tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
broser bandung 2.pdf
1. http://jpnmelaka.moe.gov.my/ppdalorgajah
Tel :06 5562994
Faks : 06 5563735
VISI
“Pendidikan
Berkualiti Insan
Terdidik Negara
Sejahtera”
MISI
“ Melasterikan
Sistem
Pendidikan yang
berkualiti Untuk
Membangun
Potensi Individu
Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”
Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha
berterusan kearah
memperkembangkan lagi
potensi individu secara
menyeluruh dan
bersepadu untuk
mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu
pengetahuan,
berketerampilan,
berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta
serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian
dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan
negara.
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Melaka
BARISAN PEGAWAI
School Improvement Partners+ (SIP+)
&
School Improvement Specialist Coaches
(SISC+)
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
“PENDIDIKAN ALOR GAJAH MELAKAR
GENERASI MASA DEPAN”
2. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul melalui :
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu. Mengaplikasi konsep dan
AMALAN PdPc TERBAIK.
MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui
latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian
murid.
TUGAS DAN PERANAN SISC+ DALAM
MENYANDANG AMANAH YANG
DIBERI
Kementerian memperkenalkan
perjawatan SISC+ sebagi satu langkah
untuk melahirkan golongan pendidik
berkemahirana tinggi dan meningkatkan
kualiti penyampaian kurikulum.
Bidang tugas SISC+ adalah untuk
membimbing Pemimpin Pertengahan
dalam aspek pedagogi, pentaksiran dan
kurikulum. SISC+ membimbing
Pemimpin Pertengahan ke arah
pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam bilik darjah yang lebih menarik dan
berkesan selaras dengan perkembangan
semasa.
Pemimpin pertengahan akan dibimbing
untuk menggunakan elemen didik hibur,
teknologi dan amalan pedagogi kreatif
dan inovatif untuk menarik minat murid.
Guru juga dibimbing untuk menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP
selaras dengan keperluan abad ke-21.
Bimbingan ini menjurus ke arah PdP
berkesan dan tidak hanya berorentasikan
peperiksaan semata-mata.
Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan murid berfikiran global,
futuristik, mengutamakan nilai, dan
mempunyai jati diri yang tinggi dalam
kehidupan seharian.
Peranan SISC+ berfokus kepada
bimbingan untuk guru di sekolah
berprestasi rendah (Band 5,6 dan
7).langkah ini bertujuan menyediakan
peluang dan sokongan yang diperlukan
oleh guru bagi menggalakkan
peningkatan kemahiran dan
kecemerlangan mereka dalam PdP.
SEKOLAH TRANFORMASI 2025