Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
OLAHRAGA : ACARA PADANG       OLEH: MINGGU ANAK RICHARD   PPISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2012               SEMESTER 2OLAH...
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   2
SEJARAH ACARA REJAM    LEMBING   Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan    dipercayai dimainkan se...
   Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang    dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam    kawa...
PRINSIP ASAS MEREJAMLEMBING   Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling    yang lain seperti melontar peluru da...
   Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan    keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan y...
KESELAMATAN PARAPELATIH lembingSemasa membawa     Jangan berlari     Mata lembing biarlah menghadap ke bawah   Semasa ...
BAHAGIAN-BAHAGIAN           LEMBING   Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran.    Bahagian-bahagian ...
BAHAGIAN-BAHAGIANLEMBING        OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   9
GAYA MEMEGANGLEMBING   Terdapat tiga teknik asas memegang    lembing:     Gaya Amerika     Gaya Finnish     Gaya pegan...
   Gaya Amerika     Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari     telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.  ...
   Gaya Finnish     Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari     tengah.                     OLAHRAGA/ REJAM LEMBING...
   Gaya Pegangan-U     Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari     tengah.                      OLAHRAGA/ REJA...
GAYA                          REJAMAN                          Gaya rejaman dari                          atas bahu.OLAHRA...
GAYA                          REJAMAN                          Gaya rejaman dari                          bawah bahu.OLAHR...
KAWASAN MEREJAMLEMBING   Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada    sebarang gangguan atau halangan serta tidak    memba...
   Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab    acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh mak...
TEKNIK REJAMAN              LEMBING utama iaitu: Terdiri daripada empat fasa             Fasa             Fasa Lari      ...
FASA PERSEDIAAN   Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti    teknik memegang dan menentukan kedudukan lem...
FASA LARI LANDAS   Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan    yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.    Perkara y...
FASA REJAMAN   Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke    lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada    r...
FASA IKUT LAJAK   Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan    selepas merejam adalah penting. Perkara yang    perlu diber...
Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yangdigunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009.                            O...
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   24
CARA ATAU TEKNIK        MELAKUKAN REJAMAN   Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran    yang di lakukan dala...
   Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam    melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama    ada lembing itu di ...
 Cara memegang lembing Larian awal Peringkat rejaman lembing Peringkat pendaratan lembing dan  ikut lajak Peringkat m...
Gaya            Amerika                                      Gaya Gaya                                    Pegangan-Finnish...
LARIAN AWAL   Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna    dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan...
   Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan    merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang ...
   Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah    menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah    yang akan dibu...
PERINGKAT MEMBUATREJAMAN   Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam    keseluruhan acara merejam lembing ini...
   Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta    hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungk...
PERINGKAT PENDARATAN    LEMBING DAN IKUT LAJAK   Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi    pergerakan s...
   Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada    peringkat ini.     Peserta hendaklah memberhentikan diri di h...
PERINGKAT BERUNDURDIRI   Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah    selesai dan jarak rejaman juga dapat ...
   Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta    menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran    yang di...
PERATURAN MEREJAMLEMBING Setiap permainan mempunyai peraturannya  yang tersendiri, begitu juga bagi acara  rejam lembing....
PERATURAN-PERATURAN      AM REJAM LEMBING☻   Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya.☻   Semasa membuat rejaman, ...
☻   Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau    berada di udara, rejaman adalah sah.☻   Sarung tangan tidak dibenar...
PENGGUNAAN KASUT   Kasut yang paling sesuai digunakan dalam    acara ini ialah spike.   Jika menggunakan kasut getah, he...
PITA PENGUKUR   Pita pengukur yang digunakan hendaklah    yang lebih panjang ukurannya.   Pengukuran dibuat dari tempat ...
KESALAHAN UMUM   Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering    dilakukan oleh peserta acara merejam lembin...
 Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada  bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya. Lembing m...
JAGUH ACARA REJAMLEMBING   Dato’ Nashatar Singh (Malaysia)   Ballang Lassung (Malaysia)   Norsham Yon (Malaysia- wanita...
DATO’ NASHATAR SINGH         OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   46
   Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang    Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang    ...
   Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo    1964 dan Mexico 1968 – pencapaian yang boleh disifatkan ...
   Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus    mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam    Lemb...
Spotakava &   AbakumovaDAEGU – Atlet Rusia, Maria Abakumova berjaya mengatasi pemegang rekod dunia,Barbora Spotakova untuk...
   Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod    kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik    sepanjang zaman.   At...
Info Ekstra…   Di peringkat dunia pula jarak terbaik pada tahun    1996 adalah 92.88m yang dibuat oleh Jan    Zelezny (Cz...
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING   53
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pjk rejam lembing

8,437 views

Published on

Pjk rejam lembing

  1. 1. OLAHRAGA : ACARA PADANG OLEH: MINGGU ANAK RICHARD PPISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2012 SEMESTER 2OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 1
  2. 2. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 2
  3. 3. SEJARAH ACARA REJAM LEMBING Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 3
  4. 4.  Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 4
  5. 5. PRINSIP ASAS MEREJAMLEMBING Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 5
  6. 6.  Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 6
  7. 7. KESELAMATAN PARAPELATIH lembingSemasa membawa  Jangan berlari  Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Semasa latihan  Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam  Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan  Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih  Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 7
  8. 8. BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 8
  9. 9. BAHAGIAN-BAHAGIANLEMBING OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 9
  10. 10. GAYA MEMEGANGLEMBING Terdapat tiga teknik asas memegang lembing:  Gaya Amerika  Gaya Finnish  Gaya pegangan- U OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 10
  11. 11.  Gaya Amerika  Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 11
  12. 12.  Gaya Finnish  Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 12
  13. 13.  Gaya Pegangan-U  Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 13
  14. 14. GAYA REJAMAN Gaya rejaman dari atas bahu.OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 14
  15. 15. GAYA REJAMAN Gaya rejaman dari bawah bahu.OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 15
  16. 16. KAWASAN MEREJAMLEMBING Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 16
  17. 17.  Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 17
  18. 18. TEKNIK REJAMAN LEMBING utama iaitu: Terdiri daripada empat fasa Fasa Fasa Lari Persediaan Landas Fasa Fasa Ikut Rejaman Lajak OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 18
  19. 19. FASA PERSEDIAAN Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa  Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa  Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah  Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman  Pandang ke arah kawasan rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 19
  20. 20. FASA LARI LANDAS Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.  Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal  Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya  Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 20
  21. 21. FASA REJAMAN Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi  Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang  Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing  Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 21
  22. 22. FASA IKUT LAJAK Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:  Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki  Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi  Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan  Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 22
  23. 23. Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yangdigunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 23
  24. 24. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 24
  25. 25. CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 25
  26. 26.  Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun wanita. Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acara ini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkat- peringkat itu adalah seperti berikut: OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 26
  27. 27.  Cara memegang lembing Larian awal Peringkat rejaman lembing Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak Peringkat mengundurkan diri. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 27
  28. 28. Gaya Amerika Gaya Gaya Pegangan-Finnish U CARA MEMEGANG LEMBING OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 28
  29. 29. LARIAN AWAL Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi mental juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan larian awal ini. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 29
  30. 30.  Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut cara pegangan yang telah dipelajari. Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang. Peserta meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 30
  31. 31.  Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana. Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya. Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang penanda arc dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 31
  32. 32. PERINGKAT MEMBUATREJAMAN Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acara merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini. Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi penanda arc. Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan peringkat ini. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 32
  33. 33.  Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh. Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan. Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum. Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat rejaman. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 33
  34. 34. PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc, tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 34
  35. 35.  Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini.  Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa menyentuh atau melepasi penanda arc.  Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat.  Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang- kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 35
  36. 36. PERINGKAT BERUNDURDIRI Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar oleh peserta. Tetapi, peserta tidak boleh terus meninggalkan kawasan rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan itu ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi penanda arc. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 36
  37. 37.  Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran yang ditetapkan. Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam. Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta yang lain. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 37
  38. 38. PERATURAN MEREJAMLEMBING Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri, begitu juga bagi acara rejam lembing. Antara peraturan-peraturannya ialah:  Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing  Penggunaan Kasut  Pita Pengukur  Kesilapan Umum OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 38
  39. 39. PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING☻ Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya.☻ Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan.☻ Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah dahulu.☻ Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 39
  40. 40. ☻ Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah sah.☻ Sarung tangan tidak dibenarkan.☻ Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 40
  41. 41. PENGGUNAAN KASUT Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike. Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 41
  42. 42. PITA PENGUKUR Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih panjang ukurannya. Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 42
  43. 43. KESALAHAN UMUM Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acara merejam lembing.  Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang dikhaskan.  Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang disediakan.  Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat rejaman.  Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 43
  44. 44.  Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya. Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan. Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman sebelum lembing mendarat. Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi penanda arc. Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang diberi kepadanya. Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 44
  45. 45. JAGUH ACARA REJAMLEMBING Dato’ Nashatar Singh (Malaysia) Ballang Lassung (Malaysia) Norsham Yon (Malaysia- wanita) Jan Zelezny (Czech) Barbora Spotáková (Pemegang Rekod Dunia- wanita; Republik Czech) Maria Abakumova (Rusia) OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 45
  46. 46. DATO’ NASHATAR SINGH OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 46
  47. 47.  Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70- an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Dato’ Nashatar Singh bukan sahaja meninggalkan lapangan Olahraga yang diceburinya dengan rekod pencapaian hebat dan mengagumkan, malah merupakan antara sebilangan kecil atlet olahraga yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula dari Sukan SEAP hinggalah temasya paling berprestij Sukan Olimpik , yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama dunia. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 47
  48. 48.  Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo 1964 dan Mexico 1968 – pencapaian yang boleh disifatkan mustahil untuk dilakukan oleh perejam lembing pada hari ini, malah hakikat bahawa beliau satu-satunya atlet acara itu yang pernah beraksi di Olimpik, kekal tidak terusik meskipun Ballang Lasung dan Yazid Imran pernah cuba melakukannya pada era kegemilangan masing-masing. Pencapaian terbaik Nashatar adalah ketika beliau memenangi dua pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan lontaran lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan kemudiannya memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara lontar peluru dengan lontaran sejauh 14.09m. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 48
  49. 49.  Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam Lembing, dengan catatan 72.92m, sekaligus memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri. Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau unggul dengan memenangi enam pingat emas berturut- turut acara Rejam Lembing dari 1967-1975, dan juga emas Lontar Peluru pada tahun 1967. Beliau bersara pada 1975, dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977 - 1994. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 49
  50. 50. Spotakava & AbakumovaDAEGU – Atlet Rusia, Maria Abakumova berjaya mengatasi pemegang rekod dunia,Barbora Spotakova untuk menjuarai acara merejam lembing wanita di Kejohanan OlahragaDunia. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 50
  51. 51.  Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik sepanjang zaman. Atlet dari Republik Czech, Spotakova pula merekodkan catatan terbaik musim ini 71.58m untuk pingat perak, manakala atlet Afrika Selatan, Sunette Viljoen memenangi gangsa dengan 68.38m. Ini kali pertama dua atlet wanita berjaya melakukan rejaman melebihi 71m dalam satu kejo- hanan yang sama. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 51
  52. 52. Info Ekstra… Di peringkat dunia pula jarak terbaik pada tahun 1996 adalah 92.88m yang dibuat oleh Jan Zelezny (Czech) semasa Grand Prix Jena (Jerman). Sementara rekod bagi rejam lembing wanita dimiliki oleh Barbora Spotáková yang dibuat pada tahun 2008 dengan jarak 72.28m yang dibuat semasa IAAF / VTB Bank World Athletics Final at Stuttgart (Jerman). OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 52
  53. 53. OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 53

×