SlideShare a Scribd company logo
Refleksi Kendiri
Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda
telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2012 hingga 3 November 2012.
Aktiviti perkhemahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Seramai
60 orang pelajar yang terdiri daripada empat unit beruniform telah menyertai
perkhemahan tersebut. Walaupun perkhemahan yang dijalankan ini diringi dengan
hujan lebat pada hari pertama, namun aktiviti tetap dijalankan seperti yang dirancang.
Pendaftaran para peserta dijalankan pada pukul 3 petang bertempat di kantin
sekolah. Saya dapat lihat keseronokan terpapar pada wajah para peserta untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang kerana aktiviti perkhemahan julung-
julung kali diadakan di sekolah ini. Sebelum aktiviti bermula, para peserta mendengar
taklimat daripada Kem Komandan tentang peraturan yang harus dipatuhi sepanjang
aktiviti perkhemahan berlangsung. Seterusnya taklimat daripada guru besar yang
mengharapkan para peserta menjaga disiplin dan mematuhi setiap peraturan yang
telah ditetapkan.
Pada jam 5.00 petang, semua peserta perkhemahan diberi taklimat tentang cara-
cara mendirikan khemah. Mengikut perancangan awal, tapak perkhemahan adalah di
kawasan lapang berhampiran padang sekolah. Namun demikian, disebabkan keadaan
cuaca yang tidak mengizinkan, murid-murid terpaksa mendirikan khemah di tempat
letak kereta guru. Khemah didirikan mengikut jantina dan unit beruniform masing-
masing. Semasa aktiviti mendirikan khemah, saya dapat lihat beberapa orang murid
kurang mahir mendirikan khemah. Ini disebabkan murid-murid kurang diberi
pendedahan tentang cara-cara mendirikan khemah. Walau bagaimanapun, saya dapat
lihat wujud semangat kerjasama antara ahli pasukan apabila mereka bekerjasama
antara satu sama lain sehingga dapat mendirikan khemah dengan baik. Oleh itu,
melalui aktiviti ini pihak sekolah dapat mendidik murid-murid agar mampu berdikari,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.
Aktiviti ice-breaking yang dijalankan pada waktu malam memberi peluang
kepada para peserta mengenali rakan-rakan mereka seterusnya merapatkan hubungan
antara para peserta. Begitu juga dengan aktiviti kawad kaki yang banyak memberi
pendedahan tentang cara-cara kawad kaki yang betul. Para peserta bersungguh-
sungguh semasa menjalani latihan kawad kaki. Slot pertolongan cemas banyak
memberi faedah kepada para peserta kerana melalui slot ini murid-murid berpeluang
mempelajari cara-cara menjalankan CPR, membuat anduh dan merawat luka.
Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah slot ikhtiar hidup dan slot
masakan. Walaupun memasak menggunakan kayu api dan peralatan memasak yang
terhad, para peserta menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk bersaing dengan
pasukan lain. Bantuan daripada fasilitator yang terdiri daripada pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda banyak membantu para peserta menjalankan
slot ini. Setiap pasukan bersungguh-sungguh menyiapkan menu yang telah ditetapkann
iaitu nasi putih, masakan berasaskan telur dan minuman petang. Murid-murid dilihat
saling bekerjasama menyiapkan masakan masing-masing. Selain itu, saya juga kagum
melihat kreativiti para peserta dalam penyediaan makanan dan semasa menghidang
makanan.
Murid-murid sebenarnya mempunyai bakat terpendam dalam diri mereka.
Aktiviti persembahan melalui slot Malam Kebudayaan berjaya mencungkil bakat para
peserta apabila mereka dapat menunjukkan persembahan yang menghiburkan pada
malam itu. Secara tidak langsung murid-murid dapat membina keberanian dan
keyakinan dalam diri masing-masing.
Perkhemahan ini memberikan pengalaman yang sungguh bererti kepada para
peserta apabila mereka telah menyertai pelbagai aktiviti yang berguna dan
menyeronokkan sepanjang berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini. Pengalaman yang
diperoleh ini amat berguna bagi membantu mereka mengaplikasi apa yang dipelajari
dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, aktiviti perkhemahan ini mengajar
murid-murid hidup berdikari dan bekerjasama serta bertolak-ansur dalam kumpulan
semasa melakukan sesuatu perkara.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kekuatan yang dapat
saya lihat terutamanya objektif program ini. Pada setiap aktiviti yang dijalankan wujud
kerjasama antara ahli kumpulan sehingga sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan baik
dan tepat pada masa. Ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturrahim
antara peserta-peserta dan mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa
menjalankan tugasan yang diberikan.
Selain itu, program ini juga menekankan unsur kerohanian di mana tazkirah dan
kuliah maghrib diberikan kepada para peserta selepas waktu Mahgrib serta solat
tahajjud dan menunaikan solat Subuh berjamaah. Ini dapat membina insan yang
berakhlak mulia dan mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah.
Kekuatan program ini seterusnya berjaya membentuk disiplin yang mantap
dalam diri para peserta melalui aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplin para
peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna Di samping itu, melalui
aktiviti ini, murid-murid dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka Secara
tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dan menghapuskan rasa malu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan. Semua murid terlibat
dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti tersebut ialah pertolongan cemas,
ikhtiar hidup, memasak, ice-breaking dan malam kebudayaan. Kerjasama yang
ditunjukkan oleh guru-guru semasa aktiviti dijalankan melancarkan aktiviti yang
dirancang.
Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai beberapa
kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah dari segi masa apabila setiap
slot diperuntukan hanya satu jam. Masa yang terhad ini menyebabkan terdapat aktiviti
yang dijalankan terpaksa mengambil masa slot lain. Kesannya , masa bagi aktiviti lain
tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang mengikut jadual yang ditetapkan. Selain
itu, aktiviti yang dirancang terlalu padat menyebabkan ada aktiviti yang tidak dapat
dijalankan dengan sempurna. Contohnya solat Asar berjamaah tidak dapat dijalankan
kerana para peserta terpaksa menyelesaikan aktiviti memasak. Para peserta terpaksa
bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing untuk menunaikan solat Asar.
Keadaan cuaca yang kurang baik juga menyebabkan berlaku beberapa
perubahan pada aktiviti yang dijalankan apabila para peserta tidak dapat tidur di dalam
khemah sebagai langkah keselamatan. Semua peserta tidur di kelas-kelas yang telah
ditetapkan.
Oleh yang demikian, sebagai cadangan penambahbaikkan untuk membantu
menyempurnakan sesuatu program, peruntukan masa semasa menjalankan sesuatu
aktiviti perlu diberi perhatian. Antaranya menambah masa selama dua jam bagi setiap
slot agar para peserta dapat menimba ilmu serta kemahiran yang banyak. Contohnya
dalam aktiviti kawad kaki, masa yang diperuntukan selama satu jam tidak mencukupi
kerana aktiviti kawad kaki melibatkan banyak arahan dan aktiviti yang perlu dilakukan.
Pihak sekolah pula perlu merancang tarikh yang sesuai untuk menjalankan
aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan daripada melaksanakan perkhemahan pada
musim hujan. Keadaan cuaca yang baik secara tidak langsung dapat menimbulkan
semangat kepada para peserta.
Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai
objektifnya. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan
insan yang kental jiwanya dan bersemangat serta mampu berdikari. Apa yan paling
penting adalah kesungguhan para peserta untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang
telah dirancang. Bagi diri saya pula, perkhemahan yang diadakan ini memberikan
satu pengalaman kepada saya dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu program
agar setiap perancangan dapat dijalankan seperti yang dirancang.

More Related Content

What's hot

Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
FaFai S.
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
NancyKuak
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
Rekha Mariappan
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
Vince Here
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Suhaili Hanafi
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
HayatuNMustapHa
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
nurul syifaa'
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 

What's hot (20)

Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 

Viewers also liked

Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
Sing Kiat Lee @IPGK Pulau Pinang
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusNaniey Mahmud
 
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesanZainul Mukhtar
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
Ravin Ravi
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
Nadhirah Rozaimi
 
Refleksi individu
Refleksi individu Refleksi individu
Refleksi individu Abd Mutalib
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak KataSiri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Mohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa   Awal AkhirSiri Permainan Bahasa   Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
Mohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga KataSiri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Mohamed Naim Daipi
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
marziana80
 
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Mohamed Naim Daipi
 
Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3Shella Gan
 
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Nur Hasanuddin
 
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Mohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan KekataSiri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Mohamed Naim Daipi
 
SILANG SINONIM
SILANG SINONIMSILANG SINONIM
SILANG SINONIM
Mohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda HurufSiri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Mohamed Naim Daipi
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiwanita25
 

Viewers also liked (20)

Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
 
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Refleksi individu
Refleksi individu Refleksi individu
Refleksi individu
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak KataSiri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
 
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa   Awal AkhirSiri Permainan Bahasa   Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
 
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga KataSiri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
 
Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3
 
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
 
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
 
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan KekataSiri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
 
SILANG SINONIM
SILANG SINONIMSILANG SINONIM
SILANG SINONIM
 
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda HurufSiri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksi
 

Similar to Refleksi kendiri

Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumsoulmoon
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
ArifahAzlanShah2
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
suriasuriati
 
Program-Kerja-7-k-SD.docx
Program-Kerja-7-k-SD.docxProgram-Kerja-7-k-SD.docx
Program-Kerja-7-k-SD.docx
NurulNisa26
 
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.pptMETODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
EWPK2018
 
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
ook lebung
 
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017
Shaharuddin Sham
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdf
LAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdfLAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdf
LAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdf
pkbmattariqpaud
 
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
risky83
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Ahmad Lili
 
Profil kb aisyiyah procot
Profil  kb aisyiyah procotProfil  kb aisyiyah procot
Profil kb aisyiyah procot
Neni Triana
 
CONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdf
CONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdfCONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdf
CONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdf
mtsalfalahiyahbogor
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
Abu Hasyim
 
Profil KB Asiyiyah Procot Slawi
Profil KB Asiyiyah Procot SlawiProfil KB Asiyiyah Procot Slawi
Profil KB Asiyiyah Procot Slawi
Neni Triana
 
Metode kepramukaan
Metode kepramukaanMetode kepramukaan
Metode kepramukaan
putri eneliz
 
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
Tien Agustini mistiawati
 
Laporan dokumentasi program asrama smkm
Laporan dokumentasi program asrama smkmLaporan dokumentasi program asrama smkm
Laporan dokumentasi program asrama smkmMohammad Bokhori
 

Similar to Refleksi kendiri (20)

Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
 
Program under one roof
Program under one roofProgram under one roof
Program under one roof
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
 
Program-Kerja-7-k-SD.docx
Program-Kerja-7-k-SD.docxProgram-Kerja-7-k-SD.docx
Program-Kerja-7-k-SD.docx
 
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.pptMETODE KEPRAMUKAAN.ppt
METODE KEPRAMUKAAN.ppt
 
87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
1. kode etik, 2. ikrar guru, 3. tata tertib guru, 4. alokasi waktu, 5. pembia...
 
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017
Buku laporan aktiviti pelajar FPSK UPM (mukasurat 13 hingga 32) 2017
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdf
LAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdfLAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdf
LAPORAN EKSTRAKURIKULER MULYADI.A S.Pd.,M.Pd.pdf
 
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014
 
Profil kb aisyiyah procot
Profil  kb aisyiyah procotProfil  kb aisyiyah procot
Profil kb aisyiyah procot
 
CONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdf
CONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdfCONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdf
CONTOH_LAPORAN_NARAKARYA_1_KMD_2017_UPI.pdf
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Profil KB Asiyiyah Procot Slawi
Profil KB Asiyiyah Procot SlawiProfil KB Asiyiyah Procot Slawi
Profil KB Asiyiyah Procot Slawi
 
Metode kepramukaan
Metode kepramukaanMetode kepramukaan
Metode kepramukaan
 
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
1. Kode Etik, 2. Ikrar Guru, 3. Tata Tertib Guru, 4. Alokasi Waktu, 5. Pembia...
 
Laporan dokumentasi program asrama smkm
Laporan dokumentasi program asrama smkmLaporan dokumentasi program asrama smkm
Laporan dokumentasi program asrama smkm
 
Contoh Proposal persami
Contoh Proposal persamiContoh Proposal persami
Contoh Proposal persami
 

Refleksi kendiri

  • 1. Refleksi Kendiri Program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2012 hingga 3 November 2012. Aktiviti perkhemahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda. Seramai 60 orang pelajar yang terdiri daripada empat unit beruniform telah menyertai perkhemahan tersebut. Walaupun perkhemahan yang dijalankan ini diringi dengan hujan lebat pada hari pertama, namun aktiviti tetap dijalankan seperti yang dirancang. Pendaftaran para peserta dijalankan pada pukul 3 petang bertempat di kantin sekolah. Saya dapat lihat keseronokan terpapar pada wajah para peserta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang kerana aktiviti perkhemahan julung- julung kali diadakan di sekolah ini. Sebelum aktiviti bermula, para peserta mendengar taklimat daripada Kem Komandan tentang peraturan yang harus dipatuhi sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung. Seterusnya taklimat daripada guru besar yang mengharapkan para peserta menjaga disiplin dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Pada jam 5.00 petang, semua peserta perkhemahan diberi taklimat tentang cara- cara mendirikan khemah. Mengikut perancangan awal, tapak perkhemahan adalah di kawasan lapang berhampiran padang sekolah. Namun demikian, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, murid-murid terpaksa mendirikan khemah di tempat letak kereta guru. Khemah didirikan mengikut jantina dan unit beruniform masing- masing. Semasa aktiviti mendirikan khemah, saya dapat lihat beberapa orang murid
  • 2. kurang mahir mendirikan khemah. Ini disebabkan murid-murid kurang diberi pendedahan tentang cara-cara mendirikan khemah. Walau bagaimanapun, saya dapat lihat wujud semangat kerjasama antara ahli pasukan apabila mereka bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat mendirikan khemah dengan baik. Oleh itu, melalui aktiviti ini pihak sekolah dapat mendidik murid-murid agar mampu berdikari, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Aktiviti ice-breaking yang dijalankan pada waktu malam memberi peluang kepada para peserta mengenali rakan-rakan mereka seterusnya merapatkan hubungan antara para peserta. Begitu juga dengan aktiviti kawad kaki yang banyak memberi pendedahan tentang cara-cara kawad kaki yang betul. Para peserta bersungguh- sungguh semasa menjalani latihan kawad kaki. Slot pertolongan cemas banyak memberi faedah kepada para peserta kerana melalui slot ini murid-murid berpeluang mempelajari cara-cara menjalankan CPR, membuat anduh dan merawat luka. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah slot ikhtiar hidup dan slot masakan. Walaupun memasak menggunakan kayu api dan peralatan memasak yang terhad, para peserta menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk bersaing dengan pasukan lain. Bantuan daripada fasilitator yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda banyak membantu para peserta menjalankan slot ini. Setiap pasukan bersungguh-sungguh menyiapkan menu yang telah ditetapkann iaitu nasi putih, masakan berasaskan telur dan minuman petang. Murid-murid dilihat
  • 3. saling bekerjasama menyiapkan masakan masing-masing. Selain itu, saya juga kagum melihat kreativiti para peserta dalam penyediaan makanan dan semasa menghidang makanan. Murid-murid sebenarnya mempunyai bakat terpendam dalam diri mereka. Aktiviti persembahan melalui slot Malam Kebudayaan berjaya mencungkil bakat para peserta apabila mereka dapat menunjukkan persembahan yang menghiburkan pada malam itu. Secara tidak langsung murid-murid dapat membina keberanian dan keyakinan dalam diri masing-masing. Perkhemahan ini memberikan pengalaman yang sungguh bererti kepada para peserta apabila mereka telah menyertai pelbagai aktiviti yang berguna dan menyeronokkan sepanjang berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini. Pengalaman yang diperoleh ini amat berguna bagi membantu mereka mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, aktiviti perkhemahan ini mengajar murid-murid hidup berdikari dan bekerjasama serta bertolak-ansur dalam kumpulan semasa melakukan sesuatu perkara. Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Pada setiap aktiviti yang dijalankan wujud kerjasama antara ahli kumpulan sehingga sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan tepat pada masa. Ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dan mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalankan tugasan yang diberikan.
  • 4. Selain itu, program ini juga menekankan unsur kerohanian di mana tazkirah dan kuliah maghrib diberikan kepada para peserta selepas waktu Mahgrib serta solat tahajjud dan menunaikan solat Subuh berjamaah. Ini dapat membina insan yang berakhlak mulia dan mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah. Kekuatan program ini seterusnya berjaya membentuk disiplin yang mantap dalam diri para peserta melalui aktiviti kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplin para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna Di samping itu, melalui aktiviti ini, murid-murid dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dan menghapuskan rasa malu. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti tersebut ialah pertolongan cemas, ikhtiar hidup, memasak, ice-breaking dan malam kebudayaan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru semasa aktiviti dijalankan melancarkan aktiviti yang dirancang. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah dari segi masa apabila setiap slot diperuntukan hanya satu jam. Masa yang terhad ini menyebabkan terdapat aktiviti yang dijalankan terpaksa mengambil masa slot lain. Kesannya , masa bagi aktiviti lain tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, aktiviti yang dirancang terlalu padat menyebabkan ada aktiviti yang tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Contohnya solat Asar berjamaah tidak dapat dijalankan
  • 5. kerana para peserta terpaksa menyelesaikan aktiviti memasak. Para peserta terpaksa bergilir-gilir dengan ahli kumpulan masing-masing untuk menunaikan solat Asar. Keadaan cuaca yang kurang baik juga menyebabkan berlaku beberapa perubahan pada aktiviti yang dijalankan apabila para peserta tidak dapat tidur di dalam khemah sebagai langkah keselamatan. Semua peserta tidur di kelas-kelas yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, sebagai cadangan penambahbaikkan untuk membantu menyempurnakan sesuatu program, peruntukan masa semasa menjalankan sesuatu aktiviti perlu diberi perhatian. Antaranya menambah masa selama dua jam bagi setiap slot agar para peserta dapat menimba ilmu serta kemahiran yang banyak. Contohnya dalam aktiviti kawad kaki, masa yang diperuntukan selama satu jam tidak mencukupi kerana aktiviti kawad kaki melibatkan banyak arahan dan aktiviti yang perlu dilakukan. Pihak sekolah pula perlu merancang tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan daripada melaksanakan perkhemahan pada musim hujan. Keadaan cuaca yang baik secara tidak langsung dapat menimbulkan semangat kepada para peserta. Secara keseluruhannya, perkhemahan ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan yang kental jiwanya dan bersemangat serta mampu berdikari. Apa yan paling penting adalah kesungguhan para peserta untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah dirancang. Bagi diri saya pula, perkhemahan yang diadakan ini memberikan
  • 6. satu pengalaman kepada saya dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu program agar setiap perancangan dapat dijalankan seperti yang dirancang.