SlideShare a Scribd company logo
1 of 65
EDU 3106
BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK
KUALA LUMPUR
DISEDIAKAN:
KAMARZAMAN BIN MD. SHARIF
AZHAR BIN OMAR
SITI ZALEHA BINTI OTHMAN
NORAISAH BINTI MAYAR
PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PGSR)
KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
AMBILAN NOV. 2008
CARA-CARA
MASYARAKAT MALAYSIA BERPAKAIAN
DAN
PERAYAAN SETIAP ETNIK
TAJUK
• MELAYU
• CINA
• INDIA
• KAUM-KAUM YANG LAIN:
 Kadazan
 Iban
 Orang Ulu
 Kelabit
 Bidayuh
 Sikh
 Punan/Penan
 Kenyah/Kayan
 Melanau
MASYARAKAT DI
MALAYSIA
KAUM TERBESAR
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian
tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari
tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah
kain songket Diraja yang antik.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai
pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan
manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan
dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan
kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing,
pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah
Arab diperkenalkan di negara ini.
SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA
PAKAIAN ORANG MELAYU
LELAKI PEREMPUAN
CELANA BAJU KEBAYA
BAJU MELAYU TELUK
BELANGA
BAJU KURUNG CEKAK
MUSANG
SAMPING BAJU KURUNG KEDAH
BAJU MELAYU TELUK
BELANGA
BAJU KURUNG TELUK
BELANGA
SELENDANG
KAIN SARUNG
BAJU KEBAYA
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal
baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada
perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di
hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke
Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja
oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan
sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih.
Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan
melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula
terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini disemat
dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.
Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang
besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah
kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak
berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan
kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali
sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti
baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti
baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah
kancingnya yang berbutang itu.
Baju Kebaya
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG
Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung
Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung
cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan
kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan
panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan
dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas
berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang
paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan
kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang
sekebun.
Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan
seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain
seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu,
samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.
Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar
dan bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.
BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju
kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan
Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk
Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju
Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu
Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di
Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan
banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh,
dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya
pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada
sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas
dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang
dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;
a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas
lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di
bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum
wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa
kocek.
b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar
Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain
samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan
yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk
kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila
dipakai dengan baju kurung ini.
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan
berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti
Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini
membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan
untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak
pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat
dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh
dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan
Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna
terang dengan ragamhias benang emas dan perak.
PAKAIAN ORANG CINA
Pakaian tradisi
pasangan Cina yang
diubah suai.
Lelaki memakai jubah labuh Ming moden
dari satin dan wanita memakai Baju
Shanghai yang berbelah di depan.
Pakaian cheongsam atau
‘baju panjang’ yang selesa dan
anggun juga sering dilihat
hingga ke hari ini. Lazimnya,
cheongsam mempunyai leher
yang tinggi, butang di bahagian
bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri
dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada
kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
CHEONGSAM
Samfoo membawa maksud 'baju
dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia
merupakan pakaian harian wanita
keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia
digemari oleh wanita-wanita separuh umur
dan yang bekerja di ladang, lombong atau
di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain
nipis yang tidak bercorak atau berbunga
halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina tetapi mempunyai
sedikit perbezaan dengan samfoo yang
dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri
daripada baju yang longgar dan terbelah di
depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju
Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat
daripada kain lembut seperti kain sutera.
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
PAKAIAN ORANG INDIA
Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan
bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di
kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-
Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna
terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas,
perak, labuci juga batu-batu permata.
Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti
dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari
yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja
mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju
pendek atau choli.
Sari, busana tradisional
India yang paling disukai.
Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri
daripada lembaran kain yang berukuran semeter
hingga dua meter lebar dan panjangnya pula
antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu
memakai anak baju yang ketat dan singkat.
Kemudian sati dililit dari pinggan dan
diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan
lilitan supaya tidak terurai.
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan
sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah,
biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih
menarik untuk sari yang dipakai pada musim
perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut
si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka
bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai
kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih
sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang
berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan
si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna
biasanya dipadankan dengan corak yang menarik
dan sesuai dengan si pemakai
DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk
kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat
daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat
di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat
dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran
kain putih yang panjang. Kain
tersebut dililit di bahagian pinggang
dan diikat pada celah paha dan
kemudian disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi
dengan manik-manik kecil supaya
kelihatan menarik. Ada juga dhoti
yang bewarna kuning pudar atau
kuning susu. Pakaian ini banyak
dipakai oleh golongan ceti.
Sari, busana tradisional India yang paling disukai.
Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang
menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang
dari sutera bertenun benang emas.
Pakaian Kaum Iban
Kanak-kanak perempuan Iban
berpakaian dalam pakaian
penuh (wanita) Iban semasa
upacara Gawai di Debak,
rantau Betong, Sarawak
• Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.
Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm.
Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput
turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang
berhias.
• Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong
tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun
dengan cara ikat.
•Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.
Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang
separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian
yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang
kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan
sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-
jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara
tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka
corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang
dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang
disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar
yang bewarna merah.
• Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan
wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat
ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat
dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan
atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang
separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun
dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias
dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan
jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan
binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan
kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang
ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang
menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun
dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula
dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
• Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan
sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia
dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu
sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti
pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
• Pua Kumbu
Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling
terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan
dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti
berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara
perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan
menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki
sebagai 'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan
pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu
daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias
pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai
pakaian.
Pakaian kaum Kadazan
• kaum Kadazan adalah sederhana berbanding
dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian
kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian
Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita.
Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek
yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah
blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita
pertengahan umur untuk pakaian seharian.
Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau
pakar ritual semasa sesuatu upacara.
Pakaian kaum wanita
Sinuangga’ Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh
wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang
kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang.
Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.
Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu).
Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur
merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.
Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya
butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada
satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu
dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada
masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari
bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.
Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi
kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang
dianggap kaya.
• Aksesori
• Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di
pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling
pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.
• Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga
berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan
merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan
untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang
sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian
belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di
regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan
seseorang membawa bakul di belakang.
• Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan
sanggul.
• Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak
• Gohong Gelang tembaga atau perak
• Hamai Rantai leher
• Simbong Subang
• Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas
• Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar
ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu
burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas
satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk
kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan
hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian
belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana
bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik.
Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di
hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan
kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi
tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang
bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan
kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.
• Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas
bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-
seli.
Pakaian lelaki
• Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa
sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang
emas.
• Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang
berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang
pinggang seluar moden.
• Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam
• Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat
atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa:
hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu
(kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan
atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.
• Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat
dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan
siga.
Sambutan Perayaan Di Malaysia
SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA
Hari Raya Aidil Fitri
Perayaan Gawai Dayak Pesta SongkranPerayaan Krismas
Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali
Perayaan Tadau Kaamatan
KAUM AGAMA TEMPAT IBADAT PERAYAAN
Melayu Islam •Masjid
•surau
•Hari Raya Puasa
•Hari Raya Haji
Cina Buddha •Tokong •Tahun Baru Cina
•Chap Goh Mei
•Hari Wesak
India Hindu •Kuil •Hari Deepavali
•Hari Thaipusam
PERAYAAN UTAMAPERAYAAN UTAMA
KAUM MELAYUKAUM MELAYU
Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha
Maulud Nabi
Maal Hijrah
PERAYAAN BAGI PENGANUTPERAYAAN BAGI PENGANUT
AGAMA ISLAMAGAMA ISLAM
Hari Raya PuasaHari Raya Puasa
 Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri.
 Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam.
 Perlu berpuasa selama 1 bulan
 Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadan.
Hari Raya HajiHari Raya Haji
 Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa
penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya
Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah.
 Pada bulan tersebut, penganut agama Islam di seluruh dunia
berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
 Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya
Aidiladha
HARI RAYA PUASAHARI RAYA PUASA
HARI RAYA HAJIHARI RAYA HAJI
Perayaan Utama Kaum Cina
•Tahun Baru Cina
•Chap Goh Mei
•Hari Wesak
Tahun Baru Cina
• Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini
membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari
ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan
makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan malam.
• Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun
dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat
Cina.
• Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China
adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput
semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang
sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-
binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda,
ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam
tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Chap Goh Mei
• Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari
Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut
dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-
besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga
diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh
Mei.
• Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari
pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah
dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar
buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk
mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu
malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti
perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan
mengimbang bendera besar "Chingay".
Hari Wesak
• Hari Wesak merupakan hari
terpenting bagi penganut
agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan
Kelahiran, Pencerahan
Agung, dan Kewafatan
Gautama Buddha. Hari
Wesak juga dikenali dengan
nama Visakah Puja atau
Buddha Purnima di India,
Vesak di Singapura, Visakha
Bucha di Thailand, dan
Wesak di Sri Lanka.
• Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan
mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memberikan penghormatan kepada Buddha,yang
dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti
Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan
Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan
melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan:
Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk
memperbaharui komitmen mereka kepada
ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian
ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan
daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan
duniawi.
PERAYAAN UTAMAPERAYAAN UTAMA
KAUM INDIAKAUM INDIA
Hari Deepavali
Hari Thaipusam
Hari Deepavali
• Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau
Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya
menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari
cuti umum.
• Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya
pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya,
ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul
perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama
dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang
akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat
juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti
pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi
oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
• Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah
mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang.
Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah
liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden.
• Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan
kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan
ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.
• Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan
jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan
sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini,
pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan
mendapat penghargaan.
• Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk
upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian
diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk
bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan
berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai.
Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi
Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang
enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.
Hari Thaipusam
• Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan
menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah
dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan
menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada
Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara
tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
•
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih
kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam
belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga
berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa
belanga berisi susu ini.
• Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut
dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan
menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran
tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar
nazar.
• Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan
dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini
diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak
patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan
utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa
kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.
Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang.
Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu
khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan
muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa,
pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan
diberi minum.
• Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun.
Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah
perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung
Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah
besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan
panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan
mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan
buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu
bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Perayaan Etnik di Sarawak
• Pesta Kaul Melanau
• Hari Gawai Dayak
Pesta kaul Melanau
Pesta Kaul Melanau
• Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan
perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia
bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat
laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac
atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan
berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai
kepercayaan animisme.
• Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di
sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20
kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat
dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun
yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain
gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.
• Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna
warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan
makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun
kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan
dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara
menyucikan diri
• Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan
membawa 'seraheng' iaitu bakul dari buluh.Sementara itu
'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat
dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga
permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri,
tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.
• Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-
rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan
sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah
juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang
dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan
keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai
penebang sagu yang mahir di Sarawak.
• Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan
orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya
dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.
Hari Gawai Dayak
Hari Gawai Dayak
• Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak
pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang
diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan.
Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang
sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’
ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00
malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan
harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi
1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh
beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring
persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang
sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Perayaan Etnik di Sabah
• Tadau Kaamatan
Tadau Kaamatan
• Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai
padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan
oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah
sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens,
Ketua Menteri Sabah yang pertama.
• Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani
terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan
gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke
paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan.
• Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga
pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina
badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan
segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti
memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama
dalam perayaan ini.
• Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai
atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan
minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi)
atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar
atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua
hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk
mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.
• Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil
"Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan
besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang
diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan
gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Pakaian tradisional

More Related Content

What's hot

Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalizardiismail
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriAina Amirah
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKKZhang Ewe
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)Ummu Khair
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Rathnaa Wayy
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamRais Wahab
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapNorliza Bakri
 

What's hot (20)

Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Folio along
Folio alongFolio along
Folio along
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteri
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Pakaian Tradisional Melayu
Pakaian Tradisional MelayuPakaian Tradisional Melayu
Pakaian Tradisional Melayu
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Pergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islamPergerakan puteri islam
Pergerakan puteri islam
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 

Viewers also liked

Rukun negara baju
Rukun negara bajuRukun negara baju
Rukun negara bajuaziah azmi
 
Jalur gemilang
Jalur gemilangJalur gemilang
Jalur gemilangFARIZZAN
 
Slaid pakaian
Slaid pakaianSlaid pakaian
Slaid pakaianbettytsm
 
Malaysiabus presentation
Malaysiabus presentationMalaysiabus presentation
Malaysiabus presentationYasir Shah
 
Sydney Oracle Meetup - indexes
Sydney Oracle Meetup - indexesSydney Oracle Meetup - indexes
Sydney Oracle Meetup - indexespaulguerin
 
A look into Sarawakian Youth, from a youth's perspective
A look into Sarawakian Youth, from a youth's perspectiveA look into Sarawakian Youth, from a youth's perspective
A look into Sarawakian Youth, from a youth's perspectiveTrendstracker Asia
 
Lambang lambang negara
Lambang lambang negaraLambang lambang negara
Lambang lambang negaraKesuma Wahida
 
adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanJenChing Teoh
 
(Full)epc assignment sarawak cultural village
(Full)epc assignment   sarawak cultural village(Full)epc assignment   sarawak cultural village
(Full)epc assignment sarawak cultural villageKevin Lee
 
Iban culture
Iban cultureIban culture
Iban culturejoylian
 
Jenis pakaian kaum di malaysia
Jenis pakaian kaum di malaysiaJenis pakaian kaum di malaysia
Jenis pakaian kaum di malaysiaIzan Wahab
 

Viewers also liked (20)

Abm
AbmAbm
Abm
 
Rukun negara baju
Rukun negara bajuRukun negara baju
Rukun negara baju
 
Jalur gemilang
Jalur gemilangJalur gemilang
Jalur gemilang
 
Jalur gemilang
Jalur gemilangJalur gemilang
Jalur gemilang
 
Slaid pakaian
Slaid pakaianSlaid pakaian
Slaid pakaian
 
Jalur Gemilang 2
Jalur Gemilang 2Jalur Gemilang 2
Jalur Gemilang 2
 
Rukun negara 1
Rukun negara 1Rukun negara 1
Rukun negara 1
 
Malaysiabus presentation
Malaysiabus presentationMalaysiabus presentation
Malaysiabus presentation
 
Sydney Oracle Meetup - indexes
Sydney Oracle Meetup - indexesSydney Oracle Meetup - indexes
Sydney Oracle Meetup - indexes
 
A look into Sarawakian Youth, from a youth's perspective
A look into Sarawakian Youth, from a youth's perspectiveA look into Sarawakian Youth, from a youth's perspective
A look into Sarawakian Youth, from a youth's perspective
 
Kenali sarawak
Kenali sarawakKenali sarawak
Kenali sarawak
 
Lambang lambang negara
Lambang lambang negaraLambang lambang negara
Lambang lambang negara
 
Bab 10 Sarawak
Bab 10 SarawakBab 10 Sarawak
Bab 10 Sarawak
 
adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat iban
 
Bab 11 Sabah
Bab 11 SabahBab 11 Sabah
Bab 11 Sabah
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
(Full)epc assignment sarawak cultural village
(Full)epc assignment   sarawak cultural village(Full)epc assignment   sarawak cultural village
(Full)epc assignment sarawak cultural village
 
Iban culture
Iban cultureIban culture
Iban culture
 
Sarawak
SarawakSarawak
Sarawak
 
Jenis pakaian kaum di malaysia
Jenis pakaian kaum di malaysiaJenis pakaian kaum di malaysia
Jenis pakaian kaum di malaysia
 

Similar to Pakaian tradisional

Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampangPakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampangShantipa
 
Pakaian adat melayu 2-WPS Office.pptx
Pakaian adat melayu 2-WPS Office.pptxPakaian adat melayu 2-WPS Office.pptx
Pakaian adat melayu 2-WPS Office.pptxDzakiyahrafa
 
Slide tema 4
Slide tema 4Slide tema 4
Slide tema 4AthirahM
 
Pakaian adat me-WPS Office.pptx
Pakaian adat me-WPS Office.pptxPakaian adat me-WPS Office.pptx
Pakaian adat me-WPS Office.pptxDzakiyahrafa
 
Pakaian adat melayu riau
Pakaian adat melayu riauPakaian adat melayu riau
Pakaian adat melayu riauAdra Sari
 
Pakaian Adat di Indonesia
Pakaian Adat di IndonesiaPakaian Adat di Indonesia
Pakaian Adat di IndonesiaFirdika Arini
 
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Leonardo Leo
 
Sanggul Ciwidey Jawa Barat
Sanggul Ciwidey Jawa BaratSanggul Ciwidey Jawa Barat
Sanggul Ciwidey Jawa BaratAinina Sa'id
 
Budaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampung
Budaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampungBudaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampung
Budaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampunganggiaysaa
 
Baju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna Sulawesi
Baju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna SulawesiBaju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna Sulawesi
Baju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna SulawesiAlen Pepa
 
Sosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat JawaSosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat JawaEdho1802
 
Power point idek media ips 2
Power point idek media ips 2Power point idek media ips 2
Power point idek media ips 2SiskaSeprilya
 
Tgs ppt
Tgs pptTgs ppt
Tgs pptzeea
 
Pakaian adat beserta keterangan
Pakaian adat beserta keteranganPakaian adat beserta keterangan
Pakaian adat beserta keteranganAris Setiawan
 
Suku suku di jawa
Suku suku di jawaSuku suku di jawa
Suku suku di jawaMellisaayu
 
34 pakaian adat.docx
34 pakaian adat.docx34 pakaian adat.docx
34 pakaian adat.docxdaniar13
 
Busana dan rias pengantin jogjakarta dan solo
Busana dan rias pengantin jogjakarta dan soloBusana dan rias pengantin jogjakarta dan solo
Busana dan rias pengantin jogjakarta dan soloRema Marninda Zahara
 

Similar to Pakaian tradisional (20)

Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampangPakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
 
Pakaian adat melayu 2-WPS Office.pptx
Pakaian adat melayu 2-WPS Office.pptxPakaian adat melayu 2-WPS Office.pptx
Pakaian adat melayu 2-WPS Office.pptx
 
Budaya melayu riau
Budaya melayu riauBudaya melayu riau
Budaya melayu riau
 
Slide tema 4
Slide tema 4Slide tema 4
Slide tema 4
 
Pakaian adat me-WPS Office.pptx
Pakaian adat me-WPS Office.pptxPakaian adat me-WPS Office.pptx
Pakaian adat me-WPS Office.pptx
 
Pakaian adat melayu riau
Pakaian adat melayu riauPakaian adat melayu riau
Pakaian adat melayu riau
 
Pakaian Adat di Indonesia
Pakaian Adat di IndonesiaPakaian Adat di Indonesia
Pakaian Adat di Indonesia
 
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)
 
Sanggul Ciwidey Jawa Barat
Sanggul Ciwidey Jawa BaratSanggul Ciwidey Jawa Barat
Sanggul Ciwidey Jawa Barat
 
Busana Kraton Yogyakarta
Busana Kraton YogyakartaBusana Kraton Yogyakarta
Busana Kraton Yogyakarta
 
Budaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampung
Budaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampungBudaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampung
Budaya melayu riau Pakaian adat Melayu Riau yang masih rampung
 
Baju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna Sulawesi
Baju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna SulawesiBaju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna Sulawesi
Baju Bodo, Lipa' Sa'be : Tulolonna Sulawesi
 
Sosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat JawaSosiologi Multicultural adat Jawa
Sosiologi Multicultural adat Jawa
 
Power point idek media ips 2
Power point idek media ips 2Power point idek media ips 2
Power point idek media ips 2
 
Tgs ppt
Tgs pptTgs ppt
Tgs ppt
 
Pakaian adat beserta keterangan
Pakaian adat beserta keteranganPakaian adat beserta keterangan
Pakaian adat beserta keterangan
 
Suku suku di jawa
Suku suku di jawaSuku suku di jawa
Suku suku di jawa
 
34 pakaian adat.docx
34 pakaian adat.docx34 pakaian adat.docx
34 pakaian adat.docx
 
Busana dan rias pengantin jogjakarta dan solo
Busana dan rias pengantin jogjakarta dan soloBusana dan rias pengantin jogjakarta dan solo
Busana dan rias pengantin jogjakarta dan solo
 
Tgas prakarya siap print
Tgas prakarya siap printTgas prakarya siap print
Tgas prakarya siap print
 

Recently uploaded

TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 

Recently uploaded (20)

TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 

Pakaian tradisional

  • 1. EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK KUALA LUMPUR
  • 2. DISEDIAKAN: KAMARZAMAN BIN MD. SHARIF AZHAR BIN OMAR SITI ZALEHA BINTI OTHMAN NORAISAH BINTI MAYAR PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI AMBILAN NOV. 2008
  • 4.
  • 5. • MELAYU • CINA • INDIA • KAUM-KAUM YANG LAIN:  Kadazan  Iban  Orang Ulu  Kelabit  Bidayuh  Sikh  Punan/Penan  Kenyah/Kayan  Melanau
  • 7. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket Diraja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini. SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA
  • 8. PAKAIAN ORANG MELAYU LELAKI PEREMPUAN CELANA BAJU KEBAYA BAJU MELAYU TELUK BELANGA BAJU KURUNG CEKAK MUSANG SAMPING BAJU KURUNG KEDAH BAJU MELAYU TELUK BELANGA BAJU KURUNG TELUK BELANGA SELENDANG KAIN SARUNG
  • 9. BAJU KEBAYA Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak. Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
  • 11. BAJU KURUNG CEKAK MUSANG Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun. Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama. Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.
  • 12. BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG
  • 13.
  • 14. BAJU KURUNG TELUK BELANGA Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali; a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.
  • 15.
  • 16. Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak. PAKAIAN ORANG CINA
  • 17. Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai. Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.
  • 18. Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. CHEONGSAM
  • 19. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
  • 20. PAKAIAN ORANG INDIA Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi- Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli.
  • 21. Sari, busana tradisional India yang paling disukai. Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai
  • 22. DHOTI Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
  • 23. Sari, busana tradisional India yang paling disukai. Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.
  • 24. Pakaian Kaum Iban Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian penuh (wanita) Iban semasa upacara Gawai di Debak, rantau Betong, Sarawak
  • 25. • Kain Sirat Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias. • Dandong Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
  • 26. •Bidang Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur- jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
  • 27. • Kalambi Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
  • 28. • Bedong Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi. • Pua Kumbu Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.
  • 30. • kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.
  • 31. Pakaian kaum wanita Sinuangga’ Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan. Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut. Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas. Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.
  • 32. • Aksesori • Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong. • Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang. • Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul. • Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak • Gohong Gelang tembaga atau perak • Hamai Rantai leher • Simbong Subang • Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas
  • 33. • Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki. • Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang- seli.
  • 34. Pakaian lelaki • Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas. • Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden. • Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam • Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar. • Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.
  • 35. Sambutan Perayaan Di Malaysia SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA Hari Raya Aidil Fitri Perayaan Gawai Dayak Pesta SongkranPerayaan Krismas Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali Perayaan Tadau Kaamatan
  • 36. KAUM AGAMA TEMPAT IBADAT PERAYAAN Melayu Islam •Masjid •surau •Hari Raya Puasa •Hari Raya Haji Cina Buddha •Tokong •Tahun Baru Cina •Chap Goh Mei •Hari Wesak India Hindu •Kuil •Hari Deepavali •Hari Thaipusam
  • 37. PERAYAAN UTAMAPERAYAAN UTAMA KAUM MELAYUKAUM MELAYU Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha Maulud Nabi Maal Hijrah
  • 38. PERAYAAN BAGI PENGANUTPERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAMAGAMA ISLAM Hari Raya PuasaHari Raya Puasa  Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri.  Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam.  Perlu berpuasa selama 1 bulan  Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Hari Raya HajiHari Raya Haji  Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah.  Pada bulan tersebut, penganut agama Islam di seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.  Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha
  • 39. HARI RAYA PUASAHARI RAYA PUASA
  • 40. HARI RAYA HAJIHARI RAYA HAJI
  • 41. Perayaan Utama Kaum Cina •Tahun Baru Cina •Chap Goh Mei •Hari Wesak
  • 42.
  • 43. Tahun Baru Cina • Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. • Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. • Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang- binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
  • 44. Chap Goh Mei • Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar- besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. • Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
  • 45.
  • 46. Hari Wesak • Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
  • 47. • Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • 48.
  • 49. PERAYAAN UTAMAPERAYAAN UTAMA KAUM INDIAKAUM INDIA Hari Deepavali Hari Thaipusam
  • 51. • Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum. • Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu. • Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden. • Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.
  • 52. • Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan. • Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.
  • 54. • Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. • Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. • Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
  • 55. • Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum. • Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
  • 56. Perayaan Etnik di Sarawak • Pesta Kaul Melanau • Hari Gawai Dayak
  • 58. Pesta Kaul Melanau • Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme. • Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai. • Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri
  • 59. • Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul dari buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan. • Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah- rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak. • Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.
  • 61. Hari Gawai Dayak • Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
  • 62. Perayaan Etnik di Sabah • Tadau Kaamatan
  • 63. Tadau Kaamatan • Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. • Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
  • 64. • Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. • Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. • Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.