dibekalkan kepada semua guru Sains dan matematik. Guru-guru sejarah terpaksaberusaha sesama sendiri untuk menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakaninternet atau perisian komputer. Dalam keadaan ini latihan atau kursus komputer amatdiperlukan supaya guru-guru sejarah mampu berinovasi dan kreatif dalammempelbagaikan bahan bantu mengajar menggunakan media komputer. Keadaan inimenyebabkan pembelajaran daan pengajaran berbantutkan komputer tadak dapatdilaksanakan dengan berekesan walaupun kemudahan-kemudahan peralatan ICT sepertikomputer, Labtop, LCD projector, skrin dan speaker agak lengkap di sekolah. Disampingitu juga setiap makmal mempunyai pembantu makmal yang dapat membantu guru-guruuntuk menyediakan peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya kembalisetelah habis pengajaran. Masalah yang sering dikemukan oleh para guru ialahkekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet dan menggunakannyadalam pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan komputer. 15
  16. 16. 5.2 Cadangan Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut : 1. Pihak panitia boleh merancang kursus dalaman secara berkala dengan tujuan melengkapkan guru-guru yang masih belum mahir dengan kemudahan media komputer dan internet dengan maklumat dan skil yang lebih. 2. Pihak panitia juga boleh mengadakan suatu kerjasama bersama panitia sejarah daerah iaitu panitia sejarah sekolah-sekolah menengah seluruh daerah. Guru-guru boleh dibahagikan mengikut tingkatan yang diajar dan berkongsi teknik terbaik untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menggalakkan pembelajaran dan pengajaran berbantutkan komputer atau ICT.Kesimpulannya, guru-guru Sejarah mempunyai persepsi yang sangat baik terhadappenggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian ataupenggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyakdi samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapatmenggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka. 5.3 Penutup Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menarikpelajar untuk lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebihmenarik dan bermakna. Dengan itu, para guru harus dibantu bagi membolehkan merekamenggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru Sejarah ini dapatmenyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Walaupun penggunaan teknologimenghadapi pelbagai halangan, ini tidak harus mematahkan semangat guru untukmenggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Salah satu aspek yangperlu diingati adalah teknologi hanya merupakan sebuah alat untuk membantu dalamproses pembelajaran dan pengajaran dan ia sama sekali tidak dapat menggantikankedudukan guru sebagai seorang pendidik. Pendidikan hari ini adalah untukkecemerlangan masa hadapan. 16
  17. 17. RujukanAbbey, B., (Ed.). (2000). Instructional and cognitive impact of web-based education. London, UK: Idea Group Publishing.Criswell, J.R. (1989). Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform, Educational Technology, 23(11): 40–43.Fatimah Abu Bakar. (1980). Educational media in secondary schools: an examination of existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.Heinich, R., Molenda, M. Russel, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP.Maier,P., Barnett,L.,Warren,A, & Brunner,D. (1998). Using techology in teaching and learning. Stirling, USA: Kogan PageNorida Suhadi. (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran. Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia.Sham b. Ibrahim. (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdfwww.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf 17

×