SlideShare a Scribd company logo
PENSYARAH: DR. YAHYA OTHMAN
GGGE6012 -
PENULISAN
AKADEMIK 1
SEMINAR 2
(PEMBENTANGAN
KERTAS KONSEP)
SEM 1 2014/2015
Faktor-Faktor PenglibatanFaktor-Faktor Penglibatan
Ibu Bapa DalamIbu Bapa Dalam
Pendidikan Kanak-kanakPendidikan Kanak-kanak
Berkeperluan KhasBerkeperluan Khas
Penglibatan ibu bapa merupakan satu elemen penentu terhadap terhadap kejayaan
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Namun kini, penglibatan ibu bapa hanya
tertumpu kepada pencapaian akademik murid di sekolah dan bukannya secara
menyeluruh mengikut keperluan kanak-kanak itu sendiri. Kertas konsep ini bertujuan
untuk meneliti faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan ini meliputi tiga bahagian
penting iaitu tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan
khas, masalah yang menjadi penghalang dalam penglibatan ibu bapa dan faktor-faktor
yang menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas. Selain itu, beberapa cadangan bagi meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas turut dibincangkan.
Kata kunci: Faktor-faktor penglibatan ibu bapa, kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran, kajian
kes.
ABSTRAK
 
Penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah mempunyai impak yang besar terhadap pembelajaran anak-anak. Kajian peringkat
antarabangsa Program Pentaksiran Murid Antarabangsa 2009 yang dilakukan oleh Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan menunjukkan bahawa cara bagaimana penglibatan ibu bapa menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi
kejayaannya. Hal ini disokong oleh statistik bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti berbanding
hanya 14 peratus masanya berada di sekolah.
Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, anjakan ke-sembilan
menekankan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Bagi menghasilkan individu yang holistik pada
masa hadapan, satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 melalui Program Pemantapan Sarana Ibu
Bapa Dan Sarana Sekolah telah dilancarkan. Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen penting iaitu penyediaan suasana
pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Inisiatif ini
melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun
mulai 2013 hingga 2025 ialah 11 juta orang
.
Semua ibu bapa boleh membantu anak mereka mencapai potensi sepenuhnya dengan melibatkan diri dengan pembelajaran anak
khususnya terhadap anak-anak berkeperluan khas yang sememangnya memerlukan perhatian tambahan daripada ibu bapa. Ada di
antara anak-anak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan,
tingkah laku, masalah pembelajaran, dan pintar cerdas. Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak
mereka, bukan hanya di sekolah melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, malahan ibu bapa perlu
melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998; Epstein, Sanders, Simon, Salinas, Janson, & Van
Voorhis, 2002; Jordan, Snow & Porche, 2000). Tanpa penglibatan ibu bapa di sekolah mahupun di rumah, menyukarkan lagi anak-anak
bekeperluan khas dalam meningkatkan potensi diri mereka
PENGENALAN
DASAR KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
SARANA IBU BAPA
KONTEKS ISU UTAMA
PENGLIBATAN IBU BAPA DI DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK KEPERLUAN
KHAS DI SEKOLAH
KPM (2011)
Azmi Shaari. et al (2002)
Anak kurang upaya memerlukan penjagaan yang istimewa daripada keluarga
memandangkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif mereka yang lambat berbanding
anak yang normal (Sonja & Andrew, 1999). Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan
pengaruh ibu bapa sangat kuat terhadap perkembangan anak dalam membina keyakinan diri,
meningkatkan harga diri dan potensi anak (Belsky, 1990; Fiene & taylor, 1991; Platt & Olson,
1997)
Brandon (2007) mengenal pasti sembilan faktor yang menjadi halangan kepada penglibatan
ibu bapa; kepelbagaian bahasa, ekonomi, komposisi keluarga, tahap pendidikan ibu atau bapa,
komunikasi sekolah-rumah, interaksi ibu bapa dan guru, interaksi sekolah – ibu bapa, kejayaan
kanak-kanak itu di sekolah dan kekangan peribadi (contohnya kekurangan masa, masalah
pengangkutan, masalah penjagaan kanak-kanak). Interaksi halangan ini menjadi kompleks dan
mewujudkan ketidakterlibatan ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak. Justeru itu, kajian ini
akan meneliti faktor penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan
khas, mengapa dan bagaimana penglibatan yang telah dilakukan oleh golongan ibu bapa di
dalam meningkatkan perkembangan pendidikan anak mereka serta kemajuan akademik
kanak-kanak berkeperluan khas.
PERNYATAAN MASALAH
OBJEKTIF
KAJIAN
 Kajian kes memerlukan data dan maklumat melalui temubual.
 Kekangan masa responden merupakan cabaran yang harus dilalui dan faktor
pengurusan masa yang baik dan efisyen merupakan tindakan yang akan diambil oleh
pengkaji.
 Dalam kajian ini juga beberapa dokumen berkaitan seperti rekod temujanji bersama
guru selama lapan tahun akan diteliti. Ada kebarangkalian rekod yang diperlukan
telah hilang mahupun tidak dapat dibaca.
 Kajian ini juga tidak akan menyentuh faktor-faktor lain secara khusus seperti status
sosio ekonomi dan kekeluargaan responden.
 Bagi menangani faktor birokrasi yang mungkin dihadapi oleh pengkaji dalam
menjalankan kajian ini, ia akan dimulakan dengan mendapatkan kebenaran serta
persetujuan bertulis dari responden . Kebenaran menjalankan kajian juga akan
dipohon dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Begitu juga dari pihak pentadbiran sekolah seperti guru
mahupun guru besar.
BATASAN KAJIAN
 Kajian menunjukkan bahawa hampir semua ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka, mahu mereka untuk mencapai, dan percaya
bahawapenglibatan ibu bapa adalah penting untuk berjaya dalam pendidikan (Epstein, 2009).
 Ibu bapa hendaklah menunjukkan minat bukan sahaja di rumah malah di sekolah juga. Dengan ini ibu bapa dapat mengetahui masalah dan
perkembangan anak-anak di sekolah sama ada perkembangan pelajaran atau ko-kurikulum (Hasan, 1996).
 Banyak kajian lepas yang dijalankan telah menunjukkan hubungan yang konsisten antara penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan pelajaran
anak-anak mereka. Satu kajian menunjukkan anak-anak tidak memberikan tumpuan terhadap apa yang dipelajari jika ibu bapa kurang terlibat
dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998) dan ini menyebabkan pencapaian akademik murid kurang cemerlang (Lawson,
2003; Hoover-Dempsey & Sandler, 1995).
 Dapatan lalu menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa sememangnya berhubung kait dengan pencapaian akademik anak-anak. Kecemerlangan
akademik murid berhubung secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa yang berterusan dari sekolah rendah hingga ke
sekolah menengah didapati menunjukkan keputusan yang positif terhadap kecemerlangan akademik murid (Bogenschneider, 1997; Fehrmann et
al.,1987; Hill & Taylor, 2004).
 Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas adalah satu proses yang harus disuburkan oleh guru-guru dan ibu bapa.
Hubungan kepercayaan dan komunikasi positif antara keluarga dan sekolah menyokong penglibatan dan pembangunan program berpusatkan ibu
bapa kanak-kanak berkeperluan khas. Guru perlu sedar perspektif keluarga dan kefahaman yang dikongsi dengan ibu bapa mengenai keperluan
dan kekuatan pelajar. Memahami kebolehan kanak-kanak khas merujuk kepada kepercayaan ibu bapa bahawa guru-guru dan ibu bapa perlu
mempunyai kefahaman yang dikongsi, iaitu memahami kekuatan murid dan sifat-sifat positif yang terdapat di dalam diri murid pendidikan khas
(Hebel & Persitz, 2014).
 Kerjasama yang positif ibu bapa dan guru dapat meningkatkan keberkesanan proses pendidikan mengenai keputusan yang di buat di dalam pelan
yang dirancang terhadap individu dengan keperluan pelajar. Dapatan ini dapat menyokong guru untuk membangunkan program responsif yang
memerlukan ibu bapa untuk menyediakan maklumat yang berkaitan tentang anak-anak mereka. Di samping itu, pemimpin sekolah juga perlu
menggalakkan lebih banyak peluang kepada guru untuk membincangkan keperluan kanak-kanak dengan ibu bapa (Hebel & Persitz, 2014).
KAJIAN PERPUSTAKAAN
TEORI EKOLOGI SOSIAL BRONFENBRENNER
 Urie Bronfenbrenner  (29 April 1917 –
25 September 2005)
 Faktor persekitaran yang
mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak.
 Menjelaskan interaksi individu-
persekitaran, untuk memperbaiki
hubungan manusia-persekitaran, untuk
membantu membentuk perkembangan
individu dalam sesuatu persekitaran
dan untuk membina persekitaran bagi
menyokong perkembangan individu. 
 Membantu guru memahami bagaimana
persekitaran mempengaruhi murid
dalam kelas.
Epstein’s Model
Joyce L. Epstein,
Ph.D. In Sociology From Johns Hopkins University
TYPE 1-PARENTING
Help all families establish home environments to support children as students.
TYPE 2-COMMUNICATING
Design effective forms of school-to-home and home-to-school communications about
school programs and children's progress.
TYPE 3-VOLUNTEERING
Recruit and organize parent help and support.
TYPE 4-LEARNING AT HOME
Provide information and ideas to families about how to help students at home with
homework and other curriculum-related activities, decisions, and planning.
TYPE 5-DECISION MAKING
Include parents in school decisions, developing parent leaders and representatives.
TYPE 6-COLLABORATING WITH COMMUNTY
Identify and integrate resources and services from the community to strengthen school
programs, family practices, and student learning and development
-Membantu guru membangunkan program melibatkan sekolah-keluarga-komuniti
-Melibatkan 6 jenis penglibatan
Kajian ini adalah kajian kes yang akan dijalankan di
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Di Daerah
Seremban, Negeri Sembilan.
Temubual akan dijalankan ke atas seorang ibu yang
telah menemani anaknya selama 8 tahun di program
pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran.
ibu
METODOLOGI KAJIAN
JANGKAAN KEPUTUSAN
1.  Tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
• Pengkaji menjangkakan tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-
kanak berkeperluan khas adalah aktif.
Dalam kajian Azmi Shaari et. Al (2002), menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa kanak-
kanak keperluan di sekolah adalah aktif, iaitu 90.6 peratus. Hal ini berlaku kerana polisi
pentadbiran sekolah mengamalkan sikap terbuka dengan penjaga dalam proses mendidik
anak-anak. Ibu bapa digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah melalui program-
program yang diatur khas oleh phak sekolah. Fenomena ini menunjukkan bahawa polisi yang
dijalankan oleh pihak sekolah merangsang penglibatan ibu bapa di sekolah.
Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian oleh pengkaji-pengkaji yang lepas (Donahue,
1990; Demoulin, 1991 ; Hilliard, 1992; Salma, 1988) yang menyatakan bahawa peluang dan
galakkan pihak sekolah akan menarik minat ibu bapa untuk melibatkan diri secara aktif di
sekolah.
JANGKAAN KEPUTUSAN
 2. Kekangan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak
bekeperluan khas.
 Pengkaji mengenalpasti kekangan yang wujud dalam penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-
kanak bekeperluan khas.
a) Demografi
- terlalu sibuk mencari duit, tiada peruntukan masa kerana kebanyakan masa adalah di pejabat.
- Antara faktor yang menghalang kepada penglibatan ibu bapa termasukla batasan pekerjaan, mengatur
konflik, dan masalah kewangan (Yap dan Enoki, 1995).
b) Suasana sekolah
-ibu bapa rasa seperti tidak diundang
-persepsi guru bahawa penglibatan ibu bapa tidak penting
Guru mungkin merasa bahawa keluarga tidak berharga
sumber yang tidak penting dalam mendidik pelajar; atau yang
mencari masa dalam hari persekolahan mereka yang "sibuk" sekolah mereka adalahtidak mungkin (Grant &
Ray, 2010).
c) Kepercayaan
guru terhadap ibu bapa
-Guru tidak mempunyai kepercayaan terhadap ibu bapa
-Kajian mengenai persepsi guru menunjukkan guru kurang kepercayaan
terhadap niat ibu bapa (Adams et. al. 2009)
Ibu bapa terhadap guru
-ibu bapa tidak mempercayai kebolehan guru dalam mendidik anak
berkeperluan khas mereka
-Pemikiran negatif ibu bapa termasuk kurang kepercayaan terhadap
sekolah, keyakinan diri yang rendah dan perasaan ibu bapa bahawa
penglibatan tidak akan 'membuat perbezaan.' (Henderson dan Mapp,
2002) memberi kesan terhadap penglibatan ibu bapa.
d) Guru kurang persediaan dan pengalaman dalam kerjasama sekolah &
keluarga
-Guru tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi
-Kebanyakan program pendidikan guru tidak menyediakan peluang-peluang
kepada guru untuk berinteraksi dengan keluarga, malah calon guru
mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam bekerjasama dengan ibu
bapa – oleh kerana itu, guru boleh menjadi teragak-agak untuk melibatkan
diri dengan keluarga (Grant & Ray, 2010).
JANGKAAN KEPUTUSAN
3. Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Pendidikan Kanak-kanak
Berkeperluan Khas.
…healthy relationship between
parents and professionals,based
on mutual trust,Understanding
and sharing to solve their
emotional problems and issues
related to their children.
(Kurani et al. 2009)
One major reason for limited
engagement by parents is their
lack of knowledge of local services
and how they could help
(Katz. L et al. 2007)
Involving parents as co-trainers in all
early childhood education/training
programmes will yield better and
effective progress in the child and
will develop a healthy teacher–
parent relationship. (Kurani et al.
2009)
…Educators have a
responsibility, both legally and
ethically, to aggressively seek
parental involvement. By
working as partners, families
and school personnel can
improve the life opportunities.
(Brandon, R. R & Brown. R. M
2009)
…Partnerships may lessen
parents’ anxieties and bolster
their confidence about
working with instructors on
behalf of their children
(Ferrel, 2012).
…penglibatan ibu bapa iaitu
penjagaan dan komunikasi
mempunyai perkaitan yang
positif dengan pencapaian
akademik. (Zulkifli et al. 2011)
JANGKAAN KEPUTUSAN
3. Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Pendidikan
Kanak-kanak Berkeperluan Khas.
 Ibu bapa perlu meningkatkan tahap penglibatan mereka secara aktif dalam pendidikan
kanak-kanak bekeperluan khas. Menyedari kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap
pendidikan berkeperluan khas ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
Sarana Ibu Bapa yang merupakan satu alat yang membolehkan ibu bapa terlibat sama
dalam sistem pendidikan di sekolah. Oleh demikian, guru dan ibu bapa perlulah bersama-
sama bekerjasama dalam memastikan semua pihak terutamanya ibu bapa melibatkan diri
dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas. Penglibatan ibu bapa yang berterusan
dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah didapati menunjukkan keputusan yang
positif terhadap kecemerlangan akademik murid (Bogenschneider, 1997; Fehrmann et
al.,1987; Hill & Taylor, 2004). Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas bagi menjamin
kecemerlangan mereka di masa hadapan
 Kajian ini tertumpu kepada 1 kajian kes sahaja yang melibat seorang peserta kajian iaitu ibu
kepada kanak-kanak bekeperluan khas. Oleh kerana itu, hasil kajian ini tidak boleh
digeneralisasikan melainkan jika kajian akan datang mempunyai ciri-ciri dan masalah yang
sama.
KESIMPULAN
CADANGAN
 Adams, CM., Forsyth, P.B. & Mitchell, R.M.(2009). The formation of parent-school trust: A multi-level
analysis. Educational Administration
Quarterly, 45(), 4-33.
 Aikens, A. M. (2002). Parental involvement: The key to academic success. Ed. D., dissertation.
Fielding Graduate Institute: United States.
 Anderson, K. J., & Minke, K. M. (2007). Parent involvement in education: Toward an understanding of
parents' decision making. The Journal of Educational Research, 100(5), 311-323.
 Arnold, D. H., Zeljo, A., & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors and the
relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review, 37(1), 74-89.
 Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. (2011). Masalah salah laku agresif di kalangan
pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan. Journal of Education
Psychology & Counseling, 1, 77-93.
 Assadi, S. M., Zokaei, N., Kaviani, H., Mohammadi, M. R., Ghaeli, P.(2007). Effect of sociocultural
context and parenting style on scholastic achievement among Iranian adolescents. Social
Development, 16(1), 169 – 179.
 
 Aziyah Abu Bakar.(2008). Hubungan pola komunikasi keluarga dengan gaya keibubapaan dan
kejelekitan dalam keluarga. Tesis Sarjana, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
 Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, & Mohd Sofie Bin Bahari.(2004). Pengaruh Affect Related
Characteristic, Kesan Tanggapan Bahaya Dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Salah Laku
Remaja Di Zon Skudai, Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
 Bakker, J., Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement: Some theoretical and empirical
considerations. International Journal about Parents in Education, 1, 188 – 199.
RUJUKAN
 Duquette, C , Fullarton, S , Shari, O, Robertson-Grewal ,K . (2011). Insider, outsider, ally, or adversary:
parents of youth with learning disabilities engage in educational advocacy. International Journal Of
Special Education. Vol 26, No: 3, (1-18).
 Fariza Md. Sham. (1998). Corak tingkah laku keibubapaan dan perkembangan psikologi remaja
muslim. Al-Maw0zah, 6, 57 – 68.
 Ferrel J. 2012. Family Engagement and Children with Disabilities: A Resource Guide for Educators and
Parents. Harvard Family Research Project . Harvard Graduate School of Education http://
www.hfrp.org
 Fehrmann, P. G., Keith, T. Z., & Reimers, T. M. (1987). Home influence on school learning: Direct and
indirect effects of parent involvement on high school grades. The Journal of Educational Research,
80, 330 – 337.
 Grant, K. B. & Ray, J.A. (2010). Home, School, and Community Collaboration: Culturally Responsive
Eamily Involvement. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
 Hebel, O & Persitz, S. (2014) Parental involvement in the individual educational program for israeli
students with disabilities . International Journal Of Special Education. Vol 29, No: 3.
 Henderson, A., & Mapp, K. (2002). A new wave of evidence: The impact of school, family and
community connections on student achievement.
 Austin, TX: National Center for Family and Community Connections with Schools,Southwest
Educational Development Laboratory.
 Retrieved November 13, 2014 from http://vyww.sedl.org/connections/resources/evidence.pdf
 James, F. L. (2003). Interactive homework in middle school: Effects on family involvement and science
achievement. The Journal of Educational Research, 96(6), 323-338.
 Katz. L, Vincent La Placa & Hunter, S. 2007. Barriers To Inclusion And Successful Engagement of Parents
In Mainstream Services. Joseph Rowntree Foundation
 Kurani. D, Nerurka. A, Miranda .L , Jawadwala. F & Prabhulkar. D. 2009 . Impact of parents' involvement and
engagement in a learning readiness programme for children with severe and profound intellectual disability and
complex needs in India. Journal of Intellectual Disabilities 13: 269
 Lam Paw Lin & Muhammad Yusuf. (1991). Tingkah laku keibubapaan dan penghargaan kendiri remaja. Jurnal
Psikologi Malaysia, 7, 61 – 79.
 Ma, Y. (2009). Family socioeconomic status, parental involvement and college major choices-gender, race/ethnic,
and nativity patterns, Sociological Perspectives, 52(2), 211 – 234.
 Mohd. Amin H. A. Shariff. (1998). Perkembangan remaja: Pandangan, pemahaman dan interpretasi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Mohd Fami Mohd Sahid, Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahamd. (2008). Penglibatan ibu bapa dalam
membantu membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua: Satu tinjauan di
sebuah sekolah menengah di daerah Muar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik,
Universiti Teknologi Malaysia.
 Okpala, C. O., Okpala, A. O., & Smith, F. E. (2001). Parental involvement, instructional expenditures, family
socioeconomics attributes, and student achievement. Journal of Educational Research, 95, 110 – 115.
 Regina R. Brandon and Monica R. Brown. 2009. African American Families in the Special Education: Process
Increasing Their Level of Involvement. Intervention in School and Clinic
http://isc.sagepub.com/content/45/2/85
 Willms, D. J., & Somers, M. A. (2001). Family, classroom, and school effects on children’s educational outcomes
in Latin America. School Effectiveness and School Improvement, 12(4), 409 – 445.
 Yap, K.O. & Enoki, D.Y (1995). In search of the elusive magic bullet: Parental involvement and student outcomes.
School Community Journal,
5(2), 49-58.
 Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman & Aminah Ahmad. 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan
Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2) 31-
40
THANK YOU

More Related Content

What's hot

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
marziana80
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
umagul
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasRosilawati Razali
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Dy Marvel
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Shahrizzat Md Sukor
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
PISMPBM20622AinNajwa
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Little Butterfly
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Nur Kareena
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
Nor Saroni
 
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Edmond Manogaran
 

What's hot (20)

perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khas
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
Laporan Pentaksiran Prasekolah (2017)
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
 

Similar to Seminar penglibatan ibubapa

Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
muhammad
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
Awin Ayura
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
mashinichi14
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3
Durasnita Abdullah
 
Power point sarana ibu bapa
Power point sarana ibu bapaPower point sarana ibu bapa
Power point sarana ibu bapa
pibgskpp2014
 
Slot 3 sarana ibu bapa
Slot 3 sarana ibu bapaSlot 3 sarana ibu bapa
Slot 3 sarana ibu bapa
Abd Latiff Ahmad
 
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...
nurulakmajamil1
 
Sarana ibu bapa
Sarana ibu bapaSarana ibu bapa
Sarana ibu bapa
Nazir Ibrahim
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
SYAZWANI IBRAHIM
 
Soalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjunSoalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjun
kathir resan
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
muhammad
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Farah Waheeda
 

Similar to Seminar penglibatan ibubapa (20)

Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Jurnal pendidikan kanak2
Jurnal pendidikan kanak2Jurnal pendidikan kanak2
Jurnal pendidikan kanak2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3Presentation EDU 5077 3
Presentation EDU 5077 3
 
Sarana sekolah
Sarana sekolahSarana sekolah
Sarana sekolah
 
Power point sarana ibu bapa
Power point sarana ibu bapaPower point sarana ibu bapa
Power point sarana ibu bapa
 
Slot 3 sarana ibu bapa
Slot 3 sarana ibu bapaSlot 3 sarana ibu bapa
Slot 3 sarana ibu bapa
 
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...
Penglibatan Ibu Bapa Dalam Rutin Perbualan Harian Bersama Anak: Satu Analisis...
 
sarana ibu bapa
sarana ibu bapasarana ibu bapa
sarana ibu bapa
 
Sarana ibu bapa
Sarana ibu bapaSarana ibu bapa
Sarana ibu bapa
 
Sarana ibu bapa
Sarana ibu bapaSarana ibu bapa
Sarana ibu bapa
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Soalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjunSoalan 1.docx arjun
Soalan 1.docx arjun
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 

More from Umithayyibah Ramly

SLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptx
SLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptxSLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptx
SLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptx
Umithayyibah Ramly
 
Slides penglibatan ibubapa
Slides penglibatan ibubapaSlides penglibatan ibubapa
Slides penglibatan ibubapa
Umithayyibah Ramly
 
Sintesis artikel strategi pengajaran murid autisme
Sintesis artikel strategi pengajaran murid autismeSintesis artikel strategi pengajaran murid autisme
Sintesis artikel strategi pengajaran murid autisme
Umithayyibah Ramly
 
Pengajaran kolaboratif
Pengajaran kolaboratifPengajaran kolaboratif
Pengajaran kolaboratif
Umithayyibah Ramly
 
Rumusan artikel kolaborasi
Rumusan artikel kolaborasi Rumusan artikel kolaborasi
Rumusan artikel kolaborasi
Umithayyibah Ramly
 
Kolaborasi & konsultasi
Kolaborasi & konsultasiKolaborasi & konsultasi
Kolaborasi & konsultasi
Umithayyibah Ramly
 
Summary on guba_artikel_p71542
Summary on guba_artikel_p71542Summary on guba_artikel_p71542
Summary on guba_artikel_p71542
Umithayyibah Ramly
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
Umithayyibah Ramly
 
Rumusan artikel kolaborasi p71542a
Rumusan artikel kolaborasi p71542aRumusan artikel kolaborasi p71542a
Rumusan artikel kolaborasi p71542a
Umithayyibah Ramly
 

More from Umithayyibah Ramly (9)

SLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptx
SLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptxSLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptx
SLIDE BUAL BICARA IBU BAPA PKHAS.pptx
 
Slides penglibatan ibubapa
Slides penglibatan ibubapaSlides penglibatan ibubapa
Slides penglibatan ibubapa
 
Sintesis artikel strategi pengajaran murid autisme
Sintesis artikel strategi pengajaran murid autismeSintesis artikel strategi pengajaran murid autisme
Sintesis artikel strategi pengajaran murid autisme
 
Pengajaran kolaboratif
Pengajaran kolaboratifPengajaran kolaboratif
Pengajaran kolaboratif
 
Rumusan artikel kolaborasi
Rumusan artikel kolaborasi Rumusan artikel kolaborasi
Rumusan artikel kolaborasi
 
Kolaborasi & konsultasi
Kolaborasi & konsultasiKolaborasi & konsultasi
Kolaborasi & konsultasi
 
Summary on guba_artikel_p71542
Summary on guba_artikel_p71542Summary on guba_artikel_p71542
Summary on guba_artikel_p71542
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
 
Rumusan artikel kolaborasi p71542a
Rumusan artikel kolaborasi p71542aRumusan artikel kolaborasi p71542a
Rumusan artikel kolaborasi p71542a
 

Recently uploaded

LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 

Recently uploaded (10)

LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 

Seminar penglibatan ibubapa

  • 1. PENSYARAH: DR. YAHYA OTHMAN GGGE6012 - PENULISAN AKADEMIK 1 SEMINAR 2 (PEMBENTANGAN KERTAS KONSEP) SEM 1 2014/2015 Faktor-Faktor PenglibatanFaktor-Faktor Penglibatan Ibu Bapa DalamIbu Bapa Dalam Pendidikan Kanak-kanakPendidikan Kanak-kanak Berkeperluan KhasBerkeperluan Khas
  • 2. Penglibatan ibu bapa merupakan satu elemen penentu terhadap terhadap kejayaan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Namun kini, penglibatan ibu bapa hanya tertumpu kepada pencapaian akademik murid di sekolah dan bukannya secara menyeluruh mengikut keperluan kanak-kanak itu sendiri. Kertas konsep ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan ini meliputi tiga bahagian penting iaitu tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas, masalah yang menjadi penghalang dalam penglibatan ibu bapa dan faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, beberapa cadangan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas turut dibincangkan. Kata kunci: Faktor-faktor penglibatan ibu bapa, kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran, kajian kes. ABSTRAK
  • 3.   Penglibatan ibu bapa di rumah dan di sekolah mempunyai impak yang besar terhadap pembelajaran anak-anak. Kajian peringkat antarabangsa Program Pentaksiran Murid Antarabangsa 2009 yang dilakukan oleh Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menunjukkan bahawa cara bagaimana penglibatan ibu bapa menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya. Hal ini disokong oleh statistik bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti berbanding hanya 14 peratus masanya berada di sekolah. Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, anjakan ke-sembilan menekankan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Bagi menghasilkan individu yang holistik pada masa hadapan, satu inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 melalui Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah telah dilancarkan. Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen penting iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Inisiatif ini melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun mulai 2013 hingga 2025 ialah 11 juta orang . Semua ibu bapa boleh membantu anak mereka mencapai potensi sepenuhnya dengan melibatkan diri dengan pembelajaran anak khususnya terhadap anak-anak berkeperluan khas yang sememangnya memerlukan perhatian tambahan daripada ibu bapa. Ada di antara anak-anak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, dan pintar cerdas. Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan hanya di sekolah melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998; Epstein, Sanders, Simon, Salinas, Janson, & Van Voorhis, 2002; Jordan, Snow & Porche, 2000). Tanpa penglibatan ibu bapa di sekolah mahupun di rumah, menyukarkan lagi anak-anak bekeperluan khas dalam meningkatkan potensi diri mereka PENGENALAN
  • 6. KONTEKS ISU UTAMA PENGLIBATAN IBU BAPA DI DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH KPM (2011) Azmi Shaari. et al (2002)
  • 7. Anak kurang upaya memerlukan penjagaan yang istimewa daripada keluarga memandangkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif mereka yang lambat berbanding anak yang normal (Sonja & Andrew, 1999). Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan pengaruh ibu bapa sangat kuat terhadap perkembangan anak dalam membina keyakinan diri, meningkatkan harga diri dan potensi anak (Belsky, 1990; Fiene & taylor, 1991; Platt & Olson, 1997) Brandon (2007) mengenal pasti sembilan faktor yang menjadi halangan kepada penglibatan ibu bapa; kepelbagaian bahasa, ekonomi, komposisi keluarga, tahap pendidikan ibu atau bapa, komunikasi sekolah-rumah, interaksi ibu bapa dan guru, interaksi sekolah – ibu bapa, kejayaan kanak-kanak itu di sekolah dan kekangan peribadi (contohnya kekurangan masa, masalah pengangkutan, masalah penjagaan kanak-kanak). Interaksi halangan ini menjadi kompleks dan mewujudkan ketidakterlibatan ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak. Justeru itu, kajian ini akan meneliti faktor penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas, mengapa dan bagaimana penglibatan yang telah dilakukan oleh golongan ibu bapa di dalam meningkatkan perkembangan pendidikan anak mereka serta kemajuan akademik kanak-kanak berkeperluan khas. PERNYATAAN MASALAH
  • 9.  Kajian kes memerlukan data dan maklumat melalui temubual.  Kekangan masa responden merupakan cabaran yang harus dilalui dan faktor pengurusan masa yang baik dan efisyen merupakan tindakan yang akan diambil oleh pengkaji.  Dalam kajian ini juga beberapa dokumen berkaitan seperti rekod temujanji bersama guru selama lapan tahun akan diteliti. Ada kebarangkalian rekod yang diperlukan telah hilang mahupun tidak dapat dibaca.  Kajian ini juga tidak akan menyentuh faktor-faktor lain secara khusus seperti status sosio ekonomi dan kekeluargaan responden.  Bagi menangani faktor birokrasi yang mungkin dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini, ia akan dimulakan dengan mendapatkan kebenaran serta persetujuan bertulis dari responden . Kebenaran menjalankan kajian juga akan dipohon dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Begitu juga dari pihak pentadbiran sekolah seperti guru mahupun guru besar. BATASAN KAJIAN
  • 10.  Kajian menunjukkan bahawa hampir semua ibu bapa mengambil berat tentang anak-anak mereka, mahu mereka untuk mencapai, dan percaya bahawapenglibatan ibu bapa adalah penting untuk berjaya dalam pendidikan (Epstein, 2009).  Ibu bapa hendaklah menunjukkan minat bukan sahaja di rumah malah di sekolah juga. Dengan ini ibu bapa dapat mengetahui masalah dan perkembangan anak-anak di sekolah sama ada perkembangan pelajaran atau ko-kurikulum (Hasan, 1996).  Banyak kajian lepas yang dijalankan telah menunjukkan hubungan yang konsisten antara penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan pelajaran anak-anak mereka. Satu kajian menunjukkan anak-anak tidak memberikan tumpuan terhadap apa yang dipelajari jika ibu bapa kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak di rumah (Shaverand & Walls, 1998) dan ini menyebabkan pencapaian akademik murid kurang cemerlang (Lawson, 2003; Hoover-Dempsey & Sandler, 1995).  Dapatan lalu menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa sememangnya berhubung kait dengan pencapaian akademik anak-anak. Kecemerlangan akademik murid berhubung secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa yang berterusan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah didapati menunjukkan keputusan yang positif terhadap kecemerlangan akademik murid (Bogenschneider, 1997; Fehrmann et al.,1987; Hill & Taylor, 2004).  Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas adalah satu proses yang harus disuburkan oleh guru-guru dan ibu bapa. Hubungan kepercayaan dan komunikasi positif antara keluarga dan sekolah menyokong penglibatan dan pembangunan program berpusatkan ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas. Guru perlu sedar perspektif keluarga dan kefahaman yang dikongsi dengan ibu bapa mengenai keperluan dan kekuatan pelajar. Memahami kebolehan kanak-kanak khas merujuk kepada kepercayaan ibu bapa bahawa guru-guru dan ibu bapa perlu mempunyai kefahaman yang dikongsi, iaitu memahami kekuatan murid dan sifat-sifat positif yang terdapat di dalam diri murid pendidikan khas (Hebel & Persitz, 2014).  Kerjasama yang positif ibu bapa dan guru dapat meningkatkan keberkesanan proses pendidikan mengenai keputusan yang di buat di dalam pelan yang dirancang terhadap individu dengan keperluan pelajar. Dapatan ini dapat menyokong guru untuk membangunkan program responsif yang memerlukan ibu bapa untuk menyediakan maklumat yang berkaitan tentang anak-anak mereka. Di samping itu, pemimpin sekolah juga perlu menggalakkan lebih banyak peluang kepada guru untuk membincangkan keperluan kanak-kanak dengan ibu bapa (Hebel & Persitz, 2014). KAJIAN PERPUSTAKAAN
  • 11. TEORI EKOLOGI SOSIAL BRONFENBRENNER  Urie Bronfenbrenner  (29 April 1917 – 25 September 2005)  Faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak.  Menjelaskan interaksi individu- persekitaran, untuk memperbaiki hubungan manusia-persekitaran, untuk membantu membentuk perkembangan individu dalam sesuatu persekitaran dan untuk membina persekitaran bagi menyokong perkembangan individu.   Membantu guru memahami bagaimana persekitaran mempengaruhi murid dalam kelas.
  • 12.
  • 13. Epstein’s Model Joyce L. Epstein, Ph.D. In Sociology From Johns Hopkins University TYPE 1-PARENTING Help all families establish home environments to support children as students. TYPE 2-COMMUNICATING Design effective forms of school-to-home and home-to-school communications about school programs and children's progress. TYPE 3-VOLUNTEERING Recruit and organize parent help and support. TYPE 4-LEARNING AT HOME Provide information and ideas to families about how to help students at home with homework and other curriculum-related activities, decisions, and planning. TYPE 5-DECISION MAKING Include parents in school decisions, developing parent leaders and representatives. TYPE 6-COLLABORATING WITH COMMUNTY Identify and integrate resources and services from the community to strengthen school programs, family practices, and student learning and development -Membantu guru membangunkan program melibatkan sekolah-keluarga-komuniti -Melibatkan 6 jenis penglibatan
  • 14. Kajian ini adalah kajian kes yang akan dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Temubual akan dijalankan ke atas seorang ibu yang telah menemani anaknya selama 8 tahun di program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran. ibu METODOLOGI KAJIAN
  • 15. JANGKAAN KEPUTUSAN 1.  Tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. • Pengkaji menjangkakan tahap penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak- kanak berkeperluan khas adalah aktif. Dalam kajian Azmi Shaari et. Al (2002), menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa kanak- kanak keperluan di sekolah adalah aktif, iaitu 90.6 peratus. Hal ini berlaku kerana polisi pentadbiran sekolah mengamalkan sikap terbuka dengan penjaga dalam proses mendidik anak-anak. Ibu bapa digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah melalui program- program yang diatur khas oleh phak sekolah. Fenomena ini menunjukkan bahawa polisi yang dijalankan oleh pihak sekolah merangsang penglibatan ibu bapa di sekolah. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian oleh pengkaji-pengkaji yang lepas (Donahue, 1990; Demoulin, 1991 ; Hilliard, 1992; Salma, 1988) yang menyatakan bahawa peluang dan galakkan pihak sekolah akan menarik minat ibu bapa untuk melibatkan diri secara aktif di sekolah.
  • 16. JANGKAAN KEPUTUSAN  2. Kekangan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas.  Pengkaji mengenalpasti kekangan yang wujud dalam penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan kanak- kanak bekeperluan khas. a) Demografi - terlalu sibuk mencari duit, tiada peruntukan masa kerana kebanyakan masa adalah di pejabat. - Antara faktor yang menghalang kepada penglibatan ibu bapa termasukla batasan pekerjaan, mengatur konflik, dan masalah kewangan (Yap dan Enoki, 1995). b) Suasana sekolah -ibu bapa rasa seperti tidak diundang -persepsi guru bahawa penglibatan ibu bapa tidak penting Guru mungkin merasa bahawa keluarga tidak berharga sumber yang tidak penting dalam mendidik pelajar; atau yang mencari masa dalam hari persekolahan mereka yang "sibuk" sekolah mereka adalahtidak mungkin (Grant & Ray, 2010).
  • 17. c) Kepercayaan guru terhadap ibu bapa -Guru tidak mempunyai kepercayaan terhadap ibu bapa -Kajian mengenai persepsi guru menunjukkan guru kurang kepercayaan terhadap niat ibu bapa (Adams et. al. 2009) Ibu bapa terhadap guru -ibu bapa tidak mempercayai kebolehan guru dalam mendidik anak berkeperluan khas mereka -Pemikiran negatif ibu bapa termasuk kurang kepercayaan terhadap sekolah, keyakinan diri yang rendah dan perasaan ibu bapa bahawa penglibatan tidak akan 'membuat perbezaan.' (Henderson dan Mapp, 2002) memberi kesan terhadap penglibatan ibu bapa.
  • 18. d) Guru kurang persediaan dan pengalaman dalam kerjasama sekolah & keluarga -Guru tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi -Kebanyakan program pendidikan guru tidak menyediakan peluang-peluang kepada guru untuk berinteraksi dengan keluarga, malah calon guru mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam bekerjasama dengan ibu bapa – oleh kerana itu, guru boleh menjadi teragak-agak untuk melibatkan diri dengan keluarga (Grant & Ray, 2010).
  • 19. JANGKAAN KEPUTUSAN 3. Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. …healthy relationship between parents and professionals,based on mutual trust,Understanding and sharing to solve their emotional problems and issues related to their children. (Kurani et al. 2009) One major reason for limited engagement by parents is their lack of knowledge of local services and how they could help (Katz. L et al. 2007) Involving parents as co-trainers in all early childhood education/training programmes will yield better and effective progress in the child and will develop a healthy teacher– parent relationship. (Kurani et al. 2009)
  • 20. …Educators have a responsibility, both legally and ethically, to aggressively seek parental involvement. By working as partners, families and school personnel can improve the life opportunities. (Brandon, R. R & Brown. R. M 2009) …Partnerships may lessen parents’ anxieties and bolster their confidence about working with instructors on behalf of their children (Ferrel, 2012). …penglibatan ibu bapa iaitu penjagaan dan komunikasi mempunyai perkaitan yang positif dengan pencapaian akademik. (Zulkifli et al. 2011) JANGKAAN KEPUTUSAN 3. Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas.
  • 21.  Ibu bapa perlu meningkatkan tahap penglibatan mereka secara aktif dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas. Menyedari kepentingan penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan berkeperluan khas ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Sarana Ibu Bapa yang merupakan satu alat yang membolehkan ibu bapa terlibat sama dalam sistem pendidikan di sekolah. Oleh demikian, guru dan ibu bapa perlulah bersama- sama bekerjasama dalam memastikan semua pihak terutamanya ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas. Penglibatan ibu bapa yang berterusan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah didapati menunjukkan keputusan yang positif terhadap kecemerlangan akademik murid (Bogenschneider, 1997; Fehrmann et al.,1987; Hill & Taylor, 2004). Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak bekeperluan khas bagi menjamin kecemerlangan mereka di masa hadapan  Kajian ini tertumpu kepada 1 kajian kes sahaja yang melibat seorang peserta kajian iaitu ibu kepada kanak-kanak bekeperluan khas. Oleh kerana itu, hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan melainkan jika kajian akan datang mempunyai ciri-ciri dan masalah yang sama. KESIMPULAN
  • 23.  Adams, CM., Forsyth, P.B. & Mitchell, R.M.(2009). The formation of parent-school trust: A multi-level analysis. Educational Administration Quarterly, 45(), 4-33.  Aikens, A. M. (2002). Parental involvement: The key to academic success. Ed. D., dissertation. Fielding Graduate Institute: United States.  Anderson, K. J., & Minke, K. M. (2007). Parent involvement in education: Toward an understanding of parents' decision making. The Journal of Educational Research, 100(5), 311-323.  Arnold, D. H., Zeljo, A., & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review, 37(1), 74-89.  Asmah Suboh, Nurulhuda Azizi & Mascilla Hamzah. (2011). Masalah salah laku agresif di kalangan pelajar sekolah rendah dan hubungannya dengan gaya keibubapaan. Journal of Education Psychology & Counseling, 1, 77-93.  Assadi, S. M., Zokaei, N., Kaviani, H., Mohammadi, M. R., Ghaeli, P.(2007). Effect of sociocultural context and parenting style on scholastic achievement among Iranian adolescents. Social Development, 16(1), 169 – 179.    Aziyah Abu Bakar.(2008). Hubungan pola komunikasi keluarga dengan gaya keibubapaan dan kejelekitan dalam keluarga. Tesis Sarjana, Serdang: Universiti Putra Malaysia.  Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, & Mohd Sofie Bin Bahari.(2004). Pengaruh Affect Related Characteristic, Kesan Tanggapan Bahaya Dan Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Salah Laku Remaja Di Zon Skudai, Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia.  Bakker, J., Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement: Some theoretical and empirical considerations. International Journal about Parents in Education, 1, 188 – 199. RUJUKAN
  • 24.  Duquette, C , Fullarton, S , Shari, O, Robertson-Grewal ,K . (2011). Insider, outsider, ally, or adversary: parents of youth with learning disabilities engage in educational advocacy. International Journal Of Special Education. Vol 26, No: 3, (1-18).  Fariza Md. Sham. (1998). Corak tingkah laku keibubapaan dan perkembangan psikologi remaja muslim. Al-Maw0zah, 6, 57 – 68.  Ferrel J. 2012. Family Engagement and Children with Disabilities: A Resource Guide for Educators and Parents. Harvard Family Research Project . Harvard Graduate School of Education http:// www.hfrp.org  Fehrmann, P. G., Keith, T. Z., & Reimers, T. M. (1987). Home influence on school learning: Direct and indirect effects of parent involvement on high school grades. The Journal of Educational Research, 80, 330 – 337.  Grant, K. B. & Ray, J.A. (2010). Home, School, and Community Collaboration: Culturally Responsive Eamily Involvement. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.  Hebel, O & Persitz, S. (2014) Parental involvement in the individual educational program for israeli students with disabilities . International Journal Of Special Education. Vol 29, No: 3.  Henderson, A., & Mapp, K. (2002). A new wave of evidence: The impact of school, family and community connections on student achievement.  Austin, TX: National Center for Family and Community Connections with Schools,Southwest Educational Development Laboratory.  Retrieved November 13, 2014 from http://vyww.sedl.org/connections/resources/evidence.pdf  James, F. L. (2003). Interactive homework in middle school: Effects on family involvement and science achievement. The Journal of Educational Research, 96(6), 323-338.
  • 25.  Katz. L, Vincent La Placa & Hunter, S. 2007. Barriers To Inclusion And Successful Engagement of Parents In Mainstream Services. Joseph Rowntree Foundation  Kurani. D, Nerurka. A, Miranda .L , Jawadwala. F & Prabhulkar. D. 2009 . Impact of parents' involvement and engagement in a learning readiness programme for children with severe and profound intellectual disability and complex needs in India. Journal of Intellectual Disabilities 13: 269  Lam Paw Lin & Muhammad Yusuf. (1991). Tingkah laku keibubapaan dan penghargaan kendiri remaja. Jurnal Psikologi Malaysia, 7, 61 – 79.  Ma, Y. (2009). Family socioeconomic status, parental involvement and college major choices-gender, race/ethnic, and nativity patterns, Sociological Perspectives, 52(2), 211 – 234.  Mohd. Amin H. A. Shariff. (1998). Perkembangan remaja: Pandangan, pemahaman dan interpretasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  Mohd Fami Mohd Sahid, Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahamd. (2008). Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua: Satu tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah Muar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, Universiti Teknologi Malaysia.  Okpala, C. O., Okpala, A. O., & Smith, F. E. (2001). Parental involvement, instructional expenditures, family socioeconomics attributes, and student achievement. Journal of Educational Research, 95, 110 – 115.  Regina R. Brandon and Monica R. Brown. 2009. African American Families in the Special Education: Process Increasing Their Level of Involvement. Intervention in School and Clinic http://isc.sagepub.com/content/45/2/85  Willms, D. J., & Somers, M. A. (2001). Family, classroom, and school effects on children’s educational outcomes in Latin America. School Effectiveness and School Improvement, 12(4), 409 – 445.  Yap, K.O. & Enoki, D.Y (1995). In search of the elusive magic bullet: Parental involvement and student outcomes. School Community Journal, 5(2), 49-58.  Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman & Aminah Ahmad. 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2) 31- 40