Dewasa ini guru di pelbagai peringkat amnya dan di sekolah khususnya mulai kehilangan 'jiwa pendidik' dalam pelaksanaan PDP nya. Berikut adalah beberapa tips untuk para guru kekal berjiwa pendidik dalam mengharungi dunia keguruan dan pendidikan yang serba mencabar ini.
Dewasa ini guru di pelbagai peringkat amnya dan di sekolah khususnya mulai kehilangan 'jiwa pendidik' dalam pelaksanaan PDP nya. Berikut adalah beberapa tips untuk para guru kekal berjiwa pendidik dalam mengharungi dunia keguruan dan pendidikan yang serba mencabar ini.
Program Pemulihan Khas ialah satu usahamengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitanpembelajaran khususnya dalam menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
2. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabangdaripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianyajuga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalambahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khaskepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapimasalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.PendidikanPemulihan berbeza daripada pendidikan ataupengajaran biasa Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guruyang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelaspemulihan selalunya lebih kecil daripada kelasbiasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitumenepati kehen
Program Pemulihan Khas ialah satu usahamengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitanpembelajaran khususnya dalam menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
2. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabangdaripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianyajuga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalambahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khaskepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapimasalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.PendidikanPemulihan berbeza daripada pendidikan ataupengajaran biasa Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guruyang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelaspemulihan selalunya lebih kecil daripada kelasbiasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitumenepati kehen
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...MNafisAndana
The material for spatial networks is one of the materials that is classified as difficult for students to understand. Therefore, not a few students who get low results in this material. This is influenced by several factors, among others, teachers who have not used learning models and media that make it easier for students to understand this material. There are still many teachers who only use the blackboard as a medium in conveying material, even though the material for building space nets is not enough if only explained using writing, there must be media that can provide an overview to students so that they can understand it. The research method used in this research is experimental. The experimental method is the most chosen and most productive method in research (Emzir, 2014: 64). Experiment is a practical way to learn something by changing conditions and observing their effect on other things. Experimental research is intended to determine the purity of the influence of X on Y. From the pretest conducted to 5 children, the average result is 77.5. while the post-test got an average of 95. Based on the results of the pretest and post-test, the geogebra learning media in the learning of geometrical nets is very effective.
Keywords: Geogebra, Learning Media, Building Space Networks
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
Resos
1. 1.0 Pendahuluan.
Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah
murid yang berbeza latar belakar kebolehnya.Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan
peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan
teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta
strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan
dan konsep pelajaran yang dipelajari,
Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu
mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku.
Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan.Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D,
3D dan maujud.Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan
memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran.Selain itu, resos yang digunakan
perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari
segi penggunaannya.
Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai
resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan
teknologi.Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman
kini.
Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia
ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi
praktikum. Oleh itu dengan bimbingan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan
dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik.
Posted by nurfadhillah ghazali at 23:53No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan
Menghasilkan PdP yang berkesan
2.0Esei Pendek
2.1 Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan
PdP yang berkesan
2. Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa
interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian
murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan
pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar
atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.
Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar
yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek
yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan menerima apa
yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang
akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik
Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang
alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang
pelajar.
Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada
berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan
pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu
mengajar’.
Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan
berdasarkan pengalaman.Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan
pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara
dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri
konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.
Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan
pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar
3. (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah
Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan
bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah
alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk
gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan
seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).
Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah
dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh
pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara
membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi
warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.
Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan
teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan
peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan
software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead
projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder),
alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari
adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.
Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat
yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh
menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang
berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam
pembelajaran seharian.
Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang
digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk
dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut
4. sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi
maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan
lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.
Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos
yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih
lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti
lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau
disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga
dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan,
tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.
Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu
simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana
resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak
langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu,
pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik.
Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran
bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan
panjang.
Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara
berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat
diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran
murid tersebut
Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik
untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi
semasa menggunakan resos adalah Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan
5. menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid
sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.
Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan
memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu
pelajaran.Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan
tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.
Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan
warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi
Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru
menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat
berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan tidak
berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.
Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalah Menghasilkan pembelajaran yang lebih
kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita
sering didedahkan dengan pepatah dari Confucius bahawa ‘i hear i forget i see i remember i do
i understand’. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos semasa pembelajaran
dan pembelajaran ini berlangsung.
Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid
memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid
kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya.
Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan kapur
atau papan putih dan ‘pen marker’, pengajaran juga tidak dapat dijalankan dengan berkesan.
Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran
yang dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik
dan sebagainya untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep
pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru.
6. Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan memberikan
murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos
yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri untuk
memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif boleh
digunakan semasa menggunakan resos dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ
murid dapat berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos
yang telah disediakan oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan
membimbing murid sahaja.
Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak
diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu secara menyeluruh untuk
sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang
diuruskan serta beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid
menggunakan resos yang dibuat.
Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan pembelajaran
kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara
lisan tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami
secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan resos murid tersebut
dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai
apa yang ingin diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.
Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah
cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Abakus dipilih kerana resos ini
memberi impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran
matematik.Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran
pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid.Murid juga
dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan
semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus.
7. Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2
kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus
Kementerian Pelajaran Malaysia.Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga
peringkat pemikiran kompleks.Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam
menyelesaikan masalah menggunakan abakus.
Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada permulaan
proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah
dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan
diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus.
Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat
kerana kami ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru
menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.
Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara iaitu
membantu dan memantau aktiviti murid.Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid
perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut.Kemudian mereka perlu
membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus.
Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan
rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui
abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.
Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan
nilai tempat tersebut dengan senang.Murid juga boleh membanding-beza yang mana
satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil.Bukan itu sahaja, murid juga dapat
menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu
menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang
dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan
setiap nilai nombor.Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai
8. menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk
menumpukan dengan penuh perhatian.
Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan boleh dibuat
mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga mudah dan senang. Jika
saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh
menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit.Hal ini demikian
kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang untuk
merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut.
Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti
guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan penggunaan abakus atau
lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan
hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di
sekolah.
Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah dekak-dekak
yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti keberkesananya dalam subjek
matematik.Bukan itu sahaja, tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh
digunakan pada bila-bila masa.Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa
pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-
murid.Dekak-dekak merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar memudahkan murid-
murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang dapat dipegang dandilihat
membolehkan murid-murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya
dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.
Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang mendalam
kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok Multi-asas (juga
dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan
9. Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran
matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat
teori-teori tentang bagaimana struktur matematik boleh diajar.Gred awal menggunakan
penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian.
Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok Dienes. Blok dienes
adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi konsep
penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi.Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar
sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu
dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak.Pada umumnya
adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat
menggunakannya dengan selesa.
Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk belajar konsep-konsep
asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh
memanipulasi blok dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-
dimensi an dibuat bahan-bahan yang terpakai dan sebagainya.
Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat membezakan kumpulan
nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat
pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya menegak, jika
nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah
dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan
pergiraan.
Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam pengajaran
matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-guru sebagai
konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri
tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila
menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik penting
dalampembelajaran prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal perkembangan
10. kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa
merekabergerak kepada pembelajaran tinggi.Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar menggunakan
Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka "membina" dan membaca nombor
disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar
daripada yang paling dekat nilai,digit tempat.
Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru terutamanya untuk
menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat ilmu yang
sepatutnya.Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan
dengan bijak untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang
menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama
lain. Selain itu, penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah
tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai
kebaikan dan kelebihan tersendiri.
Posted by nurfadhillah ghazali at 22:00No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
3.0 Membina Resos - DEKAK-DEKAK
3.0 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN RESOS
Memandangkan topik yang kami pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam
lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina
dekak-dekak. Dekak-dekak merupakan resos utama kami bagi menyokong
pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang akan kami jalankan
melalui pengajaran mikro. Idea pembinaan dekak-dekak ini tercetus setelah kami
berkolaborasi bersama-sama dengan Encik Norhawan bin Misiran dan menyatakan
kepada beliau tentang apa yang kami ingin lakukan. Selain itu, kami juga turut membina
sampul surat, kad nombor, lembaran kerja dan juga video bagi menjayakan lagi proses
PdP.
3.1 Penghasilan Dekak-dekak
11. Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan
polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan
oleh murid-murid sekolah rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru
untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh dibina
mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu mudah untuk
dibentuk dan juga dipotong.
Rajah 3.1.1 : Tapak Dekak-Dekak
Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut
daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang
ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami
12. ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan
ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang
tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.
Rajah 3.1.2 : Tiang Dekak-Dekak
13. Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak
Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada polisterin dan
boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik perhatian murid-murid, tetapi
bentuk kesemua bentuk buah tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang
dipilih, maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian
tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan
tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut
digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua
buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua buah ke
dalam rumah ratus.
15. Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang
Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan
kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga
mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.
17. Rajah 3.1.7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam
3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah
Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan
buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor
yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink
dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke
dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah
kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah.
Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3 buah di rumah ratus, puluh
18. dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan
operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak.
Add caption
Posted by nurfadhillah ghazali at 20:30No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
4.0 Rancangan Pelajaran Harian – Tugasan Berkumpulan
22. Posted by nurfadhillah ghazali at 19:00No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
5.0 Refleksi Pengajaran Mikro
5.0 Refleksi Microteaching.
Oleh : Nur Fadhillah Binti Ghazali
23. Unit : PISMP 5.11 (MATEMATIK)
Assalamualaikum.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dan pasangan saya
selesai menjalani micro teaching MTE 3110.Kami mendapat tajuk Operasi dan kami memilih
operasi tambah sebagai topic pengajaran kami.Saya dan pasangan saya Nur Amalina Syamimi
telah berbincang beberapa kali untuk merancang bagi memilih tahun yang sesuai untuk dijadikan
sebagai pengajaran dalam micro teaching.Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tahun 3
dan topiknya adalah operasi tambah dalam lingkungan 10000.
Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama.Saya berasa amat
gementar untuk sebelum menghadapi microteaching.Saya dan pasangan menghadapi pelbagai
rintangan sebelum dapat menyiapkan bahan untuk microteaching.Pada bulan ini, jadual semester
5 agak padat dengan pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar semester 5 ke
praktikum pada 1 April 2013. Kami perlu membahagikan masa sebijaknya untuk menyiapkan
bahan bantu mengajar untuk microteaching kali ini.
Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk meminta pandangan
dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk mincroteaching. Kami sangat berterima kasih
kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk kami dan memberikan nasihat, pandangan,
rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching.
Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal
perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian
Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah
kami siapkan. Kelemahan yang saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching
adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak
teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan arahan.
Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di hadapan dan
mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja, saya merasakan saya sangat kalut
semasa mengajar sambil menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa saya menggunakan
manila kad yang perlu digantung pada paku, paku itu telah tercabut dan memakan masa saya
24. untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada masa itu kerana saya sibuk membetulkan manila
kad tersebut.
Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya dapat mengawal
suara saya yang gementar kepada suara saya yang normal dan saya masih boleh senyum semasa
berhadapan dengan para pelajar.Saya juga merasakan lontaran suara saya jelas dan boleh
didengar oleh satu kelas. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan bahan bantu mengajar kami
agak menarik kerana bahan itu adalah bahan maujud dan boleh digunakan oleh murid itu sendiri
untuk lebih memahami konsep operasi tambah dengan lebih berkesan.
Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching akan datang adalah
saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata semasa saya mengajar. Selain itu, saya juga
perlu menanamkan dalam diri saya agar menjadi lebih tegas tetapi mesra dengan pelajar.
Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu mempunyai unsur
kecindan pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya serta tidak dingin. Bukan itu sahaja, saya
juga merasakan saya perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan menggunakan sebaik
mungkin bahan bantu mengajar supaya memberikan kesan kepada yang positif kepada para
pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih memahami konsep yang guru ingin pelajari.
Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di praktikum kelak
kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang yang kreatif untuk mempelbagaikan
cara sewaktu mengajar dan perlu bijak mengawal kelas tanpa menggunakan suara yang lantang
dan garang agar murid lebih mesra dan lebih dekat dengan guru.
Posted by nurfadhillah ghazali at 17:30No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
7.0 Refleksi Individu
7.0 REFLEKSI
25. Assalamualaikum.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.
Saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing saya Datin
Zaitun bt Othman kerana sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini
dijalankan. Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan buah fikiran
yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini dengan baik.
Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang
tidak sangat bermakna pada diri saya.Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari satu
topic pengajaran dalam silibus dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH)
selama satu jam.Saya dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi
tambah dalam lingkungan 10 000 tahun 3.Kami telah berbincang beberapa kali untuk
mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti.Selain itu, kami juga telah berbincang
dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan panduan bagi menyiapkan
rancangan pengajaran harian yang baik.
Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat
sinonim dengan kerjaya seorang guru.Sebagai seorang guru, mereka perlu mahir
dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti untuk memudahkan kelancaran
semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlaku.RPH yang baik adalah RPH yang
mengandungi spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk.Saya
mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala saya terlepas
pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang dipupuk, strategi dan teknik yang
ditekankan dalam RPH.Oleh itu, RPH yang dihasilkan pada oleh saya pada kali
pertama telah dikritik dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing.Namun
demikian, saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan setelah
mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing.Saya kini lebih yakin untuk ke
praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk membuat RPH berbanding semester
sebelum-sebelum ini yang dulunya terkial-kial untuk membuat RPH.
26. Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos untuk
digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah
dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan En Hawan untuk meminta buah
fikiran selain meminta bantuan Datin untuk memberikan idea untuk mencipta resos.
Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk
membuat dekak-dekak bersaiz gergasi.En Hawan telah sarankan kami untuk membuat
dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan murid.
Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya katakan, saya
tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan bercorak.Oleh itu, saya meminta
nasihat rakan-rakan lain untuk membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami
telah membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak
tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan beberapa helai kertas
berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah kelalaian saya dengan penggunaan
benda tajam.Saya tidak sedar saya menggunting tangan saya sendiri semasa
menggunting kertas.Saya hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas.Punca saya
cuai semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk kerana
semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain selain tugasan kerja
kursus.Namun demikian, Alhamdulillah, saya akhirnya dapat siapkan resos yang
dikehendaki pada masa yang telah ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang
singkat dengan baik untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir
sama.
Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan ‘microteaching’ di
hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas.Microteaching ini perlu
dilakukan mengikut RPH yang telah disiapkan.Bukan itu sahaja, microteaching ini juga
dilakukan secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah untuk
seorang.Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup.Saya berasa amat
gemuruh semasa menjalani microteaching.Hal ini demikian kerana, ini bukannya
perkara yang sering dilakukan, lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun.Baju saya hampir
basah kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar.Namun saya
27. masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang bergetar. Hal ini demikian,
jika suara bergetar, saya tidak dapat meneruskan proses microteaching kerana akan
tersangkut-sangkut.
Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik nafas
panjang untuk menghilangkan ketakutan.Saya juga membuat beberapa kesalah
semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah dengan resos yang
digunakan.Oleh itu, dari situ saya telah membuat dalam 3 minit.Masa yang diberikan
hanyalah 20 minit setiap kumpulan.Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang
untuk melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu medium
yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk berpraktikum pada awal April
kelak. Setelah video yang telah direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen
yang membina agar meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan
datang. Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video tersebut.
Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang dikehendaki untuk
membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya semua tugasan matematik MTE
3109.Capaian yang di dalam blog tersebut perlulah mudah.Datin telah member
cadangan untuk menggunakan perisian blogspot.Pada mulanya saya berasa risau
kerana saya tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis blog.Namun
dengan bantuan rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca
dan dilihat oleh pensyarah pembimbing, Saya mengambil masa juga untuk mempelajari
perlahan-lahan dalam penggunaan pembuatan blog.Blog adalah satu medium
berteknologi yang kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita ada.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan kerja
kursus ini dijalankan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu
dunia penuh manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar
saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik untuk
mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya.Sekian terima kasih.
28. Posted by nurfadhillah ghazali at 15:30No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
8.0 Penutup
8.0 Penutup
Secara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas ini secara tidak langsung dapat
menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak
dengan nombor melalui pengajaran mikro. Selain itu, pelajar juga dapat mengesan cara
bagaimana untuk mengukuhkan konsep Matematik yang perlu ditanam pada diri murid-murid
melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan ini memerlukan
pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan berbincang untuk mencipta resos yang terbaik
untuk digunakan.
Kerjasama yang baik dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim
sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk berbaik-baik semasa insane Selain itu, kerja
yang dilakukan akan lancar dan dan tidak mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan
kerana mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak ansur sesama sendiri.
Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping dunia yang kian
maju kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari zaman dulu hingga kini, jumlah
pengguna teknologi mengalami kenaikan yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah pelajar
menggunakan teknologi sebagai satu medium cara menyampaikan ilmu pengetahuan Matematik.
Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan pelbagai medium
mengikut kreativiti seseorang guru bagaimana untuk mendidik anak bangsa. Sebagai guru yang
cemerlang dan baik, guru itu sendiri perlu memahamikan akar pelajaran tersebut iaitu konsep
sesuatu topik, barulah ilmu itu akan berkembang.