SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Pertama: 26 November 2011

Waktu& Tempat: 8pagi – 12 tengah hari (tepi gymnasium)

       Pada 26 November 2011, kelas pertama bagi krusus olahraga telah diadakan. Aktiviti
yang telah dijalankan adalah mesyuarat induk atau mesyuarat untuk memilih Ahli Jawatan
Kuasa dalam kumpulan masing-masing.Bagi kumpulan D;

Pengerusi:

    o Mohd Amirul Anuar Bin Mohd Tarmizi (E20111001815)

Naib Pengerusi:

    o Camelia Binti Syofian (E20111001866)

Bendahari:

    o Muhammad Amirul Amsyar Bin Ab Razak (E20111002603)

Penolong Bendahari:

    o Erica Chung Fui Ying (E20111002605)

Ahli Jawatan Kuasa Kecil:

    o Priscilla anak Nari (E20111002676)
    o Nurasma Binti Asaat (E20111002645)
    o Mohd Akhimullah Bin Mohd Razi (E20111001803)




       Selepas selesai pemilihan Ahli Jawatan Kuasa, En.Rushdan selaku pensyarah krusus
olahraga telah memberi penjelasan tentang krusus olahraga yang kami ambil ini.Kelas yang
sepatutnya dari pukul 8 pagi hingga ke 10 pagi telah dianjak dari pukul 8 pagi ke 12 tengah
hari.Hal ini supaya tidak berlaku nya kekurangan tenaga instruktur (yang terdiri daripada
pelajar degree) apabila tiba musim cuti penggal mereka nanti.Lebih-lebih lagi, hanya
En.Rushdan sahaja yang mengambil setiap kelas dari kumpulan A, B, C, D dan E.


                                                                                          1
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Kedua: 3 Desember 2011

Waktu& Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI)

        Pada 3 Desember 2011 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, kelas olahraga yang kedua
telah dijalankan.Seperti kelas pada minggu yang pertama, kami menunggu tenaga pengajar di
tepi gymnasium. Setiap kumpulan telah diberi acara yang akan dijalankan. Bagi kumpulan
kami iaitu kumpulan D, kami mempelajari dan juga mempraktikkan tentang Lompat
Jauh.Sebelum acara olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskan
badan terlebih dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara Lompat
Jauh.Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan,
teknik lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan asas yang
perlu ada dalam acara Lompat Jauh ini.

Lompat Jauh

        Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua. Pada
asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat (standing long
jump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat jauh sambil berlari
telah dipertandingkan.Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu
mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.

   i.   Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan
        lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi mendarat.
 ii.    Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan
        terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan
        papan lonjakan.
 iii.   Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu tidak
        akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut.

               Kaki                                           Kaki
                                  Pasir                                          Pasir



             Lompatan sah dari papan lonjak.
                                                        Lompatan batal kerana tersnetuh pasir.


                                                                                             2
Laporan Mingguan Olahraga




                      PAPAN LONJAK
                                                      PLASTISIN

                                                               30 darjah


           10 cm
                                                       15 cm

                             12 cm


                                     Papan Lonjakan

Tiga gaya lompatan Lompat Jauh.

  i.   Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam
       acara ini.
 ii.   Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
iii.   Gaya tending kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa.

  i.   Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari
       dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki
       segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama
       dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke
       papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk
       pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.
 ii.   Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya mencapai
       kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan
       sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan
       dengan mengangkat dada ke atas.
iii.   Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk
       meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke belakang.
       Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

                                                                                          3
Laporan Mingguan Olahraga




 iv.    Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan
        kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
        belakang dan kemudian ke hadapan.




Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.

   i.   Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua
        langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja,
        supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk
        melompat dari papan lonjak.
 ii.    Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki,
        pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan
        paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara
        berada dalam keadaan selari dengan bahu.
 iii.   Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan
        sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan
        untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.



                                                                                               4
Laporan Mingguan Olahraga




 iv.   Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan
       dibawa ke atas kepala.
 v.    Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan
       dihayun kebelakang semasa mendarat.

Ansur Maju.

       Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada kaitan.
Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet
itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat
papan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan
mendarat.Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau
selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan.
Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.




Pengalaman saya.

       Bagi   saya,   acara     olahraga   adalah   menyeronokkan.Lebih-lebih    lagi,   saya
sememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya mempratikkan
sahaja sukan lompat jauh ini di sekolah menengah semasa sukan tahunan tanpa mengetahui
sejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa lompat jauh. Dengan
krusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan saya tentang lompat jauh,
malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh dengan betul.


                                                                                           5
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Ketiga: 10 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI)

       Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti;
berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing.
Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahraga
iaitu Lompat Tinggi.Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami membuat
senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan semasa
melakukan acara.Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dan
sebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dari
instruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gaya
Fosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi.

Lompat Tinggi

       Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua
tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya
Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-
peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali
berturut-turut.

       Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada
momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan dan
lonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan
lompat galah.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi.

  i.   Gaya Gunting (Scissors) – Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak
       dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat
       berada dalam keadaaan duduk berlunjur.
 ii.   Gaya Timur – Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah.
       Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan
       pelompat melepasi palang secara mengiring.



                                                                                         6
Laporan Mingguan Olahraga




iii.   Gaya guling barat – penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.
       Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan
       berada dalam keadaaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari dengan palang
       untuk membuat pelepasan.
 iv.   Gaya pelana –gaya ini hamper sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke
       palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke
       bawah dan keadaaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
 v.    Gaya Fosbury Flop –gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah
       gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
       membelakangkan palang.

Lompat Tinggi dibahagi kepada beberapa fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.




                              Gaya Lompatan Fosbury Flop



  i.   Fasa penujuan – biasanya pelompat mengambil 7 hingga 9 langkah larian di mana 3
       langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
       menyediakan pelompat melepasi palang dengan belakangnya dahulu.
 ii.   Fasa lonjakan – ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat
       mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila
       memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang.
iii.   Fasa layangan – semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memandang palang)
       sambil melentikan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua
       belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu
       bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat
       melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas.
       Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
       Persediaaan untuk pendaratan.


                                                                                          7
Laporan Mingguan Olahraga




 iv.   Fasa pendaratan – serentak dengan mengangkat kakinya keatas, pelompat menarik
       kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua tangan diangkat ke atas dan pelompat
       mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat)

Peraturan asas acara Lompat Tinggi.

       Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.Peserta boleh mula melompat di
mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika
peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat
lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yang
gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di aras
mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhak
meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat
meneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari
aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.




Pengalaman saya.

       Lompat tinggi adalah antara acara olahraga yang paling saya minati dari zaman
sekolah menengah lagi. Pada minggu ini juga, secara tidak sengaja saya telah dijadikan ‘role
model’ untuk semua kawan-kawan di dalam kumpulan D dengan menunjukan gaya lompatan
Fosbury Flop.


                                                                                            8
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Keempat: 17 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI)

        Pada minggu ini, persamaan dengan minggu ke – 4, acara olahraga yang akan kami
pelajari dan praktikan adalah Larian pecut.Seperti lazimnya, sebelum melakukan acara larian
pecut kami membuat senaman untuk memanaskan badan agar tidak berlakunya kecederaan
semasa acara larian pecut dilakukan.

Larian pecut

        Larian pecut merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian sepantas
mungkin.Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

   i.   Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
 ii.    Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
        tersebut.
 iii.   Tangan digerakkan dengan pantas.
 iv.    Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)

        Bagi seorng atlik, teknik dan gaya larian merupakan factor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angina permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.Berlari mungkin aktiviti yang sihat dan
menyeronokkan.Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian.

        Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan
kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan
berjadualakan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia
ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu
faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari
haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau
badan semasa berlari.Bagi faktor jarak langkah pla ianya bergantung kepada panjang

                                                                                                9
Laporan Mingguan Olahraga




kaki,kekuatan dan mobility semasa bergerak.Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5
meter hingga 2 meter.Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan
kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.




Fasa-fasa dan Teknik-teknik larian.

   i.   Fasa permulaan – terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya
        panjang
 ii.    Fasa larian
 iii.   Fasa pecutan – selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, pelari mengambil
        tempatnya di blok permulaan.
 iv.    Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan – fasa pecutan berlaku di antara
        jarak 30 meter dan 60 meter, pecutan berlaku pada awal larian, 95% daripada kelajuan
        maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter, apabila atlet mencapai kelajuan
        maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
  v.    Fasa larian di selekoh



                                                                                          10
Laporan Mingguan Olahraga




 vi.   Fasa penamat – faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah
       untuk berlari 10 meter lebih jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus
       pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan
       larian ialah untuk menonjolkan terso ke hadapan.

Pengalaman saya.

       Pada minggu ini saya telah mendapati banyak maklumat tentang tahap kelajuan bagi
seseorang atlit larian pecut. Pada mulanya, saya tidak mengetahui akan faktor-faktor atlit
larian pecut dapat berlari dengan begitu pantas sekali. Dengan adanya krusus ini, ia telah
memberi saya serba sedikit akan maklumat tentang acara larian ini. Disamping itu, saya juga
telah mempraktikkan teknik-teknik lari pecut dengan mengunakan teknik yang betul.




                                       Larian Pecut




                                                                                          11
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Kelima: 24 Desember 2011

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI)

        Pada minggu ke – 5, acara olahraga yang kami jalani adalah lontar peluru.Acara ini
adalah amali yang terakhir kami jalani dan pelajari, sebelum acara merentas desa diadakan.
Oleh kerana acara lontar peluru ini agak susah bagi kami kerana ianya jarang-jarang diminati
oleh pelajar. Hal ini kerana terpaksa melontar peluru yang tersangat berat.Sebelum
mempratikalkan dan markah amali diambil, instuktur kumpulan D telah menjelasakan teknik-
teknik memegang dan melontar peluru yang betul.

Lontar peluru

        Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika
dibandingkan dengan cara balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai
oleh atlit yang bertubuh besar dan tegap serta kekuatan otot.Teknik lontaran merupakan
faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap
atlit yang bertubuh besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi
dalam kejohanan. Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti
dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran
dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh:

   i.   Halaju Pelepasan
 ii.    Sudut ketika membuat lontaran
 iii.   Ketinggian peluru ketika melontar

        Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasan
ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan
yang baik.

Teknik atau gaya melontar peluru:

   i.   Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)
 ii.    Gaya melungsur selangkah
 iii.   Gaya Parry O’Brien

                                                                                          12
Laporan Mingguan Olahraga




Gaya lontar peluru Parry O’Brien.

       Gaya Parry O’Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Brien
sendir. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada
tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah
berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18
meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah membuktikan kepada
semua ahli sukan tentang pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.




Aspek penting dalam Lontar peluru.

  i.   Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul
       sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
 ii.   Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi – iaitu lakukan
       seberapa rendah yang boleh.



                                                                                          13
Laporan Mingguan Olahraga




 iii.   Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu
        dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu
        pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Pengalaman saya.

        Pada pendapat saya acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika
seseorang itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan,
lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas
melontar peluru seperti acara-acara alohraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para
pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan
kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.




                               Teknik acara melontar peluru




                                                                                          14
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Keenam: 7 Januari 2012

Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di tepi gimnasium)

       Pada kelas krusus olahraga yang ke – 6, acara padang telah selesai kami laksanakan.
Encik Rushdan telah memaklumkan kepada kami mengenai satu aktiviti lagi yang perlu kami
laksanakan iaitu kejohanan merentas desa, iaitu aktiviti yang terakhir. Setiap kumpulan perlu
berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan pada hari kejohanan tersebut. Kami
berkumpul bersama instruktur masing-masing. Instruktur kami memberitahu markah yang
diperolehi setiap individu dalam ujian kemahiran yang telah kami jalankan. Perjumpaan pada
minggu tersebut telah berakhir lebih kurang dalam pukul 11 pagi.




                                                                                           15
Laporan Mingguan Olahraga




Minggu Ketujuh: 11 Februari 2012

                               Laporan Olahraga acara Merentas Desa

Tarikh           : 11 Februari 2011

Hari             : Sabtu

Tempat           : Gimnasium UPSI

Masa             : 8 pagi – 1.00 petang

Ahli Jawatankuasa Induk;

Pengarah                   : Muhammad Hanif bin Yahya

Pen. Pengarah              : Federick Juggo anak Jugie

Setiausaha                 : Nuradibah binti Jaafar

Pen. Setiausaha            : suraya binti Ashari

Bendahari (L)              : Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim

Bendahari (P)              : Norasma’ Ameena binti Mohd Hamzah

Aktiviti:

   - Setelah sampai di padang futsal iaitu tepi gimnasium, kami diminat untuk berkumpul.
         Aktiviti pertama yang kamu lakukan pada pagi tersubut adalah senaman aerobik
         sebagai senaman untuk memanaskan badan untuk persiapan merentas desa.
   - Kemudian, kami diberi sedikit penerangan tentang trek perjalanan untuk merentas
         desa.
   - Pelajar lelaki memulakan larian terlebih dahulu, manakala pelajar perempuan perlu
         menunggu giliran mereka di gelanggang futsal, sehingga pelajar lelaki tamat
         melakukan larian.
   - Setelah semua pelajar lelaki sampai garisan penamat, nama pemenang-pemenang
         diambil. Kumudian, giliran pelajar perempuan pula untuk memulakan dan menutup
         larian merentas desa pada hari tersebut.


                                                                                             16
Laporan Mingguan Olahraga




   - Setelah semua pelajar perempuan sampai di garisan penamat, nama pemenang
      diambil. Kemudian, kami berehat seketika sementara menunggu majlis penyampaian
      hadiah untuk para pemenang.
   - Sebelum majlis penyampaian hadiah dilangsungkan, pensyarah krusus olahraga kami
      telah memberikan seedikit ucapan dan seterusnya, secara rasminya, beliau
      menamatkan kursus Olahraga bagi semester ini.
   - Majlis penyampaian pingat dan sijil pun dijalankan. Sepuluh peserta yang tiba awal di
      garisan penamat semasa merentas desa telah dijemput ke hadapan untuk menerima
      pingat dan sijil.

Nama-nama pemenang bagi kategori lelaki adalah:

   1. Mohammad Syahril bin Taib
   2. Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim
   3. Ichsan Azhari bin Mohd Aras
   4. Mohamad Zulfikri bin Mat Jusoh
   5. Muhammad Faiz bin Azeeim
   6. Muhammad Hafiz bin Shahidan
   7. Muhammad ‘Alim bin Zainaldin
   8. Ahmad Zamzuri bin Muhammad
   9. Muhammad Fiqry bin Zolkofili
   10. Syed Ahmad Wajeeh bin Syed Shiekh

Nama-nama pemenang bagi kategori perempuan adalah:

   1. Nik Nurhasni binti Awang
   2. Nur Abilah Anis binti Mohd. Nasir
   3. Nur Aliah Amira binti Affandi
   4. Noor Syaheerah Syazwani binti Surya
   5. Najwa Syarina binti Mohd. Nasir
   6. Siti Nor Farahieda binti Mohd Asri
   7. Priscilla anak Nari
   8. Ivy Esther See
   9. Noraine binti Abgar
   10. Wan Nurhamizah binti Abdul Rahman

                                                                                        17
Laporan Mingguan Olahraga




Ini adalah peta laluan merentas desa.




                                                               18
Laporan Mingguan Olahraga




                                       RUMUSAN

       Kursus ini telah memberi banyak ilmu atau pengetahuan tentang acara padang.Saya
dapat mengetahui teknik-teknik yang betul semasa menjalankan acara padang seperti lompat
jauh,lompat tinggi,larian pecut dan lontar peluru.Saya percaya segala ilmu yang saya
perolehi,pasti saya dapat manfaatkan pada masa hadapan.Bukan itu sahaja,saya juga gembira
kerana saya bukan sahaja dapat pelajari teknik-teknik yang betul secara teori,malahan saya
juga mendapat peluang untuk melakukan aktiviti olahraga secara praktikal.

       Selain itu,kursus ini juga dapat membantu mahasiswa atau mahasiswi membuka
minda mereka bahawa mereka tidak perlu belajar hanya di dalam bilik kuliah sahaja. Malah
mereka juga perlu melakukan aktiviti yang berada di luar bilik kuliah seperti olahraga juga
bagi memastikan mereka mempunyai tubuh dan minda yang sihat.

       Kesimpulannya,pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini patut berasa bertuah kerana
mereka bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baru,bahkan tubuh badan mereka juga menjadi
lebih sihat dengan bimbingan pensyarah dan jurulatih yang tidak jemu dalam berkongsi ilmu
dalam olahraga.




                                                                                         19
Laporan Mingguan Olahraga




                                      BIBLIOGRAFI

Astrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill: New
York.

Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological Testing of
the High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL.

Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall: Upper
Saddle River.

Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. Human
Kinetics: Canada.

Jack H. Wilmore  David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. Human
Kinetics: United States of America.

Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.. Human
Kinetics: United States of America.

Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application to
Fitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of America.




                                                                                           20

More Related Content

What's hot

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1Atikah Azmidi
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
Lembaran kerja Topik Bentuk 3D
Lembaran kerja Topik Bentuk 3DLembaran kerja Topik Bentuk 3D
Lembaran kerja Topik Bentuk 3DEva Wey
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 
Rancangan aktiviti kelab bola jaring SK Kota
Rancangan aktiviti kelab bola jaring SK KotaRancangan aktiviti kelab bola jaring SK Kota
Rancangan aktiviti kelab bola jaring SK KotaAzalea
 
soalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docx
soalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docxsoalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docx
soalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docxNOORASHARITAFATIMAHB
 
Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5soulmoon
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Jebat Melayu
 
DIVIDER FAIL PPDa.pptx
DIVIDER FAIL PPDa.pptxDIVIDER FAIL PPDa.pptx
DIVIDER FAIL PPDa.pptxMOHDHAZWAN34
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapancikgujamil
 
Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas )
Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas ) Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas )
Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas ) KPM
 
Minggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kataMinggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kataasyoe24 jaf
 
QR CODE RPT PSV.pdf
QR CODE RPT PSV.pdfQR CODE RPT PSV.pdf
QR CODE RPT PSV.pdfKakakAlong
 
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfFail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfKeehockng
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1norihaharino
 
Latihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarLatihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarNor Haduri
 
Perancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringPerancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringNurul Huda Rahman
 

What's hot (20)

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PJ&PK TAHUN 1
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Lembaran kerja Topik Bentuk 3D
Lembaran kerja Topik Bentuk 3DLembaran kerja Topik Bentuk 3D
Lembaran kerja Topik Bentuk 3D
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
 
Rancangan aktiviti kelab bola jaring SK Kota
Rancangan aktiviti kelab bola jaring SK KotaRancangan aktiviti kelab bola jaring SK Kota
Rancangan aktiviti kelab bola jaring SK Kota
 
soalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docx
soalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docxsoalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docx
soalan sejarah thun 5 pertengahan tahun 2022.docx
 
Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
DIVIDER FAIL PPDa.pptx
DIVIDER FAIL PPDa.pptxDIVIDER FAIL PPDa.pptx
DIVIDER FAIL PPDa.pptx
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas )
Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas ) Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas )
Kertas Peperiksaan matematik Tahun 2 ( Pendidikan Khas )
 
Minggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kataMinggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kata
 
Kertas kerja pertandingan catur
Kertas kerja pertandingan caturKertas kerja pertandingan catur
Kertas kerja pertandingan catur
 
QR CODE RPT PSV.pdf
QR CODE RPT PSV.pdfQR CODE RPT PSV.pdf
QR CODE RPT PSV.pdf
 
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdfFail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
Fail Rekod PdPC 2023_2024 PDF.pdf
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
Latihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarLatihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambar
 
Perancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringPerancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaring
 

Viewers also liked

Olahraga sekolah rendah
Olahraga sekolah rendahOlahraga sekolah rendah
Olahraga sekolah rendahSun Lam
 
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)oneeazua
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunanafiz123
 
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Stephanie Unsil
 
Papan tulis
Papan tulisPapan tulis
Papan tulisEzt Eran
 
Laporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun sk jerangau
Laporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun  sk jerangauLaporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun  sk jerangau
Laporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun sk jerangauZarif Althariq
 
Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014Lanz Zailan
 
Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)
Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)
Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)Zuzan Michael Japang
 
Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)
Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)
Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)Adhy Anpilie
 
Folio olahraga
Folio olahragaFolio olahraga
Folio olahragaAdlun Anda
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanjinnyyong
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuhadib90
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pengurusan sukan
Pengurusan sukanPengurusan sukan
Pengurusan sukanKoko Krunch
 
Panduan pengajaran pend jasmani thn 2
Panduan pengajaran pend jasmani thn 2Panduan pengajaran pend jasmani thn 2
Panduan pengajaran pend jasmani thn 2Sun Lam
 

Viewers also liked (20)

Olahraga sekolah rendah
Olahraga sekolah rendahOlahraga sekolah rendah
Olahraga sekolah rendah
 
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunan
 
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
Laporan Hari Sukan Negara SK Skarok | Oktober 2016
 
Papan tulis
Papan tulisPapan tulis
Papan tulis
 
Laporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun sk jerangau
Laporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun  sk jerangauLaporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun  sk jerangau
Laporan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun sk jerangau
 
Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014
 
Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)
Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)
Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)
 
Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)
Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)
Menulis Laporan Ilmiah Sederhana (Bab V)
 
Folio olahraga
Folio olahragaFolio olahraga
Folio olahraga
 
Laporan kem sukan sekolah
Laporan kem sukan  sekolahLaporan kem sukan  sekolah
Laporan kem sukan sekolah
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunan
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh
 
Waj3112 folio olahraga myra
Waj3112 folio olahraga myraWaj3112 folio olahraga myra
Waj3112 folio olahraga myra
 
Papantulis2
Papantulis2Papantulis2
Papantulis2
 
3 pengurusan-sukan-tingkatan-4
3 pengurusan-sukan-tingkatan-43 pengurusan-sukan-tingkatan-4
3 pengurusan-sukan-tingkatan-4
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pengurusan sukan
Pengurusan sukanPengurusan sukan
Pengurusan sukan
 
Panduan pengajaran pend jasmani thn 2
Panduan pengajaran pend jasmani thn 2Panduan pengajaran pend jasmani thn 2
Panduan pengajaran pend jasmani thn 2
 

Similar to Laporan olahraga

PPT_ATLETIK.pptx
PPT_ATLETIK.pptxPPT_ATLETIK.pptx
PPT_ATLETIK.pptxNEPERNIARTI
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauhWarnet Raha
 
PTT LARI JARAK JAUH.pptx
PTT LARI JARAK JAUH.pptxPTT LARI JARAK JAUH.pptx
PTT LARI JARAK JAUH.pptxmhaddoamr
 
261635434-kliping-lompat-jauh.docx
261635434-kliping-lompat-jauh.docx261635434-kliping-lompat-jauh.docx
261635434-kliping-lompat-jauh.docxObenRegar
 
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )Stephanie Unsil
 
Lompat-jauh 3
 Lompat-jauh 3 Lompat-jauh 3
Lompat-jauh 3Ahmad_5389
 
Kelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik std
Kelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik stdKelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik std
Kelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik stdrullyyanuari
 
Atletik (lari dan jalan) lina
Atletik (lari dan jalan) linaAtletik (lari dan jalan) lina
Atletik (lari dan jalan) linaSTAIN CURUP
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newG-Jie Bax
 

Similar to Laporan olahraga (20)

Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
 
PPT_ATLETIK.pptx
PPT_ATLETIK.pptxPPT_ATLETIK.pptx
PPT_ATLETIK.pptx
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauh
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauh
 
PTT LARI JARAK JAUH.pptx
PTT LARI JARAK JAUH.pptxPTT LARI JARAK JAUH.pptx
PTT LARI JARAK JAUH.pptx
 
261635434-kliping-lompat-jauh.docx
261635434-kliping-lompat-jauh.docx261635434-kliping-lompat-jauh.docx
261635434-kliping-lompat-jauh.docx
 
Olahraga
OlahragaOlahraga
Olahraga
 
Soalan spot
Soalan spotSoalan spot
Soalan spot
 
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Lompat-jauh 3
 Lompat-jauh 3 Lompat-jauh 3
Lompat-jauh 3
 
Nota & soalan lompat jauh.
Nota & soalan lompat jauh.Nota & soalan lompat jauh.
Nota & soalan lompat jauh.
 
Kelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik std
Kelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik stdKelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik std
Kelas xi pelajaran 3 aktivitas atletik std
 
MATERI PJOK ATLETIK.pptx
MATERI PJOK  ATLETIK.pptxMATERI PJOK  ATLETIK.pptx
MATERI PJOK ATLETIK.pptx
 
Atletik
AtletikAtletik
Atletik
 
Rangkuman Lompat Jauh
Rangkuman Lompat JauhRangkuman Lompat Jauh
Rangkuman Lompat Jauh
 
Makalah Lompat Tinggi
Makalah Lompat TinggiMakalah Lompat Tinggi
Makalah Lompat Tinggi
 
Atletik (lari dan jalan) lina
Atletik (lari dan jalan) linaAtletik (lari dan jalan) lina
Atletik (lari dan jalan) lina
 
Acara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meterAcara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meter
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
 

More from USM

An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...
An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...
An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...USM
 
Rainforest & Climata Change
Rainforest & Climata ChangeRainforest & Climata Change
Rainforest & Climata ChangeUSM
 
MOKO DISEASE FACT SHEET
MOKO DISEASE FACT SHEETMOKO DISEASE FACT SHEET
MOKO DISEASE FACT SHEETUSM
 
Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)
Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)
Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)USM
 
MIND MAPPING
MIND MAPPING MIND MAPPING
MIND MAPPING USM
 
Infographic of basic Biomolecules
Infographic of basic Biomolecules Infographic of basic Biomolecules
Infographic of basic Biomolecules USM
 
Electronic appliances (sfe) sem 4
Electronic appliances (sfe) sem 4Electronic appliances (sfe) sem 4
Electronic appliances (sfe) sem 4USM
 
Pengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikPengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikUSM
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Dna and rna
Dna and rnaDna and rna
Dna and rnaUSM
 
Adjectives
AdjectivesAdjectives
AdjectivesUSM
 

More from USM (11)

An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...
An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...
An immunohistochemical method differentiates cryptococcus neoformans varietie...
 
Rainforest & Climata Change
Rainforest & Climata ChangeRainforest & Climata Change
Rainforest & Climata Change
 
MOKO DISEASE FACT SHEET
MOKO DISEASE FACT SHEETMOKO DISEASE FACT SHEET
MOKO DISEASE FACT SHEET
 
Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)
Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)
Mango Anthracnose (colletotrichum gloeosporioides)
 
MIND MAPPING
MIND MAPPING MIND MAPPING
MIND MAPPING
 
Infographic of basic Biomolecules
Infographic of basic Biomolecules Infographic of basic Biomolecules
Infographic of basic Biomolecules
 
Electronic appliances (sfe) sem 4
Electronic appliances (sfe) sem 4Electronic appliances (sfe) sem 4
Electronic appliances (sfe) sem 4
 
Pengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnikPengantar hubungan etnik
Pengantar hubungan etnik
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Dna and rna
Dna and rnaDna and rna
Dna and rna
 
Adjectives
AdjectivesAdjectives
Adjectives
 

Laporan olahraga

  • 1. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Pertama: 26 November 2011 Waktu& Tempat: 8pagi – 12 tengah hari (tepi gymnasium) Pada 26 November 2011, kelas pertama bagi krusus olahraga telah diadakan. Aktiviti yang telah dijalankan adalah mesyuarat induk atau mesyuarat untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa dalam kumpulan masing-masing.Bagi kumpulan D; Pengerusi: o Mohd Amirul Anuar Bin Mohd Tarmizi (E20111001815) Naib Pengerusi: o Camelia Binti Syofian (E20111001866) Bendahari: o Muhammad Amirul Amsyar Bin Ab Razak (E20111002603) Penolong Bendahari: o Erica Chung Fui Ying (E20111002605) Ahli Jawatan Kuasa Kecil: o Priscilla anak Nari (E20111002676) o Nurasma Binti Asaat (E20111002645) o Mohd Akhimullah Bin Mohd Razi (E20111001803) Selepas selesai pemilihan Ahli Jawatan Kuasa, En.Rushdan selaku pensyarah krusus olahraga telah memberi penjelasan tentang krusus olahraga yang kami ambil ini.Kelas yang sepatutnya dari pukul 8 pagi hingga ke 10 pagi telah dianjak dari pukul 8 pagi ke 12 tengah hari.Hal ini supaya tidak berlaku nya kekurangan tenaga instruktur (yang terdiri daripada pelajar degree) apabila tiba musim cuti penggal mereka nanti.Lebih-lebih lagi, hanya En.Rushdan sahaja yang mengambil setiap kelas dari kumpulan A, B, C, D dan E. 1
  • 2. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Kedua: 3 Desember 2011 Waktu& Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI) Pada 3 Desember 2011 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, kelas olahraga yang kedua telah dijalankan.Seperti kelas pada minggu yang pertama, kami menunggu tenaga pengajar di tepi gymnasium. Setiap kumpulan telah diberi acara yang akan dijalankan. Bagi kumpulan kami iaitu kumpulan D, kami mempelajari dan juga mempraktikkan tentang Lompat Jauh.Sebelum acara olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara Lompat Jauh.Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan, teknik lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan asas yang perlu ada dalam acara Lompat Jauh ini. Lompat Jauh Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua. Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat (standing long jump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat jauh sambil berlari telah dipertandingkan.Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat. i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi mendarat. ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan. iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu tidak akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut. Kaki Kaki Pasir Pasir Lompatan sah dari papan lonjak. Lompatan batal kerana tersnetuh pasir. 2
  • 3. Laporan Mingguan Olahraga PAPAN LONJAK PLASTISIN 30 darjah 10 cm 15 cm 12 cm Papan Lonjakan Tiga gaya lompatan Lompat Jauh. i. Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. ii. Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar. iii. Gaya tending kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja. Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa. i. Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. ii. Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. iii. Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. 3
  • 4. Laporan Mingguan Olahraga iv. Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan. Teknik-teknik untuk acara lompat jauh. i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak. ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara berada dalam keadaan selari dengan bahu. iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki. 4
  • 5. Laporan Mingguan Olahraga iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala. v. Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun kebelakang semasa mendarat. Ansur Maju. Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat.Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi. Pengalaman saya. Bagi saya, acara olahraga adalah menyeronokkan.Lebih-lebih lagi, saya sememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya mempratikkan sahaja sukan lompat jauh ini di sekolah menengah semasa sukan tahunan tanpa mengetahui sejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa lompat jauh. Dengan krusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan saya tentang lompat jauh, malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh dengan betul. 5
  • 6. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Ketiga: 10 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8pagi – 12tengah hari (di padang UPSI) Seperti kelas olahraga minggu lepas, kami melakukan perkara yang sama seperti; berkumpul di tepi gymnasium sementara menunggu pensyarah dan instruktur masing-masing. Pada minggu ini, kumpulan kami telah mempelajari dan juga mempratikkan acara olahraga iaitu Lompat Tinggi.Sebelum memulakan sesi pembelajaran dan juga pratikal, kami membuat senaman untuk memanaskan badan terlebih dahulu agar tidak berlaku kecederaaan semasa melakukan acara.Kemudian, instruktur kumpulan D memberi pengenalan, teknik dan sebagainya tentang lompat tinggi ini. Setelah mendengar dan juga melihat contoh dari instruktur, kami pun dibenar untuk mencuba lompatan yang membelakangkan palang (gaya Fosbury Flop) sebelum diambil markah untuk markah pratikal lompat tinggi. Lompat Tinggi Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta- peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut. Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang. Jadi penujuan dan lonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan lompat galah. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi. i. Gaya Gunting (Scissors) – Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaaan duduk berlunjur. ii. Gaya Timur – Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. 6
  • 7. Laporan Mingguan Olahraga iii. Gaya guling barat – penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaaan bengkok semasa pelompat ‘berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. iv. Gaya pelana –gaya ini hamper sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. v. Gaya Fosbury Flop –gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Lompat Tinggi dibahagi kepada beberapa fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. Gaya Lompatan Fosbury Flop i. Fasa penujuan – biasanya pelompat mengambil 7 hingga 9 langkah larian di mana 3 langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan belakangnya dahulu. ii. Fasa lonjakan – ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang. iii. Fasa layangan – semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memandang palang) sambil melentikan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaaan untuk pendaratan. 7
  • 8. Laporan Mingguan Olahraga iv. Fasa pendaratan – serentak dengan mengangkat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat) Peraturan asas acara Lompat Tinggi. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang. Pengalaman saya. Lompat tinggi adalah antara acara olahraga yang paling saya minati dari zaman sekolah menengah lagi. Pada minggu ini juga, secara tidak sengaja saya telah dijadikan ‘role model’ untuk semua kawan-kawan di dalam kumpulan D dengan menunjukan gaya lompatan Fosbury Flop. 8
  • 9. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Keempat: 17 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada minggu ini, persamaan dengan minggu ke – 4, acara olahraga yang akan kami pelajari dan praktikan adalah Larian pecut.Seperti lazimnya, sebelum melakukan acara larian pecut kami membuat senaman untuk memanaskan badan agar tidak berlakunya kecederaan semasa acara larian pecut dilakukan. Larian pecut Larian pecut merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobic untuk membuat larian sepantas mungkin.Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut: i. Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. ii. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. iii. Tangan digerakkan dengan pantas. iv. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan) Bagi seorng atlik, teknik dan gaya larian merupakan factor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angina permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan.Berlari mungkin aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadualakan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari.Bagi faktor jarak langkah pla ianya bergantung kepada panjang 9
  • 10. Laporan Mingguan Olahraga kaki,kekuatan dan mobility semasa bergerak.Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter.Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. Fasa-fasa dan Teknik-teknik larian. i. Fasa permulaan – terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang ii. Fasa larian iii. Fasa pecutan – selepas arahan pelepas ‘ke garisan’ diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. iv. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan – fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter, pecutan berlaku pada awal larian, 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter, apabila atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. v. Fasa larian di selekoh 10
  • 11. Laporan Mingguan Olahraga vi. Fasa penamat – faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih jarak lariannya. Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan terso ke hadapan. Pengalaman saya. Pada minggu ini saya telah mendapati banyak maklumat tentang tahap kelajuan bagi seseorang atlit larian pecut. Pada mulanya, saya tidak mengetahui akan faktor-faktor atlit larian pecut dapat berlari dengan begitu pantas sekali. Dengan adanya krusus ini, ia telah memberi saya serba sedikit akan maklumat tentang acara larian ini. Disamping itu, saya juga telah mempraktikkan teknik-teknik lari pecut dengan mengunakan teknik yang betul. Larian Pecut 11
  • 12. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Kelima: 24 Desember 2011 Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di padang UPSI) Pada minggu ke – 5, acara olahraga yang kami jalani adalah lontar peluru.Acara ini adalah amali yang terakhir kami jalani dan pelajari, sebelum acara merentas desa diadakan. Oleh kerana acara lontar peluru ini agak susah bagi kami kerana ianya jarang-jarang diminati oleh pelajar. Hal ini kerana terpaksa melontar peluru yang tersangat berat.Sebelum mempratikalkan dan markah amali diambil, instuktur kumpulan D telah menjelasakan teknik- teknik memegang dan melontar peluru yang betul. Lontar peluru Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan dengan cara balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar dan tegap serta kekuatan otot.Teknik lontaran merupakan faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh besar dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam kejohanan. Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh: i. Halaju Pelepasan ii. Sudut ketika membuat lontaran iii. Ketinggian peluru ketika melontar Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran dan kepantasan ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan yang baik. Teknik atau gaya melontar peluru: i. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) ii. Gaya melungsur selangkah iii. Gaya Parry O’Brien 12
  • 13. Laporan Mingguan Olahraga Gaya lontar peluru Parry O’Brien. Gaya Parry O’Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Brien sendir. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru. Aspek penting dalam Lontar peluru. i. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. ii. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi – iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. 13
  • 14. Laporan Mingguan Olahraga iii. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran. Pengalaman saya. Pada pendapat saya acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara alohraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar. Teknik acara melontar peluru 14
  • 15. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Keenam: 7 Januari 2012 Waktu & Tempat: 8 pagi – 12 tengah hari (di tepi gimnasium) Pada kelas krusus olahraga yang ke – 6, acara padang telah selesai kami laksanakan. Encik Rushdan telah memaklumkan kepada kami mengenai satu aktiviti lagi yang perlu kami laksanakan iaitu kejohanan merentas desa, iaitu aktiviti yang terakhir. Setiap kumpulan perlu berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan pada hari kejohanan tersebut. Kami berkumpul bersama instruktur masing-masing. Instruktur kami memberitahu markah yang diperolehi setiap individu dalam ujian kemahiran yang telah kami jalankan. Perjumpaan pada minggu tersebut telah berakhir lebih kurang dalam pukul 11 pagi. 15
  • 16. Laporan Mingguan Olahraga Minggu Ketujuh: 11 Februari 2012 Laporan Olahraga acara Merentas Desa Tarikh : 11 Februari 2011 Hari : Sabtu Tempat : Gimnasium UPSI Masa : 8 pagi – 1.00 petang Ahli Jawatankuasa Induk; Pengarah : Muhammad Hanif bin Yahya Pen. Pengarah : Federick Juggo anak Jugie Setiausaha : Nuradibah binti Jaafar Pen. Setiausaha : suraya binti Ashari Bendahari (L) : Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim Bendahari (P) : Norasma’ Ameena binti Mohd Hamzah Aktiviti: - Setelah sampai di padang futsal iaitu tepi gimnasium, kami diminat untuk berkumpul. Aktiviti pertama yang kamu lakukan pada pagi tersubut adalah senaman aerobik sebagai senaman untuk memanaskan badan untuk persiapan merentas desa. - Kemudian, kami diberi sedikit penerangan tentang trek perjalanan untuk merentas desa. - Pelajar lelaki memulakan larian terlebih dahulu, manakala pelajar perempuan perlu menunggu giliran mereka di gelanggang futsal, sehingga pelajar lelaki tamat melakukan larian. - Setelah semua pelajar lelaki sampai garisan penamat, nama pemenang-pemenang diambil. Kumudian, giliran pelajar perempuan pula untuk memulakan dan menutup larian merentas desa pada hari tersebut. 16
  • 17. Laporan Mingguan Olahraga - Setelah semua pelajar perempuan sampai di garisan penamat, nama pemenang diambil. Kemudian, kami berehat seketika sementara menunggu majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang. - Sebelum majlis penyampaian hadiah dilangsungkan, pensyarah krusus olahraga kami telah memberikan seedikit ucapan dan seterusnya, secara rasminya, beliau menamatkan kursus Olahraga bagi semester ini. - Majlis penyampaian pingat dan sijil pun dijalankan. Sepuluh peserta yang tiba awal di garisan penamat semasa merentas desa telah dijemput ke hadapan untuk menerima pingat dan sijil. Nama-nama pemenang bagi kategori lelaki adalah: 1. Mohammad Syahril bin Taib 2. Muhammad Khairul Sabirin bin Ibrahim 3. Ichsan Azhari bin Mohd Aras 4. Mohamad Zulfikri bin Mat Jusoh 5. Muhammad Faiz bin Azeeim 6. Muhammad Hafiz bin Shahidan 7. Muhammad ‘Alim bin Zainaldin 8. Ahmad Zamzuri bin Muhammad 9. Muhammad Fiqry bin Zolkofili 10. Syed Ahmad Wajeeh bin Syed Shiekh Nama-nama pemenang bagi kategori perempuan adalah: 1. Nik Nurhasni binti Awang 2. Nur Abilah Anis binti Mohd. Nasir 3. Nur Aliah Amira binti Affandi 4. Noor Syaheerah Syazwani binti Surya 5. Najwa Syarina binti Mohd. Nasir 6. Siti Nor Farahieda binti Mohd Asri 7. Priscilla anak Nari 8. Ivy Esther See 9. Noraine binti Abgar 10. Wan Nurhamizah binti Abdul Rahman 17
  • 18. Laporan Mingguan Olahraga Ini adalah peta laluan merentas desa. 18
  • 19. Laporan Mingguan Olahraga RUMUSAN Kursus ini telah memberi banyak ilmu atau pengetahuan tentang acara padang.Saya dapat mengetahui teknik-teknik yang betul semasa menjalankan acara padang seperti lompat jauh,lompat tinggi,larian pecut dan lontar peluru.Saya percaya segala ilmu yang saya perolehi,pasti saya dapat manfaatkan pada masa hadapan.Bukan itu sahaja,saya juga gembira kerana saya bukan sahaja dapat pelajari teknik-teknik yang betul secara teori,malahan saya juga mendapat peluang untuk melakukan aktiviti olahraga secara praktikal. Selain itu,kursus ini juga dapat membantu mahasiswa atau mahasiswi membuka minda mereka bahawa mereka tidak perlu belajar hanya di dalam bilik kuliah sahaja. Malah mereka juga perlu melakukan aktiviti yang berada di luar bilik kuliah seperti olahraga juga bagi memastikan mereka mempunyai tubuh dan minda yang sihat. Kesimpulannya,pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini patut berasa bertuah kerana mereka bukan sahaja dapat mempelajari ilmu baru,bahkan tubuh badan mereka juga menjadi lebih sihat dengan bimbingan pensyarah dan jurulatih yang tidak jemu dalam berkongsi ilmu dalam olahraga. 19
  • 20. Laporan Mingguan Olahraga BIBLIOGRAFI Astrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill: New York. Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological Testing of the High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL. Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall: Upper Saddle River. Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. Human Kinetics: Canada. Jack H. Wilmore David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. Human Kinetics: United States of America. Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.. Human Kinetics: United States of America. Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application to Fitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of America. 20