Pembentangan Falsafah Pendidikan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 1
jika ada pertambahan maklumat atau penambahbaikan yang ingin dikongsikan utk slide saya, silakan.. semoga bermanfaat :)
Pembentangan Falsafah Pendidikan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 1
jika ada pertambahan maklumat atau penambahbaikan yang ingin dikongsikan utk slide saya, silakan.. semoga bermanfaat :)
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN
PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM
Mohd Asnawi Satdimin
Md Shufian Awang
Avelyn Siang
Nur Atiqah Basri
Jabatan Kemahiran Hidup
Fakulti Teknik Dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(18 hb Oktober 2010)
2. ABSTRAK
Penulisan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui apakah yang
dimaksudkan dengan kurikulum. Definisi kurikulum menurut kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang
meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-
unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum
bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak
sekolah. Selain itu, terdapat juga perbincangan pendapat dan pandangan
pakar- pakar mengenai kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkan
mengenai definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta tokoh
atau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain, kajian ini juga membincangkan
tentang kurikulum secara umum di Malaysia. Terdapat juga perbincangan
secara umum mengenai kurikulum awal kanak- kanak di Malaysia.
3. PENGENALAN
Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk
melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura
Badzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga
penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat
melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan
kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses
kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran.
Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam
konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika
itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang
(Department of Education and Science, 1990).
4. DEFINISI KURIKULUM
Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum merupakan
segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi
segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.
Semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley
& Evans, 1992). Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk
pelajar- pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. (Abdullah Mohd
Noor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan
Kurukulum Pendidikan). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang
menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancang
oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang
telah ditentukan. (Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul
pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh
dikemukakan dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975).
Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan kurikulum
sebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang pendidikan. Kurikulum
ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968
dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). Kurikulum ialah
rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagai
tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini di
bina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. (Saylor &
Alexander, 1974). Selain itu, terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa
kurikulum sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai-
5. bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus
sesuatu budaya. (Burtonwood, 1986).
PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR, TOKOH ATAU PENGKAJI BERKAITAN
KURIKULUM
Menurut Robert S. Zais (1976), mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan yang tidak
dapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu
tujuan, isi, aktiviti dan penilaian. Tiap-tiap komponen kurikulum berhubungan antara
satu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki (puzzle) yang mesti dipadankan
dengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya.
Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik dalaman
kurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsur
dasar yang lain untuk mempengaruhi kurikulum dan komponennya.
Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkan
bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan
pemerolehan yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui
penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yang
diketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan. Nilai
budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan.
Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai
objektif am pendidikan. Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh dan dinilai untuk
dikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan. Bersama-sama dengan objektif
am diadakan kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif
spesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa berkembang
6. sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Lantaran itu
kurikulum bergerak dinamik merentasi masa.
Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974), menyatakan bahawa
sistem kurikulum bagi memperoleh murid sebagai input ke dalam kesempatan
pembelajaran yang dibina melalui kurikulum. Kurukulum ialah rancangan tentang
kesempatan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif
spesifik yang berkaitan. Rancangan ini dikelaskan menurut bidang. Tiap-tiap bidang
mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod instruksi dan proses
penilaian. Rancangan dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yang
dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input, matlamat
dan objektif serta bidang. Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmu
pengetahuan, matlamat dan nialai social, permintanan murid dan proses
pembelajaran.
Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran, contohnya
keperluan undang-undang. Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem
kurikulum yang dinamai subsistem perancangan kurikulum. Subsistem ini melibatkan
pengembangan, pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya.
Sistem kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untuk
mencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-bagai bidang.
Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum mempengaruhi pembinaan rancangan
untuk setiap bidang. Subsistem perancangan kurikulum merupakan unsur yqng
mengekalkan, mengembangkan, menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa.
Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses pengeluaran dengan input
dan output yang terdiri daripada rancangan dan pelajar.
7. Manakala menurut Mouritz Johnson (1967), mengusulkan bahawa kurikulum
ialah hasil npembelajaran yang dihasratkan. Secara keseluruhannya model ini
mengukur kefahaman tentang kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan
huraian yang jelas tentang logik dalaman kurikulum. Wheeler (1967), mengusulkan
bahawa carta aliran ialah proses kurikulum, iaitu proses pembinaan dan
perkembangan kurikulum. Menurutnya, proses ini perlu berorientasikan masyarakat,
individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk
memancarkannya kepada murid. Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa;
iaitu penilaiann pemerolahan tujuan (1), fasa penilaian pemilihan pengalaman
pembelajaran (2), fasa penilaian pemilihan isi (3), fasa penilaian prinsip dan prosedur
untuk menyusun serta menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian
(5). Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah disebutkan (1,2,3
dan 4).
Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan dan penilaian
data dan perumusan hipotesis untuk mengadakan eksperimen. Eksperimen ini
bertujuan untuk menguji penentuan yang dilakukan dan memperoleh keputusan
untuk menegaskan apakah penentuan tersebut memadai atau tidak. Oleh sebab
kurikulum dibentuk oleh masyarakat, maka hasilnya perlulah sentiasa sekata
dengan nilai, permintaan dan masalah masyarakat. Secara keseluruhannya, Wheeler
(1967) memetakan berbagai-bagai pembolehubah yang berkait dengan tujuan, isi,
pengalaman dan penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkan
tindakan, empiris eksperimen. Kurikulum menurut model ini dinilai juga secara
empiris untuk menjadikan hasilnya sekata dengan nilai, pemintaan dan masalah
masyarakat.
8. Model Kurilukum Tyler (1949), adalah berdasaskan kepada objektif dan proses.
Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler member
definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh
pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut
beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan, iaitu:
(a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar
(b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar.
Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam
sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan
obkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Maka, Tyler mencadangkan
empat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu:
(a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru.
(b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan.
(c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah
dinyatakan dalam setiap topik pelajaran.
(d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar
menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar.
Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang
mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai.
(b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya.
9. (c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan
objektifnya.
(d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran.
Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum Sekolah
Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di
USA dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). Di bawah
kurikulum sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah
pragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiri-
penemuan. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey, Jawatankuasa Kajian
Kurilukum (1933-1941) USA, menyenaraikan empat kompenen utama berikut
sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah:
(a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum.
(b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum.
(c) Organisasi kaedah dan strategi.
(d) Penilaian untuk pencapaian objektif.
Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan
berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai
objektif- objektif utama. Dengan garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa
Kajian Kurikulum, beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap
dan mantap seperti berikut:
(a) Diagnosis atas permintaan kurikulum.
(b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum.
10. (c) Pemilihan isi kandungan kurikulum.
(d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih.
(e) Pemilihan pengalaman pembalajaran.
(f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih.
(g) Pengukuran dan penilaian.
Model kurikulum Stenhouse (1975), adalah berlandaskan kepada model
proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai
komponen utama dalam sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters
(1966) dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawa
pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut
Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan
mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan
kepada kehidupan.
Sehubungan ini, Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulum
berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlu
bergantung kepada objektifnya. Maka, Model Kurikulum Stenhouse merangkumi
aktiviti-aktiviti berikut:
(a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan
refleksinya diri sendiri.
(b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif
dalam situasi pembelajaran.
11. (c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut
kebolehan masing-masing.
(d) Aktiviti yang memerlukan pelajar- pelajar menggunakan pengamatan dan
gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu
proses intelek.
(e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko
kejayaan atau kegagalan.
(f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan
penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau displin.
Model Kurikulum Stenhouse, jika dikaji banyak bergantung kepada kemahiran
guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Ini adalah kerana Stenhouse
menitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungan
dalam kurikulum. Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada
kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang
disenaraikan dalam model kurikulum tersebut. Sehubungan ini, Stenhouse
mencadangkan bahawa guru memainkan peranan sebagai penyelidik dan mengkaji
masalah pendidikan dari semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualiti
dan kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
BINCANGKAN KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA
12. Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang
diajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran
yang diajar menerusi pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmu
pengetahuan, pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian, dan
pelbagai cara penyusunan yang lain. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum
walaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran
(Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004).
Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan
merupakan suatu wadah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Kurikulum
Kebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan
sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun
sesebuah institusi pelajaran bagi memenuhi matlamat pendidikan (Buku Laporan
Jawatankuasa Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh sebab itu,
kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan
wawasan negara.
Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.
Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-
13. sekolah menengah mulai tahun 1989. Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada
peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat
pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa
Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi
memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan
tak lapuk dek hujan.
KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta
kepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua
warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar
FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Andai semua pihak yang
bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK sudah pasti memberi
kesan yang positif. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu
menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan.
Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956)
yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-
sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar
masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956
untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan
jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga
menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan
bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan
14. untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan
sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994 halaman 100).
Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk
kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum
berbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala
kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi
dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang
dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).
Oleh yang demikian, Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan kedua-
dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalam
Kurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yang
sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan
standard pendidikan. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu
diberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan
spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu
tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau
indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk
memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran
Malaysia 2009). Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis
modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada
Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Modul
Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam
15. keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga
dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian
Pelajaran Malaysia 2009).
Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan
bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara.
Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan
pembangunan negara. Di samping itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagi
menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. Hal ini
berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan
masyarakat dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap
perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap
positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum.
Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan
penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori
pendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori
kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum
2003).
Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan
Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). ABP ialah satu
pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat
serta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberi
penekanan kepada apa yang murid perlu faham, tahu dan buat serta amalkan.
16. Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal
dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang
berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan kepada inkuri
penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu,
bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran
berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).
BINCANGKAN SECARA UMUM KURIKULUM AWAL KANAK- KANAK YANG
TERDAPAT DI MALAYSIA
Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum
yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar
sambil bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran
melalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yang
berpengetahuan, kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum.
Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak
secara menyeluruh adalah sangat penting kerana ia dapat meneruskan
kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak
yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan. Ia merangkumi
semua bidang yang kritikal dan penting untuk pembangunan kanak-kanak
termasuklah pembangunan untuk kesejahteraan fizikal dan pergerakan motor,
pembangunan sosial dan emosi yang meliputi penggunaan pelbagai pendekatan
untuk pembangunan pembelajaran dan bahasa.
17. Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun
1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yang
dilaksanakan secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu
hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGO's clan pihak
swasta. Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian
Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGO's dan
swasta mulai 1 Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri
yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya
bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta
Pendidikan 1996. Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan
pada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi
menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menterjemahkan teori
ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran, 2010).
Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang
terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan
dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program
pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh
negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula
18. mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan
pendidikan prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Akta
Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan
memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga
dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan
dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara
ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di
Malaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis panduan ini
ialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif,
komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioekonomi,
komponen perkembangan fizikal, serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM
Kampus Dato’ Razali Ismail, 2009).
Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalam
rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan
awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagi
memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat
Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-
kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak.
Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak
yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah
pegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir
19. perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan
ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008).
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada
pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-
emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA
ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi, sahsiah dan
kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan
pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia,
perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, serta aspek asuhan meliputi
keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA
Negara, 2010).
Pada masa sekarang, Kurikulum standard prasekolah kebangsaan
merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh
dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini
berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-
kanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,
pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Antara bentuk
kurikulum standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi, kerohanian,
sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika, serta lestari dan
sains teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).
Kurikulum kebangsaan adalah berasaskan kepada Kursus Asas Asuhan
Kanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA. Kurikulum PERMATA mengandungi
20. garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atau
Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4
tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi
meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-
aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan
pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik,
panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks
dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta
masyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan permainan, penerokaan, berfokus
dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintis
sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Kementerian
Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang
lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan mesyuarat
Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah
kelas prasekolah. Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal
kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada
tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang
Prasekolah BalingSik, 2009).
Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)
Pendidikan, bermula pada Januari2010, daripada 1353 yang dirancang untuk
21. beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikut
pecahan.
Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green tetapi telah
diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum PERMATA mempunyai
enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan emosi, rohani dan social;
perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan pra matematik
dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran;
perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri; dan perkembangan
daya kreativiti dan estetika.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula digubal sebagai usaha untuk
menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang
berumur 5-6 tahun. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua
pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996
(Pendidikan Prasekolah). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-
aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu
perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan
moral, sosioemosi, fizikal serta kreativiti dan estetika. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi
sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa, kemahiran
berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid menghadapi pelbagai
cabaran dalam era globalisasi dunia.
22. KESIMPULAN
Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.
Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang
penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya
selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan
yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa
kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.
Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang
tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses
pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang
bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop
yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di
prasekolah. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi
kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan
23. emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend
yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan
prasekolah di Malaysia.
BIBLIOGRAFI
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan- peraturan Terpilih. International
Law Book Services, 2001( ms 1-98 dan 129- 1440).
Akta pelajaran (1961), Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada
http://www.scribd.com/doc/18935544/Penyata-Razak
Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani
Razali (2008), Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). Diperolehi pada 28
0gos 2010 daripada http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/
downloads/2010/07/1275279590.pdf
24. Burtonwood, N. (1986). The Culture Concept in Educational Studies. Wisdor: NFER-
Nelson
Department of Education and Sciences (DES) (1990), Starting with Quality, London,
HMSO.
Farida Yunus & Hasnah Toran (2010), Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas
Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6
Tahun. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid
%202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi.pdf
Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia (1996), Diperolehi pada 3 ogos
2010 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com
Goodlad, J.I. (1966). The Development of a Conceptual System for Dealing with
Problems of Curriculum and Instruction. Los Angeles: University of Califoenia
Institute for Development and Educational Activities.
Inlow, G.M (1966). The Emergent In Curriculum. New York: Wiley
IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. 2009. Pendidikan Prasekolah Di Malaysia,
http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009_06_01_archive.html pada 28
Ogos 2010
Johnson, M. (1967). “ Definitions and Models in Curriculum Theory”. Educational
Theory, 17, hlm. 127-140.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise
25. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum . Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009)
Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum. Diperolehi
pada 28 ogos 2010 daripada http://saabd.net/pra/news.php
Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan
Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/
Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mok Soon Seng (2007), Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum). Multimedia ES
Resources Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
Neagley, R.L Dan N.D. Evans. (1967). Handbook For Effective Curicculum
Development. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
PERMATA Negara. 2010. Kurikulum Permata. Diperolehi pada 28 0gos 2010
daripada http://www.permata.jpm.my/kurikulum.asp
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saylor, J.G dan W.M. Alexander (1974). Planning Curriculum for Schools. New York:
Holt.
26. S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu
Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.
Stenhouse, L. (1975). An Introduction to Curriculum Research and Development.
London: Heinemannn.
Taba, H. (1945). “ General Techniques of Curriculum Planning” dlm. R.W. Tyler (ed.)
American Education in the Postwar Period; Fourty-fourth Year Book of the
National Society for the Study of Education, pt. 1. Chicago. University of
Chicago.
Tyler, E.B.(1949). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Chicago:
University Of Chicago.
Wheeler, D.K. (1967). Curriculum Process. London: University of London.
Zaini B. Abdullah (2002). Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan: Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Zais, R.S. (1976). Curriculum: Principles and Foundations. New York: Thomas
Crowell.