2. Orang penting yang boleh mencorakkan
pencapaian cemerlang sesebuah sekolah
melalui:
keterampilan,
dedikasi dan
keperibadian yang ada pada dirinya.
3. kemahiran mentadbir dan mengurus,
kemahiran sosial,
kemahiran berfikir dan
lain-lain kemahiran yang boleh membantu
mempercepatkan lagi pencapaian dan
kecemerlangan sekolah.
4. Asas utama kepada pembangunan negara.
Peranan kepimpinan pengetua sering
dijadikan fokus utama dalam usaha untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan.
Perlu dilakukan secara berterusan terutama
bagi melahirkan modal insan yang holistik
yang mampu mengharungi segala cabaran
sama ada di peringkat domestik atau global.
5. Tidak dilihat dari pencapaian akademik
semata-mata tetapi yang lebih penting dapat
melahirkan pelajar yang holistik iaitu
mempunyai:
kemahiran intelek
sosial
fizikal
berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa
sahaja situasi dan keadaan.
6. Dapat mengubah sekolah yang hanya dalam
keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan
atau cemerlang.
Memenuhi hasrat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu
Anjakan ke-5: Memastikan Kepimpinan
Berprestasi Tinggi Ditempatkan Setiap
Sekolah.
7. pengetua mestilah merupakan seorang yang
berwawasan.
pemimpin utama di sekolah yang mempunyai
perancangan dan strategi tertentu.
perlu mendapat sokongan dan kerjasama
kuat daripada semua peringkat warga
sekolah.
8. Bagi mencapai matlamat ke arah negara
maju seperti yang digariskan dalam dasar
negara, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan pelan dan garis panduan
tertentu untuk dilaksanakan oleh semua
sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025
9. Justeru pengetua mestilah berupaya untuk
memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-
dasar yang telah disediakan, keupayaan
untuk menterjemahkan dasar kepada
tindakan memerlukan kemahiran tertentu
yang dimiliki oleh pengetua berkenaan.
10. Bagi memastikan kepemimpinan berprestasi
tinggi di sekolah, Kementerian Pendidikan
mengubah kriteria memilih pengetua dan
guru besar daripada pemilihan berasaskan
tempoh perkhidmatan kepada pemilihan
berfokus kepada kecekapan kepimpinan.
11. Bagi tujuan itu, mereka dikehendaki
mendapatkan Sijil Kelayakan Profesional
Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan
(NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki
sebelum boleh dilantik.
Ia bakal menyebabkan purata umur mereka
menurun, sekali gus membolehkan mereka
berkhidmat lebih lama.
12. Kementerian Pendidikan juga akan
memperkenalkan proses perancangan
penggantian yang mengenal pasti dan
melatih individu berpotensi tinggi bagi
memastikan ada kelompok calon bersedia
untuk berkhidmat apabila dipanggil sejurus
ada kekosongan jawatan.
Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik
juga akan mengikuti program pementoran
selama sebulan di bawah bimbingan
pengetua dan guru besar yang akan
berpindah dan bersara.
13. Mereka akan dinilai setiap tahun dengan
menggunakan instrumen penilaian baru yang
memberi penekanan kepada keupayaan
kepimpinan dan peningkatan keberhasilan
pelajar.
Di bawah pendekatan itu, pengetua
berprestasi tinggi akan menikmati peluang
kemajuan kerjaya lebih pantas, manakala
pemberian insentif akan disemak semula bagi
menggalakkan mereka yang berprestasi tinggi
bertugas di luar bandar atau sekolah
berprestasi rendah.
14. Bagi pengetua yang sukar mencapai standard
minimum, mereka akan diberi bimbingan
tambahan, manakala yang gagal mencapai
tahap kualiti minimum yang sudah diberikan
bimbingan tambahan akan ditugaskan semula
ke jawatan guru di sekolah lain.
15. Di bawah program mentor, mereka akan
mengikuti satu tempoh bimbingan daripada
pengetua atau Rakan Peningkatan Sekolah
(SIPartner+) daerah sejurus memulakan
tugas.
Peluang untuk mereka mengikuti program
Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
pula tidak terhenti pada tahun pertama
perkhidmatan sebagai CPD menjadi sumber
bagi membolehkan mereka memperbaharui
tahap profesionalisme.
16. Dari segi peribadi pengetua yang berkesan
kebiasaannya memiliki sifat dedikasi,
bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan
tidak mudah berputus asa.
17. Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan
akan dapat membantu pengetua
melaksanakan tugas dengan lancar.
Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan
menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan
dapat mempengaruhi orang bawahannya
supaya bekerja untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan.
18. Pengurusan sumber manusia terutama
keupayaan menguruskan guru dan pelajar
secara berkesan akan dapat membantu
mencapai matlamat sekolah dengan cepat.
Guru merupakan aset penting kepada
sekolah.
19. Dengan memberikan 'empowerment' dan
kepercayaan akan membolehkan mereka
melaksanakan tugas dengan yakin dan sedia
memberi sokongan kepada perancangan yang
telah disediakan.
20. Pengetua yang berkesan tidak akan
mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa
dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu
diadakan secara berterusan.
21. Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana
dan sebagainya dapat diatasi melalui
perkongsian pintar dengan pihak-pihak di
luar sekolah terutama dengan ibu bapa.
22. Peranan pengetua adalah penting bagi
membantu merealisasikan dasar-dasar
kerajaan khususnya dalam melahirkan warga
negara yang kompeten, bertanggungjawab
dan sedia menghadapi cabaran masa depan.