1. SESI LATIH TUBI KEMAHIRAN MELAMBUNG,
MENGHANTAR & MENANGKAP BOLA
• Para pelajar dibahagikan kepada 2
kumpulan:
Kumpulan 1- melambung dan menangkap
bola secara statik, diikuti melambung dan
menangkap bola sambil melonjakkan
badan ke hadapan. Pastikan ketika
melonjak, kaki tidak keluar daripada
gelung rotan .
Kumpulan 2- Pelajar sedang meletakkan
skittle sebagai penanda tempat untuk
penerima bola berdiri dan menerima
hantaran bola.
• Guru Penasihat menahan silau & panas
mentari sambil memerhatikan pelajar.
2. SESI LATIH TUBI KEMAHIRAN MELAMBUNG,
MENGHANTAR & MENANGKAP BOLA
• Kumpulan di stesen 1 sedang melambung
dan menangkap bola secara statik. Tangan
mestilah dikembangkan dengan betul dan
pastikan bola tidak terlucut daripada
pegangan. Untungnya kumpulan ini
kerana dapat kawasan teduh.
• Kumpulan di stesen 2 berpeluh-peluh
kepanasan. Mereka perlu berlari dan
melompat untuk menangkap bola di udara,
iaitu di kawasan yang ditandakan dengan
skittle. 2 jenis hantaran dilakukan: aras
dada dan kepala. Pastikan kaki tidak
berganjak ketika bola diterima.
• Guru Penasihat pula sibuk menangkap
gambar.
3. SESI LATIH TUBI KEMAHIRAN MELAMBUNG,
MENGHANTAR & MENANGKAP BOLA
• “Ha, lambung bola tinggi-tinggi dan lompat untuk mengambil bola.
Jangan malas lompat!” jerit Guru Penasihat.
• “Kumpulan B, mula berlari apabila wisel berbunyi, ok?”
4. Pertandingan Bola Jaring antara
Kumpulan Jingga vs Kumpulan Hijau
• “Alamak, bila nak gol ni? Dari tadi bola asyik bertukar kawasan gol tapi
tak gol-gol juga…”
• Pertandingan ini sangat seimbang dan sengit kerana kedua-dua
kumpulan tidak cekap bermain!
5. Pertandingan Bola Jaring antara
Kumpulan Jingga vs Kumpulan Hijau
• Pengadil: Preeeeet (bunyi wisel)… Centre hijau melakukan halangan!
Hantaran atau jaringan penalti untuk pasukan jingga.
6. Masa yang ditungu-tunggu… kita rehat dan minum dulu!
Para pemain: Huh, penatnya..! Main 10 minit tapi rasa macam satu jam.
Guru Penasihat: Hmmm, nampak sangat budak-budak ni punya stamina „out‟!