SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Lombong Emas di Kaki Bukit
Oleh Abdullah Awang
2010/03/13

DIA sudah buat keputusan yang muktamad. Setelah berhari-hari dia membolak-balikkan
keinginannya. Setelah berjam-jam dia memikirkan tentang tindakan itu. Setelah kepalanya
menjadi semakin bengang, dikacau oleh khayalan yang entah mengapa menjengah lubuk fikirnya
semenjak dia sampai ke situ. Maka, kini dia perlu melakukan sesuatu sebelum orang lain sampai!
Di kaki sebuah bukit, terletak di kawasan pedalaman jauh ke Hulu Peralla, dalam negeri Cik Siti
Wan Kembang. Dilitupi oleh pokok-pokok hutan yang merimbun. Berbentuk lurah menghala ke
sebuah anak sungai yang airnya jernih, mengalir dengan lembut sambil mengeluarkan bunyi arus
berjatuhan di atas bebatu kecil. Suasana itu cukup menarik perhatiannya.
Kemudian, di bawah rimbunan itu, dia terpandang sebuah dinding batu „ikat sembilan‟ yang
tersembunyi dalam timbunan dedaunan buruk serta tanah-tanih yang runtuh akibat gelinciran dan
hakisan. Kedudukan dinding berbentuk seperti sebuah mesin ringkas untuk sesuatu aktiviti, telah
menyimpan seribu rahsia yang belum diketahui oleh sesiapa.
Itulah tempatnya yang menghantui kepala otak setiap malam, setiap pagi, setiap petang. Dia
tidak lena tidur semenjak terpandang kawasan yang amat strategik itu, seolah-olah ada sesuatu
yang sedang menarik seluruh kekuatan dirinya hingga dirasakan amat lemah dan guntai.
Memerangkap kerajinannya bekerja sebagai kuli lori balak yang hanya pulang ke rumah sebulan
sekali untuk menemui anak-anak, terutamanya isteri kesayangannya.
Gaji sebagai atendan atau kelindan lori balak memang cukup lumayan. Sebulan dia akan dapat
sampai dua ribu ringgit. Sudah cukup untuk dia anak-beranak membiayai hidup mewah sesuai
dengan taraf pendidikannya hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran, kemudian dikenali dengan
nama Penilaian Menengah Rendah.
Dia tidak mahu memikirkan tentang alam pendidikan lagi. Biar anak-anaknya seramai tujuh
orang itu sahaja meneruskan cita-cita hidupnya. Dahulu pernah dia menaruh harapan untuk
menjadi guru, tetapi disebabkan oleh kemiskinan keluarga, hasrat dan angan-angan hampa. Tidak
mengapa, anak-anaknya akan membawa harapan yang kosong itu ke menara gading.
Sekarang, dia mahu mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya. Dia mahu menebus kekalahan
itu dengan tulang empat keratnya. Hutan kampung Peralla yang masih sunti dan dara akan
diterokai oleh taukeh-taukeh balak. Kesemua bulldozer, lori-lori balak, case caterpillar, rumahrumah kongsi untuk pekerja dan tukang masak sudah siap dibawa masuk dan dibina.
Sebelum ini, kawasan itu sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanya katak-katak kuong hutan yang
suaranya melepasi puncak bukit bergema dari lereng ke lereng. Kakah dan lotong menggoyanggoyangkan dahan, ranting, sambil menepuk-nepuk batang kayu hutan. Mereka kelihatan marah,
menunjukkan protes yang habitatnya sedang dinodai oleh haiwan bernama manusia.
Suara-suara unggas itu gegak-gempita dan boleh didengar di kawasan itu semenjak kerja-kerja
membina jalan kayu balak diuruskan oleh syarikat berkenaan. Sehinggalah sampai kepada ban
balak yang mendapat kelulusan, baharu persiapan untuk menebang dimulakan.
Ajaibnya, dia sebagai pekerja kelindan melakukan kerja sambilan merintis denai dan jalan seluas
dua ribu hektar. Mungkin disebabkan dia memiliki sedikit kepakaran menyelusuri pinggir bukit
dan memahami rentak makhluk halus dalam hutan, maka dibayar gaji khusus, malah lebih tinggi.
Ketika dia sampai di anak sungai yang membunyikan suara alam yang amat mengasyikkan di
kaki bukit itu, dia berhenti sebentar, sementara tangannya mencebuk air yang jernih untuk
merasa nikmat kedinginan. Dia menunggang botol mineral tinggi hingga kepalanya mendongak,
dan tiba-tiba pandangannya singgah pada suatu binaan yang hamper terkambus .…
“Wah, siapa yang membina segalanya ini? Di dalam hutan tebal ini sudah ada manusia yang
menerokainya, tetapi bila? Kalau dilihat pada binaan ini tentu sudah lebih lima puluh tahun.”
Bisik hatinya sendirian. Dengan tangkas, kakinya melangkah ke situ, manakala dua orang
kawannya belum sampai ke situ.
Dia berdiri di atas batu besar yang tersembul keluar dari lereng bukit seperti perut wanita yang
sedang mengandung. Manakala di bawahnya terdapat suatu lekukan persis sebuah kolam akibat
ditarah oleh seseorang. Di hadapan bungkah batu itu, terletak binaan konkrit simen
menggunakan batu-batu.
“Hairan, bagaimana mereka membina benteng ini lima puluh tahun dahulu? Ini tentu tempat
palong emas! Kedudukannya yang agak condong menghala ke anak sungai membuktikan arah
untuk menyalurkan air yang disembur ke pipi bukit.” Getus hatinya lagi.
„Kaya aku pada kali ini. Orang tentu tidak tahu aku datang ke sini untuk memunggah tanah-tanah
ke dalam kongsi untuk diayak, ditapis, dan disedut oleh buli-buli raksa. Aku mesti pulang petang
khamis ini untuk mendapatkan ibu emas di Bandar.‟ Kepalanya dihanyut oleh mimpi-mimpi
indah yang bakal dilaluinya.
Dalam sejumlah tiga puluh orang staf pembalakan itu, tiada seorang pun yang mahir tentang
sumber kekayaan itu, kecuali dia.
Ketika itu, fikirannya sudah melayang jauh ke Kota Bharu. Tujuh orang anak-anaknya yang
sedang bersekolah tidak akan tersisih lagi dari kawan-kawannya. Ibunya yang sedang belajar
memandu, tidak lama lagi pandai membawa kereta sendiri. Dia akan membeli sebuah kereta
mewah untuk isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia akan membina sebuah banglo dua tingkat
bernilai ratusan ribu.
“Emas! Siapa yang tidak mahu mendapatkan emas? Sama ada halal atau haram, masing-masing
gila dan kemarut menggali emas. Aku hanya mendulang emas secara haram, tidak
membahayakan orang lain, sedangkan perompak-perompak di kotaraya mendapatkan emas
dengan menggunakan senjata, itu lagi kriminal.” Bentak hatinya.
Dia menarik nafas lega. Menghembusnya perlahan-lahan. Dia memastikan, tiada sesiapapun
mengetahui tempat itu. Kalau mereka tahu sekalipun, apakah tindakan yang boleh mereka
lakukan? Mereka tidak ada kepakaran. Tetapi dia sudah ada pengalaman mendulang emas di
Lubuk Mandi pada suatu masa dahulu.
Masa itu, dia bekerja sebagai kuli tukang rumah. Pada masa orang Terengganu gempar menemui
emas di Lubuk Mandi, dia tinggal tidak jauh dari situ. Pada sebelah petang, malam dan hari-hari
minggu, dia ikut sama dengan penduduk tempatan mendulang emas. Hingga ada yang mati
terkambus oleh runtuhan tanah akibat ketamakan mereka.
Ngauman harimau tenggelam oleh suara mesin menebang pokok balak untuk merintis laluan dan
sebagai sempadan dengan kawasan-kawasan yang masih belum diserahkan kepada kontraktor
pembalakan. Suara kakah dan lutong kedengaran jauh dan sayup-sayup. Mergastua hutan
terkejut bila mergastua bandar datang merosakkan rumah mereka. Seperti juga kita, bila datang
musuh menyerang penginapan, kehidupan dan kesejahteraan manusia hanya ingin menunjukkan
kekuatan, kuasa dan kehebatan, tentunya sebagai golongan marhain, tersusup-sasap melarikan
diri ke dalam kubu yang di bina di bawah rumah. Atau berhijrah melepasi sempadan, ke Negara
jiran untuk hidup sebagai pelarian.
Kadang-kadang dia terasa sebu dibuai kesedihan bila teringatkan keanggunan alam yang
dimusnahkan oleh kerakusan manusia. Tidak sampai hati dia hendak membunuh unggas-unggas
yang sedang tidur dan hinggap di dahan pokok hutan itu. Lambat-laun, manusia akan menerima
kesan dari perbuatan ini. Bentak hati kecilnya diam-diam.
Ada baiknya jika kawasan emas itu dibiarkan berada dalam rimbunan hutan, dengan hiasan
mergastua hidup kegirangan sambil melompat-lompat kesukaan. Memakan pucuk muda, daun-
daun, umbuk, akar, dan meminum air jernih bersih kedinginan.
Bila pokok balak ditebang, akan berlaku hakisan yang meruntuhkan bukit-bukau dan gunungganang. Bila tanah terhakis, di mana lagi emas hendak hidup berkembang, membiak, membesar
dan menjadi tua? Inilah persoalannya. Balak juga umpama emas yang tersimpan, tetapi kayu
balak lebih lagi daripada itu, kerana menjadi paku kepada kekuatan alam. Menjadi tangki
penyimpan kepada air untuk kegunaan hidupan termasuk manusia.
Dia mula mengorek menggunakan muncung parang, di kawasan yang mengikut perkiraannya
bekas lombong emas di dalam hutan. Dihunjamkan mata parang dengan kuat ke celah benteng
palong itu. Dikupilkan tanah-tanah yang hampir menenggelamkan dinding konkrit itu.
“Betul, emas! Aku kaya! Aku kaya!” Dia menjerit kesukaan. Hilang segala kesusahan dan
kepenatan. Dia lupa di situ masih ada dua lagi rakannya sedang memotong batang balak untuk
dijadikan sempadan kawasan.
“Prappp, prappp, brummmm!” Pokok balak sebesar tayar bulldozer itu tumbang. Betul-betul
jatuh menghempas ke atas dirinya. Dia tidak sempat berkata apa-apa kecuali terus menjadi lumat
seperti sehelai kertas yang ditenyeh di permukaan jalan.
Profil
ABDULLAH Awang atau nama sebenarnya Abdullah Awang Kechik terbabit dalam penulisan
puisi dan cerpen sejak 1972. Nama penanya yang lain adalah Aduka Putra dan Atma Rindu.
Karyanya mendapat tempat di Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Berita Harian dan Berita
Minggu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada
2004 dan baru saja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Bahasa Melayu di
universiti sama. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas,
Kelantan.
PENGARANG kreatif dipelawa menghantar cerpen bermutu dan bermoral untuk halaman
Kreatif, Sabtu, Berita Harian serta dihantar melalui e-mel: bhsastera@nstp.com.my. Pengirim
cerpen wajib menyertakan biodata, nombor kad pengenalan, alamat lengkap, nombor telefon,
gambar yang jelas berukuran 2 megabait menggunakan sistem JPEG. Karya tidak boleh
melebihi 150 baris ditaip di atas kertas A4, langkau dua baris. Karya yang tidak terpilih tidak
akan dikembalikan. Nombor akaun Maybank atau CIMB perlu disertakan bagi urusan
pembayaran honororium jika karya tersiar.

More Related Content

What's hot

1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 20151. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015zai man
 
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Stephanie Unsil
 
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014Cikgu Hayati
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp0152656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01Sally Isma
 
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)Angela Bong
 
Soalan akhir tahun tmk tahun 4
Soalan akhir tahun tmk tahun 4Soalan akhir tahun tmk tahun 4
Soalan akhir tahun tmk tahun 4Pensil Dan Pemadam
 
Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017
Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017
Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017RosLi KaSmodin
 
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdfnur habibah yusuf
 
Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)
Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)
Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)Badriatun Naqiyah
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-mediaMohd Yusoff Walat
 
PROSES TEKNIK BUKAN BUKU
PROSES TEKNIK BUKAN BUKUPROSES TEKNIK BUKAN BUKU
PROSES TEKNIK BUKAN BUKUpssemarak
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1
Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1
Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1Rosliza Yacob
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Arafeh Karimi
 
Contoh skt guru
Contoh skt guruContoh skt guru
Contoh skt guruIzan Wahab
 
Pk01 1 senarai kandungan fail panitia
Pk01 1 senarai kandungan fail panitiaPk01 1 senarai kandungan fail panitia
Pk01 1 senarai kandungan fail panitiagirut
 
RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)
RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)
RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)Lily Jasmine
 
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (hazwaniahmad
 
What's hot (20)

1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 20151. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
 
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
 
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
Contoh Perancangan Aktiviti Panitia Pend Seni Visual 2014
 
kem bestari solat.doc
kem bestari solat.dockem bestari solat.doc
kem bestari solat.doc
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp0152656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
 
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
488095 amalan-b-melayu-kelas-peralihan-2 (cetak)
 
Soalan akhir tahun tmk tahun 4
Soalan akhir tahun tmk tahun 4Soalan akhir tahun tmk tahun 4
Soalan akhir tahun tmk tahun 4
 
Peraturan pinjaman dan pemulangan
Peraturan pinjaman dan pemulanganPeraturan pinjaman dan pemulangan
Peraturan pinjaman dan pemulangan
 
Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017
Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017
Mesyuarat pengurusan akhir tahun 2017
 
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
 
Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)
Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)
Persediaan mengajar menggunakan model inkuiri penemuan ukuran panjang (contoh 1)
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
 
PROSES TEKNIK BUKAN BUKU
PROSES TEKNIK BUKAN BUKUPROSES TEKNIK BUKAN BUKU
PROSES TEKNIK BUKAN BUKU
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1
Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1
Bahasa Malaysia Tahun 3 Kertas 1
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
 
Contoh skt guru
Contoh skt guruContoh skt guru
Contoh skt guru
 
Pk01 1 senarai kandungan fail panitia
Pk01 1 senarai kandungan fail panitiaPk01 1 senarai kandungan fail panitia
Pk01 1 senarai kandungan fail panitia
 
RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)
RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)
RPH ENGLISH YEAR 4 (LESSON 1)
 
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
Program kelas interversi asas membaca dan menulis (
 
Similar to Lombong Emas di Kaki Bukit

Cerita rakyat dari lampung
Cerita rakyat dari lampungCerita rakyat dari lampung
Cerita rakyat dari lampungM Chintya
 
Sulaiman Pergi Ke Tanjung Cina
Sulaiman Pergi Ke Tanjung CinaSulaiman Pergi Ke Tanjung Cina
Sulaiman Pergi Ke Tanjung Cinaelenapus
 
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbungaMengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbungaOperator Warnet Vast Raha
 
Laporan hasil nganalisis babad sangkuriang
Laporan hasil nganalisis babad sangkuriangLaporan hasil nganalisis babad sangkuriang
Laporan hasil nganalisis babad sangkuriangNSS Slide
 
Hasil nganalisis Babad Sangkuriang
Hasil nganalisis Babad SangkuriangHasil nganalisis Babad Sangkuriang
Hasil nganalisis Babad SangkuriangNSS Slide
 
Asal usul sungai landak
Asal usul sungai landakAsal usul sungai landak
Asal usul sungai landakFreddy Then
 
Folklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak Kutaringin
Folklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak KutaringinFolklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak Kutaringin
Folklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak KutaringinAlfisyahr Izzati Murdiyono
 
Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdf
Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdfHamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdf
Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdfmuhammadrakaaknar
 
Similar to Lombong Emas di Kaki Bukit (20)

Cerita rakyat dari lampung
Cerita rakyat dari lampungCerita rakyat dari lampung
Cerita rakyat dari lampung
 
Sulaiman Pergi Ke Tanjung Cina
Sulaiman Pergi Ke Tanjung CinaSulaiman Pergi Ke Tanjung Cina
Sulaiman Pergi Ke Tanjung Cina
 
Naskah 2
Naskah 2Naskah 2
Naskah 2
 
Keindahan kabupaten muna
Keindahan kabupaten munaKeindahan kabupaten muna
Keindahan kabupaten muna
 
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbungaMengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
 
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbungaMengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
Mengintip sejarah dan budaya pulau batu berbunga
 
Laporan hasil nganalisis babad sangkuriang
Laporan hasil nganalisis babad sangkuriangLaporan hasil nganalisis babad sangkuriang
Laporan hasil nganalisis babad sangkuriang
 
Hasil nganalisis Babad Sangkuriang
Hasil nganalisis Babad SangkuriangHasil nganalisis Babad Sangkuriang
Hasil nganalisis Babad Sangkuriang
 
Potensi pariwisata di kabupaten muna
Potensi pariwisata di kabupaten munaPotensi pariwisata di kabupaten muna

Potensi pariwisata kabupaten muna
Potensi pariwisata kabupaten munaPotensi pariwisata kabupaten muna
Potensi pariwisata kabupaten muna
 
Potensi pariwisata kabupaten muna
Potensi pariwisata kabupaten munaPotensi pariwisata kabupaten muna
Potensi pariwisata kabupaten muna
 
Cerita dongeng
Cerita dongengCerita dongeng
Cerita dongeng
 
Tanah merah (dwicipta)
Tanah merah (dwicipta)Tanah merah (dwicipta)
Tanah merah (dwicipta)
 
Asal usul sungai landak
Asal usul sungai landakAsal usul sungai landak
Asal usul sungai landak
 
Fato gong
Fato gongFato gong
Fato gong
 
Folklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak Kutaringin
Folklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak KutaringinFolklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak Kutaringin
Folklore: Batu Belida Ajaib: Isyarat Kedatangan Islam di Tanah Dayak Kutaringin
 
Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdf
Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdfHamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdf
Hamka - Tenggelamnya Kapal van der Wijck(2).pdf
 
Perempuan petelur (iggoy el fitra)
Perempuan petelur (iggoy el fitra)Perempuan petelur (iggoy el fitra)
Perempuan petelur (iggoy el fitra)
 
Recently uploaded

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Recently uploaded (20)

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Lombong Emas di Kaki Bukit

  • 1. Lombong Emas di Kaki Bukit Oleh Abdullah Awang 2010/03/13 DIA sudah buat keputusan yang muktamad. Setelah berhari-hari dia membolak-balikkan keinginannya. Setelah berjam-jam dia memikirkan tentang tindakan itu. Setelah kepalanya menjadi semakin bengang, dikacau oleh khayalan yang entah mengapa menjengah lubuk fikirnya semenjak dia sampai ke situ. Maka, kini dia perlu melakukan sesuatu sebelum orang lain sampai! Di kaki sebuah bukit, terletak di kawasan pedalaman jauh ke Hulu Peralla, dalam negeri Cik Siti Wan Kembang. Dilitupi oleh pokok-pokok hutan yang merimbun. Berbentuk lurah menghala ke sebuah anak sungai yang airnya jernih, mengalir dengan lembut sambil mengeluarkan bunyi arus berjatuhan di atas bebatu kecil. Suasana itu cukup menarik perhatiannya. Kemudian, di bawah rimbunan itu, dia terpandang sebuah dinding batu „ikat sembilan‟ yang tersembunyi dalam timbunan dedaunan buruk serta tanah-tanih yang runtuh akibat gelinciran dan hakisan. Kedudukan dinding berbentuk seperti sebuah mesin ringkas untuk sesuatu aktiviti, telah menyimpan seribu rahsia yang belum diketahui oleh sesiapa. Itulah tempatnya yang menghantui kepala otak setiap malam, setiap pagi, setiap petang. Dia tidak lena tidur semenjak terpandang kawasan yang amat strategik itu, seolah-olah ada sesuatu yang sedang menarik seluruh kekuatan dirinya hingga dirasakan amat lemah dan guntai. Memerangkap kerajinannya bekerja sebagai kuli lori balak yang hanya pulang ke rumah sebulan sekali untuk menemui anak-anak, terutamanya isteri kesayangannya.
  • 2. Gaji sebagai atendan atau kelindan lori balak memang cukup lumayan. Sebulan dia akan dapat sampai dua ribu ringgit. Sudah cukup untuk dia anak-beranak membiayai hidup mewah sesuai dengan taraf pendidikannya hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran, kemudian dikenali dengan nama Penilaian Menengah Rendah. Dia tidak mahu memikirkan tentang alam pendidikan lagi. Biar anak-anaknya seramai tujuh orang itu sahaja meneruskan cita-cita hidupnya. Dahulu pernah dia menaruh harapan untuk menjadi guru, tetapi disebabkan oleh kemiskinan keluarga, hasrat dan angan-angan hampa. Tidak mengapa, anak-anaknya akan membawa harapan yang kosong itu ke menara gading. Sekarang, dia mahu mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya. Dia mahu menebus kekalahan itu dengan tulang empat keratnya. Hutan kampung Peralla yang masih sunti dan dara akan diterokai oleh taukeh-taukeh balak. Kesemua bulldozer, lori-lori balak, case caterpillar, rumahrumah kongsi untuk pekerja dan tukang masak sudah siap dibawa masuk dan dibina. Sebelum ini, kawasan itu sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanya katak-katak kuong hutan yang suaranya melepasi puncak bukit bergema dari lereng ke lereng. Kakah dan lotong menggoyanggoyangkan dahan, ranting, sambil menepuk-nepuk batang kayu hutan. Mereka kelihatan marah, menunjukkan protes yang habitatnya sedang dinodai oleh haiwan bernama manusia. Suara-suara unggas itu gegak-gempita dan boleh didengar di kawasan itu semenjak kerja-kerja membina jalan kayu balak diuruskan oleh syarikat berkenaan. Sehinggalah sampai kepada ban balak yang mendapat kelulusan, baharu persiapan untuk menebang dimulakan. Ajaibnya, dia sebagai pekerja kelindan melakukan kerja sambilan merintis denai dan jalan seluas dua ribu hektar. Mungkin disebabkan dia memiliki sedikit kepakaran menyelusuri pinggir bukit dan memahami rentak makhluk halus dalam hutan, maka dibayar gaji khusus, malah lebih tinggi. Ketika dia sampai di anak sungai yang membunyikan suara alam yang amat mengasyikkan di kaki bukit itu, dia berhenti sebentar, sementara tangannya mencebuk air yang jernih untuk merasa nikmat kedinginan. Dia menunggang botol mineral tinggi hingga kepalanya mendongak, dan tiba-tiba pandangannya singgah pada suatu binaan yang hamper terkambus .… “Wah, siapa yang membina segalanya ini? Di dalam hutan tebal ini sudah ada manusia yang menerokainya, tetapi bila? Kalau dilihat pada binaan ini tentu sudah lebih lima puluh tahun.” Bisik hatinya sendirian. Dengan tangkas, kakinya melangkah ke situ, manakala dua orang kawannya belum sampai ke situ. Dia berdiri di atas batu besar yang tersembul keluar dari lereng bukit seperti perut wanita yang sedang mengandung. Manakala di bawahnya terdapat suatu lekukan persis sebuah kolam akibat ditarah oleh seseorang. Di hadapan bungkah batu itu, terletak binaan konkrit simen menggunakan batu-batu. “Hairan, bagaimana mereka membina benteng ini lima puluh tahun dahulu? Ini tentu tempat palong emas! Kedudukannya yang agak condong menghala ke anak sungai membuktikan arah untuk menyalurkan air yang disembur ke pipi bukit.” Getus hatinya lagi.
  • 3. „Kaya aku pada kali ini. Orang tentu tidak tahu aku datang ke sini untuk memunggah tanah-tanah ke dalam kongsi untuk diayak, ditapis, dan disedut oleh buli-buli raksa. Aku mesti pulang petang khamis ini untuk mendapatkan ibu emas di Bandar.‟ Kepalanya dihanyut oleh mimpi-mimpi indah yang bakal dilaluinya. Dalam sejumlah tiga puluh orang staf pembalakan itu, tiada seorang pun yang mahir tentang sumber kekayaan itu, kecuali dia. Ketika itu, fikirannya sudah melayang jauh ke Kota Bharu. Tujuh orang anak-anaknya yang sedang bersekolah tidak akan tersisih lagi dari kawan-kawannya. Ibunya yang sedang belajar memandu, tidak lama lagi pandai membawa kereta sendiri. Dia akan membeli sebuah kereta mewah untuk isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia akan membina sebuah banglo dua tingkat bernilai ratusan ribu. “Emas! Siapa yang tidak mahu mendapatkan emas? Sama ada halal atau haram, masing-masing gila dan kemarut menggali emas. Aku hanya mendulang emas secara haram, tidak membahayakan orang lain, sedangkan perompak-perompak di kotaraya mendapatkan emas dengan menggunakan senjata, itu lagi kriminal.” Bentak hatinya. Dia menarik nafas lega. Menghembusnya perlahan-lahan. Dia memastikan, tiada sesiapapun mengetahui tempat itu. Kalau mereka tahu sekalipun, apakah tindakan yang boleh mereka lakukan? Mereka tidak ada kepakaran. Tetapi dia sudah ada pengalaman mendulang emas di Lubuk Mandi pada suatu masa dahulu. Masa itu, dia bekerja sebagai kuli tukang rumah. Pada masa orang Terengganu gempar menemui emas di Lubuk Mandi, dia tinggal tidak jauh dari situ. Pada sebelah petang, malam dan hari-hari minggu, dia ikut sama dengan penduduk tempatan mendulang emas. Hingga ada yang mati terkambus oleh runtuhan tanah akibat ketamakan mereka. Ngauman harimau tenggelam oleh suara mesin menebang pokok balak untuk merintis laluan dan sebagai sempadan dengan kawasan-kawasan yang masih belum diserahkan kepada kontraktor pembalakan. Suara kakah dan lutong kedengaran jauh dan sayup-sayup. Mergastua hutan terkejut bila mergastua bandar datang merosakkan rumah mereka. Seperti juga kita, bila datang musuh menyerang penginapan, kehidupan dan kesejahteraan manusia hanya ingin menunjukkan kekuatan, kuasa dan kehebatan, tentunya sebagai golongan marhain, tersusup-sasap melarikan diri ke dalam kubu yang di bina di bawah rumah. Atau berhijrah melepasi sempadan, ke Negara jiran untuk hidup sebagai pelarian. Kadang-kadang dia terasa sebu dibuai kesedihan bila teringatkan keanggunan alam yang dimusnahkan oleh kerakusan manusia. Tidak sampai hati dia hendak membunuh unggas-unggas yang sedang tidur dan hinggap di dahan pokok hutan itu. Lambat-laun, manusia akan menerima kesan dari perbuatan ini. Bentak hati kecilnya diam-diam. Ada baiknya jika kawasan emas itu dibiarkan berada dalam rimbunan hutan, dengan hiasan mergastua hidup kegirangan sambil melompat-lompat kesukaan. Memakan pucuk muda, daun-
  • 4. daun, umbuk, akar, dan meminum air jernih bersih kedinginan. Bila pokok balak ditebang, akan berlaku hakisan yang meruntuhkan bukit-bukau dan gunungganang. Bila tanah terhakis, di mana lagi emas hendak hidup berkembang, membiak, membesar dan menjadi tua? Inilah persoalannya. Balak juga umpama emas yang tersimpan, tetapi kayu balak lebih lagi daripada itu, kerana menjadi paku kepada kekuatan alam. Menjadi tangki penyimpan kepada air untuk kegunaan hidupan termasuk manusia. Dia mula mengorek menggunakan muncung parang, di kawasan yang mengikut perkiraannya bekas lombong emas di dalam hutan. Dihunjamkan mata parang dengan kuat ke celah benteng palong itu. Dikupilkan tanah-tanah yang hampir menenggelamkan dinding konkrit itu. “Betul, emas! Aku kaya! Aku kaya!” Dia menjerit kesukaan. Hilang segala kesusahan dan kepenatan. Dia lupa di situ masih ada dua lagi rakannya sedang memotong batang balak untuk dijadikan sempadan kawasan. “Prappp, prappp, brummmm!” Pokok balak sebesar tayar bulldozer itu tumbang. Betul-betul jatuh menghempas ke atas dirinya. Dia tidak sempat berkata apa-apa kecuali terus menjadi lumat seperti sehelai kertas yang ditenyeh di permukaan jalan. Profil ABDULLAH Awang atau nama sebenarnya Abdullah Awang Kechik terbabit dalam penulisan puisi dan cerpen sejak 1972. Nama penanya yang lain adalah Aduka Putra dan Atma Rindu. Karyanya mendapat tempat di Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Berita Harian dan Berita Minggu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2004 dan baru saja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Bahasa Melayu di universiti sama. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan. PENGARANG kreatif dipelawa menghantar cerpen bermutu dan bermoral untuk halaman Kreatif, Sabtu, Berita Harian serta dihantar melalui e-mel: bhsastera@nstp.com.my. Pengirim cerpen wajib menyertakan biodata, nombor kad pengenalan, alamat lengkap, nombor telefon, gambar yang jelas berukuran 2 megabait menggunakan sistem JPEG. Karya tidak boleh melebihi 150 baris ditaip di atas kertas A4, langkau dua baris. Karya yang tidak terpilih tidak akan dikembalikan. Nombor akaun Maybank atau CIMB perlu disertakan bagi urusan pembayaran honororium jika karya tersiar.