Tiga faktor utama yang mempengaruhi pembentukan, perkembangan, dan perubahan kurikulum dalam dokumen tersebut adalah falsafah pendidikan negara, kemajuan teknologi, dan keperluan pasaran tenaga kerja. Falsafah pendidikan memainkan peranan penting dalam mencorak sistem pendidikan Malaysia sementara kemajuan teknologi dan keperluan pasaran tenaga kerja menuntut perubahan kurikulum untuk menyesuaikan diri dengan perkemb
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khasAre Fizz Qimmy
menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sistem pendidikan masa kini yang mengalami perubahan bermula dari kbsr hingga ke kssr. Turut menerangkan secara ringkas falsafah pendidikan dari sebelum hingga sekarang.
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khasAre Fizz Qimmy
menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sistem pendidikan masa kini yang mengalami perubahan bermula dari kbsr hingga ke kssr. Turut menerangkan secara ringkas falsafah pendidikan dari sebelum hingga sekarang.
Pendedahan terhadap 4 kaedah Pengajaran Induktif iaitu Pemerolehan Konsep (Concept Attainment), Inkuiri, Pembelajaran Penemuan (Discovery Learning), Pembelajaran Berasaskan Masalah-PBM (Problem Based Learning-PBL)
Dewasa ini guru di pelbagai peringkat amnya dan di sekolah khususnya mulai kehilangan 'jiwa pendidik' dalam pelaksanaan PDP nya. Berikut adalah beberapa tips untuk para guru kekal berjiwa pendidik dalam mengharungi dunia keguruan dan pendidikan yang serba mencabar ini.
OLEH: NUR FAZLIN BINTI MOHD NAIM
Ini merupakan sebahagian daripada sub topik untuk subjek GPP1063 Pengantar Pengajian Profesional yang dipelajari oleh para guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru pada semester kedua PPISMP.
Harapan saya semoga perkongsian ini dapat membantu anda terutamanya para guru pelatih IPG bagi topik ini.
Pendedahan terhadap 4 kaedah Pengajaran Induktif iaitu Pemerolehan Konsep (Concept Attainment), Inkuiri, Pembelajaran Penemuan (Discovery Learning), Pembelajaran Berasaskan Masalah-PBM (Problem Based Learning-PBL)
Dewasa ini guru di pelbagai peringkat amnya dan di sekolah khususnya mulai kehilangan 'jiwa pendidik' dalam pelaksanaan PDP nya. Berikut adalah beberapa tips untuk para guru kekal berjiwa pendidik dalam mengharungi dunia keguruan dan pendidikan yang serba mencabar ini.
OLEH: NUR FAZLIN BINTI MOHD NAIM
Ini merupakan sebahagian daripada sub topik untuk subjek GPP1063 Pengantar Pengajian Profesional yang dipelajari oleh para guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru pada semester kedua PPISMP.
Harapan saya semoga perkongsian ini dapat membantu anda terutamanya para guru pelatih IPG bagi topik ini.
Bincangkan isu yang berkaitan dengan kepercayaan guru.
i. Peranan kepercayaan
ii. Kepercayaan guru terhadap kurikulum matematik
iii. Kepercayaan guru terhadap sifat matematik
iv. Kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik
v. Kepercayaan guru terhadap pembelaran matematik
1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS, TANJONG MALIM
SME 6044
CONTEMPORARY ISSUES INMATHEMATICS
EDUCATION
TUGASAN 2
ISU-ISU KURIKULUM
PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH
M 20111000338 : NURAZIZAN BIN NOORDIN
M 20111000341 : MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI
M 20111000732 : MOHAMAD ASRI BIN OMAR
M 20112001449 : ROSLAN BIN HASAN
3. 1. Definisi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), makna kurikulum ialah skop dan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain. Ia juga bermaksud senarai kesemua
mata pelajaran (kursus pengakian) di sekolah dan lain-lain. Manakala menurut Grayson
(1978), kurikulum adalah suatu perencanaan untuk mendapatkan keluaran (out- comes) yang
diharapkan dari suatu pembelajaran. Perencanaan tersebut disusun secara terstruktur untuk
suatu bidang studi, sehingga memberikan pedoman dan instruksi untuk mengembangkan
strategi pembelajaran (Materi di dalam kurikulum harus diorganisasikan dengan baik agar
sasaran (goals) dan tujuan (objectives) pendidikan yang telah ditetapkan dapat tercapai.
Menurut Harsono (2005), kurikulum merupakan gagasan pendidikan yang
diekpresikan dalam praktik. Dalam bahasa latin, kurikulum bererti track atau jalur pacu. Saat
ini definisi kurikulum semakin berkembang, sehingga yang dimaksud kurikulum tidak hanya
gagasan pendidikan tetapi juga termasuk seluruh program pembelajaran yang terencana dari
suatu institusi pendidikan.
Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan
1997], pula menjelaskan bahawa kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
2. Matlamat Pendidikan Matematik
4. Pendidikan matematik mempunyai matlamat untuk membentuk individu yang
berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik
dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan
sains dan teknologi.
Kurikulum Matematik KBSR bertujuan membina kefahaman murid tentang konsep
nombor dan kemahiran asas mengira yang boleh diaplikasikan secara berkesan dan
bertangungjawab dalam aktiviti harian selaras dengan aspirasi masyarakat dan negara maju,
serta menggunakan pengetahuan ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih
tinggi.
Kurikulum Matematik KBSM bertujuan membentuk individu yang berpemikiran
matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan
dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya
berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan
sains dan teknologi.
Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan
keupayaan matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan
matematik secara bertanggungjawab dan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah dan juga bagi memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk
melanjutkan pelajaran serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya yang berkaitan
dengan sains dan teknologi.
3. Objektif Pendidikan Matematik
Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:
5. 1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan
Nombor, Bentuk dan Perkaitan;
2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;
3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
• membuat anggaran dan penghampiran;
• mengukur dan membina;
• memungut dan mengendali data;
• mewakilkan dan mentafsir data;
• mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;
• menggunakan algoritma dan perkaitan;
• menyelesaikan masalah; dan
• membuat keputusan.
4. Berkomunikasi secara matematik;
5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan;
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;
7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai
kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik;
8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan
dan bertanggungjawab;
9. Bersikap positif terhadap matematik; dan
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
6. 4. Isu-isu berkaitan
4.1 Topik / Tajuk terlalu banyak
Tingkatan 1 – 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
1. Algebraic Fractions 1. Standard Form 1. Number Bases
2. Algebraic 2. Quadratic 2. Graph of functions II
Expressions Expressions and
Equations 3. Transformations III
3. Linear Equations
3. Sets 4. Matrices
4. Simultaneous Linear
Equations 5. Variations
4. Mathematical
5. Arcs and Sector Reasoning 6. Gradient and Area
6. Volume and Surface 5. The Straight Line under a Graph
Area
6. Statistics III 7. Probability II
7. Statistics I & II
7. Probability I 8. Bearing
8. Polygons
8. Circles III 9. Earth as a Sphere
9. Indices
9. Trigonometry II 10. Plan and Elevations
10. Algebraic Formulae
11. Transformations I & 10. Angles of Elevation
II and Depression
12. Linear Inequalities 11. Lines and Planes in 3-
Dimensions
Jadual 1 Sukatan Pelajaran Matematik SPM (1449)
7. Kurikulum dan sukatan pelajaran matematik di Malaysia merupakan kurikulum dan
sukatan pelajaran yang digubal dengan baik oleh penggubal-penggubal yang berpengalaman
luas dan mempunyai ilmu yang membanggakan. Namun begitu sukatan pelajaran yang
digariskan dan dinyatakan dalam Jadual 1 di atas menggambarkan kesukaran murid-murid
untuk menguasai kesemua tajuk dengan mendalam. Perkara ini adalah disebabkan kekangan
masa guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
4.2 Format peperiksaan SPM (1449/2)
Matematik diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam dua kertas
peperiksaan iaitu Kertas 1 (1449/1) dan Kertas 2(1449/2). Dalam peperiksaan SPM, format
atau bentuk soalan Kertas 2 yang diajukan adalah seperti dalam Jadual 2.
SECTION A SECTION B
1. Sets / Graph of Functions II 12. Graph of Function II
2. Lines and Planes in 3-Dimensions 13. Transformations III
3. Quadratic Expressions and Equations 14. Statistics III
4. Simultaneous Linear Equation
15. Plan and Elevation
5. Mathematical Reasoning
16. Earth as a Sphere
6. The Straight Line
7. Matrices
8. Gradient and Area under a Graph
9. Probability II
10. Volume and Surface Area
11. Arc and Sector
Jadual 2 Format dan soalan Matematik SPM Kertas 2 (1449/2)
8. Penetapan tajuk-tajuk soalan yang akan diajukan dalam peperiksaan tersebut akan
menyebabkan murid-murid memberi penekanan terhadap beberapa tajuk yang difikirkan
mudah mendapat markah. Guru-guru juga akan menitikberatkan tajuk-tajuk tertentu bagi
mempastikan murid-murid lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebagai
contoh, guru-guru mungkin akan memberi penekan terhadap tajuk-tajuk yang mudah untuk
murid-murid mendapat markah seperti Simultaneous Linear Equations, Matrices, Graph of
Functions II, Statistic III dan Plans and Elevations.
4.3 Sukatan pelajaran yang banyak diuji dalam peperiksaan
Peperiksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi
penekanan terhadap sukatan pelajaran banyak. Sehubungan dengan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah bercadang untuk mengurangkan sukatan pelajaran bagi beberapa
kertas peepriksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Utusan Online,
19 Mac 2009). Menurut Dr Haili Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran
Malaysia, cadangan tersebut adalah bertujuan mempercepat proses penyemakan dan
pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang mengambil masa yang gak lama untuk
diumumkan.
5. Penutup
Sukatan pelajaran di Malaysia khususnya dalam mata pelajaran matematik merupakan
sukatan pelajaran yang sangat baik dirancang dan disusun. Namun begitu beberapa langkah
dan tindakan perlu diambil bagi mempastikan matlamat dan objektif pendidikan matematik
9. dapat dicapai. Setiap ahli akademik khususnya guru sendiri perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat menjadi insan
yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
6. Rujukan
Curriculum Specifications Mathematics Form 1 (2002). Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia.
Curriculum Specifications Mathematics Form 2 (2002). Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia.
Curriculum Specifications Mathematics Form 3 (2003). Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia.
Curriculum Specifications Mathematics Form 4 (2006). Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia.
Curriculum Specifications Mathematics Form 5 (2006). Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Sukatan Pelajaran Matematik (Tahun tidak dinyatakan). Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Utusan Online (19 Mac 2009). Kurangkan sukatan pelajaran peperiksaan SPM.
11. FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN ,
PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN
KURIKULUM.
PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan
KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan
arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
12. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun,
Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin
Haji Hussin, 1994 )
Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya.
Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu
proses yang dinamik dan seimbang.
1.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN ,
PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM.
1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN.
Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
adalah seperti berikut :
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara "
( FPK, 1988 )
Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan
kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Di antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua
tersebut ialah ;
13. i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan
kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.
ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.
v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.
x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
berdikari.
( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )
1.2 FAKTOR POLITIK
Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people
and their various power bases and their views of what makes for good education"
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut
menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.
Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses
politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali
itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran
penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan
bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya
bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada
ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang
14. kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan
penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang
boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke
arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara itu.
1.3 FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN.
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan
sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and
the institutions of our society, but man itself "
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah
membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu
perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan
dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan
kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman
yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)
1.4 FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL.
15. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik,
sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang
diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.
Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-
murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum
minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti
mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan
segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.
Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang
bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..
Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai
murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990;
Kamaruddin Hj. Husin, 1994).
1.5 FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM.
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari
ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum
bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau
pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak
masyarakat dan kemajuan negara.
Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa
ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan.
16. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang
hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan
menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan
permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus
menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj.
Husin, 1994).
1.6 FAKTOR MURID, KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT.
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan
kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan
kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi
ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan
individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala
ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara
menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta
mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan
individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk
kurikulum tersebut.
Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari
peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam
sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat.
Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan
17. pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk
masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.
1.7 FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGAN NYA .
Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya
menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan
kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.
Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang
lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya
menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan
kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat
disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.
Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu
meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan
dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum,
meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri.
1.8 PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato
dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek
disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh
yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak.
Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit
kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini
18. telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk
diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah
matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa,
1992).
Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan
matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas
kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut.
Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap
negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.
Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan
kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung
tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan
kepada fahamanND binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
(Nik Aziz Nik Pa )
2.0 JENIS-JENIS KURIKULUM
2.1 KURIKULUM TERSEMBUNYI.
• Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit
• Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang
dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur
• Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang
pengalaman guru dan murid
2.2 CADANGAN KURIKULUM
19. • Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya
pembentuk dan pembuat dasar .
2.3 KURIKULUM BERTULIS / YANG DIHASRATKAN.
• Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti
kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah
2.4 KURIKULUM SOKONGAN.
• Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk
menyokong atau menyampaikannya.
2.5 KURIKULUM YANG DIAJARKAN.
• Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru
2.6 KURIKULUM YANG DIUJI.
• Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di
peringkat daerah dan ujian piawaian
2.7 KURIKULUM YANG DIALAMI/DIPELAJARI.
• Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil
daripada pengalaman persekolahan.
2.8 KURIKULUM MASA DEPAN
• Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami
kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat
20. • Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan
memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi,
deduksi dan menganalisis
• Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara
bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk
pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa
Depan.
• 3 Pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:
1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan
menggunkana pelbagai strategi.
2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan.
3. Bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan
disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.
PENUTUP
Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut
dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat
dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan
pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu
sendiri.
Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan
kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan
bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri
mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi
persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru
21. BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.
Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo
Enterprise.
Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.
Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP.
Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace
and World.
Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill
Publishing Company.
23. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 MATLAMAT PAV 8
3 OBJEKTIF PAV 8
4 STRUKTUR KURIKULUM 9
4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3 9
4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 11
4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 – 3 13
4.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 14
4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 15
5 PENTAKSIRAN PAV 16
5.1 Dokumen Pentaksiran 16
24. 5.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden 16
6 PROGRAM UJI RINTIS 17
6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV 17
6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis 18
6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV 18
6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV 18
6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV 19
6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid 20
7 PERANAN AGENSI BERKAITAN 20
7.1 Agensi Pusat KPM 20
7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 23
Sekolah 24
8 KEWANGAN 26
9 DOKUMENTASI RINTIS PAV 26
10 KESIMPULAN 27
11 RUJUKAN 28
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
1. PENGENALAN
25. Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan
vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu
seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di
sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 dan 5),
elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja.
Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada
murid yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat
Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan
supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1.
Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008
telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat
menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi
Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan
di Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang
dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian.
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu sistem pendidikan yang
menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran
yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan
pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka
untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis,1988). Apabila seseorang
pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan
dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.
Perkembangan idea untuk menubuhkan Pendidikan Teknik dan Vokasional,(PTV) di
Malaysia telah bermula sejak tahun 1890-an lagi. Pada tahun 1897, satu perundingan telah
26. diadakan tentang tatacara penubuhan sekolah perdagangan untuk melatih orang-orang
Melayu terutamanya lelaki untuk berkhidmat sebagai mekanik dan buruh yang bekerja untuk
memperbaiki kereta api yang menjadi pengangkutan utama pada masa itu (Francis & Ee,
1975). Pada zaman ini, PTV di lihat sebagai satu aliran pendidikan yang hanya
mempersiapkan individu untuk menguasai kemahiran teknikal semata-mata dan kurang
menitik beratkan tentang pembentukan sahsiah diri seseorang. Pada dasarnya, individu di
latih untuk memperbaiki kereta api yang pada itu menjadi pengangkutan utama, tanpa
mempunyai kurikulum yang tetap dan proses pembelajaran seperti yang ada pada masa kini.
Berdasarkan penubuhan awal PTV di negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV
pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on)
berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Namun, masa beredar dengan cepat, dan
banyak perkembangan yang berlaku terutamanya dalam bidang teknologi dan bidang
pendidikan sehingga PTV tidak lagi menjadi satu aliran yang hanya memberi latihan
kemahiran tangan kepada individu tetapi juga aliran pendidikan yang menerapkan nilai-nilai
murni dalam setiap individu. Secara tidak langsung dapat membentuk keyakinan diri untuk
menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
Perlaksanaan kurikulum di sekolah adalah cara utama untuk menerapkan nilai dalam
diri setiap pelajar. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu harus mempunyai nilai-
nilai yang kuat dalam peribadi mereka sendiri. Menurut Kirkpatrick & Locke, (1991),
terdapat enam karakter ataupun sifat yang membezakan seseorang pemimpin dengan yang
bukan pemimpin iaitu hala tuju, motivasi, integriti, percaya diri, kognitif, kemampuan dan
pengetahuan tugas. Maka, untuk menjadi pemimpin, mereka harus mempunyai keenam-enam
ciri ini bagi membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani.
Atan Long (1984), memperkatakan terdapat beberapa unsur yang perlu di
pertimbangkan dalam pembentukan sesebuah kurikulum dan antaranya ialah dari segi
kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial bagi membolehkan pelajar
untuk berkomunikasi secara positif. Selain daripada itu, Atan juga menekankan aspek
vokasional dalam pembentukan kurikulum yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja
27. yang bersesuaian dengan kehendak tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Daripada
kedua-dua aspek ini, sangat jelas terlihat bahawa kurikulum di sekolah merupakan satu usaha
untuk membentuk pemimpin di kalangan generasi-generasi muda seterusnya memacu kepada
pembangunan negara melalui kemahiran yang dikuasai.
Pada awalnya pembentukan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV),
mempunyai kecenderungan dalam kemahiran dan pengetahuan teknikal sahaja. Tetapi pada
masa kini, PTV bukan sahaja menekan mengenai kemahiran dan pengetahuan teknikal, tetapi
juga dalam melahirkan insan yang mempunyai sahsiah diri dan juga melahirkan pemimpin
pada masa hadapan dalam pelbagai bidang. Kepimpinan itu bukan hanya di kurniakan
kepada orang-orang tertentu sahaja, tetapi kepimpinan itu dimiliki oleh semua orang. Ciri-ciri
kepimpinan dalam seseorang itu boleh dibentuk sekiranya seseorang itu mahu menjadi
seorang pemimpin.
"Leadership development is everyone's responsibility,"
(John Baldoni 1984)
John (1984) berkata bahawa langkah pertama dalam pembentukan seseorang
pemimpin itu ialah dengan memupuk rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan di
persekitaran pekerjaan dan beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan untuk
melakukan tanggungjawab peribadi masing-masing. Menurut beliau lagi corak kepimpinan
dapat memberi dorongan kepada pengikut. John juga menegaskan bahawa kepimpinan adalah
cara kita mempersiapkan diri dan organisasi untuk masa depan.
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011
telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV
akan dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah
yang dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu.
28. Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik
darjah dan 450 orang murid (30 orang setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 135 buah
sekolah akan melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV akan dilaksanakan secara
berperingkat sebanyak 450 buah menjelang tahun 2022. Pengambilan murid seramai 60
orang (2 kelas) setiap tahun bagi setiap sekolah. Menjelang tahun 2022, disasarkan seramai
81,000 orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,700 buah kelas dan 450 buah
sekolah.
Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2022
Bilangan Sekolah
2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022
Sekolah Baru 15 135 100 50 40 60 30 10 10 0 0
Sedia Ada 0 15 150 250 300 340 400 430 440 250 450
Jum. Sekolah 15 150 250 300 340 400 430 440 450 450 450
Bilik Darjah 15 300 500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 2700
Bilangan Bilik Darjah / Bengkel
Tingkatan 1 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900 900
Tingkatan 2 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900
Tingkatan 3 15 300 500 600 680 800 860 880 900
Jum Kelas 15 315 815 1400 1780 2080 2340 2540 2640 2680 2700
Jum Murid 450 9450 2445 4200 5340 6240 7020 7620 7920 8040 81000
0 0 0 0 0 0 0 0
Bilangan Murid
Tingkatan 1 9000 1500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 27000
450
0 0 0 0 0 0 0 0
Tingkatan 2 0 450 9000 1500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 27000
29. 0 0 0 0 0 0 0
Tingkatan 3 1500 1800 2040 2400 2580 2640 27000
0 0 450 9000
0 0 0 0 0 0
Jum Murid 2445 4200 5340 6240 7020 7620 7920 8040 81000
450 9450
0 0 0 0 0 0 0 0
Sumber KPM Jadual 1: Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional
Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transformasi Pendidikan Teknikal dan
Vokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah :
DUNIA PEKERJAAN
DUNIA
PEKERJAAN
SKM 4
SPM SKM 3
SKM 2
SKM 1
60%
PMR SKM 2
PENDIDIKAN
ASAS
SKM 1
VOKASIONAL
95% 5%
UPSR
Rajah 1 Sumber KPM: Laluan Pembelajaran Murid PAV
Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan
kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di
peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid akan mendapat sijil
Pendidikan Asas Vokasional (SPAV) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM,
berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) dan SKM 2 yang dikeluarkan oleh
30. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 3
tahun tersebut. Murid yang tamat PAV ini akan mendapat sekurang-kurangnya SKM 1.
Selepas PAV, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Swasta (ILKS) ke peringkat SKM 3 dan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP),
Institut Kemahiran Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej
Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan
lain-lain institut secara attachment di bawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di
akhir Tingkatan 3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional. Berbekalkan SPAV dan SKM,
murid boleh meneruskan kerjaya di sektor awam dan swasta.
2. MATLAMAT PAV
Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR
menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
3. OBJEKTIF PAV
Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada
peringkat rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti lembam,
murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala
objektif khusus PAV adalah seperti berikut :
3.1 Menjadikan aliran pendidikan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan
murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar `hands-on’
yang berterusan.
3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat
memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang
dituntut oleh majikan dan industri.
31. 3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan
pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.
3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka
kritis, kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan
masa depan.
3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya
niaga.
4. STRUKTUR KURIKULUM
4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3
Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.
32. Struktur Kurikulum PAV
Waktu /Minggu dan
KOMPONEN DIMENSI MODUL Peratus Penumpuan
Ting 1 % Ting 2 % Ting 3 %
1 Jati Diri Bahasa Malaysia Komunikasi
Komunikasi 10 22% 6 14% 6 14%
English for Communication
Patriotisma Sejarah 4 9% 2 4% 2 4%
Pendidikan Islam / Moral 4 9% 3 7% 3 7%
Pendidikan Jasmani & Kesihatan 1 2% 1 2% 1 2%
Sahsiah Ko Kurikulum (Sukan, Pasukan
Beruniform dan 2 4% 1 2% 1 2%
Kelab/Persatuan)
2 Teknologi
Vokasional Teknologi Sains , Matematik dan TMK 4 9% 2 4% 2 4%
3 Kemahiran Kemahiran dalam bidang Pra Vokasional SKM T1 SKM T2
Vokasional Teknikal, Pertanian, Ekonomi
Vokasional
Rumah Tangga, Seni &
Asas & Spesifik 20 45% 30 67% 30 67%
Kebudayaan, Kraf tangan,
Perdagangan dan TMK
4 Kemahiran
Keusahawanan Merentas Kurikulum
Keusahawanan
Jumlah Waktu Seminggu 45 100 45 100 45 100
* SKM T1 - Sijil Kemahiran Tahap 1
* SKM T2 - Sijil Kemahiran Tahap 2
Jadual 2 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV
Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis,
kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam
pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional,
Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan.
Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran
berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam
kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme
serta membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid.
Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains,
matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen Kemahiran Vokasional
terdiri daripada Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik bertujuan
untuk menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang vokasional.
Elemen sikap, nilai dan kemahiran keusahawanan pula diajar dan diterapkan ke dalam diri
murid melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.
33. 4.1.1 Komponen Jati Diri
Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi,
Patriotisme dan Sahsiah. Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah
Bahasa Malaysia Komunikasi dan English for Communication, dimensi
patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah manakala dimensi sahsiah
dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja kokurikulum
yang meliputi aktiviti sukan, pasukan beruniform, kelab dan persatuan.
4.1.2 Komponen Teknologi Vokasional
Teknologi Vokasional menggabungkan tiga bidang pengajian iaitu
bidang sains, matematik dan teknologi maklumat, standard kandungannya
digubal untuk kegunaan murid vokasional. Matlamat Teknologi Vokasional
adalah untuk mengembangkan potensi murid agar boleh berfikir secara logik,
kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran kemahiran
vokasional.
4.1.3 Komponen Kemahiran Vokasional
Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi
Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik.
Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan pra-vokasional yang
ditawarkan di Tingkatan 1. Pra Vokasional meliputi enam kemahiran dalam
bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni dan Kebudayaan,
Kraf tangan, Perdagangan dan TMK. Modul-modul Pra-Vokasional adalah
untuk memberi pendedahan dan menyediakan murid dari segi mental dan
fizikal sebelum mereka menjurus kepada beberapa pengkhususan spesifik
pekerjaan mengikut standard dan keperluan industri yang ditawarkan di
Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran Vokasional Spesifik pula memberi penekanan
kepada tiga aspek penting untuk melahirkan individu yang bersedia
memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek kemahiran kebolehkerjaan
(employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial skills) dan
kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on.
Kedua-dua kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan
34. kemahiran generik (soft skills), yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran
kemahiran spesifik.
Tiga peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid
ialah :
● Tingkatan 1 - Pra Vokasional
● Tingkatan 2 - Kemahiran Tahap 1 (SKM
Tahap 1)
● Tingkatan 3 - Kemahiran Tahap 2 (SKM
Tahap 2)
4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1
Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus Domain Vokasional
dan 55 peratus Domain Akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, Domain
Vokasional adalah sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi Domain Akademik.
Jadual 3 menunjukkan senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi
Vokasional berserta peruntukan waktu seminggu akan disampaikan kepada murid
Tingkatan 1.
Waktu /
BIL KOMPONEN DIMENSI MODUL
Minggu
Komunikasi Bahasa Malaysia Komunikasi 10
Patriotisme Sejarah 4
1 Jati Diri Pend Islam / Pend Moral 4
Sahsiah Pendidikan Jasmani 2
Pendidikan Kesihatan 1
Teknologi Teknologi Vokasional (Sains,
2 Teknologi 4
Vokasional Matematik dan TMK)
Kemahiran
3 Rujuk Jadual 4
Vokasional
Kemahiran
4 Keusahawanan Merentas Kurikulum
Keusahawanan
Jadual 3 Sumber KPM: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi
Vokasional
35. Komponen Kemahiran Pra Vokasional pula akan disampaikan melalui modul umum
dan modul elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi
Rumah Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan
sebagai modul `Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua
kursus kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran
dan pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum akan
dilaksanakan dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama
persekolahan murid akan mengikut satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul
Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan
modul ini adalah untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan
motivasi mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul
umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari oleh murid PAV.
Bilangan waktu Waktu /
Bil Modul Umum
P&P / 35 minggu Minggu
1 Pengurusan Diri 80 20
2 Asas Multimedia 80 20
3 Kera Asas Pembinaan 80 20
4 Asas Mekanikal 80 20
5 Aplikasi Litar Elektrik 80 20
6 Asas Pertanian 80 20
JUMLAH 480
Jadual 4 Sumber KPM : Modul umum Pra Vokasional Tingkatan 1
Seterusnya, murid akan mengikut modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-
masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220
waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti
oleh murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu.
Modul Elektif Bilangan waktu Waktu /
Bil
(1 modul sahaja) P&P Minggu
36. Penyediaan dan Penyajian
1 220 20
Makanan
2 Bakeri 220 20
3 Pakaian dan jahitan 220 20
4 Seni Kecantikan 220 20
5 Asuhan Kanak-kanak 220 20
6 Animasi dan Visual 220 20
7 Pembuatan Perabot 220 20
8 Pelan Dekoratif 220 20
9 Perpaipan 220 20
10 Pembinaan Bangunan 220 20
11 Seni Reka Tanda 220 20
12 Automotif 220 20
Penyejukbekuan dan
13 220 20
Penyaman Udara
14 Kimpalan Arka 220 20
Modul Elektif Bilangan waktu Waktu /
Bil
(1 modul sahaja) P&P Minggu
15 Kimpalan Gas 220 20
16 Pendawaian Elektrik 220 20
17 Elektronik Audio Visual 220 20
18 Akuakultur 220 20
19 Tanaman 220 20
Jadual 5 Sumber KPM: Modul Elektif Pra Vokasional Tingkatan 1
4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3
Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang
sama, tetapi berbeza dari aspek waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Komponen
Jati Diri dan Teknologi Vokasional dikurangkan waktu P&P seminggu untuk
37. memberi lebih waktu kepada modul kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul
Tahap 2 di tingkatan 3 di mana modul-modul berkenaan membolehkan murid diberi
Sijil Kemahiran (SKM) selepas menamatkan kursus dengan jayanya. Komponen
Kemahiran Keusahawanan diajar secara merentas kurikulum.
Waktu / Minggu
Bil Komponen Dimensi Modul
Ting 2 Ting 3
Bahasa Malaysia Komunikasi 6 6
Komunikasi
English For Communication
Patriotisme Sejarah 2 2
1 Jati Diri Pend Islam / Moral 3 3
Pend Jasmani dan Pend Kesihatan 1 1
Sahsiah
Ko-Kurikulum (Sukan, Pasukan
1 1
Uniform dan Kelab / Persatuan)
2 Teknologi Teknologi Teknologi Vokasional (sains,
2 2
Vokasional Matematik dan TMK)
3 Kemahiran Vokasional Kemahiran dalam bidang
Vokasional Spesifik Teknikal, Pertanian, Ekonomi * SKM * SKM
Rumah Tangga, Seni & Tahap 1 Tahap 2
Kebudayaan, Kraf tangan,
Perdagangan dan TMK (Modul
merujuk kepada NOSS) 30 30
Waktu / Minggu
Bil Komponen Dimensi Modul
Ting 2 Ting 3
4 Kemahiran
Keusahawa Keusahawanan Merentas Desa
nan
38. Jumlah Waktu Seminggu 45 45
Jadual 6 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3
4.4 Mata Pelajaran Pilihan Kemahiran Malaysia (SKM)
Murid PAV boleh menamatkan modul Tahap 1 SKM atau 2 SKM semasa di
Tingkatan 2 atau sepanjang Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3. Pilihan SKM murid
PAV Tingkatan 2 hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan
kepada bengkel MPV sedia ada adalah ditunjukkan seperti pada Jadual 7 di bawah :
Bil Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Modul Umum Modul Elektif
39. 1 Penyediaan dan
L-041-1 Pembantu L-041-2 Penyedia
Penyajian
2 Penyedia Makanan Makanan
Makanan
3
L-100-1Pembantu
Bakeri L-100-2 Penyedia Roti
4 Penyedia Roti
5 Pakaian dan K-012-1 Pembuat Pakaian K-012-2 Pembuat Pakaian
Jahitan Wanita Wanita Kanan
6
Seni Kecantikan MP-060-1 Jurukecantikan MP-060-2 Jurukecantikan
7
Asuhan Kanak- CC-010-1 Penjaga Kanak- CC-010-2 Penjaga Pusat
8
Pengurusan Diri kanak kanak Jagaan Kanak-kanak
9 Asas Multimedia
Animasi dan IT-050-2 Artis Multimedia IT-040-2 Artis Multimedia
Kerja Asas
10 Visual - Visual - animator
Pembinaan
11 Asas Mekanikal Pembuatan RB-050-2 Pembuat
RB-050-1 Pembuat Perabot
Aplikasi Litar Perabot Perabot Kanan
12 Elektrik
ID-040-1 Pereka Dalaman
Asas Pertanian Pelan Dekoratif ID-040-2 Pereka Dalaman
Rendah
Perpaipan B-020-1 Jurukerja Paip B-020-2 Jurukerja Paip
Pembinaan B-010-1 Jurubina B-010-2 Jurubina
Bangunan Bangunan Bangunan
13
H-312-2 Juruteknik Reka H-312-2 Juruteknik Reka
Seni Reka Tanda
bentuk Produk Industri bentuk Produk Industri
P-119-1 Juruteknik TP-300-2 Juruteknik
Automotif Automotif Kenderaan Motor
P-118-1 Juruteknik P-118-2 Juruteknik
Motosikal Motosikal Kanan
Penyejukbekuan C-010-1 Mekanik C-010-2 Mekanik
dan Penyaman Penyejukbekuan dan Penyejukbekuan dan
14
Udara Penyaman Udara - Penyaman Udara -
Domestik Domestik
Kimpalan Arka H-024-2 Jurukimpal Arka
H-024-1 Jurukimpal Arka
Logam Berperisai – Keluli
15 Logam Berperisai – Keluli
Karbon & Keluli Tahan
Karbon
Karat
16 Kimpalan Gas H-022-1 Jurukimpal Gas H-022-2 Jurukimpal Gas
40. 17 Pendawaian C-051-1 Juruteknik C-051-2 Juruteknik
Elektrik Elektrik Rendah Elektrik
18 Elektronik Audio EE-010-1 Juruteknik EE-010-2 Juruteknik
Visual Rendah Elektronik Audio Rendah Elektronik Audio
Visual Visual
19 Akuakultur AF-031-1 Operator AF-031-2 Juruteknik
Akuakultur Rendah Akuakultur
20 Tanaman Y-050-1 Pekerja Am Y-050-2 Juruteknik
Tanaman Tanaman
Jadual 7 Sumber KPM: Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3
Maklumat lanjut berkaitan SKM dan NOSS boleh merujuk kepada buku
Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep “kurang
mengajar”, belajar lebih (teach less, learn more)” , dan pembelajaran melalui
pengalaman. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk
menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid
supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut :
◙ Pendekatan modular berasaskan kompetensi
◙ Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, berasaskan tugasan dan
aktiviti
◙ Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
◙ Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
◙ Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
◙ Pembelajaran Masteri
◙ Integrasi teknologi ICT merentas kurikulum
◙ Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
◙ Lawatan industri
41. Contoh Jadual Waktu P & P, sila rujuk Lampiran C
5. PENTAKSIRAN PAV
5.1 Dokumen Pentaksiran
Dokumen berkaitan pentaksiran akan diterbitkan oleh Lembaga
Peperiksaan KPM untuk kegunaan guru dan murid PAV. Beberapa sesi Kursus
/ bengkel / mesyuarat akan diadakan untuk memaklumkan pengurusan
pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.
5.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden
5.2.1 Fail Pengurusan Pentaksiran
Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan
disemak oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah
disimpan dengan selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang
sedang berkuat kuasa.
5.2.2 Eviden
Eviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden
hendaklah ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan
di tempat yang selamat selama diperlukan untuk tujuan pengesahan.
6. PROGRAM UJI RINTIS
Uji rintis sesuatu dokumen standard kurikulum merupakan antara tindakan
yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu bertujuan untuk mendapatkan
maklum balas kebolehlaksanaan kurikulum berkenaan dan diikuti dengan tindakan
penambahbaikan sebelum penyebaran untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak
sekolah. Surat Siaran telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
bertarikh 24 Oktober 2011 memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri
mengenai pelaksanaan Projek Rintis PAV di sekolah menengah yang terpilih.
Kandungan surat siaran ini juga menekankan bahawa pelaksanaan Projek Rintis PAV
adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah berkenaan.
6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV
42. Ujian rintis ini dijalankan untuk melihat perkara berikut :
6.1.1 Kesesuaian kandungan kurikulum PAV
6.1.2 Kesesuaian bahasa yang digunakan
6.1.3 Kefahaman terhadap isi kandungan
6.1.4 Penerimaan murid
6.1.5 Persediaan sekolah
6.1.6 Keberkesanan jadual waktu PAV
6.1.7 Kesesuaian peralatan dan prasarana
6.1.8 Kesesuaian norma guru PAV
6.1.9 Mengesan kekurangan dan kelebihan pelaksanaan
6.1.10 Menilai pelaksanaan kurikulum PAV
6.1.11 Menambah baik pelaksanaan kurikulum PAV
6.1.12 Mengenal pasti kompetensi guru dan murid
6.1.13 Menilai keberkesanan kursus / latihan guru
6.1.14 Menilai keberkesanan PBS
6.1.15 Menilai keberkesanan JU membimbing guru
6.1.16 Menilai keberkesanan modul pembelajaran PAV
6.1.17 Mendapatkan maklum balas murid, ibu bapa, guru dan pentadbir
6.1.18 Mengumpul dan menyelesaikan masalah yang timbul
6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis
6.2.1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berkenaan mempunyai
kemudahan prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
6.2.2 Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan
pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.
6.2.3 Sebuah sekolah dipilih pada setiap negeri menjadikan jumlah sebanyak
15 SMK sahaja.
6.2.4 SMK terpilih adalah mewakili Bandar dan Luar Bandar.
43. 6.2.5 SMK terpilih hanya memerlukan penambahan peralatan dan naik taraf
fizikal bengkel / makmal / ladang yang minimum
6.2.6 SMK menerima murid Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai
pencapaian tahap UPSR yang minimum.
6.2.7 Dapatan Kajian Pemetaan di antara Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dengan Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard –
NOSS), Kementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat
persamaan yang signifikan antara kedua-dua dokumen berkenaan dari
aspek kendungan (sila rujuk lampiran A).
6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV
Sila rujuk Lampiran B
6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV
6.4.1 Guru PAV wajib mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang
diajar dan memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu
mengikuti latihan intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan
kemahiran vokasional. Pengetua boleh mempertimbangkan kelayakan
guru berdasarkan keperluan kelas PAV. Guru Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) adalah diberi keutamaan untuk terlibat dengan rintis
PAV Tingkatan 1. Guru MPV juga perlu mengikuti kursus orientasi
kurikulum PAV Tingkatan 1 dan boleh terlibat dengan program rintis.
Untuk pelaksanaan PAV seterusnya, Guru KHB boleh
dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 1 sementara guru
MPV dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 2 hingga 3.
6.4.2 Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
6.4.3 Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut :
a) Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan
matematik, bidang kemanusiaan adalah berdasarkan norma
guru semasa yang sedang berkuat kuasa.
b) Norma guru mata pelajaran bidang teknik dan vokasional juga
berdasarkan norma guru semasa yang sedang berkuat kuasa.
44. 6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV
Pemilihan murid PAV dalam pelaksanaan rintis PAV adalah melalui 4 (empat)
kriteria yang ditetapkan iaitu :
6.5.1 Pencapaian UPSR : Murid yang dipilih memperoleh pencapaian
UPSR yang rendah. Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi
memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan. Murid
Masalah Pembelajaran (Learning Disability) tidak digalakkan memilih
PAV.
6.5.2 Proses Kaunseling : Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor
pada awal Tingkatan 1 mengenai hala tuju pembelajaran PAV
khususnya pemilihan mata pelajaran pra-vokasional dan persijilan
kemahiran.
6.5.3 Persetujuan ibu bapa / penjaga : Pentadbir sekolah mengadakan sesi
taklimat bagi mendapat persetujuan ibu bapa / penjaga manakala
beberapa aspek perlu diambil kira dalam memberi panduan tentang
potensi anak mereka dan kesesuaian dalam bidang yang dipilih.
6.5.4 Pentaksiran psikometrik : Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi
tujuan saringan serta mengenal pasti kecenderungan, minat, bakat, cara
pembelajaran, aptitud dan kebolehan literasi numerasi.
6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid
Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut :
6.6.1 Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid.
6.6.2 Bagi mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik,
bidang kemanusiaan selain bidang kemahiran, kelas PAV tidak boleh
digabungkan dengan kelas lain dalam aliran arus perdana.
6.6.3 Pentadbir sekolah melantik guru tingkatan untuk menguruskan
pentadbiran kelas.
6.6.4 Kaunselor bertanggungjawab menganalisis perkembangan murid dan
memberi maklum balas kepada guru mata pelajaran PAV.
6.6.5 Cadangan pelaksanaan modul PAV Pra Vokasional Tingkatan 1
adalah seperti berikut :
45. 6.6.5.1 Modul Umum diajar oleh guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
6.6.5.2 Modul Elektif diajar oleh guru sedia ada yang mengajar
Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
7. PERANAN AGENSI BERKAITAN
Bagi tujuan Rintis PAV sahaja, berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-
pihak yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan.
7.1 Agensi Pusat KPM
7.1.1 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)
a) Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain
KPM untuk menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan
kepada pihak atasan.
b) Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan
PAV.
c) Melaksanakan kursus orientasi kurikulum kepada guru yang
mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional untuk tujuan
peningkatan, kelayakan kemahiran dan laluan kerjaya guru
khusus untuk PAV.
d) Melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am (PAV).
e) Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan
(stake holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan.
f) Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat
umum.
g) Menyediakan prasarana bengkel dan makmal di sekolah
mengikut keperluan kurikulum.
h) Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai
pelaksanaan rintis PAV.
i) Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang
ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada
Pengarah JPN berkaitan pelaksanaan rintis PAV.
7.1.2 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
46. a) Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard
kurikulum kepada semua pihak yang terlibat dengan
pelaksanaan kurikulum PAV.
b) Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P)
program rintis.
c) Menjalankan taklimat uji rintis kepada pentadbir sekolah yang
terlibat.
d) Menyediakan Jurulatih Utama Kurikulum PAV (JUK) dan
menjalankan kursus orientasi kurikulum dan modul P&P
kepada pentadbir dan guru yang terlibat dengan program rintis.
e) Memantau, menilai dan menyediakan laporan uji rintis
kurikulum PAV merangkumi perkara-perkara berikut :
● Tujuan / Objektif
● Latar belakang
● Dapatan
● Kesimpulan
f) Membentangkan laporan uji rintis dalam mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah.
g) Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan
atau arahan Pengarah / Timbalan Pengarah.
h) Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.
7.1.3 Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
a) Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan
pentaksiran untuk kegunaan guru dan murid PAV.
b) Menjalankan sesi kursus / bengkel / mesyuarat untuk
memaklumkan pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir
dan guru.
c) Memantau, menilai dan menyediakan laporan pelaksanaan
rintis PAV dari aspek pentaksiran Tingkatan 1.
7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP)
47. a) Mengkaji dan menyediakan norma guru PAV
b) Mengkaji dan menyediakan norma Pembantu Am (PAV)
7.1.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
a) Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV
mengikut norma yang sedang berkuat kuasa.
b) Menstruktur tadbir urus sekolah dengan mewujudkan jawatan
koordinator PAV.
c) Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV.
7.1.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
a) Melatih guru PAV untuk mendapatkan sijil SKM yang
bersesuaian.
b) Melatih guru PAV untuk meningkatkan kemahiran yang
bersesuaian.
c) Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV dan
Pembantu Am (PAV).
7.1.7 Bahagian Lain KPM
a) Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua
bahagian KPM yang terlibat dengan PAV.
b) Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV.
7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
7.2.1 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang
menguruskan guru dan murid manakala di Sektor Pengurusan
48. Akademik yang menguruskan mata pelajaran sebagai pemudah cara
pelaksanaan rintis PAV.
7.2.2 Menjelaskan maksud surat siaran berkaitan pelaksanaan rintis PAV
kepada sekolah yang terlibat melalui taklimat/bengkel/mesyuarat.
7.2.3 Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV menggunakan
instrumen yang disediakan.
7.2.4 Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta
mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.
7.2.5 Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua
bahagian KPM yang terlibat dengan PAV.
7.3 Sekolah
7.3.1 Pengetua
a. Memastikan program rintis dilaksanakan di sekolah
berdasarkan pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuat
kuasa.
b. Memastikan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.
c. Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa /
penjaga, murid dan masyarakat.
d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran disediakan dan berfungsi.
e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid,
pelaksanaan modul dan pentaksiran PAV.
f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan
rintis PAV (Lampiran C).
g. Menentukan tugas Pembantu AM (PAV) membantu di
bengkel / makmal / ladang bagi membantu guru melaksanakan
tugas bukan pengajaran.
h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta
mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.
i. Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada PPD /
JPN / bahagian KPM yang terlibat
j. Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM.
k. Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah.
49. l. Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM
7.3.2 Guru
a. Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan
modul berkaitan PAV.
b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen
standard kurikulum.
c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen
pentaksiran.
d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran
serta pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat.
e. Menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat yang dianjurkan oleh
mana-mana bahagian KPM dari semasa ke semasa.
f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan
pelaksanaan PAV.
g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul
PAV.
h. Memastikan peralatan mencukupi dan boleh digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran.
i. Mengikuti kursus kelayakan sebagai pengajar SMK bertauliah.
7.3.3 Pembantu AM (PAV)
a. Mengurus peralatan, bahan, kebersihan dan mengawasi
keselamatan di bengkel.
b. Menyusun atur peralatan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
c. Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan
pembelajaran.
d. Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di
bengkel / makmal / ladang.
e. Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan
selamat digunakan.
50. f. Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.
g. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.
h. Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai
kemahiran untuk berkhidmat di sekolah yang menawarkan
PAV.
i. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
8. KEWANGAN
Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut :
8.1 Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih peralatan /
bengkel / makmal / ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus
(ABM) tahun semasa.
8.2 Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, bidang
sains dan matematik, bidang kemanusiaan, teknik dan vokasional adalah
berdasarkan pekeliling PCG yang sedang berkuat kuasa. Maklumat terkini
PCG mata pelajaran bagi tujuan rintis boleh diperoleh dari Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).
9. DOKUMEN RINTIS PAV
9.1 Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran boleh diperoleh dari Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), KPM.
9.2 Modul Pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard
Kandungan boleh diperoleh dari Bahagian Kurikulum (BPK), KPM.
9.3 Modul Pentaksiran mengandungi Standard Prestasi dan Standard Kompetensi
boleh diperoleh dari Lembaga Peperiksaan (LP), KPM.
9.4 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV boleh diperoleh dari Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
9.5 Instrumen Pemantauan rintis PAV untuk mengenal pasti keperluan
penambahbaikan rintis boleh diperoleh dari BPK, KPM.
51. 10. KESIMPULAN
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) merupakan satu dasar kurikulum dan
kaedah untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid di peringkat awal lagi.
Berdasarkan perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia, kadar keciciran murid-
murid di peringkat rendah (UPSR) yang tinggi, keadaan ini memerlukan penyelesaian
yang terbaik agar murid-murid ini tidak terbiar dan boleh menjerumuskan mereka ke
arah aktiviti-aktiviti yang negatif.
Dasar ini juga adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu (murid-
murid) yang mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran untuk
memperkembangkan bakat mereka ke arah saluran yang sesuai. Murid-murid juga
mempunyai lebih banyak pilihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
Dasar ini juga untuk memendekkan murid-murid ini memperoleh Sijil
Kemahiran Malaysia 3 (SKM 3) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) selepas
mereka menamatkan pengajian dengan jaya selepas Menengah Atas sahaja (Tingkatan
5). Kemudian mereka berpeluang melanjutkan ke Institusi Pendidikan Tinggi
Vokasional untuk mendapatkan Ijazah Pertama dan seterusnya.
52. 11. RUJUKAN
Anuar, Khidzir, Ramli & Azmi (2011) : Panduan Pelaksanaan Rintis Pendidikan
Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian, Sektor Pendidikan
Teknik dan Vokasional Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Francis Wong H.K. & Ee T.H. (1975). Education in Malaysia, 2nd. Ed. Hong Kong: Heinemann
Educational Books (Asia) Ltd.
A proposal paper by UNESCO and ILO: Technical and Vocational Training for 21st Century
(2002).
Kirkpatrick, S.A., Locke, E.A. (1991), "Leadership: do traits really matter?", Academy of
(Rupert N.Evans, 1978)Management Executive, Vol. 5 pp.48-60.
Laugho & Lilis (1988). „How The Dual System Works‟.Learning to work, working to learn.
Malaysia : ISIS Malaysia.
Atan Long (1984). The role of the National Vocational Training Council in themanagement of
vocational training in Malaysia: A critical evaluation. Batu Pahat: KUiTTHO
John Baldani (1984). „Industrial Training in Malaysia – Challenge and Response‟. Editorial,
Journal of the Malaysian Institute of Management.
53. Lampiran A
PERATUS
PERSAMAAN
BIL KOD MATA PELAJARAN MPV NOSS
MPV – NOSS
TAHAP 1/2
1 RJP Rekaan dan Jahitan Pakaian 100% K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita
2 MM Menservis Motosikal 96% P-118-1 Juruteknik Motosikal
3 MP Membuat Perabot 87% RB-050-1 Pembuat Perabot
4 TM Tanaman Makanan 81% Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian
Akuakultur dan Haiwan AF-030-2 Juruteknik Rendah
5 AHR 81%
Rekreasi Akuakultur
Menservis Peralatan
C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan
6 MPPPU Penyejukan dan Penyaman 76%
dan Penyaman Udara – Domestik
Udara
D-090-2 Artis Multimedia – Video
D-100-2 Artis Multimedia – Audio
7 PM Produksi Multimedia 68%
IT-040-2ArtisMultimedia– Animator
IT-050-2 Artis Multimedia - Visual
HT-010-1 Pramusaji
8 KP Katering dan Penyajian 67% L-041-1 Pembantu Penyedia
Makanan
54. 9 Pen. D Pendawaian Domestik 58% C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah
10 HAD Hiasan Dalaman Asas 58% ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah
11 MA Menservis Automobil 58% P-119-1 Juruteknik Automotif
Y-040-1 Operator Pengeluaran
12 Pem. M Pemprosesan Makanan 53%
Pemprosesan Makanan
Penjagaan Muka dan
13 PMDR 49% N-011-1 Jurukecantikan
Dandanan Rambut
H-024-1 Jurukimpal Arka Logam
14 KAG Kimpalan Arka dan Gas 43%
Berperisai (Keluli Karbon)
15 KPD Kerja Paip Domestik 37% B-020-1 Jurukerja Paip
16 PD Pembinaan Domestik 32% B-010-1 Jurubina Bangunan
17 LN Landskap dan Nurseri 29% LE-010-1 Landscape Attendant
Menservis Peralatan EE-010-1 Electronic Audio Visual
18 MPED 10%
Elektrik Domestik Junior Technican
Asuhan dan Pendidikan Tiada Kajian
19 APAK Tiada Berkenaan
Awal Kanak-kanak Pemetaan
Gerontologi Asas dan Tiada Kajian
20 GAPG Tiada Berkenaan
Perkhidmatan Geriatik Pemetaan
Tiada Kajian
21 GB Grafik Berkomputer Tiada Berkenaan
Pemetaan
Tiada Kajian
22 SRT Seni Reka Tanda Tiada Berkenaan
Pemetaan
BIL NEGERI NAMA SEKOLAH MPV PA V CADANGAN SKM
SMK Arau Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Pembuat Pakaian
1. Perlis
Arau Pakaian Jahitan Wanita
LAMPIRAN B
SMK Simpang Kuala Membuat
2. Kedah Membuat Perabot Pembuat Perabot
05400 Alor Setar Perabot
SMK Datuk Haji Mohd Nor
Juruteknik
3. P.Pinang Ah mad Menservis Motosikal Pengenalan Enjin
Motosikal
11700 Gelugor
SMK Trolak Selatan Juruteknik
4. Perak Menservis Automobil Pengenalan Enjin
Trolak Automatif
SMK Sun gai Rawang Pekerja Am
5. Selangor Tanaman Makanan Tanaman Hiasan
Sepang Tanaman
Mekanik
Menservis Peralatan Penyejukbekuan
SMK Dato’ Sedia Raja Penyejukbekuan
6. N. Sembilan Penyejukan dan dan Penyamanan
71350 Rembau dan Penyamanan
Penyaman Udara Udara
Udara Domestik
SMK Seri Pengkalan Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Pembuat Pakaian
7. Melaka
Alor Gajah Pakaian Jahitan Wanita
55. BIL NEGERI NAMA SEKOLAH MPV PAV CADANGAN SKM
SMK Datok Menteri Membuat
8. Johor Membuat Perabot Pembuat Perabot
Batu Pahat Perabot
Penyed iaan dan
SMK Bukit Goh Katering dan Pembantu
9. Pahang Penyajian
26050 Kuantan Penyajian Penyedia Makanan
Makanan
SMK Saujana Akuakultur dan Juruteknik Rendah
1 0. Terenggan u Akuakultur
22110 Setiu Haiwan Rekreasi Akuakultur
Penyed iaan dan
SMK Kubang Kerian 2 Katering dan Pembantu
1 1. Kelantan Penyajian
Kota Bharu Penyajian Penyedia Makanan
Makanan
Penyed iaan dan
SMK Beau fort Katering dan Pembantu
1 2. Sabah Penyajian
Beau fort Penyajian Penyedia Makanan
Makanan
SMK Belaga Pendawaian Pendawaian Juruteknik Elektrik
1 3. Sarawak
96900 Belaga Domestik Elektrik Rendah
Lampiran B
SMK Setiawangsa Pereka Dalaman
1 4. WP KL HiasanDalaman Hiasan Dalaman
Kuala Lumpur Rendah
SMK Taman Perumahan Bedaun Produksi Visual dan Multimedia -Artis
1 5. WP Labuan
87028 Wilayah Perseku tuan Labuan Multimedia Animasi Visual/Animasi
57. PENGENALAN
Selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang
pendidikan.Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan
peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan.
Pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding dengan Singapura
dan Hong Kong.Perkara yang amat membimbangkan jurang pencapaian pelajar semakin
lebar .Contohnya, 20 % dari pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras yang
minimum (TIMSS)
Penurunan dalam kualiti pendidikan secarakeseluruhan memerlukan perhatian kerana
perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan Negara dan seterusnya
pembangunan ekonomi Negara.
ASPIRASI PENDIDIKAN
1 Aspirasi pendidikan di Malaysia adalah untuk meningkatkan keberhasilan
pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua
pelajar diseluruh negara.
58. 2 Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial bagi membangunkan modal insan bagi
menghasikan tenaga kerja dan seterusnya merealisasikan Negara berpendapatan
tinggi menjelang 2020.
3 Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi oleh semua bagi menambahbaik
taraf kehidupan penduduk Malaysia.
Atas aspirasi ini maka 4 sub NKRA PENDIDIKAN telah dipilih.
A. PRA SEKOLAH
B. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS )
C. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
D. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
59. NKRA PENDIDIKAN
NKRA pendidikan adalah salah satu dasar kerajaan yang berfokuskan dalam bidang
keberhasilan utama nasional.Tujuan utama dasar NKRA diwujudkan adalah untuk
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dalam Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4
sub- NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
A. PRASEKOLAH
Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 tahun keatas dan 5 tahun
keatas menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan
menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada system
pendidikan kebangsaan.Secara umum Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
diwujudkan untuk memastikan perkembangan holistic kanak-kanak.Amalan yang
60. diwujudkan adalah bersesuaian dengan perkembangan murid.Pendekatan yang digunakan
adalah pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran menerusi permainan, berintegrasi
dan bertema, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan projek.Dari segi standard
pembelajaran pula ia merupakan pengenalan kepada asas literasi dan numerasi.Secara tidak
langsung pelajar akan bersedia untuk mengikuti pembelajaran di sekolah rendah
B LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)
Literasi adalah keupayaan untuk untuk membaca, menulis dan memahami perkataan
dalam B.Melayu, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah(dengan menggunakan kata
hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta
komunikasi harian.
Numerasi merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas dan memahami idea
matematik yang mudah serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran Matematik
dalam kehidupan seharian.
Setiap kanak-kanak adalah diharapkan dapat menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.Bagi kanak-
kanak berkeperluan khas , kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk mereka.
6 strategi pelaksanaan Program Linus untuk mencapai sasaran dan objektif.
61. 1. Saringan murid(tahun 1, tahun 2 dan tahun 3)
2. Pembangunan bahan
3. Pengukuhan kemahiran pedagogi guru
4. Program kesedaran sekolah dan komuniti.
5. Pemantauan, Penyeliaan dan penilaian.
6. Pembentukan FasiLinus (Fasilitator LINUS)
C SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Adalah diharapkan dengan wujudnya SBT maka lahirlah sekolah berprestasi tinggi yang
mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri.Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan
kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.Terdapat 3 objektif sekolah berprestasi
tinggi.
1. Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.
Meningkatkan kualiti pencapaianb institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan
masing-masing.
2. Menghasilkan pelajar cemerlang