SlideShare a Scribd company logo
PEMBELAJARAN MASTERI
Pentingnya Pembelajaran Masteri
 Merupakan salah satu daripada strategi yang boleh guru gunakan untuk
mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam akademik, khasnya pencapaian
minimum dalam peperiksaan awam.
 Perlu dilaksanakan kerana:
o Untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya
rendah.
o Sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri
telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat.
Pencapaian yang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu
bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.
Konsep Pembelajaran Masteri
 Merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat
menguasai apa yang diajar.
 Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an berasaskan kepada
satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara
yang diajar sekiranya:
o ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
o pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
 Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua pelajar
dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau
tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.
 Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika guru:
o menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan;
o menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
o merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
o melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka menjadi pelajar berdikari.
 Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
sekiranya guru:
o menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar;
o menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai;
o mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk
memahami dan menghayati sesuatu perkara;
o menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah
menguasai perkara yang telah diajar; dan
o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri
 Asasnya, guru perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
o menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran;
o mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
o menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
 Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus
mendapat sekurang-kurangnya markah 80%.
 Guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan
markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada 80%.
 Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan
kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk
memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa
yang pendek.
 Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira
perkara berikut dalam p&p:
o ciri-ciri guru;
o gaya pembelajaran pelajar;
o kaedah atau aktiviti p&p;
o bahan p&p;
o nilai-nilai murni; dan
o pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p.
 Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar,
pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam
kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam
laman lain.
Ciri-ciri Guru Dalam Pembelajaran Masteri
 Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:
o menyayangi semua pelajar;
o yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu
hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti;
o mencintai mata pelajaran yang diajar;
o merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi
memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran;
o merangsang dan mendorong pelajar guru untuk belajar sehingga mereka
dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran; dan
o bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.
 Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting
ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
 Guru berperanan sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
 Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan
dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
 Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
o menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
o mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
pembelajaran masteri;
o melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
o mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar
melalui ujian diagnostik;
o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
o menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai
masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah
itu.
Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran kerana pelajar akan memperoleh
manfaat secara langsung daripada usaha guru.
Peringkat awal, masa yang panjang mungkin mengambil untuk pelajar menguasai
sesuatu perkara. Akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan
bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat
dipendekkan.
Gaya Pembelajaran Pelajar
Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri
untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding
di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif
dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi;
betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar;
memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai; dan
membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi.
Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan
sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
Jadi, guru harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat
belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
Pelajar visual:
Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat:
Huruf atau perkataan.
Benda, gambar atau gambar rajah.
Demonstrasi, tindakan atau lakonan.
Pelajar audio:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap
seperti
Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain.
Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan.
Pelajar kinestetik:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan
sesuatu seperti:
Menulis atau melukis sesuatu.
Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek.
Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus
menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan
kinestetik.
Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya
pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.
Model Sistem 4MAT
Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Bernice McCarthy, terdapat empat
jenis pelajar berikut:
o Pelajar Imaginatif
o Pelajar Analitik
o Pelajar Praktik
o Pelajar Dinamik
Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut:
Ciri
Jenis Pelajar
Imaginatif Analitik Praktik Dinamik
Matlamat
Mencari
makna dan
sebab
mempelajari
maklumat
Mencari
fakta yang
menjelaskan
konsep
Mencari
kegunaan
maklumat
Mencari sesuatu
yang baru
Cara
belajar
Menggunakan
semua deria
dan
berkongsi
idea
Berfikir
tentang idea
Menguji teori
dan menaakul
Cuba jaya dan
penemuan
secara sendiri
Suka
Berinteraksi
dengan orang
lain dan
berkongsi
idea
Pendapat
pakar dan
menganalisis
sesuatu
maklumat
Tahu
bagaimana
sesuatu
berfungsi
Mencipta atau
mengaplikasikan
maklumat itu
dan berinteraksi
dengan orang
lain
Kekuatan
Inovasi dan
idea
Membina
konsep
Mengaplikasikan
idea yang
praktikal
Tindakan dan
menyudahkan
sesuatu
Suka
menyoal
Mengapa? Apa dia? Bagaimanakah
teori atau
maklumat itu
dipraktikkan?
Apakah boleh
dicipta oleh
saya?
Ciri
Jenis Pelajar
Imaginatif Analitik Praktik Dinamik
Cara
mengajar
Gunakan
benda atau
pengalaman
maujud. Beri
peluang
untuk
perbincangan
dan
Terangkan
(guru atau
pelajar)
dan
galakkan
pelajar
membuat
analisis
Beri
latihan,
kuiz, kerja
amali,
eksperimen
untuk
pelajar
mencuba
Beri
projek,
tugasan,
atau
masalah
dan
galakkan
pelajar
pengeluaran
idea
maklumat dengan
sendiri
berkongsi
hasilnya.
Model Dunn dan Dunn
Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn
dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada
unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual
1.
Seboleh-bolehnya, guru harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan
unsur-unsur yang disukainya.
Stimulus Unsur Ciri
Alam
Sekitar
Bunyi
Suka belajar tanpa bising atau
dengan bunyi latar belakang
seperti muzik
Cahaya
Suka belajar di tempat yang
cerah atau di tempat yang
kurang cahaya
Suhu
Suka belajar di tempat yang
sejuk atau di tempat yang panas
Pola
Suka belajar di tempat formal
yang ada kerusi dan meja atau di
tempat tidak formal seperti
berbaring atau duduk di lantai
Emosi
Motivasi
Boleh merangsang diri untuk
belajar atau perlu dirangsang
oleh guru
Ketabahan
Boleh belajar dalam masa yang
panjang atau boleh belajar dalam
masa yang pendek
Tanggung-
jawab
Bertanggungjawab untuk belajar
atau perlu bimbingan oleh guru
Struktur
Suka belajar mengikut jadual
waktu atau suka belajar
sekiranya lebih masa diberi untuk
sesuatu mata pelajaran atau
perkara
Sosiologi
Sendiri Suka belajar dengan sendiri
Pasangan Suka belajar secara pasangan
Rakan
sebaya
Suka belajar dengan rakan
sebaya
Pasukan Suka belajar dalam pasukan
Guru
Suka belajar dengan guru di
sebelahnya
Pelbagai
cara
Boleh belajar dengan mana cara
tersebut di atas
Stimulus Unsur Ciri
Fizikal
Persepsi
Suka belajar dengan benda atau
pengalaman maujud atau dengan
perkara abstrak
Makan
Suka atau tidak suka makan dan
minum semasa belajar
Waktu
Suka belajar sesuatu mata
pelajaran pada waktu yang sesuai
atau pada bila-bila masa
Gerakan
Suka atau tidak suka bergerak
semasa belajar
Psikologi
Global
atau
Analitik
Pelajar global suka belajar secara
menyeluruh; pelajar analitik suka
belajar mengikut urutan dan
membuat analisis
Otak Kiri
atau
Otak
Kanan
Pelajar yang lebih memproses
maklumat di otak kiri suka belajar
bahagian-bahagian, bahasa, dan
membuat pengiraan dan analisis;
pelajar yang lebih memproses
maklumat di otak kanan suka
belajar secara keseluruhan,
membuat sintesis, melukis,
membuat gerakan dan mencipta
sesuatu
Impulsif
atau
Reflektif
Pelajar yang impulsif bertindak
secara spontan manakala pelajar
yang reflektif berfikir sebelum
bertindak
Kaedah P&P Untuk Pembelajaran Masteri
Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan.
Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah
kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p
yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
guru.
Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru
yang melalukannya:
Syarahan Huraian Pembacaan
Penerangan Demonstrasi Memberi nota
Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang
melakukannya ialah:
Soal jawab
Inkuiri
Penemuan
Kuiz
Latih tubi
Bercerita
Membuat latihan
Bacaan
Sumbangsaran
Penyelesaian
masalah
Penerangan,
penjelasan,
huraian
Kerja amali
Eksperimen
Projek
Reka cipta
Demonstrasi oleh
pelajar
Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan
kekurangan.
Pembelajaran Koperatif
Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.
Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar
belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk
(Spencer Kagan, 1990):
Giliran Ahli Kumpulan
Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya
secara giliran
Pameran Kumpulan:
Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya
Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli
kumpulan itu.
Memadan Benda
Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda
Kuiz:
 Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan
 Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan
jawapan
 Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru
Kad Hafalan
Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau
maklumat penting untuk dihafal
Guru menyoal
Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah
akan diberi
Semakan Pasangan:
Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan
Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan
bantuan pelajar yang lain.
Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat
 Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh
guru.
 Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas.
Peta Konsep Berpasukan
Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas
kertas yang besar.
Jawapan Giliran:
 Satu kumpulan diberi sebilangan soalan
 Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan
Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri
kerana:
Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.
Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.
Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut:
Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan
Pengajaran dan
Pembelajaran
Mengenal pasti "huruf". Kad imbasan huruf, carta
huruf, bongkah huruf.
Menambah sebarang dua
nombor 1-10.
Biji, batu atau abakus.
Memukul bola hoki
dengan cara betul.
Kayu hoki, bola hoki.
Menerangkan proses
penghadaman.
Carta organ penghadaman
atau video penghadaman.
Menguji kehadiran kanji
dalam daun.
Daun hijau, radas (bikar,
penunu Bunsen, tripod),
bahan kimia (iodin).
Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada:
Bahan bercetak
Alat pandang dengar
Bahan bercetak meliputi:
o Buku teks dan buku rujukan
o Dokumen kurikulum
o Majalah
o Risalah
o Akhbar
Alat pandang dengar terdiri daripada:
"Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer,
pencetak.
"Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video,
pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual
seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan.
Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.
 Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu:
o Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan.
o Boleh dibeli dalam pasaran.
o Boleh dibuat oleh guru dan pelajar.
o Bolah didapati dengan percuma.
 Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:
Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.
Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem
merekod yang baik.
Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap
Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum:
Baik hati
Hormat
Kebebasan
Kejujuran
Berdikari
Kasih sayang
Keberanian
Kerajinan
Hemah tinggi
Keadilan
Kebersihan fizikal
dan mental
 Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru
harus memastikan pelajar guru dapat tunjuk atau mengamalkan hasil
pembelajaran khusus berikut:
o Berpakaian kemas dan bersih
o Berambut kemas dan bersih
o Menjaga kebersihan badan
o Bercakap dengan sopan santun
o Tidak bercakap tentang perkara yang jahat
Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran
guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
bijak.
Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap
pelajar.
Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.
Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubung kait dengan isi
kandungan dan pelajar dapat dirangsang sepanjang waktu pelajaran.
Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan
dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.
Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang
dikehendaki.
Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar
dalam kelas itu.
Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan
ujian sumatif.
Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang
sesuai.
Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan
menggunakan kaedah yang berkesan.
Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam sesuatu pelajaran.
Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian
pelajar.
Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil
Pembelajaran
Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran
dalam beberapa mata pelajaran diberi di bawah.
Guru digalakkan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut
keadaan sebenar di sekolah.
Rumusan
Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan
kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika
diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru
untuk:
menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai;
mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar;
merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
menilai secara formatif dan sumatif; dan
menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Pembelajaran masteri menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi
dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pelajar guru dapat menguasai apa yang diajar.
Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru
akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar
akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak
lain.
Pencapaian pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru
dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
 Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar,
mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan
pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan
menyelesaikan masalah.
 Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau
kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan
dan kinestetik.
 Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam
pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan
Dunn.
 Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan
berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai
kelebihan dan kekurangan.
 Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk
pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar.
 Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi
tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan
atau kelas.
 Guru harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih
berkesan.

More Related Content

What's hot

Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Afiqah Nooh
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Nur Aliaa Mohd Ahwan
 
Masteri kumpulan 5
Masteri kumpulan 5Masteri kumpulan 5
Masteri kumpulan 5
Nadwah Khalid
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
share with me
 
Strategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah PengajaranStrategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah Pengajaran
NURFITRAH ZAINAL
 
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
eida Idahyunizah
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
Hisyam Shamsudin
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
Hazwani Idrus
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
zabidah awang
 
Macam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarMacam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya Mengajar
WahyuniMappa
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
jps1042
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
baharnizam
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
秀珍 李
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasiAiraHumaira
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Steven Abraham
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Syafiq Mansor
 
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimKaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimzaimomar
 
Strategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriStrategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositori
Muhammad Rusdil Fikri
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufiartventure ipkt
 

What's hot (20)

Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Masteri kumpulan 5
Masteri kumpulan 5Masteri kumpulan 5
Masteri kumpulan 5
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 
Strategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah PengajaranStrategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah Pengajaran
 
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
52374047 teknik-kaedah-dan-strategi-dalam-p-p-pj
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Macam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya MengajarMacam Macam Gaya Mengajar
Macam Macam Gaya Mengajar
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
 
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimKaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
 
Tunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizahTunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizah
 
Strategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriStrategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositori
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
 

Similar to Pembelajaran masteri,pnp,

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
SabreenaKamal
 
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptxMengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
mastikasinurat1
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
Eman Syukur
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010FKIP UNHALU
 
Bcb
BcbBcb
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Sinta Alpiani Praktek Mengajar.pdf
Sinta Alpiani Praktek Mengajar.pdfSinta Alpiani Praktek Mengajar.pdf
Sinta Alpiani Praktek Mengajar.pdf
ShohifWijaya2
 
Kontrak perkuliahan-sbm1
Kontrak perkuliahan-sbm1Kontrak perkuliahan-sbm1
Kontrak perkuliahan-sbm1
Yulis Permata Sari
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
Retna88
 
PEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptx
PEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptxPEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptx
PEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptx
SriPatmini2
 
Modul KB 1 Membuka Pembelajaran
Modul KB 1 Membuka PembelajaranModul KB 1 Membuka Pembelajaran
Modul KB 1 Membuka Pembelajaran
PratiwiKartikaSari
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
suryo1
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
jps1042
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
cikgufoo
 
Masteri
MasteriMasteri
Masteri
Ahmad Husairi
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
nanisaaid
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Yusri Sairi
 
Pertemuan 1
Pertemuan 1Pertemuan 1
Pertemuan 1
FKIP UHO
 

Similar to Pembelajaran masteri,pnp, (20)

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptxMengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
Mengajar dengan gaya Belajar yang aktif.pptx
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Sinta Alpiani Praktek Mengajar.pdf
Sinta Alpiani Praktek Mengajar.pdfSinta Alpiani Praktek Mengajar.pdf
Sinta Alpiani Praktek Mengajar.pdf
 
Kontrak perkuliahan-sbm1
Kontrak perkuliahan-sbm1Kontrak perkuliahan-sbm1
Kontrak perkuliahan-sbm1
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
PEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptx
PEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptxPEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptx
PEMBELAJARAN DAN ASESMEN baru1.pptx
 
Modul KB 1 Membuka Pembelajaran
Modul KB 1 Membuka PembelajaranModul KB 1 Membuka Pembelajaran
Modul KB 1 Membuka Pembelajaran
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Masteri
MasteriMasteri
Masteri
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 
Masteri
MasteriMasteri
Masteri
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Pertemuan 1
Pertemuan 1Pertemuan 1
Pertemuan 1
 

Recently uploaded

ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPALANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
Annisa Syahfitri
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
GusniartiGusniarti5
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
PikeKusumaSantoso
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
abdinahyan
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
OcitaDianAntari
 
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptxObservasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
akram124738
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
ahyani72
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
sitispd78
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
NiaTazmia2
 
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdfKisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
indraayurestuw
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 

Recently uploaded (20)

ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPALANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024Juknis penggunaan  aplikasi ecoklit pilkada 2024
Juknis penggunaan aplikasi ecoklit pilkada 2024
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
 
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptxObservasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
Observasi-Kelas-oleh-Kepala-Sekolah.pptx
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
 
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdfKisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
 

Pembelajaran masteri,pnp,

  • 1. PEMBELAJARAN MASTERI Pentingnya Pembelajaran Masteri  Merupakan salah satu daripada strategi yang boleh guru gunakan untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam akademik, khasnya pencapaian minimum dalam peperiksaan awam.  Perlu dilaksanakan kerana: o Untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah. o Sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaian yang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar. Konsep Pembelajaran Masteri  Merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar.  Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya: o ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan o pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.  Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.  Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika guru: o menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; o menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah; o merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan o melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari.  Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru: o menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar; o menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai; o mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara; o menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
  • 2. Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri  Asasnya, guru perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut: o menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran; o mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai; o menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.  Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%.  Guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada 80%.  Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.  Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p: o ciri-ciri guru; o gaya pembelajaran pelajar; o kaedah atau aktiviti p&p; o bahan p&p; o nilai-nilai murni; dan o pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p.  Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain. Ciri-ciri Guru Dalam Pembelajaran Masteri  Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus: o menyayangi semua pelajar; o yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti; o mencintai mata pelajaran yang diajar; o merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran; o merangsang dan mendorong pelajar guru untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran; dan o bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.  Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
  • 3.  Guru berperanan sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.  Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.  Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: o menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; o mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; o melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; o mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan o menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran kerana pelajar akan memperoleh manfaat secara langsung daripada usaha guru. Peringkat awal, masa yang panjang mungkin mengambil untuk pelajar menguasai sesuatu perkara. Akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan. Gaya Pembelajaran Pelajar Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai; belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi; betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar;
  • 4. memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai; dan membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Jadi, guru harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu: Pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat: Huruf atau perkataan. Benda, gambar atau gambar rajah. Demonstrasi, tindakan atau lakonan. Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan. Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti: Menulis atau melukis sesuatu. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah. Model Sistem 4MAT Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut: o Pelajar Imaginatif o Pelajar Analitik
  • 5. o Pelajar Praktik o Pelajar Dinamik Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut: Ciri Jenis Pelajar Imaginatif Analitik Praktik Dinamik Matlamat Mencari makna dan sebab mempelajari maklumat Mencari fakta yang menjelaskan konsep Mencari kegunaan maklumat Mencari sesuatu yang baru Cara belajar Menggunakan semua deria dan berkongsi idea Berfikir tentang idea Menguji teori dan menaakul Cuba jaya dan penemuan secara sendiri Suka Berinteraksi dengan orang lain dan berkongsi idea Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat Tahu bagaimana sesuatu berfungsi Mencipta atau mengaplikasikan maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain Kekuatan Inovasi dan idea Membina konsep Mengaplikasikan idea yang praktikal Tindakan dan menyudahkan sesuatu Suka menyoal Mengapa? Apa dia? Bagaimanakah teori atau maklumat itu dipraktikkan? Apakah boleh dicipta oleh saya? Ciri Jenis Pelajar Imaginatif Analitik Praktik Dinamik Cara mengajar Gunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis Beri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakkan pelajar
  • 6. pengeluaran idea maklumat dengan sendiri berkongsi hasilnya. Model Dunn dan Dunn Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Seboleh-bolehnya, guru harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya. Stimulus Unsur Ciri Alam Sekitar Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai Emosi Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek Tanggung- jawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara Sosiologi Sendiri Suka belajar dengan sendiri Pasangan Suka belajar secara pasangan Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya
  • 7. Pasukan Suka belajar dalam pasukan Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas Stimulus Unsur Ciri Fizikal Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar Waktu Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar Psikologi Global atau Analitik Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis Otak Kiri atau Otak Kanan Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu Impulsif atau Reflektif Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak
  • 8. Kaedah P&P Untuk Pembelajaran Masteri Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar guru. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya: Syarahan Huraian Pembacaan Penerangan Demonstrasi Memberi nota Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: Soal jawab Inkuiri Penemuan Kuiz Latih tubi Bercerita Membuat latihan Bacaan Sumbangsaran Penyelesaian masalah Penerangan, penjelasan, huraian Kerja amali Eksperimen Projek Reka cipta Demonstrasi oleh pelajar Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Pembelajaran Koperatif Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
  • 9. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990): Giliran Ahli Kumpulan Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran Pameran Kumpulan: Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu. Memadan Benda Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda Kuiz:  Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan  Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan  Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru Kad Hafalan Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal Guru menyoal Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi Semakan Pasangan: Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat  Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru.  Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas. Peta Konsep Berpasukan Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar. Jawapan Giliran:  Satu kumpulan diberi sebilangan soalan  Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri
  • 10. Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana: Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut: Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Mengenal pasti "huruf". Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf. Menambah sebarang dua nombor 1-10. Biji, batu atau abakus. Memukul bola hoki dengan cara betul. Kayu hoki, bola hoki. Menerangkan proses penghadaman. Carta organ penghadaman atau video penghadaman. Menguji kehadiran kanji dalam daun. Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan kimia (iodin). Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada: Bahan bercetak Alat pandang dengar Bahan bercetak meliputi: o Buku teks dan buku rujukan o Dokumen kurikulum o Majalah o Risalah o Akhbar Alat pandang dengar terdiri daripada: "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, pencetak. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.  Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu: o Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan. o Boleh dibeli dalam pasaran. o Boleh dibuat oleh guru dan pelajar. o Bolah didapati dengan percuma.  Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan: Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
  • 11. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik. Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum: Baik hati Hormat Kebebasan Kejujuran Berdikari Kasih sayang Keberanian Kerajinan Hemah tinggi Keadilan Kebersihan fizikal dan mental  Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru harus memastikan pelajar guru dapat tunjuk atau mengamalkan hasil pembelajaran khusus berikut: o Berpakaian kemas dan bersih o Berambut kemas dan bersih o Menjaga kebersihan badan o Bercakap dengan sopan santun o Tidak bercakap tentang perkara yang jahat Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut: Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubung kait dengan isi kandungan dan pelajar dapat dirangsang sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
  • 12. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar. Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran diberi di bawah. Guru digalakkan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut keadaan sebenar di sekolah. Rumusan Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk: menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai; mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai; mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar; merangsang dan mendorong mereka untuk belajar; menilai secara formatif dan sumatif; dan menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Pembelajaran masteri menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar guru dapat menguasai apa yang diajar. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain. Pencapaian pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.  Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.
  • 13.  Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.  Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn.  Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.  Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.  Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas.  Guru harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan.