1.0

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk
dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di
negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi
orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan
dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan
pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan
hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki
blaus. Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan
melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.
Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan
fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod
kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran
badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos.
Projek akhir jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan
ukuran untuk patung bersaiz sederhana (M) mengikut senarai ukuran piawai yang telah
diberikan. Kemudian, mendraf pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus.

1
2.0

CETUSAN IDEA

Perekaan projek merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka bentuk yang di
adaptasikan dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau pencantuman idea-idea yang telah
dijana boleh diaplikasikan bagi membantu penghasilan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif.
Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen, marker, pensil, dan
pensil warna. Beberapa proses reka cipta perlu dilakukan oleh seseorang pereka bagi
menghasilkan produk yang berkualiti. Tema rekaan boleh dibuat dari pelbagai sumber
semulajadi seperti kehidupan manusia, alam flora dan fauna dan imaginasi. Tema merupakan
idea utama dalam sesuatu rekaan. Penentuan tema akan mencetuskan inspirasi dalam rekaan.
Berikut adalah 3 cetusan idea yang saya buat dan cetusan idea yang ketiga menjadi pilihan saya.

2
3
4
5
6
3.0

PENGGUNAAN FABRIK

FABRIK YANG DIGUNAKAN (Fabrik Cotton)

Fabrik yang digunakan dalam membuat blaus adalah fabrik cotton. Pemilihan fabrik ini keranan
fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Penggunaannya di
Malaysia adalah sangat meluas dalam baju Melayu,baju kurung, blaus, Pakaian sekolah,T-shirt
dan sebagainya. Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan terasa amat selesa untuk dipakai dan
biasanya agak keras serta cepat berkedut. Pemilihan fabrik cotton kerana ia sesuai digunakan
untuk membuat blaus selain dapat memudahkan saya untuk menjahit dan membentuk
terutamanya pada bahagian kolar yang dipilih. Fabrik cotton juga tidak licin dan memudahkan
saya untuk membuat ukuran dengan tepat semasa mengunting selain ia mudah dijahit. Struktur
fabrik cotton juga tidak mudah tertanggal dan memudahkan saya untuk menjahit hiasan
berbanding dengan fabrik lain strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik cotton yang
digunakan saya juga murah berbanding fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat
menjimatkan kos blaus yang ditugaskan. Selain itu, fabrik yang digunakan adalah tidak bercorak
bagi memudahkan saya untuk memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang diperlukan pada
fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah
bergantung pada fabrik yang dipilih.
7
3.1

Mengambil Ukuran Bahagian Blaus
-

Lebar bahu
Ukur dari hujung tulang
bahu kiri hingga ke
hujung tulang bahu
kanan

-

Labuh lengan panjang
Ukur dari hujung tulang
bahu kanan hingga ke
pergelangan tangan
mengikut labuh lengan
yang bersesuaian

-

Bukaan tangan lengan
panjang
Ukur lilitan hujung
pergelangan tangan

-

Keliling dada
Ukur lilit di bahagian
dada yang paling besar
dan masukkan satu jari
untuk kelonggaran

-

Keliling pinggang
Ukur lilitan di bahagian
pinggang yang paling
ramping dan masukkan
satu jari untuk
kelonggaran

8
-

Keliling pinggul
Ukur lilitan di bahagian
pinggul yang paling besar
dan masukkan satu jari
untuk kelonggaran

-

Labuh baju
Ukur dari bahu hingga ke
paras labuh yang
bersesuaian

-

Keliling leher
Ukur lilitan di pangkal
leher dan masukkan satu
jari untuk kelonggaran

-

Bahu ke pinggang
Ukur dari pangkal leher
belakang hingga ke
paras pinggang

9
4.0

LANGKAH KERJA

Draft pola asas dan ubah suai pada kertas perang setelah mengambil ukuran pada patung.
Selepas mendraft pola asas, ubahsuai pola asas mengikut kreativiti dan kehendak
rekebentuk blaus yang ingin dihasilkan. Pola yang didraft pada kertas perang adalah badan
hadapan, badan belakang, kolar dan lengan hadapan dan lengan belakang.

Kemudian potong draft ubahsuai yang dibina dengan menyediakan basi jahitan mengikut
rekabentuk yang diingankan pada blaus. Blaus yang diinginkan adalah belah kelepet sama
lebar di bahagian badan hadapan dan terdapat butang dan rumah butang seperti idea rekaan
yang disediakan dalam folio ini.

Pindahkan pola asas yang didraft pada kertas
“elephant paper” dengan mendraft pola badan
hadapan dan belakang, lengan hadapan dan belakang
serta skirt pendek.

10
Tentukan ira kain untuk proses memotong kain
mengikut ukuran yang telah dibuat pada pola
ubahsuai. Ira kain hendaklah mengikut arah anak
panah pada pola ubahsuai.

Tusukkan jarum peniti bagi memastikan pola melekat pada fabrik yang ingin
dipotong. Pastikan jarum peniti ditusuk di bahagian dalam garisan pemadam bagi
memudahkan proses menanda garisan pemadam pada fabrik. Pastikan juga sama ada
fabrik yang perlu dipotong dilipat atau tidak dan bilangan yang diperlukan.

11
Mulakan proses memotong fabrik dengan memotong kesemua bahagian iaitu bahagian
badan hadapan dan badan belakang, lengan hadapan dan belakang dengan berhati-hati bagi
memastikan potongan yang dilakukan tepat dan fabrik yang disediakan mencukupi.

Kemudian pindahkan garisan pemadam pada fabrik yang dipotong
menggudakan roda penyurih dan “tracing paper”. Pindahkan juga
garisan lisu yang dibina iaitu dibahagian belakang dan depan badan

Selepas itu, pindahkan ukuran leher pada pola badan
hadapan sebelah kiri dan kanan pada kertas perang
untuk membina kolar peter pen.

12
Kemudian lakukan proses menjahit tepi atau penyudah
tepi pada kesemua fabrik yang dipotong kecuali pada
bahagian kolar.

Selepas itu, mulakan menjahit dengan menggunakan benang hitam
dan jahit pada kesemua bahagian lisu yang ada. Pastikan gosok
sebelum dan selepas pada garisan pemadam lisu bagi mendapatkan13
bentuk yang baik.
Langkah kedua adalah menjahit bahagian bahu bagi
mencantum bahagian badan hadapan dengan badan
belakang. Jahit kedua-dua bahu iaitu sebalah kiri dan
kanan.

Langkah ketiga adalah mencantum bahagian sisi badan
hadapan dengan badan belakang di kedua-dua sisi kanan
dan kiri.

Langkah keempat adalah mencantum bahagian
lengan bahagian hadapan dengan bahagian
belakang. Jahitkan kedua-dua fabrik sebelah
kanan dan kiri lengan.

14
Langkah kelima adalah mencantum bahagian
lengan dengan badan blaus. Pastikan kelepet
dibuka telebih dahulu bagi proses mencantum
lengan dengan badan blaus. Cantum kedua-dua
belah iaitu kiri dan kanan.

Lengan yang telah siap dicantum b
dengan bahagian badan blaus dan
hasil kesemua langkah 1 hingga langkah lima iaitu proses
mencantum kesemua bahagian kecuali bahagian kolar.

15
Lekatkan bahagian lapik dalam
kolar
dengan
menggosok
menggunakan sterika. Pastikan
lapik “interfacing” dipotong
mengikut bentuk atau ukuran
kolar yang dikehendaki.

Jahitkan atau cantumkan keduadua bahagian atas dan bawah
kolar dengan menjahit mengikut
saiz dan ukuran yang dibina.

Langkah keenam cantumkan kolar peter pen yang telah siap pada bahagian kolar
blaus.

16
Langkah ketujuh, lakukan kemasan dengan menggunakan
jahitan silang pangkah pada bahagian kelepet lengan dan
kelepaet di bahagian belah hadapan serta jahitan mesin
pada bahagian bawah blaus.

Langkah
kelapan,
lakukan
jahitan hiasan pada bahagian
lengan blaus dan bahagian bawah
blaus agar kelihatan cantik.

Langkah kesembilan, lakukan
jahitan butang dan lubang butang
pada blaus.

17
Hasil Blaus Kasual

18
5.0

POLA

19
6.0

PENGIRAAN KOS

Jadual di bawah menunjukkan pengiraan kos bahan dan peralatan yang digunakan untuk
mengahasilkan blaus casual.

Bil Peralatan

Kuantiti

Jumlah

Jumlah

seunit
1

Fabrik

2

RM 2.50

RM 5.00

2

Benang

2

RM 0.80

RM 1.60

3

Kertas perang

2

RM 0.50

RM 1.00

4

Butang

7

RM 0.40

RM 2.80

5

Lubang butang

7

RM 1.00

RM 7.00

6

Renda

4

RM 1.50

RM 6.00

Jumlah Keseluruhan RM 23.40

PENGIRAAN KOS BAGI PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

7.0

KESIMPULAN

Hasil daripada projek akhir jahitan blaus kasual ini ialah dapat membantu pelajar untuk
meningkatkan kemahiran di dalam bidang jahitan. Kemahiran tersebut merangkumi kemahiran
mengambil ukuran badan, melukis pola, menggunakan mesin jahitan dan jahitan kemasan tepi.
Penguasaan kemahiran tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam subjek ini di
mana pelajar dapat menghasilkan blaus masing-masing dengan sendiri. Oleh itu, segala
kemahiran yang dipelajari akan dipraktikkan di dalam kehidupan sehari.

20

Report jahit blaus kasual

  • 1.
    1.0 PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagaijenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki blaus. Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos. Projek akhir jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan ukuran untuk patung bersaiz sederhana (M) mengikut senarai ukuran piawai yang telah diberikan. Kemudian, mendraf pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus. 1
  • 2.
    2.0 CETUSAN IDEA Perekaan projekmerupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka bentuk yang di adaptasikan dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau pencantuman idea-idea yang telah dijana boleh diaplikasikan bagi membantu penghasilan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif. Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen, marker, pensil, dan pensil warna. Beberapa proses reka cipta perlu dilakukan oleh seseorang pereka bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Tema rekaan boleh dibuat dari pelbagai sumber semulajadi seperti kehidupan manusia, alam flora dan fauna dan imaginasi. Tema merupakan idea utama dalam sesuatu rekaan. Penentuan tema akan mencetuskan inspirasi dalam rekaan. Berikut adalah 3 cetusan idea yang saya buat dan cetusan idea yang ketiga menjadi pilihan saya. 2
  • 3.
  • 4.
  • 5.
  • 6.
  • 7.
    3.0 PENGGUNAAN FABRIK FABRIK YANGDIGUNAKAN (Fabrik Cotton) Fabrik yang digunakan dalam membuat blaus adalah fabrik cotton. Pemilihan fabrik ini keranan fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Penggunaannya di Malaysia adalah sangat meluas dalam baju Melayu,baju kurung, blaus, Pakaian sekolah,T-shirt dan sebagainya. Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan terasa amat selesa untuk dipakai dan biasanya agak keras serta cepat berkedut. Pemilihan fabrik cotton kerana ia sesuai digunakan untuk membuat blaus selain dapat memudahkan saya untuk menjahit dan membentuk terutamanya pada bahagian kolar yang dipilih. Fabrik cotton juga tidak licin dan memudahkan saya untuk membuat ukuran dengan tepat semasa mengunting selain ia mudah dijahit. Struktur fabrik cotton juga tidak mudah tertanggal dan memudahkan saya untuk menjahit hiasan berbanding dengan fabrik lain strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik cotton yang digunakan saya juga murah berbanding fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos blaus yang ditugaskan. Selain itu, fabrik yang digunakan adalah tidak bercorak bagi memudahkan saya untuk memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang diperlukan pada fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah bergantung pada fabrik yang dipilih. 7
  • 8.
    3.1 Mengambil Ukuran BahagianBlaus - Lebar bahu Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan - Labuh lengan panjang Ukur dari hujung tulang bahu kanan hingga ke pergelangan tangan mengikut labuh lengan yang bersesuaian - Bukaan tangan lengan panjang Ukur lilitan hujung pergelangan tangan - Keliling dada Ukur lilit di bahagian dada yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran - Keliling pinggang Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk kelonggaran 8
  • 9.
    - Keliling pinggul Ukur lilitandi bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran - Labuh baju Ukur dari bahu hingga ke paras labuh yang bersesuaian - Keliling leher Ukur lilitan di pangkal leher dan masukkan satu jari untuk kelonggaran - Bahu ke pinggang Ukur dari pangkal leher belakang hingga ke paras pinggang 9
  • 10.
    4.0 LANGKAH KERJA Draft polaasas dan ubah suai pada kertas perang setelah mengambil ukuran pada patung. Selepas mendraft pola asas, ubahsuai pola asas mengikut kreativiti dan kehendak rekebentuk blaus yang ingin dihasilkan. Pola yang didraft pada kertas perang adalah badan hadapan, badan belakang, kolar dan lengan hadapan dan lengan belakang. Kemudian potong draft ubahsuai yang dibina dengan menyediakan basi jahitan mengikut rekabentuk yang diingankan pada blaus. Blaus yang diinginkan adalah belah kelepet sama lebar di bahagian badan hadapan dan terdapat butang dan rumah butang seperti idea rekaan yang disediakan dalam folio ini. Pindahkan pola asas yang didraft pada kertas “elephant paper” dengan mendraft pola badan hadapan dan belakang, lengan hadapan dan belakang serta skirt pendek. 10
  • 11.
    Tentukan ira kainuntuk proses memotong kain mengikut ukuran yang telah dibuat pada pola ubahsuai. Ira kain hendaklah mengikut arah anak panah pada pola ubahsuai. Tusukkan jarum peniti bagi memastikan pola melekat pada fabrik yang ingin dipotong. Pastikan jarum peniti ditusuk di bahagian dalam garisan pemadam bagi memudahkan proses menanda garisan pemadam pada fabrik. Pastikan juga sama ada fabrik yang perlu dipotong dilipat atau tidak dan bilangan yang diperlukan. 11
  • 12.
    Mulakan proses memotongfabrik dengan memotong kesemua bahagian iaitu bahagian badan hadapan dan badan belakang, lengan hadapan dan belakang dengan berhati-hati bagi memastikan potongan yang dilakukan tepat dan fabrik yang disediakan mencukupi. Kemudian pindahkan garisan pemadam pada fabrik yang dipotong menggudakan roda penyurih dan “tracing paper”. Pindahkan juga garisan lisu yang dibina iaitu dibahagian belakang dan depan badan Selepas itu, pindahkan ukuran leher pada pola badan hadapan sebelah kiri dan kanan pada kertas perang untuk membina kolar peter pen. 12
  • 13.
    Kemudian lakukan prosesmenjahit tepi atau penyudah tepi pada kesemua fabrik yang dipotong kecuali pada bahagian kolar. Selepas itu, mulakan menjahit dengan menggunakan benang hitam dan jahit pada kesemua bahagian lisu yang ada. Pastikan gosok sebelum dan selepas pada garisan pemadam lisu bagi mendapatkan13 bentuk yang baik.
  • 14.
    Langkah kedua adalahmenjahit bahagian bahu bagi mencantum bahagian badan hadapan dengan badan belakang. Jahit kedua-dua bahu iaitu sebalah kiri dan kanan. Langkah ketiga adalah mencantum bahagian sisi badan hadapan dengan badan belakang di kedua-dua sisi kanan dan kiri. Langkah keempat adalah mencantum bahagian lengan bahagian hadapan dengan bahagian belakang. Jahitkan kedua-dua fabrik sebelah kanan dan kiri lengan. 14
  • 15.
    Langkah kelima adalahmencantum bahagian lengan dengan badan blaus. Pastikan kelepet dibuka telebih dahulu bagi proses mencantum lengan dengan badan blaus. Cantum kedua-dua belah iaitu kiri dan kanan. Lengan yang telah siap dicantum b dengan bahagian badan blaus dan hasil kesemua langkah 1 hingga langkah lima iaitu proses mencantum kesemua bahagian kecuali bahagian kolar. 15
  • 16.
    Lekatkan bahagian lapikdalam kolar dengan menggosok menggunakan sterika. Pastikan lapik “interfacing” dipotong mengikut bentuk atau ukuran kolar yang dikehendaki. Jahitkan atau cantumkan keduadua bahagian atas dan bawah kolar dengan menjahit mengikut saiz dan ukuran yang dibina. Langkah keenam cantumkan kolar peter pen yang telah siap pada bahagian kolar blaus. 16
  • 17.
    Langkah ketujuh, lakukankemasan dengan menggunakan jahitan silang pangkah pada bahagian kelepet lengan dan kelepaet di bahagian belah hadapan serta jahitan mesin pada bahagian bawah blaus. Langkah kelapan, lakukan jahitan hiasan pada bahagian lengan blaus dan bahagian bawah blaus agar kelihatan cantik. Langkah kesembilan, lakukan jahitan butang dan lubang butang pada blaus. 17
  • 18.
  • 19.
  • 20.
    6.0 PENGIRAAN KOS Jadual dibawah menunjukkan pengiraan kos bahan dan peralatan yang digunakan untuk mengahasilkan blaus casual. Bil Peralatan Kuantiti Jumlah Jumlah seunit 1 Fabrik 2 RM 2.50 RM 5.00 2 Benang 2 RM 0.80 RM 1.60 3 Kertas perang 2 RM 0.50 RM 1.00 4 Butang 7 RM 0.40 RM 2.80 5 Lubang butang 7 RM 1.00 RM 7.00 6 Renda 4 RM 1.50 RM 6.00 Jumlah Keseluruhan RM 23.40 PENGIRAAN KOS BAGI PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN 7.0 KESIMPULAN Hasil daripada projek akhir jahitan blaus kasual ini ialah dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran di dalam bidang jahitan. Kemahiran tersebut merangkumi kemahiran mengambil ukuran badan, melukis pola, menggunakan mesin jahitan dan jahitan kemasan tepi. Penguasaan kemahiran tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam subjek ini di mana pelajar dapat menghasilkan blaus masing-masing dengan sendiri. Oleh itu, segala kemahiran yang dipelajari akan dipraktikkan di dalam kehidupan sehari. 20