SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012




                                                                               NO.2




                              KKD2063
              PEMBANGUNAN SAHSIAH
                           (KOHORT 3)
PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK
            DALAM NOVEL SRENGENGE
                     KARYA
                SHAHNON AHMAD


                              TAJUK :
         MENCARI SINAR HARAPAN
                  ABULANA BIN BOLHI
                         690319-13-5021
                   PPG/32062/12/USM/BI


                          PENSYARAH:
        DR SHAHABUDDIN BIN HASHIM


                                      1
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012




                                                                               NO.2




PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK
            DALAM NOVEL SRENGENGE
                     KARYA
                SHAHNON AHMAD



                             TAJUK :
    MENCARI SINAR HARAPAN




                                      2
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad       2012




                                      ISI KANDUNGAN




Perkara                                                                       Muka Surat

Latar Belakang Kajian                                                                    1
Definisi Personaliti                                                                     2
Personaliti Wajadiri                                                                     2
Perihal Srengenge                                                                        3
Watak dan Perwatakan                                                                     4
Awang Cik Teh                                                                            4
Seorang yang Optimis                                                                     4
Seorang yang Berjiwa Kental                                                              5
Seorang yang Sangat Teliti dalam Membuat Sesuatu Keputusan
Mahupun Tindakan                                                                         6
Seorang yang Taat pada Agama dan Tidak Berserah kepada Qada dan
Qadar                                                                                    7
Seorang yang Berperibadi Tinggi dan Berbudi Bahasa                                       7
Determined                                                                               8
Mempunyai Naluri yang Kuat dan Azam yang Tinggi serta Berpandangan
Jauh                                                                                     9

Kekuatan dan kelemahan watak Awang Cik Teh                                               10
Kekuatan watak Awang Cik Teh                                                             11
Kelemahan watak Awang Cik Teh                                                            12

Kesimpulan                                                                               16

BIBLIOGRAFI                                                                              19




                                                3
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



           PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK
                    DALAM KARYA SHAHNON AHMAD

                                         Oleh :
                                     Abulana Bolhi
                           (PPG/32062/12/USM/BI) KOHORT 3


Tajuk : Mencari Sinar Harapan


Pengenalan/Latar Belakang Kajian

Kertas kerja ini akan cuba membincangkan tentang kehadiran elemen-elemen wajadiri
dengan mengaitkannya dengan watak-watak yang terdapat dalam karya terpilih Shahnon
Ahmad iaitu novel Srengenge(1981). Kajian ini akan menganalisis bagaimana pengarang
cuba menerapkan elemen-elemen Personalti Wajadiri dalam karyanya dan membawa
peranan penting ataupun pengaruh kepada watak-watak yang terdapat dalam karyanya dari
awal sehinggalah ke penghujung cerita.

Dalam novel Srengenge, kehadiran watak Awang Cik Teh mendominasikan watak-watak lain
seperti watak Keghesum, Imam Hamad, Useng (bomoh memiliki jin Islam) dan juga Siddik.
Watak Siddik merupakan pendorong kepada segala perancangan yang bakal diteruskan oleh
Awang Cik Teh untuk memugar Srengenge. Ini bersesuaian dengan plot novel ini di mana
watak Awang Cik Teh cuba mengajak masyarakat Srengenge kepada perubahan kehidupan
serta mengikis kepercayaan pada unsur-unsur animisme. Ini jelas sekali digambarkan oleh
Shahnon Ahamd dalam petikan di bawah:

“Terkena agaknya?”
“Entah. Baik tak baik ditegur datuk.”
“Baik tak baik. Merepek?”
“Entah. Tadi tidak. Sekarang Jantan jaga.”
“Srengenge itu banyak anak buahnya. Silap-silap langkah sasau dibuatnya. Silap-silap
 tertegur, makan tak lalu, tidur tak boleh.”
                                                                  (Srengenge: ms.110-111)

Srengenge berjaya mengheret pembaca hingga ke akhir bagi mengetahui sama ada Awang
Cik Teh, watak yang opotimis berjaya dalam usahanya mengajak penduduk kampung
menutuh Bukit Srengenge menjadi huma. Shahnon Ahmad cuba menerapkan nilai personaliti
wajadiri dengan jelas pada watak Awang Che Teh, iaitu seorang yang optimis pada bab akhir
novel ini.

“ ..Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar
punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang
pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia
sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”
                                                                       (Srengenge: ms 219)

                                               4
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Definisi Personaliti

Personaliti merupakan sekumpulan respon atau gerak balas yang biasa dilakukan oleh
manusia apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa.
                                                       (Friedman & Schustack, 2009)

Setiap respon ini dipelajari oleh manusia untuk membolehkannya bertindak balas dalam
situasi persekitaran yang sama atau hampir sama.

Personaliti manusia terhasil daripada kesan tingkah laku yang ditunjukkan.Sekiranya tingkah
laku tersebut mendapat peneguhan, maka ia akan diulang lagi. Jika tingkah laku tersebut
diikuti oleh kesan yang negatif, maka ia akan dihentikan.
                                                          (Burger, 2000; Miltenberger, 2008)

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi
(Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat
(kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak
dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya
dengan individu yang lain.
                                                                          (Cloninger, 2008).

Personaliti Wajadiri

Salah satu definisi yang telah diterima pakai mengenai Personaliti Wajadiri ialah the
heightened likelihood of success in the school and other life accomplishment despite
environmental adversities brought about by early traits, conditions, and experiences.

                                                             (Wang, Hartel, & Walberg, 1994)

Personaliti Wajadiri boleh dianggap “pemantul” kepada sebarang risiko persekitaran yang
negatif.

Waja diri atau daya tahan merujuk kepada keupayaan individu untuk menghadapi tekanan
dan tidak difungsikan kepada psikologi yang nyata, seperti penyakit mental atau mood
negatif yang berterusan. Ini adalah pandangan arus perdana psikologi wajadiri, wajadiri atau
daya tahan ditakrifkan dari segi kapasiti seseorang untuk mengelakkan Psikopatologi
walaupun keadaan sukar.

Dalam psikologi humanistik, wajadiri merujuk kepada keupayaan individu untuk berkembang
dan memenuhi potensi walaupun atau mungkin juga kerana tekanan itu. Individu dan
masyarakat yang berdaya tahan lebih cenderung untuk melihat masalah sebagai peluang
untuk pertumbuhan. Dalam erti kata lain, individu berdaya tahan seolah-olah bukan sahaja
untuk menangani dengan baik dengan strainn tekanan dan luar biasa tetapi sebenarnya untuk
mengalami cabaran seperti peluang pembelajaran dan pembangunan. Sebagai contoh,
Shahnon Ahmad menggambarkan kematian Imam Hamad merupakan peluang baik bagi
dirinya untuk mencapai hasrat untuk memugar Srengenge. Penduduk Srengenge beranggapan


                                               5
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



bahawa Srengenge adalah puncak Kematian Imam Hamad. Misalnya Shahnon Ahmad
menggambarkannya seperti di bawah:

“..Soal mustahil atau tak mustahil adalah soal Tuhan.soal mati Imam hidup Imam juga di
tangan Tuhan. Jawapan Useng hanya keluar dari diri orang yang bongkak. Awang Cik Teh
tahu itu. Dia teringat pada fikiran yang datang mendadak tadi. Dalam hati kecilnya dia ingin
kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada ingatan itu merupakan satu doa
atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya dalam hati.Srengenge hanya sebuah
bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya.

                                                                           (Srengenge: ms. 139)

Walaupun sesetengah individu mungkin kelihatan untuk membuktikan diri mereka untuk
menjadi lebih berdaya tahan daripada yang lain, ia perlu diiktiraf bahawa daya tahan kualiti
dinamik, bukan kapasiti tetap. Dalam erti kata lain, individu yang mempunyai sahsiah
wajadiri menunjukkan dinamik diri-pembaharuan, manakala mereka yang kurang berdaya
tahan mendapati diri mereka dipakai dan impak negatif oleh tekanan hidup.
Sifat wajadiri ini cuba ditonjolkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh dalam
novel Srengenge.

John Dewey (1859-1952), Amerika abad ke 20 yang terkenal sebagai seorang ahli falsafah
pendidikan, menerangkan rasa ini berterusan melalui pembaharuan diri yang dinamik:

  “ Sebuah batu yang apabila dipukul menentang. Jika rintangan adalah lebih besar daripada
kuasa tamparan melanda, ia tetap zahirnya tidak berubah. Jika tidak, ia akan berkecai.
Manakala benda yang hidup dengan mudah boleh dihancurkan oleh tenaga yang lebih tinggi,
ia tidak ada yang kurang cuba untuk menghidupkan tenaga yang bertindak ke atasnya kepada
cara kewujudan sendiri lagi ... Ia adalah sifat hidup untuk berusaha untuk terus wujud. Sejak
berterusan ini boleh dicagar hanya oleh pembaharuan yang berterusan, hidup adalah salah
satu proses di mana diri sendiri perlu memperbaharuinya.”

Perihal Srengenge

Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud
matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah
kampung. Bukit Srengenge.Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat
dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik
itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad
menukarkannya kepada nama Srengenge.

Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini dengan kata,

“SRENGENGE tersergam hodoh macam setan.”
                                                                              (Srengenge: ms. 1)




                                                6
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Permulaan novel ini seakan menceritakan segalanya yang tersirat. Srengenge dan setan.
Bagaimana Bukit Srengenge telah dijadikan oleh setan sebagai bahan untuk menyesatkan
penduduk Kampung Kaki Srengenge. Srengenge membawa konflik antara manusia dengan
unsur-unsur animisme.
                                     (Shahnon Ahmad Dalam Esei dan Kritikan : ms.114)

“Novel Srengenge cuba mendedahkan satu aspek institusi kedesaan yang kompleks yang
berhubungan dengan kuasa ghaib meliputi cara hidup, kepercayaan, pantang-larang (taboos),
adat istiadat dan sebagainya.”
                                          (Mohd. Yusof Hassan, Dewan Bahasa, Jun 1974)

Konfliknya timbul apabila watak utamanya, Awang Cik Teh melahirkan hasrat untuk
menutuh, menebas, memugar, membersihkan Bukit Srengenge itu. Bukit Srengenge yang
menjadi tempat kebanyakkan penduduknya menghabiskan masa lapang menepuk,
menggetah, meracik, dan menjebak. Hasrat Awang Cik Teh itu sudah pasti mendapat
tentangan yang maha besar dari sekalian warga kampung.Sebagai seorang penulis yang
hebat, Shahnon berjaya mengembangkan cerita menjadi sangat menarik dengan hanya
menjadikan Bukit Srengenge itu sebagai bahannya.

Setelah membaca novel ini secara mendalam, didapati bahawa Srengenge bukan hanya
sekadar sebuah bukit, ianya melambangkan kepada kemiskinan yang harus dilenyapkan dari
hidup penduduk kampung di kaki bukit tersebut. Hanya seseorang yang berfikiran ke arah
perubahan dapat melaksanakan tugas tersebut iaitu Awang Cik Teh.

Watak dan Perwatakan

Dalam kajian ini,watak Awang Cik Teh dipilih sebagai isu utama dalam menjelaskan faktor-
faktor yang bakal menyokong teori waja diri untuk di terapkan ke dalam watak tersebut. Di
samping itu juga, terdapat juga watak-watak lain yang akan diketengahkan untuk
mengukuhkan lagi tujuan utama kajian ini dalam membincangkan unsur-unsur persoanliti
wajadiri.

Golongan manusia yang mementingkan kebendaan dan pengaruh agama dalam kehidupan
lebih-lebih lagi yang berpegang kepada agama sebagai cara hidup akan meletakkan elemen
kerohanian sebagai atribut personaliti waja diri yang tertinggi. Pandangan Dr. Shahabudin ini
mungkin boleh dikaitkan dengan watak Awang Cik Teh dalam Srengenge.

                                                                  Dr.Shahabudin Hashim (2002)

Awang Cik Teh

a. Seorang yang Optimis

Nilai wajadiri yang terdapat pada watak Awang Cik Teh adalah seorang yang optimis. Walau
menyedari bahawa usaha untuk memugar Srengenge adalah satu kerja yang sangat susah
namun dia masih percaya bahawa ia adalah bukan sesuatu yang mustahil. Dia percaya
bahawa Tuhan akan sentiasa membantunya. Sebagai satu ujian, kemiskinan harus ditentang

                                                7
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



habis-habisan. Awang Cik Teh sebagai agent of change mesti tabah memulakan langkah
beraninya. Dia tidak harus gentar dengan hasutan dan umpat keji orang terhadap usaha
gigihnya.

 “..Tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi halangan untuk menutuh Srengenge. Kalau
Siddik menbantah, tinggalkan saja dia. Kalau Diah membantah, tinggalkan saja Diah. Kalau
Kasseng membantah, tinggalkan saja Kasseng. Kalau semua anak buah Kaki Srengenge
membantah, dia sendiri akan menutuhnya. Dan dia cukup percaya, segarang Keghesum pun,
dia akan bersama menebang pokok-pokok merbau yang menjulang langit itu.”

                                                                               (Srengenge: ms 5)

Awang Cik Teh tidak mudah mengalah walau apa pun yang menghalangnya daripada
menutuh Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkannya seperti di bawah:

“..Awang Cik Teh sudah terlajak. Tapi biarkan. Memang dia hendak pugar Srengenge. Tak
boleh muafakat seluruh kampung, dia boleh pugar seorang diri. Tak boleh pugar serelung
dua, seluas tapak tangan pun dia akan pugar juga.”
                                                                      (Srengenge: ms.211)
Desakan yang paling utama adalah untuk mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self
gratification).Sebagai contoh, Shahnon Ahmad menggambarkan dengan jelas teori ini di
dalam diri watak Awang Cik Teh, misalnya,

“..Dan bila semuanya sudah sedia, Srengenge akan diserang. Mengkudu, cenerai, semak
samun, akar rotan yang menjalar, semuanya akan ditebas. Biar segala binatang merayap habis
mati dipijak-pijak dan dipukul-pukul…"
                                                                        (Srengenge: ms.83)

Kemunduran dalam aspek pembangunan jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam
novel ini bagi menguatkan keazaman Awang Cik Teh dalam memperjuangkan hasratnya
untuk menutuh Srengenge. Penduduk kaki Srengenge sudah berazam mepunyai kepercayaan
penuh dan kudus kepada Srengenge. Hidup mereka amat sederhana dengan kemiskinannya.
Mereka tidak perlu mendengar cadangan Awang Cik Teh yang dianggap orang luar yang
merepek. Srengenge sumber rezeki mereka hendak dipugar dan diruntuhkan. Mereka lalu
menganggap Awang Cik Teh adalah duri dalam daging di kampung itu. Sebab, segala-
galanya mereka boleh dapat dari bukit tersebut. Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad,

“..Bukan saja tekukur, tapi juga napuh, puling, punai, serindit, pelanduk, kayu api, rotan,
bertam, akar, buah-buah, pucuk kayu, daun ketupat, buluh lemang, gondang di paaya,
merbuk, entahlah, semuanya dari Srengenge. Orang kaki Srengenge cuma ambil saja.”

                                                                            (Srengenge: ms. 134)




                                                8
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



b. Seorang yang Berjiwa Kental

Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki. Misalnya, Awang Cik Teh berazam
untuk memugar Srengenge dan demi mencapai azamnya itu, dia sanggup untuk menempuh
apa jua halangan sama ada dari kerajaan mahupun penduduk kampung itu sendiri.

Sebagai usaha untuk mengatasi kemiskinan ialah berjuang. Untuk itu perjuangan memerlukan
satu macam nekad yang padu serta semangat yang kuat dan gigih. Nekad Awang Cik Teh
untuk menumbangkan Srengenge jelas membayangkan kegigihan dan azam kuatnya.
Sehingga berpuluh-puluh kali azam itu diucapkannya. Malah segala sidiran isterinya
Keghsum diterimanya sebagai cabaran. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan,

“.. Keghsum hanya merungut kepada Awang Cik Teh. Dan Awang Cik Teh hanya sasaran
bagi rungutan Keghsum. Dan itu adalah cabaran, sama seperti cabaran Srengenge yang
tersergam macam setan bertahun-tahun ini.”
                                                                  (Srengenge: ms.13)

Tindakan Awang Cik Teh yang berhasrat meruntuhkan Srengenge yang tersergam macam
setan tua di depan matanya, merupakan satu tindakan yang mempunyai azam yang kuat dan
semangat yang gigih. Seperti mana yang dilukiskan oleh Shahnon Ahmad lagi,


“ Awang Cik Teh menentang bukit itu bagaikan menang lawan waktu muda-muda dulu.
Semuanya itu adalah setan yang hodoh. Dan setan hodoh itu sedang menggamit-gamitnya.”

                                                                            (Srengenge: ms.15)

Bagi Awang Cik Teh, Srengenge adalah penghalang kemajuan, penyekat ekonomi dan
penyebab kemiskinan kampungnya. Oleh kerana itu Awang Cik Teh terus membulatkan
tekadnya bagi membasmi kemiskinan itu, sebagaimana kata Shahnon Ahmad lagi,

 “Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal
bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun
itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.”
                                                                  (Srengenge: ms.15& 16 )

c. Seorang yang Sangat Teliti dalam Membuat Sesuatu Keputusan mahupun Tindakan

Sebelum mengambil sesuatu tindakan, beliau sering memikirkannya terlebih dahulu perkara
yang bakal ditempuhinya nanti. Seperti sebelum ini, beliau pernah diburuk-burukkan
dikhalayak ramai oleh Siddik dalam mesyuarat di madrasah, iaitu peristiwa yang tidak akan
dilupainya. Disebabkan banyak peristiwa yang begitu mencabar bagi dirinya, maka beliau
begitu teliti dalam membuat perancangan. Pada malam itu, dia mengira-ngira segala halangan
yang bakal ditempuh seterusnya merancang jalan keluar bagi mengatasi masalah itu.




                                               9
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan,

“Imam fikir-fikirlah dahulu.minggu depan saya datang lagi.”
                                                                             (Srengenge: ms.41)

“..Kalau kapak yang lama tidak tajam lagi, beli kpak baru. Dan hulunya biar kayu yang
berteras teguh.”
                                                                         (Srengenge: ms.83)

Akhirnya jalan keluar sebagai penyelesaian ialah Awang Cik Teh terpaksa berhadapan
dengan masyarakat kaki Bukit Srengenge untuk menyelesaikan konflik dalam dirinya.
Keputusan ini diambil dengan menjadikan Imam Hamad sebagai perantaraannya dengan
masyarakat Srengenge.


d. Seorang yang Taat pada Agama dan Tidak Berserah kepada Qada dan Qadar

 Dalam usia 55 tahun dengan kehidupan yang tidak pernah berubah semenjak beliau berhijrah
ke kampung di kaki Bukit Srengenge, beliau tidak pernah mengeluh mahupun berserah
kepada qada dan qadar sahaja. Dia tetap menunaikan solat subuh walau badannya terasa
sakit-sakit. Kebergantungannya kepada pertolongan Tuhan juga sangat tinggi sepanjang dia
merancang untuk memugar Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan,

“..Malam yang sudah pun larut itu bertambah larut lagi. Terus dia melangkah masuk ke dapur
perlahan-perlahan mengambil air wuduk. Tikar sembahyang yang tersangkut pada tali tegang
tengah rumah diambil. Dia ingin sembahyang sunat ditengah-tengah malam buta itu.”

                                                                             (Srengenge: ms.79)

e. Seorang yang Berperibadi Tinggi dan Berbudi Bahasa

Watak Awang Cik Teh digambarkan sebagai seorang yang berperibadi tinggi dan berbudi
bahasa. Beliau berasal dari Rantau Laban, Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia. Sungguhpun
dia bukan anak jati Srengenge, dia tidak pernah beranggapan bahawa ianya asing baginya
malah dia cuba untuk membawa perubahan mahupun pembangunan untuk dikecapi bersama
penduduk di kaki bukit Srengenge dengan memugar Srengenge. Dia sangat menghormati
penduduk di situ dan kalau boleh tidak mahu menyakiti hati mereka. Ini cuba dijelaskan oleh
Shahnon Ahmad, di mana Awang Cik Teh melayan Imam Hamad dan Hajah Munah dengan
baik. Misalnya, ketika Hajah Munah dan Imam Hamad hendak pulang, dia menghantar
mereka hingga ke depan pintu dan tunggu sehingga mereka hilang dari pandangan. Seperti
mana yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad lagi,

“..Tapi Awang Cik Teh masih berdiri tegak mengikuti lenggok sinar lampu picit Haji Munah.
Sinar itu sekejap terhayun ke kiri sekejap terhayun ke kanan dan sekali-sekala terhala pula ke
belkang kea rah Imam Hamad. Sedikit demi sedikit sinar itu jadi malap dan kemudian luput
dari pandangan.”
                                                                           (Srengenge: ms.77)

                                               10
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



f. Determined

Awang Cik Teh merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi yang unggul. Dengan
azam yang kuat dia tidak mahu sesiapapun cuba menghalangnya untuk memugar Srengenge.
Dia sentiasa memikirkan cara dan mencari jalan untuk memugar Srengenge sehingga
menyebabkannya mengharapkan Imam Hamad mati agar Srengenge akan dibenci penduduk.
Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya:

“..Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada
ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya
dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang
sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya.

                                                                          (Srengenge: ms. 139)

Dalam novel Srengenge, kematian Imam Hamad merupakan klimeks ataupun kemuncak
kepada cerita novel ini. Ianya merupakan penyelesaian kepada persoalan dalam diri Awang
Cik Teh. Kematian Imam Hamad dipercayai sebagai 'balasan' alam (Srengenge) ke atasnya
setelah bertindak membunuh 'Jebat', tekukur peliharaannya secara kejam sewaktu dinihari di
Bukit Srengenge. Penduduk kampung percaya bahawa tindakannya menimbulkan kemarahan
Bukit Srengenge.

“Ngapa naik koro?” bisiknya.
Mata Jebat pucat.Sekali gus Jebat disentap dari tumang. Paha kakan Jebat tercabut. Darah
keluar. Dia eratkan ckaknya hingga berkiak-kiak bunyi tulang Jebat berlaga dia mencabut
bulu kepak sehelai demi sehelai. Dia mencabut bulu tengkuk sehelai demi sehelai. Kemudian
bulu ekor, bulu belakang, bulu perut hingga gundul.”
                                                                      (Srengenge: ms. 55 )

Imam Hamad ditakdirkan meninggal dunia walaupun selepas Bukit Srengenge dijamu. Tapi
penduduk Kampung Kaki Srengenge tetap mempercayai kuasa datuk-datuk yang menjaga
Bukit Srengenge. Tetap memuliakan Bukit Srengenge. Sehingga sesiapa yang cuba memugar
Srengenge diibaratkan seperti meruntuhkan madrasah, mencabut batu nisan, mengoyakkan
al-Quran. Sampai begitu sekali kepercayaan mereka. Dan pasti Imam Hamad telah
melakukan salah besar kepada Bukit Srengenge sehingga begitu sekali balasannya.
Jangankan kata mahu memugar, berniat sahaja pun sudah seperti ibarat membunuh diri.

“..Berniat saja pun sudah cukup. Apalagi kalau niat itu hendak tutuh setiap merbau setiap
meranti yang ada. Itu sama saja seperti menelanjangi Srengenge. Sama seperti meruntuh
madrasah. Sama seperti cabut batu nisan. Atau berniat hendak koyak Quran. Orang itu akan
jadi sasau. Niat itu sendiri akan menjelma dalam berbagai rupa dan akan mengikut ke mana
saja walau dalam tidur sekalipun.”

                                                                      (Srengenge: ms.211-212)




                                              11
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Disebabkan oleh harapan yang begitu tinggi untuk terus memugar Srengenge, Awang Cik
Teh dalam tidak sedar menggangapkan bahawa kematian Imam Hamad merupakan jalan
yang terbentang luas untuk meneruskan hasratnya. Dan dengan kematian Imam Hamad,
penduduk Srengenge akan menyalahkan Srengenge yang mengakibatkan Imam Hamad
meninggal dunia. Shahnon Ahmad cuba menggambarkan niat Awang Cik Teh yang selama
ini terpendam akhirnya terlerai juga,

“..Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada
ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya
dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang
sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya.

                                                                          (Srengenge: ms. 139)

g. Mempunyai Naluri yang kuat dan Azam yang Tinggi serta Berpandangan Jauh

Dalam Kajian ini, didapati Shahnon Ahmad bijak mengadun watak dan juga latar di kaki
Bukit Srengenge untuk menghidupkan elemen asas yang ada pada manusia iaitu Naluri.
Naluri hidup ‘eros’.Sepertimana yang kita ketahui bahawa tenaga psike dimanifestasikan
oleh naluri kehidupan dikenali sebagai libido. Naluri kehidupan paling penting kepada
personaliti adalah seks (ditakrifkan dalam erti yang lebih luas dari kebiasaan).

Naluri merupakan elemen asas dalam personaliti yang mendorong tingkah laku manusia.
Terdiri dari 2 kategori naluri iaitu naluri hidup (eros-life instincts) dan juga naluri mati
(thanatos-death instincts). Seks sebagai motivasi utama dalam kehidupan. Ianya bukan sahaja
merujuk pada perasaan erotik tetapi termasuk semua tingkah laku dan pemikiran yang
memberi keseronokkan dan kenikmatan (pleasureable). Keseronokkan dan kenikmatan
bercucuk tanam jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada niat Awang Cik Teh misalnya,

“..Biar kayu-kayan diganti dengan kulat, jambak, pisang jari buaya, pisang awak raja, labu
kerambil, timun dendang lonjong, peria, ubi kling dan terung.”
                                                                        (Srengenge: ms.1).

“ Yang aku nak buat, semuanya jadi. Nak buat Syarikat Mati, Syarikat Mati jadi. Nak buat
Syarikat Baja, Syarikat Baja jadi. Dan bila aku nak buat huma menutuh Srengenge,
Srengenge akan ku tutuh.”
                                                                     (Srengenge: ms. 13)

“Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal
bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun
itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.”
                                                                  (Srengenge: ms.15& 16 )

Naluri mati ‘thanatos’ merupakan naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri
kehidupan. Sepertimana yang kita ketahui, manusia mempunyai keinginan tidak sedar
(unconscious wish) untuk mati. Adakalanya, dorongan agresif (aggressive drive) memaksa
manusia untuk menghancurkan, menakluk, dan membunuh. Unsur- unsur ‘thantos’ ini cuba

                                              12
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh, walaupun hanya
bermonolog sendirian ianya member kesan yang cukup mendalam kepada perkembangan plot
novel Srengenge, misalnya,

“..Bukit yang sekian lama menyemakkan kawasan.Yang selama ini jadi musuhnya.”

                                                                              (Srengenge: ms.1)

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,
sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.
Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup
membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

                                                                          (Srengenge: ms .219)

Teori Frued ini berasas kepada tiga bahagian dalam diri manusia iaitu id (nafsu), ego (akal)
dan superego (iman). Id merupakan bahagian sahsiah tidak sedar yang menekankan kepuasan
serta merta dan hendakkan keseronokan maksimum. Ia didorong oleh tenaga libido yang
merupakan tempat menyimpan desakan asas dan merupakan stesen menyimpan segala
keinginan manusia. Id akan merangsang kita untuk mempunyai seks, makan, minum dan apa-
apa yang memenuhi keperluan manusia.Sama juga dengan persoalan kehidupan yang belum
dapat dipenuhi oleh Awang Cik Teh dalam novel Srengenge.Dengan harapan setelah
memugar Srengenge dapat mengubah corak kehidupan yang diinginkannya selama ini. Di
samping itu juga, ianya dapat dikecapi oleh penduduk Srengenge. Unsur ini cuba
digambarkan oleh shahnon Ahmad seperti di bawah:

“..Srengenge wajib ditutuh satu hari. Merbaunya, merantinya, pinang baiknya wajib ditutuh.
Rotansega badaknya, rotan manau telurnya, akar cirit murianya wajib disentk satu hari; baik
songsang ataupun tidak songsang. Dan banir-banir yang sepemeluk dua tiga pemeluk itu
wajuib ditumbang dan dibakar sampai benar-benar menyembah bumi. Biar kayu kayan
diganti dengan kulat, jambak, pisang jari buaya, pisang awak raja, labu kerambil, timun
dendang lonjong, peria, ubi keeling dan terung.”
                                                                        (Srengenge: ms.1)

“Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal
bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun
itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.”
                                                                  (Srengenge: ms.15& 16 )

Kekuatan dan kelemahan watak Awang Cik Teh

Melalui watak Awang Cik Teh, Shahnon Ahmad telah berjaya menggambarkan keseluruhan
cerita ini. Sebagai memenuhi norma manusia biasa, pengarang mewujudkan berbagai-bagai
situasi bagi menggambarkan kelebihan dan kelemahan Awang Cik Teh sebagai seorang lelaki
berusia 55 tahun, berasal dari Rantau Laban, Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia dalam
menghadapi kemerlut kehidupan penduduk di kaki Bukit Srengenge.Tentangan hebat ini jelas
digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya,

                                              13
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012




“..Pak Su Teh ambil baja untuk rambutannya.Pak Su Teh bukan anak Kaki Srengenge jati.
   Dia anak bangsat. Anak bangsat Rantau Laban.”
                                                                      (Srengenge: ms.4)

Di sinilah Awang Cik Teh telah melalui proses sublimasi (Nye,1992) iaitu naluri-naliuri yang
sentiasa mendesak individu dan berupaya menimbulkan kegelisahan di dalam diri tetapi
dilepaskan dalam bentuk positif yang boleh diterima masyarakat umum. Awang Cik Teh
menengelamkan rasa gelisah dalam dirinya dengan mengambil satu langkah positif iaitu
berhasrat untuk memugar Srengenge. Selain sebagai usaha untuk membuktikan
keupayaannya, langkah ini juga sebagai satu cara untuk memajukan kampung tersebut dan
meningkatkan ekonomi penduduknya. Ini sebagai satu cara mencari identiti baru dan
meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi masa akan datang. Pergolakan diri Awang
Cik Teh ini jelas terpapar di awal novel ini.

“..Setip kali Awang Cik Teh habis makan dan keluar sidai perut di jemburan buluh gelegar
membiar nasi turun, bukit itu jadi sasarannya.”
                                                                       (Srengenge: ms.1)

Sahnon Ahamad dengan jelas sekali menggambarkan watak Awang Cik Teh yang begitu
tabah dan cekal untuk memugar Srengenge.

Kekuatan watak Awang Cik Teh

Kekuatan watak Awang Cik Teh ialah dia berusaha untuk menenteramkan pergolakan dalam
jiwanya dengan berhasrat untuk memugar Bukit Srengenge, sesuatu yang lebih positif iaitu
menyumbang idea dan tenaganya untuk mencapai hasrat hidup dirinya serta kepentingan
penduduk di kaki Bukit Srengenge. Hasrat ini cuba di sampaikannya kepada Imam Hamad,
sebagai ketua masyarakat di kaki Bukit Srengenge. Awang Cik Teh cuba meyakinkan Imam
Hamad terlebih dahulu, selepas itu kepada penduduk setempat dengan harsatnya untuk
memugar Srengenge. Dengan satu semangat baru, Awang Cik Teh cuba mengajak penduduk
Srengenge keluar dari kepompong masyarakat yang pasrah kepada kehidupan. Shahnon
Ahmad dengan jelas meggambarkan kegigihan Awang Cik Teh dalam mempertahankan
hasratnya, misalnya,

“..Aku. Apa awak fikir tua macam aku ini tak boleh jaga padi huma? Sapa buat bendang
baruh empat relung ini? Aku. Menajak, menggala, menyisir. Sapa buat rumah ini? Aku.
Menarah, menggaji, cukup atap?”
                                                                        (Srengenge: ms.9)

Menurut Robiah (1995), penghargaan kendiri yang tinggi dan padat dapat dilihat melalui
cirri-ciri positif seperti berdikari, sanggup menerima tanggungjawab, bersedia menghadapi
cabaran baru dengan penuh azam, Berjaya menghadapi kekecewaan dan berkeupayaan
mempengaruhi orang lain. Penghargaan kendiri ini sebenarnya mempengaruhi tahap
keyakinan seseorang terhadap dirinya sama ada ia bersikap otimis atau sebaliknya.

                                                                      (Robiah K.Hamzah,1995)

                                              14
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Dari satu sudut, Awang Cik Teh dilihat sebagai seorang watak yang mengandungi unsur
dendam. Iaitu dendam dari sudut pandangan positif. Dendam dengan Bukit Srengenge dan
juga orang-orang yang telah memburuk-burukkannya. Keadaan ini ditunjukkan apabila
Awang Cik Teh sering bermonolog dengan dirinya sendiri.Ini jelas sekali digambarkan oleh
Shahnon Ahmad, misalnya;

“..Sampai matipun Awang Cik Teh tidak boleh lupa. Sesungguhnya dia tak pernah berusaha.
Sengaja dia tidak berusaha untuk melupakannya. Soal gagal bukan soal tamat. Sesungguhnya
tidak ada tamat dalam perjuangan hidup.”
                                                                        (Srengenge: ms.5)

Atas keyakinan itulah Awang Cik Teh tidak berhenti-henti berdoa dan menaruh harapan agar
dapat memugar Srengenge serta menolak kepercayaan-kepercayaan karut yang tersimpan di
Bukit Srengenge.

Ainon Mohd.(1997), pula berpendapat bahawa estim adalah bagaimana kita menilai diri kita.
Konsep estim ini member penekanan bagaimana kita melihat diri sendiri meliputi aspek
emosi, rohani, intelek dan sosial kita.

                                                        (Ainon Mohd. & Abdullah Hasan,2002)

Dalam membina estim yang positif ataupun personaliti wajadiri, Awang Cik Teh telah
menanamkan rasa yakin bahawa dia mampu menentukan kedudukan dirinya. Awang Cik Teh
tahu bahawa dia bukan anak bangsat seperti yang dituduh oeh Siddek dalam mesyuarat di
madrasah Kampung Srengenge.

“..Pak Su Teh ambil baja rambutannya., Pak Su Teh bukan anak Kaki Srenngenge jati. Dia
anak bangsat. Anak bangsat Rantau Laban.”
                                                                     (Srengenge: ms.4)


Kelemahan watak Awang Cik Teh

Ditinjau dari sudut kelemahan. watak Awang Cik Teh tidak banyak menampakkan
kelamahan. Di sebaliknya Shahnon Ahmad cuba menggambarkannya melalui monolog
bersendirian sahaja. Awang Cik Teh sentiasa cuba menyembunyikan kelemahannya daripada
semua termasuk isterinya sendiri. Cuma dia banyak menerima tekanan daripada isterinya,
Keghesum. Keadaan ini sering digambarkan oleh Shahnon Ahamd, misalnya,

“..Siapa sasau? Srengenge? Atau sapa? Awang Cik Teh dengar soalan itu. Juga tahu
jawapannya. Yang sasau sudah tentu dia. Bukan Srengenge.”Tapi soal siapa sasau siapa tidak
sasau bukan boleh dituduh buta tuli. Bukit itu perlu ditebas, ditebang,dibakar, ditajuk,. Mesti
djadikan huma.Dan siapa yang hendak menjadikannya huma bukan soal.”

                                                                               (Srengenge: ms.2)



                                               15
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Menurut teori keperluan manusia Maslow (1962), manusia perlu melalui beberapa peringkat,
iaitu peringkat kesempurnaan diri, kesempurnaan keselamatan, kesempurnaan sosial,
keperluan harga diri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan inilah yang gagal
dipenuhi semenjak dari mula Awang Cik Teh menjejak kaki di kaki Bukit Srengenge
sehinggalah sekarang kehidupannya tidak juga berubah. Keadaan ini jelas digambarkan oleh
Shahnon Ahmad seperti petikan di bawah,

“ Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun. Serik hanya
mendedahkan kelemahan; bukan kekalahan pada lawan seperti Diah atau Siddik. Tapi
kekalahan terhadap hidup sendiri. Dia sudah tua. Sudah ada anak. Sudah ada cucu. Dan kalau
boleh hidup lagi enam tujuh tahun, cicit pula akan datang. Caci-maki Diah dan caci-maki
Siddik hanya serpiah tulang rusuk saja. Itu benda kecil. Dia meraduk Selat Melaka dulu pun
bukan mencari gaduh dengan sesiapa. Bukan. Dia hanya hendak hidup. Dan sekarang hidup
masih tak mahu tamat. Dan itu bererti kerja. Itu saja.”
                                                                          (Srengenge: ms.6)

Dari petikan tersebut, jelas bahawa segala keperluan hidup Awang Cik Teh tidak dapat
dipenuhi. Disebabkan dorongan ini maka dia berhasrat untuk membuktikan kebolehannya
untuk memungar Srengenge dengan harapan dapat mengubah kehidupannya pada masa akan
datang.Ini dapat dilihat dari petikan yang cuba digambarkan oleh Shahnon Ahmad di bawah,

“..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan
pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak
meneruskan hidupnya yang bererti.”

                                                                          (Srengenge: ms.9-10)

Mengikut Glasser (1998, 2000) dan Ahmad Jazimin et al. (2010):Choice Theory (Teori
Pilihan) menekankan bahawa tingkah laku individu berasal sepenuhnya daripada dunia
dalaman (quality world) individu itu sendiri. Perasan ini sering digambarkan oleh Shahnon
Ahmad dalam watak Awang Cik Teh,seperti petikan di bawah,

“..Setiap kali Awang Cik Teh habis makan dan keluar sidai perut di jemburan buluh gelegar
membiar nasi turun, bukit itu jadi sasarannya.”
                                                                         (Srengenge: ms.1)

Dunia luaran (real world) memberi kesan kepada diri individu setelah individu itu memilih
apa yang baik untuk dirinya. Dunia dalaman (quality world) terdiri daripada lima keperluan
asas (basic needs) iaitu keperluan untuk menyayangi dan di sayangi (love & belonging),
keinginan rasa dihargai (power), inginkan kebebasan (freedom), kegembiraan (fun) dan ingin
terus hidup (survival). Ini dapat dilihat dari petikan yang cuba digambarkan oleh Shahnon
Ahmad di bawah,

“..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan
pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak
meneruskan hidupnya yang bererti.”
                                                                       (Srengenge: ms.9-10)

                                              16
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Seseorang itu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan
seseorang dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi

Konflik juga timbul apabila apabila seseorang itu tidak mendapat apa yang mereka
kehendaki.Keadaan ini boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada seseorang itu.
Konflik ini juga akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi
seseorang. Keseluruhan tingkah laku seseorang itu akan menyumbang kepada identiti dirinya
sama ada identiti berjaya atau identiti gagal.
                                                                 (Ahmad Jazimin, 2008)

Konflik antara Awang Cik Teh dengan kemiskinan masyarakat yang diwarisi turun temurun
di Kaki Bukit Srengenge, sebenarnya lebih kepada keinginannya untuk meneroka tanah di
bukit itu. Penerokaan yang sebenarnya untuk lari dari kepompong kemiskinan tetapi tidak
disedari segelintir individu yang pentingkan kemahuan sendiri. Misalnya Shahnon Ahmad
menggambarkan,

 “..Besok dia akan naik Srengenge lagi bersama Imam Hamad meracik tekukur. Kadang-
kadang apabila terjerembab Siddek menepuk pelanduk di bukit Srengenge yang sama, Diah
naik berang sekali. Tepukan ke atas daun medang itu membaculkan denaknya. Si Didik culas
berkukuk lagi. Sekali-sekala mahu rasanya dia berkata terus terang pada Siddik supaya
jangan menepuk pelanduk; lebih-lebih lagi menepuk dekat gelanggang meracik tekukur.
Srengenge bukannya sempit. Siddik boleh menepuk di sebelah matahari jatuh. Ataupun di
lembah saja.”

                                                                         (Srengenge: ms.18-19)

Kesedaran tentang kemiskinan serta cara hidup yang masih mundur ini menunjukkan betapa
perlunya perubahan untuk sesebuah masyarakat. Awang Cik Teh begitu bertekad untuk
membawa perubahan serta pembangunan ke dalam masyarakatnya.


Sebagai seorang penulis yang berpengalaman, Shahnon Ahmad bijak menggambarkan watak
Awang Cik Teh dengan bahasa yang cukup mendalam , misalnya seperti di bawah,

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,
sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.
Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup
membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

                                                                          (Srengenge: ms. 219)

Walaupun Imam Hamad sudah meniggal, namun Shahnon Ahmad masih lagi cuba
menyelitkan unsur-unsur wajadiri dalam diri watak Awang Cik Teh dengan begitu
bersemangat sekali untuk meneruskan perjuangan hidupnya dan kematian itu bukannya
penghalang bagi Awang Cik Teh, iannya merupakan titik permulaan untuknya terus
memperjuangkan hasratnya untuk tetap memugar Srengenge.


                                              17
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Beberapa gambaran tentang konflik dalam diri yang dialami oleh Awang Cik Teh cuba
dijelaskan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Srengenge ini . Di antaranya seperti di bawah,

“..Soalnya dia ingin membuat sesuatu yang difikir baik dan bermanfaat. Itu sudah cukup dlam
pengertian hidupnya. Dia ingin hidup dalam keadaan demikian. Dia ingin mati dalam
keadaan demikian.”

                                                                             (Srengenge: ms. 5)

“ Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun. Serik hanya
mendedahkan kelemahan; bukan kekalahan pada lawan seperti Diah atau Siddik. Tapi
kekalahan terhadap hidup sendiri. Dia sudah tua. Sudah ada anak. Sudah ada cucu. Dan kalau
boleh hidup lagi enam tujuh tahun, cicit pula akan datang. Caci-maki Diah dan caci-maki
Siddik hanya serpiah tulang rusuk saja. Itu benda kecil. Dia meraduk Selat Melaka dulu pun
bukan mencari gaduh dengan sesiapa. Bukan. Dia hanya hendak hidup. Dan sekarang hidup
masih tak mahu tamat. Dan itu bererti kerja. Itu saja.”

                                                                              (Srengenge: ms.6)

“..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan
pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak
meneruskan hidupnya yang bererti.”

                                                                          (Srengenge: ms.9-10)

Dari petikan tersebut, jelas bahawa segala keperluan hidup Awang Cik Teh tidak dapat
dipenuhi. Disebabkan dorongan ini maka dia berhasrat untuk membuktikan kebolehnya untuk
memungar Srengenge dengan harapan dapat mengubah kehidupannya di masa akan datang.

 “..Dan kerja kini bukan untuk makan lagi. Dia sudah cukup tentang itu. Anak-anaknya yang
dua orang itu sudah bekerja besar. Dan kalau dia pergi tinggal bersama anak-anaknya pun,
hidup senang. Tapi, itu bukan hidup lagi. Hidup dedalu bukan hidup namanya meskipun
dahan tempat tenggek itu anak-anaknya sendiri.”
                                                                         (Srengenge: ms.6)

Menurut Malsow (1954) keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-
kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.pada masa kanak-kanak, mereka
menunjukkan ketkutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan
jika ketiadaak ibunya. Pada tahun permulaannya, kanak-kakan memerlukan rutin, kestabilan
dan persekitaran yang aman.

Bagi orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang
dalam masyarakat. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman,
kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebaginya yang boleh mengancam
nyawa dan fizikal serta emosi. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan
keadaan yang membahayakan manusia. Keadaan ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad
pada watak Awang Cik Teh dalam bab akhir novel Srengenge, seperti di bawah:

                                              18
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012




“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,
sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.
Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup
membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

                                                                           (Srengenge: ms. 219)

Dalam konteks sekolah, jelaslah bahawa para pelajar mempunyai pelbagai keperluan dan
akan cuba memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Apabila keperluan-keperluan ini
disempurnakan maka para pelajar sedia mematuhi peraturan dan disiplin yang di tetapkan.
Sebaliknya jika keperluan tersebut gagal dipenuhi, akan berlakulah gangguan emosi.
Gangguan emosi inilah yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salah laku dan
melanggar peraturan sekolah.

Maka, di sinilah besarnya peranan guru dalam menentukan keperluan-keperluan yang
dikehendaki oleh pelajar.

Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ianya mengandungi struktur
pentadbiran dalam mengurus program pengajian. Kuasa di sekolah terletak kepada orang
tertentu seperti pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin dan lain-lain lagi. Oleh itu jenis
kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi perkembangan sahsiah pelajar.
Pengurus sekolah yang tegas akan melahirkan pelajar yang berdisiplin bagi melaksanakan
sesuatu tugas.

Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan perkembangan sahsiah positif
terhadap rakan dan sekolah, kerana pelajar adalah produk sekitarannya. Perekitaran sekolah
yang baik dapat membantu pembentukan sahsiah yang sempurna. Melalui bimbingan guru
dan persekitaran yang menyenangkan, maka harapan untuk mempengaruhi pelajar-pelajar
yang mengalami hubungan sosial adalah lebih cerah.


Kesimpulan

Setelah kita melihat bagaimana Shahnon Ahmad menggunakan watak otimis iaitu nilai
wajadiri melalui watak Awang Cik Teh (Srengenge), kita dapati beliau memandang positif
terhadap konsep dan nilai asas pembangunan sahsiah berlandaskan nilai-nilai moral dan
akhlak. Watak ini dibendung dan diselimuti dengan pelbagai rintangan dalam mengharungi
hudupnya di samping kemerlut dalam dirinya sendiri.

Shahnon Ahmad terlalu berhati-hati dan penuh tanggungjawab dalam menggambarkan nilai
wajar diri melalui watak-watak yang ditampilkan terutamanya watak Awang Cik Teh
(Srengenge). Dia mengadun konsep kemiskinan serta latar belakang penduduk Srengenge
untuk mengukuhkan lagi watak optimis yang ada pada Awang Cik Teh. Watak Awang Cik
Teh, mengalami dan menerima tentangan hebat dari Srengenge sendiri serta segelintir
penduduk Srengenge yang tidak mahu menerima perubahan serta pembangunan hidup.Ini
jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad misalnya,

                                               19
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012




“..Tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi halangan untuk menutuh Srengenge. Kalau
Siddik menbantah, tinggalkan saja dia. Kalau Diah membantah, tinggalkan saja Diah. Kalau
Kasseng membantah, tinggalkan saja Kasseng. Kalau semua anak buah Kaki Srengenge
membantah, dia sendiri akan menutuhnya. Dan dia cukup percaya, segarang Keghesum pun,
dia akan bersama menebang pokok-pokok merbau yang menjulang langit itu.”

                                                                              (Srengenge: ms. 5)

“..Pembunuh!” jerit Awang Che Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut.Dia mengisar punggung,
sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.”

                                                                           (Srengenge: ms. 219)

Shahnon Ahmad memperlihatkan bagaimana watak Awang Cik Teh menerima segala
tentangan dan cabaran secara positif dan yang pastinya harapan Awang Cik Teh tidak
bekubur begitu saja walaupun selepas kematian Imam Hamad. Malah kejadian ini
dijadikannya satu cabaran dan juga motivasi untuk bertindak lebih efision lagi dalam
hudupnya akan datang.

Setiap kajian dan peristiwa yang diaturkan akan menampakkan kegigihan watak itu
menerima, menghadapi dan mengatasi cabaran dari setiap aspek persekitaran. Shahnon
Ahmad juga menggambarkan sikap berani, sabar, tabah tawakkal, taat, akur rela, terbuka,
tidak pentingkan diri, merendah diri, bersyukur, berazam, bercita-cita serta bertanggungjawab
pada watak Awang Cik Teh dalam novel Srengenge yang menghadapi kemiskinan, kemerlut
dalam diri dan kemerlut penduduk Srengenge yang masih terikat dengan fahaman animisme.
Perwatakan yang dibawa oleh Awang Cik Teh mempunyai sahsiah wajadiri yang tinggi.

Personaliti wajadiri sebegini akan mengasuh pelajar kita itu lebih gigih berusaha, sanggup
berkorban dan berjuang, tidak lokek dan mementingkan diri semata-mata, selain daripada
tidak angkuh dan sombong.

Pendeknya konsep kemiskinan dan amalan animisme yang diutarakan oleh Shahnon Ahmad
dalam Srengenge membibitkan percambahan pembentukan sahsiah wajadiri yang positif serta
bermoral tinggi pada watak utamanya iaitu Awang Cik Teh. Shahnon Ahmand boleh dilihat
sebagai seorang pemikir bangsa, dan beliau semacam ingin menyarankan kepada para
pembaca budiman, bahawa manusia yang mengaku Islam, cirri-ciri yang disebutkan tadi
harus dipupuk dalam jiwa kita. Masyarakat yang akan datang akan menjadi masyarakat baru
yang bertanggungjawab, bersifat mulia, berjiwa luhur serta beradab sopan di samping
penyabar dan penyayang kepada dirinya, bangsanya, agamanya serta negaranya.

Elemen     Personaliti wajadiri dalam tulisan kreatif memang tidak dapat dinafikan
kehadirannya. Ini bagi memantapkan watak, memaparkan unsur-unsur perlambangan di
samping mewarnai budaya tempatan. Shahnon Ahmad berjaya mengharmonikan kesemua
elemen personaliti wajadiri pada watak-watak dalam karyanya yang berfungsi sebagai
pelengkap dan bukannya sekadar tempelan untuk menyedapkan cerita.


                                               20
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



Srengenge sememangnya banyak menonjolkan elemen-elemen personaliti wajadiri pada
watak-watak yang ditampilkan sesuai dengan latar belakang tajuknya yang diambil dari nama
bukit iaitu Bukit Srengenge. Selain itu, Watak Imam Hamad dan Haji Munah menampakkan
elemen wujudnya pemahaman Islam yang kukuh dalam masyarakat di Kaki Bukit Srengenge.

Begitu juga habitat diulang-ulang supaya gambaran tentang bukit tersebut terpahat di ingatan
pembaca. Pembaca seolah-olah merestui kematian misteri Imam Hamad setelah tindakannya
membunuh Jebat, tekukur peliharaannya secara kejam yang juga turut disaksikan penghuni
yang mendiami Bukit Srengenge. Ini lantas membawa kepada 'penyembahan' kepada Bukit
Srengenge dan unsur-unsur ghaib yang mendiaminya yang mungkin mampu menolong
menyembuh penyakit Imam Hamad. Namun, Sahnon Ahmad bijak menerapkan elemen
wajadiri pada watak Awang Cik Teh. Walaupun selepas kematian Imam Hamad, Awang Cik
Teh masih lagi bertekad untuk meneruskan cita-citanya untuk memugar Srengenge dengan
harapan dia dapat mengecapi kesenangan yang diimpi-impikan sepanjang hidupnya.Ini jelas
digambarkan oleh Shahnon Ahmad seperti di bawah,

“ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung,
sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.
Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup
membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.”

                                                                           (Srengenge: ms 219)

Bukan semua orang rela hidup dalam serba kekurangan. Tetapi ramai pula menjadikan
kemiskinan dan kemelaratan hidup sebagai satu cabaran. Kemiskinan dijadikan sebagai
dorongan dan motivasi untuk Awang Cik Teh terus berjuang. Dia rela berusaha, bekerja keras
dan bertungkus lumus bagi mengatasi kemiskinan hidupnya. Sekurang-kurangnya dia mahu
melepaskan dirinya daripada cengkaman kemiskinan itu sendiri. Keinginan dan kemahuan
dalaman begini membawa satu nilai murni. Nilai perjuangan dalam hidup. Iaitu nilai yang
tidak mahu menyerah kalah atau hanya menyerah kepada takdir semata-mata. Shahnon
Ahmad dalam novelnya banyak kali memperlihatkan sikap begini. Melalui watak Awang Cik
Teh dalam Srengenge jelas digambarkan sikap mahu merobah nasib dan kemiskinan itu
sendiri. Bukit Srengenge itu sendiri adalah lambang kemiskinan dan penghalang kemajuan di
itu.



                                        ***********




                                              21
Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad   2012



BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd. & Abdullah Hasan.2002. Mendorong Diri Sendiri. Kuala Lumpur : PTS
       Publications & Distributors.
Davidson, 1,1977, Values, Ends & Sociaty, Australia, Queensland: Univeristy of Queensland
       Press.
Mohd Yusof Hasan. (1990). Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan
       Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Hasan. (1995). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala
       Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maslow, Abraham. (1953). A theory of Human Motivation.Vol 50. Psychilogical Review.
Nye, Robert D.(1992). Tiga Pemikiran Psikologi. Terjemahan Mahmood Nazar Ohamed.
       Kuala Lumpur : dewan Bahasa dan Pustaka.
Robiah K.Hamzah. (1995). Panduan Membimbing Remaja, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
       dan Pustaka.
Sears, D.O., Peplau, L.A. & Freedman, J.L.(1988. Social Psichology. New Jersey: Prentice
       Hall, Inc.
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub.(2002) Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.
       PTS Publication : Janda Baik, Pahang.
Shahnon Ahmad. (1981). Srengenge.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. (1989). Gubahan Novel.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wang, M. C., Haertel, G. D., & Wahlberg, H. J. (1993/94). What helps students learn?
       Educational Leadership, 51(4), 74-79




                                              22

More Related Content

What's hot

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahTajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahWan Suhaimi Wan Setapa
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyAmin Upsi
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106sk zainab 2
 
Kaedah Fonetik Bahasa Melayu
Kaedah Fonetik Bahasa Melayu Kaedah Fonetik Bahasa Melayu
Kaedah Fonetik Bahasa Melayu AzZurah Md Noor
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) cg.Teha Amran
 

What's hot (20)

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolahTajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi PendidikanPemikiran dalam Psikologi Pendidikan
Pemikiran dalam Psikologi Pendidikan
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
 
Kaedah Fonetik Bahasa Melayu
Kaedah Fonetik Bahasa Melayu Kaedah Fonetik Bahasa Melayu
Kaedah Fonetik Bahasa Melayu
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT) Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
Cerita Penglipur Lara (SASTERA RAKYAT)
 

Recently uploaded

SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 

Recently uploaded (20)

SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

Kajian novel srengenge

  • 1. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 NO.2 KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH (KOHORT 3) PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK DALAM NOVEL SRENGENGE KARYA SHAHNON AHMAD TAJUK : MENCARI SINAR HARAPAN ABULANA BIN BOLHI 690319-13-5021 PPG/32062/12/USM/BI PENSYARAH: DR SHAHABUDDIN BIN HASHIM 1
  • 2. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 NO.2 PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK DALAM NOVEL SRENGENGE KARYA SHAHNON AHMAD TAJUK : MENCARI SINAR HARAPAN 2
  • 3. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Latar Belakang Kajian 1 Definisi Personaliti 2 Personaliti Wajadiri 2 Perihal Srengenge 3 Watak dan Perwatakan 4 Awang Cik Teh 4 Seorang yang Optimis 4 Seorang yang Berjiwa Kental 5 Seorang yang Sangat Teliti dalam Membuat Sesuatu Keputusan Mahupun Tindakan 6 Seorang yang Taat pada Agama dan Tidak Berserah kepada Qada dan Qadar 7 Seorang yang Berperibadi Tinggi dan Berbudi Bahasa 7 Determined 8 Mempunyai Naluri yang Kuat dan Azam yang Tinggi serta Berpandangan Jauh 9 Kekuatan dan kelemahan watak Awang Cik Teh 10 Kekuatan watak Awang Cik Teh 11 Kelemahan watak Awang Cik Teh 12 Kesimpulan 16 BIBLIOGRAFI 19 3
  • 4. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 PENERAPAN TEORI PERSONALITI WAJADIRI PADA WATAK DALAM KARYA SHAHNON AHMAD Oleh : Abulana Bolhi (PPG/32062/12/USM/BI) KOHORT 3 Tajuk : Mencari Sinar Harapan Pengenalan/Latar Belakang Kajian Kertas kerja ini akan cuba membincangkan tentang kehadiran elemen-elemen wajadiri dengan mengaitkannya dengan watak-watak yang terdapat dalam karya terpilih Shahnon Ahmad iaitu novel Srengenge(1981). Kajian ini akan menganalisis bagaimana pengarang cuba menerapkan elemen-elemen Personalti Wajadiri dalam karyanya dan membawa peranan penting ataupun pengaruh kepada watak-watak yang terdapat dalam karyanya dari awal sehinggalah ke penghujung cerita. Dalam novel Srengenge, kehadiran watak Awang Cik Teh mendominasikan watak-watak lain seperti watak Keghesum, Imam Hamad, Useng (bomoh memiliki jin Islam) dan juga Siddik. Watak Siddik merupakan pendorong kepada segala perancangan yang bakal diteruskan oleh Awang Cik Teh untuk memugar Srengenge. Ini bersesuaian dengan plot novel ini di mana watak Awang Cik Teh cuba mengajak masyarakat Srengenge kepada perubahan kehidupan serta mengikis kepercayaan pada unsur-unsur animisme. Ini jelas sekali digambarkan oleh Shahnon Ahamd dalam petikan di bawah: “Terkena agaknya?” “Entah. Baik tak baik ditegur datuk.” “Baik tak baik. Merepek?” “Entah. Tadi tidak. Sekarang Jantan jaga.” “Srengenge itu banyak anak buahnya. Silap-silap langkah sasau dibuatnya. Silap-silap tertegur, makan tak lalu, tidur tak boleh.” (Srengenge: ms.110-111) Srengenge berjaya mengheret pembaca hingga ke akhir bagi mengetahui sama ada Awang Cik Teh, watak yang opotimis berjaya dalam usahanya mengajak penduduk kampung menutuh Bukit Srengenge menjadi huma. Shahnon Ahmad cuba menerapkan nilai personaliti wajadiri dengan jelas pada watak Awang Che Teh, iaitu seorang yang optimis pada bab akhir novel ini. “ ..Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.” (Srengenge: ms 219) 4
  • 5. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Definisi Personaliti Personaliti merupakan sekumpulan respon atau gerak balas yang biasa dilakukan oleh manusia apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa. (Friedman & Schustack, 2009) Setiap respon ini dipelajari oleh manusia untuk membolehkannya bertindak balas dalam situasi persekitaran yang sama atau hampir sama. Personaliti manusia terhasil daripada kesan tingkah laku yang ditunjukkan.Sekiranya tingkah laku tersebut mendapat peneguhan, maka ia akan diulang lagi. Jika tingkah laku tersebut diikuti oleh kesan yang negatif, maka ia akan dihentikan. (Burger, 2000; Miltenberger, 2008) Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain. (Cloninger, 2008). Personaliti Wajadiri Salah satu definisi yang telah diterima pakai mengenai Personaliti Wajadiri ialah the heightened likelihood of success in the school and other life accomplishment despite environmental adversities brought about by early traits, conditions, and experiences. (Wang, Hartel, & Walberg, 1994) Personaliti Wajadiri boleh dianggap “pemantul” kepada sebarang risiko persekitaran yang negatif. Waja diri atau daya tahan merujuk kepada keupayaan individu untuk menghadapi tekanan dan tidak difungsikan kepada psikologi yang nyata, seperti penyakit mental atau mood negatif yang berterusan. Ini adalah pandangan arus perdana psikologi wajadiri, wajadiri atau daya tahan ditakrifkan dari segi kapasiti seseorang untuk mengelakkan Psikopatologi walaupun keadaan sukar. Dalam psikologi humanistik, wajadiri merujuk kepada keupayaan individu untuk berkembang dan memenuhi potensi walaupun atau mungkin juga kerana tekanan itu. Individu dan masyarakat yang berdaya tahan lebih cenderung untuk melihat masalah sebagai peluang untuk pertumbuhan. Dalam erti kata lain, individu berdaya tahan seolah-olah bukan sahaja untuk menangani dengan baik dengan strainn tekanan dan luar biasa tetapi sebenarnya untuk mengalami cabaran seperti peluang pembelajaran dan pembangunan. Sebagai contoh, Shahnon Ahmad menggambarkan kematian Imam Hamad merupakan peluang baik bagi dirinya untuk mencapai hasrat untuk memugar Srengenge. Penduduk Srengenge beranggapan 5
  • 6. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 bahawa Srengenge adalah puncak Kematian Imam Hamad. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkannya seperti di bawah: “..Soal mustahil atau tak mustahil adalah soal Tuhan.soal mati Imam hidup Imam juga di tangan Tuhan. Jawapan Useng hanya keluar dari diri orang yang bongkak. Awang Cik Teh tahu itu. Dia teringat pada fikiran yang datang mendadak tadi. Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya. (Srengenge: ms. 139) Walaupun sesetengah individu mungkin kelihatan untuk membuktikan diri mereka untuk menjadi lebih berdaya tahan daripada yang lain, ia perlu diiktiraf bahawa daya tahan kualiti dinamik, bukan kapasiti tetap. Dalam erti kata lain, individu yang mempunyai sahsiah wajadiri menunjukkan dinamik diri-pembaharuan, manakala mereka yang kurang berdaya tahan mendapati diri mereka dipakai dan impak negatif oleh tekanan hidup. Sifat wajadiri ini cuba ditonjolkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh dalam novel Srengenge. John Dewey (1859-1952), Amerika abad ke 20 yang terkenal sebagai seorang ahli falsafah pendidikan, menerangkan rasa ini berterusan melalui pembaharuan diri yang dinamik: “ Sebuah batu yang apabila dipukul menentang. Jika rintangan adalah lebih besar daripada kuasa tamparan melanda, ia tetap zahirnya tidak berubah. Jika tidak, ia akan berkecai. Manakala benda yang hidup dengan mudah boleh dihancurkan oleh tenaga yang lebih tinggi, ia tidak ada yang kurang cuba untuk menghidupkan tenaga yang bertindak ke atasnya kepada cara kewujudan sendiri lagi ... Ia adalah sifat hidup untuk berusaha untuk terus wujud. Sejak berterusan ini boleh dicagar hanya oleh pembaharuan yang berterusan, hidup adalah salah satu proses di mana diri sendiri perlu memperbaharuinya.” Perihal Srengenge Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah kampung. Bukit Srengenge.Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge. Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini dengan kata, “SRENGENGE tersergam hodoh macam setan.” (Srengenge: ms. 1) 6
  • 7. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Permulaan novel ini seakan menceritakan segalanya yang tersirat. Srengenge dan setan. Bagaimana Bukit Srengenge telah dijadikan oleh setan sebagai bahan untuk menyesatkan penduduk Kampung Kaki Srengenge. Srengenge membawa konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme. (Shahnon Ahmad Dalam Esei dan Kritikan : ms.114) “Novel Srengenge cuba mendedahkan satu aspek institusi kedesaan yang kompleks yang berhubungan dengan kuasa ghaib meliputi cara hidup, kepercayaan, pantang-larang (taboos), adat istiadat dan sebagainya.” (Mohd. Yusof Hassan, Dewan Bahasa, Jun 1974) Konfliknya timbul apabila watak utamanya, Awang Cik Teh melahirkan hasrat untuk menutuh, menebas, memugar, membersihkan Bukit Srengenge itu. Bukit Srengenge yang menjadi tempat kebanyakkan penduduknya menghabiskan masa lapang menepuk, menggetah, meracik, dan menjebak. Hasrat Awang Cik Teh itu sudah pasti mendapat tentangan yang maha besar dari sekalian warga kampung.Sebagai seorang penulis yang hebat, Shahnon berjaya mengembangkan cerita menjadi sangat menarik dengan hanya menjadikan Bukit Srengenge itu sebagai bahannya. Setelah membaca novel ini secara mendalam, didapati bahawa Srengenge bukan hanya sekadar sebuah bukit, ianya melambangkan kepada kemiskinan yang harus dilenyapkan dari hidup penduduk kampung di kaki bukit tersebut. Hanya seseorang yang berfikiran ke arah perubahan dapat melaksanakan tugas tersebut iaitu Awang Cik Teh. Watak dan Perwatakan Dalam kajian ini,watak Awang Cik Teh dipilih sebagai isu utama dalam menjelaskan faktor- faktor yang bakal menyokong teori waja diri untuk di terapkan ke dalam watak tersebut. Di samping itu juga, terdapat juga watak-watak lain yang akan diketengahkan untuk mengukuhkan lagi tujuan utama kajian ini dalam membincangkan unsur-unsur persoanliti wajadiri. Golongan manusia yang mementingkan kebendaan dan pengaruh agama dalam kehidupan lebih-lebih lagi yang berpegang kepada agama sebagai cara hidup akan meletakkan elemen kerohanian sebagai atribut personaliti waja diri yang tertinggi. Pandangan Dr. Shahabudin ini mungkin boleh dikaitkan dengan watak Awang Cik Teh dalam Srengenge. Dr.Shahabudin Hashim (2002) Awang Cik Teh a. Seorang yang Optimis Nilai wajadiri yang terdapat pada watak Awang Cik Teh adalah seorang yang optimis. Walau menyedari bahawa usaha untuk memugar Srengenge adalah satu kerja yang sangat susah namun dia masih percaya bahawa ia adalah bukan sesuatu yang mustahil. Dia percaya bahawa Tuhan akan sentiasa membantunya. Sebagai satu ujian, kemiskinan harus ditentang 7
  • 8. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 habis-habisan. Awang Cik Teh sebagai agent of change mesti tabah memulakan langkah beraninya. Dia tidak harus gentar dengan hasutan dan umpat keji orang terhadap usaha gigihnya. “..Tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi halangan untuk menutuh Srengenge. Kalau Siddik menbantah, tinggalkan saja dia. Kalau Diah membantah, tinggalkan saja Diah. Kalau Kasseng membantah, tinggalkan saja Kasseng. Kalau semua anak buah Kaki Srengenge membantah, dia sendiri akan menutuhnya. Dan dia cukup percaya, segarang Keghesum pun, dia akan bersama menebang pokok-pokok merbau yang menjulang langit itu.” (Srengenge: ms 5) Awang Cik Teh tidak mudah mengalah walau apa pun yang menghalangnya daripada menutuh Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkannya seperti di bawah: “..Awang Cik Teh sudah terlajak. Tapi biarkan. Memang dia hendak pugar Srengenge. Tak boleh muafakat seluruh kampung, dia boleh pugar seorang diri. Tak boleh pugar serelung dua, seluas tapak tangan pun dia akan pugar juga.” (Srengenge: ms.211) Desakan yang paling utama adalah untuk mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification).Sebagai contoh, Shahnon Ahmad menggambarkan dengan jelas teori ini di dalam diri watak Awang Cik Teh, misalnya, “..Dan bila semuanya sudah sedia, Srengenge akan diserang. Mengkudu, cenerai, semak samun, akar rotan yang menjalar, semuanya akan ditebas. Biar segala binatang merayap habis mati dipijak-pijak dan dipukul-pukul…" (Srengenge: ms.83) Kemunduran dalam aspek pembangunan jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel ini bagi menguatkan keazaman Awang Cik Teh dalam memperjuangkan hasratnya untuk menutuh Srengenge. Penduduk kaki Srengenge sudah berazam mepunyai kepercayaan penuh dan kudus kepada Srengenge. Hidup mereka amat sederhana dengan kemiskinannya. Mereka tidak perlu mendengar cadangan Awang Cik Teh yang dianggap orang luar yang merepek. Srengenge sumber rezeki mereka hendak dipugar dan diruntuhkan. Mereka lalu menganggap Awang Cik Teh adalah duri dalam daging di kampung itu. Sebab, segala- galanya mereka boleh dapat dari bukit tersebut. Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad, “..Bukan saja tekukur, tapi juga napuh, puling, punai, serindit, pelanduk, kayu api, rotan, bertam, akar, buah-buah, pucuk kayu, daun ketupat, buluh lemang, gondang di paaya, merbuk, entahlah, semuanya dari Srengenge. Orang kaki Srengenge cuma ambil saja.” (Srengenge: ms. 134) 8
  • 9. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 b. Seorang yang Berjiwa Kental Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki. Misalnya, Awang Cik Teh berazam untuk memugar Srengenge dan demi mencapai azamnya itu, dia sanggup untuk menempuh apa jua halangan sama ada dari kerajaan mahupun penduduk kampung itu sendiri. Sebagai usaha untuk mengatasi kemiskinan ialah berjuang. Untuk itu perjuangan memerlukan satu macam nekad yang padu serta semangat yang kuat dan gigih. Nekad Awang Cik Teh untuk menumbangkan Srengenge jelas membayangkan kegigihan dan azam kuatnya. Sehingga berpuluh-puluh kali azam itu diucapkannya. Malah segala sidiran isterinya Keghsum diterimanya sebagai cabaran. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan, “.. Keghsum hanya merungut kepada Awang Cik Teh. Dan Awang Cik Teh hanya sasaran bagi rungutan Keghsum. Dan itu adalah cabaran, sama seperti cabaran Srengenge yang tersergam macam setan bertahun-tahun ini.” (Srengenge: ms.13) Tindakan Awang Cik Teh yang berhasrat meruntuhkan Srengenge yang tersergam macam setan tua di depan matanya, merupakan satu tindakan yang mempunyai azam yang kuat dan semangat yang gigih. Seperti mana yang dilukiskan oleh Shahnon Ahmad lagi, “ Awang Cik Teh menentang bukit itu bagaikan menang lawan waktu muda-muda dulu. Semuanya itu adalah setan yang hodoh. Dan setan hodoh itu sedang menggamit-gamitnya.” (Srengenge: ms.15) Bagi Awang Cik Teh, Srengenge adalah penghalang kemajuan, penyekat ekonomi dan penyebab kemiskinan kampungnya. Oleh kerana itu Awang Cik Teh terus membulatkan tekadnya bagi membasmi kemiskinan itu, sebagaimana kata Shahnon Ahmad lagi, “Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.” (Srengenge: ms.15& 16 ) c. Seorang yang Sangat Teliti dalam Membuat Sesuatu Keputusan mahupun Tindakan Sebelum mengambil sesuatu tindakan, beliau sering memikirkannya terlebih dahulu perkara yang bakal ditempuhinya nanti. Seperti sebelum ini, beliau pernah diburuk-burukkan dikhalayak ramai oleh Siddik dalam mesyuarat di madrasah, iaitu peristiwa yang tidak akan dilupainya. Disebabkan banyak peristiwa yang begitu mencabar bagi dirinya, maka beliau begitu teliti dalam membuat perancangan. Pada malam itu, dia mengira-ngira segala halangan yang bakal ditempuh seterusnya merancang jalan keluar bagi mengatasi masalah itu. 9
  • 10. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan, “Imam fikir-fikirlah dahulu.minggu depan saya datang lagi.” (Srengenge: ms.41) “..Kalau kapak yang lama tidak tajam lagi, beli kpak baru. Dan hulunya biar kayu yang berteras teguh.” (Srengenge: ms.83) Akhirnya jalan keluar sebagai penyelesaian ialah Awang Cik Teh terpaksa berhadapan dengan masyarakat kaki Bukit Srengenge untuk menyelesaikan konflik dalam dirinya. Keputusan ini diambil dengan menjadikan Imam Hamad sebagai perantaraannya dengan masyarakat Srengenge. d. Seorang yang Taat pada Agama dan Tidak Berserah kepada Qada dan Qadar Dalam usia 55 tahun dengan kehidupan yang tidak pernah berubah semenjak beliau berhijrah ke kampung di kaki Bukit Srengenge, beliau tidak pernah mengeluh mahupun berserah kepada qada dan qadar sahaja. Dia tetap menunaikan solat subuh walau badannya terasa sakit-sakit. Kebergantungannya kepada pertolongan Tuhan juga sangat tinggi sepanjang dia merancang untuk memugar Srengenge. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan, “..Malam yang sudah pun larut itu bertambah larut lagi. Terus dia melangkah masuk ke dapur perlahan-perlahan mengambil air wuduk. Tikar sembahyang yang tersangkut pada tali tegang tengah rumah diambil. Dia ingin sembahyang sunat ditengah-tengah malam buta itu.” (Srengenge: ms.79) e. Seorang yang Berperibadi Tinggi dan Berbudi Bahasa Watak Awang Cik Teh digambarkan sebagai seorang yang berperibadi tinggi dan berbudi bahasa. Beliau berasal dari Rantau Laban, Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia. Sungguhpun dia bukan anak jati Srengenge, dia tidak pernah beranggapan bahawa ianya asing baginya malah dia cuba untuk membawa perubahan mahupun pembangunan untuk dikecapi bersama penduduk di kaki bukit Srengenge dengan memugar Srengenge. Dia sangat menghormati penduduk di situ dan kalau boleh tidak mahu menyakiti hati mereka. Ini cuba dijelaskan oleh Shahnon Ahmad, di mana Awang Cik Teh melayan Imam Hamad dan Hajah Munah dengan baik. Misalnya, ketika Hajah Munah dan Imam Hamad hendak pulang, dia menghantar mereka hingga ke depan pintu dan tunggu sehingga mereka hilang dari pandangan. Seperti mana yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad lagi, “..Tapi Awang Cik Teh masih berdiri tegak mengikuti lenggok sinar lampu picit Haji Munah. Sinar itu sekejap terhayun ke kiri sekejap terhayun ke kanan dan sekali-sekala terhala pula ke belkang kea rah Imam Hamad. Sedikit demi sedikit sinar itu jadi malap dan kemudian luput dari pandangan.” (Srengenge: ms.77) 10
  • 11. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 f. Determined Awang Cik Teh merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi yang unggul. Dengan azam yang kuat dia tidak mahu sesiapapun cuba menghalangnya untuk memugar Srengenge. Dia sentiasa memikirkan cara dan mencari jalan untuk memugar Srengenge sehingga menyebabkannya mengharapkan Imam Hamad mati agar Srengenge akan dibenci penduduk. Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya: “..Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya. (Srengenge: ms. 139) Dalam novel Srengenge, kematian Imam Hamad merupakan klimeks ataupun kemuncak kepada cerita novel ini. Ianya merupakan penyelesaian kepada persoalan dalam diri Awang Cik Teh. Kematian Imam Hamad dipercayai sebagai 'balasan' alam (Srengenge) ke atasnya setelah bertindak membunuh 'Jebat', tekukur peliharaannya secara kejam sewaktu dinihari di Bukit Srengenge. Penduduk kampung percaya bahawa tindakannya menimbulkan kemarahan Bukit Srengenge. “Ngapa naik koro?” bisiknya. Mata Jebat pucat.Sekali gus Jebat disentap dari tumang. Paha kakan Jebat tercabut. Darah keluar. Dia eratkan ckaknya hingga berkiak-kiak bunyi tulang Jebat berlaga dia mencabut bulu kepak sehelai demi sehelai. Dia mencabut bulu tengkuk sehelai demi sehelai. Kemudian bulu ekor, bulu belakang, bulu perut hingga gundul.” (Srengenge: ms. 55 ) Imam Hamad ditakdirkan meninggal dunia walaupun selepas Bukit Srengenge dijamu. Tapi penduduk Kampung Kaki Srengenge tetap mempercayai kuasa datuk-datuk yang menjaga Bukit Srengenge. Tetap memuliakan Bukit Srengenge. Sehingga sesiapa yang cuba memugar Srengenge diibaratkan seperti meruntuhkan madrasah, mencabut batu nisan, mengoyakkan al-Quran. Sampai begitu sekali kepercayaan mereka. Dan pasti Imam Hamad telah melakukan salah besar kepada Bukit Srengenge sehingga begitu sekali balasannya. Jangankan kata mahu memugar, berniat sahaja pun sudah seperti ibarat membunuh diri. “..Berniat saja pun sudah cukup. Apalagi kalau niat itu hendak tutuh setiap merbau setiap meranti yang ada. Itu sama saja seperti menelanjangi Srengenge. Sama seperti meruntuh madrasah. Sama seperti cabut batu nisan. Atau berniat hendak koyak Quran. Orang itu akan jadi sasau. Niat itu sendiri akan menjelma dalam berbagai rupa dan akan mengikut ke mana saja walau dalam tidur sekalipun.” (Srengenge: ms.211-212) 11
  • 12. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Disebabkan oleh harapan yang begitu tinggi untuk terus memugar Srengenge, Awang Cik Teh dalam tidak sedar menggangapkan bahawa kematian Imam Hamad merupakan jalan yang terbentang luas untuk meneruskan hasratnya. Dan dengan kematian Imam Hamad, penduduk Srengenge akan menyalahkan Srengenge yang mengakibatkan Imam Hamad meninggal dunia. Shahnon Ahmad cuba menggambarkan niat Awang Cik Teh yang selama ini terpendam akhirnya terlerai juga, “..Dalam hati kecilnya dia ingin kalau Imam Hamad mati. Dia kurang ambil tahu sama ada ingatan itu merupakan satu doa atau satu harapan. Dia tidak tahu. Tapi itulah hasratnya dalam hati.Srengenge hanya sebuah bukit. Tidak lebih dari itu. Dan sebuah bukit yang sedemikian subur, wajib ditutuh semuanya. (Srengenge: ms. 139) g. Mempunyai Naluri yang kuat dan Azam yang Tinggi serta Berpandangan Jauh Dalam Kajian ini, didapati Shahnon Ahmad bijak mengadun watak dan juga latar di kaki Bukit Srengenge untuk menghidupkan elemen asas yang ada pada manusia iaitu Naluri. Naluri hidup ‘eros’.Sepertimana yang kita ketahui bahawa tenaga psike dimanifestasikan oleh naluri kehidupan dikenali sebagai libido. Naluri kehidupan paling penting kepada personaliti adalah seks (ditakrifkan dalam erti yang lebih luas dari kebiasaan). Naluri merupakan elemen asas dalam personaliti yang mendorong tingkah laku manusia. Terdiri dari 2 kategori naluri iaitu naluri hidup (eros-life instincts) dan juga naluri mati (thanatos-death instincts). Seks sebagai motivasi utama dalam kehidupan. Ianya bukan sahaja merujuk pada perasaan erotik tetapi termasuk semua tingkah laku dan pemikiran yang memberi keseronokkan dan kenikmatan (pleasureable). Keseronokkan dan kenikmatan bercucuk tanam jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada niat Awang Cik Teh misalnya, “..Biar kayu-kayan diganti dengan kulat, jambak, pisang jari buaya, pisang awak raja, labu kerambil, timun dendang lonjong, peria, ubi kling dan terung.” (Srengenge: ms.1). “ Yang aku nak buat, semuanya jadi. Nak buat Syarikat Mati, Syarikat Mati jadi. Nak buat Syarikat Baja, Syarikat Baja jadi. Dan bila aku nak buat huma menutuh Srengenge, Srengenge akan ku tutuh.” (Srengenge: ms. 13) “Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.” (Srengenge: ms.15& 16 ) Naluri mati ‘thanatos’ merupakan naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri kehidupan. Sepertimana yang kita ketahui, manusia mempunyai keinginan tidak sedar (unconscious wish) untuk mati. Adakalanya, dorongan agresif (aggressive drive) memaksa manusia untuk menghancurkan, menakluk, dan membunuh. Unsur- unsur ‘thantos’ ini cuba 12
  • 13. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh, walaupun hanya bermonolog sendirian ianya member kesan yang cukup mendalam kepada perkembangan plot novel Srengenge, misalnya, “..Bukit yang sekian lama menyemakkan kawasan.Yang selama ini jadi musuhnya.” (Srengenge: ms.1) “ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.” (Srengenge: ms .219) Teori Frued ini berasas kepada tiga bahagian dalam diri manusia iaitu id (nafsu), ego (akal) dan superego (iman). Id merupakan bahagian sahsiah tidak sedar yang menekankan kepuasan serta merta dan hendakkan keseronokan maksimum. Ia didorong oleh tenaga libido yang merupakan tempat menyimpan desakan asas dan merupakan stesen menyimpan segala keinginan manusia. Id akan merangsang kita untuk mempunyai seks, makan, minum dan apa- apa yang memenuhi keperluan manusia.Sama juga dengan persoalan kehidupan yang belum dapat dipenuhi oleh Awang Cik Teh dalam novel Srengenge.Dengan harapan setelah memugar Srengenge dapat mengubah corak kehidupan yang diinginkannya selama ini. Di samping itu juga, ianya dapat dikecapi oleh penduduk Srengenge. Unsur ini cuba digambarkan oleh shahnon Ahmad seperti di bawah: “..Srengenge wajib ditutuh satu hari. Merbaunya, merantinya, pinang baiknya wajib ditutuh. Rotansega badaknya, rotan manau telurnya, akar cirit murianya wajib disentk satu hari; baik songsang ataupun tidak songsang. Dan banir-banir yang sepemeluk dua tiga pemeluk itu wajuib ditumbang dan dibakar sampai benar-benar menyembah bumi. Biar kayu kayan diganti dengan kulat, jambak, pisang jari buaya, pisang awak raja, labu kerambil, timun dendang lonjong, peria, ubi keeling dan terung.” (Srengenge: ms.1) “Srengenge akan ditebas dan ditebang dan dibakar dan ditajak. Srengenge tidak akan tinggal bukit lagi. Ia akan menjadi huma. Dan Awang Cik Teh yang berusia lima puluh lima tahun itu akan menghumakan bukit Srengenge itu.” (Srengenge: ms.15& 16 ) Kekuatan dan kelemahan watak Awang Cik Teh Melalui watak Awang Cik Teh, Shahnon Ahmad telah berjaya menggambarkan keseluruhan cerita ini. Sebagai memenuhi norma manusia biasa, pengarang mewujudkan berbagai-bagai situasi bagi menggambarkan kelebihan dan kelemahan Awang Cik Teh sebagai seorang lelaki berusia 55 tahun, berasal dari Rantau Laban, Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia dalam menghadapi kemerlut kehidupan penduduk di kaki Bukit Srengenge.Tentangan hebat ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya, 13
  • 14. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 “..Pak Su Teh ambil baja untuk rambutannya.Pak Su Teh bukan anak Kaki Srengenge jati. Dia anak bangsat. Anak bangsat Rantau Laban.” (Srengenge: ms.4) Di sinilah Awang Cik Teh telah melalui proses sublimasi (Nye,1992) iaitu naluri-naliuri yang sentiasa mendesak individu dan berupaya menimbulkan kegelisahan di dalam diri tetapi dilepaskan dalam bentuk positif yang boleh diterima masyarakat umum. Awang Cik Teh menengelamkan rasa gelisah dalam dirinya dengan mengambil satu langkah positif iaitu berhasrat untuk memugar Srengenge. Selain sebagai usaha untuk membuktikan keupayaannya, langkah ini juga sebagai satu cara untuk memajukan kampung tersebut dan meningkatkan ekonomi penduduknya. Ini sebagai satu cara mencari identiti baru dan meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi masa akan datang. Pergolakan diri Awang Cik Teh ini jelas terpapar di awal novel ini. “..Setip kali Awang Cik Teh habis makan dan keluar sidai perut di jemburan buluh gelegar membiar nasi turun, bukit itu jadi sasarannya.” (Srengenge: ms.1) Sahnon Ahamad dengan jelas sekali menggambarkan watak Awang Cik Teh yang begitu tabah dan cekal untuk memugar Srengenge. Kekuatan watak Awang Cik Teh Kekuatan watak Awang Cik Teh ialah dia berusaha untuk menenteramkan pergolakan dalam jiwanya dengan berhasrat untuk memugar Bukit Srengenge, sesuatu yang lebih positif iaitu menyumbang idea dan tenaganya untuk mencapai hasrat hidup dirinya serta kepentingan penduduk di kaki Bukit Srengenge. Hasrat ini cuba di sampaikannya kepada Imam Hamad, sebagai ketua masyarakat di kaki Bukit Srengenge. Awang Cik Teh cuba meyakinkan Imam Hamad terlebih dahulu, selepas itu kepada penduduk setempat dengan harsatnya untuk memugar Srengenge. Dengan satu semangat baru, Awang Cik Teh cuba mengajak penduduk Srengenge keluar dari kepompong masyarakat yang pasrah kepada kehidupan. Shahnon Ahmad dengan jelas meggambarkan kegigihan Awang Cik Teh dalam mempertahankan hasratnya, misalnya, “..Aku. Apa awak fikir tua macam aku ini tak boleh jaga padi huma? Sapa buat bendang baruh empat relung ini? Aku. Menajak, menggala, menyisir. Sapa buat rumah ini? Aku. Menarah, menggaji, cukup atap?” (Srengenge: ms.9) Menurut Robiah (1995), penghargaan kendiri yang tinggi dan padat dapat dilihat melalui cirri-ciri positif seperti berdikari, sanggup menerima tanggungjawab, bersedia menghadapi cabaran baru dengan penuh azam, Berjaya menghadapi kekecewaan dan berkeupayaan mempengaruhi orang lain. Penghargaan kendiri ini sebenarnya mempengaruhi tahap keyakinan seseorang terhadap dirinya sama ada ia bersikap otimis atau sebaliknya. (Robiah K.Hamzah,1995) 14
  • 15. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Dari satu sudut, Awang Cik Teh dilihat sebagai seorang watak yang mengandungi unsur dendam. Iaitu dendam dari sudut pandangan positif. Dendam dengan Bukit Srengenge dan juga orang-orang yang telah memburuk-burukkannya. Keadaan ini ditunjukkan apabila Awang Cik Teh sering bermonolog dengan dirinya sendiri.Ini jelas sekali digambarkan oleh Shahnon Ahmad, misalnya; “..Sampai matipun Awang Cik Teh tidak boleh lupa. Sesungguhnya dia tak pernah berusaha. Sengaja dia tidak berusaha untuk melupakannya. Soal gagal bukan soal tamat. Sesungguhnya tidak ada tamat dalam perjuangan hidup.” (Srengenge: ms.5) Atas keyakinan itulah Awang Cik Teh tidak berhenti-henti berdoa dan menaruh harapan agar dapat memugar Srengenge serta menolak kepercayaan-kepercayaan karut yang tersimpan di Bukit Srengenge. Ainon Mohd.(1997), pula berpendapat bahawa estim adalah bagaimana kita menilai diri kita. Konsep estim ini member penekanan bagaimana kita melihat diri sendiri meliputi aspek emosi, rohani, intelek dan sosial kita. (Ainon Mohd. & Abdullah Hasan,2002) Dalam membina estim yang positif ataupun personaliti wajadiri, Awang Cik Teh telah menanamkan rasa yakin bahawa dia mampu menentukan kedudukan dirinya. Awang Cik Teh tahu bahawa dia bukan anak bangsat seperti yang dituduh oeh Siddek dalam mesyuarat di madrasah Kampung Srengenge. “..Pak Su Teh ambil baja rambutannya., Pak Su Teh bukan anak Kaki Srenngenge jati. Dia anak bangsat. Anak bangsat Rantau Laban.” (Srengenge: ms.4) Kelemahan watak Awang Cik Teh Ditinjau dari sudut kelemahan. watak Awang Cik Teh tidak banyak menampakkan kelamahan. Di sebaliknya Shahnon Ahmad cuba menggambarkannya melalui monolog bersendirian sahaja. Awang Cik Teh sentiasa cuba menyembunyikan kelemahannya daripada semua termasuk isterinya sendiri. Cuma dia banyak menerima tekanan daripada isterinya, Keghesum. Keadaan ini sering digambarkan oleh Shahnon Ahamd, misalnya, “..Siapa sasau? Srengenge? Atau sapa? Awang Cik Teh dengar soalan itu. Juga tahu jawapannya. Yang sasau sudah tentu dia. Bukan Srengenge.”Tapi soal siapa sasau siapa tidak sasau bukan boleh dituduh buta tuli. Bukit itu perlu ditebas, ditebang,dibakar, ditajuk,. Mesti djadikan huma.Dan siapa yang hendak menjadikannya huma bukan soal.” (Srengenge: ms.2) 15
  • 16. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Menurut teori keperluan manusia Maslow (1962), manusia perlu melalui beberapa peringkat, iaitu peringkat kesempurnaan diri, kesempurnaan keselamatan, kesempurnaan sosial, keperluan harga diri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan-keperluan inilah yang gagal dipenuhi semenjak dari mula Awang Cik Teh menjejak kaki di kaki Bukit Srengenge sehinggalah sekarang kehidupannya tidak juga berubah. Keadaan ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad seperti petikan di bawah, “ Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun. Serik hanya mendedahkan kelemahan; bukan kekalahan pada lawan seperti Diah atau Siddik. Tapi kekalahan terhadap hidup sendiri. Dia sudah tua. Sudah ada anak. Sudah ada cucu. Dan kalau boleh hidup lagi enam tujuh tahun, cicit pula akan datang. Caci-maki Diah dan caci-maki Siddik hanya serpiah tulang rusuk saja. Itu benda kecil. Dia meraduk Selat Melaka dulu pun bukan mencari gaduh dengan sesiapa. Bukan. Dia hanya hendak hidup. Dan sekarang hidup masih tak mahu tamat. Dan itu bererti kerja. Itu saja.” (Srengenge: ms.6) Dari petikan tersebut, jelas bahawa segala keperluan hidup Awang Cik Teh tidak dapat dipenuhi. Disebabkan dorongan ini maka dia berhasrat untuk membuktikan kebolehannya untuk memungar Srengenge dengan harapan dapat mengubah kehidupannya pada masa akan datang.Ini dapat dilihat dari petikan yang cuba digambarkan oleh Shahnon Ahmad di bawah, “..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak meneruskan hidupnya yang bererti.” (Srengenge: ms.9-10) Mengikut Glasser (1998, 2000) dan Ahmad Jazimin et al. (2010):Choice Theory (Teori Pilihan) menekankan bahawa tingkah laku individu berasal sepenuhnya daripada dunia dalaman (quality world) individu itu sendiri. Perasan ini sering digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam watak Awang Cik Teh,seperti petikan di bawah, “..Setiap kali Awang Cik Teh habis makan dan keluar sidai perut di jemburan buluh gelegar membiar nasi turun, bukit itu jadi sasarannya.” (Srengenge: ms.1) Dunia luaran (real world) memberi kesan kepada diri individu setelah individu itu memilih apa yang baik untuk dirinya. Dunia dalaman (quality world) terdiri daripada lima keperluan asas (basic needs) iaitu keperluan untuk menyayangi dan di sayangi (love & belonging), keinginan rasa dihargai (power), inginkan kebebasan (freedom), kegembiraan (fun) dan ingin terus hidup (survival). Ini dapat dilihat dari petikan yang cuba digambarkan oleh Shahnon Ahmad di bawah, “..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak meneruskan hidupnya yang bererti.” (Srengenge: ms.9-10) 16
  • 17. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Seseorang itu bermasalah apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan seseorang dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi Konflik juga timbul apabila apabila seseorang itu tidak mendapat apa yang mereka kehendaki.Keadaan ini boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada seseorang itu. Konflik ini juga akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi seseorang. Keseluruhan tingkah laku seseorang itu akan menyumbang kepada identiti dirinya sama ada identiti berjaya atau identiti gagal. (Ahmad Jazimin, 2008) Konflik antara Awang Cik Teh dengan kemiskinan masyarakat yang diwarisi turun temurun di Kaki Bukit Srengenge, sebenarnya lebih kepada keinginannya untuk meneroka tanah di bukit itu. Penerokaan yang sebenarnya untuk lari dari kepompong kemiskinan tetapi tidak disedari segelintir individu yang pentingkan kemahuan sendiri. Misalnya Shahnon Ahmad menggambarkan, “..Besok dia akan naik Srengenge lagi bersama Imam Hamad meracik tekukur. Kadang- kadang apabila terjerembab Siddek menepuk pelanduk di bukit Srengenge yang sama, Diah naik berang sekali. Tepukan ke atas daun medang itu membaculkan denaknya. Si Didik culas berkukuk lagi. Sekali-sekala mahu rasanya dia berkata terus terang pada Siddik supaya jangan menepuk pelanduk; lebih-lebih lagi menepuk dekat gelanggang meracik tekukur. Srengenge bukannya sempit. Siddik boleh menepuk di sebelah matahari jatuh. Ataupun di lembah saja.” (Srengenge: ms.18-19) Kesedaran tentang kemiskinan serta cara hidup yang masih mundur ini menunjukkan betapa perlunya perubahan untuk sesebuah masyarakat. Awang Cik Teh begitu bertekad untuk membawa perubahan serta pembangunan ke dalam masyarakatnya. Sebagai seorang penulis yang berpengalaman, Shahnon Ahmad bijak menggambarkan watak Awang Cik Teh dengan bahasa yang cukup mendalam , misalnya seperti di bawah, “ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.” (Srengenge: ms. 219) Walaupun Imam Hamad sudah meniggal, namun Shahnon Ahmad masih lagi cuba menyelitkan unsur-unsur wajadiri dalam diri watak Awang Cik Teh dengan begitu bersemangat sekali untuk meneruskan perjuangan hidupnya dan kematian itu bukannya penghalang bagi Awang Cik Teh, iannya merupakan titik permulaan untuknya terus memperjuangkan hasratnya untuk tetap memugar Srengenge. 17
  • 18. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Beberapa gambaran tentang konflik dalam diri yang dialami oleh Awang Cik Teh cuba dijelaskan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Srengenge ini . Di antaranya seperti di bawah, “..Soalnya dia ingin membuat sesuatu yang difikir baik dan bermanfaat. Itu sudah cukup dlam pengertian hidupnya. Dia ingin hidup dalam keadaan demikian. Dia ingin mati dalam keadaan demikian.” (Srengenge: ms. 5) “ Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun. Serik hanya mendedahkan kelemahan; bukan kekalahan pada lawan seperti Diah atau Siddik. Tapi kekalahan terhadap hidup sendiri. Dia sudah tua. Sudah ada anak. Sudah ada cucu. Dan kalau boleh hidup lagi enam tujuh tahun, cicit pula akan datang. Caci-maki Diah dan caci-maki Siddik hanya serpiah tulang rusuk saja. Itu benda kecil. Dia meraduk Selat Melaka dulu pun bukan mencari gaduh dengan sesiapa. Bukan. Dia hanya hendak hidup. Dan sekarang hidup masih tak mahu tamat. Dan itu bererti kerja. Itu saja.” (Srengenge: ms.6) “..Kalau setakat hendak makan , dua relung padi di baruh pun sudah lebih. Bukan. Bukan pasal hendak makan. Awang Cik Teh mengingati kembali hasratnya. Dia cuma hendak meneruskan hidupnya yang bererti.” (Srengenge: ms.9-10) Dari petikan tersebut, jelas bahawa segala keperluan hidup Awang Cik Teh tidak dapat dipenuhi. Disebabkan dorongan ini maka dia berhasrat untuk membuktikan kebolehnya untuk memungar Srengenge dengan harapan dapat mengubah kehidupannya di masa akan datang. “..Dan kerja kini bukan untuk makan lagi. Dia sudah cukup tentang itu. Anak-anaknya yang dua orang itu sudah bekerja besar. Dan kalau dia pergi tinggal bersama anak-anaknya pun, hidup senang. Tapi, itu bukan hidup lagi. Hidup dedalu bukan hidup namanya meskipun dahan tempat tenggek itu anak-anaknya sendiri.” (Srengenge: ms.6) Menurut Malsow (1954) keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak- kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.pada masa kanak-kanak, mereka menunjukkan ketkutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaak ibunya. Pada tahun permulaannya, kanak-kakan memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Bagi orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang dalam masyarakat. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebaginya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia. Keadaan ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad pada watak Awang Cik Teh dalam bab akhir novel Srengenge, seperti di bawah: 18
  • 19. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 “ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.” (Srengenge: ms. 219) Dalam konteks sekolah, jelaslah bahawa para pelajar mempunyai pelbagai keperluan dan akan cuba memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Apabila keperluan-keperluan ini disempurnakan maka para pelajar sedia mematuhi peraturan dan disiplin yang di tetapkan. Sebaliknya jika keperluan tersebut gagal dipenuhi, akan berlakulah gangguan emosi. Gangguan emosi inilah yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Maka, di sinilah besarnya peranan guru dalam menentukan keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh pelajar. Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ianya mengandungi struktur pentadbiran dalam mengurus program pengajian. Kuasa di sekolah terletak kepada orang tertentu seperti pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin dan lain-lain lagi. Oleh itu jenis kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi perkembangan sahsiah pelajar. Pengurus sekolah yang tegas akan melahirkan pelajar yang berdisiplin bagi melaksanakan sesuatu tugas. Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan perkembangan sahsiah positif terhadap rakan dan sekolah, kerana pelajar adalah produk sekitarannya. Perekitaran sekolah yang baik dapat membantu pembentukan sahsiah yang sempurna. Melalui bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan, maka harapan untuk mempengaruhi pelajar-pelajar yang mengalami hubungan sosial adalah lebih cerah. Kesimpulan Setelah kita melihat bagaimana Shahnon Ahmad menggunakan watak otimis iaitu nilai wajadiri melalui watak Awang Cik Teh (Srengenge), kita dapati beliau memandang positif terhadap konsep dan nilai asas pembangunan sahsiah berlandaskan nilai-nilai moral dan akhlak. Watak ini dibendung dan diselimuti dengan pelbagai rintangan dalam mengharungi hudupnya di samping kemerlut dalam dirinya sendiri. Shahnon Ahmad terlalu berhati-hati dan penuh tanggungjawab dalam menggambarkan nilai wajar diri melalui watak-watak yang ditampilkan terutamanya watak Awang Cik Teh (Srengenge). Dia mengadun konsep kemiskinan serta latar belakang penduduk Srengenge untuk mengukuhkan lagi watak optimis yang ada pada Awang Cik Teh. Watak Awang Cik Teh, mengalami dan menerima tentangan hebat dari Srengenge sendiri serta segelintir penduduk Srengenge yang tidak mahu menerima perubahan serta pembangunan hidup.Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad misalnya, 19
  • 20. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 “..Tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi halangan untuk menutuh Srengenge. Kalau Siddik menbantah, tinggalkan saja dia. Kalau Diah membantah, tinggalkan saja Diah. Kalau Kasseng membantah, tinggalkan saja Kasseng. Kalau semua anak buah Kaki Srengenge membantah, dia sendiri akan menutuhnya. Dan dia cukup percaya, segarang Keghesum pun, dia akan bersama menebang pokok-pokok merbau yang menjulang langit itu.” (Srengenge: ms. 5) “..Pembunuh!” jerit Awang Che Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut.Dia mengisar punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang.” (Srengenge: ms. 219) Shahnon Ahmad memperlihatkan bagaimana watak Awang Cik Teh menerima segala tentangan dan cabaran secara positif dan yang pastinya harapan Awang Cik Teh tidak bekubur begitu saja walaupun selepas kematian Imam Hamad. Malah kejadian ini dijadikannya satu cabaran dan juga motivasi untuk bertindak lebih efision lagi dalam hudupnya akan datang. Setiap kajian dan peristiwa yang diaturkan akan menampakkan kegigihan watak itu menerima, menghadapi dan mengatasi cabaran dari setiap aspek persekitaran. Shahnon Ahmad juga menggambarkan sikap berani, sabar, tabah tawakkal, taat, akur rela, terbuka, tidak pentingkan diri, merendah diri, bersyukur, berazam, bercita-cita serta bertanggungjawab pada watak Awang Cik Teh dalam novel Srengenge yang menghadapi kemiskinan, kemerlut dalam diri dan kemerlut penduduk Srengenge yang masih terikat dengan fahaman animisme. Perwatakan yang dibawa oleh Awang Cik Teh mempunyai sahsiah wajadiri yang tinggi. Personaliti wajadiri sebegini akan mengasuh pelajar kita itu lebih gigih berusaha, sanggup berkorban dan berjuang, tidak lokek dan mementingkan diri semata-mata, selain daripada tidak angkuh dan sombong. Pendeknya konsep kemiskinan dan amalan animisme yang diutarakan oleh Shahnon Ahmad dalam Srengenge membibitkan percambahan pembentukan sahsiah wajadiri yang positif serta bermoral tinggi pada watak utamanya iaitu Awang Cik Teh. Shahnon Ahmand boleh dilihat sebagai seorang pemikir bangsa, dan beliau semacam ingin menyarankan kepada para pembaca budiman, bahawa manusia yang mengaku Islam, cirri-ciri yang disebutkan tadi harus dipupuk dalam jiwa kita. Masyarakat yang akan datang akan menjadi masyarakat baru yang bertanggungjawab, bersifat mulia, berjiwa luhur serta beradab sopan di samping penyabar dan penyayang kepada dirinya, bangsanya, agamanya serta negaranya. Elemen Personaliti wajadiri dalam tulisan kreatif memang tidak dapat dinafikan kehadirannya. Ini bagi memantapkan watak, memaparkan unsur-unsur perlambangan di samping mewarnai budaya tempatan. Shahnon Ahmad berjaya mengharmonikan kesemua elemen personaliti wajadiri pada watak-watak dalam karyanya yang berfungsi sebagai pelengkap dan bukannya sekadar tempelan untuk menyedapkan cerita. 20
  • 21. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 Srengenge sememangnya banyak menonjolkan elemen-elemen personaliti wajadiri pada watak-watak yang ditampilkan sesuai dengan latar belakang tajuknya yang diambil dari nama bukit iaitu Bukit Srengenge. Selain itu, Watak Imam Hamad dan Haji Munah menampakkan elemen wujudnya pemahaman Islam yang kukuh dalam masyarakat di Kaki Bukit Srengenge. Begitu juga habitat diulang-ulang supaya gambaran tentang bukit tersebut terpahat di ingatan pembaca. Pembaca seolah-olah merestui kematian misteri Imam Hamad setelah tindakannya membunuh Jebat, tekukur peliharaannya secara kejam yang juga turut disaksikan penghuni yang mendiami Bukit Srengenge. Ini lantas membawa kepada 'penyembahan' kepada Bukit Srengenge dan unsur-unsur ghaib yang mendiaminya yang mungkin mampu menolong menyembuh penyakit Imam Hamad. Namun, Sahnon Ahmad bijak menerapkan elemen wajadiri pada watak Awang Cik Teh. Walaupun selepas kematian Imam Hamad, Awang Cik Teh masih lagi bertekad untuk meneruskan cita-citanya untuk memugar Srengenge dengan harapan dia dapat mengecapi kesenangan yang diimpi-impikan sepanjang hidupnya.Ini jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad seperti di bawah, “ Pembunuh!” jerit Awang Cik Teh dalam hatinya. Kalbunya kusut. Dia mengisar punggung, sentap golok entah siapa punya dari dinding dan turun tangga mencari batang pisang. Pembunuh walau Srengenge sekalipun mesti dibunuh. Lain tidak ada. Dan dia sanggup membunuhnya walau dalam khayalan sepanjang hayat hidupnya sekalipun.” (Srengenge: ms 219) Bukan semua orang rela hidup dalam serba kekurangan. Tetapi ramai pula menjadikan kemiskinan dan kemelaratan hidup sebagai satu cabaran. Kemiskinan dijadikan sebagai dorongan dan motivasi untuk Awang Cik Teh terus berjuang. Dia rela berusaha, bekerja keras dan bertungkus lumus bagi mengatasi kemiskinan hidupnya. Sekurang-kurangnya dia mahu melepaskan dirinya daripada cengkaman kemiskinan itu sendiri. Keinginan dan kemahuan dalaman begini membawa satu nilai murni. Nilai perjuangan dalam hidup. Iaitu nilai yang tidak mahu menyerah kalah atau hanya menyerah kepada takdir semata-mata. Shahnon Ahmad dalam novelnya banyak kali memperlihatkan sikap begini. Melalui watak Awang Cik Teh dalam Srengenge jelas digambarkan sikap mahu merobah nasib dan kemiskinan itu sendiri. Bukit Srengenge itu sendiri adalah lambang kemiskinan dan penghalang kemajuan di itu. *********** 21
  • 22. Penerapan Teori Personaliti Wajadiri Pada Watak Dalam Karya Shahnon Ahmad 2012 BIBLIOGRAFI Ainon Mohd. & Abdullah Hasan.2002. Mendorong Diri Sendiri. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors. Davidson, 1,1977, Values, Ends & Sociaty, Australia, Queensland: Univeristy of Queensland Press. Mohd Yusof Hasan. (1990). Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Hasan. (1995). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maslow, Abraham. (1953). A theory of Human Motivation.Vol 50. Psychilogical Review. Nye, Robert D.(1992). Tiga Pemikiran Psikologi. Terjemahan Mahmood Nazar Ohamed. Kuala Lumpur : dewan Bahasa dan Pustaka. Robiah K.Hamzah. (1995). Panduan Membimbing Remaja, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sears, D.O., Peplau, L.A. & Freedman, J.L.(1988. Social Psichology. New Jersey: Prentice Hall, Inc. Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub.(2002) Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. PTS Publication : Janda Baik, Pahang. Shahnon Ahmad. (1981). Srengenge.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahnon Ahmad. (1989). Gubahan Novel.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Wang, M. C., Haertel, G. D., & Wahlberg, H. J. (1993/94). What helps students learn? Educational Leadership, 51(4), 74-79 22