SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
dasar luar malaysia
Definisi Dasar Luar .
Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat muka surat 317 memberikan definisi dasar
sebagai asas atau prinsip yang asas. Manakala luar pula ialah yang berkaitan keadaan
yang berada ditempat lain.
Mengikut SP Star (2001), dasar luar boleh diertikan sebagai garis panduan bagi segala
tindakan yang diambil oleh Negara ini apabila ia berhubung dengan Negara lain.
Menurut Mohd Noor Mat Yazid (1994), Dasar Luar dapat diertikan sebagai matlamat,
rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung
dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah
negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga
kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara.
Al-Hafiz (1990), mendefinisikan Dasar Luar sebagai sesuatu kenyataan mengenai
hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.
Mengikut Dr.Hashim Husin (1990), Dasar Luar boleh dianggap sebagai instrument atau
alat yang diperlukan oleh sesebuah Negara untuk berhubung atau berinteraksi dengan
sesebuah Negara lain, baik yang berjiran atau yang berada jauh dengannya.
Objektif Dasar Luar Malaysia.
Objektif Dasar Luar Malaysia antara lain adalah untuk menjaga, mempertahan dan
memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia. Ini merupakan tonggak utama dalam pengubalan dasar luar negara.
Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.Perkara ini
diambil Kira juga demi memastikan keamanan negara terpelihara dan dihormati oleh
negara luar. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan
dan sosial di peringkat antarabangsa. Usul ini juga dipertimbangkan untuk
memajukan negara selaras dengan asas perkembangan pembangunan negara
Malaysia.
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam
semua bidang; memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan
negara-negara lain. Perkara ini dipastikan agar Malaysia dapat mengadakan
hubungan dua-hala dengan negara asing untuk kepentingan bersama. Hubungan
yang baik juga memberikan impak positif dalam proses menuju kepada negara maju
2020. Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di
peringkat antarabangsa. Ikatan perhubungan bersama negara-negara membangun
lain juga diberikan perhatian. Pendirian sesebuah negara anggota akan tetap
dipertahankan demi kemajuan dan perkembangan suasana politik yang stabil. Ini
juga akan membantu ke arah kemajuan Negara Malaysia.
Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia.
Pertama, Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa. Maknanya Negara kita Malaysia membuat dasar luar yang
bersangkutan dengan keupayaan mempertahankan Negara dan negara-negara
disekitarnya supaya sentiasa dalam keadaan aman dan bebas. Sebagai blok yang
boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang
kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan
awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN)
telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan
melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb.November 1970 Malaysia mula memberi
penekanan kepada dasar non-aligned dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Sikap berbaik-baik dengan semua negara
diamalkan tanpa mengira kefahamandan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan
dengan China juga negara-negara Indochina di samping meningkatkan kerjasama
ASEAN. Malaysia memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ).
Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-
Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting,
iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak,
bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di
rantau Asia-Pasifik. Sebagai contoh, Mengenai Perundangan Samudra 1982 yang lebih
dikenali dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu UNCLOS.
Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya
berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta
barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi
yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak
dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik
negara. Oleh yang demikian, dasar luar Malaysia lebih menumpukan kepada dasar
berbaik-baik dalam soal perhubungan antara negara lain. Usaha mengekalkan
keamanan diperhebatkan dengan merangka rakgkaian usaha-sama ekonomi
antara Malaysia dan negara jiran terdekat. Penubuhan hubungan kejiranan ini dapat
membantu mengekalkan keamanan serantau.
Ketiga, Mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Ini membawa
maksud bahawa Malaysia dengan dasar-dasar luarnya berpegang pada prinsip
menghormati dan mengakui kedaulatan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal
ehwal pentadbiran sesebuah Negara yang berdaulat.Kerajaan mengamalkan dasar luar
yang pro-Barat, anti-komunis, anti-Israel, dan anti-apartheid. Tahun-tahun awal
kemerdekaan juga melihatkan negara menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan Komanwel. Malaysia
juga merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA)
pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN pada tahun 1967.
Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman
dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan
aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan
penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D.
Sebagai contoh, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia telah dua kali
mengambil tempat di Majlis Keselamatan (MK) PBB, iaitu pada tahun 1988-1989 dan
1999-2000. Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri Razali Ismail, Wakil Tetap Malaysia
ke PBB, dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-51 dan sekarang
ini memainkan peranan sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar. Bahawa secara
amnya, Malaysia mula lebih percaya kepada kebolehannya dan berani menyatakan
pendapat serta kedudukannya mengenai pelbagai isu semasa di arena antarabangsa.
Bukan sahaja kepentingan Negara kita sahaja yang diketengahkan, malah pendirian
dan kepentingan negara-negara membangun dari Selatan dalam menangani isu-isu
seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam sekitar juga diketengahkan.
Keempat, Dasar-dasar luar Malayisa juga mempunyai kerpecayaan dan kerjasama
yang komited terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia.
Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai
anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah
persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan
dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia
sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.
Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah
memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara
Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha
Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap
hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas
hubungan luarnya.
faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia.
Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah,
faktor politik, faktor ekonomi dan sebagainya.
Persekitaran geostrategik
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir
kebanyakkan negara di rantau ini seperti Singapura, Tahiland, Indonesia, Filipina dan Brueni. Perairannya
juga menjadi laluan utama papal-kapal perdagangan di dunia. Dengan ini, keselamatan negara serantau
akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.Negara kita terletak di
tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur
Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini
menyebabkan negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa
berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini
satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.
Struktur ekonomi negara
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjaslin hubungan baik
dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan
British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini
telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika
Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari
negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakan pelaburan asing. Langkah ini
diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang
tahun 1980an, melalui dasar Pandang ke Timar, pelaburan asing juga digalakan dari negara-negara di
Timar, pelaburan asing juga dari negara-negara di Timar terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang
sama, Malayisa menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-
negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di camping mengadakan
pelaburan di negara berkenaan. Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih
timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan
perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita haruslah mengkaji aspek
dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia
ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan.
Struktur politik negara
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalrlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini
jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedulatan negara-negara lain.
Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Plastin bagi mengwujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Malaysia juga berpegang teguh pada PIagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi
memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi
yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Negara kita merupakan
negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan
dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip
yang sama.
Demografik
Malayisa menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan
penduduknya yang mejorita beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatikdengan
negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita mengamalkan
dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan juga prinsip-prinsip
penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara kita mengamalkan dasar ini ialah negara kita telah
menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang mengancam hak asasi manusia dan bertentangan
dengan amalan perpaduan yang wujud di negara kita.
Keselamatan negara
Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh, keganasan
komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara komunis. Pergolakan
politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan
kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara. Pendirian ini perlu untuk
menjaga kestabilan politik serantau. Usaha ini amat perlu dilakukan oleh Malaysia melalui dasar luarnya.
Keadaan politik serantau
Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar luar negara
kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila negara kita
memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai Kampuchea. Negara kita telah
cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu.
Institusi antarabangsa
Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB
merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. PBB juga
berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan
dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan
prinsip-prinsip pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.
Hubungan diplomatik
Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan
negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi
kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh
negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut.
Undang-undang antarabangsa
Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara
kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga
undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan
antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika
tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan atas perundangan tentang
diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme
untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga
terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.
Perkembangan Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka ingá kini.
Negara kita mengamalkan dasar luar yang ingin mengadakan hubungan dengan semua
negara yang mengamalkan dasar aman, damai dan persahabatan. Sejak merdeka,
dasar luar negara boleh dibahagikan kepada dua tahap: dari tahun 1957 hingga
1969/1970 dan dari tahun 1970 sehingga era kepimpinan Dato Sri Abdullah Ahmad
Badwi.
Era pentadbiran YTM Turku Abdul Rahman Untuk mengeratkan hubungan diplomatik
sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan
membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.
Pada prinsipnya negara mengamalkan dasar berkecuali tetapi ia lebih cenderung ke
arah pro-Barat.
Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa yang
melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika dan blok
Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak
mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara
kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa itu
amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan Inggeris-
Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement yang ditandatangani pada tahun 1957
yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain,
sekiranya Malaya diserang dari luar. Ini bermakna Malaya terpaksa bersifat pro-Barat
dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya. Tunku amat menyedari
bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia merupakan satu tindakan
yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi keselamatan. Tunku
berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat dokongan kuat dari negara
Rusia dan China akan mengancam kedudukanMalaya. Beliau berpendirian demikian
kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti Komunis Malaya sejak dari tahun
1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian ini, Malaya tidak mengadakan
hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan negara-negara komunis yang lain.
Di bawah kepimpinan Tun Razak yang era pemerntahannya diantara tahun 1970
sehingga 1976 terdapat sedikit perubahan yang dilakukan terhadap dasar luar
Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan
dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia
terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf Asean
sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan berkecuali. Sewaktu zaman
peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia. Bagi
memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali
dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan
sikapnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan
hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap
permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap PKM.
Hubungan diplomatik bermula ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke
negara China pada tahun 1974.
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang
bertanggungjawab berunding denganIndonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara
itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia,
Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas
pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh
negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-
Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Dasar berkecuali ini kemudiannya diteruskan oleh Tun Hussein Onnyang memerintah
antara tahun 1976 hingga 1981 yang menggantikan Tun Razak pada tahun 1976
sebagai Perdana Menteri .Walaupun berkecuali, dari segi politik Malaysia masih
bersikap pro-Barat. Dalam masa yang sama, Malaysia juga memberikan keutamaannya
dalam hubungan dengan negara-negara dalam ASEAN. Sikap berkecuali yang
diamalkan kemudiannya ialah kerana kepentingan nasional Malaysia dapat dijamin
melalui tindakan ini. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan
bersenjata Malaysiatelah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia
Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan
termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha
membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh
darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.
Dasar Luar Era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam periode kepimpinan Tun Dr.
Mahathir (1981-2003), dasar luar Malaysia dilihat begitu menarik kerana bersalutan isu-
isu yang menimbulkan kontroversi dan mengundang perdebatan hangat. Peranan
beliau dalam dasar luar begitu meluas melebihi penguasaan Perdana Menteri
sebelumnya. Dr. Mahathir mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam, sekali
gus perhatian yang tinggi ke atas dasar luar Malaysia. Persoalan mengenai
kebangkitan Islam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, krisis ekonomi
serta jurang penguasaan negara maju dengan negara sedang membangun yang ketara
menjadi tumpuan dasar luar Malaysia pada zamannya. Tun Dr. Mahathir mempelopori
beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar luar iaitu tidak sekadar refleksi
daripada situasi dan kedudukan antarabangsa, tetapi menggambarkan pendekatan
proaktifnya dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan
kepentingan negara dunia ketiga dan negara-negara Islam.
Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia telah membuat beberapa perubahan
dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam menyuarakan isu-isu
antarabangsa. Di samping itu, Tun Dr.Mahathir juga telah berusaha untuk mendekati
negara-negara kecil di Selatan Pasifik dan Afrika. Bagi menggalakkan kerjasama yang
lebih erat antara negara-negara tersebut,
Malaysia telah menawarkan diri untuk memberikan kerjasama teknikal kepada negara-
negara sedang membangun.
Tun Dr. Mahathir juga telah mengenengahkan isu kepentingan Antartika terhadap
kesejahteraan manusia sejagat. Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan
sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan
ekonomi dan politik negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke
atas sistem ekologi dunia. Tun Dr. Mahathir juga dengan lantang telah menyuarakan
pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga seperti penindasan terhadap penduduk
kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar
perdagangan yang memihak kepada negara maju, reformasi sistem pentadbiran
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang selama ini berada di bawah dominasi kuasa-
kuasa besar dunia, isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu terbaru ialah
tentang kawalan
Dasar luar Malaysia di zaman Abdullah Badawi dari 2003 hingga kinipula disifatkan telah melalui proses
evolusi yang dinamik. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era
Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada.Walaupun
dasar luar yang diamalkan Abdullah masih sama namun pendekatan yang digunakan bagi menyampaikan
aspirasi nasional di arena antarabangsa agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian beliau yang agak
sederhana. Walaupun baru beberapa tahun memegang teraju pemerintahan negara, tetapi apabila
menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu dasar luar beliau telah mempamerkan kematangan, ketelusan dan
sikap yang pragmatik. Beliau akan tegas menggesa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa-kuasa
besar supaya memahami isu-isu yang menjadi punca sebenar yang mencetuskan keganasan, antaranya dasar
kuasa besar terhadap Palestin dan Iraq.
Sebagai Pengerusi OIC, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada masyarakat dunia
bahawa Islam adalah agama kedamaian yang menentang keganasan, katanya. Sebagai Perdana Menteri,
beliau bertanggungjawab untuk memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam
moden, dinamik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai untuk menjadi rakan perdagangan dan tempat yang
selamat untuk melabur dan melancong.Mengenai dasar luar negara, Abdullah berkata Malaysia perlu
mengurus dan mentadbir secara bijak jalinan perhubungan yang diwujudkan dengan negara-negara lain
melalui dasar luar yang berprinsip, bebas dan pragmatik dalam usaha memelihara kepentingan Malaysia di
arena antarabangsa. Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu Palestin, Iraq,
Afghanistan, Lubnan dan Syria sebagai tanda sokongan kepada umat Islam sejagat. Malaysia mahu menjalin
kerjasama rapat dengan semua negara, bukannya bermusuh dengan negara asing. Malah, kita komited dan
berpegang pada pendirian untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan menyelesaikan
sebarang masalah secara aman.
c- Analisis penglibatan Malaysia dalam Isu antarabangsa.
1. Ekonomi.
Definisi
LID bermaksud Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog.
Dialog ini merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan
pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini
diadakan di pulau Langkawi .
Latar belakang LID
Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr Mahathir Mohamad sejak 1995bagi merapatkan hubungan dengan negara-
negara Afrikayang menghadapi masalah yang hampir sama iaitukemiskinan, dan
masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara
membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata.
Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara
Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah
dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM)
ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di
Selatan Afrika dan kiniCID di Carrebean. Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan
ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media,
ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan.
Malaysia dan negara-negara membangun yang lain atau dikenali juga sebagai Negara-
negara Selatan menghadapi beberapa masalah ekonomi akibat terlalu bergantung pada
hasil eksport. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kira-kira 50% daripada jumlah
Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merupakan kegiatan eksport (ekonomi
terbuka). Untuk mengatasi masalah ekonomi itu, Negara-negara Selatan telah
melakukan beberapa langkah seperti menganjurkan. LID yang dianjurkan oleh Malaysia
adalah berperanan memanjukan ekonomi Negara-negara Selatan Selatan dan Negara
membangun yang lain. Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah
AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan
menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun. Malaysia
telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan-
Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan,
pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan.
Sebagai bukti menurut Tan Seri Rafidah pelaburan keseluruhan Malaysia di seberang
laut telah meningkat kepada AS$5.9 bilion (RM21.5 bilion) dalam 2006 daripada AS$3
bilion (RM11.3 bilion) dalam 2005.
Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang
laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang
dikecualikan cukai. Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan
Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan
antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. Selaras dengan tema LID 2007
`Pembasmian Kemiskinan menerusi Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan
Keupayaan', Salah satu pencapaian yang dapat dilakukan melalui teknologi bio adalah
salah satu alat yang boleh membantu dalam usaha membasmi
kemiskinan. Kemunculan teknologi ini selaras dengan peningkatan cabaran getir yang
terpaksa dihadapi beberapa negara membangun, seperti isu berhubung pembekalan
makanan yang mencukupi.Aplikasinya akan meningkatkan nilai yang dihasilkan oleh
sektor pertanian, termasuk membolehkan usaha membawa pulangan hasil yang lebih
baik berbanding sebelum ini, terutama dalam keadaan peningkatan jumlah penduduk
yang amat ketara ketika ini.katanya. Teknologi bio akan membantu menghapuskan
kemiskinan dalam tempoh singkat, manakala dalam tempoh jangka panjang pula ia
akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia. Malaysian Biotech Corp
turut mengambil bahagian dalam pameran LID di sini.
Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC (APEC Telecommunications and
Information Working Group). Kumpulan Kerja Telekomunikasi APEC (TEL) telah
ditubuhkan dalam tahun 1990 sebagai salah satu sektor kumpulan kerja di bawah
naungan APEC. APEC TEL mengadakan mesyuarat dua kali setahun dan giliran
negara yang menjadi tuan rumah bagi perjumpaan ini adalah mengikut pusingan di
antara negara-negara APEC. Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk
Mesyuarat Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC Ke-27 (27th
APECTEL) yang dijadualkan berlangsung pada 24 - 28hb Mac 2003 di Kuala Lumpur.
APEC TEL bertanggungjawab memberikan laporan tentang segala aktivitinya kepada
Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Maklumat APEC yang dijalankan setiap
dua tahun sekali.
Elekomuniti Asia Pasifik (APT). APT telah ditubuhkan pada Mei 1979 untuk berkhidmat sebagai organisasi
telekomunikasi kawasan melalui perjanjian di antara kerajaan. APT terdiri daripada 30 buah negara yang
menjadi ahli, 4 buah negara sebagai ahli bersekutudan 41 buah negara sebagai ahli gabungan. Struktur
organisasi terdiri daripada 3 peringkat, yakni Perhimpunan Umum, Jawatankuasa Pengurusan dan Urusetia
yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand.
Malaysia telah menjadi ahli rasmi APT pada 1hb Julai 1979 yang diwakili oleh Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi. Ahli-ahli gabungan APT yang terdiri daripada beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia adalah
Binariang, Celcom, Telekom Malaysia, Time Telecom dan Digi Telecom. Sementara bagi Ericsson Telecom
pula penyertaannya dalam APT bermula pada 1hb Jan 1996.
2. Alam sekitar
Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi
Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel
pada 1989. Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan perjanjian alam sekitar
pelbagai hala, yang telah diberi keutamaan oleh masyarakat antarabangsa antaranya,
Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvensyen Kepelbagaian
Biologi, Konvensyen Basel Mengenai Pergerakan Merentasi, Sempadan Bahan
Buangan Berbahaya, Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan Ozon, Konvensyen
Stockholm Mengenal Persistent Organic Pollutants,Konvensyen Ramsar Mengenal
Tanah Lembap, Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies Flora dan Fauna yang di
ancam Kepupusan.Kesemua ini merupakan penglibatan dan prihatin Malaysia bersama
dasar luarnya terhadap alam sekitar.
Para saintis yang menyelia kajian yang paling luas tentang ekosistem sedunia dan
sumbangannya kepada pembangunan ekonomi, pada hari ini mengumumkan
pembukaan sebuah pejabat yang bertempat di ICLARM - Pusat Perikanan Dunia di
Pulau Pinang, Malaysia.
Kajian itu yang dipanggil Penilaian Ekosistem Milenium (MA) merupakan kajian 4 tahun dan usaha ini yang
bernilai RM79,800,000 (US$21 million) akan dilaksanakan di seluruh dunia. Pengarah Eksekutifnya, seorang
pakar zoologi, Dr Walter V.Reid yang juga akan berada di Pulau Pinang akan menyelaraskan kerja-kerja lebih
kurang 1,500 ahli sains dari pelbagai institusi.
Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai
alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Persidangan mengenai
kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhutanan
Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala
Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya
kehijauan alam sekitar dikembalikan.
Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad
Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam
sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan ketika
merasmikan Kongres Jalan Raya Dunia ke-XXI, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada
3 Oktober lalu berkata, negara di seluruh dunia perlu menyeimbangkan keperluan antara pembangunan
dengan alam sekitar bagi memastikan perkembangan mutu hidup diteruskan tanpa menggugat sumber asli
yang semakin terhad. Dilema yang dihadapi kebanyakan negara membangun ialah untuk menyeimbangkan
keadaan antara pembangunan dan alam sekitar. Di Malaysia, pembangunan berterusan dengan penekanan
kepada perlindungan alam sekitar telah diberi keutamaan dalam strategi pembangunan.
Jelaslah di sini, persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian
pemimpin dunia. Persidangan Perhu'tanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri
Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada
Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan.Pertubuhan
BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan
Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai
perkara yang perlu diberi keutamaan. Keperluan memulihara alam sekitar perlu dilihat dari sudut seimbang dan
perhatian yang sewajarnya perlu diberikan dalam menggalak dan mengekalkan pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi termasuk pembasmian kemiskinan, memenuhi keperluan asas dan meningkatkan taraf
kehidupan.
3. Politik.
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), telah ditubuhkan di Rabat,Maghribi pada 25 September 1969 dengan
persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Penglibatan Malaysia dalam OIC telah bermula pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Melalui pertubuhan ini, Malaysiatelah memainkan peranan penting dalam soal kestabilan politik negara-negara
Islam. Banyak isu-isu dalam dunia Islam yang telah dibincangkan melalui pertemuan-pertemuan ketua-ketua
Negara-negara Islam bermula di Rabat 1955. Melalui peranan Malaysia dalam OIC ini kebanyakkan bahawa ia
berpengaruh ke arah kestabilan politik negara-negara anggota.
Tujuan utama penubuhannya ialah mewujudkan kerjasama antara negara-negara anggota bagi memupuk
perpaduan umat Islam di dunia. Ia juga bertujuan mengumpulkan sumber negara-negara Islam dalam
menggalakkan kepentingan mereka dan menyatupadukan usaha mereka untuk bercakap sebagai satu suara
dalam meningkatkan keamanan dan keselamatan dunia Islam. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan
pemeliharaan keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa, menyaksikan
negara ini terlibat dalam membantu mencari penyelesaian di dalam beberapa isu antarabangsa melibatkan
umat Islam.
Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam (OIC) telah menyuarakan
banyak persoalan. PerananMalaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk
menangani permasalan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan
tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi
nuklear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China
dan Israel menguji senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuklear
baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita kesal apabila AS terus
menekan Iranmenggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencanangkan
kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat
dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif
menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan,
Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam
tidak mempunyai kehendak politik (political will) untuk membela kepentingan saudara seagama mereka. Kita
tidak tahu apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka merasmikan
pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata dunia. Kita tidak boleh hanya sekadar
berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak berupaya untuk mengangkat martabat ummah
Islam. Malaysia bukan sahaja tidak membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak
dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global.
Malaysia yang cuba mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila tanah mereka dirampas
oleh Israel, masalah Palestin adalah masalah yang lama dan kronik pada hari ini. Masalah di Timur Tengah
kini menjadi lebih besar dengan krisis politik yang berlaku di Lubnan dan konflik berdarah di Iraq yang
sehingga kini belum selesai. Peranan Malaysia sebagai anggota OIC dan Liga Arab mencari penyelesaian
terutama berkenaan masalah Timur Tengah. Tidak jauh dari kita, beribu-ribu orang menderita...mereka
terperangkap di tengah-tengah peperangan. Perkara ini adanya bantuan bagi kesengsaraan bila penyelesaian
kepada masalah dan isu yang mereka hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sidang Kemuncak dua hari itu di
Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini dibuka oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul
Aziz Al-Saud. Dalam konteks Timur Tengah,penyelesaian dua negara di di mana Israel dan Palestin
mengiktiraf satu sama lain dan tinggal bersebelahan dengan aman dan selamat merupakan sesuatu yang OIC
dan Liga Arab terus usahakan. Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perkembangan yang
berlaku dengan kemunculan kerajaan perpaduan Palestin melibatkan Fatah dan Hamas.
Liga Arab dilihat telah gagal dalam menyelesaikan isu Palestin ini bahkan mereka sendiri dilihat saling
bercakaran antara satu sama lain akibat perbezaan pendapat dan pandangan. Pelbagai jenis persidangan
diatur dan dilaksanakan sejak puluhan tahun yang lalu namun hasilnya hanya di atas kertas tanpa
perlaksanaan yang signifikan. Raja Abdullah yang mewakili kerajaan Arab Saudi yang berperanan mengatur
kerajaan perpaduan Palestin sudah pasti menarik nafas gusar akibat kegagalan inisiatif yang dibentuknya.
Oleh itu Malaysia menggunakan kerusinya sebagai Pengerusi OIC untuk setegas mungkin menyelesaikan isu
ini. Persepakatan antara anggota OIC yang lain turut diperlukan dalam membantu Palestin menikmati kembali
kedamaian seterusnya mengecapi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang merdeka serta bebas dari
cengkaman Israel dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun usaha untuk mendamaikan Hamas dan Fatah
dilihat merupakan satu usaha yang sukar memandangkan kedua-dua belah pihak mempunyai prinsip dan
pandangan politik yang sangat berbeza antara satu sama lain. Sejarah sendiri telah memaparkan betapa
kesatuan antara kedua-dua kumpulan ini boleh dikatakan amat mustahil untuk dilaksanakan. Namun sejarah
pada bulan Mac yang lepas juga turut memperlihatkan bahawa masih terdapat persefahaman dan titik temu
yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak. Faktor Palestin sebagai tanah air yang perlu dipertahankan
serta ancaman kejam Israel yang merobek maruah mereka boleh dijadikan faktor penentu perpaduan antara
kedua-dua pihak. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan OIC seharusnya ialah memastikan
masalah tersebut diselesaikan.
KESIMPULAN.
Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik melalui Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan agar suasana politik Negara-negara anggota terjamin.
Usul-usul dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia telah
menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar kestabilan politikMalaysia. Peranan
Dasar Luar juga memainkan keupayaan Malaysiadalam perkembangan social, ekonomi dan politik.
Sesungguhnya dasar luar juga mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada
pemerintahan Malaysia.
RUJUKAN
Al-Hafiz . (1990) Dasar Luar Malaysia – Satu Tinjuan Khas, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dr.Hashim Husin (1990), Malaysia Ke arah Kemajuan, Pustaka Media Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd.
Mohd Noor Mat Yazid (1994), Kajian Dasar Luar Malaysia, Pustaka Antara
Media Sdn. Bhd.
Mokhtar A. Kadir (1991), Malaysia Bersama Dasar Luar, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dialog_Antarabangsa_Langkawi
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=JUL&m=3&t=&r=m&i=LAT
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=3647
http://www.turkishweekly.net/interview.php?id=87
http://shoubra-student.blogspot.com/2007_05_01_archive.html
http://yksm.com.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=85
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=1685
http://web5.bernama.com/events/LID2007/newsbm.php?id=277362
http://www.mima.gov.my/mima/htmls/papers/pdf/nazery/Malaysia%20%20perundangan
%20_26Jun07_.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_08.htm
http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99a21.htm
http://web5.bernama.com/client/newiwk/bm/template.php?id=234191
http://www.mca.org.my/English/Parliament/Pages/LohSengKok(KelanaJaya)mintaMEN
TERISUMBERASLIDANALAMSEKITARmenyatakanperjanjian-
perjanjianalamsekitarantarabangsayangtelahdi.aspx
http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/bab_7.html
http://www.mosti.gov.my/opencms/export/MostePortal/KAS/KASfunctionEn.html
http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99c14.htm
http://www.ambafrance-my.org/spip.php?article405
http://www.ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=1096
http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/pengaman.html
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=print&sid=693berdaulat’.
http://force136.fotopages.com/?entry=602874
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunHusseinDatoOnn.htm
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm#Kandungan
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMMahathirbinMohammad.htm#Kandungan
http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267
http://blisdemo.bernama.com/article.phtml?
SN=d3439ce4ad04c5cc677b7e5ce8af2109&s=10&p=10906
http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267
Diposkan oleh pak long cikgu

More Related Content

What's hot

PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAsmka wataniah machang, kelantan
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsasejarahkkb
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSABhacyrus Rameles
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynnIPDA
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)nasywah79
 
Pengajian Am- Penggal 3
Pengajian Am-  Penggal 3Pengajian Am-  Penggal 3
Pengajian Am- Penggal 3Mei Lerthchai
 
Pengajian Malaysia(MPW1133)-Komanwel
Pengajian Malaysia(MPW1133)-KomanwelPengajian Malaysia(MPW1133)-Komanwel
Pengajian Malaysia(MPW1133)-Komanwelrara8989
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiamunnianwar
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)Mun Ying
 
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKAzreeShariff
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuAzamuddin Azha
 
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)munnianwar
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Christine Leo
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 路人 路过
 

What's hot (20)

PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Komanwel pengajian am
Komanwel pengajian amKomanwel pengajian am
Komanwel pengajian am
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
Pengajian Am- Penggal 3
Pengajian Am-  Penggal 3Pengajian Am-  Penggal 3
Pengajian Am- Penggal 3
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Kerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatanKerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatan
 
Pengajian Malaysia(MPW1133)-Komanwel
Pengajian Malaysia(MPW1133)-KomanwelPengajian Malaysia(MPW1133)-Komanwel
Pengajian Malaysia(MPW1133)-Komanwel
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
 
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
 
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记
 

Similar to Dasar luar malaysia

JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016isharsmiaa
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perakisharsmiaa
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1yahyaman1
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016isharsmiaa
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016isharsmiaa
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkaparidahrashid
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melakaisharsmiaa
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123 isharsmiaa
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123isharsmiaa
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pmSasi Kumaran
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7DORAEMONLINA
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiadka1d
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 

Similar to Dasar luar malaysia (20)

JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
3 2-bab-9-tkt-5
3 2-bab-9-tkt-53 2-bab-9-tkt-5
3 2-bab-9-tkt-5
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utamaPengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
 
Muaz
MuazMuaz
Muaz
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pm
 
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
Slideshow pengajian malaysia(isu isu keprihatinan negara)kumpulan 7
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 

More from An Hawa

Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaAn Hawa
 
Tiba tiba
Tiba tibaTiba tiba
Tiba tibaAn Hawa
 
Manfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihanManfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihanAn Hawa
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahamanAn Hawa
 
Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1An Hawa
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahamanAn Hawa
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14An Hawa
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14An Hawa
 
Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2An Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Anggaran belanjawan
Anggaran belanjawanAnggaran belanjawan
Anggaran belanjawanAn Hawa
 
Kuliah m6
Kuliah m6Kuliah m6
Kuliah m6An Hawa
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4An Hawa
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4An Hawa
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4An Hawa
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasutAn Hawa
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasutAn Hawa
 

More from An Hawa (20)

Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
Tiba tiba
Tiba tibaTiba tiba
Tiba tiba
 
Manfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihanManfaat menjaga kebersihan
Manfaat menjaga kebersihan
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1Syarat khas program pengajian 1
Syarat khas program pengajian 1
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14
 
Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14Nota edu3083 27.9.14
Nota edu3083 27.9.14
 
Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Anggaran belanjawan
Anggaran belanjawanAnggaran belanjawan
Anggaran belanjawan
 
Kuliah m6
Kuliah m6Kuliah m6
Kuliah m6
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
 
Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4Muzik tahun 5 a4
Muzik tahun 5 a4
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 
Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 

Dasar luar malaysia

  • 1. dasar luar malaysia Definisi Dasar Luar . Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat muka surat 317 memberikan definisi dasar sebagai asas atau prinsip yang asas. Manakala luar pula ialah yang berkaitan keadaan yang berada ditempat lain. Mengikut SP Star (2001), dasar luar boleh diertikan sebagai garis panduan bagi segala tindakan yang diambil oleh Negara ini apabila ia berhubung dengan Negara lain. Menurut Mohd Noor Mat Yazid (1994), Dasar Luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. Al-Hafiz (1990), mendefinisikan Dasar Luar sebagai sesuatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Mengikut Dr.Hashim Husin (1990), Dasar Luar boleh dianggap sebagai instrument atau alat yang diperlukan oleh sesebuah Negara untuk berhubung atau berinteraksi dengan sesebuah Negara lain, baik yang berjiran atau yang berada jauh dengannya. Objektif Dasar Luar Malaysia. Objektif Dasar Luar Malaysia antara lain adalah untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Ini merupakan tonggak utama dalam pengubalan dasar luar negara. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.Perkara ini diambil Kira juga demi memastikan keamanan negara terpelihara dan dihormati oleh negara luar. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa. Usul ini juga dipertimbangkan untuk memajukan negara selaras dengan asas perkembangan pembangunan negara Malaysia. Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang; memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain. Perkara ini dipastikan agar Malaysia dapat mengadakan hubungan dua-hala dengan negara asing untuk kepentingan bersama. Hubungan
  • 2. yang baik juga memberikan impak positif dalam proses menuju kepada negara maju 2020. Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di peringkat antarabangsa. Ikatan perhubungan bersama negara-negara membangun lain juga diberikan perhatian. Pendirian sesebuah negara anggota akan tetap dipertahankan demi kemajuan dan perkembangan suasana politik yang stabil. Ini juga akan membantu ke arah kemajuan Negara Malaysia. Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia. Pertama, Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Maknanya Negara kita Malaysia membuat dasar luar yang bersangkutan dengan keupayaan mempertahankan Negara dan negara-negara disekitarnya supaya sentiasa dalam keadaan aman dan bebas. Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb.November 1970 Malaysia mula memberi penekanan kepada dasar non-aligned dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara- Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Sikap berbaik-baik dengan semua negara diamalkan tanpa mengira kefahamandan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China juga negara-negara Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Malaysia memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ). Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia- Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Sebagai contoh, Mengenai Perundangan Samudra 1982 yang lebih dikenali dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu UNCLOS. Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara. Oleh yang demikian, dasar luar Malaysia lebih menumpukan kepada dasar berbaik-baik dalam soal perhubungan antara negara lain. Usaha mengekalkan keamanan diperhebatkan dengan merangka rakgkaian usaha-sama ekonomi antara Malaysia dan negara jiran terdekat. Penubuhan hubungan kejiranan ini dapat membantu mengekalkan keamanan serantau. Ketiga, Mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Ini membawa maksud bahawa Malaysia dengan dasar-dasar luarnya berpegang pada prinsip
  • 3. menghormati dan mengakui kedaulatan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran sesebuah Negara yang berdaulat.Kerajaan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, anti-komunis, anti-Israel, dan anti-apartheid. Tahun-tahun awal kemerdekaan juga melihatkan negara menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan Komanwel. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN pada tahun 1967. Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D. Sebagai contoh, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia telah dua kali mengambil tempat di Majlis Keselamatan (MK) PBB, iaitu pada tahun 1988-1989 dan 1999-2000. Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri Razali Ismail, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-51 dan sekarang ini memainkan peranan sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar. Bahawa secara amnya, Malaysia mula lebih percaya kepada kebolehannya dan berani menyatakan pendapat serta kedudukannya mengenai pelbagai isu semasa di arena antarabangsa. Bukan sahaja kepentingan Negara kita sahaja yang diketengahkan, malah pendirian dan kepentingan negara-negara membangun dari Selatan dalam menangani isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam sekitar juga diketengahkan. Keempat, Dasar-dasar luar Malayisa juga mempunyai kerpecayaan dan kerjasama yang komited terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya. faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia.
  • 4. Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah, faktor politik, faktor ekonomi dan sebagainya. Persekitaran geostrategik Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Singapura, Tahiland, Indonesia, Filipina dan Brueni. Perairannya juga menjadi laluan utama papal-kapal perdagangan di dunia. Dengan ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. Struktur ekonomi negara Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjaslin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980an, melalui dasar Pandang ke Timar, pelaburan asing juga digalakan dari negara-negara di Timar, pelaburan asing juga dari negara-negara di Timar terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malayisa menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara- negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di camping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita haruslah mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan. Struktur politik negara Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpalrlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Plastin bagi mengwujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada PIagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan
  • 5. dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama. Demografik Malayisa menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang mejorita beragama Islam.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatikdengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan juga prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara kita mengamalkan dasar ini ialah negara kita telah menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang mengancam hak asasi manusia dan bertentangan dengan amalan perpaduan yang wujud di negara kita. Keselamatan negara Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara. Pendirian ini perlu untuk menjaga kestabilan politik serantau. Usaha ini amat perlu dilakukan oleh Malaysia melalui dasar luarnya. Keadaan politik serantau Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu. Institusi antarabangsa Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya. Hubungan diplomatik Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut. Undang-undang antarabangsa
  • 6. Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan. Perkembangan Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka ingá kini. Negara kita mengamalkan dasar luar yang ingin mengadakan hubungan dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman, damai dan persahabatan. Sejak merdeka, dasar luar negara boleh dibahagikan kepada dua tahap: dari tahun 1957 hingga 1969/1970 dan dari tahun 1970 sehingga era kepimpinan Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi. Era pentadbiran YTM Turku Abdul Rahman Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini. Pada prinsipnya negara mengamalkan dasar berkecuali tetapi ia lebih cenderung ke arah pro-Barat. Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa yang melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika dan blok Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa itu amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan Inggeris- Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, sekiranya Malaya diserang dari luar. Ini bermakna Malaya terpaksa bersifat pro-Barat dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya. Tunku amat menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia merupakan satu tindakan yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi keselamatan. Tunku berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat dokongan kuat dari negara Rusia dan China akan mengancam kedudukanMalaya. Beliau berpendirian demikian kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti Komunis Malaya sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian ini, Malaya tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan negara-negara komunis yang lain. Di bawah kepimpinan Tun Razak yang era pemerntahannya diantara tahun 1970 sehingga 1976 terdapat sedikit perubahan yang dilakukan terhadap dasar luar Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang dijuruskan
  • 7. dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar perlu mengiktiraf Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan berkecuali. Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia. Bagi memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap China. Malaysia berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China, negara tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan menghentikan sokongannya terhadap PKM. Hubungan diplomatik bermula ketika Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke negara China pada tahun 1974. Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding denganIndonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al- Haj sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan. Dasar berkecuali ini kemudiannya diteruskan oleh Tun Hussein Onnyang memerintah antara tahun 1976 hingga 1981 yang menggantikan Tun Razak pada tahun 1976 sebagai Perdana Menteri .Walaupun berkecuali, dari segi politik Malaysia masih bersikap pro-Barat. Dalam masa yang sama, Malaysia juga memberikan keutamaannya dalam hubungan dengan negara-negara dalam ASEAN. Sikap berkecuali yang diamalkan kemudiannya ialah kerana kepentingan nasional Malaysia dapat dijamin melalui tindakan ini. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysiatelah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Dasar Luar Era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam periode kepimpinan Tun Dr. Mahathir (1981-2003), dasar luar Malaysia dilihat begitu menarik kerana bersalutan isu- isu yang menimbulkan kontroversi dan mengundang perdebatan hangat. Peranan beliau dalam dasar luar begitu meluas melebihi penguasaan Perdana Menteri sebelumnya. Dr. Mahathir mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam, sekali gus perhatian yang tinggi ke atas dasar luar Malaysia. Persoalan mengenai
  • 8. kebangkitan Islam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel, krisis ekonomi serta jurang penguasaan negara maju dengan negara sedang membangun yang ketara menjadi tumpuan dasar luar Malaysia pada zamannya. Tun Dr. Mahathir mempelopori beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar luar iaitu tidak sekadar refleksi daripada situasi dan kedudukan antarabangsa, tetapi menggambarkan pendekatan proaktifnya dalam menangani isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan negara dunia ketiga dan negara-negara Islam. Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia telah membuat beberapa perubahan dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam menyuarakan isu-isu antarabangsa. Di samping itu, Tun Dr.Mahathir juga telah berusaha untuk mendekati negara-negara kecil di Selatan Pasifik dan Afrika. Bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara negara-negara tersebut, Malaysia telah menawarkan diri untuk memberikan kerjasama teknikal kepada negara- negara sedang membangun. Tun Dr. Mahathir juga telah mengenengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat. Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik negara-negara tersebut tanpa memikirkan kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia. Tun Dr. Mahathir juga dengan lantang telah menyuarakan pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga seperti penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju, reformasi sistem pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang selama ini berada di bawah dominasi kuasa- kuasa besar dunia, isu-isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu terbaru ialah tentang kawalan Dasar luar Malaysia di zaman Abdullah Badawi dari 2003 hingga kinipula disifatkan telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri kelima itu meneruskan kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada.Walaupun dasar luar yang diamalkan Abdullah masih sama namun pendekatan yang digunakan bagi menyampaikan aspirasi nasional di arena antarabangsa agak berbeza bersesuaian dengan keperibadian beliau yang agak sederhana. Walaupun baru beberapa tahun memegang teraju pemerintahan negara, tetapi apabila menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu dasar luar beliau telah mempamerkan kematangan, ketelusan dan sikap yang pragmatik. Beliau akan tegas menggesa masyarakat antarabangsa terutamanya kuasa-kuasa besar supaya memahami isu-isu yang menjadi punca sebenar yang mencetuskan keganasan, antaranya dasar kuasa besar terhadap Palestin dan Iraq. Sebagai Pengerusi OIC, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada masyarakat dunia bahawa Islam adalah agama kedamaian yang menentang keganasan, katanya. Sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab untuk memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam moden, dinamik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai untuk menjadi rakan perdagangan dan tempat yang selamat untuk melabur dan melancong.Mengenai dasar luar negara, Abdullah berkata Malaysia perlu
  • 9. mengurus dan mentadbir secara bijak jalinan perhubungan yang diwujudkan dengan negara-negara lain melalui dasar luar yang berprinsip, bebas dan pragmatik dalam usaha memelihara kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya mengenai isu Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Syria sebagai tanda sokongan kepada umat Islam sejagat. Malaysia mahu menjalin kerjasama rapat dengan semua negara, bukannya bermusuh dengan negara asing. Malah, kita komited dan berpegang pada pendirian untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan menyelesaikan sebarang masalah secara aman. c- Analisis penglibatan Malaysia dalam Isu antarabangsa. 1. Ekonomi. Definisi LID bermaksud Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog. Dialog ini merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini diadakan di pulau Langkawi . Latar belakang LID Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995bagi merapatkan hubungan dengan negara- negara Afrikayang menghadapi masalah yang hampir sama iaitukemiskinan, dan masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan Afrika dan kiniCID di Carrebean. Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan. Malaysia dan negara-negara membangun yang lain atau dikenali juga sebagai Negara- negara Selatan menghadapi beberapa masalah ekonomi akibat terlalu bergantung pada
  • 10. hasil eksport. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kira-kira 50% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merupakan kegiatan eksport (ekonomi terbuka). Untuk mengatasi masalah ekonomi itu, Negara-negara Selatan telah melakukan beberapa langkah seperti menganjurkan. LID yang dianjurkan oleh Malaysia adalah berperanan memanjukan ekonomi Negara-negara Selatan Selatan dan Negara membangun yang lain. Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun. Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan- Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan. Sebagai bukti menurut Tan Seri Rafidah pelaburan keseluruhan Malaysia di seberang laut telah meningkat kepada AS$5.9 bilion (RM21.5 bilion) dalam 2006 daripada AS$3 bilion (RM11.3 bilion) dalam 2005. Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang dikecualikan cukai. Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. Selaras dengan tema LID 2007 `Pembasmian Kemiskinan menerusi Pembangunan Modal Insan dan Pembinaan Keupayaan', Salah satu pencapaian yang dapat dilakukan melalui teknologi bio adalah salah satu alat yang boleh membantu dalam usaha membasmi kemiskinan. Kemunculan teknologi ini selaras dengan peningkatan cabaran getir yang terpaksa dihadapi beberapa negara membangun, seperti isu berhubung pembekalan makanan yang mencukupi.Aplikasinya akan meningkatkan nilai yang dihasilkan oleh sektor pertanian, termasuk membolehkan usaha membawa pulangan hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini, terutama dalam keadaan peningkatan jumlah penduduk yang amat ketara ketika ini.katanya. Teknologi bio akan membantu menghapuskan kemiskinan dalam tempoh singkat, manakala dalam tempoh jangka panjang pula ia akan membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dunia. Malaysian Biotech Corp turut mengambil bahagian dalam pameran LID di sini. Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC (APEC Telecommunications and Information Working Group). Kumpulan Kerja Telekomunikasi APEC (TEL) telah ditubuhkan dalam tahun 1990 sebagai salah satu sektor kumpulan kerja di bawah naungan APEC. APEC TEL mengadakan mesyuarat dua kali setahun dan giliran negara yang menjadi tuan rumah bagi perjumpaan ini adalah mengikut pusingan di
  • 11. antara negara-negara APEC. Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC Ke-27 (27th APECTEL) yang dijadualkan berlangsung pada 24 - 28hb Mac 2003 di Kuala Lumpur. APEC TEL bertanggungjawab memberikan laporan tentang segala aktivitinya kepada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Maklumat APEC yang dijalankan setiap dua tahun sekali. Elekomuniti Asia Pasifik (APT). APT telah ditubuhkan pada Mei 1979 untuk berkhidmat sebagai organisasi telekomunikasi kawasan melalui perjanjian di antara kerajaan. APT terdiri daripada 30 buah negara yang menjadi ahli, 4 buah negara sebagai ahli bersekutudan 41 buah negara sebagai ahli gabungan. Struktur organisasi terdiri daripada 3 peringkat, yakni Perhimpunan Umum, Jawatankuasa Pengurusan dan Urusetia yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand. Malaysia telah menjadi ahli rasmi APT pada 1hb Julai 1979 yang diwakili oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Ahli-ahli gabungan APT yang terdiri daripada beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia adalah Binariang, Celcom, Telekom Malaysia, Time Telecom dan Digi Telecom. Sementara bagi Ericsson Telecom pula penyertaannya dalam APT bermula pada 1hb Jan 1996. 2. Alam sekitar Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan perjanjian alam sekitar pelbagai hala, yang telah diberi keutamaan oleh masyarakat antarabangsa antaranya, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Konvensyen Basel Mengenai Pergerakan Merentasi, Sempadan Bahan Buangan Berbahaya, Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan Ozon, Konvensyen Stockholm Mengenal Persistent Organic Pollutants,Konvensyen Ramsar Mengenal Tanah Lembap, Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies Flora dan Fauna yang di ancam Kepupusan.Kesemua ini merupakan penglibatan dan prihatin Malaysia bersama dasar luarnya terhadap alam sekitar. Para saintis yang menyelia kajian yang paling luas tentang ekosistem sedunia dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi, pada hari ini mengumumkan pembukaan sebuah pejabat yang bertempat di ICLARM - Pusat Perikanan Dunia di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian itu yang dipanggil Penilaian Ekosistem Milenium (MA) merupakan kajian 4 tahun dan usaha ini yang bernilai RM79,800,000 (US$21 million) akan dilaksanakan di seluruh dunia. Pengarah Eksekutifnya, seorang pakar zoologi, Dr Walter V.Reid yang juga akan berada di Pulau Pinang akan menyelaraskan kerja-kerja lebih kurang 1,500 ahli sains dari pelbagai institusi. Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel pada 1989. Persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhutanan
  • 12. Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan. Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan ketika merasmikan Kongres Jalan Raya Dunia ke-XXI, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu berkata, negara di seluruh dunia perlu menyeimbangkan keperluan antara pembangunan dengan alam sekitar bagi memastikan perkembangan mutu hidup diteruskan tanpa menggugat sumber asli yang semakin terhad. Dilema yang dihadapi kebanyakan negara membangun ialah untuk menyeimbangkan keadaan antara pembangunan dan alam sekitar. Di Malaysia, pembangunan berterusan dengan penekanan kepada perlindungan alam sekitar telah diberi keutamaan dalam strategi pembangunan. Jelaslah di sini, persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhu'tanan Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan.Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan. Keperluan memulihara alam sekitar perlu dilihat dari sudut seimbang dan perhatian yang sewajarnya perlu diberikan dalam menggalak dan mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi termasuk pembasmian kemiskinan, memenuhi keperluan asas dan meningkatkan taraf kehidupan. 3. Politik. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), telah ditubuhkan di Rabat,Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September. Penglibatan Malaysia dalam OIC telah bermula pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui pertubuhan ini, Malaysiatelah memainkan peranan penting dalam soal kestabilan politik negara-negara Islam. Banyak isu-isu dalam dunia Islam yang telah dibincangkan melalui pertemuan-pertemuan ketua-ketua Negara-negara Islam bermula di Rabat 1955. Melalui peranan Malaysia dalam OIC ini kebanyakkan bahawa ia berpengaruh ke arah kestabilan politik negara-negara anggota. Tujuan utama penubuhannya ialah mewujudkan kerjasama antara negara-negara anggota bagi memupuk perpaduan umat Islam di dunia. Ia juga bertujuan mengumpulkan sumber negara-negara Islam dalam menggalakkan kepentingan mereka dan menyatupadukan usaha mereka untuk bercakap sebagai satu suara dalam meningkatkan keamanan dan keselamatan dunia Islam. Dasar luar Malaysia yang mengutamakan pemeliharaan keamanan serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa, menyaksikan negara ini terlibat dalam membantu mencari penyelesaian di dalam beberapa isu antarabangsa melibatkan umat Islam. Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam (OIC) telah menyuarakan banyak persoalan. PerananMalaysia dalam menegaskan persoalan politik ini memberikan kesan untuk
  • 13. menangani permasalan tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba menyekat pembangunan teknologi nuklear di negara membangun, tetapi terus membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China dan Israel menguji senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa nuklear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita kesal apabila AS terus menekan Iranmenggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum inipun mereka mencanangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah, tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq, Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam tidak mempunyai kehendak politik (political will) untuk membela kepentingan saudara seagama mereka. Kita tidak tahu apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka merasmikan pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata dunia. Kita tidak boleh hanya sekadar berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak berupaya untuk mengangkat martabat ummah Islam. Malaysia bukan sahaja tidak membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global. Malaysia yang cuba mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila tanah mereka dirampas oleh Israel, masalah Palestin adalah masalah yang lama dan kronik pada hari ini. Masalah di Timur Tengah kini menjadi lebih besar dengan krisis politik yang berlaku di Lubnan dan konflik berdarah di Iraq yang sehingga kini belum selesai. Peranan Malaysia sebagai anggota OIC dan Liga Arab mencari penyelesaian terutama berkenaan masalah Timur Tengah. Tidak jauh dari kita, beribu-ribu orang menderita...mereka terperangkap di tengah-tengah peperangan. Perkara ini adanya bantuan bagi kesengsaraan bila penyelesaian kepada masalah dan isu yang mereka hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sidang Kemuncak dua hari itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini dibuka oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud. Dalam konteks Timur Tengah,penyelesaian dua negara di di mana Israel dan Palestin mengiktiraf satu sama lain dan tinggal bersebelahan dengan aman dan selamat merupakan sesuatu yang OIC dan Liga Arab terus usahakan. Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku dengan kemunculan kerajaan perpaduan Palestin melibatkan Fatah dan Hamas. Liga Arab dilihat telah gagal dalam menyelesaikan isu Palestin ini bahkan mereka sendiri dilihat saling bercakaran antara satu sama lain akibat perbezaan pendapat dan pandangan. Pelbagai jenis persidangan diatur dan dilaksanakan sejak puluhan tahun yang lalu namun hasilnya hanya di atas kertas tanpa perlaksanaan yang signifikan. Raja Abdullah yang mewakili kerajaan Arab Saudi yang berperanan mengatur kerajaan perpaduan Palestin sudah pasti menarik nafas gusar akibat kegagalan inisiatif yang dibentuknya. Oleh itu Malaysia menggunakan kerusinya sebagai Pengerusi OIC untuk setegas mungkin menyelesaikan isu ini. Persepakatan antara anggota OIC yang lain turut diperlukan dalam membantu Palestin menikmati kembali kedamaian seterusnya mengecapi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang merdeka serta bebas dari cengkaman Israel dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun usaha untuk mendamaikan Hamas dan Fatah dilihat merupakan satu usaha yang sukar memandangkan kedua-dua belah pihak mempunyai prinsip dan pandangan politik yang sangat berbeza antara satu sama lain. Sejarah sendiri telah memaparkan betapa kesatuan antara kedua-dua kumpulan ini boleh dikatakan amat mustahil untuk dilaksanakan. Namun sejarah pada bulan Mac yang lepas juga turut memperlihatkan bahawa masih terdapat persefahaman dan titik temu yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak. Faktor Palestin sebagai tanah air yang perlu dipertahankan serta ancaman kejam Israel yang merobek maruah mereka boleh dijadikan faktor penentu perpaduan antara
  • 14. kedua-dua pihak. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh Malaysia dan OIC seharusnya ialah memastikan masalah tersebut diselesaikan. KESIMPULAN. Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan politik melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan agar suasana politik Negara-negara anggota terjamin. Usul-usul dan peranan yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia telah menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar kestabilan politikMalaysia. Peranan Dasar Luar juga memainkan keupayaan Malaysiadalam perkembangan social, ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar juga mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada pemerintahan Malaysia. RUJUKAN Al-Hafiz . (1990) Dasar Luar Malaysia – Satu Tinjuan Khas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr.Hashim Husin (1990), Malaysia Ke arah Kemajuan, Pustaka Media Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd. Mohd Noor Mat Yazid (1994), Kajian Dasar Luar Malaysia, Pustaka Antara Media Sdn. Bhd. Mokhtar A. Kadir (1991), Malaysia Bersama Dasar Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dialog_Antarabangsa_Langkawi http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=JUL&m=3&t=&r=m&i=LAT http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=3647 http://www.turkishweekly.net/interview.php?id=87 http://shoubra-student.blogspot.com/2007_05_01_archive.html http://yksm.com.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=85 http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=1685
  • 15. http://web5.bernama.com/events/LID2007/newsbm.php?id=277362 http://www.mima.gov.my/mima/htmls/papers/pdf/nazery/Malaysia%20%20perundangan %20_26Jun07_.pdf http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_08.htm http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99a21.htm http://web5.bernama.com/client/newiwk/bm/template.php?id=234191 http://www.mca.org.my/English/Parliament/Pages/LohSengKok(KelanaJaya)mintaMEN TERISUMBERASLIDANALAMSEKITARmenyatakanperjanjian- perjanjianalamsekitarantarabangsayangtelahdi.aspx http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/bab_7.html http://www.mosti.gov.my/opencms/export/MostePortal/KAS/KASfunctionEn.html http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99c14.htm http://www.ambafrance-my.org/spip.php?article405 http://www.ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=1096 http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/pengaman.html http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=print&sid=693berdaulat’. http://force136.fotopages.com/?entry=602874 http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunHusseinDatoOnn.htm http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm#Kandungan http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMMahathirbinMohammad.htm#Kandungan http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267 http://blisdemo.bernama.com/article.phtml? SN=d3439ce4ad04c5cc677b7e5ce8af2109&s=10&p=10906 http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267
  • 16. Diposkan oleh pak long cikgu