SlideShare a Scribd company logo
1 of 75
Download to read offline
AHLI PANEL MODUL SEJARAH SEMESTER 1 (940/1) 2021
PENYELARAS
EN. AHMAD SALEHEE BIN ABDUL
(SEKTOR PEMBELAJARAN JPN KEDAH)
PENOLONG KETUA PANEL
EN. AHMAD BIN KASA
(SMK. PENDANG)
AHLI PANEL
PN. SITI FATIMAH BT. ABU BAKAR
(SMK. IBRAHIM)
AHLI PANEL
PN. NORMAH BT. WAHID
(SMK. SYED IBRAHIM)
AHLI PANEL
EN. SHARUDIN BIN SAAD
(SMK. TUN SHARIFAH RODZIAH)
AHLI PANEL
CIK SRITHARANEE A/P SUBRAMANIAM
(SMK. CHIO MIN )
KETUA PANEL
EN. MAT ZAINOL BIN BAHARI
(SMK. IBRAHIM)
AHLI PANEL
PN. NOR SHAMSURI BT. HJ. MAT
(SMK. PULAU NYIOR)
AHLI PANEL
PN. NAZIHAH BT. AZAHARI
(SMK. LABU BESAR)
(i)
NO SOALAN MS
TEMA 1 : MASYARAKAT
1 Bincangkan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17. 1
2 Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan di Jepun pada abad ke-16 dan
ke-17. atau
Masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik
pada abad ke-16 dan ke-17. Bandingkan.
3
3 Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17. 5
4 Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga ke-17 menjalankan aktiviti
berasaskan pertanian. Bincangkan.
7
5 Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat agraria di China dalam bidang
pertanian pada abad ke-16 dan ke-17.
8
6 Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 sehinga ke-17. 10
7 Sejauh manakah faktor geografi membolehkan wujudnya masyarakat maritim di
Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi.
12
8 Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada awal abad ke-16 sehingga ke-17
meninggalkan kesan dalam bidang ekonomi dan sosial. Bincangkan.
14
9 Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 sehingga ke-19. 17
10 Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan masyarakat industri di
Jerman pada abad ke-19.
19
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
11 Jelaskan peranan yang dimainkan maharaja China dalam bidang eksekutif dari abad
ke-16 hingga ke-20.
22
12 Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk
mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia semasa pemerintahannya.
23
13 Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China
dari abad ke- 16 hingga ke-20.
25
14 Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia yang diamalkan sejak abad ke-
16.
27
15 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan
sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis semasa pemerintahannya.
29
16 Jelaskan sistem pemerintahan negara kesatuan yang diamalkan di Perancis pada
abad ke-18 dan abad ke-19.
31
17 Huraikan struktur organisasi pentadbiran Kerajaan Republik Ketiga ( 1875-1945 ) di
Perancis.
32
18 Huraikan faktor-faktor yang meletakkan asas bagi pembentukan kerajaan
persekutuan di Amerika Syarikat.
33
19 Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Mazzini dalam perjuangan menyatukan Itali.
atau
Bincangkan konsep negara bangsa yang diusahakan oleh Mazzini dalam
menyatukan Itali.
35
20 Terangkan proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870. 36
(ii)
NO SOALAN MS
TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
21 Bincangkan perubahan yang berlaku ekoran perkembangan ekonomi kapitalisme
di England pada abad ke-18 hingga ke-19.
38
22 Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda
pada abad ke-16 hingga abad ke-18.
39
23 Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal
pada abad ke-16 hingga abad ke-18.
41
24 Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan kegiatan pertanian di
Belanda pada abad ke-17 masihi dan abad ke-18.
43
25 Sejauh manakah penyatuan Jerman pada tahun 1870 telah membawa
perkembangan perindustrian di negara tersebut pada abad ke-19?
44
26 Bincangkan faktor- faktor yang menyebabkan berlaku perubahan pemikiran dan
kemajuan ilmu di Eropah pada abad ke-18.
46
27 Kemunculan zaman pencerahan telah menyebabkan berlaku perkembangan
pemikiran dan kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Eropah pada
abad ke-18. Bincangkan
48
28 Bincangkan idea yang diketengahkan oleh Adam Smith pada Zaman Pencerahan
di England pada abad ke-18.
49
29 Bincangkan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di Perancis pada
abad ke-18 dan ke-19.
51
30 Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan
ke-19 Masihi.
52
TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
31 Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada tahun
1857.
54
32 Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu Kedua (1856-
1860) di China.
56
33 “Sentimen anti-asing merupakan faktor terpenting kebangkitan Boxer di China
pada tahun 1899”. Bincangkan.
58
34 Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 1914.
Bincangkan faktor-faktor tercetusnya perang tersebut.
60
35 Huraikan kesan Perang Dunia Pertama (1914-1918) dalam bidang politik. 62
36 Sejauh manakah Doktrin Truman telah mencetuskan Perang Dingin di Eropah
antara tahun 1945-1955? Bincangkan.
64
37 Perang Dingin telah membawa perubahan landskap terhadap politik dunia.
Huraikan pernyataan ini dengan contoh-contoh yang releven.
65
38 Huraikan faktor-faktor yang telah mencetuskan Gerakan 4 Mei 1919. 67
39 Bincangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ). 68
40 Terangkan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Pertubuhan
Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ).
70
(iii)
1
TEMA 1 : MASYARAKAT
Soalan 1 : Bincangkan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17.
Pendahuluan
Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas
kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Marc Bloch dalam
bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan
dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi
perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan. Kedudukan seseorang
individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang
terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan
bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu pemerintah dan yang
diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, bangsawan, dan knight. Manakala golongan
yang diperintah ialah petani atau rakyat biasa, yang dikenali sebagai serf, serta hamba. Berikut
adalah struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17.
Isi-Isi Penting:
1. Raja
Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat feudal di England pada abad ke-16
dan ke-17. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan bergantung kepada golongan
bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan. Walaupun raja mempunyai kuasa mutlak
dalam menjalankan pemerintahan, namun mereka masih tertakluk kepada undang-undang Magna
Carta. Semasa pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuart, sistem pemerintahan monarki mutlak
diamalkan. Sebagai contoh, ketika pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) raja berkuasa mutlak
terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja mengamalkan sistem pemerintahan berkuasa mutlak
tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan.
Kuasa mutlak raja meliputi segala aspek. Raja Henry VII mengukuhkan pemerintahan raja berkuasa
mutlak dengan cara meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery)
mengekalkan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan
bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk
menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan ini
menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan. Dengan ini jelaslah bahawa raja
mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat feudal di England, namun kuasa
mutlak raja masih tertakluk kepada undang-undang Magna Carta. Pembatasan kuasa pemerintah ini
memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas
kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah
memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan.
2. Golongan Bangsawan (Vassal)
Dalam susun lapis masyarakat feudal, golongan bangsawan berada di lapisan
kedua. Golongan bangsawan membantu raja dalam hal ehwal pentadbiran dan menguruskan
ekonomi. Raja mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron. Golongan
bangsawan menerima tanah daripada raja dan akan memerintah di tanahnya. Mereka akan
mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf
yang mengusahakan tanah. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan akan
membayar cukai dan memberi bantuan ketenteraan kepada raja. Bagi mempertahankan kekayaan
golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem
primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi
harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak
miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan. Walau bagaimanapun,
pada abad ke-16 dan ke- 17, kedudukan dan peranan golongan bangsawan semakin merosot
sementara kedudukan raja semakin kukuh. Hal ini membolehkan raja mengawal golongan
bangsawan yang semakin lemah. Raja tidak bergantung kepada golongan bangsawan untuk
menjalankan pentadbiran. Raja telah melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin
kesetiaan mereka terhadap raja. Jelaslah bahawa golongan bangsawan bergantung kepada raja
dalam susun lapis masyarakat feudal di England.
2
3. Golongan Knight (Pahlawan/Tentera)
Golongan Knight berada dalam lapisan ketiga selepas golongan bangsawan. Knight diberi
tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh
raja. Mereka berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta,
dan barang rampasan. Mereka juga diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga
baron daripada diserang musuh. Mereka terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka
berkhidmat untuk baron dan raja dan boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa. Knight
juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah tersebut
semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight
akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri
seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak
memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.Pada abad ke- 16, berlaku perubahan
kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah mengukuhkan kedudukannya dengan
mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan
ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal.
Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan
penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak
terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.
Terbuktilah bahawa golongan knight memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan
masyarakat pada zaman feudal di England.
4. Golongan rakyat biasa
Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan
berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan
sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain. Golongan
petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi manor) akan
melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan,
mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Namun, kehidupan golongan
petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16, banyak tanah
dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian
komersial turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku
peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.
Tuntasnya, golongan petani sangat penting sebagai penggerak kegiatan ekonomi masyarakat feudal
di England.
5. Golongan Hamba
Golongan yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat feudal ialah golongan
hamba.Golongan hamba mewakili satu persepuluh daripada jumlah penduduk di England dan berada
di bawah golongan petani. Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai kuasa
perundangan yang terhad. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kedudukan golongan hamba
mengalami perubahan ekoran perkembangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di England.
Golongan hamba dibebaskan oleh tuan tanah dan sebahagian besar daripada mereka berhijrah ke
bandar. Mereka tidak terikat lagi kapada golongan tuan tanah.
Kesimpulan
Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri
daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight
dan rakyat biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas
bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau
golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut
susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan
kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.
3
Soalan 2 : Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan di Jepun pada abad ke-16
dan ke-17.
atau
Masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad
ke-16 dan ke-17. Bandingkan
Pendahuluan
Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu
tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan
sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah
kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru.
Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.Berikut adalah
perbandingan antara sistem feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 dan ke-17.
Isi-isi penting
1. Struktur masyarakat
Kedua-dua masyarakat mengamalkan struktur masyarakat berasaskan sistem piramid
dan Kedudukan individu dalam masyarakat adalah berdasarkan sistem kelas yangj bersusun
lapis mengikut hierarki tertentu. Kedudukan individu dalam masyarakat feudal di kedua-dua
negara ini ditetapkan melalui keturunan atau warisan. Masyarakat kedua-dua negara ini
dibahagikan kepada dua golongan besar iaitu golongan yang memimpin (England) atau
golongan pemerintah (Jepun) dan golongan yang dipimpin (England) atau golongan yang
diperintah (Jepun). Di England, hierarki teratas adalah raja, vassal (bangsawan), knight, rakyat
biasa (petani) dan hamba. Manakala di Jepun, hierarki bermula dengan maharaja, bangsawan
(shogun dan daimyo), samurai, dan rakyat biasa (petani, pedagang). Ini menunjukkan bahawa sistem
feudal di kedua-dua negara mempunyai kelas yang tersendiri.
2. Sistem pemerintahan
Perbezaan juga dapat dilihat melalui aspek pemerintahan. Pemerintah England dikenali
sebagai raja manakala di Jepun ialah maharaja. Terdapat pembatasan kuasa golongan pemerintah di
England dan Jepun. Sebagai contoh, di England, kuasa mutlak raja dikawal oleh parlimen seperti
yang terdapat dalam Magna Carta (1215) dan Pengisytiharan Hak (1628). Maharaja Jepun pula
hanya dianggap sebagai simbol perpaduan kerana pemerintahan sebenar terletak di tangan Shogun.
Raja dan maharaja juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur ketuhanan demi mengekalkan
kedaulatan negara dan kedudukan sebagai ketua pemerintah, disamping mendapatkan
penghormatan dan kesetiaan golongan pembesar dan rakyat bawahan. Bagi masyarakat England,
mereka mempercayai bahawa raja dilantik oleh tuhan untuk memerintah. Raja mempunyai hak dan
kekuasaan yang suci daripada tuhan yang membolehkan raja untuk memerintah. Di Jepun,
pengesahan kuasa daripada maharaja sebagai symbol kedaulatan diperlukan oleh Shogun bagi
mengiktiraf pelantikannya serta menerinma kesetiaan dari rakyat. Jelaslah bahawa sistem pemerinta-
han feudal di kedua-dua negara mementingkan raja dan maharaja, namun kuasa pemerintahan
mereka adalah terbatas.
3. Ketenteraan
Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan yang berperanan menjaga
keamanan. Di England golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali
sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar dan tugas mereka melindungi
pembesar dan rakyat biasa ketika berlaku peperangan. Peralatan perang yang hampir sama
digunakan oleh mereka.seperti pedang, baju perisai dan kuda. Baju perisai golongan knight diperbuat
daripada besi dan disadur logam, manakala baju perisai samurai diperbuat daripada sutera dan
disadur dengan logam. Golongan Knight mempunyai status yang tinggi kerana mereka berada dalam
kelas pemerintah dan boleh memiliki tanah yang dianugerahkan oleh raja. Berbeza dengan golongan
samurai di Jepun yang diletakkan sebagai golongan yang ddiperintah. Golongan samurai tidak
4
dibenarkan memiliki tanah dan hanya menerima bayaran beras sebagai ganjaran kepada
perkhidmatan yang diberikan. Tegasnya, golongan tentera memainkan peranan penting dalam
menjaga kemanan masyarakat feudal namun tentera di England terikat dengan konsep chivalry
manaka di Jepun samaurai terikat dengan konsep bushido.
4. Sistem ekonomi
Perbandingan kedua-dua masyarakat feudal di England dan Jepun juga dapat dibuat dalam
pelaksanaan sistem ekonomi.Di England, tanah merupakan sumber kekayaan kepada raja, baron
dan knight. Raja merupakan penguasa ke atas semua tanah di England dan mengurniakan tanah
kepada individu yang dipercayai. Golongan pembesar akan menggunakan khidmat petani untuk
mengerjakan tanah dengan aktiviti pertanian. Berbeza dengan Jepun, beras dianggap sebagai simbol
kekayaan. Hasil pendapatan daimyo dan samurai dinilai mengikut kuantiti beras yang dimiliki. Beras
menjadi barangan yang berharga dan bernilai tinggi sebagai perantaraan petukaran penduduk.
Sehubungan itu, pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama dan mulia di Jepun. Sebenarnya,
kedua-dua masyarakat memberi penekanan kepada golongan petani kerana mereka
menyumbangkan sumber makanan dan pendapatan melalui pembayaran cukai. Di England, petani
dikenali sebagai serf manakala di Jepun petani dikenali sebagai nomin yang dipandang mulia oleh
masyarakat.Tuntasnya, pertanian adalah kegiatan kegiatan ekonomi utama masyarakat feudal dan
petani adalah pembekal sumber makanan kepada seluruh masyarakat.
5. Kewajipan peribadi
Kedua-dua sistem feudal di England dan Jepun mementingkan kewajipan peribadi dalam
masyarakat. Hal ini berlaku antara tuan tanah dengan penyewa. Di England, wujud hubungan
peribadi antara Lord (tuan tanah) dan Vassal (penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak
tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan
manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera. Pada abad ke-16 dan ke-17, berlaku
perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan. Kedudukan raja yang semakin
kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan
bantuan ketenteraan. Manakala, dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan peribadi antara
shogun dan daimyo. Shogun menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Jelaslah ba-
hawa kewajiban peribadi merujuk kepada tanggungjawab kedua-dua pihak dalam mewujudkan
kepentingan bersama, iaitu satu pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi
menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.
6. Mobiliti sosial
Dari segi mobiliti sosial, masyarakat feudal di England dan Jepun merupakan masyarakat
yang bersusun lapis, mempunyai kedudukan politik, ekonomi dan sosial yang berlainan. Di
England,tidak berlaku mobiliti sosial pada zaman pertengahan dan masyarakat menjalankan peranan
dan tanggungjawab yang ditetapkan. Pada abad ke-16 dan ke17, berlaku perubahan dalam politik,
ekonomi dan sosial di England. Perubahan ini menyebabkan wujud mobiliti sosial dalam kalangan
masyarakat sehingga berlaku perubahan dari segi kedudukan dan status masyarakat. Muncul
golongan pertengahan dan golongan kelas menengah di England. Jawatan-jawatan penting dalam
kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Manakala di
Jepun, kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas.
Dalam hal ini, perubahan status dan mobilitI sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tidak berlaku
mobiliti sosial. Namun begitu, pada abad ke-17, perubahan status berlaku seiring dengan
perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, dan ini menyebabkan perubahan status dan kedudukan
golongan pedagang.
5
7. Agama
Masyarakat feudal di England dan Jepun mengamalkan agama yang berbeza. Di England,
masyarakat dipengaruhi agama Kristian Katolik. Gereja Katolik merupakan institusi yang berkuasa,
dan mereka memiliki sebahagian besar tanah. Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat
pada zaman feudal. Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja
menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi. Manakala di
Jepun, masyarakat di pengaruhi agama Buddha. Pada zaman Kamakura, kemerosotan kerajaan
pusat dan kekacauan menyebabkan rakyat mempercayai agama Buddha untuk menjamin
keselamatan mereka. Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat ketenangan dengan melakukan
meditasi kepada agama Buddha yang dikenali sebagai Zen.
Kesimpulan
Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri yang
merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, di England satu pihak menawarkan
perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan. Manakala masyarakat feudal
Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
Malah kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap
sebagai Raja Berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.
Soalan 3 : Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke 16 hingga abad ke-17.
Pendahuluan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang
pertanian. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknologi yang lebih maju dalam bidang
pertanian. Penggunaan teknologi baharu dalam bidang pertanian dan perternakan menyebabkan lahir
masyarakat agraria di Belanda.Ciri-ciri masyarakat agraria dapat dilihat melalui negara. kegiatan
ekonomi, kaedah memelihara kesuburan tanah, petempatan, pengetahuan dalam sistem pengairan,
dan peningkatan teknologi pertanian. Berikut adalah ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada
pada abad ke-16 dan ke-17.
Isi-isi penting
1. Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah pertanian, penternakan dan hortikultur. Menjelang
abad ke-16 dan 17, berlaku pertambahan penduduk di kawasan bandar. Peningkatan penduduk
menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang
dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran seperti bawang dan lobak, bijirin seperti barli dan
gandum, dan tanaman dagangan seperti biji cole, hem dan madder. Selain itu, penternakan juga
giat dijalankan di bahagian timur Belanda. Petani dan penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti
penternakan lembu dan kambing. Penternakan lembu dijalankan di wilayah Holland dan Friesland
manakala kambing diternak di Pulau Taxel, dan Pulau Grind. Masyarakat agraria di Belanda juga
menjalankan pertanian dengan membuka pusat hortikultur di sekitar bandar. Pembangunan dalam
sektor ini disebabkan oleh kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Perkembangan bidang
hortikultur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan. Petani menanam
sayur-sayuran seperti lobak, bawang dan parsnip di daerah Enkuizen dan De Langedijk.
Buah-buahan seperti strawberi ditanam secara meluas di Aalsmeer manakala bunga-bungaan seperti
hop dan tulip turut diusahakan. Bunga hop ditanam untuk digunakan dalam industry menghasilkan
minuman keras. Jelaslah bahawa pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria
di Belanda.
2. Kaedah memelihara kesuburan tanah
Masyarakat agraria di Belanda khususnya para petani mahir dalam memelihara kesuburan
tanah. Mereka menggunakan kaedah memugar tanah pertanian, menggunakan baja asli dan
membuang tanaman perosak seperti rumput. Mereka menggunakan baja asli daripada najis
6
ternakan lembu dan kambing untuk mengekalkan kesuburan tanah. Mereka juga mengamalkan
sistem tanaman giliran untuk memelihara kesuburan tanah. Sebagai contoh, selepas musim menuai
lobak, tanah tersebut akan diusahakan pula dengan tanaman lain seperti kentang. Oleh yang
demikian, kaedah memelihara kesuburan tanah yang diguna menyebabkan hasil pertanian dapat
ditingkatkan dan menjamin pengeluaran hasil yang berterusan.
3. Petempatan
Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan pinggir pantai yang subur. Antaranya
Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect. Mereka menjalankan kegiatan menebus guna tanah bagi
meluaskan kawasan pertanian. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang telah di tebus guna
ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Menjelang tahun 1680,
seluas 127,00 hektar tanah telah ditebus guna untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian.
Tegasnya, kesuburan tanah di lokasi petempatan masyarakat agraria telah merancakkan kegiatan
pertanian dan penternakan di Belanda.
4. Sistem Pengairan
Masyarakat agraria di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam
sistem pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus
guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian
yang subur berada di bawah paras laut. Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak
tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga
1506, muara Sungai Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan
pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus
guna untuk tujuan pertanian. Sementara itu, di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna
meningkat kepada 49% iaitu daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan
1680. Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland (1582)
menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna. Selain itu, masyarakat agraria juga
berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk
mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai ke kawasan
pertanian. Tuntasnya, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam sistem pengairan banyak
memberi manfaat kepada sektor pertanian di Belanda.
5. Peningkatan teknologi pertanian
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang melawat
Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat
Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan
negara-negara Eropah yang lain. Antara kemajuan bidang teknologi pertanian di Belanda ialah sistem
penggiliran tanaman, sistem penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem tanaman deretan,
dan penciptaan peralatan pertanian. Peralatan tengala baru telah dicipta dan digunakan di
Gelderland. Kaedah pengiliran tanaman mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan ke-17 bagi
mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman
sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas
di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant
pada tahun 1800. Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang
diamalkan sebelum ini dimansuhkan. Tegasnya, peningkatan teknologi pertanian telah membawa
kemajuan kepada masyarakat agraria di Belanda dan turut memberi manfaat kepada negara-negara
lain.
Kesimpulan
Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi menerusi penglibatan dalam
bidang pertanian dan penternakan. Mereka turut memberi sumbangan dalam peningkatan teknologi
pertanian seperti sistem penggiliran tanaman, sistem pengairan, dan teknologi memelihara kesuburan
tanah. Kegigihan masyarakat agraria di Belanda telah menyebabkan negara tersebut muncul sebagai
negara yang paling maju dalam bidang pertanian di Eropah pada abad ke-17.
7
Soalan 4 : Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan ke-17.
Pendahuluan
Menjelang abad ke-16 dan ke-17, muncul masyarakat agraria di Belanda. Masyarakat agraria
melibatkan diri dalam aktiviti pertanian dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyara-
kat agraria tinggal di kawasan lembah sungai yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian dan pen-
ternakan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknologi dan kaedah pertanian dan pen-
ternakan. Antara kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda ialah pertanian, industri berasas-
kan pertanian, penternakan, industri tenusu dan tanaman hortikultur.
Isi-isi penting
1. Pertanian
Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda pada abad
ke-16 dan ke 17. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran,
bijirin, tanaman dagangan dan tanaman rumput. Sayur-sayuran yang ditanam ialah bebawang, kubis,
ketumbar dan lobak. Tanaman bijirin yang diusahakan ialah barli, gandum dan kekacang. Gandum
merupakan tanaman bijirin yang penting pada abad ke-17. Tanaman dagangan utama di Belanda
ialah biji cole, hemp dan madder. Biji cole ditanam untuk kegunaan sumber minyak. Madder ditanam
secara meluas di barat daya Belanda untuk diproses sebagai bahan pewarna dalam industri
tekstil.Menjelang abad ke-16, hemp diusahakan di Holland dan Utrecht untuk menghasilkan kanvas,
jala dan tali kapal. Jelaslah bahawa, masyarakat agraria menjadikan pertanian sebagai sumber
ekonomi utama mereka pada abad ke-16 dan ke-17.
2. Industri berasaskan pertanian
Perkembangan yang pesat dalam sektor pertanian menyebabkan muncul industri berasaskan
pertanian. Antara industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah tekstil, linen, pakaian
dan minuman keras. Perkembangan industri tekstil berpunca dari penanaman madder. Akar tanaman
ini dijadikan serbuk pewarna untuk mewarna kain dan pakaian. Kilang-kilang tekstil didirikan berham-
piran bandar Leiden. Industri minuman keras berkembang pada abad ke-16 dan ke-17 disebabkan
tanaman hop. Bunga hop digunakan untuk menghasilkan minuman keras. Kilang-kilang memproses
minuman keras didirikan di Amsterdam dan Rotterdam. Tuntasnya, industri tekstil dan minuman
keras berkembang pesat setelah penanaman madder dan hop oleh petani-petani di Belanda.
3. Penternakan
Menjelang abad ke-17, masyarakat agraria di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan.
Lembu dan kambing diternak di sekitar bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest. Perkembangan
kegiatan penternakan akibat permintaan yang tinggi untuk daging lembu. Petani-petani di Holland
dan Friesland terlibat dengan penternakan lembu. Manakala petani-petani di sekitar Pulau Grind, Pu-
lau Taxel dan Wieringen menternak kambing untuk menghasilkan susu dan keju.
4. Industri tenusu
Industri tenusu menjadi sebahagian dari kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda.
Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai pengeluar hasil tenusu seperti susu lembu, keju dan men-
tega di dunia. Industri susu lembu dijalankan di kawasan pinggir laut Belanda. Kandang lembu yang
dilengkapi dengan peralatan memproses susu lembu didirikan di Amstelland. Industri membuat keju
berkembang pesat sehingga Belanda muncul sebagai pengeluar keju terbesar dunia. Mereka
menghasilkan keju dengan menggunakan teknologi yang tinggi dan dipasarkan di seluruh Eropah.
Industri mentega terdapat di daerah Rijnland dan Delfand. Kilang membuat mentega terdapat di ban-
dar Leidan yang merupakan pusat pengeluar mentega bermutu tinggi. Tuntasnya, Belanda terkenal
sebagai pusat industri tenusu yang terkemuka di dunia.
8
5. Tanaman hortikultur
Masyarakat agraria di Belanda jugaterlibat dalam bidang hortikultur yang meliputi tanaman
sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. Perkembangan pesat dalam pembandaran menyebabkan
muncul pusat-pusat hortikultur di De Langedijk dan Enkuizen. Penanaman sayur-sayuran seperti ku-
bis, lobak merah, bawang dan ketumbar tertumpu di kawasan De Langedijk dan Beverwjik. Buah-
buahan ditanam secara meluas di Aalsmeer dan Boskoop. Buah-buahan khususnya strawberi diek-
sport ke seluruh Eropah. Selain itu, pengusaha pusat hortikultur juga mengutamakan tabaman bunga-
bungaan. Bunga tulip dan hop ditanam secara meluas. Bunga hop yang digunakan untuk membuat
minuman keras di tanam di kawasan sekitar Sungai Maas, Hertogenbosch dan Veen.
Kesimpulan
Masyarakat agraria di Belanda telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang penter-
nakan dan pertanian dan penternakan. Ekoran perkembangan pesat dalam bidang pertanian dan
penternakan, muncul industri berasaskan pertanian dan tenusu. Penggunaan kaedah dan teknik baru
menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang paling maju dalam bidang pertanian di Eropah.
Belanda akhirnya muncul sebagai negara pengeluar hasil pertanian dan penternakan utama di
Eropah pada abad ke-16 dan ke-17.
Soalan 5 : Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat agraria di China dalam bidang
pertanian pada abad ke-16 dan ke-17.
Pendahuluan
Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian.
Antara ciri masyarakat agraria ialah menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, memungut hasil
hutan, mempunyai kemahiran membina sistem pengairan, petempatan terletak di sekitar lembah
sungai yang subur, mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah, dan mencipta
peralatan-peralatan pertanian baru. Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China
dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di
sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi
sumbangan kepada masyarakat agraria di China. Berikut adalah merupakan kemajuan masyarakat
agraria di China dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17.
Isi-isi penting
1. Jenis tanaman
Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan ke-17 bersi-
fat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan
petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman tradisi utama masyarakat
agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lem-
bah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Terdapat juga penanaman padi bukit di utara China. Seba-
hagian besar daripada penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Tanaman ma-
kanan lain yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah gandum, barli dan oat. Menjelang abad ke-16
dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana
sistem penanaman komersial mula diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan ialah
tembakau, kapas mulberi dan tebu. Tanaman kapas diusahakan secara meluas di Kiangsu dan
Sungkiang merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Jelaslah baha-
wa terdapat pelbagai tanaman diusahakan oleh masyarakat agraria di China dan petani adalah tulang
belakang dalam menghasilkan makanan kepada penduduk.
2. Kemahiran mencipta sistem pengairan
Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani
mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Selain itu, mereka
juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi. Pam
9
yang digerakkan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke kawasan
pengairan juga digunakan. Empangan di bina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi
mengairi kawasan pertanian. Sebagai contoh, projek pengairan di Sichuan merupakan usaha
dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Dengan ini terbukti bahawa sistem
pengairan yang dicipta dapat membekalkan air dan membolehkan tanaman hidup subur.
3. Pengetahuan menjaga kesuburan tanah
Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah
pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah
pertanian. Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu,
petani menggunakan baja asli daripada najis ternakan lembu dan kambing secara meluas bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Dengan ini jelas bahawa masyarakat agraria di China
mengambil berat tentang kesuburan tanah demi kelangsungan aktiviti pertanian yang mereka
usahakan.
4. Kemajuan teknologi pertanian
Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis
peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur
benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah. Selain
itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar kuda. Kereta
sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Kaedah pertanian
juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam
pertanian. Tuntasnya, penciptaan teknologi pertanian oleh masyarakat agraria memudahkan aktiviti
pertanian dijalankan.
5. Pemilikan tanah pertanian
Tanah adalah milik kerabat diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming,
tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga diraja telah
meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522. Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan
dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal kerabat Diraja. Pada masa pemerintahan maharaja Jiaqing,
jabatan ini menguruskan pentadbiran tanah seluas 4 juta mu. Terbukti bahawa masyarakat agraria
dikawal oleh golongan pemerintah dari segi pemilikan tanah pertanian.
6. Pengkhususan pengeluaran pertanian
Masyarakat agraria China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran pertanian
mengikut daerah atau kawasan. Tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan. Teh
dan daun mulberi untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kiangsu. Kapas dikeluarkan di
daerah Kiangsu dan utara China. Terdapat juga industri berasaskan pertanian seperti perusahaan
kain kapas, kain sutera dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan. Tuntasnya, masyarakat
agraria di China membuat pengkhususan pengeluaran hasil pertanian bagi setiap daerah di China
pada abad ke-16 dan ke-17.
7. Sistem Cukai
Petani yang tidak memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah (bangsawan)
dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan tanah. Pada zaman Ming sehingga zaman Qing, para petani
membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian. Petani dikehendaki menyerahkan antara 50- 60
peratus daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat
sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581, sistem cukai baru diperkenalkan sebagai
cukai tunggal. Petani hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang
perak. Jelaslah bahawa cara pembayaran cukai juga mengalami perkembangan atau perubahan
dalam kegiatan pertanian masyarakat agraria di China.
Kesimpulan
Masyarakat agraria di China merupakan komuniti yang penting bukan sahaja kerana sum-
bangannya dalam penghasilan barang makanan, tetapi yang paling penting golongan ini merupakan
kelompok terbesar dalam masyarakat. Pemerintah amat mementingkan golongan ini bukan sahaja
sebagai sumber pendapatan utama negara melalui dasar percukaian malah boleh dimanfaatkan se-
bagai tenaga kerahan jika negara diancam oleh musuh.
10
Soalan 6 : Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 sehingga ke-17.
Pendahuluan
Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti yang be-
rasaskan kelautan. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangaan, perikanan dan
pengumpulan hasil laut. Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat di kesan sejak
abad ke-15. Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-16 dan ke-17 masihi.
Orang Portugis adalah bangsa Eropah terawal yang mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang
laut pada abad ke-16. Perkembangan ini menyebabkan lahirnya masyarakat maritim yang terdiri da-
ripada pelayar,peneroka, pelaut dan pedagang. Tegasnya terdapat beberapa ciri masyarakat maritim
yang berkaitan dengan perkembangan kerajaan maritim seperti di Portugal.
Isi-isi penting
1. Kegiatan Ekonomi
Ciri pertama masyarakat maritim di Portugal ialah penglibatan dalam aktiviti ekonomi be-
rasaskan kelautan. Aktiviti utama masyarakat maritim Portugal adalah perdagangan. Mereka men-
jalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan seperti Antwerp dan Lisbon. Mereka
membekalkan hasil tempatan kepada para pedagang asing yang singgah di pelabuhan tersebut.
Mereka juga membeli dan mengedarkan barang dagangan daripada pedagang asing yang singgah di
pelabuhan tersebut. Masyarakat maritim juga melancarkan ekspedisi ke timur untuk menguasai
perdagangan rempah. Selain aktiviti perdagangan masyarakat maritim juga terlibat di dalam aktiviti
menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan membina kapal. Tuntasnya aktiviti ekonomi masyarakat
maritim bergantung sepenuhnya kepada laut seperti perdagangan dan mengumpul hasil laut.
2. Petempatan
Ciri kedua masyarakat maritim Portugal adalah petempatan mereka terletak berhampiran
laut. Masyarakat maritim biasanya tinggal di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepu-
lauan. Kedudukan mereka yang berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti-
aktiviti yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di muara sungai seperti Ant-
werp dan Lisbon. Pelabuhan-pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pembekal hasil tempatan,
membeli barangan dagangan daripada pedagang antarabangsa dan pusat pengedaran barang da-
gangan kepada para pedagang. Jelaslah bahawa petempatan masyarakat maritim dipengaruhi oleh
aktiviti ekonomi yang berasaskan laut.
3. Kemahiran Dalam Pelayaran dan Membina Kapal
Ciri yang seterusnya adalah masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam pe-
layaran lautan luas. Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan teknologi pe-
layaran di Portugal ialah Putera Henry. Beliaua mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres
Portugal untuk memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi. Disamping itu sekolah ini juga
mencipta pelbagai jenis peralatan untuk memudahkan pelayaran. Antara peralatan yang dicipta ialah
kompas, magnetik dan astrolab. Penciptaan astrolab dapat menentukan kedudukan kapal ketika
berada di tengah laut. Secara tidak langsung penggunaan peralatan ini membantu pelayar-pelayar
Portugal melancarkan ekspedisi pelayaran ke timur. Di samping itu juga mereka mencipta peta
pelayaran. Sebenarnya orang-orang Eropah mempunyai peta-peta yang lengkap tentang benua
Eropah dan Laut Mediterranean pada kurun ke-15 masihi. Masyarakat maritim Portugal juga mempu-
nyai kemahiran membina kapal dan perahu. Dalam konteks ini mereka mampu membina kapal yang
mampu belayar di lautan lepas. Misalnya orang Portugis memiliki kemahiran membina kapal jenis
Caravel seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini dibina dengan menggunakan teknologi yang tinggi me-
mandangkan akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh. Jelaskan masyarakat Portugal mempu-
nyai kemahiran dalam pelayaran dan teknologi perkapalan sehinggga berjaya melakukan banyak ek-
spedisi pelayaran ke kawasan luar.
11
4. Penjelajahan dan Penerokaan
Ciri masyarakat Portugal seterusnya adalah pendedahan kepada aktiviti penerokaan dan
penjelajahan. Mereka mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi
penerokaan dan penjelajahan. Menjelang abad ke-15 masihi, orang Portugis melancarkan beberapa
ekspedisi untuk mencari jalan laut ke Timur. Sebagai contoh Bartholomeaw Diaz belayar ke Tanjung
Harapan yang terletak dibahagian selatan Afrika pada tahun 1487. Pada Julai 1497, Vasco Da Gama
pula pula telah melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel 1. Ekspedisi tersebut terdiri
daripada 180 anak kapal dan empat buah kapal seberat 1230 tan setiap satu. Beliau Berjaya
mengelilingi Tanjung Harapan dan 1497 tiba di Malindi. Beliau meneruskan pelayaran merentas
lautan Hindi dan selamat tiba di Calicut, India pada tahun 1498. Ringkasnya masyarakat maritim
Portugal mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
5. Sifat Ingin Tahu
Selain itu, ciri lain yang terdapat pada masyarakat maritim Portugal adalah sifat ingin tahu
yang kuat. Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan penjelajahan.
Mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. Contohnya pelayar
Portugal mempunyai keiginan untuk mencari Prestor John, iaitu raja yang memerintah kerajaan
Kristian di Afrika. Mereka mahu mendapatkan bantuan Prestor John bagi menguasai kerajaan Islam
di Maghribi. Semangat ingin tahu ini juga mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk
mukabumi, iklim, dan cuaca sesuatu tempat. Jelas ternyata semangat ingin tahu menjadi pendorong
kepada masyarakat maritim di Portugal untuk melakukan penerokaan dan penjelajahan.
6. Semangat keterbukaan
Ciri yang seterusnya masyarakat marititm Portugal adalah memiliki semangat keterbukaan.
Semangat keterbukaan masyarakat maritim Portugal ini menyebabkan mereka sanggup belayar ke
Kawasan-kawasan baharu dan menjalin hubungan dengan masyarakat tempatan. Ekoran daripada
hubungan tersebut berlaku pemindahan idea dan teknologi. Masyarakat maritim Portugal bersedia
mempelajari ilmu dan teknologi baharu daripda orang Arab dan China. Contohnya mereka
menggunakan astrolab yang merupakan peralatan yang dihasilkan oleh orang Arab. Mereka juga
turut mempelajari teknologi membuat kompas daripada orang Cina. Perkembangan ini telah me-
lahirkan golongan intelek yang berperanan penting dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.
7. Memiliki sifat berani
Ciri terakhir masyarakat maritim Portugal adalah memiliki sifat berani. Sifat berani yang
dimiliki menyebabkan masyarakat ini berani menghadapi cabaran dan dugaan. Mereka sanggup
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan bencana alam seperti gelombang, rebut taufan dan juga
lanun. Pengalaman yang nereka terima ketika mengharungi lautan menjadikan mereka lebih berani.
Contohnya Ferdinand Magellen telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada bulan September 1519.
Dalam pelayaran tersebut Magellen terpaksa menghadapi cabaran seperti kekurangan bekalan
makanan dan kerosakan kapal. Walau bagaimanapun beliau tetap meneruskan pelayaran meskipun
didesak oleh anak-anak kapal agar berpatah balik. Tindakan beliau ini menunjukkan Magellen adalah
tokoh yang sangat berani menghadapi cabaran sepanjang perjalanan sehingga belaiau dikenali
sebagai orang pertama belayar mengelilingi dunia. Sesungguhnya sifat berani telah berjaya
menjadikan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul.
Kesimpulan
Kesimpulannya masyarakat maritim Portugal memberi sumbangan dalam bidang
perdagangan, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. Mereka mencapai kejayaan yang amat
memberangsangkan dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Kejayaan ini
membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangan dan mengasaskan koloni tanah jajahan di
Timur. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul di
dunia pada abad ke-16 dan ke-17.
12
Soalan 7 : Sejauh manakah faktor geografi membolehkan wujudnya masyarakat maritim
di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17.
Pendahuluan
Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti kelautan dan
kegiatan perdagangan. Masyarakat ini terdiri daripada pedagang, pelaut, ahli pelayaran dan juga
nelayan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 masihi lagi.
Masyarakat maritim Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Vietnam dan
Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegitan perdagangan dengan
pelabuhan-pelabuhan lain di Asia Tenggara. Menjelang abad ke-16 Jepun mengamalkan dasar buka
pintu engan menggalakkan kehadiran pedagang barat ke negara tersebut. Kehadiran pedagang
barat menyebabkan Jepun telah bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia. Memang tidak dapat
dinafikan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim didorong oleh faktor kedudukan Jepun yang
stategik dari segi geografi. Namun begitu kemunculan mereka juga didorong juga oleh faktor-faktor
yang lain.
Isi-isi penting
Isi wajib
1. Kedudukan Geografi
Faktor geoagrafi Jepun dari segi kedudukan dan bentuk muka bumi membolehkan Jepun
menjadi masyarakat maritim. Dari segi goegrafi negara ini terdiri daripada beberapa pulau seperti
Kyusu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu yang dikelilingi oleh laut. Oleh yang demikian
petempatan-petempatan lebih tertumpu d ikawasan pesisir pantai. ni memudahkan mereka
menjalankan aktiviti kelautan, seperti berdagang, menangkap ikan dan mengutip hasil laut seperti
mutiara diperkampungan Yokohama. Lebihan pengeluaran akan membolehkan mereka
memperdagangkan hasil yang diperolehi. Penduduk yang tinggal di muara sungai juga
memperkembangkan aktiviti di pelabuhan Kyusu, Hiroshima, Nagasaki dan Shimoda.
Pelabuhan-pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
dagangan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di pelabuhan maka berlakulah
perkembangan masyarakat maritim dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Jelaslah bahawa
kedudukan geografi membolehkan Jepun menjadi masyarakat maritim, Namun begitu terdapat juga
faktor-faktor lain yang dapat dikaitkan dengan kemunculan mereka.
Isi-isi Lain
2. Teknologi Perkapalan
Antara faktor lain yang mendorong kemunculan Jepun sebagai masyarakat maritim ialah
keupayaan Jepun dari segi teknologi perkapalan. Ramai rakyat Jepun terdedah kepada kemahiran
membina kapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar iaitu Shuinsen yang
dibina menggunakan teknologi yang tinggi dan dilengkapi dengan senjata. Teknologi ini
membolehkan Jepun mampu belayar ke jarak yang jauh, seperti ke pelabuhan luar Asia Tenggara.
Mereka juga membina kapal seperti Higaki-Kaisen dan Taru-Kaisen yang digunakan untuk
perdagangan di dalam negara yang melibatkan laluan Osaka dengan Edo. Pelbagai jenis kapal lain
dengan pelbagai kegunaan turut ada di Jepun seperti kapal Higaki sebagai kapal kargo. Kapal Taru
digunakan untuk menghantar tong-tong arak dari Osaka. Jelaslah teknolgi perkapalan yang semakin
berkembang membantu kemajuan masyarakat maritim Jepun.
13
3. Teknologi Pelayaran
Seterusnya faktor yang membantu Jepun menjadi masyarakat maritim adalah perkembangan
teknologi pelayaran.Perkembangan teknologi pelayaran membolehkan Jepun melahirkan
pelayar-pelayar yang menguasai ilmu kelautan, kaedah pelayaran, penggunaan nautika, perkapalan
dan penggunaan kartografi. Teknologi pelayaran semakin berkembang apabila Jepun menerima
pedagang-pedagang barat seperti Portugal dan Sepanyol. Kepakaran dalam bidang ilmu pelayaran
membolehkan mereka mampu belayar jarak jauh seperti ke Korea, China dan Asia Tenggara.
Jelaslah ilmu pelayaran yang dimiliki oleh masyarakat Jepun membantu kemunculan Jepun sebagai
masyarakat maritim.
4. Dasar Kerajaan Jepun
Selain itu faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai masyarakat maritim adalah
dasar kerajaan. Pemerintah Jepun menjalankan dasar buka pintu dan ini meyebabkan Jepun
terdedah kepada pengaruh luar dari Asia dan juga barat. Menjelang akhir abad ke-16 , pedagang dari
Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun. Hubungan dagang ini membolehkan
Jepun menyerap ilmu seperti ilmu pelayaran yang dapat meningkatkan teknologi perkapalannya.
Jelaslah bahawa dasar kerajaan Jepun ini merancakkan lagi kegiatan maritim Jepun.
5. Galakan Pemerintah
Di samping itu juga kewujudan masyarakat maritim di Jepun juga dibantu oleh faktor
galakan pemerintah. Pemerintah juga memberi galakan agar rakyat terlibat dalam aktiviti
perdagangan. Semasa pemerintahan Toyotomi Hideyosi beliau sangat berminat di dalam aktiviti
perdagangan. Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang di seberang laut. Malah beliau
turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea. Beliau turut mengawal kegiatan
perdagangan dengan negara asing dengan mengawal segala aktiviti di Pelabuhan Nagasaki pada
tahun 1587. Selain itu juga semasa pemerintahan Shogun Tokugawa turut memberi galakan rakyat
terlibat di dalam aktiviti perdagangan maritim. , Contohnya Tokugawa Ieyasu menjalankan dasar
perdagangan Shuinsen, iaitu kapal yang berdagang dengan kapal asing dikehendaki memiliki mohor
merah. Dasar yang dijalankan ini menyebabkan lebih ramai golongan bangsawan terlibat dalam
aktiviti perdagangan. Maka hal ini jelaslah menunjukkan dasar kerajaan Jepun mendorong kepada
kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
6. Perkembangan Perdagangan
Selain itu perkembangan aktiviti perdagangan turut menyumbang kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun. Semasa zaman Ashigaka, kegiatan perdagangan berkembang dengan
pesat di Jepun. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di
rantau Asia Tenggara. Menjelang zaman Tokugawa, pedagang Jepun menjalin hubungan
perdagangan dengan China, Korea dan Vietnam. Menjelang zaman Nobunaga, lebih ramai
pedagang dari Portugal datang ke Jepun. Sesungguhnya kedatangan pedagang asing
menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun.
7. Kemunculan Pelabuhan
Selain itu juga faktor yang mendorong kewujudan masyarakat maritim adalah kemunculan
pelabuhan-pelabuhan di Jepun. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan di Jepun menyebabkan
munculnya pelabuhan entreport . Antara pelabuhan entreport yang penting pada abad ke-16 ialah
pelabuhan Kyushu, Nagasaki dan Shimoda. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan
pedagang-pedagang Jepun dan juga pedagang-pedagang luar negara. Menjelang pertengahan abad
ke-16, kapal pedagang Portugis berlabuh di pelabuhan Kyushu. Jelaslah kemunculan
pelabuhan-pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
14
8. Pengaruh Luar
Seterusnya kemunculan masyarakat maritim juga disebabkan oleh pengaruh luar.
Menjelang abad ke-16 Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal. Menjelang akhir
abad ke-16 ramai pedagang Portugal melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dengan Jepun.
Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki. Menjelang
abad ke-17 pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan dengan Jepun.
Perdagangan dengan barat telah menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat.
Sesungguhnya perkembangan ini meletakan asas bagi kemunculan masyarakat maritim Jepun.
Kesimpulan
Kesimpulannya faktor keadaan geografi di negara Jepun merupakan faktor semulajadi
kepada wujudnya masyarakat maritim di Jepun. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang
mendorong Jepun menjadi masyarakat maritim. Perkembangan masyarakat maritim telah memberi
kesan dan sumbangan yang besar kepada perkembangan perdagangan dan membawa kepada
kemunculan kelas pedagang yang kemudiannya berjaya menubuhkan kesatuan pedagang yang
mengiatkan lagi ekonomi Jepun. Kesan positif juga dapat dilihat di dalam bidang lain yang berkaitan
dengan aktiviti perkapalan dan perdagangan antarabangsa.
Soalan 8 : Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada awal abad ke-16 hingga ke-17
meninggalkan kesan kepada bidang ekonomi dan sosial. Bincangkan pernyataan ini.
Pendahuluan
Jepun merupakan sebuah negara yang berjaya muncul sebagai sebuah kuasa maritim
menjelang abad ke-15 masihi. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang amat bergantung
kepada aktiviti kelautan seperti perdagangan, perikanan dan pengumpulan hasil laut. Perkembangan
perdagangan telah membolehkan Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Korea
dan Vietnam. Kesannya Jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritim sehingga meninggalkan
kesan-kesan dalam aspek ekonomi dan sosial.
Isi-Isi Penting
Kesan Ekonomi
1. Penggunaan Mata Wang
Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah menyebabkan belakunya perkembangan
ekonomi mata wang. Menjelang abad ke-14, pedagang Jepun menggunakan mata wang secara
meluas dalam urusniaga. Penggunaan mata wang telah menyebabkan kegiatan perdagangan
berkembang dengan pesat. Menjelang abad ke-15 kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga
bagi memastikan bekalan mencukupi. Kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol
dan British telah menyebabkan penggunaan mata wang perak meningkat. Menjelang abad ke-17
pedagang Jepun membekalkan mata wang tembaga kepada Vietnam. Contohnya Maharaja Vietnam
iaitu Nguyen Phuc Tran telah memohon untuk mendaptkan bekalan mata wang tembaga daripada
Jepun pada akhir abad ke-17. Shogun Tokugawa memdirikan kilang pembuatan mata wang di
Nagasaki untuk menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan
secara meluas dalam urusniaga. Menjelang zaman Hideyoshi, mata wang syiling emas, perak dan
tembaga digunakan dalam aktiviti perdagangan. Sesungguhnya kemunculan Jepun sebagai kuasa
maritim telah meningkatkan penggunaan mata wang di dalam aktiviti perdagangan.
15
2. Perdagangan Luar Negeri
Seterusnya kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah menyebabkan hubungan
perdagangan Jepun dengan negara luar berkembang dengan pesat. Pada zaman Ashikaga
pedagang Jepun telah menjalankan hubungan perdagangan dengan negara di Asia Tenggara.
Hubungan perdagangan anatara Jepu dengan Vietnam berkembang pesat pada abad ke-16.
Perkembangan ini disebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan segala aktiviti
perdagnagn dengan Jepun. Hubungan perdagangan Jepun antara China dan Korea berlangsung
sejak abad ke-3 masihi lagi dan hubungan ini berterusan sehingga abad ke-16 dan ke-17. Selain itu
juga Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan dengan pihak barat terutamanya dengan
Portugal. Pada tahun 1542 pedagang Portugal telah mendarat di pelabuhan Kyushu dan menjelang
1550 banyak kapal dagang Portugal belabuh di situ. Pada zaman Tokugawa hubungan perdagangan
terjalin dengan beberapa kuasa barat seperti Sepanyol, Belanda dan British. Jelaslah bahawa
kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah meluaskan lagi perdagangan luar negeri Jepun.
3. Persatuan Pedagang
Kesan seterusnya adalah kemunculan Persatuan Pedagang di Jepun. Pedagang Jepun
menubuhkan Persatuan Dagang adalah untuk menjaga hak dan kebajikan mereka.
Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pekan dan di bandar-bandar besar.
Selain itu pedagang barat juga menubuhkan Persatuan Dagang. Sebagai contoh, orang Belanda
menubuhkan Perasatuan Dagang di Kyushu pada tahun 1609. Selain Persatuan Dagang, Persatuan
Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga ditubuhkan. Selain itu pusat pertukaran wang juga
ditubuhkan dibandar-bandar besar di Jepun. Tuntasnya kemunculan Persatuan Dagang adalah
kesan daripada perkembangan ekonomi maritim di Jepun.
4. Pengkhususan Pekerjaan
Seterusnya kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim juga telah menyebabkan berlakunya
pengkhususan pekerjaan. Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti
pertukangan, perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabakan munculnya
golongabn pedagang dan artisan. Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang
menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu orang Jepun melibatkan diri dalam
industri tekstil dan menghasilkan kain sutera bermutu tinggi. Jelaslah bahawa perkembangan yang
pesat dalam perdagangan maritim di Jepun menyebabkan masyarakat Jepun terlibat dalam pelbagai
kegiatan ekonomi.
5. Perkembangan Kegiatan Perindustrian dan Perlombongan
Di samping itu juga kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah mengalakkan
perkembangan sektor perindustrian. Menjelang abad ke-16, sektor perindustrian mengalami
perkembangan pesat. Antara industri yang berkembang pesat di Jepun adalah industri tekstil,
tembikar, industri kertas dan barangan logam. Menjelang abad ke -17, industri tembikar dan porselin
merupakan industri penting di Jepun. Begitu juga industri tekstil. Sebagai contoh industri kain kapas
berkembang di Kinai manakala industri sutera berkembang di Fukushima. Selain itu, Selain itu
industri perlombongan juga berkembang dengan pesat. Penggunaan mata wang dalam urus niaga
mengalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,
perak dan tembaga meningkat. Jelaslah bahawa perkembangan perdagangan maritim di Jepun telah
mengembangkan lagi kegiatan perindustrian dan perlombongan.
16
6. Kemunculan Kelas Pedagang
Selain itu juga kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim juga menyebabkan kemunculan
kelas pedagang. Perkembangan yang pesat di dalam aktiviti perdagangan menyebabkan muncul
kelas perdagang di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi meyebabkan
pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah. Menjelang abad ke-17 golongan pedagang
menubuhkan syarikat bagi menguruskan perniagaan mereka. Pedagang-pedagang Jepun juga
menubuhkan persatuan pedagang dibandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
Tegasnya perkembangan pesat dalam sektor perdagangan di Jepun telah menyebabkan munculnya
kelas pedagang.
Kesan Sosial
7. Penyebaran Agama Kristian
Dari segi sosial kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim membawa kepada penyebaran
agama Kristian. Kesanggupan Jepun untuk berdagang dengan kuasa luar telah menyebabkan Jepun
terpaksa menerima kedatangan para mubaligh Kristian.yang ingin mengkristiankan penduduk Jepun.
Terdapat pemimpin atau Syogun yang menyambut baik kehadiran mubaligh dan ada juga yang
bertindak sebaliknya. Paderi Kristian daripada mazhab seperti Jesuit, Dominican dan Franciscan me-
nyebarkan agama Kristian di Jepun. Pada tahun 1582, terdapat 150,000 orang Kristian dan lebih da-
ripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut agama Kristian di Jepun terdiri daripada golongan petani
dan golongan bangsawan. Jelaslah perkembangan perdagangan di Jepun telah meyebabkan
masyarakat Jepun menerima kemasukan agama Kristian ke negara mereka.
8. Barangan Luar digunakan secara meluas
Kesan seterusnya adalah masyarakat Jepun menggunakan barangan luar secara meluas.
Perkembangan perdagangan yang melibatkan pihak luar negeri menyebabkan banyak barangan luar
dibawa masuk ke Jepun. Contohnya barangan luar seperti tembakau, jam, cermin, topi, seluar
panjang dan roti digunakan secara meluas oleh penduduk Jepun. Jelaslah kemunculan Jepun
sebagai kuasa maritim membolehkan penduduk Jepun menggunakan barangan luar secara meluas.
9. Penerimaan Perkataan Asing
Akhir sekali kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah memberi kesan dari segi
penggunaan perkataan asing dalam bahasa Jepun. Perkataan-perkataan asing digunakan secara
meluas dalam perbendaharaan bahasa Jepun. Contohnya perkataan Portugis iaitu pao (roti) dan bo-
san (butang). Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah jabon
(sabun). Manakala perkataan Belanda yang diterima dalam bahasa Jepun ialah doek (itik). Jelas
ternyata kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah menyebabkan bahasa Jepun telah diresapi
dengan perkataan-perkataan asing.
Kesimpulan
Kesimpulannya Jepun merupakan sebuah kerajaan maritim yang kuat di sebelah timur.
Perkembangan dari segi perdagangan telah membantu masyarakat Jepun menerima pelbagai kesan
sama ada di dalam aspek ekonomi mahu pun di dalam aspek sosial.
17
Soalan 9 : Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19.
Pendahuluan
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian.
Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan mesin.
Kemunculan masyarakat industri di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap
kedua bermula pada tahun 1860an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini kerajaan telah memberi
tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti system pengangkutan dan komunikasi.
Kerajaan juga telah mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Antara
industri baru yang muncul pada era ini ialah seperti elektrik, kimia,petroleum dan logam ringan.
Keluaran sampingan pula adalah seperti kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan. Sesungguhnya
terdapat beberapa ciri masyarakat industri di Jerman.
Isi-Isi Penting
1. Kegiatan Ekonomi
Ciri masyarakat industri di Jerman adalah kegiatan ekonomi masyarakat tertumpu kepada
sektor perindustrian. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak telah menyumbang
perkembangan sektor perindustrian di Jerman seperti industri arang batu, bijih besi dan bijih timah
di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke-19. Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda
antara tahun 1860 hingga 1870. Pengeluaran bijih besi juga turut meningkat daripada 1.5 juta tan
pada tahun 1871 hingga 8.5 juta tan pada tahun 1900. Kemunculan pengusaha terkemukam seperti
Alfred Krupp telah berjaya mengeluarkan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah dan kehidupan yang
lebih sihat. Pada tahun 1870-1914 Jerman mengambil tempat England dalam industri kulit.
Kemajuan dalam industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland dan Silesia. Bandar Berlin pula
berperanan dalam meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman dengan menggunakan mesin-mesin
moden. Industri perkapalan turut dimajukan di Bremen, Hamburg dan Elby. Ciptaan-ciptaan baru
mula berkembang di Jerman. Ia telah mencetuskan inovasi baru dalam teknologi seperti kemunculan
syarikat kimia dan elektrik telah menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan
elektrik. Ia juga membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat Siemens
dan Martin telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9juta tan kepada
13,6 juta tan. Jelaslah bahawa perkembangan sektor perindustrian adalah ciri penting masyarakat
industri di Jerman.
2. Kemajuan Sistem Pengangkutan
Selain itu ciri masyarakat industri di Jerman juga adalah kemajuan dalam sistem
pengangkutan. Masyarakat industri di Jerman juga mencapai kemajuan dalam sistem pengangkutan.
Kemajuan yang pesat di dalam industri besi dan keluli telah membawa kepada perkembangan dalam
sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870. Firma Jerman
di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman. Kerajaan juga menyediakan kadar
perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah yang
lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke begara Eropah yang
lain. Pada tahun 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100juta pound sterling. Borsig telah
muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke
bandar-bandar lain di Jerman. Tegasnya perkembangan sistem pengangkutan di Jerman
terutamanya perkhidmatan kereta api merupakan ciri masyarakat industri di Jerman
18
3. Kemajuan Kewangan
Selain itu ciri masyarakat industri di Jerman juga berkait rapat dengan kemajuan sistem
kewangan. Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas. Perkembangan sistem perbankan di Jerman
telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an,
Bank of Prussia berfungsi sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di
Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870),
Darmstadter Bank (1870 dan Dresdener Bank (1872). Melalui sistem perbankan ini, munculah kelas
pengusaha industri baru pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.
Bantuan modal telah membolehkan pihak bank mengawal perusahaan yang dijalankan oleh
syarikat-syarikat industri. Secara tidak langsung juga hal ini menggalakkan pertumbuhan industri
perlombongan arang batu, keluli, kapas, kain dan bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat
dan laut. Jelaslah sekali kemajuan sistem kewangan telah membantu Jerman berkembang menjadi
masyarakat industri
4. Perluasan Perdagangan Antarabangsa
Di samping itu ciri masyarakat industri di Jerman dapat dilihat dari segi perluasan
perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1870an berlaku perkembangan perindustrian di Jerman.
Ini menyebabkan berlakunya pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman telah
berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 sehingga tahun 1912. Daripada perkembangan
tersebut perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan usaha mendapatkan
tanah jajahan menjadi salah satu agenda negara. Pada tahun 1887, Jerman mempunyai hubungan
perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera di sana.
Tegasnya perkembangan perdagangan antarabangsa Jerman menjadikan Jerman sebagai sebuah
masyarakat industri
5. Dasar Kerajaan Jerman
Perkembangan masyarakat industri di Jerman juga berdasarkan kepada dasar kerajaan
Jerman. Pada tahun 1879 Jerman telah menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan
dasar perlindungan industri. Hal ini membantu pihak industri menambahkan hasil pengeluaran
Jerman antara tahun 1872 hingga tahun1910. Bismarck telah memperkenalkan undang-undang
insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Kerajaan
Jerman juga menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir.
Selain itu banyak pusat kesihatan dibina dengan kos pembiayaan sebanyak 2/3 ditanggung oleh
pekerja dan selebihnya oleh majikan. Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu
langkah untuk mengawal pemikiran rakyat. Selain itu kerajaan Jerman mengawal pengurusan kilang,
firma, kartel, dan bank-bank. Kerajaan Jerman juga memberi fokus kepada kilang pengeluaran
peralatan tentera dan senjata di Eropah. Kerajaan juga telah mengenakan tarif ke atas barangan
import agar tidak bersaing dengan barangan tempatan dan mengekalkan nilai mata wang. Tidak
ketinggalan juga masyarakat industri Jerman berkait dengan hal kejuruteraan manusia.
Sekolah-sekolah Teknik dibuka bagi menyediakan golongan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih
efektif. Sesungguhnya penglibatan kerajaan Jerman melalui dasar yang dilaksanakan membolehkan
Jerman melahirkan masyarakat industri
6. Kemajuan dalam teknik Penyelidikan
Selain itu masyarakat industri Jerman juga memaparkan kemajuan dalam teknik penyelidi-
kan. Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang
lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti. Beberapa perbadanan Jerman
19
telah memberi sumbangan besar dalam mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidi-
kan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang. Menjelang akhir abad ke-19, Jerman menjadi pelo-
por utama dalam industri kimia dan elektrik. Jelas ternyata, ciri utama masyarakat industri Jerman
adalah berdasarkan kepada kemajuan pesat dalam bidang penyelidikan
7. Kejuruteraan Manusia
Di samping itu kemunculan masyarakat industri Jerman juga berkait juga dengan hal keju-
ruteraan manusia. Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik dibuka bagi menye-
diakan golongan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif. Selain itu, lahir satu kumpulan elit
pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan „spirit de corps‟.
Kesimpulan
Kesimpulannya jelas ternyata masyarakat industri Jerman meruapakan masyarakat yang
gigih berusaha dalam memajukan ekonomi negara mereka. Perkembangan sektor perindustrian
yang pesat di Jerman telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa imperialis untuk mendapat-
kan lebih banyak bahan mentah, seterusnya menjadikan Jerman sebuah negara perindustrian yang
disegani di Eropah.
Soalan 10 : Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan masyarakat industri
di Jerman pada abad ke-19.
Pendahuluan
Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin. Di Jerman Kemunculan masyarakat industri bermula dengan perkembangan
Revolusi Perindustrian yang bermula pada tahun 1860 hingga 1914. Pada era ini muncul industri
baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan serta keluaran sampingan seperti kereta,
radio, kapal terbang dan kain tiruan. Perkembangan yang sangat pesat dalam bidang perindustrian
meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman. Tegasnya terdapat beberapa
faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman.
Isi-Isi Penting
1. Penyatuan Jerman
Faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman adalah penyatuan
Jerman pada tahun 1871. Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan
sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman pelbagai usaha telah di ambil untuk
membangunkan sektor perindustrian. Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyeragamkan
mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan perundangan. Di samping itu sistem
pengangkutan dan komunikasi seperti kereta api, jalan raya, telegraf dan pos turut dimajukan.
Kerajaan turut melaksanakan dasar perlindungan kepada bidang perindustrian. Penyatuan politik
yang muncul selepas penyatuan Jerman turut merangsang pertumbuhan sektor perindustrian.
Kerajaan pusat telah menjalankan dasar kebangsaan yang komprenhensif bagi membangunkan
sektor perindustrian. Ternyata penyatuan Jerman telah mengembangkan sektor perindustrian secara
tidak langsung melahirkan masyarakat industri di Jerman.
20
2. Kemajuan Pertanian
Faktor lain yang memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di Jerman
adalah kemajuan dalam pertanian. Perkembangan pesat bidang pertanian di Jerman disebabkan
oleh kemajuan dalam teknologi pertanian. Perkembangan teknologi pertanian bermula dengan
penerbitan karya berkaitan teknologi pertanian. Contohnya Albrecht Thaer telah menerbitkan karya
berjudul Introduction to the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada
tahun 1789. Selain itu Justus Vin Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan baja kimia bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Penemuan-penemuan saintifik telah menyebabkan
berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Tegasnya penggunaan kaedah pertanian
saintifik meletakkan asas bagi kelahiran masyarakat industri di Jerman.
3. Kemajuan dalam Penyelidikan
Seterusnya kemunculan masyarakat industri di Jerman juga dibantu oleh kemajuan di dalam
bidang penyelidikan. Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di
Jerman. Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan
penyelidikan di makmal tersebut. Dengan ini Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan
inovasi baru dalam bidang perindustrian. Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah
menghasilkan teknik baharu dengan menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian
di kilang. Perkembangan ini meyebabkan sektor industri berkembang dengan pesat dan meletakkan
asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman.
4. Penghapusan Sistem Guild
Selain itu juga kemunculan masyarakat industri di Jerman didorong oleh penghapusan sistem
guild. Dalam sistem ini seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam gulid selama beberapa
tahun. Pengalaman di dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri didalam bidang
perindustrian. Sistem ini didapati menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor
perindustrian di Jerman sebelum 1871. Oleh itu apabila kerajaan bertindak menghapuskan monopoli
dan keistimewaan dalam guild secara tidak langsung tiada lagi sekatan untuk menjalankan kegiatan
perindustrian. Ternyata perkembangan ini menjadi platform Jerman muncul sebagai masyarakat
industri.
5. Penghijrahan Penduduk ke Bandar
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman ialah penghi-
jrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Pernghijrahan penduduk luar bandar banyak membantu
perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, 3/4 penduduk menetap
di luar bandar. Selepas penyatuan Jerman ramai penduduk berhijrah ke bandar. Contohnya
menjelang tahun 1871 terdapat lapan buah bandar di Jerman yang mempunyai bilangan penduduk
seramai 100,000 orang. Selepas penyatuan Jerman proses perbandaran berkembang dengan pesat
dan muncul bandar-bandar baru di seluruh negara. Pada masa ini muncul bandar-bandar
perusahaan seperti Ruhr, Silesia, Saxony dan Berlin. Kebanyakan penduduk yang tinggal dibandar
bekerja dalam sektor perindutrian. Sehingga tahun 1910 terdapat 48 buah bandar di seluruh Jerman.
Jelas ketara, Penghijrahan penduduk menyebabkan industri perkembang pesat di Jerman sehingga
menyebabkan munculnya masyarakat industri.
6. Penubuhan Institusi Kewangan
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman ialah
penubuhan institusi kewangan. Penubuhan institusi kewangan seperti bank dan koperasi memainkan
peranan penting dalam kelahiran masyarakat industri di Jerman. Matlamat utama penubuhan bank
dan koperasi adalah memberikan bantuan kewangan dan pinjaman jangka panjang kepada penduduk
di luar bandar. Contohnya menjelang 1911 terdapat 25, 000 kesatuan kredit di Jerman kesatuan
21
kredit yang terkenal adalah Schulze Delitzsch. Antara bank yang terkenal yang ditubuhkan di Jerman
adalah Dresdenar Bank (1872). Bantuan kewangan yang diberikan oleh koperasi dan bank
menyebabkan muncul banyak industri di Jerman. Jelas sekali perkembangan ini meletakkan asas
kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman.
7. Galakan Kerajaan
Selain itu kemunculan masyarakat industri di Jerman juga didorong oleh galakan kerajaan
Jerman. Kerajaan Jerman telah mengambil langkah yang proaktif untuk mengembangkan sektor
perindustrian. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan Jerman adalah bertindak menamatkan
dasar perdagangan bebas pada tahun 1879. Selaras dengan tindakan ini kerajaan mula memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian. Perubahan dasar ini telah meyebabkan berlaku
pertumbuhan yang pesat dalam perindutrian antara tahun 1872 hingga 1910 dan juga melahirkan
ramai pekerja industri di Jerman. Jelaslah sekali galakan kerajaan melalui langkah-langkah
perlindungan telah merangsang pertumbuhan perindustrian di Jerman dan meletakan asas kepada
kemunculan masyarakat industri di Jerman.
Kesimpulan
Kesimpulannya terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri
di Jerman. Masyarakat industri di Jerman memberi sumbangan tenaga, kepakaran, daya kreativiti
dan inovatif dalam membangunkan sektor perindustrani. Perkembangan ini menjadikan Jerman
sebagai sebuah negara terunggul dalam bidang perindustrian berbanding negara-negara lain.
22
TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Soalan 11 : Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Maharaja China dalam bidang eksekutif
dari abad ke 16 hingga 20.
Pendahuluan
Negara China merupakan negara yang mengamalkan sistem beraja pada abad ke-16 hingga
akhir abad ke-20. Dalam pemerintahan beraja yang diamalkan di negara China, Maharaja China
mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal pemerintahan kerana maharaja menduduki hierarki yang
teratas dan menjadi ketua negara. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif,
perundangan dan kehakiman. Maharaja China adalah kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan
China. Maharaja memainkan peranan yang penting dalam segala bidang, termasuk dalam bidang
eksekutif.
Isi-isi penting
1. Menetapkan dasar kerajaan
Maharaja mempunyai peranan yang besar dalam kuasa eksekutif iaitu menjadi orang yang
memutuskan segala dasar kerajaan. Dalam menetapkan dasar kerajaan, baginda akan mendapatkan
bantuan dan nasihat daripada pihak Sekretariat Agung. Sekretariat Agung ini akan memainkan
peranan untuk membantu maharaja menyelia dan menyelaras Enam Badan Menteri. Sekretariat ini
akan membantu maharaja dalam membuat keputusan mengenai dasar- dasar negara. Di samping
itu, baginda juga menerima cadangan dan pandangan berhubung polisi negara daripada Majlis
Agung. Majlis Agung telah ditubuhkan pada tahun 1729 bagi mengambil alih tugas dan peranan yang
dimainkan oleh Sekretariat Agung. Oleh itu, peranan maharaja dalam menetapkan dasar negara
adalah sangat besar dan penting kerana ia menentukan hala tuju negara China serta mengukuhkan
kedudukan mutlak maharaja.
2. Mengendalikan hal ehwal luar negara
Peranan kedua maharaja dalam bidang eksekutif adalah menandatangani perjanjian dengan
kuasa-kuasa asing. Baginda membuat keputusan untuk menghantar utusan dan perwakilan ke
negara lain. Selain itu, maharaja akan mengetuai upacara menerima kunjungan duta-duta asing ke
China. Baginda menetapkan dasar dan hubungan luar kerajaan dengan negara lain. Dalam
menetapkan hubungan luar, baginda dibantu oleh Jabatan Hal Ehwal Kolonial. Dasar luar China juga
berbeza mengikut dinasti dan semua hal ini adalah mengikut keputusan yang ditetapkan oleh
maharaja. Contohnya pada dinasti Ming, Maharaja China telah membenarkan kuasa barat berdagang
di China. Manakala pada zaman dinasti Ching, Maharaja China telah mengamalkan dasar tutup pintu
iaitu dasar pengasingan. Tuntasnya, kebijaksanaan maharaja dalam mengendalikan hal ehwal luar
penting dalam mempertahankan kedudukan maharaja dan untuk menjaga kedaulatan negara.
3. Menguruskan hal ehwal kakitangan awam
Peranan ketiga maharaja dalam bidang eksekutif adalah menguruskan hal ehwal kakitangan
awam. Baginda juga berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan.
maharaja juga mempunyai kuasa untuk meluluskan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan. Baginda
juga mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar yang setia kepadanya. Maharaja
China juga berkuasa mutlak untuk melantik pegawai tadbir di peringkat wilayah dan daerah.
Pegawai-pegawai ini akan menjalankan tugas atas arahan maharaja. Contohnya pada zaman Dinasti
Ming, maharaja yang melantik pegawai awam, pegawai tentera dan pegawai pengawas di peringkat
wilayah. Manakala pada Dinasti Ching, gabenor dan pegawai daerah dilantik oleh maharaja untuk
mentadbir di peringkat wilayah. Jelas ternyata, pengurusan kakitangan awam penting untuk
memastikan pentadbiran berjalan lancar di China.
23
4. Menguruskan pentadbiran pusat
Peranan seterusnya dalam bidang eksekutif adalah menguruskan pentadbiran peringkat
pusat. Dalam konteks ini, maharaja merupakan ketua pentadbir di peringkat pusat. Baginda dibantu
oleh Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis. Majlis Penasihat memainkan peranan
sebagai badan penasihat kepada maharaja . Majlis ini terdiri daripada enam kementerian iaitu
Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat,
Kementeriaan Perang, Kementeriaan Keadilan dan Kementerian Kerja Raya. Lembaga Penapis
berperanan mengawasi dan memaklumkan segala tindak tanduk pembesar kepada maharaja. Lem-
baga Penapis juga bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dan pentadbiran. Badan ini
memberi penerangan kepada maharaja mengenai perkara-perkara penting mengenai pegawai-
pegawai kerajaan. Tuntasnya, pentadbiran pusat yang kukuh dapat melahirkan kestabilan politik dan
mengukuhkan kedudukan maharaja.
5. Menguruskan pentadbiran wilayah
Peranan maharaja selanjutnya dalam bidang eksekutif adalah menguruskan pentadbiran di
peringkat wilayah. Maharaja melantik gabenor bagi mengendalikan pentadbiran di peringkat wilayah.
Gabenor dibantu oleh pesuruhjaya bagi menguruskan hal kewangan, kehakiman dan pendidikan.
Dalam bidang ketenteraan, komander dilantik untuk mengawal wilayah. Pentadbiran daerah diterajui
oleh majistret daerah. Antara peranan majistret daerah adalah mengutip cukai, memelihara
keamanan dan menyelesaikan pertikaian. Pentadbiran peringkat kampung, bandar dan pekan
dikendalikan oleh penduduk tempatan. Contohnya, Dinasti Ching telah memperlihatkan pentadbiran
wilayah yang diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.
Justeru, sistem pentadbiran wilayah yang teratur mengukuhkan kedudukan maharaja.
Kesimpulan
Maharaja menjalankan pentadbiran dengan cekap dan teratur dengan bantuan daripada
pembesar. Baginda menggunakan kuasa dalam bidang eksekutif bagi menetapkan dasar dalam dan
luar Negara. Baginda Berjaya mengawal pentadbiran pusat dan wilayah dengan mewujudkan sistem
pentadbiran bercorak birokratik. Sistem pemerintahan monarki melahirkan kestabilan politik dan
ekonomi di negara China.
Soalan 12 : Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk
mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia.
Pendahuluan
Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 iaitu selama
36 tahun. Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan
keagamaan yang telah menyebabkan Rusia boleh mencapai kemajuan standing dengan negara
Eropah yang lain. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke Negara-Negara Eropah Barat
seperti Jerman, Belanda, Austria, Britian dan Perancis. Kemajuan yang dicapai oleh Negara-Negara
Eropah Barat mendorong Peter The Great untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia.
Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh Peter The Great bagi mengukuhkan pemerintahan
monarki mutlak di Rusia.
Isi-isi penting
1. Pemerintahan
Langkah pertama yang diambil oleh Peter The Great dalam mengukuhkan kedudukannya
adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan. Semasa pemerintahan Peter, sistem pentadbiran
Rusia telah disusun semula. Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
Selain itu, beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sobor
dan Prikazi. Pada tahun 1711, Duma dan Zemski Sobor digantikan dengan Majlis Senat yang
24
mempunyai sembilan orang ahli. Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai
Colleges untuk mengurangkan beban tugas anggota senat. Peter menekankan konsep kolektif
semasa membuat keputusan. Peter juga telah bertindak untuk memindahkan pusat pemerintahan
dari Moscow ke St. Petersburg pada tahun 1721. Jelas ternyata, pembaharuan yang dilakukan oleh
Pter mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah kuasa mutlak di Rusia.
2. Ekonomi
Langkah kedua yang diambil oleh Peter The Great dalam mengukuhkan pemerintahan
monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi. Peter mengambil langkah-langkah
bagi membangunkan sektor perindustrian. Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada
pembangunan industri berat dan industri pembuatan. Selain itu kerajaan pusat memberi pelbagai
insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian. Peter turut menggalakkan
pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia. Di samping, industri berat seperti industri besi
dan keluli, industri tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan.Industri besi dan keluli telah dimajukan
di Ural. Buktinya, bilangan kilang di Rusia telah bertambah daripada 21 buah pada tahun 1682
kepada 200 buah kilang pada tahun 1725. Peter juga memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk
menambahkan perbendaharaan negara. Contohnya, Peter memperkenalkan cukai kepala yang
dibayar dalam bentuk tunai pada tahun 1718 dan rakyat perlu membayar cukai tidak langsung. Antara
cukai yang diperkenalkan adalah seperti cukai madu lebah, tepung, ikan dan roti serta cukai kepala.
Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara turut
meningkat.Pertambahan perbendaharaan ini telah membantu membiayai peperangan dan perluasan
kuasa. Jelaslah bahawa perubahan yang dilakukan oleh Peter dalam bidang ekonomi meningkatkan
pendapatan negara dan mengukuhkan kedudukannya.
3. Pendidikan
Langkah ketiga yang diambil yang dilakukan oleh Peter The Great adalah melakukan
pembaharuan adalah dalam bidang pendidikan. Dalam konteks ini, Peter memberi penekanan
kepada kemajuan dalam bidang pendidikan. Peter menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut
ilmu dan mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu. Semasa pemerintahan Peter,
sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia, antara sekolah yang didirikan di Rusia ialah
The Navigator School dan Naval Academy. Sekolah-sekolah ini memberi penekanan dalam bidang
aritmetik, geometri, geografi dan pelayaran. Peter merancang pembinaan sebuah univesiti yang
dikenali sebagai The Imperial Academy of Science dan perkara yang diajar di universiti ini adalah
seperti ilmu fizik, matematik dan sejarah. Peter juga menekankan kerja menterjemah bahan bacaan
dari luar negara. Justeru, pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan
pembangunan Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.
4. Keagamaan
Langkah utama yang lain adalah melakukan pembaharuan dalam bidang keagamaan. Peter
The Great telah mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran gereja. Tujuannya adalah
untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimilki gereja. Peter bertindak meletakkan
pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya. Beliau memperkenalkan badan yang dikenali sebagai
Holy Synod untuk mengambilakih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks. Peter juga melantik
dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya dalam badan tersebut.
Peter juga mengambil banyak langkah untuk mengukuhkan kedudukan agama kristian ortodoks
dengan memberi arahan kepada para mubaligh supaya mempelajari bahasa tempatan dan
menterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan. Mubaligh-mubaligh turut dihantar dan tinggal
dengan keluarga yang ditetapkan oleh Peter. Peter juga memastikan kuasa Islam Uthmaniyah tidak
dapat bersatu dengan masyarakat bukan Rusia di bahagian selatan empayar Rusia seperti Kazakh,
Karakalpak, Bashkir dan Noggay yang beragama Islam untuk menumbangkan empayar Rusia. Peter
mahu kumpulan minority memberi sokongan kepada Rusia dan bukannya pada kerajaan Islam.
Tuntasnya, pembaharuan dalam agama mengukuhkan kedudukan Peter The Great dengan
menguasai institusi gereja.
25
5. Ketenteraan
Langkah terakhir yang diambil Peter The Great dalam mengukuhkan kedudukan monarki
adalah melalui pembaharuan dalam bidang ketenteraan. Peter telah mengambil langkah-langkah
untuk membina pasukan tentera yang kuat. Matlamat utama beliau ialah menangkis serangan musuh,
mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk. Pada tahun 1695, Peter
melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov. Peter juga telah berjaya menewaskan
tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova. Baginda berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria
dan Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian Nystadt. Tuntasnya, kejayaan Peter menyebabkan
Rusia muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18.
Kesimpulan
Peter The Great telah mengambil langkah proaktif dalam pelbagai bidang termasuk politik,
ekonomi, agama dan sosial.Pembaharuan yang dilakukan oleh Peter telah mengukuhkan kedudukan
beliau sebagai pemerintah multak di Rusia. Pemerintahan Peter merupakan zaman keagungan dalam
pemerintahan monarki di Rusia. Pembaharuan yang dilakukan oleh Peter menyebabkan Rusia
muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Beliau meletakkan
asas yang kukuh bagi Rusia mencapai kemajuan pada abad-abad yang seterusnya.
Soalan 13 : Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China
dari abad ke 16 hingga 20.
Pendahuluan
Menjelang abad ke 16 hingga abad ke 20, sistem pemerintahan monarki amat kukuh
di negara China. Dalam sistem pemerintahan ini, maharaja sebagai ketua negara dan dibantu oleh
golongan pembesar. Golongan pembesar memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran
monarki di negara China. Mereka berperanan sebagai tulang belakang kepada maharaja bagi
mempertahankan kedudukannya.Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan
wilayah. Pembesar dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem
Peperiksaan Awam. Pembesar wiayah memiliki kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di
peringkat wilayah. Peranan pembesar China adalah amat luas dan dapat dilihat dalam bidang
pentadbiran, perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi dan agama.
Isi-isi Penting
1. Pentadbiran
Peranan utama pembesar dalam sistem pemerintahan monarki di Negara China adalah
dalam bidang pentadbiran. Pembesar menjalankan tugas melalui beberapa unit seperti Sekretariat
Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis. Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan
pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah. Mereka membantu maharaja dalam perlantikan,
pemecatan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan. Mereka memegang jawatan penting dalam
jabatan-jabatan kerajaan di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar dilantik oleh maharaja sebagai
gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi.Pembesar diberi kuasa autonomi dalam
pentadbiran wilayah. Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali
sebagai Gentry. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir
wilayah dan gabenor yang sentiasa berhubung dengan pemerintahan pusat. Selain itu, pembesar
juga dilantik sebagai majistret daerah untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah. Tuntasnya,
pembesar merupakan tulang belakang maharaja dalam menghuruskan hal-hak pentadbiran negara.
26
2. Perundangan
Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang perundangan. Pembesar memainkan
peranan untuk menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Tugas perundangan dijalankan
oleh pembesar-pembesar yang menganggotai Sekretariat Agung. Mereka turut membantu maharaja
untuk menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara. Selain itu mereka membantu
maharaja menyediakan draf undang-undang, edit undang-undang yang sudah disediakan dan warkah
diraja. Pembesar turut menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Justeru, pembesar
memainkan peranan membantu maharaja menegakkan undang-undang serta memelihara keamanan
dalam negara.
3. Kehakiman
Peranan pembesar selanjutnya adalah dalam bidang kehakiman. Pembesar-pembesar
di China memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal kehakiman. Mereka mempunyai kuasa
membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah. Mereka menganggotai lembaga keadilan yang
ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman. Antara tugas lembaga keadilan ialah
menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes rayuan. Terdapat pembesar
yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang menguruskan kehakiman di peringkat provinsi.
Jelas ternyata, pembesar membantu maharaja dalam menguruskan hal ehwal kehakiman bagi
memelihara kesejahteraan rakyat.
4. Ketenteraan
Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ketenteraan. Pembesar memainkan
peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar pusat dilantik
sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai
tentera. Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera. Pembesar akan membentuk
pasukan tentera di peringkat wilayah. Mereka berperanan memulihkan keamanan keamanan dan
kestabilan politik di wilayah masing-masing. Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan
kepada maharaja. Kekuatan dan kekuasaan maharaja bergantung kepada pembesar yang memikul
tanggungjawab sebagai ketua tentera. Justeru, pembesar bertanggunjawab dalam mempertahankan
negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam negara.
5. Ekonomi
Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ekonomi. Dalam hal ini, pembesar-
pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian. Pembesar
juga menganggotai lembaga hasil dalam negara yang menguruskan hal kutipan cukai. Mereka
berperanan untuk mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan menguruskan pendaftaran tanah.
Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada maharaja. Pembesar dilantik
untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi dan daerah. Dalam pada itu, majistret
daerah ditugaskan untuk mengutip cukai di peringkat daerah. Selain itu, terdapat juga pesuruhjaya
bagi menguruskan garam, cukai dan bijirin. Tuntasnya, pembesar berperanan membantu maharaja
dalam melicinkan pengurusan ekonomi serta mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.
Kesimpulan
Pembesar-pembesar memainkan peranan membantu maharaja menjalankan pentadbiran
negara. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem pemerintahan monarki di China.
Maharaja mengukuhkan kedudukan dengan mengawal pembesar-pembesar di wilayah. Pada zaman
Ching, wujud persaingan dalam kalangan pembesar untuk menguasai kerajaan pusat. Persaingan ini
menjejaskan kestabilan politik dan meletakan asas bagi keruntuhan kerajaan Ching.
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf
MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf

More Related Content

What's hot

Bab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di India
Bab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di IndiaBab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di India
Bab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di IndiaCatherine Inggai
 
Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini bagi menyatukan itali (sej stpm...
Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini  bagi menyatukan itali (sej stpm...Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini  bagi menyatukan itali (sej stpm...
Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini bagi menyatukan itali (sej stpm...azam_hazel
 
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Nurul Najihah Al-Saachez
 
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT mdhanafi
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAANFAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAANsuziana15
 
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-183.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18Karsodikromo Yatiman
 
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdf
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdfPERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdf
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdfJoehenry38
 
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIASTPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIANurZahidah22
 
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1Kushahrul1
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Allan Nacha
 
sistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di chinasistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di chinasuziana15
 
faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898
faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898
faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898Noha Fiq
 
Perindustrian di jepun
Perindustrian di jepunPerindustrian di jepun
Perindustrian di jepunsuriasultan
 
Sejarah F6 (6 lembaga dinasti Ching)
Sejarah F6  (6 lembaga dinasti Ching)Sejarah F6  (6 lembaga dinasti Ching)
Sejarah F6 (6 lembaga dinasti Ching)azam_hazel
 
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barathasfazera hassan
 
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abadMasyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abadJimmy Mogolid
 

What's hot (20)

Bab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di India
Bab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di IndiaBab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di India
Bab 15 Penggal 1_peluasan kuasa di India
 
Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini bagi menyatukan itali (sej stpm...
Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini  bagi menyatukan itali (sej stpm...Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini  bagi menyatukan itali (sej stpm...
Peranan yang dimainkan oleh giuseppe mazzini bagi menyatukan itali (sej stpm...
 
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
Perang Saudara di Amerika Syarikat (1861 1865)
 
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN  TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
BAB 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAANFAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG KEMERDEKAAN
 
Bab 6 russia
Bab 6 russiaBab 6 russia
Bab 6 russia
 
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-183.1.2.2 pertanian di belanda dan england  abad ke 17-18
3.1.2.2 pertanian di belanda dan england abad ke 17-18
 
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdf
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdfPERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdf
PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JERMAN.pdf
 
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIASTPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
STPM SEM1 SEJARAH INSTITUSI PEMERINTAHAN RUSIA
 
Bab 1 masyarakat fedual
Bab 1 masyarakat fedualBab 1 masyarakat fedual
Bab 1 masyarakat fedual
 
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN STPM SEM 1
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
 
sistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di chinasistem pemerintahan beraja di china
sistem pemerintahan beraja di china
 
faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898
faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898
faktor-faktor perlaksanaan Gerakan islah 1898
 
Perindustrian di jepun
Perindustrian di jepunPerindustrian di jepun
Perindustrian di jepun
 
1.4.masyarakat industri
1.4.masyarakat industri1.4.masyarakat industri
1.4.masyarakat industri
 
Sejarah F6 (6 lembaga dinasti Ching)
Sejarah F6  (6 lembaga dinasti Ching)Sejarah F6  (6 lembaga dinasti Ching)
Sejarah F6 (6 lembaga dinasti Ching)
 
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan BaratReaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
Reaksi Masyarakat IndiaTerhadap Perluasan Barat & Kesan Penjajahan Barat
 
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abadMasyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
Masyarakat agraria di belanda abad ke 16 hingga abad
 

Similar to MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf

Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMnurul othman
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Ariff03
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Norazman Mohd Nor
 
BAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdf
BAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdfBAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdf
BAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdfhakimi30
 
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdfBAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdffahimhaziq1
 
Sistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan England
Sistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan EnglandSistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan England
Sistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan Englandtauhusoya
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)NurZahidah22
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropahamiraaa96
 

Similar to MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf (20)

Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPMBab 3-ting-5 Sejarah SPM
Bab 3-ting-5 Sejarah SPM
 
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)Bab 2 zmn penjajahan (bac)
Bab 2 zmn penjajahan (bac)
 
PM 5
PM 5PM 5
PM 5
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptxBAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
BAB 1 SEJARAH DAN POLITIK.pptx
 
Nota Mini Sejarah SPM
Nota Mini Sejarah SPMNota Mini Sejarah SPM
Nota Mini Sejarah SPM
 
Nota sejarah
Nota sejarahNota sejarah
Nota sejarah
 
Tema 1(p1) (1)
Tema 1(p1) (1)Tema 1(p1) (1)
Tema 1(p1) (1)
 
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.Bincangkan gerakan  gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
Bincangkan gerakan gerakan politik di malaysia sebelum perang dunia kedua.
 
Penyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsaPenyatuan negara bangsa
Penyatuan negara bangsa
 
BAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdf
BAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdfBAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdf
BAB_4_ERA_PERALIHAN_KUASA_BRITISH_DI_NEG.pdf
 
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdfBAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
 
Sistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan England
Sistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan EnglandSistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan England
Sistem Beraja Mutlak Perancis & Raja Berperlembagaan England
 
Sejarah Dunia
Sejarah DuniaSejarah Dunia
Sejarah Dunia
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

MODUL BIJAK BELAJAR STPM-merged.pdf

  • 1.
  • 2. AHLI PANEL MODUL SEJARAH SEMESTER 1 (940/1) 2021 PENYELARAS EN. AHMAD SALEHEE BIN ABDUL (SEKTOR PEMBELAJARAN JPN KEDAH) PENOLONG KETUA PANEL EN. AHMAD BIN KASA (SMK. PENDANG) AHLI PANEL PN. SITI FATIMAH BT. ABU BAKAR (SMK. IBRAHIM) AHLI PANEL PN. NORMAH BT. WAHID (SMK. SYED IBRAHIM) AHLI PANEL EN. SHARUDIN BIN SAAD (SMK. TUN SHARIFAH RODZIAH) AHLI PANEL CIK SRITHARANEE A/P SUBRAMANIAM (SMK. CHIO MIN ) KETUA PANEL EN. MAT ZAINOL BIN BAHARI (SMK. IBRAHIM) AHLI PANEL PN. NOR SHAMSURI BT. HJ. MAT (SMK. PULAU NYIOR) AHLI PANEL PN. NAZIHAH BT. AZAHARI (SMK. LABU BESAR) (i)
  • 3. NO SOALAN MS TEMA 1 : MASYARAKAT 1 Bincangkan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17. 1 2 Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17. atau Masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad ke-16 dan ke-17. Bandingkan. 3 3 Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-17. 5 4 Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 hingga ke-17 menjalankan aktiviti berasaskan pertanian. Bincangkan. 7 5 Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat agraria di China dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. 8 6 Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 sehinga ke-17. 10 7 Sejauh manakah faktor geografi membolehkan wujudnya masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17 Masihi. 12 8 Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada awal abad ke-16 sehingga ke-17 meninggalkan kesan dalam bidang ekonomi dan sosial. Bincangkan. 14 9 Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 sehingga ke-19. 17 10 Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19. 19 TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN 11 Jelaskan peranan yang dimainkan maharaja China dalam bidang eksekutif dari abad ke-16 hingga ke-20. 22 12 Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia semasa pemerintahannya. 23 13 Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China dari abad ke- 16 hingga ke-20. 25 14 Bandingkan peranan pembesar di China dan di Rusia yang diamalkan sejak abad ke- 16. 27 15 Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis semasa pemerintahannya. 29 16 Jelaskan sistem pemerintahan negara kesatuan yang diamalkan di Perancis pada abad ke-18 dan abad ke-19. 31 17 Huraikan struktur organisasi pentadbiran Kerajaan Republik Ketiga ( 1875-1945 ) di Perancis. 32 18 Huraikan faktor-faktor yang meletakkan asas bagi pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat. 33 19 Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Mazzini dalam perjuangan menyatukan Itali. atau Bincangkan konsep negara bangsa yang diusahakan oleh Mazzini dalam menyatukan Itali. 35 20 Terangkan proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870. 36 (ii)
  • 4. NO SOALAN MS TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN 21 Bincangkan perubahan yang berlaku ekoran perkembangan ekonomi kapitalisme di England pada abad ke-18 hingga ke-19. 38 22 Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda pada abad ke-16 hingga abad ke-18. 39 23 Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal pada abad ke-16 hingga abad ke-18. 41 24 Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke-17 masihi dan abad ke-18. 43 25 Sejauh manakah penyatuan Jerman pada tahun 1870 telah membawa perkembangan perindustrian di negara tersebut pada abad ke-19? 44 26 Bincangkan faktor- faktor yang menyebabkan berlaku perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu di Eropah pada abad ke-18. 46 27 Kemunculan zaman pencerahan telah menyebabkan berlaku perkembangan pemikiran dan kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Eropah pada abad ke-18. Bincangkan 48 28 Bincangkan idea yang diketengahkan oleh Adam Smith pada Zaman Pencerahan di England pada abad ke-18. 49 29 Bincangkan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di Perancis pada abad ke-18 dan ke-19. 51 30 Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 Masihi. 52 TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA 31 Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi India pada tahun 1857. 54 32 Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetus Perang Candu Kedua (1856- 1860) di China. 56 33 “Sentimen anti-asing merupakan faktor terpenting kebangkitan Boxer di China pada tahun 1899”. Bincangkan. 58 34 Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 1914. Bincangkan faktor-faktor tercetusnya perang tersebut. 60 35 Huraikan kesan Perang Dunia Pertama (1914-1918) dalam bidang politik. 62 36 Sejauh manakah Doktrin Truman telah mencetuskan Perang Dingin di Eropah antara tahun 1945-1955? Bincangkan. 64 37 Perang Dingin telah membawa perubahan landskap terhadap politik dunia. Huraikan pernyataan ini dengan contoh-contoh yang releven. 65 38 Huraikan faktor-faktor yang telah mencetuskan Gerakan 4 Mei 1919. 67 39 Bincangkan matlamat penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ). 68 40 Terangkan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ). 70 (iii)
  • 5. 1 TEMA 1 : MASYARAKAT Soalan 1 : Bincangkan struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17. Pendahuluan Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan. Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu pemerintah dan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, bangsawan, dan knight. Manakala golongan yang diperintah ialah petani atau rakyat biasa, yang dikenali sebagai serf, serta hamba. Berikut adalah struktur masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17. Isi-Isi Penting: 1. Raja Raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan ke-17. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan. Walaupun raja mempunyai kuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan, namun mereka masih tertakluk kepada undang-undang Magna Carta. Semasa pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuart, sistem pemerintahan monarki mutlak diamalkan. Sebagai contoh, ketika pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) raja berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja mengamalkan sistem pemerintahan berkuasa mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja meliputi segala aspek. Raja Henry VII mengukuhkan pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan cara meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery) mengekalkan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan ini menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan. Dengan ini jelaslah bahawa raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat feudal di England, namun kuasa mutlak raja masih tertakluk kepada undang-undang Magna Carta. Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan. 2. Golongan Bangsawan (Vassal) Dalam susun lapis masyarakat feudal, golongan bangsawan berada di lapisan kedua. Golongan bangsawan membantu raja dalam hal ehwal pentadbiran dan menguruskan ekonomi. Raja mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron. Golongan bangsawan menerima tanah daripada raja dan akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf yang mengusahakan tanah. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan akan membayar cukai dan memberi bantuan ketenteraan kepada raja. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan. Walau bagaimanapun, pada abad ke-16 dan ke- 17, kedudukan dan peranan golongan bangsawan semakin merosot sementara kedudukan raja semakin kukuh. Hal ini membolehkan raja mengawal golongan bangsawan yang semakin lemah. Raja tidak bergantung kepada golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran. Raja telah melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja. Jelaslah bahawa golongan bangsawan bergantung kepada raja dalam susun lapis masyarakat feudal di England.
  • 6. 2 3. Golongan Knight (Pahlawan/Tentera) Golongan Knight berada dalam lapisan ketiga selepas golongan bangsawan. Knight diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja. Mereka berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan barang rampasan. Mereka juga diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang musuh. Mereka terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa. Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam pasukan infantri. Terbuktilah bahawa golongan knight memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan masyarakat pada zaman feudal di England. 4. Golongan rakyat biasa Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain. Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan. Tuntasnya, golongan petani sangat penting sebagai penggerak kegiatan ekonomi masyarakat feudal di England. 5. Golongan Hamba Golongan yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat feudal ialah golongan hamba.Golongan hamba mewakili satu persepuluh daripada jumlah penduduk di England dan berada di bawah golongan petani. Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai kuasa perundangan yang terhad. Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kedudukan golongan hamba mengalami perubahan ekoran perkembangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di England. Golongan hamba dibebaskan oleh tuan tanah dan sebahagian besar daripada mereka berhijrah ke bandar. Mereka tidak terikat lagi kapada golongan tuan tanah. Kesimpulan Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan golongan bawahan.
  • 7. 3 Soalan 2 : Bandingkan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17. atau Masyarakat feudal di England dan Jepun mempunyai corak kehidupan yang unik pada abad ke-16 dan ke-17. Bandingkan Pendahuluan Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.Berikut adalah perbandingan antara sistem feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 dan ke-17. Isi-isi penting 1. Struktur masyarakat Kedua-dua masyarakat mengamalkan struktur masyarakat berasaskan sistem piramid dan Kedudukan individu dalam masyarakat adalah berdasarkan sistem kelas yangj bersusun lapis mengikut hierarki tertentu. Kedudukan individu dalam masyarakat feudal di kedua-dua negara ini ditetapkan melalui keturunan atau warisan. Masyarakat kedua-dua negara ini dibahagikan kepada dua golongan besar iaitu golongan yang memimpin (England) atau golongan pemerintah (Jepun) dan golongan yang dipimpin (England) atau golongan yang diperintah (Jepun). Di England, hierarki teratas adalah raja, vassal (bangsawan), knight, rakyat biasa (petani) dan hamba. Manakala di Jepun, hierarki bermula dengan maharaja, bangsawan (shogun dan daimyo), samurai, dan rakyat biasa (petani, pedagang). Ini menunjukkan bahawa sistem feudal di kedua-dua negara mempunyai kelas yang tersendiri. 2. Sistem pemerintahan Perbezaan juga dapat dilihat melalui aspek pemerintahan. Pemerintah England dikenali sebagai raja manakala di Jepun ialah maharaja. Terdapat pembatasan kuasa golongan pemerintah di England dan Jepun. Sebagai contoh, di England, kuasa mutlak raja dikawal oleh parlimen seperti yang terdapat dalam Magna Carta (1215) dan Pengisytiharan Hak (1628). Maharaja Jepun pula hanya dianggap sebagai simbol perpaduan kerana pemerintahan sebenar terletak di tangan Shogun. Raja dan maharaja juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur ketuhanan demi mengekalkan kedaulatan negara dan kedudukan sebagai ketua pemerintah, disamping mendapatkan penghormatan dan kesetiaan golongan pembesar dan rakyat bawahan. Bagi masyarakat England, mereka mempercayai bahawa raja dilantik oleh tuhan untuk memerintah. Raja mempunyai hak dan kekuasaan yang suci daripada tuhan yang membolehkan raja untuk memerintah. Di Jepun, pengesahan kuasa daripada maharaja sebagai symbol kedaulatan diperlukan oleh Shogun bagi mengiktiraf pelantikannya serta menerinma kesetiaan dari rakyat. Jelaslah bahawa sistem pemerinta- han feudal di kedua-dua negara mementingkan raja dan maharaja, namun kuasa pemerintahan mereka adalah terbatas. 3. Ketenteraan Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan yang berperanan menjaga keamanan. Di England golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar dan tugas mereka melindungi pembesar dan rakyat biasa ketika berlaku peperangan. Peralatan perang yang hampir sama digunakan oleh mereka.seperti pedang, baju perisai dan kuda. Baju perisai golongan knight diperbuat daripada besi dan disadur logam, manakala baju perisai samurai diperbuat daripada sutera dan disadur dengan logam. Golongan Knight mempunyai status yang tinggi kerana mereka berada dalam kelas pemerintah dan boleh memiliki tanah yang dianugerahkan oleh raja. Berbeza dengan golongan samurai di Jepun yang diletakkan sebagai golongan yang ddiperintah. Golongan samurai tidak
  • 8. 4 dibenarkan memiliki tanah dan hanya menerima bayaran beras sebagai ganjaran kepada perkhidmatan yang diberikan. Tegasnya, golongan tentera memainkan peranan penting dalam menjaga kemanan masyarakat feudal namun tentera di England terikat dengan konsep chivalry manaka di Jepun samaurai terikat dengan konsep bushido. 4. Sistem ekonomi Perbandingan kedua-dua masyarakat feudal di England dan Jepun juga dapat dibuat dalam pelaksanaan sistem ekonomi.Di England, tanah merupakan sumber kekayaan kepada raja, baron dan knight. Raja merupakan penguasa ke atas semua tanah di England dan mengurniakan tanah kepada individu yang dipercayai. Golongan pembesar akan menggunakan khidmat petani untuk mengerjakan tanah dengan aktiviti pertanian. Berbeza dengan Jepun, beras dianggap sebagai simbol kekayaan. Hasil pendapatan daimyo dan samurai dinilai mengikut kuantiti beras yang dimiliki. Beras menjadi barangan yang berharga dan bernilai tinggi sebagai perantaraan petukaran penduduk. Sehubungan itu, pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama dan mulia di Jepun. Sebenarnya, kedua-dua masyarakat memberi penekanan kepada golongan petani kerana mereka menyumbangkan sumber makanan dan pendapatan melalui pembayaran cukai. Di England, petani dikenali sebagai serf manakala di Jepun petani dikenali sebagai nomin yang dipandang mulia oleh masyarakat.Tuntasnya, pertanian adalah kegiatan kegiatan ekonomi utama masyarakat feudal dan petani adalah pembekal sumber makanan kepada seluruh masyarakat. 5. Kewajipan peribadi Kedua-dua sistem feudal di England dan Jepun mementingkan kewajipan peribadi dalam masyarakat. Hal ini berlaku antara tuan tanah dengan penyewa. Di England, wujud hubungan peribadi antara Lord (tuan tanah) dan Vassal (penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera. Pada abad ke-16 dan ke-17, berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan. Manakala, dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan peribadi antara shogun dan daimyo. Shogun menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Jelaslah ba- hawa kewajiban peribadi merujuk kepada tanggungjawab kedua-dua pihak dalam mewujudkan kepentingan bersama, iaitu satu pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan. 6. Mobiliti sosial Dari segi mobiliti sosial, masyarakat feudal di England dan Jepun merupakan masyarakat yang bersusun lapis, mempunyai kedudukan politik, ekonomi dan sosial yang berlainan. Di England,tidak berlaku mobiliti sosial pada zaman pertengahan dan masyarakat menjalankan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan. Pada abad ke-16 dan ke17, berlaku perubahan dalam politik, ekonomi dan sosial di England. Perubahan ini menyebabkan wujud mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat sehingga berlaku perubahan dari segi kedudukan dan status masyarakat. Muncul golongan pertengahan dan golongan kelas menengah di England. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Manakala di Jepun, kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan status dan mobilitI sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tidak berlaku mobiliti sosial. Namun begitu, pada abad ke-17, perubahan status berlaku seiring dengan perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, dan ini menyebabkan perubahan status dan kedudukan golongan pedagang.
  • 9. 5 7. Agama Masyarakat feudal di England dan Jepun mengamalkan agama yang berbeza. Di England, masyarakat dipengaruhi agama Kristian Katolik. Gereja Katolik merupakan institusi yang berkuasa, dan mereka memiliki sebahagian besar tanah. Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal. Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi. Manakala di Jepun, masyarakat di pengaruhi agama Buddha. Pada zaman Kamakura, kemerosotan kerajaan pusat dan kekacauan menyebabkan rakyat mempercayai agama Buddha untuk menjamin keselamatan mereka. Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat ketenangan dengan melakukan meditasi kepada agama Buddha yang dikenali sebagai Zen. Kesimpulan Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, di England satu pihak menawarkan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan. Manakala masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat berdasarkan pekerjaan yang diwarisi. Malah kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap sebagai Raja Berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini. Soalan 3 : Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke 16 hingga abad ke-17. Pendahuluan Menjelang abad ke-16 dan ke-17, Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknologi yang lebih maju dalam bidang pertanian. Penggunaan teknologi baharu dalam bidang pertanian dan perternakan menyebabkan lahir masyarakat agraria di Belanda.Ciri-ciri masyarakat agraria dapat dilihat melalui negara. kegiatan ekonomi, kaedah memelihara kesuburan tanah, petempatan, pengetahuan dalam sistem pengairan, dan peningkatan teknologi pertanian. Berikut adalah ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada pada abad ke-16 dan ke-17. Isi-isi penting 1. Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah pertanian, penternakan dan hortikultur. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku pertambahan penduduk di kawasan bandar. Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran seperti bawang dan lobak, bijirin seperti barli dan gandum, dan tanaman dagangan seperti biji cole, hem dan madder. Selain itu, penternakan juga giat dijalankan di bahagian timur Belanda. Petani dan penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing. Penternakan lembu dijalankan di wilayah Holland dan Friesland manakala kambing diternak di Pulau Taxel, dan Pulau Grind. Masyarakat agraria di Belanda juga menjalankan pertanian dengan membuka pusat hortikultur di sekitar bandar. Pembangunan dalam sektor ini disebabkan oleh kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Perkembangan bidang hortikultur meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bungaan. Petani menanam sayur-sayuran seperti lobak, bawang dan parsnip di daerah Enkuizen dan De Langedijk. Buah-buahan seperti strawberi ditanam secara meluas di Aalsmeer manakala bunga-bungaan seperti hop dan tulip turut diusahakan. Bunga hop ditanam untuk digunakan dalam industry menghasilkan minuman keras. Jelaslah bahawa pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda. 2. Kaedah memelihara kesuburan tanah Masyarakat agraria di Belanda khususnya para petani mahir dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka menggunakan kaedah memugar tanah pertanian, menggunakan baja asli dan membuang tanaman perosak seperti rumput. Mereka menggunakan baja asli daripada najis
  • 10. 6 ternakan lembu dan kambing untuk mengekalkan kesuburan tanah. Mereka juga mengamalkan sistem tanaman giliran untuk memelihara kesuburan tanah. Sebagai contoh, selepas musim menuai lobak, tanah tersebut akan diusahakan pula dengan tanaman lain seperti kentang. Oleh yang demikian, kaedah memelihara kesuburan tanah yang diguna menyebabkan hasil pertanian dapat ditingkatkan dan menjamin pengeluaran hasil yang berterusan. 3. Petempatan Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan pinggir pantai yang subur. Antaranya Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect. Mereka menjalankan kegiatan menebus guna tanah bagi meluaskan kawasan pertanian. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang telah di tebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Menjelang tahun 1680, seluas 127,00 hektar tanah telah ditebus guna untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian. Tegasnya, kesuburan tanah di lokasi petempatan masyarakat agraria telah merancakkan kegiatan pertanian dan penternakan di Belanda. 4. Sistem Pengairan Masyarakat agraria di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam sistem pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut. Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Sementara itu, di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna. Selain itu, masyarakat agraria juga berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai ke kawasan pertanian. Tuntasnya, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam sistem pengairan banyak memberi manfaat kepada sektor pertanian di Belanda. 5. Peningkatan teknologi pertanian Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Antara kemajuan bidang teknologi pertanian di Belanda ialah sistem penggiliran tanaman, sistem penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem tanaman deretan, dan penciptaan peralatan pertanian. Peralatan tengala baru telah dicipta dan digunakan di Gelderland. Kaedah pengiliran tanaman mula dipraktikkan pada abad ke-16 dan ke-17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800. Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan. Tegasnya, peningkatan teknologi pertanian telah membawa kemajuan kepada masyarakat agraria di Belanda dan turut memberi manfaat kepada negara-negara lain. Kesimpulan Masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 mempunyai ciri-ciri tersendiri. Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi menerusi penglibatan dalam bidang pertanian dan penternakan. Mereka turut memberi sumbangan dalam peningkatan teknologi pertanian seperti sistem penggiliran tanaman, sistem pengairan, dan teknologi memelihara kesuburan tanah. Kegigihan masyarakat agraria di Belanda telah menyebabkan negara tersebut muncul sebagai negara yang paling maju dalam bidang pertanian di Eropah pada abad ke-17.
  • 11. 7 Soalan 4 : Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan ke-17. Pendahuluan Menjelang abad ke-16 dan ke-17, muncul masyarakat agraria di Belanda. Masyarakat agraria melibatkan diri dalam aktiviti pertanian dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyara- kat agraria tinggal di kawasan lembah sungai yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian dan pen- ternakan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknologi dan kaedah pertanian dan pen- ternakan. Antara kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda ialah pertanian, industri berasas- kan pertanian, penternakan, industri tenusu dan tanaman hortikultur. Isi-isi penting 1. Pertanian Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan ke 17. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, tanaman dagangan dan tanaman rumput. Sayur-sayuran yang ditanam ialah bebawang, kubis, ketumbar dan lobak. Tanaman bijirin yang diusahakan ialah barli, gandum dan kekacang. Gandum merupakan tanaman bijirin yang penting pada abad ke-17. Tanaman dagangan utama di Belanda ialah biji cole, hemp dan madder. Biji cole ditanam untuk kegunaan sumber minyak. Madder ditanam secara meluas di barat daya Belanda untuk diproses sebagai bahan pewarna dalam industri tekstil.Menjelang abad ke-16, hemp diusahakan di Holland dan Utrecht untuk menghasilkan kanvas, jala dan tali kapal. Jelaslah bahawa, masyarakat agraria menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama mereka pada abad ke-16 dan ke-17. 2. Industri berasaskan pertanian Perkembangan yang pesat dalam sektor pertanian menyebabkan muncul industri berasaskan pertanian. Antara industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah tekstil, linen, pakaian dan minuman keras. Perkembangan industri tekstil berpunca dari penanaman madder. Akar tanaman ini dijadikan serbuk pewarna untuk mewarna kain dan pakaian. Kilang-kilang tekstil didirikan berham- piran bandar Leiden. Industri minuman keras berkembang pada abad ke-16 dan ke-17 disebabkan tanaman hop. Bunga hop digunakan untuk menghasilkan minuman keras. Kilang-kilang memproses minuman keras didirikan di Amsterdam dan Rotterdam. Tuntasnya, industri tekstil dan minuman keras berkembang pesat setelah penanaman madder dan hop oleh petani-petani di Belanda. 3. Penternakan Menjelang abad ke-17, masyarakat agraria di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan. Lembu dan kambing diternak di sekitar bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest. Perkembangan kegiatan penternakan akibat permintaan yang tinggi untuk daging lembu. Petani-petani di Holland dan Friesland terlibat dengan penternakan lembu. Manakala petani-petani di sekitar Pulau Grind, Pu- lau Taxel dan Wieringen menternak kambing untuk menghasilkan susu dan keju. 4. Industri tenusu Industri tenusu menjadi sebahagian dari kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Belanda. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai pengeluar hasil tenusu seperti susu lembu, keju dan men- tega di dunia. Industri susu lembu dijalankan di kawasan pinggir laut Belanda. Kandang lembu yang dilengkapi dengan peralatan memproses susu lembu didirikan di Amstelland. Industri membuat keju berkembang pesat sehingga Belanda muncul sebagai pengeluar keju terbesar dunia. Mereka menghasilkan keju dengan menggunakan teknologi yang tinggi dan dipasarkan di seluruh Eropah. Industri mentega terdapat di daerah Rijnland dan Delfand. Kilang membuat mentega terdapat di ban- dar Leidan yang merupakan pusat pengeluar mentega bermutu tinggi. Tuntasnya, Belanda terkenal sebagai pusat industri tenusu yang terkemuka di dunia.
  • 12. 8 5. Tanaman hortikultur Masyarakat agraria di Belanda jugaterlibat dalam bidang hortikultur yang meliputi tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. Perkembangan pesat dalam pembandaran menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur di De Langedijk dan Enkuizen. Penanaman sayur-sayuran seperti ku- bis, lobak merah, bawang dan ketumbar tertumpu di kawasan De Langedijk dan Beverwjik. Buah- buahan ditanam secara meluas di Aalsmeer dan Boskoop. Buah-buahan khususnya strawberi diek- sport ke seluruh Eropah. Selain itu, pengusaha pusat hortikultur juga mengutamakan tabaman bunga- bungaan. Bunga tulip dan hop ditanam secara meluas. Bunga hop yang digunakan untuk membuat minuman keras di tanam di kawasan sekitar Sungai Maas, Hertogenbosch dan Veen. Kesimpulan Masyarakat agraria di Belanda telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang penter- nakan dan pertanian dan penternakan. Ekoran perkembangan pesat dalam bidang pertanian dan penternakan, muncul industri berasaskan pertanian dan tenusu. Penggunaan kaedah dan teknik baru menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang paling maju dalam bidang pertanian di Eropah. Belanda akhirnya muncul sebagai negara pengeluar hasil pertanian dan penternakan utama di Eropah pada abad ke-16 dan ke-17. Soalan 5 : Huraikan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat agraria di China dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Pendahuluan Masyarakat agraria merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian. Antara ciri masyarakat agraria ialah menjalankan aktiviti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan, mempunyai kemahiran membina sistem pengairan, petempatan terletak di sekitar lembah sungai yang subur, mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah, dan mencipta peralatan-peralatan pertanian baru. Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China. Berikut adalah merupakan kemajuan masyarakat agraria di China dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17. Isi-isi penting 1. Jenis tanaman Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan ke-17 bersi- fat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman tradisi utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lem- bah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Terdapat juga penanaman padi bukit di utara China. Seba- hagian besar daripada penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Tanaman ma- kanan lain yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah gandum, barli dan oat. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman komersial mula diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan ialah tembakau, kapas mulberi dan tebu. Tanaman kapas diusahakan secara meluas di Kiangsu dan Sungkiang merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Jelaslah baha- wa terdapat pelbagai tanaman diusahakan oleh masyarakat agraria di China dan petani adalah tulang belakang dalam menghasilkan makanan kepada penduduk. 2. Kemahiran mencipta sistem pengairan Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Selain itu, mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi. Pam
  • 13. 9 yang digerakkan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia untuk mengepam air ke kawasan pengairan juga digunakan. Empangan di bina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Sebagai contoh, projek pengairan di Sichuan merupakan usaha dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Dengan ini terbukti bahawa sistem pengairan yang dicipta dapat membekalkan air dan membolehkan tanaman hidup subur. 3. Pengetahuan menjaga kesuburan tanah Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah pertanian. Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah pertanian. Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu, petani menggunakan baja asli daripada najis ternakan lembu dan kambing secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Dengan ini jelas bahawa masyarakat agraria di China mengambil berat tentang kesuburan tanah demi kelangsungan aktiviti pertanian yang mereka usahakan. 4. Kemajuan teknologi pertanian Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah. Selain itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Kaedah pertanian juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Tuntasnya, penciptaan teknologi pertanian oleh masyarakat agraria memudahkan aktiviti pertanian dijalankan. 5. Pemilikan tanah pertanian Tanah adalah milik kerabat diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga diraja telah meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522. Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal kerabat Diraja. Pada masa pemerintahan maharaja Jiaqing, jabatan ini menguruskan pentadbiran tanah seluas 4 juta mu. Terbukti bahawa masyarakat agraria dikawal oleh golongan pemerintah dari segi pemilikan tanah pertanian. 6. Pengkhususan pengeluaran pertanian Masyarakat agraria China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran pertanian mengikut daerah atau kawasan. Tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan. Teh dan daun mulberi untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kiangsu. Kapas dikeluarkan di daerah Kiangsu dan utara China. Terdapat juga industri berasaskan pertanian seperti perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan. Tuntasnya, masyarakat agraria di China membuat pengkhususan pengeluaran hasil pertanian bagi setiap daerah di China pada abad ke-16 dan ke-17. 7. Sistem Cukai Petani yang tidak memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah (bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan tanah. Pada zaman Ming sehingga zaman Qing, para petani membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian. Petani dikehendaki menyerahkan antara 50- 60 peratus daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581, sistem cukai baru diperkenalkan sebagai cukai tunggal. Petani hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang perak. Jelaslah bahawa cara pembayaran cukai juga mengalami perkembangan atau perubahan dalam kegiatan pertanian masyarakat agraria di China. Kesimpulan Masyarakat agraria di China merupakan komuniti yang penting bukan sahaja kerana sum- bangannya dalam penghasilan barang makanan, tetapi yang paling penting golongan ini merupakan kelompok terbesar dalam masyarakat. Pemerintah amat mementingkan golongan ini bukan sahaja sebagai sumber pendapatan utama negara melalui dasar percukaian malah boleh dimanfaatkan se- bagai tenaga kerahan jika negara diancam oleh musuh.
  • 14. 10 Soalan 6 : Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim Portugal pada abad ke-16 sehingga ke-17. Pendahuluan Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti yang be- rasaskan kelautan. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangaan, perikanan dan pengumpulan hasil laut. Kemunculan masyarakat maritim di negara Eropah dapat di kesan sejak abad ke-15. Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-16 dan ke-17 masihi. Orang Portugis adalah bangsa Eropah terawal yang mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut pada abad ke-16. Perkembangan ini menyebabkan lahirnya masyarakat maritim yang terdiri da- ripada pelayar,peneroka, pelaut dan pedagang. Tegasnya terdapat beberapa ciri masyarakat maritim yang berkaitan dengan perkembangan kerajaan maritim seperti di Portugal. Isi-isi penting 1. Kegiatan Ekonomi Ciri pertama masyarakat maritim di Portugal ialah penglibatan dalam aktiviti ekonomi be- rasaskan kelautan. Aktiviti utama masyarakat maritim Portugal adalah perdagangan. Mereka men- jalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan-pelabuhan seperti Antwerp dan Lisbon. Mereka membekalkan hasil tempatan kepada para pedagang asing yang singgah di pelabuhan tersebut. Mereka juga membeli dan mengedarkan barang dagangan daripada pedagang asing yang singgah di pelabuhan tersebut. Masyarakat maritim juga melancarkan ekspedisi ke timur untuk menguasai perdagangan rempah. Selain aktiviti perdagangan masyarakat maritim juga terlibat di dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan membina kapal. Tuntasnya aktiviti ekonomi masyarakat maritim bergantung sepenuhnya kepada laut seperti perdagangan dan mengumpul hasil laut. 2. Petempatan Ciri kedua masyarakat maritim Portugal adalah petempatan mereka terletak berhampiran laut. Masyarakat maritim biasanya tinggal di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepu- lauan. Kedudukan mereka yang berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di muara sungai seperti Ant- werp dan Lisbon. Pelabuhan-pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pembekal hasil tempatan, membeli barangan dagangan daripada pedagang antarabangsa dan pusat pengedaran barang da- gangan kepada para pedagang. Jelaslah bahawa petempatan masyarakat maritim dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang berasaskan laut. 3. Kemahiran Dalam Pelayaran dan Membina Kapal Ciri yang seterusnya adalah masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam pe- layaran lautan luas. Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan teknologi pe- layaran di Portugal ialah Putera Henry. Beliaua mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres Portugal untuk memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi. Disamping itu sekolah ini juga mencipta pelbagai jenis peralatan untuk memudahkan pelayaran. Antara peralatan yang dicipta ialah kompas, magnetik dan astrolab. Penciptaan astrolab dapat menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah laut. Secara tidak langsung penggunaan peralatan ini membantu pelayar-pelayar Portugal melancarkan ekspedisi pelayaran ke timur. Di samping itu juga mereka mencipta peta pelayaran. Sebenarnya orang-orang Eropah mempunyai peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada kurun ke-15 masihi. Masyarakat maritim Portugal juga mempu- nyai kemahiran membina kapal dan perahu. Dalam konteks ini mereka mampu membina kapal yang mampu belayar di lautan lepas. Misalnya orang Portugis memiliki kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini dibina dengan menggunakan teknologi yang tinggi me- mandangkan akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh. Jelaskan masyarakat Portugal mempu- nyai kemahiran dalam pelayaran dan teknologi perkapalan sehinggga berjaya melakukan banyak ek- spedisi pelayaran ke kawasan luar.
  • 15. 11 4. Penjelajahan dan Penerokaan Ciri masyarakat Portugal seterusnya adalah pendedahan kepada aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Mereka mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan. Menjelang abad ke-15 masihi, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi untuk mencari jalan laut ke Timur. Sebagai contoh Bartholomeaw Diaz belayar ke Tanjung Harapan yang terletak dibahagian selatan Afrika pada tahun 1487. Pada Julai 1497, Vasco Da Gama pula pula telah melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel 1. Ekspedisi tersebut terdiri daripada 180 anak kapal dan empat buah kapal seberat 1230 tan setiap satu. Beliau Berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan 1497 tiba di Malindi. Beliau meneruskan pelayaran merentas lautan Hindi dan selamat tiba di Calicut, India pada tahun 1498. Ringkasnya masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran yang tinggi dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan. 5. Sifat Ingin Tahu Selain itu, ciri lain yang terdapat pada masyarakat maritim Portugal adalah sifat ingin tahu yang kuat. Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan penjelajahan. Mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain. Contohnya pelayar Portugal mempunyai keiginan untuk mencari Prestor John, iaitu raja yang memerintah kerajaan Kristian di Afrika. Mereka mahu mendapatkan bantuan Prestor John bagi menguasai kerajaan Islam di Maghribi. Semangat ingin tahu ini juga mendorong mereka menjalankan kajian mengenai bentuk mukabumi, iklim, dan cuaca sesuatu tempat. Jelas ternyata semangat ingin tahu menjadi pendorong kepada masyarakat maritim di Portugal untuk melakukan penerokaan dan penjelajahan. 6. Semangat keterbukaan Ciri yang seterusnya masyarakat marititm Portugal adalah memiliki semangat keterbukaan. Semangat keterbukaan masyarakat maritim Portugal ini menyebabkan mereka sanggup belayar ke Kawasan-kawasan baharu dan menjalin hubungan dengan masyarakat tempatan. Ekoran daripada hubungan tersebut berlaku pemindahan idea dan teknologi. Masyarakat maritim Portugal bersedia mempelajari ilmu dan teknologi baharu daripda orang Arab dan China. Contohnya mereka menggunakan astrolab yang merupakan peralatan yang dihasilkan oleh orang Arab. Mereka juga turut mempelajari teknologi membuat kompas daripada orang Cina. Perkembangan ini telah me- lahirkan golongan intelek yang berperanan penting dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan baru. 7. Memiliki sifat berani Ciri terakhir masyarakat maritim Portugal adalah memiliki sifat berani. Sifat berani yang dimiliki menyebabkan masyarakat ini berani menghadapi cabaran dan dugaan. Mereka sanggup menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan bencana alam seperti gelombang, rebut taufan dan juga lanun. Pengalaman yang nereka terima ketika mengharungi lautan menjadikan mereka lebih berani. Contohnya Ferdinand Magellen telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada bulan September 1519. Dalam pelayaran tersebut Magellen terpaksa menghadapi cabaran seperti kekurangan bekalan makanan dan kerosakan kapal. Walau bagaimanapun beliau tetap meneruskan pelayaran meskipun didesak oleh anak-anak kapal agar berpatah balik. Tindakan beliau ini menunjukkan Magellen adalah tokoh yang sangat berani menghadapi cabaran sepanjang perjalanan sehingga belaiau dikenali sebagai orang pertama belayar mengelilingi dunia. Sesungguhnya sifat berani telah berjaya menjadikan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul. Kesimpulan Kesimpulannya masyarakat maritim Portugal memberi sumbangan dalam bidang perdagangan, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan. Mereka mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangan dan mengasaskan koloni tanah jajahan di Timur. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang unggul di dunia pada abad ke-16 dan ke-17.
  • 16. 12 Soalan 7 : Sejauh manakah faktor geografi membolehkan wujudnya masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 dan ke-17. Pendahuluan Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti kelautan dan kegiatan perdagangan. Masyarakat ini terdiri daripada pedagang, pelaut, ahli pelayaran dan juga nelayan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 masihi lagi. Masyarakat maritim Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Vietnam dan Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegitan perdagangan dengan pelabuhan-pelabuhan lain di Asia Tenggara. Menjelang abad ke-16 Jepun mengamalkan dasar buka pintu engan menggalakkan kehadiran pedagang barat ke negara tersebut. Kehadiran pedagang barat menyebabkan Jepun telah bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia. Memang tidak dapat dinafikan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim didorong oleh faktor kedudukan Jepun yang stategik dari segi geografi. Namun begitu kemunculan mereka juga didorong juga oleh faktor-faktor yang lain. Isi-isi penting Isi wajib 1. Kedudukan Geografi Faktor geoagrafi Jepun dari segi kedudukan dan bentuk muka bumi membolehkan Jepun menjadi masyarakat maritim. Dari segi goegrafi negara ini terdiri daripada beberapa pulau seperti Kyusu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu yang dikelilingi oleh laut. Oleh yang demikian petempatan-petempatan lebih tertumpu d ikawasan pesisir pantai. ni memudahkan mereka menjalankan aktiviti kelautan, seperti berdagang, menangkap ikan dan mengutip hasil laut seperti mutiara diperkampungan Yokohama. Lebihan pengeluaran akan membolehkan mereka memperdagangkan hasil yang diperolehi. Penduduk yang tinggal di muara sungai juga memperkembangkan aktiviti di pelabuhan Kyusu, Hiroshima, Nagasaki dan Shimoda. Pelabuhan-pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di pelabuhan maka berlakulah perkembangan masyarakat maritim dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Jelaslah bahawa kedudukan geografi membolehkan Jepun menjadi masyarakat maritim, Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang dapat dikaitkan dengan kemunculan mereka. Isi-isi Lain 2. Teknologi Perkapalan Antara faktor lain yang mendorong kemunculan Jepun sebagai masyarakat maritim ialah keupayaan Jepun dari segi teknologi perkapalan. Ramai rakyat Jepun terdedah kepada kemahiran membina kapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar iaitu Shuinsen yang dibina menggunakan teknologi yang tinggi dan dilengkapi dengan senjata. Teknologi ini membolehkan Jepun mampu belayar ke jarak yang jauh, seperti ke pelabuhan luar Asia Tenggara. Mereka juga membina kapal seperti Higaki-Kaisen dan Taru-Kaisen yang digunakan untuk perdagangan di dalam negara yang melibatkan laluan Osaka dengan Edo. Pelbagai jenis kapal lain dengan pelbagai kegunaan turut ada di Jepun seperti kapal Higaki sebagai kapal kargo. Kapal Taru digunakan untuk menghantar tong-tong arak dari Osaka. Jelaslah teknolgi perkapalan yang semakin berkembang membantu kemajuan masyarakat maritim Jepun.
  • 17. 13 3. Teknologi Pelayaran Seterusnya faktor yang membantu Jepun menjadi masyarakat maritim adalah perkembangan teknologi pelayaran.Perkembangan teknologi pelayaran membolehkan Jepun melahirkan pelayar-pelayar yang menguasai ilmu kelautan, kaedah pelayaran, penggunaan nautika, perkapalan dan penggunaan kartografi. Teknologi pelayaran semakin berkembang apabila Jepun menerima pedagang-pedagang barat seperti Portugal dan Sepanyol. Kepakaran dalam bidang ilmu pelayaran membolehkan mereka mampu belayar jarak jauh seperti ke Korea, China dan Asia Tenggara. Jelaslah ilmu pelayaran yang dimiliki oleh masyarakat Jepun membantu kemunculan Jepun sebagai masyarakat maritim. 4. Dasar Kerajaan Jepun Selain itu faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai masyarakat maritim adalah dasar kerajaan. Pemerintah Jepun menjalankan dasar buka pintu dan ini meyebabkan Jepun terdedah kepada pengaruh luar dari Asia dan juga barat. Menjelang akhir abad ke-16 , pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun. Hubungan dagang ini membolehkan Jepun menyerap ilmu seperti ilmu pelayaran yang dapat meningkatkan teknologi perkapalannya. Jelaslah bahawa dasar kerajaan Jepun ini merancakkan lagi kegiatan maritim Jepun. 5. Galakan Pemerintah Di samping itu juga kewujudan masyarakat maritim di Jepun juga dibantu oleh faktor galakan pemerintah. Pemerintah juga memberi galakan agar rakyat terlibat dalam aktiviti perdagangan. Semasa pemerintahan Toyotomi Hideyosi beliau sangat berminat di dalam aktiviti perdagangan. Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang di seberang laut. Malah beliau turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea. Beliau turut mengawal kegiatan perdagangan dengan negara asing dengan mengawal segala aktiviti di Pelabuhan Nagasaki pada tahun 1587. Selain itu juga semasa pemerintahan Shogun Tokugawa turut memberi galakan rakyat terlibat di dalam aktiviti perdagangan maritim. , Contohnya Tokugawa Ieyasu menjalankan dasar perdagangan Shuinsen, iaitu kapal yang berdagang dengan kapal asing dikehendaki memiliki mohor merah. Dasar yang dijalankan ini menyebabkan lebih ramai golongan bangsawan terlibat dalam aktiviti perdagangan. Maka hal ini jelaslah menunjukkan dasar kerajaan Jepun mendorong kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. 6. Perkembangan Perdagangan Selain itu perkembangan aktiviti perdagangan turut menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Semasa zaman Ashigaka, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di Jepun. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara. Menjelang zaman Tokugawa, pedagang Jepun menjalin hubungan perdagangan dengan China, Korea dan Vietnam. Menjelang zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun. Sesungguhnya kedatangan pedagang asing menyebabkan muncul masyarakat maritim di Jepun. 7. Kemunculan Pelabuhan Selain itu juga faktor yang mendorong kewujudan masyarakat maritim adalah kemunculan pelabuhan-pelabuhan di Jepun. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan di Jepun menyebabkan munculnya pelabuhan entreport . Antara pelabuhan entreport yang penting pada abad ke-16 ialah pelabuhan Kyushu, Nagasaki dan Shimoda. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang Jepun dan juga pedagang-pedagang luar negara. Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugis berlabuh di pelabuhan Kyushu. Jelaslah kemunculan pelabuhan-pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
  • 18. 14 8. Pengaruh Luar Seterusnya kemunculan masyarakat maritim juga disebabkan oleh pengaruh luar. Menjelang abad ke-16 Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal. Menjelang akhir abad ke-16 ramai pedagang Portugal melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dengan Jepun. Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki. Menjelang abad ke-17 pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan dengan Jepun. Perdagangan dengan barat telah menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat. Sesungguhnya perkembangan ini meletakan asas bagi kemunculan masyarakat maritim Jepun. Kesimpulan Kesimpulannya faktor keadaan geografi di negara Jepun merupakan faktor semulajadi kepada wujudnya masyarakat maritim di Jepun. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong Jepun menjadi masyarakat maritim. Perkembangan masyarakat maritim telah memberi kesan dan sumbangan yang besar kepada perkembangan perdagangan dan membawa kepada kemunculan kelas pedagang yang kemudiannya berjaya menubuhkan kesatuan pedagang yang mengiatkan lagi ekonomi Jepun. Kesan positif juga dapat dilihat di dalam bidang lain yang berkaitan dengan aktiviti perkapalan dan perdagangan antarabangsa. Soalan 8 : Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada awal abad ke-16 hingga ke-17 meninggalkan kesan kepada bidang ekonomi dan sosial. Bincangkan pernyataan ini. Pendahuluan Jepun merupakan sebuah negara yang berjaya muncul sebagai sebuah kuasa maritim menjelang abad ke-15 masihi. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang amat bergantung kepada aktiviti kelautan seperti perdagangan, perikanan dan pengumpulan hasil laut. Perkembangan perdagangan telah membolehkan Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Korea dan Vietnam. Kesannya Jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritim sehingga meninggalkan kesan-kesan dalam aspek ekonomi dan sosial. Isi-Isi Penting Kesan Ekonomi 1. Penggunaan Mata Wang Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah menyebabkan belakunya perkembangan ekonomi mata wang. Menjelang abad ke-14, pedagang Jepun menggunakan mata wang secara meluas dalam urusniaga. Penggunaan mata wang telah menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat. Menjelang abad ke-15 kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi. Kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah menyebabkan penggunaan mata wang perak meningkat. Menjelang abad ke-17 pedagang Jepun membekalkan mata wang tembaga kepada Vietnam. Contohnya Maharaja Vietnam iaitu Nguyen Phuc Tran telah memohon untuk mendaptkan bekalan mata wang tembaga daripada Jepun pada akhir abad ke-17. Shogun Tokugawa memdirikan kilang pembuatan mata wang di Nagasaki untuk menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan secara meluas dalam urusniaga. Menjelang zaman Hideyoshi, mata wang syiling emas, perak dan tembaga digunakan dalam aktiviti perdagangan. Sesungguhnya kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah meningkatkan penggunaan mata wang di dalam aktiviti perdagangan.
  • 19. 15 2. Perdagangan Luar Negeri Seterusnya kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah menyebabkan hubungan perdagangan Jepun dengan negara luar berkembang dengan pesat. Pada zaman Ashikaga pedagang Jepun telah menjalankan hubungan perdagangan dengan negara di Asia Tenggara. Hubungan perdagangan anatara Jepu dengan Vietnam berkembang pesat pada abad ke-16. Perkembangan ini disebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan segala aktiviti perdagnagn dengan Jepun. Hubungan perdagangan Jepun antara China dan Korea berlangsung sejak abad ke-3 masihi lagi dan hubungan ini berterusan sehingga abad ke-16 dan ke-17. Selain itu juga Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan dengan pihak barat terutamanya dengan Portugal. Pada tahun 1542 pedagang Portugal telah mendarat di pelabuhan Kyushu dan menjelang 1550 banyak kapal dagang Portugal belabuh di situ. Pada zaman Tokugawa hubungan perdagangan terjalin dengan beberapa kuasa barat seperti Sepanyol, Belanda dan British. Jelaslah bahawa kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah meluaskan lagi perdagangan luar negeri Jepun. 3. Persatuan Pedagang Kesan seterusnya adalah kemunculan Persatuan Pedagang di Jepun. Pedagang Jepun menubuhkan Persatuan Dagang adalah untuk menjaga hak dan kebajikan mereka. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pekan dan di bandar-bandar besar. Selain itu pedagang barat juga menubuhkan Persatuan Dagang. Sebagai contoh, orang Belanda menubuhkan Perasatuan Dagang di Kyushu pada tahun 1609. Selain Persatuan Dagang, Persatuan Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga ditubuhkan. Selain itu pusat pertukaran wang juga ditubuhkan dibandar-bandar besar di Jepun. Tuntasnya kemunculan Persatuan Dagang adalah kesan daripada perkembangan ekonomi maritim di Jepun. 4. Pengkhususan Pekerjaan Seterusnya kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim juga telah menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan. Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan, perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabakan munculnya golongabn pedagang dan artisan. Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu orang Jepun melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera bermutu tinggi. Jelaslah bahawa perkembangan yang pesat dalam perdagangan maritim di Jepun menyebabkan masyarakat Jepun terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi. 5. Perkembangan Kegiatan Perindustrian dan Perlombongan Di samping itu juga kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah mengalakkan perkembangan sektor perindustrian. Menjelang abad ke-16, sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat. Antara industri yang berkembang pesat di Jepun adalah industri tekstil, tembikar, industri kertas dan barangan logam. Menjelang abad ke -17, industri tembikar dan porselin merupakan industri penting di Jepun. Begitu juga industri tekstil. Sebagai contoh industri kain kapas berkembang di Kinai manakala industri sutera berkembang di Fukushima. Selain itu, Selain itu industri perlombongan juga berkembang dengan pesat. Penggunaan mata wang dalam urus niaga mengalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas, perak dan tembaga meningkat. Jelaslah bahawa perkembangan perdagangan maritim di Jepun telah mengembangkan lagi kegiatan perindustrian dan perlombongan.
  • 20. 16 6. Kemunculan Kelas Pedagang Selain itu juga kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim juga menyebabkan kemunculan kelas pedagang. Perkembangan yang pesat di dalam aktiviti perdagangan menyebabkan muncul kelas perdagang di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi meyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah. Menjelang abad ke-17 golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi menguruskan perniagaan mereka. Pedagang-pedagang Jepun juga menubuhkan persatuan pedagang dibandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka. Tegasnya perkembangan pesat dalam sektor perdagangan di Jepun telah menyebabkan munculnya kelas pedagang. Kesan Sosial 7. Penyebaran Agama Kristian Dari segi sosial kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim membawa kepada penyebaran agama Kristian. Kesanggupan Jepun untuk berdagang dengan kuasa luar telah menyebabkan Jepun terpaksa menerima kedatangan para mubaligh Kristian.yang ingin mengkristiankan penduduk Jepun. Terdapat pemimpin atau Syogun yang menyambut baik kehadiran mubaligh dan ada juga yang bertindak sebaliknya. Paderi Kristian daripada mazhab seperti Jesuit, Dominican dan Franciscan me- nyebarkan agama Kristian di Jepun. Pada tahun 1582, terdapat 150,000 orang Kristian dan lebih da- ripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut agama Kristian di Jepun terdiri daripada golongan petani dan golongan bangsawan. Jelaslah perkembangan perdagangan di Jepun telah meyebabkan masyarakat Jepun menerima kemasukan agama Kristian ke negara mereka. 8. Barangan Luar digunakan secara meluas Kesan seterusnya adalah masyarakat Jepun menggunakan barangan luar secara meluas. Perkembangan perdagangan yang melibatkan pihak luar negeri menyebabkan banyak barangan luar dibawa masuk ke Jepun. Contohnya barangan luar seperti tembakau, jam, cermin, topi, seluar panjang dan roti digunakan secara meluas oleh penduduk Jepun. Jelaslah kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim membolehkan penduduk Jepun menggunakan barangan luar secara meluas. 9. Penerimaan Perkataan Asing Akhir sekali kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah memberi kesan dari segi penggunaan perkataan asing dalam bahasa Jepun. Perkataan-perkataan asing digunakan secara meluas dalam perbendaharaan bahasa Jepun. Contohnya perkataan Portugis iaitu pao (roti) dan bo- san (butang). Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah jabon (sabun). Manakala perkataan Belanda yang diterima dalam bahasa Jepun ialah doek (itik). Jelas ternyata kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah menyebabkan bahasa Jepun telah diresapi dengan perkataan-perkataan asing. Kesimpulan Kesimpulannya Jepun merupakan sebuah kerajaan maritim yang kuat di sebelah timur. Perkembangan dari segi perdagangan telah membantu masyarakat Jepun menerima pelbagai kesan sama ada di dalam aspek ekonomi mahu pun di dalam aspek sosial.
  • 21. 17 Soalan 9 : Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19. Pendahuluan Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan mesin. Kemunculan masyarakat industri di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap kedua bermula pada tahun 1860an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti system pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga telah mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Antara industri baru yang muncul pada era ini ialah seperti elektrik, kimia,petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan pula adalah seperti kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan. Sesungguhnya terdapat beberapa ciri masyarakat industri di Jerman. Isi-Isi Penting 1. Kegiatan Ekonomi Ciri masyarakat industri di Jerman adalah kegiatan ekonomi masyarakat tertumpu kepada sektor perindustrian. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak telah menyumbang perkembangan sektor perindustrian di Jerman seperti industri arang batu, bijih besi dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke-19. Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara tahun 1860 hingga 1870. Pengeluaran bijih besi juga turut meningkat daripada 1.5 juta tan pada tahun 1871 hingga 8.5 juta tan pada tahun 1900. Kemunculan pengusaha terkemukam seperti Alfred Krupp telah berjaya mengeluarkan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah dan kehidupan yang lebih sihat. Pada tahun 1870-1914 Jerman mengambil tempat England dalam industri kulit. Kemajuan dalam industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland dan Silesia. Bandar Berlin pula berperanan dalam meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman dengan menggunakan mesin-mesin moden. Industri perkapalan turut dimajukan di Bremen, Hamburg dan Elby. Ciptaan-ciptaan baru mula berkembang di Jerman. Ia telah mencetuskan inovasi baru dalam teknologi seperti kemunculan syarikat kimia dan elektrik telah menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik. Ia juga membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat Siemens dan Martin telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9juta tan kepada 13,6 juta tan. Jelaslah bahawa perkembangan sektor perindustrian adalah ciri penting masyarakat industri di Jerman. 2. Kemajuan Sistem Pengangkutan Selain itu ciri masyarakat industri di Jerman juga adalah kemajuan dalam sistem pengangkutan. Masyarakat industri di Jerman juga mencapai kemajuan dalam sistem pengangkutan. Kemajuan yang pesat di dalam industri besi dan keluli telah membawa kepada perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman. Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah yang lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke begara Eropah yang lain. Pada tahun 1913, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100juta pound sterling. Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman. Tegasnya perkembangan sistem pengangkutan di Jerman terutamanya perkhidmatan kereta api merupakan ciri masyarakat industri di Jerman
  • 22. 18 3. Kemajuan Kewangan Selain itu ciri masyarakat industri di Jerman juga berkait rapat dengan kemajuan sistem kewangan. Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas. Perkembangan sistem perbankan di Jerman telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an, Bank of Prussia berfungsi sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870 dan Dresdener Bank (1872). Melalui sistem perbankan ini, munculah kelas pengusaha industri baru pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank. Bantuan modal telah membolehkan pihak bank mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri. Secara tidak langsung juga hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas, kain dan bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut. Jelaslah sekali kemajuan sistem kewangan telah membantu Jerman berkembang menjadi masyarakat industri 4. Perluasan Perdagangan Antarabangsa Di samping itu ciri masyarakat industri di Jerman dapat dilihat dari segi perluasan perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1870an berlaku perkembangan perindustrian di Jerman. Ini menyebabkan berlakunya pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 sehingga tahun 1912. Daripada perkembangan tersebut perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan usaha mendapatkan tanah jajahan menjadi salah satu agenda negara. Pada tahun 1887, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera di sana. Tegasnya perkembangan perdagangan antarabangsa Jerman menjadikan Jerman sebagai sebuah masyarakat industri 5. Dasar Kerajaan Jerman Perkembangan masyarakat industri di Jerman juga berdasarkan kepada dasar kerajaan Jerman. Pada tahun 1879 Jerman telah menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar perlindungan industri. Hal ini membantu pihak industri menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 hingga tahun1910. Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Kerajaan Jerman juga menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir. Selain itu banyak pusat kesihatan dibina dengan kos pembiayaan sebanyak 2/3 ditanggung oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan. Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah untuk mengawal pemikiran rakyat. Selain itu kerajaan Jerman mengawal pengurusan kilang, firma, kartel, dan bank-bank. Kerajaan Jerman juga memberi fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah. Kerajaan juga telah mengenakan tarif ke atas barangan import agar tidak bersaing dengan barangan tempatan dan mengekalkan nilai mata wang. Tidak ketinggalan juga masyarakat industri Jerman berkait dengan hal kejuruteraan manusia. Sekolah-sekolah Teknik dibuka bagi menyediakan golongan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif. Sesungguhnya penglibatan kerajaan Jerman melalui dasar yang dilaksanakan membolehkan Jerman melahirkan masyarakat industri 6. Kemajuan dalam teknik Penyelidikan Selain itu masyarakat industri Jerman juga memaparkan kemajuan dalam teknik penyelidi- kan. Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar. Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiti. Beberapa perbadanan Jerman
  • 23. 19 telah memberi sumbangan besar dalam mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidi- kan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang. Menjelang akhir abad ke-19, Jerman menjadi pelo- por utama dalam industri kimia dan elektrik. Jelas ternyata, ciri utama masyarakat industri Jerman adalah berdasarkan kepada kemajuan pesat dalam bidang penyelidikan 7. Kejuruteraan Manusia Di samping itu kemunculan masyarakat industri Jerman juga berkait juga dengan hal keju- ruteraan manusia. Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik dibuka bagi menye- diakan golongan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif. Selain itu, lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan „spirit de corps‟. Kesimpulan Kesimpulannya jelas ternyata masyarakat industri Jerman meruapakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan ekonomi negara mereka. Perkembangan sektor perindustrian yang pesat di Jerman telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa imperialis untuk mendapat- kan lebih banyak bahan mentah, seterusnya menjadikan Jerman sebuah negara perindustrian yang disegani di Eropah. Soalan 10 : Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19. Pendahuluan Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Di Jerman Kemunculan masyarakat industri bermula dengan perkembangan Revolusi Perindustrian yang bermula pada tahun 1860 hingga 1914. Pada era ini muncul industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan serta keluaran sampingan seperti kereta, radio, kapal terbang dan kain tiruan. Perkembangan yang sangat pesat dalam bidang perindustrian meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman. Tegasnya terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman. Isi-Isi Penting 1. Penyatuan Jerman Faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman adalah penyatuan Jerman pada tahun 1871. Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan Jerman pelbagai usaha telah di ambil untuk membangunkan sektor perindustrian. Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyeragamkan mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan perundangan. Di samping itu sistem pengangkutan dan komunikasi seperti kereta api, jalan raya, telegraf dan pos turut dimajukan. Kerajaan turut melaksanakan dasar perlindungan kepada bidang perindustrian. Penyatuan politik yang muncul selepas penyatuan Jerman turut merangsang pertumbuhan sektor perindustrian. Kerajaan pusat telah menjalankan dasar kebangsaan yang komprenhensif bagi membangunkan sektor perindustrian. Ternyata penyatuan Jerman telah mengembangkan sektor perindustrian secara tidak langsung melahirkan masyarakat industri di Jerman.
  • 24. 20 2. Kemajuan Pertanian Faktor lain yang memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di Jerman adalah kemajuan dalam pertanian. Perkembangan pesat bidang pertanian di Jerman disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi pertanian. Perkembangan teknologi pertanian bermula dengan penerbitan karya berkaitan teknologi pertanian. Contohnya Albrecht Thaer telah menerbitkan karya berjudul Introduction to the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789. Selain itu Justus Vin Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan baja kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Penemuan-penemuan saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Tegasnya penggunaan kaedah pertanian saintifik meletakkan asas bagi kelahiran masyarakat industri di Jerman. 3. Kemajuan dalam Penyelidikan Seterusnya kemunculan masyarakat industri di Jerman juga dibantu oleh kemajuan di dalam bidang penyelidikan. Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman. Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal tersebut. Dengan ini Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baru dalam bidang perindustrian. Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang. Perkembangan ini meyebabkan sektor industri berkembang dengan pesat dan meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman. 4. Penghapusan Sistem Guild Selain itu juga kemunculan masyarakat industri di Jerman didorong oleh penghapusan sistem guild. Dalam sistem ini seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam gulid selama beberapa tahun. Pengalaman di dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri didalam bidang perindustrian. Sistem ini didapati menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman sebelum 1871. Oleh itu apabila kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan dalam guild secara tidak langsung tiada lagi sekatan untuk menjalankan kegiatan perindustrian. Ternyata perkembangan ini menjadi platform Jerman muncul sebagai masyarakat industri. 5. Penghijrahan Penduduk ke Bandar Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman ialah penghi- jrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Pernghijrahan penduduk luar bandar banyak membantu perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, 3/4 penduduk menetap di luar bandar. Selepas penyatuan Jerman ramai penduduk berhijrah ke bandar. Contohnya menjelang tahun 1871 terdapat lapan buah bandar di Jerman yang mempunyai bilangan penduduk seramai 100,000 orang. Selepas penyatuan Jerman proses perbandaran berkembang dengan pesat dan muncul bandar-bandar baru di seluruh negara. Pada masa ini muncul bandar-bandar perusahaan seperti Ruhr, Silesia, Saxony dan Berlin. Kebanyakan penduduk yang tinggal dibandar bekerja dalam sektor perindutrian. Sehingga tahun 1910 terdapat 48 buah bandar di seluruh Jerman. Jelas ketara, Penghijrahan penduduk menyebabkan industri perkembang pesat di Jerman sehingga menyebabkan munculnya masyarakat industri. 6. Penubuhan Institusi Kewangan Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman ialah penubuhan institusi kewangan. Penubuhan institusi kewangan seperti bank dan koperasi memainkan peranan penting dalam kelahiran masyarakat industri di Jerman. Matlamat utama penubuhan bank dan koperasi adalah memberikan bantuan kewangan dan pinjaman jangka panjang kepada penduduk di luar bandar. Contohnya menjelang 1911 terdapat 25, 000 kesatuan kredit di Jerman kesatuan
  • 25. 21 kredit yang terkenal adalah Schulze Delitzsch. Antara bank yang terkenal yang ditubuhkan di Jerman adalah Dresdenar Bank (1872). Bantuan kewangan yang diberikan oleh koperasi dan bank menyebabkan muncul banyak industri di Jerman. Jelas sekali perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman. 7. Galakan Kerajaan Selain itu kemunculan masyarakat industri di Jerman juga didorong oleh galakan kerajaan Jerman. Kerajaan Jerman telah mengambil langkah yang proaktif untuk mengembangkan sektor perindustrian. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan Jerman adalah bertindak menamatkan dasar perdagangan bebas pada tahun 1879. Selaras dengan tindakan ini kerajaan mula memberi perlindungan kepada sektor perindustrian. Perubahan dasar ini telah meyebabkan berlaku pertumbuhan yang pesat dalam perindutrian antara tahun 1872 hingga 1910 dan juga melahirkan ramai pekerja industri di Jerman. Jelaslah sekali galakan kerajaan melalui langkah-langkah perlindungan telah merangsang pertumbuhan perindustrian di Jerman dan meletakan asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman. Kesimpulan Kesimpulannya terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman. Masyarakat industri di Jerman memberi sumbangan tenaga, kepakaran, daya kreativiti dan inovatif dalam membangunkan sektor perindustrani. Perkembangan ini menjadikan Jerman sebagai sebuah negara terunggul dalam bidang perindustrian berbanding negara-negara lain.
  • 26. 22 TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN Soalan 11 : Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Maharaja China dalam bidang eksekutif dari abad ke 16 hingga 20. Pendahuluan Negara China merupakan negara yang mengamalkan sistem beraja pada abad ke-16 hingga akhir abad ke-20. Dalam pemerintahan beraja yang diamalkan di negara China, Maharaja China mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal pemerintahan kerana maharaja menduduki hierarki yang teratas dan menjadi ketua negara. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif, perundangan dan kehakiman. Maharaja China adalah kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan China. Maharaja memainkan peranan yang penting dalam segala bidang, termasuk dalam bidang eksekutif. Isi-isi penting 1. Menetapkan dasar kerajaan Maharaja mempunyai peranan yang besar dalam kuasa eksekutif iaitu menjadi orang yang memutuskan segala dasar kerajaan. Dalam menetapkan dasar kerajaan, baginda akan mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak Sekretariat Agung. Sekretariat Agung ini akan memainkan peranan untuk membantu maharaja menyelia dan menyelaras Enam Badan Menteri. Sekretariat ini akan membantu maharaja dalam membuat keputusan mengenai dasar- dasar negara. Di samping itu, baginda juga menerima cadangan dan pandangan berhubung polisi negara daripada Majlis Agung. Majlis Agung telah ditubuhkan pada tahun 1729 bagi mengambil alih tugas dan peranan yang dimainkan oleh Sekretariat Agung. Oleh itu, peranan maharaja dalam menetapkan dasar negara adalah sangat besar dan penting kerana ia menentukan hala tuju negara China serta mengukuhkan kedudukan mutlak maharaja. 2. Mengendalikan hal ehwal luar negara Peranan kedua maharaja dalam bidang eksekutif adalah menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa asing. Baginda membuat keputusan untuk menghantar utusan dan perwakilan ke negara lain. Selain itu, maharaja akan mengetuai upacara menerima kunjungan duta-duta asing ke China. Baginda menetapkan dasar dan hubungan luar kerajaan dengan negara lain. Dalam menetapkan hubungan luar, baginda dibantu oleh Jabatan Hal Ehwal Kolonial. Dasar luar China juga berbeza mengikut dinasti dan semua hal ini adalah mengikut keputusan yang ditetapkan oleh maharaja. Contohnya pada dinasti Ming, Maharaja China telah membenarkan kuasa barat berdagang di China. Manakala pada zaman dinasti Ching, Maharaja China telah mengamalkan dasar tutup pintu iaitu dasar pengasingan. Tuntasnya, kebijaksanaan maharaja dalam mengendalikan hal ehwal luar penting dalam mempertahankan kedudukan maharaja dan untuk menjaga kedaulatan negara. 3. Menguruskan hal ehwal kakitangan awam Peranan ketiga maharaja dalam bidang eksekutif adalah menguruskan hal ehwal kakitangan awam. Baginda juga berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan. maharaja juga mempunyai kuasa untuk meluluskan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan. Baginda juga mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar yang setia kepadanya. Maharaja China juga berkuasa mutlak untuk melantik pegawai tadbir di peringkat wilayah dan daerah. Pegawai-pegawai ini akan menjalankan tugas atas arahan maharaja. Contohnya pada zaman Dinasti Ming, maharaja yang melantik pegawai awam, pegawai tentera dan pegawai pengawas di peringkat wilayah. Manakala pada Dinasti Ching, gabenor dan pegawai daerah dilantik oleh maharaja untuk mentadbir di peringkat wilayah. Jelas ternyata, pengurusan kakitangan awam penting untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar di China.
  • 27. 23 4. Menguruskan pentadbiran pusat Peranan seterusnya dalam bidang eksekutif adalah menguruskan pentadbiran peringkat pusat. Dalam konteks ini, maharaja merupakan ketua pentadbir di peringkat pusat. Baginda dibantu oleh Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis. Majlis Penasihat memainkan peranan sebagai badan penasihat kepada maharaja . Majlis ini terdiri daripada enam kementerian iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementeriaan Perang, Kementeriaan Keadilan dan Kementerian Kerja Raya. Lembaga Penapis berperanan mengawasi dan memaklumkan segala tindak tanduk pembesar kepada maharaja. Lem- baga Penapis juga bertanggungjawab dalam urusan surat-menyurat dan pentadbiran. Badan ini memberi penerangan kepada maharaja mengenai perkara-perkara penting mengenai pegawai- pegawai kerajaan. Tuntasnya, pentadbiran pusat yang kukuh dapat melahirkan kestabilan politik dan mengukuhkan kedudukan maharaja. 5. Menguruskan pentadbiran wilayah Peranan maharaja selanjutnya dalam bidang eksekutif adalah menguruskan pentadbiran di peringkat wilayah. Maharaja melantik gabenor bagi mengendalikan pentadbiran di peringkat wilayah. Gabenor dibantu oleh pesuruhjaya bagi menguruskan hal kewangan, kehakiman dan pendidikan. Dalam bidang ketenteraan, komander dilantik untuk mengawal wilayah. Pentadbiran daerah diterajui oleh majistret daerah. Antara peranan majistret daerah adalah mengutip cukai, memelihara keamanan dan menyelesaikan pertikaian. Pentadbiran peringkat kampung, bandar dan pekan dikendalikan oleh penduduk tempatan. Contohnya, Dinasti Ching telah memperlihatkan pentadbiran wilayah yang diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja. Justeru, sistem pentadbiran wilayah yang teratur mengukuhkan kedudukan maharaja. Kesimpulan Maharaja menjalankan pentadbiran dengan cekap dan teratur dengan bantuan daripada pembesar. Baginda menggunakan kuasa dalam bidang eksekutif bagi menetapkan dasar dalam dan luar Negara. Baginda Berjaya mengawal pentadbiran pusat dan wilayah dengan mewujudkan sistem pentadbiran bercorak birokratik. Sistem pemerintahan monarki melahirkan kestabilan politik dan ekonomi di negara China. Soalan 12 : Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia. Pendahuluan Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 iaitu selama 36 tahun. Beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan keagamaan yang telah menyebabkan Rusia boleh mencapai kemajuan standing dengan negara Eropah yang lain. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke Negara-Negara Eropah Barat seperti Jerman, Belanda, Austria, Britian dan Perancis. Kemajuan yang dicapai oleh Negara-Negara Eropah Barat mendorong Peter The Great untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia. Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh Peter The Great bagi mengukuhkan pemerintahan monarki mutlak di Rusia. Isi-isi penting 1. Pemerintahan Langkah pertama yang diambil oleh Peter The Great dalam mengukuhkan kedudukannya adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan. Semasa pemerintahan Peter, sistem pentadbiran Rusia telah disusun semula. Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur. Selain itu, beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sobor dan Prikazi. Pada tahun 1711, Duma dan Zemski Sobor digantikan dengan Majlis Senat yang
  • 28. 24 mempunyai sembilan orang ahli. Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk mengurangkan beban tugas anggota senat. Peter menekankan konsep kolektif semasa membuat keputusan. Peter juga telah bertindak untuk memindahkan pusat pemerintahan dari Moscow ke St. Petersburg pada tahun 1721. Jelas ternyata, pembaharuan yang dilakukan oleh Pter mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah kuasa mutlak di Rusia. 2. Ekonomi Langkah kedua yang diambil oleh Peter The Great dalam mengukuhkan pemerintahan monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi. Peter mengambil langkah-langkah bagi membangunkan sektor perindustrian. Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat dan industri pembuatan. Selain itu kerajaan pusat memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian. Peter turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia. Di samping, industri berat seperti industri besi dan keluli, industri tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan.Industri besi dan keluli telah dimajukan di Ural. Buktinya, bilangan kilang di Rusia telah bertambah daripada 21 buah pada tahun 1682 kepada 200 buah kilang pada tahun 1725. Peter juga memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk menambahkan perbendaharaan negara. Contohnya, Peter memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada tahun 1718 dan rakyat perlu membayar cukai tidak langsung. Antara cukai yang diperkenalkan adalah seperti cukai madu lebah, tepung, ikan dan roti serta cukai kepala. Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara turut meningkat.Pertambahan perbendaharaan ini telah membantu membiayai peperangan dan perluasan kuasa. Jelaslah bahawa perubahan yang dilakukan oleh Peter dalam bidang ekonomi meningkatkan pendapatan negara dan mengukuhkan kedudukannya. 3. Pendidikan Langkah ketiga yang diambil yang dilakukan oleh Peter The Great adalah melakukan pembaharuan adalah dalam bidang pendidikan. Dalam konteks ini, Peter memberi penekanan kepada kemajuan dalam bidang pendidikan. Peter menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu. Semasa pemerintahan Peter, sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia, antara sekolah yang didirikan di Rusia ialah The Navigator School dan Naval Academy. Sekolah-sekolah ini memberi penekanan dalam bidang aritmetik, geometri, geografi dan pelayaran. Peter merancang pembinaan sebuah univesiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science dan perkara yang diajar di universiti ini adalah seperti ilmu fizik, matematik dan sejarah. Peter juga menekankan kerja menterjemah bahan bacaan dari luar negara. Justeru, pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan pembangunan Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia. 4. Keagamaan Langkah utama yang lain adalah melakukan pembaharuan dalam bidang keagamaan. Peter The Great telah mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran gereja. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimilki gereja. Peter bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya. Beliau memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilakih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks. Peter juga melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya dalam badan tersebut. Peter juga mengambil banyak langkah untuk mengukuhkan kedudukan agama kristian ortodoks dengan memberi arahan kepada para mubaligh supaya mempelajari bahasa tempatan dan menterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan. Mubaligh-mubaligh turut dihantar dan tinggal dengan keluarga yang ditetapkan oleh Peter. Peter juga memastikan kuasa Islam Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat bukan Rusia di bahagian selatan empayar Rusia seperti Kazakh, Karakalpak, Bashkir dan Noggay yang beragama Islam untuk menumbangkan empayar Rusia. Peter mahu kumpulan minority memberi sokongan kepada Rusia dan bukannya pada kerajaan Islam. Tuntasnya, pembaharuan dalam agama mengukuhkan kedudukan Peter The Great dengan menguasai institusi gereja.
  • 29. 25 5. Ketenteraan Langkah terakhir yang diambil Peter The Great dalam mengukuhkan kedudukan monarki adalah melalui pembaharuan dalam bidang ketenteraan. Peter telah mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera yang kuat. Matlamat utama beliau ialah menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk. Pada tahun 1695, Peter melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov. Peter juga telah berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova. Baginda berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian Nystadt. Tuntasnya, kejayaan Peter menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18. Kesimpulan Peter The Great telah mengambil langkah proaktif dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, agama dan sosial.Pembaharuan yang dilakukan oleh Peter telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemerintah multak di Rusia. Pemerintahan Peter merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan monarki di Rusia. Pembaharuan yang dilakukan oleh Peter menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Beliau meletakkan asas yang kukuh bagi Rusia mencapai kemajuan pada abad-abad yang seterusnya. Soalan 13 : Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China dari abad ke 16 hingga 20. Pendahuluan Menjelang abad ke 16 hingga abad ke 20, sistem pemerintahan monarki amat kukuh di negara China. Dalam sistem pemerintahan ini, maharaja sebagai ketua negara dan dibantu oleh golongan pembesar. Golongan pembesar memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran monarki di negara China. Mereka berperanan sebagai tulang belakang kepada maharaja bagi mempertahankan kedudukannya.Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem Peperiksaan Awam. Pembesar wiayah memiliki kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di peringkat wilayah. Peranan pembesar China adalah amat luas dan dapat dilihat dalam bidang pentadbiran, perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi dan agama. Isi-isi Penting 1. Pentadbiran Peranan utama pembesar dalam sistem pemerintahan monarki di Negara China adalah dalam bidang pentadbiran. Pembesar menjalankan tugas melalui beberapa unit seperti Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis. Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah. Mereka membantu maharaja dalam perlantikan, pemecatan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan. Mereka memegang jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar dilantik oleh maharaja sebagai gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi.Pembesar diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah. Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai Gentry. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah dan gabenor yang sentiasa berhubung dengan pemerintahan pusat. Selain itu, pembesar juga dilantik sebagai majistret daerah untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah. Tuntasnya, pembesar merupakan tulang belakang maharaja dalam menghuruskan hal-hak pentadbiran negara.
  • 30. 26 2. Perundangan Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang perundangan. Pembesar memainkan peranan untuk menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Tugas perundangan dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai Sekretariat Agung. Mereka turut membantu maharaja untuk menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara. Selain itu mereka membantu maharaja menyediakan draf undang-undang, edit undang-undang yang sudah disediakan dan warkah diraja. Pembesar turut menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Justeru, pembesar memainkan peranan membantu maharaja menegakkan undang-undang serta memelihara keamanan dalam negara. 3. Kehakiman Peranan pembesar selanjutnya adalah dalam bidang kehakiman. Pembesar-pembesar di China memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal kehakiman. Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah. Mereka menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman. Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes rayuan. Terdapat pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang menguruskan kehakiman di peringkat provinsi. Jelas ternyata, pembesar membantu maharaja dalam menguruskan hal ehwal kehakiman bagi memelihara kesejahteraan rakyat. 4. Ketenteraan Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ketenteraan. Pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera. Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera. Pembesar akan membentuk pasukan tentera di peringkat wilayah. Mereka berperanan memulihkan keamanan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing. Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja. Kekuatan dan kekuasaan maharaja bergantung kepada pembesar yang memikul tanggungjawab sebagai ketua tentera. Justeru, pembesar bertanggunjawab dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam negara. 5. Ekonomi Peranan pembesar seterusnya adalah dalam bidang ekonomi. Dalam hal ini, pembesar- pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian. Pembesar juga menganggotai lembaga hasil dalam negara yang menguruskan hal kutipan cukai. Mereka berperanan untuk mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan menguruskan pendaftaran tanah. Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada maharaja. Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi dan daerah. Dalam pada itu, majistret daerah ditugaskan untuk mengutip cukai di peringkat daerah. Selain itu, terdapat juga pesuruhjaya bagi menguruskan garam, cukai dan bijirin. Tuntasnya, pembesar berperanan membantu maharaja dalam melicinkan pengurusan ekonomi serta mengukuhkan kedudukan ekonomi negara. Kesimpulan Pembesar-pembesar memainkan peranan membantu maharaja menjalankan pentadbiran negara. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem pemerintahan monarki di China. Maharaja mengukuhkan kedudukan dengan mengawal pembesar-pembesar di wilayah. Pada zaman Ching, wujud persaingan dalam kalangan pembesar untuk menguasai kerajaan pusat. Persaingan ini menjejaskan kestabilan politik dan meletakan asas bagi keruntuhan kerajaan Ching.