SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Dalam novel Rentung ( 1983 ) Shahnon memperlihatkan perhatiannya yang bersungguh-sungguh
terhadap permasalahan hidup manusia dan masyarakat bangsanya. Beliau memperlihatkan perasaan
simpati yang amat mendalam terhadap nasib golongan yang malang. Apa yang malang itu, seperti
biasanya di negara kita ini, adalah golongan orang kampung yang terbatas keupayaannya dalam
menghadapi perjuangan hidup. Keterbatasan keupayaan manusia ini diperlihatkan oleh Shahnon
Ahmad dalam novelnya dengan amat mengharukan.

Karya-karya awal Shahnon menonjolkan keterbatasan keupayaan orang-orang kampung berhadapan
dengan kekuatan dan kezaliman alam, termasuk pemusnah-pemusnah di luar kuasa manusia seperti
bencana yang dibawa oleh banjir atau kemarau di samping kemusnahan dan ancaman yang dibawa
oleh makhluk bukan manusia seperti tikus, ular, katak, burung, ketam serta binatang buas dan lainlainnya. Juga ditonjolkannnya keterbatasan keupayaan manusia kampung menghadapi kekuatan
daripada makhluk alam ghaib yang merosakkan seperti puaka, hantu dan sebagainya.

Novel Rentung apabila diteliti ceritanya amat sederhana sahaja; pokoknya ialah konflik antara dua
orang gergasi kampung Banggul Derdap iaitu Semaun, anak Pak Kasa yang pada masa mudanya telah
terkenal sebagai syaitan betul, sehingga selanjutnya dibenci dan disingkiri oleh orang kampungnya.
Nama jahat itu telah beralih kepada anak laki-lakinya, dan sebagai reaksi terhadap benci orang
kampung, maka dia dengan penuh perasaan dendam kesumat terhadap masyarakat desa
menyebabkan dia tidak mahu turut serta dalam kerjasama sebagai dikehendaki oleh zaman baharu.
Misalnya ketika kepala kampung iaitu Pak Senik, datang mengajak dia turut serta dalam rancangan
kampung hendak menanam padi dua kali setahun. Kerajaan akan membantu kampung dengan
memberikan baja, traktor dan air, tetapi syaratnya ialah semua orang kampung mestilah turut.
Semaun menolak permintaan Pak Senik, katanya kerana dia tidak sanggup menjijak adat turuntemurun, tidak berani menyeksa tanah pusaka, tetapi alasannya yang sebenarnya, walaupun
barangkali tidak sedar, ialah sikap orang sekampungnya yang selalu mengasingkannya. Penolakan
Semaun sudah tentu sesuai dengan rencana Dogol, gergasi kampung yang kedua yang sudah lam
mencari dalih akan menghapuskan keluarga Pak Kasa dari kampung mereka. Pada sangkaannya
sekarang telah tiba masanya, tetapi ternyata Pak Senik masih mahu bersikap sabar, masih mahu
mencari sepakat dengan cara muafakat supaya mereka berbaik semula. Dalam keadaan yang tegang
ini terjadi kemelut kerana Pak Kasa yang sudah lama sakit meninggal dunia; tetapi antara seluruh
masyarakat kampung hanya Pak Seniklah yang datang menolong keluarga yang dukacita itu. Dengan
kelakuan ini dia memujuk hati Semaun yang sebenarnya bukan syaitan; dia ternyata seorang yang
jujur dan setia, tetapi dia mahu mempertahankan tanah pusaka nenek moyangnya dan dia mahu
membela adiknya yang sedang remaja. Dalam pada itu Dogol menghasut orang sekampung dengan
mengatakan sapinya yang hilang, katanya dicuri dan disembelih oleh Semaun, dan dia mengajak
orang kampung supaya mereka bersama-sama membakar rumah Semaun. Tetapi Pak Senik memihak
kepada Semaun, dia menghalang orang kampung dan meminta bukti dahulu. Orang kampung pergi
mencari sapi yang hilang itu, lalu ternyata sapi Dogol telah menjadi mangsa seekor harimau. Harimau
yang merbahaya itu perlu dibunuh, Semaun sanggup membunuhnya dengan pertolongan orang lain.
Tetapi ketika dia sedang berjaga-jaga di atas ran, Dogol sendiri telah keluar dalam malam yang gelap
hendak membunuh harimau itu supaya memulihkan maruahnya yang telah merosot. Ketika dia
menengok Semaun yang sedang tertunggu-tunggu dia tidak dapat tidak mahu membalas dendam,
tetapi ketika membidiki musuhnya dia sendiri diterkam oleh harimau yang membunuhnya sebelum
harimau tersebut ditembak mati oleh Semaun.

Jalan cerita yang sedernaha inilah yang berjaya menunjukan serba sedikit kekurangan atau
kemiskinan yang tertonjol dalam kalangan masyarakat desa. Desa adalah umpama jiwa dan nyawa
kepada Shahnon Ahmad. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri Shahnon. Dengan demikian
Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan fikiran kehidupan masyarakat desa
melalui karya-karyanya. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Apa yang ditulis dalam latar belakang desa
ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang perlu dibantu.
Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan pula, sekali lagi Shahnon dilihat mengetehkan isu-isu kemiskian
penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Plot
novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tibatiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan
Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi
busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat
tenat tersebut.

Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat
pelgai konfik yang berlaku dan juga peristiwa yang berlaku sangat menyayat hati para pembaca.
Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah dengan novel Ranjau
Sepanjang Jalan ini maka telah diterjemahkan novel ini kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin
dengan judul No Harvest A Thorn. Kita dapat melihat bahawa novel hasil karya Shahnon Ahmad ini
memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahkan novel ini diangkat sebagai salah
sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau
sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris
seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon telah mengetengahkan permasalahan masyarakat
tani yang dilema serangan ketam ke atas tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba
kekurang dalam membesarkan anaknya sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh
ketam-ketam. Begitu kasihannya penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang
menyerang padi penduduk Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha
teringatkan telatah suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut
sehinggakan hampir penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial
oleh masyarakat tani pada ketika itu.

Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung
Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi
hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya
boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, bila ketam
datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya
hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka
hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa
hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa
penyingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ;

“Padi mesti ditanam. Mesti dijaga.” “...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi,
anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada kepada
sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu
lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang
seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup
keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang.”
(Shahnon Ahmad. 1995:185)

Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad.
Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat
yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa bahawa keperluan
beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya
melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap,
membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada
bersekolah akibat daripada masalah kewangan.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya
keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau
yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan
berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan
kekejaman alam ini.

Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau
Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur.
Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara faktorfaktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah, kekurangan modal,
dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap
dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi.

Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat
dikembangan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan
hutan. Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh
Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bengkit dan merubah
pendirian mereka yang kolot dan jumut. Kelemahan golongan wanita dan juga penindasan orang
tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap.
Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap,
namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan
kampung. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat
mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia.

Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara
terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan
pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati
novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai
bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan
tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni.

More Related Content

What's hot (17)

Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Pemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujurPemotong kayu yang jujur
Pemotong kayu yang jujur
 
Si tanggang
Si tanggangSi tanggang
Si tanggang
 
Bukit merah
Bukit merahBukit merah
Bukit merah
 
Serigala dan monyet
Serigala dan monyetSerigala dan monyet
Serigala dan monyet
 
Nama
NamaNama
Nama
 
Rusa yang bongkak
Rusa yang bongkakRusa yang bongkak
Rusa yang bongkak
 
Keolompok 3 xi iis 1 ppt
Keolompok 3 xi iis 1 pptKeolompok 3 xi iis 1 ppt
Keolompok 3 xi iis 1 ppt
 
Analisis Novel Banun
Analisis Novel BanunAnalisis Novel Banun
Analisis Novel Banun
 
13 march
13 march13 march
13 march
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
 
Rico de coro
Rico de coroRico de coro
Rico de coro
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
Lombong emas-di-kaki-bukit
Lombong emas-di-kaki-bukitLombong emas-di-kaki-bukit
Lombong emas-di-kaki-bukit
 
Bahasa Indonesia : Membedah Struktur Cerpen
Bahasa Indonesia : Membedah Struktur CerpenBahasa Indonesia : Membedah Struktur Cerpen
Bahasa Indonesia : Membedah Struktur Cerpen
 

Viewers also liked

10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
Faris Rusli
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
Faris Rusli
 
8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo
8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo
8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo
Faris Rusli
 
11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.
11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.
11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.
Faris Rusli
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.
Faris Rusli
 
12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.
Faris Rusli
 
Paradigma Pendidikan
Paradigma PendidikanParadigma Pendidikan
Paradigma Pendidikan
Tonz Inotz
 
9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
Faris Rusli
 

Viewers also liked (11)

Kajian novel srengenge
Kajian novel srengenge Kajian novel srengenge
Kajian novel srengenge
 
10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
10. pengembangan instrumen penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
 
8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo
8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo
8. konsep, pengembangan, dan penggunaan media pembelajaran bhs indo
 
11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.
11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.
11. pengembangan silabus dan rpp bhs indo.
 
Pendekatan Penilaian
Pendekatan PenilaianPendekatan Penilaian
Pendekatan Penilaian
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.
 
12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.
 
Paradigma Pendidikan
Paradigma PendidikanParadigma Pendidikan
Paradigma Pendidikan
 
9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
9. konsep, prinsip, dan pendekatan penilaian dalam pembelajaran bhs indo.
 
Sumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadSumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon Ahmad
 

Similar to Ranjau spnjg jln

Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Rasit Masrii
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
Nor Zura
 
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
hafizan ghazali
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songket
Rohana Mazelan
 

Similar to Ranjau spnjg jln (13)

Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Pejuang (maria magdalena bhoernomo)
Pejuang (maria magdalena bhoernomo)Pejuang (maria magdalena bhoernomo)
Pejuang (maria magdalena bhoernomo)
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
raja semut.pptx
raja semut.pptxraja semut.pptx
raja semut.pptx
 
raja semut.pptx
raja semut.pptxraja semut.pptx
raja semut.pptx
 
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
28097020 cerita-rakyat-iban-analisis-dari-aspek-sejarah
 
Sungai jodoh
Sungai jodohSungai jodoh
Sungai jodoh
 
Penyumpit dan keong mas
Penyumpit dan keong masPenyumpit dan keong mas
Penyumpit dan keong mas
 
Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)
Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)
Tiga episod bangkai (zelfeni wimra)
 
TARA MANGAN DANAU LIMBUNG.docx
TARA MANGAN DANAU  LIMBUNG.docxTARA MANGAN DANAU  LIMBUNG.docx
TARA MANGAN DANAU LIMBUNG.docx
 
TARA MANGAN DANAU LIMBUNG.docx
TARA MANGAN DANAU  LIMBUNG.docxTARA MANGAN DANAU  LIMBUNG.docx
TARA MANGAN DANAU LIMBUNG.docx
 
Bangau menenun songket
Bangau menenun songketBangau menenun songket
Bangau menenun songket
 
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
 

Ranjau spnjg jln

  • 1. Dalam novel Rentung ( 1983 ) Shahnon memperlihatkan perhatiannya yang bersungguh-sungguh terhadap permasalahan hidup manusia dan masyarakat bangsanya. Beliau memperlihatkan perasaan simpati yang amat mendalam terhadap nasib golongan yang malang. Apa yang malang itu, seperti biasanya di negara kita ini, adalah golongan orang kampung yang terbatas keupayaannya dalam menghadapi perjuangan hidup. Keterbatasan keupayaan manusia ini diperlihatkan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya dengan amat mengharukan. Karya-karya awal Shahnon menonjolkan keterbatasan keupayaan orang-orang kampung berhadapan dengan kekuatan dan kezaliman alam, termasuk pemusnah-pemusnah di luar kuasa manusia seperti bencana yang dibawa oleh banjir atau kemarau di samping kemusnahan dan ancaman yang dibawa oleh makhluk bukan manusia seperti tikus, ular, katak, burung, ketam serta binatang buas dan lainlainnya. Juga ditonjolkannnya keterbatasan keupayaan manusia kampung menghadapi kekuatan daripada makhluk alam ghaib yang merosakkan seperti puaka, hantu dan sebagainya. Novel Rentung apabila diteliti ceritanya amat sederhana sahaja; pokoknya ialah konflik antara dua orang gergasi kampung Banggul Derdap iaitu Semaun, anak Pak Kasa yang pada masa mudanya telah terkenal sebagai syaitan betul, sehingga selanjutnya dibenci dan disingkiri oleh orang kampungnya. Nama jahat itu telah beralih kepada anak laki-lakinya, dan sebagai reaksi terhadap benci orang kampung, maka dia dengan penuh perasaan dendam kesumat terhadap masyarakat desa menyebabkan dia tidak mahu turut serta dalam kerjasama sebagai dikehendaki oleh zaman baharu. Misalnya ketika kepala kampung iaitu Pak Senik, datang mengajak dia turut serta dalam rancangan kampung hendak menanam padi dua kali setahun. Kerajaan akan membantu kampung dengan memberikan baja, traktor dan air, tetapi syaratnya ialah semua orang kampung mestilah turut. Semaun menolak permintaan Pak Senik, katanya kerana dia tidak sanggup menjijak adat turuntemurun, tidak berani menyeksa tanah pusaka, tetapi alasannya yang sebenarnya, walaupun barangkali tidak sedar, ialah sikap orang sekampungnya yang selalu mengasingkannya. Penolakan Semaun sudah tentu sesuai dengan rencana Dogol, gergasi kampung yang kedua yang sudah lam mencari dalih akan menghapuskan keluarga Pak Kasa dari kampung mereka. Pada sangkaannya sekarang telah tiba masanya, tetapi ternyata Pak Senik masih mahu bersikap sabar, masih mahu mencari sepakat dengan cara muafakat supaya mereka berbaik semula. Dalam keadaan yang tegang ini terjadi kemelut kerana Pak Kasa yang sudah lama sakit meninggal dunia; tetapi antara seluruh masyarakat kampung hanya Pak Seniklah yang datang menolong keluarga yang dukacita itu. Dengan kelakuan ini dia memujuk hati Semaun yang sebenarnya bukan syaitan; dia ternyata seorang yang jujur dan setia, tetapi dia mahu mempertahankan tanah pusaka nenek moyangnya dan dia mahu membela adiknya yang sedang remaja. Dalam pada itu Dogol menghasut orang sekampung dengan mengatakan sapinya yang hilang, katanya dicuri dan disembelih oleh Semaun, dan dia mengajak orang kampung supaya mereka bersama-sama membakar rumah Semaun. Tetapi Pak Senik memihak kepada Semaun, dia menghalang orang kampung dan meminta bukti dahulu. Orang kampung pergi mencari sapi yang hilang itu, lalu ternyata sapi Dogol telah menjadi mangsa seekor harimau. Harimau yang merbahaya itu perlu dibunuh, Semaun sanggup membunuhnya dengan pertolongan orang lain. Tetapi ketika dia sedang berjaga-jaga di atas ran, Dogol sendiri telah keluar dalam malam yang gelap hendak membunuh harimau itu supaya memulihkan maruahnya yang telah merosot. Ketika dia menengok Semaun yang sedang tertunggu-tunggu dia tidak dapat tidak mahu membalas dendam,
  • 2. tetapi ketika membidiki musuhnya dia sendiri diterkam oleh harimau yang membunuhnya sebelum harimau tersebut ditembak mati oleh Semaun. Jalan cerita yang sedernaha inilah yang berjaya menunjukan serba sedikit kekurangan atau kemiskinan yang tertonjol dalam kalangan masyarakat desa. Desa adalah umpama jiwa dan nyawa kepada Shahnon Ahmad. Kehidupan desa sangat dekat dengan diri Shahnon. Dengan demikian Shahnon telah berjaya menghasilkan dengan baik segala lukisan fikiran kehidupan masyarakat desa melalui karya-karyanya. Tidak terlihat adanya pemaksaan. Apa yang ditulis dalam latar belakang desa ini adalah segala permasalahan masyarakat desa yang perlu dibantu. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan pula, sekali lagi Shahnon dilihat mengetehkan isu-isu kemiskian penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang sedang menanti masak tibatiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut. Sememangnya novel Ranjau Sepanjang Jalan sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelgai konfik yang berlaku dan juga peristiwa yang berlaku sangat menyayat hati para pembaca. Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan ini maka telah diterjemahkan novel ini kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Kita dapat melihat bahawa novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahkan novel ini diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Begitu kasihannya penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi penduduk Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat tani pada ketika itu. Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka
  • 3. hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa penyingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ; “Padi mesti ditanam. Mesti dijaga.” “...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang.” (Shahnon Ahmad. 1995:185) Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini. Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara faktorfaktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah, kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangan ke kawasan pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bengkit dan merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Kelemahan golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan
  • 4. kampung. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni.