Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.
1. SEJARAH DUNIA
[1500 – 1955]
Tema 1 : Masyarakat
1. Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad ke-16
dan 17. Bandingkan .
Pengenalan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan
bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem
kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada
abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan
Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di
kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.
Isi-isi
Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukan
yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja juga
sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. . Raja England merupakan ketua gereja Kristian.
Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja England
merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori
sahaja. Ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak
tahun 1192. Menjelang abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja.
Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di England
dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai daimyo. Kedudukan bangsawan di
England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua
dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.
Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai Shogun.
Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo
Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu
2. Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga
Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh
Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan
demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem
pembesar feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.
Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang
pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh Shogun
kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan dengan
kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan bangsawan. Ini kerana
mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja
mempunyai tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan
. Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru k
esetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah member tanah kepada
daimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tentera
dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini
berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai
daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan samurai Jepun tidak
mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki
tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan
antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan
perkhidmatan mereka dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan
yang paling berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan
pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam aktiviti kesenian
seperti tarian Kabuki.
Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan England. Di
England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala golongan petani Jepun dikenali
sebagai nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah
milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan
keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat
jelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah
dengan menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk
menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar cukai
yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai
3. tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminan
keselamatan.
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat perbezaan dan pesamaan dalam system feudal yang
menjadi amalan di Jepun dan England. Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.
2. Masyarakat Belanda abad ke-16 dan 17 menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian.
Bincangkan.
Pengenalan:
Masyarakat agraria merupakan masyarakat berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil
hutan serta hasil dari sungai. Kebiasaannya, petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur,
misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit serta kawasan yang mempunyai sistem saliran
yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan
cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Revolusi pertanian yang berlaku telah menaikkan
taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan
pelabuhan Amsterdam juga turut berkembang kesan daripada kemajuan ekonomi pada abad ke- 16 dan
17.
Isi-isi penting :
Masyarakat Belanda mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran tempatan dan
dipasarkan di bandar lain di Belanda. Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam ialah bawang,
biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Biji kol menjadi tanaman yang mendapat perhatian petani-petani
Belanda kerana tanaman ini menguntungkan. Biji kol diproses untuk menghasilkan minyak dan
menjadi minyak yang penting bagi masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke17. Kawasan
Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol. Tanaman ini seterusnya ditanam di Artois,
Rhineland, Schleswig dan Holstein pada abad ke-16 hingga abad ke-17
4. Masyarakat petani lebih memberi tumpuan kepada tanaman bijiin seperti gandum, barli dan oat sebagai
sumber pertanian yang utama di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan
gandum antara 1150 kg hingga 1900 kg bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang
dan bunga-bungaan turut diusahakan. Manakala di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil
pertanian telah diekport ke luar negara. Walau bagaimanapun keadaan ini berubah pada abad ke17,
Belanda tidak dapat memenuhi permintaan terhadap bijirin kerana pertambahan bilangan penduduk
kesan dari migrasi penduduk di wilayah selatan. Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimport
bijirin dari Baltik, Perancis dan wilayah Walloon.
Selain itu, dianggarkan satu perlima daripada masyarakat Belanda terlibat dalam industri perikanan yang
menguntungkan Belanda. Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan pembinaan
kapal yang terbaik di Eropah. Buktinya , industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapat
kepercayaan pedagang-pedagang Nngara Eropah pada abad ke-17. Misalnya pada tahun 1630an,
sebanyak 2500 kapal Belanda telah digunakan dan jumlah ini merupakan separuh daripada jumlah
perkapalan di Eropah.
Selain pertanian, masyarakat agraria Belanda juga menjalankan penternakan binatang. Penternakan
lembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu dan Belanda merupakan tempat utama
penternakan lembu. Misalnya, pengeluaran hasil tenusu di Holland dan Friesland amat tinggi
berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Belanda adalah negara pengeluar hasil tenusu
seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia. Selain dari lembu susu, lembu daging juga diternak
untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di selatan. Malahan, pengeksportan lembu yang telah
disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop juga dijalankan secara meluas. Hal ini
berikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga tulip antara tahun 1636 hingga 1637. Bunga
hop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sg Maas dan menjelang abad ke 16, penanaman ini
tersebar ke luar Belanda seperti pantai timur England iaitu di Kent, Essex dan Surrey. Bunga hop
digunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan terdapat 21 buah kilang minuman keras
di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600 hingga 1621
Kesimpulan:
Masyarakat agraria Belanda sememangnya mengamalkan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian namun
turut sama menjalankan aktiviti ekonomi lain. Perkembangan ekonomi Belanda membolehkan Belanda
muncul sebagai kuasa penjajah pada abad ke19.
5. 3. Masyarakat Portugal mempunyai kebijaksanaan dalam bidang maritim pada abad ke 16 dan 17.
Buktikan pernyataan ini.
Pengenalan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut.
Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan , perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,
penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kemunculan
masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15. Portugal muncul sebagai kuasa
laut yang terunggul menjelang abad ke-16 . Orang Portugis ialah bangsa Eropah terawal mempelopori
pelayaran-pelayaran ke seberang laut pada abad ke-15 .
Isi-isi penting
1. Kebijaksanaan dalam teknologi pelayaran
Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran.Masyarakat maritim mempunyai
kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan
astrolabe.Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical. Putera Henry
mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.
2. Kebijaksanaan membina kapal
Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina kapal yang
besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas. Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan
muncul industri pembinaan kapal di Portugal
3. Kebijaksanaan memilih petempatan
Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut
4. Kebijaksanaan tokoh kepimpinan
Galakan pucuk pimpinan telah menjadikan Portugal kuasaa maritim hebat di Eropah. Putera Henry atau
dikenali sebagai Henry the Navigator banyak menghabiskan masanya mempromosikan kegiatan
6. penjelajahan.Beliau menubuhkan Akademi Laut di Sarges dan mengundang ramai ahli pelayaran, pakar
matematik, kartografi serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal
5. Kebijaksanaan ilmu pengetahuan/kajibintang
Masyarakat maritim portugal menguasai kemahiran penggunaan kompas dan dapat membantu arah
pelayaran. Mereka mencipta peta pelayaran yang lengkap tentang benua eropah dan laut
Mediteranean pada abad ke 15 yang memudahkan pelayaran.Kesannya mereka dapat melalui tempat
yang sukar dan membuka petempatan baharu
6. Kemahiran menguasai laut
Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk mencari
dan menguasai laluan laut ke Timur .Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa
dan Kepulauan Rempah
7. Semangat inkuiri
Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan.Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke
negara-negara lain. Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku
pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan
baru
8. Kebijaksanaan memilih kegiatan ekonomi berasaskan kelautan
Kegiatan utama masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan .Masyarakat maritim membekalkan hasil
tempatan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhan. Mereka juga terlibat dalam
membeli dan mengedarkan barang dagangan kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di
pelabuhan.
Kesimpulan
Kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Portugal sebagai kuasa maritim adalah berpunca
daripada kebijaksanaan bangsa Eropah tersebut. Ini menyebabkan bangsa Eropah yang lain turut serta
dalam penerokaan dan pelayaran .Kejayaan dalam maritim ini telah membawa kepada kelahiran
masyarakat industri di Eropah kerana kebanjiran masuk bahan mentah dari tanah jajahan dan peluang
pasaran.
Tema 2: Pemerintahan & Pentadbiran
7. 1. Sejauhmanakah maharaja memainkan peranan penting dalam pemerintahan di negara China pada
abad ke 16 hingga 20.
Pengenalan
Negara China merupakan Negara yang mengamalkan raja dan monarki mutlak pada abad ke 16
sehingga akhir abad ke 20. Sistem maharaja yang diamalkan ini memperlihatkan pemerintahan beraja
mengikut amalan yang diguna pakai oleh masyarakat China. Dalam masyarakat China, sistem maharaja
menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran
kerajaan.
Isi
Institusi beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam masyarakat China,
mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. Pegangan
konsep beraja ini menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.
Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of havenatau mandat
dari syurga. Maharaja dikatakan sebagai wakil dari syurga atau “anak syurga” dan mendapat
kuasa spiritual yang tidak terhingga. Konsep ini juga menjelaskan bahawa maharaja dianugerahkan
kuasa memerintah oleh tuhan. Melalui konsep mandat dari syurga, maharaja menduduki hierarki
teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam
kerajaan. Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga yang diberi mandat untuk memerintah di atas
muka bumi.
Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan, melantik
dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta mengurniakan gelaran. Maharaja China
berkuasa mutlak dalam melantik pegawai-pegawai mentadbir wilayah dan daerah yang menjalankan
tugas di bawah arahannya. Pentadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem
berpusat, iaitu kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada
beberapa unit, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga
Penapis).
Bagi melicinkan pemerintahan, mahajara membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa, iaitu
pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan di bawah badan
pengawas. Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan terbahagi
kepada enam kementerian, iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat,
Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya. Selain itu, demi memastikan
amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan Lembaga Penapis yang bertindak sebagai
mata dan telinga kepada maharaja bagi memaklumkan segala aktiviti-aktiviti pembesar China.
Seterusnya, pada peringkat wilayah pula maharaja Ming membahagikan empayarnya kepada 15
wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil. Struktur organisasi
8. pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua orang
pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah. Maharaja Ming juga menyerahkan urusan
pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai tentera, dan pegawai pengawas. Selain itu,
pentadbiran pegawai di daerah pula ditadbir urus oleh 6 orang menteri yang terdiri daripada Menteri
Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri Kerja-kerja
Awam. Menteri tersebut akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai
tempatan.
Namun begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor dan
dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja. Pentadbiran ketenteraan berada di bawah
ilmu ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu. Malah,
maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh empayarnya. Hal ini dibuktikan melalui
usaha maharaja untuk mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar pada awal
kemunculan Dinasti Ming.
Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang
perundangan. Antara tugas maharaja ialah menggubal undang-undang, mengendalikan kes rayuan serta
memberi pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah. Sistem perundangan China
melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak
bersalah.
Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti pungutan
cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan tanah
sebagai hak maharaja. Maharaja memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar Negara. Dasar
pemerintahan maharaja ini membawa kepada peluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di
China. Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat
masuk berdagang di China. Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, iaitu pada abad ke 19 dan awal abad
ke 20, Maharaja China menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan. Hal ini jelas
menunjukkan peranan maharaja dalam menentukan dasar luar negara.
Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Dalam bidang keagamaan, maharaja
merupakan ketua agama dan melantik ketua-ketua agama bagi mengendalikan hal ehwal keagamaan di
China. Baginda juga mengetahui semua upacara pemujaan yang diadakan di dalam negara.
Peranan maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran dan
memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang terlibat dalam menyelenggarakan serta
menerbitkan kitab dan ensiklopedia. Baginda turut terlibat dalam perkembangan ilmu pengetahuan
dengan memberi ceramah kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Kolej Imperial. Malah, maharaja
juga mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon dalam
peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.
Kesimpulan
9. Kesimpulannya, Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah
yang berkuasa sehinggalah kepada Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China
dengan British. Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa padah kepada
sistem kemaharajaan China. Segala pembaharuan yang dilakukan untuk menaikkan imej kemaharajaan
hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam
Revolusi 1911 di China.
2. Raja Louis XIV(1643-1715 )melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis dengan mengukuhkan
dasar dalam negara semasa pemerintahannnya.Bincangkan.
Pengenalan
Raja Louis XIV ditabal sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643. Memerintah selama 72tahun dan
menjalankan pemerintahan secara mutlak. Baginda mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan
pemerintahan monarki iaitu menjalankan dasar dalam negara untuk mengukuhkan pemerintahan
monarki.
Isi
Dasar Dalam Negara
Raja Louis XIV menjalankan dasar pentadbiran yang membawa keamanan Perancis
dengan memperkenalkan pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran. Antara lainnya ,
baginda memperkenalkan 4 majlis utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan
10. Majlis Privy. Majlis Negara berperanan menguruskan hal ehwal luar negara. Majlis Despatches
mengurus semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan mengurus hal percukaian,
tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara dan Majlis Privy berperanan dalam menguruskan bidang
pentadbiran keadilan.
Baginda juga mengukuhkan pengurusan pentadbiran dengan melantik menteri berkebolehan seperti
Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai menteri Penerangan dan Vauban sebagai Menteri
Ketenteraaan. Selain itu baginda menggunakan khidmat pegawai berkebolehan bagi mengukuhkan
kuasa di provinsi bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi
Dasar Ekonomi
Raja Louis XIV telah melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk mengukuhkan
kedudukan negaranya. Baginda memperkenalkan dan memulakan industri baru, memansuhkan tarif
tempatan, mengawal harga barang serta berusaha membina gudang senjata di Toulan. Malah baginda
juga mengadakan perhentian dagang di India, Senegal dan Madagascar untuk menggalakan
perdagangan antarabangsa dan meningkatkan perdagangan Perancis. Selain itu baginda menggunakan
pelbagai sekatan untuk meningkatkan industri tempatan contohnya, mengenakan bayaran tarif yang
tinggi kepada barangan asing serta cukai yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan pelabuhan
Perancis. Baginda memberi bantuan kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan
perdagangan.
Dasar Ketenteraan
Raja Louis XIV juga mengukuhkan kuasa monarki dengan menjalankan dasar ketenteraan. Antara lainnya
baginda melakukan pembaharuan dan mengawal bidang ketenteraan seperti langkah menghapus
dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan, meletakkan tentera dalam kawalan baginda
dan melantik pegawai-pegawai tentera berasaskan merit. Untuk menarik kesetiaan golongan tentera
baginda menambahbaik ketenteraan dengan merekrut anggota tentera dan menyediakan kemudahan
seperti perumahan dan bekalan makanan. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera
yang terkuat di Eropah
Dasar Agama
Dasar lain yang diamalkan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan kekuasaan monarki adalah memaksa
golongan Huguenot menerima agama Katolik. Baginda telah membatalkan Edict of Nantes yang
memberi kebebasan beragama kepada golongan Huguenot pada 1685. Hal ini menyebabkan seramai
200 ribu orang orang Huguenotmeninggalkan Perancis
Dasar Luar
Melalui dasar luar Raja Louis IXV melakukan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan wilayah
Perancis hingga ke perbatasan Sungai Rhine. Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh
putera-putera Jerman, Belguim dan Belanda
11. Kesimpulan
Raja Louis XIV mengukuhkan pemerintahan monarkinya bukan sahaja melalui dasar dalam negara tetapi
melalui dasar lain seperti dasar ekonomi, dasar ketenteraan dan dasar agama.Semua dasar yang
dijalankan berjaya mengukuhkan kedudukan sistem tersebut. Kesannya Perancis muncul sebagai negara
yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
3. Amerika Syarikat mengamalkan sistem pemerintahan persekutuan . Bincangkan pernyataan
di atas dalam konteks pemerintahan persekutuan di Amerika Syarikat.
Pengenalan
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi
menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan persekuatuan merupakan
satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan
tempatan. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing. Pada 4 Julai
1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia melulusakan Pengisytiharan
Kemerdekaan. Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui
pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.
Isi-isi penting
Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada kerajaan pusat
dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara
tertentu. Pada awalnya, Artikal Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada
British menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat. Malangnya, artikal ini tidak
mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat. Hal ini berpunca daripada pembahagian kuasa yang
sedikit kepada kerajaan persekutuan. Secara tidak langsung kekurangan ini menjadikan Amerika Syarikat
sebuah negara yang lemah dan tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di
samping tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Kerajaan persekutuan terpaksa
bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber ekonomi. Pada peringkat ini juga,
kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan dengan negeri-negeri atau
negara lain.
Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang
kuasa yang akan diberikan kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya Perlembagaan Amerika.
Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar dasar luar negeri,
pertahanan, cukai, dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat, member kebebasan kepada negeri-negeri
menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan serta member kuasa yang lebih
12. besar kepada kerajaan persekutuan. Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan
terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Menjelang tahun 1788, Sembilan buah
negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut. Namun, oleh kerana pengaruh pihak antifederal,
negeri New York masih belum dapat mengesahkan perlembagaan tersebut. Dengan hasil usaha
golongan federalis seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison menerusi penerbitan
buku, The Federalis. Akhirnya, New York mengesahkan untuk menyokong Perlembagaan Amerika.
Perlembaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi melindungi negara
dari sebarang unsure-unsur authoritarian dan radikal. Perlembagaan telah menggariskan bahawa
struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagia, iaitu Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman. Kuasa
Eksekutif diteraju oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas empat
tahun,Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun.
Badan perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kongres
berfungsi utk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto. Presiden Amerika Syarikat boleh
membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawasi Kongres. Namun melalui dua pertiga
undi Kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan dipilih oleh rakyat.
Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Badan ini
merupakan badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden sekiranya
Presiden melanggar perlembagaan.
Pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam pilihan raya
tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
Kesimpulan
Pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang paling
berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British. Kerajaan
Persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang sama, hak dan
kebebasan peribadi rakyat tidak diusik. Sekaligus, ini membantu Amerika Syarikat untuk muncul sebagai
kuasa besar dunia.
TEMA 3: Kemajuan & Pembangunan
1. “Pembaharuan yang dilakukan semasa pemerintahan Maharaja Meiji meletakkan asas bagi
kemajuan dalam sektor perindustrian di Jepun.”
Nilaikan pernyataan ini.
13. Pengenalan
Latar belakang Jepun : sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu (sakoku) atau dasar
pemencilan. Kedatangan Komondor Matthew Perry dengan “kapal hitam” Angkatan laut Amerika
Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu
Perubahan sistem pemerintahan Jepun : melalui perjanjian Kanagawa (Konvensyen Kanagawa) Matthew
Perry dengan angkatan laut yang kuat dan berteknologi moden berjaya memaksa Jepun menerima
kehadiran kuasa Barat.
Pemerintahan Meiji : peralihan era keshogunan (yang mengamalkan dasar feudal) kepada era Meiji.
Bermulanya zaman Pemulihan Meiji atau zaman pembaharuan Meiji. Membawa kesan positif di Jepun
seperti mempercepat proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.
Isi
Pembaharuan semasa pemerintahan Meiji:
1. Dasar kerajaan Meiji
- kerajaan memberikan bantuan kepada pengusaha persendirian
- bantuan modal kepada pengusaha industri
- latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri
- bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan
- mendapatkan khidmat pakar daripada luar negara untuk memodenkan perindustrian
2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
a) sektor pertanian berkembang pesat
- langkah tingkatkan pengeluaran hasil pertanian
- hantar pelajar jurusan pertanian ke luar negara
- import pakar pertanian
14. - import benih baru
- baja kimia digunakan secara intensif
- sistem pengairan dibaiki
- menggalakkan tanaman dagang seperti teh dan sutera
b) dasar kewangan yang teratur
- mata wang diperkenalkan
- bank ditubuhkan (contoh: Mitsui-Ono Bank, Bank Negara, Bank Pusat Jepun, Bank
Hypothec, Bank Perindustrian)
- akhir abad ke-19, 200 buah bank) telah membantu pertumbuhan industri
3. Langkah lain
- kemajuan dalam pengangkutan
- kemajuan telegraf
- kemunculan pengusaha-pengusaha baru
Kesimpulan
- Peranan kerajaan amat penting sebagai asas kepada kemajuan negara dalam semua bidang.
- Maharaja Meiji dan pemimpin-pemimpin Meiji memainkan peranan penting dalam
meletakkan asas perkembangan sektor perindustrian di Jepun.
- Hingga kini Jepun menjadi negara maju yang setanding dengan negara Barat.
15. 2. Sumbangan yang diketengahkan oleh Charles Louis Montesquieu melalui karya-karya beliau
banyak membawa perubahan kepada landskap politik di Eropah pada abad ke-19.
Bincangkan.
Pengenalan
Zaman Pencerahan (enlinghtenment) (1650-1800 M) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di
Eropah selepas Renaisans dan Reformasi .
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran iaitu semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah
kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan keadah-kaedah saintifik.
Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, mengarah untuk
kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan suatu masyarakat
yang bedasarkan undang-undang. Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh ialah Charles Louis
Montesquieu (1689-1755)
Atau:
Latar belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18
Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya jadi peguam pada 1708.
Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa
Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux
menggantikan bapa saudaranya.
Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 telah
membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19.
Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans (1734)
dan Letters Persanes (1721)
Isi
The Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu pertama bentuk kerajaan yang berbeza-beza
mengikut iklim dan keadaan.
16. Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim
panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan
kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan
antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk
undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana keputusan perwakilan rakyat (cabinet)
dan penghukum / pelanggar undang-undang /kehakiman (judiciary)
Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.
Buku The Consideration on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans pula memaparkan
sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuan kerajaan Rom.
Beliau menyatakan dengan memahami kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar, sesorang perlu
memahami masyarakatnya terlebih dahulu dan boleh dijadikan iktibar untuk sesebuah negara.
Kemerosotan moral dalam anggota masyarakat membawa kepada kejatuhan empayar Rom
Karya Letters Persanes pula mengkritik masyarakat Perancis khususnya kerana kemerosotan moral pada
penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Louis XV.
Kesan kepada perubahan lanskap politik eropah/dunia:-
Menamatkan pemerintahan mutlak di Perancis apabila berlakunya Revolusi Perancis pada 1789.
Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong
kedaulatan rakyat (Prinsip rakyat harus memerintah sendiri), kebebasan (kebebasan daripada kerajaan
mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaraan yang tidak adil) dan persamaan (hak yang sama
kepada setiap individu dalam segala bidang.
Muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-raja memerintah dengan penuh kesedaran dan
mempraktikan undang-undang yang tegas.
17. Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan yang dimiliki oleh
provinsi (wilayah ) dihapuskan
Berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah membina jentera pentadbiran sebuah
Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan
pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, provinsi dan tempatan. Perlantikan mereka berasaskan
teori-toeri politik oleh golongan intelektual.
Perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan
dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.
Doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa Amerika dan beberapa
negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan
idea beliau.
Kesimpulan
Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis khususnya iaitu
dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis dan mengubah secara drastik lanskap
politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua
Eropah. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari
ini.
3. Nilaikan sumbangan Adam Smith yang membawa kepada pemikiran ekonomi di Eropah.
18. Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
Adam Smith terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth Of Nations dan dianggap sebagai Bapa
Ekonomi Moden.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah
moral. Beliau pernah memgang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow dan menghembuskan nafas
terakhir di Edinburgh pada 17 Julai 1790.
Isi
- Adam Smith pelopor idea perdagangan bebas melalui bukunya “The Wealth of Nations”.
Melalui buku ini beliau memajukan kes yang komprehensif untuk kebebasan perdagangan berasaskan
kritikannya terhadap sistem merkantilisme. Laissez-faire istilah Perancis yang membawa pengertian
“biarkan keadaan seperti sedia ada”. Ia berasal daripada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang
mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan.
- Doktrin laissez-faire dikembangkan oleh Adam Smith di England dengan menubuhkan institusi
yang dikenali sebagai School of Political Economy. Ideanya dipengaruhi oleh Richardo dan Thomas
Malthus. Ketiga-tiganya berpendapat, kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi dan
sebaliknya membiarkan ia berfungsi seperti biasa. Dipercayai ekonomi akan berfungsi dengan lebih
cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.
- Doktrin laissez-faire yang digalakkan selepas Revolusi Perindustrian meminta negara menjadi
penonton dan membiarkan ekonomi kepada kuasa permintaan dan penawaran. Antara kritikan yang
dikeluarkan Adam Smith terhadap dasar merkantilisme ialah tindakan kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau koloni hanya akan berkembang pesat jika diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti
mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari
segi kewangan. Kritikan ini juga ditujukan kepada monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- Smith menganggap perdagangan akan meluaskan pasaran dan pembahagian kerja. Hal ini akan
membolehkan hasil lebihan dipasarkan ke luar negara. Hujah beliau juga membawa maksud
pengkhususan antarabangsa tidak dapat dielakkan dan menjadi sebahagian daripada proses kemajuan.
- Menurutnya, perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan, mengurangkan kos
pengeluaran dan membolehkan modal mengalir kepada sektor yang produktif dan akan meningkatkan
permintaan untuk tenaga buruh. Idea beliau menjadi realiti apabila lebihan barangan kapas Manchester
dipasarkan ke India menjelang abad ke-19 Masihi.
19. - Perbincangan Smith juga menyentuh tentang nilai dan pengelasan dalam masyarakat. Nilai
bagi Smith ialah kuasa untuk membeli barangan lain. Menurutnya, nilai sesuatu barangan boleh
diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.
Kesimpulan
- Melalui karyanya, The Wealth of Nation, Adam Smith banyak memberi sumbangan dalam
bidang ekonomi moden yang diguna pakai hingga hari ini dan doktrin yang diketengahkan beliau sesuai
bagi mengurus ekonomi negara.
4. “Revolusi Perancis telah memberikan impak besar terhadap sistem pendidikan di Perancis
pada abad ke-19 Masihi.”
Bincangkan.
Pengenalan
- Konsep pendidikan : kegiatan yang dijalankan secara terancang & sistematik terhadap
perkembangan jasmani, rohani dan intelek untuk melengkapkan kehidupan seseorang bagi menjalani
kehidupan yg sempurna.
- Tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis telah membawa perubahan besar dalam
sistem pendidikan di Perancis. Hal ini kerana kesan ledakan percetakan yang membawa kepada
terbentuk masyarakat yang menguasai kemahiran membaca.
- Sebelum abad ke-17 dan 18, pendidikan di Perancis di bawah tanggungjawab golongan raja.
Kesannya : pendidikan ketika itu tertumpu pada kelas-kelas tertentu dalam masyarakat. Pendidikan juga
terhad kepada kaum lelaki yang terdiri daripada golongan bangsawan, pedagang dan profesional
- Sistem pendidikan di Perancis mula berubah pada tahun 1880 apabila Jules Ferry menjadi
Menteri Pelajaran. Sekolah yang mempunyai guru terlatih dibina di setiap bandar dan kampung untuk
20. memberikan pendidikan percuma dan wajib kepada semua masyarakat. Sekolah tidak lagi berada di
bawah pengaruh gereja.
Isi
1. Dasar Pendidikan
- Kesan pendidikan percuma dan wajib yang diberikan ialah Perancis menjadi negara Eropah yang
mempunyai rakyat celik huruf tertinggi. Pertengahan tahun 1920-an, majoriti rakyat Perancis telah celik
huruf dan 50% rakyat Perancis mendapat pendidikan rendah
- Kesedaran untuk memajukan sistem pendidikan pada abad ke-18 makin popular kerana kesan
daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan rakyat Perancis. Pendidikan yang harus
disediakan kepada rakyat berada di bawah tanggungjawab pemerintah.
- Pada zaman Napoleon : perubahan dalam dasar pendidikan dilakukan. Sistem pendidikan
diseragamkan di seluruh Perancis. Semua institusi pendidikan di Perancis disatukan dan diletakkan di
bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
- Sistem pendidikan di Perancis pada era Napoleon tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana
polisi Napoleon yang lebih mengutamakan aspek peluasan kuasa atau gerakan militer.
- Zaman selepas Napoleon : sistem pendidikan di Perancis diubah lagi. Pendidikan berteraskan
teologi dan moral. Pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.
- Selepas Revolusi 1830 : Louis Philippe yang menjadi pemerintah telah membuat perubahan yang
ketara dalam sistem pendidikan. Beliau telah membebaskan sistem pendidikan daripada pengaruh
gereja. Pendidikan pada zaman beliau diletakkan di bawah kuasa kerajaan dan sistem pendidikan
kebangsaan yang seragam diperkenalkan.
- Pertengahan abad ke-19, Kerajaan Republik Kedua Perancis telah ambil usaha untuk kukuhkan
sistem pendidikan. Menteri Pendidikan mengetuai Majlis Tertinggi untuk menguruskan sistem
pendidikan. Untuk melicinkan pengurusan pendidikan, Majlis Akademi ditubuhkan di setiap daerah.
(Terdapat 17 Majlis Akademi)
- Akhir abad ke-19, pendidikan diwajibkan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 14 tahun.
Kerajaan Perancis juga melaksanakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak.
2. Institusi Pendidikan
· Pendidikan rendah:-
21. ü peraturan yang berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah di Perancis
terkandung dalam Undang-Undang 1795.
ü setiap komuniti perlu sediakan bangunan dan kemudahan untuk dijadikan bangunan sekolah dan
rumah guru
ü sekolah diselia oleh ketua jabatan dan gaji guru diperoleh daripada yuran pelajar
ü memberikan penekanan kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, bahasa Perancis, moral dan
agama
· Pendidikan menengah:-
ü dijalankan di Lyceum dan Kolej Awam
ü Lyceum sediakan kemudahan seperti bangunan sekolah dan dana pengurusan sekolah diperoleh
daripada kutipan yuran pelajar
ü Kolej Awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran dan perlu mendapat lesen daripada pihak kerajaan
· Sekolah tinggi:-
ü Undang-Undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah tinggi
ü 1803 : sekolah tinggi sastera dan perdagangan didirikan
ü 1804 : sekolah teologi yang menekankan pengajian agama Katolik mula dibuka
· Sekolah wanita:-
ü Sekolah Saint-Cyr diasaskan oleh Madame de Maintenon untuk beri peluang kanak-kanak perempuan
bersekolah
ü ketika itu wujud ketidaksamaan gender dan pandangan tradisional masyarakat yang menganggap
wanita sebagai kaum yang lemah
· Universiti:-
ü diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Universiti
ü ketua pentadbir dan Majlis Universiti dibantu oleh reaktor
ü terdapat lima fakulti iaitu Sastera, Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Sains
ü pengendalian peperiksaan dan pengurniaan ijazah dikendalikan dalam fakulti
ü 1890 : 15 fakulti yang berasingan telah disatukan di bawah Universiti Negeri
22. Kesimpulan
- abad ke-18 Masihi, sistem pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat iaitu
sistem pendidikan kebangsaan mula diperkenalkan
- pendidikan negara Perancis mula bebas daripada kongkongan gereja
- sistem pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dapat memenuhi aspirasi pemerintah
5. “Sistem pendidikan di Jerman mengalami perkembangan yang pesat pada abad ke-19
Masihi.” Bincangkan pernyataan ini.
Pengenalan
- Zaman Pencerahan / Enlinghtenment (1650-1800 Masihi) ialah satu gerakan intelektual yang
berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di Jerman kerana kerajaan Jerman mengambil alih
sistem pendidikan yang sebelumnya dikuasai oleh pihak gereja.
- Sistem pendidikan kebangsaan lebih mengutamakan kepentingan negara dengan pelbagai
perubahan dilakukan terhadap dasar pendidikan, institusi pendidikan dan kurikulum pendidikan
Isi
1. Dasar Pendidikan
- Awal abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.
- Raja Frederick II telah mengambil tindakan untuk mengawal pentadbiran sekolah.
- Beliau telah mengubal kod undang-undang sekolah pada tahun 1763 dan 1765 dengan seorang
inspektor dilantik oleh kerajaan pusat untuk menjalankan pemeriksaan terhadap sekolah-sekolah.
- Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melaksanakan kawalan pusat terhadap
sekolah-sekolah menengah dan sekolah tinggi di Prusia.
- Abad ke-19, sistem pendidikan Jerman berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya dengan
semua hal ehwal pendidikan terletak di bawah Menteri Pendidikan.
23. - Jabatan Pendidikan Awam ditubuhkan pada tahun 1809 bagi mengawal segala dasar tentang
pengurusan sekolah
- Mata pelajaran serta buku-buku teks ditetapkan oleh kerajaan pusat.
- Perlantikan guru serta penyeliaan sekolah juga dikawal oleh kerajaan pusat.
- Undang-undang berhubung pengurusan dan pentadbiran sistem pendidiakan diperkenalkan
seperti mengisytiharkan kod undang-undang bagi sekolah-sekolah Latin dan sekolah yang dikendalikan
oleh golongan mubaligh
- Melalui ‘Advisory Order’ ibu bapa diwajibkan menghantar anak-anak ke sekolah dan akan
dikenakan denda jika enggan menghantar anak-anak ke sekolah.
- Raja Frederick II mengisytiharkan undang-undang ‘General Land-Schule Reglement’ yang
merupakan undang-undang persekolahan yang pertama bagi seluruh Prusia.
2. Institusi Pendidikan
· Menjelang abad ke-19, institusi pendidikan di Jerman terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah, sekolah teknik dan universiti.
· Pendidikan rendah:-
ü sekolah rendah ditubuhkan pada akhir abad ke-18
ü sekolah rendah (volkschulen) terbuka kepada semua lapis penduduk di Jerman
ü pendidikan sekolah rendah seawal umur tujuh hingga 14 tahun
ü pengajian meliputi membaca, menulis, mengira, geografi, sejarh dan gimnastik
· Pendidikan menengah:-
ü terdiri daripada dua aliran, iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam (real-school)
ü tempoh pengajian di sekolah menengah meliputi jangka masa sembilan tahun dan dikenakan yuran
pengajian
ü pengajian di gimnasium mengutamakan pembelajaran bahasa Latin dan Greek dan para pelajar boleh
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti
ü sekolah awam nenekankan pembelajaran matematik, sains, bahasa moden dan bahasa ibunda
ü pelajar dilatih untuk menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
· Pendidikan teknikal:-
24. ü Kerajaan memberi keutamaan pada pendidikan dalam bidang teknologi bagi membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan di Jerman.
ü Penekanan diberikan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah menggantikan sistem pembelajaran
tradisional
ü Sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
· Universiti:-
ü Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri
ü Kerajaan memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi
ü Terdapat empat fakulti iaitu Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah
3. Kurikulum pendidikan Jerman
- Kurikulum sekolah rendah:-
ü Pembelajaran di sekolah rendah adalah berasaskan Pestalozzi.
ü Penekanan diberikan kepada perkembangan mental kanak-kanak.
ü Penekanan diberikan kepada mata pelajaran Geografi, Sejarah dan Bahasa Jerman.
ü Selain itu, subjek Lukisan, Muzik, Matematik dan agama juga diajar kpd kanak-kanak.
- Kurikulum sekolah Menengah
ü Usaha diambil untuk menyeragamkan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah.
ü Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Latin, Bahasa Greek dan Bahasa Jerman.
ü Selain itu, penekanan juga diberikan kepada mata pelajaran Matematik, sejarah, Geografi, Agama dan
Sains.
ü Selain itu, penekanan juga diberikan kepada pengajian humanisme.
- Kurikulum peringkat universiti
ü Pengajian di peringkat universiti memberi penekanan kepada pelbagai lapangan ilmu.
ü Kajian dan penyelidikan dijalankan dalam bidang philologi, egiptologi, sejarah, falsafah, psikologi,
undang-undang, anatomi, zoologi, kimia dan fizik.
25. Kesimpulan
- Menjelang abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi, terdapat sistem pendidikan yang teratur dan
sistematik di Jerman
- Perkembangan dalam kurikulum menyebabkan muncul ramai sarjana dalam pelbagai lapangan
ilmu pengetahuan di Jerman.
- Kemunculan pelbagai institusi pendidikan melambangkan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Jerman dalam lapangan pendidikan
TEMA 4 :Nasionalisme & Pembentukan
Negara Bangsa
1. Analisiskan reaksi masyarakat tempatan China terhadap perluasan kuasa barat selepas
pertengahan abad ke 19 hingga akhir abad ke 19.
Pengenalan:
Menjelang pertengahan abad ke 19, dasar isolasi (dasar tutup pintu) kerajaan China mengalami
perubahan. Reaksi masyarakat China terhadap kuasa Barat bermula selepas China kalah dalam Perang
Candu pertama pada tahun 1839 -1842 , Perang Candu kedua tahun 1856-1860 dan Perang China-Jepun
pada tahun 1894-1895. Kesan peperangan inilah yang mempengaruhi reaksi masyarakat China terhadap
kuasa Barat .
Isi-isi penting :
1 .Perjanjian Nanking (1842) menandakan kemerosotan Dinasti Manchu kerana tidak lagi berupaya
untuk mempertahankan Negara China dari penceroboh kuasa-kuasa Barat. Justeru itu wujud
kepercayaan dalam kalangan masyarakat China bahawa kerajaan Manchu telah hilang mandat dari
syurga. Turut mengeruhkan keadaan , apabila Negara China terpaksa menandatangani perjanjian
perjanjian seperti Perjanjian Boque , Perjanjian Wangsia , Perjanjian Whampao. Keadaan inilah yang
memberi impak yang besar kepada masyarakat China terhadap perluasan kuasa Barat.
2. Kekalahan China dalam siri peperangan dengan kuasa Barat telah memberi satu tamparan yang hebat
kepada masyarakat China dalam soal maruah. Maka dengan itu Negara China ingin mengorak beberapa
26. langkah untuk mengembalikan kekuasaan mereka . Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan
langkah yang diambil oleh China untuk mengatasi kekuasaan Barat.
i. Ketenteraan
Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk memodenkan bidang ketenteraan.Pemimpin-pemimpin
seperti Putera Kung dan Wen-hsiang bahawa kekurangan senjata moden merupakan punca
kekalahan China dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat. Kerajaan China mengambil tindakan
untuk memodenkan tentera mengikut system ketenteraan Barat. Antara langkah yang diambil ialah
pembinaan kilang senjata, penubuhan sekolah dan biro penterjemahan tujuan untuk bidang
kejuruteraan dan ketenteraan ke dalam bahasa China. Pembinaan limbungan kapal,penubuhan
angkatan tentera laut dan penghantaran pegawai-pegawai keluar Negara merupakan reaksi masyarakat
China terhadap kuasa Barat.
ii. Ekonomi
Kerajaan China mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi Negara, antaranya
ialah menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan negara. Hal ini
kerana Negara China terpaksa menanggung hutang yang banyak dan terpaksa membayar ganti rugi
kepada kuasa-kuasa Barat akibat kekalahan dalam perang.
iii. Membangunkan Sistem Perhubungan dan Pengangkutan
Kerajaan China beranggapan bahawa kekalahan mereka terhadap kuasa Barat ekoran daripada
system perhubungan dan pengangkutan yang kurang baik. Anara langkah yang diambil untuk
membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan ialah pembinaan landasan kereta api, talian
telegraf dan perkhidmatan pos. Keadaan ini juga menggambarkan kepada kita bahawa reaksi
masyarakat tempatan China terhadap kuasa Barat membawa kepada perubahan positif kepada Negara
China.
iv. Diplomatik
Kerajaan China mengambil langkah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa
Barat untuk mengatasi kelemahan mereka iaitu dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebuah
jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi menguruskan hubungan diplomatik
kerajaan China dengan negara-negara Barat pada tahun 1861 .Keadaan ini menjelaskan kepada kita
bahawa reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat membawa kebaikan kepada masyarakat
China.
v. Pendidikan
27. Sistem pendidikan di Negara China turut mengalami perubahan ekoran daripada kekalahan
China terhadap kuasa Barat. Pada tahun 1862 sebuah maktab bahasa yang dikenali sebagai Tung-wen
Kuan ditubuhkan di Peking. Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar bahasa-bahasa eropah dan ilmu
pengetahuan Barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
Walau bagaimanapun Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan yang menyeluruh ekoran
daripada beberapa sebab seperti ketiadaan pemimpin yang cekap , tentangan daripada golongan
konservatif dan ketiadaan penyelarasan. Tetapi keadaan ini telah membawa reaksi masyarakat
tempatan terhadap kuasa Barat.
3 .Pemberontakan Boxer (1899)
Sentimen anti-asing dalam kalangan orang China wujud selepas Negara China kalah dalam peperangan
dengan kuasa-kuasa Barat. Reaksi masyarakat tempatan China dapat kita lihat melalui pemberontakan
ini. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China yang
beragama Kristian. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap China yang dikenali sebagai I
Ho Chuan (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian)
Tindakan kuasa- kuasa Barat menyebabkan wujudnya kebimbangan masyarakat China bahawa Negara
China akan dibelah bahagikan sesama kuasa Barat. Lantaran itu adalah menjadi kewajipan orang-orang
China untuk mengusir orang-orang asing keluar dari Negara China.
Perkembangan agama Kristian dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah
orang China yang berasaskan ajaran Confucius . masyarakat China juga turut menunjukkan kebencian
terhadap orang China yang memeluk agama Kristian sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah
diperalatkan oleh orang-orang asing. Disini jelas menunjukkan kepada kita reaksi masyarakat tempatan
erhadap kuasa Barat.
Penguasaan Ekonomi China oleh orang asing telah menambahkan sentimen anti-asing dalam kalangan
orang-orang China. Kemelesetan ekonomi dan pengangguran merupakan impak negatif kepada China.
Kemerosotan taraf hidup akibat penguasaan ekonomi China oleh orang asing telah menyebabkan ramai
petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxer. Malangnya Gerakan Boxer ditumpaskan oleh pasukan
tentera bersekutu yang terdiri daripada Britan,Perancis dan Rusia.
Kesimpulan:
Kesimpulannya walaupun pelbagai reaksi yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap kuasa Barat
namun kerajaan China terpaksa tunduk terhadap kuasa Barat pada akhirnya. Selain itu, kerajaan China
terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hal ini berlaku kerana kelemahan sistem pentadbiran
kerajaan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Landskap politik China menampakkan perubahan
yang besar menjelang abad ke 20.
28. 2. Sejauhmanakah pendidikan di Barat telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat di India pada abad ke 20.
Pengenalan
Kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat dikesan sebelum tahun 1857 lagi.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan bermula semangat
kebangsaan di India.
Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat India/ cerdik pandai
Pendidikan Barat menyebabkan rakyat India terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan,
demokrasi, persamaan dan hak asasi individu.
Pperkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam gerakan
kebangsaan di India.
Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy, W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K. Gokhale.
Isi-isi penting:
1. Bahasa Inggeris
-Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan
-lebihkurang 600 bahasa daerah yang dituturkan/ batu penghalang memupuk persafahaman
-Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan yang menyatukan rakyat India yang
terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.
2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam
-British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang jawatan tinggi dalam
perkhidmatan awam
29. -mengadakan peperiksaan awam di England
-amalan diskriminasi ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam golongan terpelajar di India.
3. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan
-pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden juga pencetus kepada semangat
kebangsaan
- pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan
4. Dasar pentadbiran Lord Lytton
-memperkenalkan Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang melahirkan sentiment anti-British
-langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari Englang dan menghadkan
umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun
-langkah-langkah ini menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap pemerintahan British
5. Akta Illbert 1883
-merancakkan lagi sentimen anti-British
-akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan menjatuhkan hukuman
ke atas orang Inggeris
-mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan British menarik balik akta
tersebut
-tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang terpendam dalam hati
orang Inggeris
-Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan bagi
menentang British
6. Peranan akhbar
-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan kesedaran kebangsaan
-Akhbar Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot merupakan akhbar yang mengkritik dasar
British.
-akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan rakyat
tempatan
7. Kajian terhadap keagungan silam
30. -kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban mereka
-sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan Monier Williams
-kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India
8. Peranan kesusasteraan
-karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting
-karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar
keseluruh India.
-tokoh-tokohnya ialah Bankim Chandra Chatterjee dan Rabindranath Tagore
9. Dasar ekonomi British
-British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di England
-dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industry tempatan mengawal
perusahaan-perusahaan tempatan
-langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap British di India
10. Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut
-layanan buruk oleh British terhadap buruh-buruh India yang bekerja di seberang laut
-British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka
-layanan demikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan nasionalisme
11. Gerakan refomasi sosioagama
-kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama
-pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan Pertubuhan
Ramakrishna
-pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat kebangsaan dan
kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885
Kesimpulan
-pendidikan Barat merupakan faktor utama melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat
India disamping beberapa faktor lain
-dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan sentiment anti-British
31. -kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur
gerakan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah
3. Nilaikan peranan yang dimainkan oleh Dr.Sun Yat dalam Revolusi China pada tahun 1911.
Pengenalan:
Dr. Sun Yat sen iaitu “Bapa Revolusi China”dilahirkan pada 12 November 1866 di Hsiang Shan
,Kwangtung,China Selatan. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12
tahun. Pada tahun 1879, beliau telah memasuki sekolah mubaligh Anglican di Honolulu,Hawaii dan
meneruskan pengajian di Kolej Oahu sehingga tahun 1883. Pada tahun 1887,beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan Queens College,Hong Kong. Semasa menuntut di Hong Kong inilah
beliau mula cenderung ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai
nasionalisme,demokrasi ala-Amerika dan sejarah revolusinya.Keadaan politik di Hawaii dan Hong
Kong juga telah mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan
republik China. Dr Sun Yat Sen memainkan peranan penting dalam memimpin dan menggerakkan
pergerakan revolusi di China.
Isi-isi:
Menubuhkan pertubuhan revolusioner
Dalam usaha mengadakan revolusi,Dr Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang
laut amatlah penting selain sokongan dalam negara.Justeru itu,pada 24 November 1894,Dr Sun Yat Sen
telah menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner yang dikenali sebagai Hsing Chung-hui atau
Persatuan Memulihkan Negara China di Honolulu,Hawaii.Keahlian persatuan ini seramai 112 orang yang
kebanyakkannya golongan sarjana.Slogan perjuangannya ialah “Singkirkan Orang-orang
Manchu,Pulihkan Pemerintahan Orang-orang China dan tubuhkan Republik.Matlamat utama
pertubuhan tersebut adalah untuk menggulingkan kerajaan Manchu .Beliau mendapat sokongan
daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan pemberontakan.Pertubuhan ini juga
mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah
dalam China.Walaupun pemberontakan yang dilancarkan oleh mereka gagal,Dr Sun Yat Sen telah
berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang-orang Cina di dalam dan luar
negara.
Menubuhkan Parti Revolusi
32. Ketika di Jepun,Dr Sun Yat Sen menubuhkan Parti Revolusi atau Tung Meng-hui atau Liga Bersatu di
Tokyo pada 20 Ogos 1905.Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsing Chung-hui dengan dua persatuan
revolusioner iaitu Hua Hsing-huidan Kung Fu-hui.Matlamat utama parti ialah untuk menjatuhkan
kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di China.Tung Meng-hui juga bermatlamat untuk
menjadikan tanah-tanah sebagai hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa asing di
China.Cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan di Brusells,San Francisco,Singapura,Tanah Melayu dan
Honolulu.Di China cawangan Tung Meng-hui terdapat di bandar-bandar utama di seluruh
negara.Menerusi cawangan-cawangan di seberang laut pula,beliau memperoleh wang dan merekrut
sukarelawan bagi melancarkan pemberontakan.Usaha yang dilakukan oleh Dr Sun Yat Sen menunjukkan
bahawa beliau memberi sumbangan yang besar dan berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan
perjuangannya dalam kalangan orang-orang Cina.Orang-orang Cina juga cuba disatukannya di bawah
perjuangan yang sama dalam menyingkirkan Manchu dari bumi China.
Menyebarkan perasaan anti-Manchu
Peranannya tidak terhenti setakat itu sahaja dalam menyebarkan perasaan anti-Manchu dalam
kalangan rakyat China.Dr Sun Yat Sen turut menyampaikan ceramah dan menulis rencana-rencana
dalam akhbar Min Pao(The People) di Tokyo.Melalui penerbitan rencananya idea-idea republik
disebarkan.Gerakan revolusioner Dr Sun Yat Sen akhirnya telah mendapat sokongan daripada orang
ramai terutamanya pelajar dan rakyat yang tidak puas hati dengan kezaliman kerajaan Manchu.Gerakan
revolusioner Dr Sun Yat Sen juga disokong oleh kumpulan kongsi gelap dan anggota tentera yang
mendapat latihan di Barat.Selain itu beliau turut berkunjung ke merata tempat di dunia seperti Amerika
dan Eropah bagi mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat Cina luar negeri.Kesungguhan
beliau menghasilkan kejayaan apabila bantuan kewangan yang diperolehi misalnya dapat membantu
Tung Meng Hui menjalankan pemberontakan di China.
Mengemukakan ideologi revolusi
Peranan yang dimainkannya menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang Cina apabila
beliau mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang relevan dengan situasi semasa
.Ideologi revolusi atau prinsip perjuangan yang dikemukannya dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau
San Min Chu I iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip ini juga diterima sebagai
ideologi utama Tung Meng-hui serta menjadi asas kepada perkembangan gerakan revolusioner di China.
Melancarkan pemberontakan
Antara tahun 1891-1911,Dr Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya berperanan dalam merancang
dan melancarkan 10 kali pemberontakan di China bagi menggulingkan kerajaan Manchu.Beberapa
pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat di wilayah Selatan China.Pada
awalnya perancangan pemberontakan ini dilakukan di Jepun.Namun setelah mendapat tentangan
daripada Kerajaan China Dr Sun Yat Sen telah beralih pula ke Hanoi.Pada 11April 1911,gerakan revolusi
telah dilancarkan namun menemui kegagalan.Walaupun gagal pengaruh,martabat dan kewibawaan
Manchu merosot. Dr Sun Yat Sen dan pertubuhan Tung Meng Hui telah berjaya mempengaruhi tentera
33. China melancarkan pemberontakan.Akhirnya pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911 telah
berjaya mengakibatkan kejatuhan Manchu dan penubuhan sebuah kerajaan republik di China.
Kesimpulan
Dr Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang berperanan penting dalam Revolusi China 1911.Beliau
memainkan peranan dalam mengatur dan memimpin gerakan revolusioner di China.Beliau juga seorang
tokoh revolusioner yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal jemu dalam perjuangannya.Peranan
beliau akhirnya membuahkan hasil apabila tentera revolusioner telah melancarkan revolusi yang
menyebabkan kerajaan Manchu tumbang dan sebuah kerajaan republik berjaya ditubuhkan di China.Dr
Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara di Nanking.
4. Konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat membawa kepada tercetusnya Perang Dingin.
Bincangkan.
Pengenalan
Perang Dingin ialah persaingan terbuka tetapi terhad yang bermula selepas perang dunia kedua.
Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara
langsung antara kuasa-kuasa besar secara besar-besaran.
Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan “Doktrin Tuman” pada tahun
1947
Perang ini tercetus akibat konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat
Isi-isi Penting
Konflik berlaku akibat daripada :
1. Perbezaan ideologi politik
Amerika Syarikat dan Rusia sebagai pemenang Perang Dunia II memiliki ideologi yang berbeza
Amerika Syarikat memiliki ideologi liberal-kapitalis sedangkan Rusia berideologi komunis.
34. Fahaman Liberal-kapitalis mengagungkan kebebasan individu yang mengutamakan hak asasi manusia
seperti hak untuk berkumpul, menyuarakan pendapat dan kebebasan media manakala ideologi
komunis, rakyat tidak diberi kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka.
2. Perbezaan sistem ekonomi
Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem ekonomi yang bebas daripada
campur tangan kerajaan.
Rusia pula tidak menggalakkan kegiatan ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat terdedah kepada
sistem ekonomi barat.
Perbezaan dalam sistem ekonomi oleh kedua-dua pihak menyebabkan hubungan semakin renggang
3. Kemunculan kuasa besar dunia yang baharu
Perang Dunia Kedua menyebabkan lahir dua kuasa besar dunia yang baharu iaitu Amerika Syarikat dan
Rusia . Kedua-dua negara bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
4. Dasar perluasan pengaruh Rusia di Eropah
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, Rusia mula meluaskan pengaruhnya di benua Eropah.
Semasa persidangan Yalta pada tahun 1945, Rusia menguasai kawasan yang menganjur hingga ke
garisan Carzon dijadikan sempadan antara Rusia dan Poland.
Semasa Perang Dunia Kedua hampir tamat, Rusia mengukuhkan cengkaman terhadap Negara-negara
di Eropah Timur.
Tindakan Rusia menyebarkan pengaruh komunis di Eropah Barat menyebabkan Amerika Syarikat
mengambil langkah-langkah bagi menyekat penyebaran fahaman komunis.
5. Perubahan pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-kuasa
besar menjadi renggang.
Harry Truman dan Clement tidak mempunyai pengalaman dalamhal ehwal antarabangsa dan mereka
amat curiga dasar luar Stalin.
Harry Truman mula mengamalkan dasar menyekat perluasan pengaruh Rusia.
Beliau bertekad menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyekat perluasan pengaruh
Rusia.
35. 6. Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Rusia
Hubungan antara Amerika Syarikat dan Rusia menjadi semakin buruk selepas bulan Mei 1945.
Tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Rusia mengeruhkan hubungan
antara kedua-dua Negara
Pada Mac 1946, Winston Churchill dalam ucapannya di Foulton, Missouri menyatakan terdapat “tirai
besi” yang memisahkan Eropah Timur dan Eropah Barat.
Kesimpulan
Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada ‘teori domino’ iaitu apabila sesebuah negara dikuasai oleh
komunis maka satu demi satu negara-negara lain akan jatuh ke tangan komunis.
Amerika Syarikat dan Britain bertekad menyekat perkembangan komunis di mana-mana negara.
Keadaan ini mencetuskan ketegangan antara Rusia dengan Amerika Syarikat serta merancakkan Perang
Dingin.
5. PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.
PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman tanpa
penggunaan kekerasan.
Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam
memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.
Isi-isi penting
Kemerdekaan wilayah jajahan
36. PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.
Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara
yang dijajah.
Masalah pelarian
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di
negara-negara tertentu.
Dasar Apartied
PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Aparteid.
Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala Bentuk
Diskriminasi Ras.
Hak asasi sejagat
Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.
Menangani konflik antarabangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.
Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di
negara tersebut.
Membantu negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang "Program Bantuan dan
Pembangunan Semula PBB".
Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara
tersebut terpelihara.
Membangunkan negara-negara mundur
PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.
37. International Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi
sumbangan kepada kemajuan wilayah.
Menyelesaikan perebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat dikurangkan.
Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada tahun
1994.
Mengatasi perlumbaan senjata
PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang meninggalkan
kesan buruk terhadap mangsa perang.
Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikay mengundurkan peluru
berpandu dalam krisis di Cuba.
Kesimpulan
PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.
PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflikyang melibatkan negara-negara anggota.
38. 6. Terangkan penglibatanAmerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty
Organisation (NATO).
Pengenalan :
NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja menganggotai pertubuhan
ini. Ibu pejabat NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. Faktor penubuhan
NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, melibatkan secara
langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang peluasan
ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
kemampuan PBB.
Strategi NATO ialah bagi mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara
anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. Pada dasarnya, NATO
bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
Isi –isi penting :
United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya
dirujukkepadakoleksisurat-suratperibadi Ernest Bevin, SetiausahaLuar Britain daritahun 1946 hingga
1951, dandokumen yang dihasilkanoleholeh Foreign Office, United Kingdom
sememangnyamenyusunstrategidenganmengetengahkanperananbesarAmerika Syarikat dalam proses
penubuhan NATO.
Ini bermakna, United Kingdom Berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British
merupakan“ pemain utama” (key player) dalam proses pembentukan NATO.
Dalam hal ini, United Kingdom yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai
strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh
Amerika Syarikat.
Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai
oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak
United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan Amerika Syarikat dalam
soal keselamatan di Eropah khususnya.
Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
39. Perkembangan politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan
Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
Soviet Union memberi satu persepsi bahawa “NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika Syarikat
adalah NATO”.
Ini bermakna, NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat menjadi
akrab.
Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk
perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan, dan perisikan.
Kesimpulan :
Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan
kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara
praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.