SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
1. Latar Belakang Sejarah Negara
2. Kemerdekaan
3. Pembentukan Malaysia
BAB 1: SEJARAH DAN
POLITIK
MPU-2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2
1. LATAR BELAKANG SEJARAH
NEGARA
a) Kesultanan Melayu Melaka
b) Kerajaan Johor
c) Pengasasan Kesultanan Melayu Lain
d) Zaman Penjajahan
a) KESULTANAN MELAYU MELAKA
 Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan
Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.
 Kesultanan ini merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang
berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.
 Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh
kerajaan Majapahit. Parameswara (putera Raja Palembang)
dan pengikutnya berundur ke Temasik dan kemudiannya ke
Semenanjung Tanah Melayu.
 Semasa Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun
wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara
menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka, bersempena
nama sebatang pohon‘Malaka.’
 Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat
perdagangan, pusat penyebaran agama Islam dan ilmu
yang termasyhur di dunia pada abad ke-15.
b) KERAJAAN JOHOR
 Semasa abad ke-14, Johor menjadi wilayah
tanggungan Empayar Majapahit sehinggalah ia
menjadi salah sebuah jajahan Kesultanan Melaka (1400
-1511).
 Pada tahun 1511, Melaka dikuasai Portugis. Sultan
Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan
diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.
 Pada tahun 1528, Kesultanan Johor ditubuhkan oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali), anakanda
Sultan Mahmud Shah.
 Kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang
masyhur pada abad ke-17. Ia menjadi pusat
penyebaran Islam apabila peranan yang dipegang oleh
Acheh sebelum ini merosot.
c) PENGASASAN KESULTANAN MELAYU LAIN
1. Perak
 Terdapat catatan dalam Sejarah Melayu tentang kewujudan
kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding.
 Namun begitu, pengasasan Kesultanan Perak yang awal
sebenarnya berkait rapat dengan Kesultanan Melayu
Melaka.
 Apabila Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Raja
Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Shah II. Abangnya, raja Muzaffar
berkecil hati dan membawa diri ke Perak.
 Kemudian Raja Muzaffar telah diltabalkan sebagai Sultan
Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.
 Semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Zulkarnain (1756-1770), Perak menempuh zaman
kegemilangannya. Ia disifatkan oleh ahli-ahli sejarah
sebagai zaman keemasan.
2. Selangor
 Kesultanan Selangor diasaskan oleh Raja Lumu yang merupakan
Putera Daeng Chelak atau Daeng Pali berketurunan Bugis.
 Raja Lumu sebelum menggunakan gelaran Sultan, dikenali
dengan panggilan Raja Selangor. Baginda datang ke Selangor
sekitar tahun 1730-an.
 Pada tahun 1743, Raja Lumu menjadi pemerintah Selangor
semasa Selangor masih lagi di bawah naungan Johor.
 Pada tahun 1766, setelah mendapat pengiktirafan dari Sultan
Perak iaitu Sultan Mahmud, Raja Lumu memakai gelaran Sultan
Sallehuddin Shah.
 Perlantikan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama telah
memperkuatkan lagi pertapakan kuasa Bugis.
 Sebenarnya telah wujud kelompok-kelompok pembesar di
beberapa daerah seperti di Kuala Selangor, Jeram, Kelang dan
Langat.
 Dengan perlantikan Raja Lumu, daerah-daerah tersebut
disatukan menjadi sebuah negeri dengan nama negeri Selangor.
3. Pahang
 Keturunan Kesultanan Melayu Melaka telah lama
berkuasa di Pahang iaitu Raja Muhammad anakanda
Sultan Mansur Shah yang ditabal menjadi Sultan
Pahang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.
 Pemerintahan daripada keturunan Kesultanan Melaka
adalah selama 200 tahun dan berakhir pada tahun
1614.
 Setelah itu pemerintah Pahang berpindah kepada
keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid,
Bendahara Padang Saujana Johor.
 Dari keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan
Pahang terpisah dari takluk Riau dan telah
menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa
penuh serta menjalinkan persahabatan dengan Sultan
Melaka sehinggalah sekarang.
d) ZAMAN PENJAJAHAN
 Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermulalah
era penjajahan di Tanah Melayu.
 Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan
akhirnya ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda. Tanah Melayu ditawan Jepun pada tahun 1941.
 Negara kita dijajah selama 446 tahun (1511 – 1957).
 Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama dan banyak
meninggalkan kesan.
 British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah
Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-raja Melayu
dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.
 Campur tangan British menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang
penjajah namun usaha mereka lebih bersifat perseorangan maka
penentangan tersebut mudah dipatahkan British.
 Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok
Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli
Dhobi dan beberapa tokoh yang lain.
 Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk
Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada
dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.
 Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar kepada
Melayu untuk mentadbir sendiri negaranya dan
muncullah golongan berpendidikan yang mula
memperjuang semangat nasionalisme.
 Mereka menggunakan media seperti akhbar dan
majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.
 Ada yang membentuk persatuan seperti Kesatuan
Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir
penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
 Ketika rakyat negara ini bersemangat untuk menamatkan
penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada
penghujung tahun 1941.
 Jepun menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum
menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
 Pengunduran Jepun memberi ruang kepada Parti Komunis
Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.
 PKM bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan
harta benda awam sehingga memaksa British mengisytiharkan
darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
 Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan
British kembali berkuasa.
 Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba
memperkenalkan Malayan Union. Namun, mendapat
tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan.
 Pada 11 Mei 1946, penubuhan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) telah menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit
perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Ringkasan Penjajahan dan ciri-ciri penjajahan
Penjajah Tempoh Catatan
Portugis 1511-
1641
• Tertumpu di Melaka.
• Mendapat tentangan daripada orang Melaka dengan
bantuan Acheh.
• Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara,
kecuali dari segi bahasa (pinjaman perkataan),
penyebaran agama Kristian dan tarian.
Belanda 1641-
1824
• Tertumpu kepada Melaka.
• Tidak banyak meninggalkan kesan kerana tumpuan
penjajahan terarah di Indonesia.
• Mendapat tentangan daripada orang Melayu yang
sering mendapat bantuan Bugis.
Inggeris 1824-
1942
1945-
1957
• Menjajah keseluruhan negeri di Tanah Melayu.
• Terdapat dua tahap penjajahan. (Sebelum dan selepas
penjajahan Jepun)
• Banyak meninggalkan kesan dalam kebanyakan sistem
kehidupan masyarakat (politik, ekonomi dan sosial).
• Banyak mendapat tentangan penduduk tempatan.
Penjajah Tempoh Catatan
Jepun 1942-
1945
• Menjajah keseluruhan negeri Tanah
Melayu.
• Banyak meninggalkan kesan
terutamanya dalam kehidupan
masyarakat, khususnya yang
berkaitan dengan hubungan kaum.
• Mendapat tentangan daripada
penduduk negeri ini.
• Menaikkan semangat nasionalisme
dengan memberi kesedaran politik
kepada masyarakat tempatan untuk
mencapai kemerdekaan.
• Jepun telah menggunakan
propaganda ‘Asia untuk Orang Asia’.
2. KEMERDEKAAN
a) Malayan union
b) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
c) Ancaman Komunis
d) Perundingan Kemerdekaan
e) Malaya Merdeka
a) MALAYAN UNION
1. Latar Belakang
• Kemuncak perjuangan semangat nasionalisme dan perjuangan
kemerdekaan oleh penduduk tempatan begitu ketara sekali
kesan daripada penubuhan Malayan Union oleh British.
• Malayan Union merupakan satu gagasan yang menyeragamkan
pentadbiran Tanah Melayu di bawah satu sistem penjajahan
British.
• Pejabat Tanah Jajahan London mendapati bahawa salah satu
faktor utama kejatuhan Tanah Melayu kepada tentera Jepun
ialah masalah penyelarasan iaitu wujudnya pentadbiran yang
berbeza antara Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Tujuan utama Malayan Union sebenarnya adalah untuk menjaga
kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya kepentingan
ekonomi.
2. Kandungan dan Syarat utama Malayan Union
1. Terdiri daripada sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
2. Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir yang berpusat di Kuala Lumpur
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.
3. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor. Kedaulatan
mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya
berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk mengurus kerajaan tempatan,
tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.
5. Malayan Union tidak melibatkan Singapura. Singapura dikekalkan sebagai
tanah jajahan British di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British.
6. Aspek kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan diperolehi
sekiranya:
a) orang asing yang berumur 18 tahun ke atas bermastautin di Tanah Melayu
selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Februari, 1942;
b) seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.
7. Hak kewarganegaraan yang sama rata tanpa mengira bangsa atau asal
keturunan; ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak
mengundi dalam pilihan raya umum.
3. Proses Pembentukan Malayan Union
• Harold MacMichael dipertanggungjawabkan memperolehi
persetujuan Raja-raja Melayu secara ugutan dan paksaan.
• Pada 1946 perlembagaan Malayan Union diluluskan. Pada 1
April 1946 Malayan Union diisytiharkan dengan rasminya,
dengan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor pertama.
4. Kesan-kesan daripada pembentukan Malayan Union
1. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Kuasa sultan
terhad dalam soal adat resam Melayu dan agama Islam.
2. Tradisi dan sistem politik serta ketuanan Melayu
dihapuskan.
3. Hak istimewa dan status quo orang Melayu dihapuskan.
4. Pemberian hak kerakyatan yang longgar berdasarkan
prinsip jus soli.
5. Penentangan ke atas Malayan Union
i. Penentangan oleh orang Melayu
 Penentangan orang Melayu dibahagikan kepada dua
peringkat:
1. Peringkat individu: orang Melayu menyuarakan
bantahan mereka melalui media massa di dalam
akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu
dan Warta Negara. Menghantar surat bantahan atau
kawat kepada kerajaan British di London.
2. Peringkat kolektif: orang Melayu menggunakan
pertubuhan dan kesatuan Melayu di peringkat negeri
dan nasional. Persatuan-persatuan ini mengadakan
demonstrasi, perarakan di seluruh Tanah Melayu untuk
menunjukkan bantahan terhadap penjajah.
Faktor-faktor Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan
Union
1.Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu. Dalam
Malayan Union kuasa raja terbatas hanya pada hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Ini bermakna
raja-raja tidak dapat melindungi hak dan kepentingan orang
Melayu.
2.Peras ugut oleh MacMichael dalam memperolehi tandatangan
persetujuan daripada raja-raja Melayu. Orang Melayu marah
apabila raja yang mereka hormati diugut dan dipaksa
menandatangani Malayan Union. Mereka juga tidak diberi masa
yang cukup untuk membincangkan rancangan penubuhan
Malayan Union.
3.Pemberian hak kerakyatan (kewarganegaraan) secara jus
soli. Syarat kewarganegaraan yang mudah menyebabkan
kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu terjejas, terutama
faktor kesetiaan orang bukan Melayu kepada Tanah Melayu
masih lagi diragui.
ii. Penentangan daripada Pertubuhan Parti Politik
 Kongres Persatuan Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4
Mac 1946 di Selangor.
 Hasilnya, kongres ini bersetuju memulaukan pelancaran
Malayan Union dengan menggesa raja-raja Melayu tidak
menghadiri majlis perasmian perlantikan Gabenor Malayan
Union.
 Pada 1 April 1946, ketika upacara Malayan Union ditubuhkan
secara rasmi, orang Melayu memulaukan upacara tersebut
dengan melilitkan kain putih pada songkok sebagai tanda
berkabung selama tujuh hari.
 Kongres Melayu Se-Malaya kedua di Johor Bahru dibuat pada
11 Mei 1946 dan meluluskan pembentukan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang bermatlamat
menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union.
 UMNO mendapat sokongan padu orang Melayu seluruh Tanah
Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dipilih menjadi Yang Dipertua
UMNO yang pertama.
iii. Tentangan Orang Bukan Melayu
 Penentangan ke atas Malayan Union juga datang dari
bekas pegawai-pegawai British di Tanah Melayu seperti
Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan
Cecil Clementi Smith. Mereka menyuarakan bantahan
melalui akhbar-akhbar di London. Mereka menggesa
British menjaga kepentingan dan hak keistimewaan orang
Melayu.
 Manakala bagi orang bukan Melayu, mereka tidak
berminat dengan Malayan Union kerana fokus semangat
kebangsaan adalah terarah kepada negara asal.
 Ada juga orang bukan Melayu menyalurkan bantahan
mereka melalui pertubuhan Malayan Democratic Union
(MDU) kerana mereka merasakan tidak mendapat apa-apa
kelebihan yang istimewa daripada Malayan Union dan
dikatakan tidak demokratik.
b) PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU
 British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan
Malayan Union.
 Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 9
buah negeri Melayu dan Melaka serta Pulau
Pinang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
 Singapura kekal sebagai tanah jajahan British.
 Hak raja-raja Melayu dikembalikan semula.
 Syarat kerakyatan diperketat dan hak istimewa
orang Melayu diiktiraf semula.
c) ANCAMAN KOMUNIS
 Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan
bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948.
 Faktor mendorong PKM mengambil keputusan memberontak:
a. Dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia
yang diadakan di Calcutta pada Februari 1948. Kongres
tersebut membuat keputusan mengadakan pemberontakan
bersenjata bagi mencapai matlamat mereka.
b. Kegagalan PKM mencapai cita-cita menguasai negara melalui
perlembagaan atau perdamaian.
 Pada tahun 1948-51, PKM melancarkan serangan hebat ke atas
ladang-ladang, lombong-lombong, balai-balai polis dan orang awam.
 PKM mengamalkan taktik perang gerila iaitu kumpulan pejuang
yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali
sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi.
 Strategi PKM: melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, dengan
menawan bandar besar dan bandar terpencil (untuk dijadikan
markas) dan akhirnya menghalau British dan seterusnya menguasai
Tanah Melayu.
1. Pengisytiharan Darurat
 Pada 17 Jun 1948 darurat diisytihar di seluruh Tanah Melayu.
 Undang-undang Darurat 1948 dikuatkuasa untuk membolehkan
polis dan tentera menahan dan menangkap orang yang
disyaki tanpa perbicaraan. (Sekatan jalan raya, perintah
berkurung)
 Sistem pendaftaran diperkenalkan. Penduduk yang berumur
12 tahun ke atas perlu mempunyai kad pengenalan diri.
2. Rancangan Briggs
 Rancangan ini diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs.
Menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke
kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.
 Bertujuan menghalang pembekalan makanan, perubatan dan
maklumat kepada komunis yang bersembunyi di dalam hutan.
Langkah-langkah menghapuskan
pemberontakan Komunis
3. Langkah Ketenteraan
 Sir Gerald Templer menggunakan kekuatan tentera seperti
batalion askar Inggeris, askar Gurkha dan askar Melayu.
 Meminta bantuan tentera negara Komanwel seperti Australia.
 Membentuk sistem pengawal kampung.
4. Perang Saraf
 Antaranya ialah memperkenalkan “kawasan Putih” dan “kawasan
Hitam”, memberikan pengampunan kepada anggota PKM yang
menyerah diri, memberi hadiah kepada mereka yang memberi
maklumat tentang komunis.
5. Rundingan Baling
 Rundingan diadakan di Baling Kedah pada 28 dan 29 Disember
1955. Pihak kerajaan diwakili Tunku Abdul Rahman, David Marshall
dan Tan Cheng Lock. PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan
Rashid Maidin. Rundingan ini gagal mencapai kata sepakat
kerana PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai
parti yang sah, tetapi ditolak. PKM pula menolak tawaran kerajaan
supaya mereka meletakkan senjata.
d) PERUNDINGAN
KEMERDEKAAN
 Dalam usaha Tanah Melayu mencapai kemerdekaan telah
berlaku beberapa peristiwa yang memberi laluan kepada
kemerdekaan iaitu pilihan raya, perundingan
kemerdekaan, Suruhanjaya Reid dan pembentukan
perlembagaan.
1. Pilihan raya
 Selepas perang dunia kedua, muncul parti-parti politik
yang memperjuangkan kemerdekaan. Antaranya ialah:
a. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
b. Kongres India Malaya (MIC)
c. Persatuan Cina Malaya (MCA)
• Pada awalnya, UMNO dan MCA telah bergabung dan
menang dalam pilihan raya 1952 pada peringkat negeri. Ini
mendorong kepada penubuhan pakatan di peringkat pusat
yang kemudiannya disertai oleh MIC.
• Gabungan UMNO-MCA-MIC telah
membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955.
• Gabungan parti ini telah menunjukkan
kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah
Melayu.
• Dalam Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1955, Parti Perikatan telah
memenangi kerusi yang besar iaitu 51 buah
kerusi daripada 52 buah kerusi yang
dipertandingkan.
• Kemenangan ini telah membuka jalan ke arah
rundingan kemerdekaan.
2. Perundingan Kemerdekaan
 Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan
raya Umum 1955 telah membuka jalan kepada
pemerintahan sendiri.
 Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman
mengetuai satu rombongan ke London untuk
rundingan kemerdekaan.
 Pada 8 Februari 1957 Perjanjian London
ditandatangani dan tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31
Ogos 1957.
 Sebuah suruhanjaya perlembagaan baharu,
iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk.
3. Suruhanjaya Reid dan Pembentukan Perlembagaan
• Ditubuhkan pada tahun 1956.
• Diketuai Lord Reid (British), dengan keahlian yang
terdiri daripada Sir Ivor Jennings (British), Sir William
Mckell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan).
• Dipertanggungjawabkan untuk menggubal satu
perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.
• Suruhanjaya ini mengambil kira pandangan
penduduk termasuk 131 memorandum bertulis
daripada orang perseorangan dan pertubuhan-
pertubuhan.
• Memorandum terpenting adalah daripada Raja-raja
Melayu dan Parti Perikatan.
 Hasilnya telah berlaku perjanjian murni atau
kontrak sosial antara orang Melayu dan
bukan Melayu demi kepentingan bersama.
 Kaum bumiputera melonggarkan syarat
kerakyatan bagi bukan bumiputera manakala
kaum bukan bumiputera menerima hakikat
kedudukan istimewa kaum bumiputera.
 Akhirnya Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu telah diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan
berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
 Perlembagaan ini berasaskan konsep raja
berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Asas-asas perlembagaan yang dipersetujui bersama
ialah:-
1. Ketua negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan
Agong sementara Raja-raja menjadi ketua negeri
masing-masing.
2. Kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera diiktiraf
dan hak istimewa mereka dijamin.
3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan
bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Majlis
Perundangan Persekutuan selama 10 tahun selepas
merdeka.
4. Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas
kemerdekaan, secara automatik menjadi warganegara
Tanah Melayu.
5. Agama Islam dijadikan agama rasmi tetapi
kebebasan beragama orang bukan Islam dijamin.
e) MALAYA MERDEKA
 Perlambangan kemerdekaan Tanah Melayu dilakukan
pada malam hari ketika detik pertama 31 Ogos 1957.
 Berlangsung di padang Kelab Selangor (sekarang
Dataran Merdeka).
 Pada malam itu, bendera Union Jack diturunkan
dan bendera Malaya dikibarkan.
 Akhirnya, Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31
Ogos 1957, upacara perisytiharan kemerdekaan
dilangsungkan di Stadium Merdeka.
 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana
Menteri pertama dan Yang di Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai
Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
3. PEMBENTUKAN MALAYSIA
a) Faktor-faktor Mendorong Pembentukan Malaysia
b) Proses Pembentukan Malaysia
c) Pemisahan Singapura
• Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan
Semenanjung Tanah Melayu telah membentuk
Malaysia pada 16 September 1963.
• Idea pembentukan Malaysia ini tercetus pada 27 Mei
1961, melalui ucapan Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman semasa
majlis makan dengan wartawan-wartawan Asia
Tenggara di Singapura.
• Tunku menggariskan beberapa faedah yang boleh
didapati dari segi sosial, politik dan ekonomi hasil
daripada penyatuan negeri-negeri ini.
• Idea untuk menggabungkan negeri-negeri ini juga
membolehkan Malaysia bersaing di peringkat
antarabangsa.
a) FAKTOR-FAKTOR MENDORONG PEMBENTUKAN
MALAYSIA
i. Bebas daripada penjajahan British melalui percantuman.
• Setelah mencapai kemerdekaan, hanya Tanah Melayu sahaja yang
bebas daripada penjajahan British. Brunei, Sabah, Sarawak dan
Singapura masih lagi di bawah kuasa British.
• Oleh itu melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri
tersebut akan mendapat kemerdekaan lebih awal melalui
percantuman dengan Tanah Melayu.
ii.Persefahaman dalam satu bangsa untuk pembangunan
• Persefahaman antara negeri-negeri serantau dan melahirkan satu
bangsa bersatu untuk memajukan negara dan bangsa.
• Kuala Lumpur berkemampuan menggunakan pengalamannya
dalam pentadbiran sebagai negara berbilang kaum untuk dimanfaat
bagi membangunkan negeri yang akan bergabung.
iii. Keseimbangan kaum dan perpaduan
• Tunku mengingini satu Persekutuan Malaysia yang merangkumi Brunei,
Sabah, Sarawak dan Singapura yang dapat menjamin keseimbangan
kaum dikekalkan.
• Pengekalan imbangan kaum antara bukan-Bumiputera dan Bumiputera
(Melayu dan suku kaum pribumi) dapat menjamin keamanan dan
kestabilan serantau.
• Warisan budaya yang pelbagai boleh dilebur untuk membentuk satu entiti
di bawah kerajaan pusat yang kuat.
• Bahasa Kebangsaan menjadi medium penyatuan serta pemupukan identiti
bangsa Malaysia kerana wilayah-wilayah ini fasih berbahasa Melayu.
iv. Membanteras pengaruh komunis
• Walaupun Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, namun masih lagi
menghadapi ancaman pengaruh komunis.
• Maka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memikirkan cara untuk
membendung pengaruh komunis ini melalui penggabungan Brunei, Sabah,
Sarawak dan Singapura.
• Dengan penggabungan wilayah-wilayah ini maka tugas menghadapi
ancaman pengaruh komunis tidak akan dihadapi oleh negeri-negeri
tersebut secara bersendirian.
v. Perkongsian faedah ekonomi
• Melalui Persekutuan Malaysia, wilayah-wilayah anggota akan
mendapat faedah bersama dari segi kerjasama ekonomi dan
perdagangan.
• Dalam hubungan ekonomi, terdapat sumber-sumber tertentu
yang boleh dimajukan untuk keuntungan negeri berkenaan dan
juga bagi manfaat kerajaan pusat.
• Antara potensi ekonomi yang boleh diperkembangkan oleh
setiap negeri ialah perdagangan antarabangsa, perusahaan,
pelancongan, minyak, hasil hutan, hasil galian dan pertanian.
• Membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi
terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju.
vi. Bersatu dalam hubungan antarabangsa
• Gabungan antara negeri-negeri serantau ini bukan sahaja untuk
kekuatan dalaman tetapi juga untuk hubungan antarabangsa.
• Melalui penyatuan negeri-negeri ini di bawah satu pemerintahan
dan satu sistem politik, maka lebih kuatlah kedudukan mereka
di arena antarabangsa.
b) PROSES PEMBENTUKAN
MALAYSIA
 Gagasan pembentukan Malaysia oleh Tunku
Abdul Rahman telah menimbulkan pelbagai
reaksi.
 Kebanyakan pemimpin-pemimpin menerima
baik cadangan Tunku Abdul Rahman untuk
membentuk Malaysia.
 Rakyat Singapura pada mulanya memberi
sokongan penuh pada awalnya tetapi perubahan
politik pada awal tahun 1961 menukar pendirian
sebahagian rakyat Singapura.
1. Pembentukan Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan (JPP)
• Bagi menyelesaikan beberapa masalah kesangsian negeri-
negeri dalam pembentukan Malaysia maka pelbagai tindakan
telah diambil oleh pihak Kuala Lumpur.
• Tunku telah melawat beberapa negeri dan Badan
Jawatankuasa khas telah dibentuk untuk menyemak
pendirian rakyat yang berubah-ubah.
• Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP) yang
ditubuhkan pada pertengahan 1961.
• Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan tentang
konsep Malaysia dengan lebih jelas kepada penduduk
Sabah, Sarawak dan Brunei supaya dapat menghilangkan
kesangsian rakyat dan pemimpin di negeri-negeri tersebut.
• Kesannya jawatankuasa ini berjaya mengurangkan keraguan
terutamanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak.
2. Suruhanjaya Cobbold
• Susulan daripada JPP, Suruhanjaya Cobbold yang
diketuai oleh Lord Cobbold telah dibentuk selepas
rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dengan British pada November 1961.
• Tujuan Suruhanjaya Cobbold ini adalah untuk meninjau
pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang
gabungannya dalam membentuk Malaysia dan
memberikan cadangan setelah menimbangkan hasil
tinjauan tersebut.
• Tinjauan telah dibuat pada bulan Februari hingga April
1962.
• Hasil tinjauan menunjukkan lebih kurang 80 peratus
penduduk di kedua-dua negeri tersebut menyokong
pembentukan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
• Kesan daripada laporan Cobbold yang agak
memuaskan, maka pada Ogos 1962 Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK) telah dibentuk.
• JAK memainkan peranan untuk merangka syarat-
syarat Persekutuan secara terperinci.
• Tujuan JAK ialah merancang bentuk negara baru
termasuk merangka Perlembagaan serta isu hak
kepentingan Sabah dan Sarawak.
• Kesan daripada pembentukan JAK, rangka
perlembagaan asas dapat disiapkan dan laporan JAK
ini menjadi asas dalam Perjanjian Malaysia.
• JAK telah menggunakan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu sebagai asas Perlembagaan Malaysia.
c) PEMISAHAN SINGAPURA
• Secara keseluruhannya, masyarakat di Tanah Melayu
adalah terdiri daripada pelbagai kaum.
• Tunku terpaksa memutuskan untuk memisahkan Singapura
dari Tanah Melayu disebabkan oleh beberapa masalah
yang boleh mengganggu-gugat keharmonian serta
komposisi kaum di Tanah Melayu.
• Akhirnya pada 7 Ogos 1965, kedua-dua pemimpin Tanah
Melayu dan Singapura menandatangani persetujuan untuk
berpisah.
• Pada 9 Ogos 1965, parlimen telah meluluskan rang
undang-undang perpisahan dan secara rasminya
Singapura keluar dari Malaysia.

More Related Content

What's hot

Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanstpd2213
 
Gardenia bakeries (kl)sdn bhd
Gardenia bakeries (kl)sdn bhdGardenia bakeries (kl)sdn bhd
Gardenia bakeries (kl)sdn bhdNor Syazwani
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuSamad Shomie
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeriaasyiqin
 
Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah
Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabahKronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah
Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabahFaz Teeyta
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luarnurulshamiera
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanNorazul89
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...AsmidahIsdal
 
Risiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang Asing
Risiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang AsingRisiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang Asing
Risiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang AsingNicholas Lidang Mud
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKCkg Nizam
 
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARASLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARAmazuramatzain
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaFaRos Rosfar
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 Nooo ooo
 
Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan msbh57
 
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)SMK Chalok (Model Khas)
 
Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam PerniagaanKepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam PerniagaanmuhamaD69
 

What's hot (20)

Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaan
 
Memulakan Perniagaan
Memulakan PerniagaanMemulakan Perniagaan
Memulakan Perniagaan
 
Gardenia bakeries (kl)sdn bhd
Gardenia bakeries (kl)sdn bhdGardenia bakeries (kl)sdn bhd
Gardenia bakeries (kl)sdn bhd
 
Penubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malayaPenubuhan parti komunis malaya
Penubuhan parti komunis malaya
 
Ancaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayuAncaman komunis di tanah melayu
Ancaman komunis di tanah melayu
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeri
 
Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah
Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabahKronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah
Kronologi isu tuntutan sulu ke atas sabah
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luar
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaan
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
 
Risiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang Asing
Risiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang AsingRisiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang Asing
Risiko syarikat multinasional, Pembayaran Perdagangan, dan Mata Wang Asing
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAK
 
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARASLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
 
Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan Pengurusan khidmat pelanggan
Pengurusan khidmat pelanggan
 
DOKUMENTASI
DOKUMENTASIDOKUMENTASI
DOKUMENTASI
 
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
Langkah-langkah Kerajaan untuk membanteras Komunis (1960)
 
Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam PerniagaanKepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
 

Similar to BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx

sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdfsejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdfFaridah Mustapa
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaainazshahnaz
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaryen xiao mei
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANFatnin Izni
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
KemerdekaanFishy Yi
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohGinny Gouri
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5nooranisa
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanOha Gozaimasu
 

Similar to BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx (20)

sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdfsejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
sejarah kemerdekaan info kelas 2022.pdf
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysia
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysia
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
Kemerdekaan
 
Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Malayan Union
Malayan UnionMalayan Union
Malayan Union
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokohFolio tahun 5 penjajahan dan tokoh
Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Zaman penjajahan
Zaman penjajahanZaman penjajahan
Zaman penjajahan
 
PM 5
PM 5PM 5
PM 5
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
 

More from maryampengajianmalay (6)

BAB 7.pptx
BAB 7.pptxBAB 7.pptx
BAB 7.pptx
 
BAB 3.pptx
BAB 3.pptxBAB 3.pptx
BAB 3.pptx
 
BAB 1.pptx
BAB 1.pptxBAB 1.pptx
BAB 1.pptx
 
bubar kahwin.pptx
bubar kahwin.pptxbubar kahwin.pptx
bubar kahwin.pptx
 
KI week 1.pptx
KI week 1.pptxKI week 1.pptx
KI week 1.pptx
 
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptxModul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
 

BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx

  • 1. 1. Latar Belakang Sejarah Negara 2. Kemerdekaan 3. Pembentukan Malaysia BAB 1: SEJARAH DAN POLITIK MPU-2163 PENGAJIAN MALAYSIA 2
  • 2. 1. LATAR BELAKANG SEJARAH NEGARA a) Kesultanan Melayu Melaka b) Kerajaan Johor c) Pengasasan Kesultanan Melayu Lain d) Zaman Penjajahan
  • 3. a) KESULTANAN MELAYU MELAKA  Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.  Kesultanan ini merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.  Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Parameswara (putera Raja Palembang) dan pengikutnya berundur ke Temasik dan kemudiannya ke Semenanjung Tanah Melayu.  Semasa Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka, bersempena nama sebatang pohon‘Malaka.’  Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran agama Islam dan ilmu yang termasyhur di dunia pada abad ke-15.
  • 4. b) KERAJAAN JOHOR  Semasa abad ke-14, Johor menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehinggalah ia menjadi salah sebuah jajahan Kesultanan Melaka (1400 -1511).  Pada tahun 1511, Melaka dikuasai Portugis. Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.  Pada tahun 1528, Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali), anakanda Sultan Mahmud Shah.  Kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke-17. Ia menjadi pusat penyebaran Islam apabila peranan yang dipegang oleh Acheh sebelum ini merosot.
  • 5. c) PENGASASAN KESULTANAN MELAYU LAIN 1. Perak  Terdapat catatan dalam Sejarah Melayu tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding.  Namun begitu, pengasasan Kesultanan Perak yang awal sebenarnya berkait rapat dengan Kesultanan Melayu Melaka.  Apabila Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Abangnya, raja Muzaffar berkecil hati dan membawa diri ke Perak.  Kemudian Raja Muzaffar telah diltabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.  Semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770), Perak menempuh zaman kegemilangannya. Ia disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman keemasan.
  • 6. 2. Selangor  Kesultanan Selangor diasaskan oleh Raja Lumu yang merupakan Putera Daeng Chelak atau Daeng Pali berketurunan Bugis.  Raja Lumu sebelum menggunakan gelaran Sultan, dikenali dengan panggilan Raja Selangor. Baginda datang ke Selangor sekitar tahun 1730-an.  Pada tahun 1743, Raja Lumu menjadi pemerintah Selangor semasa Selangor masih lagi di bawah naungan Johor.  Pada tahun 1766, setelah mendapat pengiktirafan dari Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud, Raja Lumu memakai gelaran Sultan Sallehuddin Shah.  Perlantikan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor pertama telah memperkuatkan lagi pertapakan kuasa Bugis.  Sebenarnya telah wujud kelompok-kelompok pembesar di beberapa daerah seperti di Kuala Selangor, Jeram, Kelang dan Langat.  Dengan perlantikan Raja Lumu, daerah-daerah tersebut disatukan menjadi sebuah negeri dengan nama negeri Selangor.
  • 7. 3. Pahang  Keturunan Kesultanan Melayu Melaka telah lama berkuasa di Pahang iaitu Raja Muhammad anakanda Sultan Mansur Shah yang ditabal menjadi Sultan Pahang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.  Pemerintahan daripada keturunan Kesultanan Melaka adalah selama 200 tahun dan berakhir pada tahun 1614.  Setelah itu pemerintah Pahang berpindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor.  Dari keluarga dan zuriat ini juga telah menjadikan Pahang terpisah dari takluk Riau dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh serta menjalinkan persahabatan dengan Sultan Melaka sehinggalah sekarang.
  • 8. d) ZAMAN PENJAJAHAN  Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermulalah era penjajahan di Tanah Melayu.  Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Tanah Melayu ditawan Jepun pada tahun 1941.  Negara kita dijajah selama 446 tahun (1511 – 1957).  Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama dan banyak meninggalkan kesan.  British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.  Campur tangan British menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun usaha mereka lebih bersifat perseorangan maka penentangan tersebut mudah dipatahkan British.  Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhobi dan beberapa tokoh yang lain.
  • 9.  Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan.  Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar kepada Melayu untuk mentadbir sendiri negaranya dan muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuang semangat nasionalisme.  Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.  Ada yang membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
  • 10.  Ketika rakyat negara ini bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941.  Jepun menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.  Pengunduran Jepun memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu.  PKM bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).  Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa.  Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Namun, mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan.  Pada 11 Mei 1946, penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
  • 11. Ringkasan Penjajahan dan ciri-ciri penjajahan Penjajah Tempoh Catatan Portugis 1511- 1641 • Tertumpu di Melaka. • Mendapat tentangan daripada orang Melaka dengan bantuan Acheh. • Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara, kecuali dari segi bahasa (pinjaman perkataan), penyebaran agama Kristian dan tarian. Belanda 1641- 1824 • Tertumpu kepada Melaka. • Tidak banyak meninggalkan kesan kerana tumpuan penjajahan terarah di Indonesia. • Mendapat tentangan daripada orang Melayu yang sering mendapat bantuan Bugis. Inggeris 1824- 1942 1945- 1957 • Menjajah keseluruhan negeri di Tanah Melayu. • Terdapat dua tahap penjajahan. (Sebelum dan selepas penjajahan Jepun) • Banyak meninggalkan kesan dalam kebanyakan sistem kehidupan masyarakat (politik, ekonomi dan sosial). • Banyak mendapat tentangan penduduk tempatan.
  • 12. Penjajah Tempoh Catatan Jepun 1942- 1945 • Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu. • Banyak meninggalkan kesan terutamanya dalam kehidupan masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan hubungan kaum. • Mendapat tentangan daripada penduduk negeri ini. • Menaikkan semangat nasionalisme dengan memberi kesedaran politik kepada masyarakat tempatan untuk mencapai kemerdekaan. • Jepun telah menggunakan propaganda ‘Asia untuk Orang Asia’.
  • 13. 2. KEMERDEKAAN a) Malayan union b) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu c) Ancaman Komunis d) Perundingan Kemerdekaan e) Malaya Merdeka
  • 14. a) MALAYAN UNION 1. Latar Belakang • Kemuncak perjuangan semangat nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan oleh penduduk tempatan begitu ketara sekali kesan daripada penubuhan Malayan Union oleh British. • Malayan Union merupakan satu gagasan yang menyeragamkan pentadbiran Tanah Melayu di bawah satu sistem penjajahan British. • Pejabat Tanah Jajahan London mendapati bahawa salah satu faktor utama kejatuhan Tanah Melayu kepada tentera Jepun ialah masalah penyelarasan iaitu wujudnya pentadbiran yang berbeza antara Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu. • Tujuan utama Malayan Union sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya kepentingan ekonomi.
  • 15. 2. Kandungan dan Syarat utama Malayan Union 1. Terdiri daripada sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. 2. Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir yang berpusat di Kuala Lumpur dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. 3. Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor. Kedaulatan mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. 4. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk mengurus kerajaan tempatan, tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat. 5. Malayan Union tidak melibatkan Singapura. Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan British di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British. 6. Aspek kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan diperolehi sekiranya: a) orang asing yang berumur 18 tahun ke atas bermastautin di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Februari, 1942; b) seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union. 7. Hak kewarganegaraan yang sama rata tanpa mengira bangsa atau asal keturunan; ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi dalam pilihan raya umum.
  • 16. 3. Proses Pembentukan Malayan Union • Harold MacMichael dipertanggungjawabkan memperolehi persetujuan Raja-raja Melayu secara ugutan dan paksaan. • Pada 1946 perlembagaan Malayan Union diluluskan. Pada 1 April 1946 Malayan Union diisytiharkan dengan rasminya, dengan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor pertama. 4. Kesan-kesan daripada pembentukan Malayan Union 1. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Kuasa sultan terhad dalam soal adat resam Melayu dan agama Islam. 2. Tradisi dan sistem politik serta ketuanan Melayu dihapuskan. 3. Hak istimewa dan status quo orang Melayu dihapuskan. 4. Pemberian hak kerakyatan yang longgar berdasarkan prinsip jus soli.
  • 17. 5. Penentangan ke atas Malayan Union i. Penentangan oleh orang Melayu  Penentangan orang Melayu dibahagikan kepada dua peringkat: 1. Peringkat individu: orang Melayu menyuarakan bantahan mereka melalui media massa di dalam akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara. Menghantar surat bantahan atau kawat kepada kerajaan British di London. 2. Peringkat kolektif: orang Melayu menggunakan pertubuhan dan kesatuan Melayu di peringkat negeri dan nasional. Persatuan-persatuan ini mengadakan demonstrasi, perarakan di seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan terhadap penjajah.
  • 18. Faktor-faktor Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union 1.Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu. Dalam Malayan Union kuasa raja terbatas hanya pada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Ini bermakna raja-raja tidak dapat melindungi hak dan kepentingan orang Melayu. 2.Peras ugut oleh MacMichael dalam memperolehi tandatangan persetujuan daripada raja-raja Melayu. Orang Melayu marah apabila raja yang mereka hormati diugut dan dipaksa menandatangani Malayan Union. Mereka juga tidak diberi masa yang cukup untuk membincangkan rancangan penubuhan Malayan Union. 3.Pemberian hak kerakyatan (kewarganegaraan) secara jus soli. Syarat kewarganegaraan yang mudah menyebabkan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu terjejas, terutama faktor kesetiaan orang bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.
  • 19. ii. Penentangan daripada Pertubuhan Parti Politik  Kongres Persatuan Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Selangor.  Hasilnya, kongres ini bersetuju memulaukan pelancaran Malayan Union dengan menggesa raja-raja Melayu tidak menghadiri majlis perasmian perlantikan Gabenor Malayan Union.  Pada 1 April 1946, ketika upacara Malayan Union ditubuhkan secara rasmi, orang Melayu memulaukan upacara tersebut dengan melilitkan kain putih pada songkok sebagai tanda berkabung selama tujuh hari.  Kongres Melayu Se-Malaya kedua di Johor Bahru dibuat pada 11 Mei 1946 dan meluluskan pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang bermatlamat menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union.  UMNO mendapat sokongan padu orang Melayu seluruh Tanah Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dipilih menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama.
  • 20. iii. Tentangan Orang Bukan Melayu  Penentangan ke atas Malayan Union juga datang dari bekas pegawai-pegawai British di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi Smith. Mereka menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar di London. Mereka menggesa British menjaga kepentingan dan hak keistimewaan orang Melayu.  Manakala bagi orang bukan Melayu, mereka tidak berminat dengan Malayan Union kerana fokus semangat kebangsaan adalah terarah kepada negara asal.  Ada juga orang bukan Melayu menyalurkan bantahan mereka melalui pertubuhan Malayan Democratic Union (MDU) kerana mereka merasakan tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa daripada Malayan Union dan dikatakan tidak demokratik.
  • 21. b) PERSEKUTUAN TANAH MELAYU  British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union.  Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan Melaka serta Pulau Pinang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.  Singapura kekal sebagai tanah jajahan British.  Hak raja-raja Melayu dikembalikan semula.  Syarat kerakyatan diperketat dan hak istimewa orang Melayu diiktiraf semula.
  • 22. c) ANCAMAN KOMUNIS  Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948.  Faktor mendorong PKM mengambil keputusan memberontak: a. Dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta pada Februari 1948. Kongres tersebut membuat keputusan mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka. b. Kegagalan PKM mencapai cita-cita menguasai negara melalui perlembagaan atau perdamaian.  Pada tahun 1948-51, PKM melancarkan serangan hebat ke atas ladang-ladang, lombong-lombong, balai-balai polis dan orang awam.  PKM mengamalkan taktik perang gerila iaitu kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi.  Strategi PKM: melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, dengan menawan bandar besar dan bandar terpencil (untuk dijadikan markas) dan akhirnya menghalau British dan seterusnya menguasai Tanah Melayu.
  • 23. 1. Pengisytiharan Darurat  Pada 17 Jun 1948 darurat diisytihar di seluruh Tanah Melayu.  Undang-undang Darurat 1948 dikuatkuasa untuk membolehkan polis dan tentera menahan dan menangkap orang yang disyaki tanpa perbicaraan. (Sekatan jalan raya, perintah berkurung)  Sistem pendaftaran diperkenalkan. Penduduk yang berumur 12 tahun ke atas perlu mempunyai kad pengenalan diri. 2. Rancangan Briggs  Rancangan ini diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs. Menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.  Bertujuan menghalang pembekalan makanan, perubatan dan maklumat kepada komunis yang bersembunyi di dalam hutan. Langkah-langkah menghapuskan pemberontakan Komunis
  • 24. 3. Langkah Ketenteraan  Sir Gerald Templer menggunakan kekuatan tentera seperti batalion askar Inggeris, askar Gurkha dan askar Melayu.  Meminta bantuan tentera negara Komanwel seperti Australia.  Membentuk sistem pengawal kampung. 4. Perang Saraf  Antaranya ialah memperkenalkan “kawasan Putih” dan “kawasan Hitam”, memberikan pengampunan kepada anggota PKM yang menyerah diri, memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat tentang komunis. 5. Rundingan Baling  Rundingan diadakan di Baling Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock. PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Rundingan ini gagal mencapai kata sepakat kerana PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah, tetapi ditolak. PKM pula menolak tawaran kerajaan supaya mereka meletakkan senjata.
  • 25. d) PERUNDINGAN KEMERDEKAAN  Dalam usaha Tanah Melayu mencapai kemerdekaan telah berlaku beberapa peristiwa yang memberi laluan kepada kemerdekaan iaitu pilihan raya, perundingan kemerdekaan, Suruhanjaya Reid dan pembentukan perlembagaan. 1. Pilihan raya  Selepas perang dunia kedua, muncul parti-parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan. Antaranya ialah: a. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) b. Kongres India Malaya (MIC) c. Persatuan Cina Malaya (MCA) • Pada awalnya, UMNO dan MCA telah bergabung dan menang dalam pilihan raya 1952 pada peringkat negeri. Ini mendorong kepada penubuhan pakatan di peringkat pusat yang kemudiannya disertai oleh MIC.
  • 26. • Gabungan UMNO-MCA-MIC telah membentuk Parti Perikatan pada tahun 1955. • Gabungan parti ini telah menunjukkan kerjasama antara tiga kaum majoriti di Tanah Melayu. • Dalam Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi kerusi yang besar iaitu 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. • Kemenangan ini telah membuka jalan ke arah rundingan kemerdekaan.
  • 27. 2. Perundingan Kemerdekaan  Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan raya Umum 1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri.  Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk rundingan kemerdekaan.  Pada 8 Februari 1957 Perjanjian London ditandatangani dan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.  Sebuah suruhanjaya perlembagaan baharu, iaitu Suruhanjaya Reid dibentuk.
  • 28. 3. Suruhanjaya Reid dan Pembentukan Perlembagaan • Ditubuhkan pada tahun 1956. • Diketuai Lord Reid (British), dengan keahlian yang terdiri daripada Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). • Dipertanggungjawabkan untuk menggubal satu perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka. • Suruhanjaya ini mengambil kira pandangan penduduk termasuk 131 memorandum bertulis daripada orang perseorangan dan pertubuhan- pertubuhan. • Memorandum terpenting adalah daripada Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan.
  • 29.  Hasilnya telah berlaku perjanjian murni atau kontrak sosial antara orang Melayu dan bukan Melayu demi kepentingan bersama.  Kaum bumiputera melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan bumiputera manakala kaum bukan bumiputera menerima hakikat kedudukan istimewa kaum bumiputera.  Akhirnya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.  Perlembagaan ini berasaskan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
  • 30. Asas-asas perlembagaan yang dipersetujui bersama ialah:- 1. Ketua negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong sementara Raja-raja menjadi ketua negeri masing-masing. 2. Kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin. 3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Majlis Perundangan Persekutuan selama 10 tahun selepas merdeka. 4. Seseorang yang dilahirkan pada atau selepas kemerdekaan, secara automatik menjadi warganegara Tanah Melayu. 5. Agama Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan beragama orang bukan Islam dijamin.
  • 31. e) MALAYA MERDEKA  Perlambangan kemerdekaan Tanah Melayu dilakukan pada malam hari ketika detik pertama 31 Ogos 1957.  Berlangsung di padang Kelab Selangor (sekarang Dataran Merdeka).  Pada malam itu, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaya dikibarkan.  Akhirnya, Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, upacara perisytiharan kemerdekaan dilangsungkan di Stadium Merdeka.  Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri pertama dan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
  • 32. 3. PEMBENTUKAN MALAYSIA a) Faktor-faktor Mendorong Pembentukan Malaysia b) Proses Pembentukan Malaysia c) Pemisahan Singapura
  • 33. • Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu telah membentuk Malaysia pada 16 September 1963. • Idea pembentukan Malaysia ini tercetus pada 27 Mei 1961, melalui ucapan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman semasa majlis makan dengan wartawan-wartawan Asia Tenggara di Singapura. • Tunku menggariskan beberapa faedah yang boleh didapati dari segi sosial, politik dan ekonomi hasil daripada penyatuan negeri-negeri ini. • Idea untuk menggabungkan negeri-negeri ini juga membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.
  • 34. a) FAKTOR-FAKTOR MENDORONG PEMBENTUKAN MALAYSIA i. Bebas daripada penjajahan British melalui percantuman. • Setelah mencapai kemerdekaan, hanya Tanah Melayu sahaja yang bebas daripada penjajahan British. Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura masih lagi di bawah kuasa British. • Oleh itu melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri tersebut akan mendapat kemerdekaan lebih awal melalui percantuman dengan Tanah Melayu. ii.Persefahaman dalam satu bangsa untuk pembangunan • Persefahaman antara negeri-negeri serantau dan melahirkan satu bangsa bersatu untuk memajukan negara dan bangsa. • Kuala Lumpur berkemampuan menggunakan pengalamannya dalam pentadbiran sebagai negara berbilang kaum untuk dimanfaat bagi membangunkan negeri yang akan bergabung.
  • 35. iii. Keseimbangan kaum dan perpaduan • Tunku mengingini satu Persekutuan Malaysia yang merangkumi Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura yang dapat menjamin keseimbangan kaum dikekalkan. • Pengekalan imbangan kaum antara bukan-Bumiputera dan Bumiputera (Melayu dan suku kaum pribumi) dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau. • Warisan budaya yang pelbagai boleh dilebur untuk membentuk satu entiti di bawah kerajaan pusat yang kuat. • Bahasa Kebangsaan menjadi medium penyatuan serta pemupukan identiti bangsa Malaysia kerana wilayah-wilayah ini fasih berbahasa Melayu. iv. Membanteras pengaruh komunis • Walaupun Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan, namun masih lagi menghadapi ancaman pengaruh komunis. • Maka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memikirkan cara untuk membendung pengaruh komunis ini melalui penggabungan Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura. • Dengan penggabungan wilayah-wilayah ini maka tugas menghadapi ancaman pengaruh komunis tidak akan dihadapi oleh negeri-negeri tersebut secara bersendirian.
  • 36. v. Perkongsian faedah ekonomi • Melalui Persekutuan Malaysia, wilayah-wilayah anggota akan mendapat faedah bersama dari segi kerjasama ekonomi dan perdagangan. • Dalam hubungan ekonomi, terdapat sumber-sumber tertentu yang boleh dimajukan untuk keuntungan negeri berkenaan dan juga bagi manfaat kerajaan pusat. • Antara potensi ekonomi yang boleh diperkembangkan oleh setiap negeri ialah perdagangan antarabangsa, perusahaan, pelancongan, minyak, hasil hutan, hasil galian dan pertanian. • Membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju. vi. Bersatu dalam hubungan antarabangsa • Gabungan antara negeri-negeri serantau ini bukan sahaja untuk kekuatan dalaman tetapi juga untuk hubungan antarabangsa. • Melalui penyatuan negeri-negeri ini di bawah satu pemerintahan dan satu sistem politik, maka lebih kuatlah kedudukan mereka di arena antarabangsa.
  • 37. b) PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA  Gagasan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan pelbagai reaksi.  Kebanyakan pemimpin-pemimpin menerima baik cadangan Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Malaysia.  Rakyat Singapura pada mulanya memberi sokongan penuh pada awalnya tetapi perubahan politik pada awal tahun 1961 menukar pendirian sebahagian rakyat Singapura.
  • 38. 1. Pembentukan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP) • Bagi menyelesaikan beberapa masalah kesangsian negeri- negeri dalam pembentukan Malaysia maka pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak Kuala Lumpur. • Tunku telah melawat beberapa negeri dan Badan Jawatankuasa khas telah dibentuk untuk menyemak pendirian rakyat yang berubah-ubah. • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP) yang ditubuhkan pada pertengahan 1961. • Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan tentang konsep Malaysia dengan lebih jelas kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei supaya dapat menghilangkan kesangsian rakyat dan pemimpin di negeri-negeri tersebut. • Kesannya jawatankuasa ini berjaya mengurangkan keraguan terutamanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak.
  • 39. 2. Suruhanjaya Cobbold • Susulan daripada JPP, Suruhanjaya Cobbold yang diketuai oleh Lord Cobbold telah dibentuk selepas rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British pada November 1961. • Tujuan Suruhanjaya Cobbold ini adalah untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gabungannya dalam membentuk Malaysia dan memberikan cadangan setelah menimbangkan hasil tinjauan tersebut. • Tinjauan telah dibuat pada bulan Februari hingga April 1962. • Hasil tinjauan menunjukkan lebih kurang 80 peratus penduduk di kedua-dua negeri tersebut menyokong pembentukan Malaysia.
  • 40. 3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) • Kesan daripada laporan Cobbold yang agak memuaskan, maka pada Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah dibentuk. • JAK memainkan peranan untuk merangka syarat- syarat Persekutuan secara terperinci. • Tujuan JAK ialah merancang bentuk negara baru termasuk merangka Perlembagaan serta isu hak kepentingan Sabah dan Sarawak. • Kesan daripada pembentukan JAK, rangka perlembagaan asas dapat disiapkan dan laporan JAK ini menjadi asas dalam Perjanjian Malaysia. • JAK telah menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai asas Perlembagaan Malaysia.
  • 41. c) PEMISAHAN SINGAPURA • Secara keseluruhannya, masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripada pelbagai kaum. • Tunku terpaksa memutuskan untuk memisahkan Singapura dari Tanah Melayu disebabkan oleh beberapa masalah yang boleh mengganggu-gugat keharmonian serta komposisi kaum di Tanah Melayu. • Akhirnya pada 7 Ogos 1965, kedua-dua pemimpin Tanah Melayu dan Singapura menandatangani persetujuan untuk berpisah. • Pada 9 Ogos 1965, parlimen telah meluluskan rang undang-undang perpisahan dan secara rasminya Singapura keluar dari Malaysia.