SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1.0.

Pendahuluan

Apabila kita bercerita tentang acara olahraga, ia boleh dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu acara balapan dan padang. Pada hari ini Kejohanan Olahraga telah
bermula pada peringkat sekolah rendah lagi dan berterusan sehingga ke peringkat
universiti. Negara Malaysia juga tidak ketinggalan melahirkan atlit-atlit olahraga
hingga ke peringkat antarabangsa seperti acara balapan 110 meter lari berpagar dan
acara padang iaitu lompat tinggi. Untuk kerja kursus olahraga ini saya telah memilih
acara lompat tinggi sebagai bahan tugasan. Media elektronik, media cetak dan
pengalaman sebagai Guru Pendidikan Jasmani telah saya gunakan untuk
menghasilkan satu tugasan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan masyarakat di
luar sana.
Kebiasaannya apabila seseorang pelajar diminta untuk melompat sesuatu halangan,
kebanyakan daripada mereka melompat menggunakan penujuan dari hadapan.
Mereka jarang menggunakan penujuan dari sisi atau rusuk. Sebenarnya, dari segi
prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan. Dalam Pendidikan
Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu para pelajar
mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang prinsipprinsip asas lompatan. Penyampaian ini boleh dilakukan melalui aktiviti lompatan dan
pengajaran secara ansur maju.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi,
bagi melaksanakan satu lompatan yang baik. Ia banyak bergantung kepada diri atlit
itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :i)

Gaya Gunting (Scissors)

ii)

Gaya Eastern Cut-off

1
iii)

Gaya Guling Barat (Western Roll)

iv)

Gaya Guling Pelana (Straddle)

v)

Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah
diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

2
2.0.

Sejarah Lompat Tinggi

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun
1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan
Olimpik.

Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan

digunakan oleh para atlit.
Tidak dapat dipastikan sama ada acara lompat tinggi pernah disenaraikan dalam
Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara
lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang
pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada
abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapakah di antara
segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam
pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William
Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja
dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu
malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu.
Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan
lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan
hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah.
Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan
melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan
melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.

3
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari
semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang
turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu.

Contohnya pada suatu ketika

pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat
dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi
palang.

Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta

menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal
yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan
olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap kejohanan olahraga di pelbagai
peringkat.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan
lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah,
manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi
teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika
ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia
mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan
ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang
bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah
telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968
di Mexico.

Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju

menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan
Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum

gaya

flop

diperkenalkan

terdapat

satu gaya yang

dikenali

sebagai gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari

4
Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun
1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan
ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6
kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia
ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan
setinggi 7 kaki 0.3 inci.

5
3.0.

Lakaran Peralatan Dan Teknik Lompatan Acara Lompat Tinggi

TILAM ACARA LOMPAT TINGGI

TIANG ACARA LOMPAT TINGGI

6
ARENA LOMPATAN ACARA LOMPAT TINGGI

7
TEKNIK LOMPATAN ACARA LOMPAT TINGGI

8
4.0.

Teknik Dan Prinsip Latihan Lompat Tinggi

Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki
yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah
melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas
tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah
dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan
berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan
lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang
agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di
tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan
tahap lompatan.
Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan
agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang
telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada
paras pinggang sehinggalah paras bahu.

9
Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk
melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a)

Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b)

Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke
hadapan.

c)

Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d)

Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan
kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi
memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya
loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan
palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gayastraddle.
Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan
sekarang

adalah

berpasangan.

Satu

demonstrasi

cara

membuat

putaran

diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang
sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang
pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi
sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke arah sisi.
Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke
bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan.

10
Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas
bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di
atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.
Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas.
Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.
4.1.

Latihan-latihan persediaan

4.1.1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan
melompat pada sudut 45 darjah digunakan.

Kaki dihayunkan

kehadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan
kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang
baru mempelajari gaya ini.
4.1.2. Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai.
Sudut 45 darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah
larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan
masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan.

(Latihan

pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan
palang dan tilam digunakan untuk mendarat).
4.1.3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang
sesuatu objek yang digantungkan.

Perlakuan dalam latihan ini

hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
4.1.4. Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di
bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji
keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

11
4.1.5. Latihan Gulingan Badan
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan
direndahkan

di

bahagian

kaki

pelompat.

Keadaan

ini

akan

membolehkan pelompat membuat gulingan badan pada aras yang
lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki
yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh
dicapai melalui latihan ini.
4.2.

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa
semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka
untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas
belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan
mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan.
Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan
badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang.
Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk
menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan
pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke
belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan
dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah
dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke
belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan
tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan
kangkang sedikit.

12
Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki
dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit.

Ia bertujuan untuk

mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan
semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu
diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.
Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki
lonjakan.

Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang

berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut
dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebasbebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah
dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali
getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit
dengan layangan.
1. Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas
untuk mendapatkan daya putaran pada badan.
2. Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya
mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna. Selepas didapati
aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana
sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

13
Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.
Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari
landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras
yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan
empat atau lima langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian
palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya
dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari
landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan
dengan agak laju.

4.3.

Penegasan dan Pemerhatian

4.3.1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan
wajib diberi perhatian dan penegasan.
4.3.2. Semas sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu
memerhati dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu
perkara yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.

4.3.3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan
rakannya untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi
perhatian sekiranya ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk
memperbaiki kesalahan.

14
4.4.

Prinsip-prinsip Biomekanik Di Dalam Acara Lompat Tinggi Untuk Gaya
Fosbury Flop

BIL
1.

PERKARA
Hukum

FORMULA

PENERANGAN

F1 = F 2 1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke bumi

Newton ketiga

2. Hayunan tangan dan kaki hendaklah berhampiran
dengan badan supaya mencapai lonjakan yang
maksimum

2.

Pusat Graviti

1.

Semasa pusingan badan, pelompat mengekalkan
pusat graviti untuk mencapai stabiliti.

2.

Pelompat

menahan

pergerakan

ke

bawah

sebelum melonjak ke atas supaya pusat graviti
beralih

ke

bahagian

hadapan

melibatkan

komponen menegak.
3.

Stabiliti

1.

Badan dilentikkan ke belakang semasa lonjakan
untuk

offset

pusat

graviti

supaya

pelompat

sentiasa cuba mencari stabiliti.
2. Larian dilakukan secara perlahan ke pantas,
langkah pendek ke langkah panjang sebelum
membuat lonjakan.
4.

Geseran

1.

Kasut hendaklah jenis spike supaya menghasilkan
daya yang lebih besar dengan permukaan trek
semasa larian.

5.

Momentum

MV

Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian yang
cukup

supaya

pelompat

dapat

halaju

yang

meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan
momentum

yang

maksimum

juga

kerana

momentum = masa X halaju.
6.

Daya

1.

centrifugal dan
centripetal

Badan hendaklah melentik ke belakang semasa
melepasi palang.

2.

Semasa
manakala

melepasi
kepala

palang,
mendongak

kaki
ke

diluruskan
atas

menghasilkan lompatan yang sempurna.

15

bagi
5.0.

Ciri-Ciri Seorang Jurulatih Yang Baik

5.1. Kecerdasan sukan/ Sport intelligence
Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu,
jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat.
Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan
sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.
5.2. Dorongan / drive
Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini
ialah, tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia
berkesan. Jurulatih juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha
walaupun pelbagai rintangan dihadapi.
5.3. Penyabar
Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk
melatih atlet sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan
prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih
perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah
putus asa apabila tidak mencapai sesuatu matlamat.
5.4. Komitmen emosional
Jurulatih

perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang

masalah timbul, dapat diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan
menggalakkan respon positif daripada atlet.
5.5. Berpengetahuan
Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan,
mahupun peraturan keselamatan. Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik
dan taktik , pengetahuan berkenaan isu sukan supaya prestasi atlet dapat
meningkat.
5.6. Yakin
Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati
oleh atlet. Hal ini memudahkan jurulatih untuk member arahan .

16
6.0.

Peranan Jurulatih

6.1.

Pengatur strategi
Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang
untuk mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.

6.2.

Pengurus
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan
latihan.

6.3.

Pereka bentuk
Mereka

bentuk

program,pembentukan

objektif,menyusun

kandungan

kursus,merangka strategi,penyempaian dan merancang penilaian.
6.4.

Rakan
Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan
masa untuk meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit

6.5.

Pendidik
Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet.
Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk
melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda
atlit.

6..6. Pelatih
Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul.
Jurulatih juga berperanan meningkatkan kecergasan atlet.
6.7. Perangsang/ Motivator
Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet
menghasilkan prestasi terbaik
6.8. Penubuh tabung
Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan
tabung, contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.

17
7.0.

Kesimpulan

Seperti acara-acara padang yang lain, lompat tinggi mempunyai aturan dan undangundang khusus yang ditetapkan oleh “IAAF” yang harus dipatuhi oleh semua peserta
dan pegawai yang terlibat dalam acara ini. Sama ada acara diadakan pada
Peringakat Antarabangsa ataupun Peringakat MSSM dan juga Kejohanan Olahraga
Peringakat Sekolah. Tanpa undang-undang sesuatu acara itu tidak boleh dijadikan
sebagai acara yang dipertandingkan. Acara lompat tinggi memerlukan kawasan dan
peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara
olahraga. Merujuk kepada peralatan pula ia perlu mengikut ukuran yang telah
ditetapkan. Dalam acara lompat tinggi ada pelbagai teknik dan jenis lompatan.
Peserta boleh memilih teknik lompatan yang telah diluluskan dan ditetapkan oleh
pihak “ IAAF”. Lompatan yang salah tidak akan dikira walaupun seseorang atlit dapat
melompat pada jarak yang tinggi. Faktor keselamatan juga perlu diambil kira oleh
seorang atlit dan juga pegawai acara lompat tinggi. Risiko mendapat kecederaan
amat tinggi dalam acara ini sekiranya atlit melakukan kesilapan semasa melompat.
Sehubungan dengan itu peranan jurulatih amat penting untuk memastikan atlitnya
cukup cergas dan boleh melakukan lompatan. Latihan yang mencukupi perlu
dilakukan oleh setiap atlit acara lompat tinggi. Latihan dari segi fizikal dan mental
perlu digarapkan agar atlit boleh bertindak mengikut kemampuan mereka semasa
acara berlansung.

18

More Related Content

What's hot (20)

lompat jauh
lompat jauhlompat jauh
lompat jauh
 
Lompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanLompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulan
 
Teknik lompat kijang
Teknik lompat kijangTeknik lompat kijang
Teknik lompat kijang
 
Lari pecut 1
Lari pecut 1Lari pecut 1
Lari pecut 1
 
Lari pecut 3
Lari pecut 3Lari pecut 3
Lari pecut 3
 
Nota & soalan lompat jauh.
Nota & soalan lompat jauh.Nota & soalan lompat jauh.
Nota & soalan lompat jauh.
 
Makalah tolak peluru, mapel olahraga
Makalah tolak peluru, mapel olahragaMakalah tolak peluru, mapel olahraga
Makalah tolak peluru, mapel olahraga
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 
Lompat Tinggi (WAJ 31221)
Lompat Tinggi (WAJ 31221)                     Lompat Tinggi (WAJ 31221)
Lompat Tinggi (WAJ 31221)
 
Lompat Jauh
Lompat JauhLompat Jauh
Lompat Jauh
 
Lari berpagar
Lari berpagar Lari berpagar
Lari berpagar
 
Olahraga2
Olahraga2Olahraga2
Olahraga2
 
Force centrifugal centripetal
Force centrifugal centripetalForce centrifugal centripetal
Force centrifugal centripetal
 
Lontar peluru 2
Lontar peluru 2Lontar peluru 2
Lontar peluru 2
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
lompat tinggi
lompat tinggilompat tinggi
lompat tinggi
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauh
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Pjk rejam lembing
Pjk  rejam lembingPjk  rejam lembing
Pjk rejam lembing
 

Viewers also liked

Manueve - rawatan bantu mula bagi tercekik
Manueve - rawatan bantu mula bagi tercekikManueve - rawatan bantu mula bagi tercekik
Manueve - rawatan bantu mula bagi tercekikhiddayathul hayyat
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMmond niel
 
Spinal anatomy and biomechanics
Spinal anatomy and biomechanicsSpinal anatomy and biomechanics
Spinal anatomy and biomechanicsAmbrish Verma
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterAdada Eric
 
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan Ruzdi Sadiman
 
Biomechanics of lumbar spine
Biomechanics of lumbar spineBiomechanics of lumbar spine
Biomechanics of lumbar spineVenus Pagare
 

Viewers also liked (9)

Assignment lari pecut
Assignment lari pecutAssignment lari pecut
Assignment lari pecut
 
Acara pecut
Acara pecutAcara pecut
Acara pecut
 
Manueve - rawatan bantu mula bagi tercekik
Manueve - rawatan bantu mula bagi tercekikManueve - rawatan bantu mula bagi tercekik
Manueve - rawatan bantu mula bagi tercekik
 
Bab 8 tercekik
Bab 8 tercekikBab 8 tercekik
Bab 8 tercekik
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Spinal anatomy and biomechanics
Spinal anatomy and biomechanicsSpinal anatomy and biomechanics
Spinal anatomy and biomechanics
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
 
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan Semester 8  pjm 3182  Kecederaan Dalam Sukan
Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan
 
Biomechanics of lumbar spine
Biomechanics of lumbar spineBiomechanics of lumbar spine
Biomechanics of lumbar spine
 

Similar to Olahraga (20)

261635434-kliping-lompat-jauh.docx
261635434-kliping-lompat-jauh.docx261635434-kliping-lompat-jauh.docx
261635434-kliping-lompat-jauh.docx
 
Laporan olahraga
Laporan olahragaLaporan olahraga
Laporan olahraga
 
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauh
 
Acara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meterAcara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meter
 
Soalan spot
Soalan spotSoalan spot
Soalan spot
 
Lompat Tinggi
Lompat TinggiLompat Tinggi
Lompat Tinggi
 
lompat_tinggi.pptx
lompat_tinggi.pptxlompat_tinggi.pptx
lompat_tinggi.pptx
 
Rangkuman Lompat Jauh
Rangkuman Lompat JauhRangkuman Lompat Jauh
Rangkuman Lompat Jauh
 
Makalah Lompat jauh
Makalah Lompat jauhMakalah Lompat jauh
Makalah Lompat jauh
 
Acara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meterAcara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meter
 
PPT_ATLETIK.pptx
PPT_ATLETIK.pptxPPT_ATLETIK.pptx
PPT_ATLETIK.pptx
 
Acara pecut
Acara pecutAcara pecut
Acara pecut
 
Pjok kelas 7. bab 3. atletik
Pjok kelas 7. bab 3. atletikPjok kelas 7. bab 3. atletik
Pjok kelas 7. bab 3. atletik
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 
PTT LARI JARAK JAUH.pptx
PTT LARI JARAK JAUH.pptxPTT LARI JARAK JAUH.pptx
PTT LARI JARAK JAUH.pptx
 
Materi diskusi 1 penjaskesor
Materi diskusi 1 penjaskesorMateri diskusi 1 penjaskesor
Materi diskusi 1 penjaskesor
 
Sejarah lari
Sejarah lari Sejarah lari
Sejarah lari
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Materi pelajaran penjas
Materi pelajaran penjasMateri pelajaran penjas
Materi pelajaran penjas
 

Olahraga

  • 1. 1.0. Pendahuluan Apabila kita bercerita tentang acara olahraga, ia boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu acara balapan dan padang. Pada hari ini Kejohanan Olahraga telah bermula pada peringkat sekolah rendah lagi dan berterusan sehingga ke peringkat universiti. Negara Malaysia juga tidak ketinggalan melahirkan atlit-atlit olahraga hingga ke peringkat antarabangsa seperti acara balapan 110 meter lari berpagar dan acara padang iaitu lompat tinggi. Untuk kerja kursus olahraga ini saya telah memilih acara lompat tinggi sebagai bahan tugasan. Media elektronik, media cetak dan pengalaman sebagai Guru Pendidikan Jasmani telah saya gunakan untuk menghasilkan satu tugasan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan masyarakat di luar sana. Kebiasaannya apabila seseorang pelajar diminta untuk melompat sesuatu halangan, kebanyakan daripada mereka melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang menggunakan penujuan dari sisi atau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan. Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu para pelajar mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang prinsipprinsip asas lompatan. Penyampaian ini boleh dilakukan melalui aktiviti lompatan dan pengajaran secara ansur maju. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik. Ia banyak bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :i) Gaya Gunting (Scissors) ii) Gaya Eastern Cut-off 1
  • 2. iii) Gaya Guling Barat (Western Roll) iv) Gaya Guling Pelana (Straddle) v) Gaya Fosbury Flop Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi. 2
  • 3. 2.0. Sejarah Lompat Tinggi Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Tidak dapat dipastikan sama ada acara lompat tinggi pernah disenaraikan dalam Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh. Ada setengah pendapat mengatakan acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapakah di antara segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak. 3
  • 4. Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap kejohanan olahraga di pelbagai peringkat. Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20. Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop. Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari 4
  • 5. Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci. 5
  • 6. 3.0. Lakaran Peralatan Dan Teknik Lompatan Acara Lompat Tinggi TILAM ACARA LOMPAT TINGGI TIANG ACARA LOMPAT TINGGI 6
  • 7. ARENA LOMPATAN ACARA LOMPAT TINGGI 7
  • 8. TEKNIK LOMPATAN ACARA LOMPAT TINGGI 8
  • 9. 4.0. Teknik Dan Prinsip Latihan Lompat Tinggi Langkah 1 : Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan. Langkah 2 : Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan. Langkah 3 : Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang. Langkah 4 : Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan. Langkah 5 : Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu. 9
  • 10. Langkah 6 : Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang. b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan. c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan. d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas. Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan. Langkah 7 : Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gayastraddle. Langkah 8 : Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan. 10
  • 11. Langkah 9 : Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah. Langkah 10 : Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan. 4.1. Latihan-latihan persediaan 4.1.1. Latihan Garisan Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini. 4.1.2. Latihan Pergerakan Kaki Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat). 4.1.3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya. 4.1.4. Latihan Melonjak Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga. 11
  • 12. 4.1.5. Latihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini. 4.2. Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop Langkah 1 : Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya. Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit. 12
  • 13. Langkah 2 : Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan. Langkah 3 : Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebasbebasnya ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar. Langkah 4 : Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan. 1. Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya putaran pada badan. 2. Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna. Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini. 13
  • 14. Langkah 5 : Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju. 4.3. Penegasan dan Pemerhatian 4.3.1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi perhatian dan penegasan. 4.3.2. Semas sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan. 4.3.3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan. 14
  • 15. 4.4. Prinsip-prinsip Biomekanik Di Dalam Acara Lompat Tinggi Untuk Gaya Fosbury Flop BIL 1. PERKARA Hukum FORMULA PENERANGAN F1 = F 2 1. Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke bumi Newton ketiga 2. Hayunan tangan dan kaki hendaklah berhampiran dengan badan supaya mencapai lonjakan yang maksimum 2. Pusat Graviti 1. Semasa pusingan badan, pelompat mengekalkan pusat graviti untuk mencapai stabiliti. 2. Pelompat menahan pergerakan ke bawah sebelum melonjak ke atas supaya pusat graviti beralih ke bahagian hadapan melibatkan komponen menegak. 3. Stabiliti 1. Badan dilentikkan ke belakang semasa lonjakan untuk offset pusat graviti supaya pelompat sentiasa cuba mencari stabiliti. 2. Larian dilakukan secara perlahan ke pantas, langkah pendek ke langkah panjang sebelum membuat lonjakan. 4. Geseran 1. Kasut hendaklah jenis spike supaya menghasilkan daya yang lebih besar dengan permukaan trek semasa larian. 5. Momentum MV Pelompat hendaklah mempunyai jarak larian yang cukup supaya pelompat dapat halaju yang meksimum bagi jarak itu untuk menghasilkan momentum yang maksimum juga kerana momentum = masa X halaju. 6. Daya 1. centrifugal dan centripetal Badan hendaklah melentik ke belakang semasa melepasi palang. 2. Semasa manakala melepasi kepala palang, mendongak kaki ke diluruskan atas menghasilkan lompatan yang sempurna. 15 bagi
  • 16. 5.0. Ciri-Ciri Seorang Jurulatih Yang Baik 5.1. Kecerdasan sukan/ Sport intelligence Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan. 5.2. Dorongan / drive Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah, tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan dihadapi. 5.3. Penyabar Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila tidak mencapai sesuatu matlamat. 5.4. Komitmen emosional Jurulatih perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah timbul, dapat diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan respon positif daripada atlet. 5.5. Berpengetahuan Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun peraturan keselamatan. Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik , pengetahuan berkenaan isu sukan supaya prestasi atlet dapat meningkat. 5.6. Yakin Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. Hal ini memudahkan jurulatih untuk member arahan . 16
  • 17. 6.0. Peranan Jurulatih 6.1. Pengatur strategi Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi. 6.2. Pengurus Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan. 6.3. Pereka bentuk Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka strategi,penyempaian dan merancang penilaian. 6.4. Rakan Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit 6.5. Pendidik Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit. 6..6. Pelatih Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga berperanan meningkatkan kecergasan atlet. 6.7. Perangsang/ Motivator Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan prestasi terbaik 6.8. Penubuh tabung Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung, contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana. 17
  • 18. 7.0. Kesimpulan Seperti acara-acara padang yang lain, lompat tinggi mempunyai aturan dan undangundang khusus yang ditetapkan oleh “IAAF” yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini. Sama ada acara diadakan pada Peringakat Antarabangsa ataupun Peringakat MSSM dan juga Kejohanan Olahraga Peringakat Sekolah. Tanpa undang-undang sesuatu acara itu tidak boleh dijadikan sebagai acara yang dipertandingkan. Acara lompat tinggi memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Merujuk kepada peralatan pula ia perlu mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Dalam acara lompat tinggi ada pelbagai teknik dan jenis lompatan. Peserta boleh memilih teknik lompatan yang telah diluluskan dan ditetapkan oleh pihak “ IAAF”. Lompatan yang salah tidak akan dikira walaupun seseorang atlit dapat melompat pada jarak yang tinggi. Faktor keselamatan juga perlu diambil kira oleh seorang atlit dan juga pegawai acara lompat tinggi. Risiko mendapat kecederaan amat tinggi dalam acara ini sekiranya atlit melakukan kesilapan semasa melompat. Sehubungan dengan itu peranan jurulatih amat penting untuk memastikan atlitnya cukup cergas dan boleh melakukan lompatan. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan oleh setiap atlit acara lompat tinggi. Latihan dari segi fizikal dan mental perlu digarapkan agar atlit boleh bertindak mengikut kemampuan mereka semasa acara berlansung. 18