1. 70
Bidang: Reka BentukBidang: Reka Bentuk
7 Reka Bentuk
Industri
Kata Kunci
● Reka bentuk industri ● Zaman Revolusi Industri ● Estetika
● Zaman Batu ● Werkbund ● Reka bentuk produk
● Zaman Prasejarah ● Ergonomik ● Reka bentuk perabot
Objektif Pembelajaran
Dalam bab ini, anda akan:
● Menjelaskan sejarah dan prinsip Reka Bentuk Industri
● Membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan dan bahan dalam
Reka Bentuk Industri
● Menterjemahkan perkembangan idea melalui lakaran dengan
menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif
● Mempamerkan, menghayati dan menjelaskan pengalaman sendiri
dalam penghasilan produk seni Reka Bentuk Industri
70
2. 71
Cuba anda perhatikan dan teliti gambar di atas. Kemudian, jawab soalan-soalan
berikut:
● Apakah perasaan anda jika berpeluang beristirahat menggunakan produk
tersebut?
● Pada pendapat anda, apakah kelebihan produk di atas?
● Pada pendapat anda, adakah produk di atas mempunyai kelemahan? Jelaskan.
71
PENGENALAN
Anda mungkin mempunyai pengalaman menggunakan
sesuatu barangan dan alatan yang kurang sesuai atau tidak
selesa. Justeru, anda tentu terfikir cara barangan atau alatan
tersebut boleh diubah suai. Setiap orang memiliki kebolehan
untuk menterjemahkan idea dan pengalaman sendiri dalam
menghasilkan produk yang memberikan kemudahan untuk
semua orang. Anda akan mempelajari dengan lebih lanjut
tentang Reka Bentuk Industri dalam bab ini.
3. 72
Apakah Reka Bentuk Industri?
Reka bentuk industri membawa maksud penghasilan suatu produk baharu atau
pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada bagi memudahkan pengguna pada masa
kini dan masa akan datang. Bidang ini merupakan seni gunaan yang menggabungkan seni,
sains, dan teknologi dalam mencipta produk yang lebih baik dan memudahkan pengguna.
Reka bentuk industri menitikberatkan produk yang boleh dipasarkan dan diterima oleh
pengguna. Faktor kecantikan dan keindahan memainkan peranan dalam menentukan
penerimaan produk oleh pengguna. Aspek hiasan dan estetika dilihat dari sudut luaran,
corak dan warna. Seterusnya, aspek tersebut digabungkan dengan struktur dan fungsi yang
boleh diterima pakai oleh orang ramai.
Sejarah Perkembangan Reka Bentuk
Industri
Sejak Zaman Batu lagi, manusia mencipta
pelbagai peralatan untuk kegunaan seharian.
Zaman ini dikenali sebagai Zaman Prarevolusi
Industri. Barangan keperluan harian yang dibuat
sendiri termasuklah senjata seperti kapak batu
dan lembing. Ciptaan ini akan diperbaiki dari
semasa ke semasa. Mereka mencipta perkakasan
memburu menjadi bentuk yang semakin selesa
dipegang atau dibaling.
Ada pendapat menyatakan Reka Bentuk
Industri bermula Sebelum Masihi lagi. Antara
rekaan paling awal pada masa tersebut ialah alat
Skru Archimedes yang dicipta oleh Archimedes
pada tahun 212 S.M.. Skru Archimedes merupakan
sejenis pam yang mencedok air dengan alat
berlingkar yang berputar di dalam sebuah tiub.
Zaman Revolusi Industri bermula pada abad ke-17.
Manusia telah mencipta peralatan dan mesin yang dapat
memudahkan kerja mereka. Pada zaman tersebut, manusia
mula menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan
ukiran.
Abad ke-18 dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri
Pertama. Enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan
diinovasikan oleh George Stephenson. Pada Zaman
Revolusi Industri Kedua, manusia mula bergantung hidup
pada tenaga elektrik. Manusia mula mencipta radio
transistor dan komputer.
Bermula daripada penghasilan produk sekadar untuk
kegunaan, manusia mula memikirkan nilai estetika dan ergonomik pada sesuatu produk.
Penghasilan produk mula mengambil kira faktor bentuk, estetika dan warna.
Persepsi Seni dalam Reka Bentuk Industri7.1
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Memperihalkan sejarah perkembangan Reka
Bentuk Industri
Standard Pembelajaran
Gambar 7.1 Zaman Prasejarah dikenali
sebagai Zaman Praevolusi Industri
Gambar 7.2 Enjin wap ciptaan
James Watt
4. 73
Reka bentuk industri bermula pada tahun 1930-an di
Jerman. Reka bentuk industri dipelopori oleh sebilangan
arkitek dan jurutera yang menggelarkan kumpulan mereka
Werkbund. Tujuan asal kumpulan ini adalah untuk
memperbaiki nilai-nilai estetika dan teknikal pada produk
yang dikeluarkan dengan mengambil kira kehendak dan
keperluan pengguna. Kumpulan ini menjadi asas kepada
terbentuknya Institusi Bauhaus Jerman yang merupakan ikon
bagi perkembangan seni reka bentuk. Institusi ini merupakan
institusi yang menggabungkan seni dan industri.
Bidang Reka Bentuk Industri
Cara menentukan reka bentuk industri
berdasarkan:
1 Bentuk mengikut fungsi
Reka bentuk sesuatu produk dihasilkan
dengan memberikan penekanan terhadap
fungsi dan kegunaannya. Reka bentuk luaran
dihasilkan mengikut fungsi sama ada berdasarkan faktor estetika, ergonomik, warna
dan sebagainya.
2 Fungsi mengikut bentuk
Rekaan memberikan tumpuan utama kepada bentuk sesuatu produk. Fungsi dan
kegunaan produk tidak akan terjejas walaupun bentuknya dipelbagaikan.
Bidang reka bentuk industri boleh dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu reka
bentuk produk, reka bentuk perabot dan reka bentuk automotif.
Proton merupakan syarikat pembuatan
kereta kebanggaan negara. Dalam kumpulan,
senaraikan jenis kereta yang pernah dikeluarkan
oleh syarikat tersebut dari dahulu hingga
sekarang dalam bentuk timeline. Kemudian,
setiap kumpulan dikehendaki membuat
pembentangan tentang model kereta Proton
yang dipilih di hadapan kelas.
Jom Aktiviti
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Menjelaskan prinsip Reka Bentuk Industri
daripada aspek bidang Reka Bentuk Industri
Standard Pembelajaran
Gambar 7.3 Radio transistor
Gambar 7.4 Mesin taip
(Reka bentuk awal Institusi
Bauhaus Jerman)
Gambar 7.5 Reka bentuk kereta dahulu dan sekarang
Bagi mendapatkan maklumat
lanjut tentang revolusi
telefon bimbit, layari laman
sesawang www.bloggerlelaki.
com/2016/06/5-revolusi-
sejarah-telefon-bimbit.html
atau imbas kod QR di sebelah.
5. 74
Reka Bentuk Produk
Reka bentuk produk berkaitan dengan rekaan
barangan keperluan pengguna seperti barangan
elektrik dan peralatan kecil untuk kegunaan harian.
Pereka akan mengkaji dan mempelajari kemahuan
pengguna untuk mencipta atau memperbaik
kualiti produk yang sedia ada. Produk yang
direka ini akan digunakan untuk kemudahan para
pengguna.
Reka bentuk perabot meliputi semua barangan
kelengkapan bertujuan untuk menyokong
postur manusia sama ada untuk bersandar,
baring, duduk dan sebagainya. Contoh perabot
ialah kerusi, meja, katil dan almari yang
diletakkan di rumah, pejabat atau bangunan
untuk memenuhi fungsi dan memberikan
keselesaan. Perabot yang digunakan bukan
sahaja menambah fungsi dan praktikal untuk
ruang tetapi juga bertujuan menambah gaya
dan personaliti.
Reka Bentuk Automotif
Reka bentuk automotif meliputi bidang reka bentuk
yang berkaitan dengan kenderaan bermotor seperti
kereta, motosikal, bas, kereta api dan kapal
terbang dan sebagainya. Bidang reka bentuk
automotif perlu menitikberatkan elemen
ergonomik bagi mengelakkan kemalangan
kenderaan bermotor seperti kereta, bas, kereta api,
kapal terbang dan sebagainya daripada berlaku.
Reka Bentuk Perabot Rajah 7.1 Contoh reka bentuk produk
Rajah 7.2 Contoh reka bentuk perabot
Rajah 7.3 Contoh reka bentuk automotif
Peranan dan Fungsi Reka Bentuk Industri
Reka bentuk industri mempunyai peranan dan
fungsi yang tersendiri. Antara peranan dan
fungsi reka bentuk industri adalah seperti berikut.
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Menjelaskan prinsip Reka Bentuk Industri
daripada aspek peranan dan fungsi
Standard Pembelajaran
6. 75
Prinsip dan Elemen Reka Bentuk Industri
Prinsip reka industri adalah seperti
berikut.
1 Kualiti – produk yang dihasilkan dapat
berfungsi dengan baik dan mempunyai
ketahanan daripada aspek kualiti.
2 Estetika – produk perlulah mempunyai nilai estetika untuk menarik minat pengguna
terhadap sesuatu produk.
3 Warna – warna memberikan sentuhan peribadi kepada seseorang dan identiti kepada
sesuatu kelompok.
4 Ergonomik – bertujuan memastikan produk yang digunakan bersifat selesa, selamat dan
berkesan.
5 Gaya – kelainan gaya akan memberikan nilai tambah dan daya penarik bagi sesuatu
produk.
6 Teknologi – terhasil daripada inovasi manusia yang wujud daripada proses perkembangan
ilmu dan seterusnya mewujudkan perkembangan dalam industri daripada aspek
peningkatan kualiti produk.
7 Keselamatan – produk perlu mendapat pengiktirafan SIRIM agar pengguna meyakini
keselamatan produk tersebut.
Elemen reka bentuk industri adalah seperti berikut.
1 Keseimbangan – merujuk kepada kestabilan pada sesuatu produk. Keseimbangan juga
merujuk kepada kestabilan dalam aspek kesan visual dan estetika. Terdapat tiga jenis
keseimbangan utama, iaitu keseimbangan mengufuk, keseimbangan menegak dan
keseimbangan radius.
2 Perspektif – gambaran perspektif dapat menjelaskan sesuatu objek di atas sekeping kertas
kerana dapat dilihat daripada beberapa sudut yang berlainan.
3 Harmoni – semua komponen yang ada pada objek seni visual kelihatan berhubung dan
saling melengkapi antara satu sama lain. Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan
ritma.
4 Kesatuan – berkaitan dengan hubungan antara elemen visual yang dapat menjadikan
elemen tersebut bersatu dan memberikan makna.
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Menjelaskan prinsip Reka Bentuk Industri
daripada aspek prinsip dan elemen
Standard Pembelajaran
Memenuhi
keperluan
pengguna dalam
menjalani
kehidupan seharian
Memenuhi cita
rasa pengguna
dari sudut
estetika
Menghasilkan
produk yang
selamat
dan efisien
digunakan
Mengurangkan
kos dari aspek
masa dan
perbelanjaan
7. 76
Ergonomik dalam Reka Bentuk Industri
Ergonomik merupakan salah satu cabang yang
penting dalam reka bentuk industri kerana
berkaitan dengan sifat keselesaan pada sesuatu
produk yang digunakan oleh pengguna.
Terdapat lima aspek ergonomik yang perlu
diambil perhatian, iaitu:
1 Keselamatan – setiap reka bentuk menitikberatkan elemen keselamatan bagi
mengelakkan sebarang kecelakaan sewaktu menggunakan produk tersebut.
2 Keselesaan – perlu dipastikan tiada kesan sampingan apabila menggunakan sesuatu
produk.
3 Mudah digunakan – reka bentuk yang baik perlu mengambil kira aspek mesra
pengguna dalam hasil rekaan.
4 Produktiviti – setiap produk yang dicipta perlu mempunyai reka bentuk yang mudah
untuk membantu meningkatkan produktiviti.
5 Estetika – produk yang baik akan menitikberatkan nilai estetika.
Eksplorasi Seni dalam
Reka Bentuk Industri7.2
Proses Menghasilkan Reka Bentuk
Industri
Aktiviti mereka bentuk merupakan satu
proses yang berlaku secara terancang
seperti proses pemikiran, percubaan dan
ujian sehinggalah terhasilnya produk yang
diingini. Proses yang terlibat adalah seperti
berikut:
1 Aktiviti mereka bentuk bermula apabila
timbulnya kesedaran tentang sesuatu
masalah yang dihadapi dan memerlukan
penyelesaian.
2 Penyelidikan dan kajian untuk memahami dengan lebih terperinci tentang masalah
yang dihadapi.
3 Penghasilan konsep atau idea menerusi sumbang saran melalui perbincangan bersama
rakan sepasukan.
4 Idea akan diterjemahkan melalui lakaran dan lukisan dalam bentuk 2D atau 3D.
5 Membuat model bagi mendapatkan gambaran tiga dimensi (3D).
6 Sesi persembahan dan perbincangan dalam berkumpulan berdasarkan lakaran dan
model.
7 Penyempurnaan reka bentuk dilakukan dengan memperbaik reka bentuk berdasarkan
maklumat yang diperoleh.
8 Membuat prototaip yang menepati bentuk produk dan fungsi yang sebenar.
9 Mengeluarkan produk siap bagi memenuhi pasaran.
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan,
bahan dan proses dalam penghasilan lakaran Reka
Bentuk Produk
••Membandingkan beza penentuan Reka Bentuk
Produk berdasarkan bentuk mengikut fungsi dan
fungsi mengikut bentuk
••Pendedahan alatan dan bahan dalam penghasilan
model 3D Reka Bentuk Industri
Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Menjelaskan prinsip Reka Bentuk Industri
daripada aspek ergonomik
Standard Pembelajaran
8. 77
Aktiviti
Berdasarkan perkembangan teknologi automotif
pada masa kini, nyatakan bentuk kereta dan
penambahan fungsi yang perlu bagi memastikan
kereta tersebut sesuai dengan teknologi masa
hadapan.
Prototaip merupakan produk menyerupai
produk sebenar yang direka bentuk.
Prototaip berperanan menguji atau menilai
keberkesanan dan kelemahan yang ada pada
reka bentuk sebelum pembuatan produk
sebenar dilakukan.
Info
GaleriGaleri
A Alatan dan Bahan dalam Reka Bentuk Industri
Tulis nama alatan dan bahan yang betul berdasarkan gambar.
B Alatan dan Bahan dalam Penghasilan Model 3D
Tulis nama alatan dan bahan yang betul berdasarkan gambar.
1
1
4
2
2
5
3
3
6
9. 78
Anda dikehendaki menterjemahkan hasil
daripada eksperimentasi dan penerokaan
alat, bahan dan proses dalam penghasilan
reka bentuk produk melalui lakaran dan
lukisan perincian menerusi aktiviti berikut.
Kumpulkan semua hasil reka bentuk produk di
dalam kelas anda. Buat pemerhatian pada semua
reka bentuk produk yang ada. Lihat kelebihan
reka bentuk produk anda berbanding dengan
rakan yang lain. Dengan menggunakan bahasa
seni visual, nyatakan maklumat karya anda
berpandukan urutan di bawah.
• Keperluan reka bentuk itu dihasilkan
• Sumber penyelidikan dan kajian anda
• Kelebihan produk anda berbanding dengan rakan yang lain
• Pengalaman menghasilkan lakaran produk
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi
dan penerokaan alat, bahan dan proses dalam
penghasilan reka bentuk produk melalui lakaran
dan lukisan perincian
Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini, anda dapat:
••Mempamerkan hasil produk seni
••Menghayati hasil produk seni dan rakan
dengan menumpukan pada aspek Bahasa
Seni Visual
••Menjelaskan pengalaman sendiri dalam
penghasilan produk seni
Standard Pembelajaran
Aktiviti
Ekspresi Seni dalam
Reka Bentuk Industri7.3
Apresiasi Seni dalam
Reka Bentuk Industri7.4
A Bekas Serba Guna
Berdasarkan idea sendiri, hasilkan satu reka
bentuk produk “bekas serba guna” yang cantik dan kreatif.
Aspek ergonomik hendaklah diberikan penekanan
dalam ciptaan tersebut. Hasil reka bentuk anda
hendaklah terdiri daripada:
• Lakaran produk
• Lukisan perincian produk
• Teknik pengolahan warna
Mewujudkan situasi
menang-menang antara
pelanggan dan pereka cipta
industri dengan mengamalkan
aspek ergonomik.
Nota GuruNota Guru
Guru perlu menunjukkan contoh bekas
serba guna kepada pelajar sebelum
aktiviti dijalankan. Guru juga perlu
menerangkan langkah-langkah
menyediakan bekas serba guna tersebut.
10. 79
Rumusan
ElemenPrinsip
Peranan dan
Fungsi
Bidang
Reka Bentuk Industri
•• Keseimbangan
•• Perspektif
•• Harmoni
•• Kesatuan
•• Kualiti
•• Estetika
•• Warna
•• Ergonomik
•• Gaya
•• Teknologi
•• Keselamatan
• Memenuhi
keperluan
pengguna
• Memenuhi cita
rasa pengguna
• Menghasilkan
produk yang
selamat
• Mengurangkan
kos
•• Reka bentuk
produk
•• Reka bentuk
perabot
•• Reka bentuk
automotif
Dalam bab ini, anda telah mempelajari:
1 Seni reka bentuk industri melibatkan proses reka bentuk produk, perabot dan automotif.
2 Peranan dan fungsi reka bentuk industri ialah memenuhi keperluan pengguna, memenuhi
cita rasa pengguna, menghasilkan produk yang selamat serta mengurangkan kos.
3 Prinsip reka bentuk industri ialah kualiti, estetika, warna, ergonomik, gaya, teknologi dan
keselamatan.
4 Elemen dalam reka bentuk industri ialah keseimbangan, perspektif, harmoni dan kesatuan.
5 Mengenal pasti alatan dan bahan dalam reka bentuk industri.
6 Ergonomik dalam reka bentuk industri.
7 Cara menghasilkan bekas serba guna.
8 Membuat apresiasi karya sendiri dan karya rakan-rakan.
11. 80
Praktis Uji DiriPraktis Uji Diri
1 Gambar di bawah
menunjukkan satu
inovasi baharu dalam
reka bentuk jam
tangan. Mengapakah
reka bentuk sering
mengalami perubahan?
A Mengurangkan kos
bahan
B Boleh dijual dengan
nilai lebih tinggi
C Meningkatkan mutu
dan kualiti produk
D Menjamin
penggunaan bahan
kitar semula
2 Susun semula langkah
penghasilan barangan
reka bentuk industri
mengikut urutan yang
betul.
I Membuat model
II Membuat prototaip
III Membuat kajian dan
penyelidikan
IV Mengenal pasti
masalah dan
keperluan
A I, II, IV, III
B II, I, III, IV
C III, IV, II, I
D IV, III, I, II
3 Bagaimanakah cara
untuk memperkenalkan
peralatan baharu kepada
orang ramai? KBATKBAT
A Mengadakan
promosi
B Memberikan secara
percuma
C Mengadakan jualan
murah
D Mengeluarkan
dengan banyak
4 Bidang reka bentuk
industri merupakan
bidang yang unik
kerana menggabungkan
kepakaran dalam bidang
_________________.
A jualan murah
B kreativiti dan inovasi
C seni, sains dan
teknologi
D sains dan komunikasi
visual
5 Apakah fungsi proses
di bawah dalam proses
penghasilan reka bentuk
industri?
A Menguji
keseimbangan
B Menguji ketahanan
produk
C Memilih kesesuaian
reka bentuk
D Mendapatkan
gambaran objek
sebenar (3D)
6 Apakah yang perlu
difikirkan oleh
pereka bentuk bagi
menghasilkan perabot
seperti gambar di
bawah?
A Kualiti dan kos
B Fungsi dan nilai
estetika
C Kos, fungsi dan jenis
bahan
D Jenis bahan dan
budaya setempat
7 Sebelum memulakan
proses mereka
bentuk, proses yang
perlu dilalui ialah
_________________.
A menghasilkan model
produk
B menghasilkan
lakaran idea
C mengenal pasti
keperluan
menghasilkan produk
D mengadakan
perbincangan
dengan rakan
kumpulan
Jawab soalan berikut dengan memilih satu jawapan yang tepat.
Soalan ObjektifSoalan Objektif
7
80
12. 81
Jawab semua soalan di bawah.
Soalan SubjektifSoalan Subjektif
1 Nyatakan lima aspek ergonomik yang penting dalam reka bentuk industri.
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
2 Huraikan secara ringkas dua elemen reka bentuk industri.
(a)
(b)
8 Bagaimanakah cara
yang paling berkesan
untuk memastikan
alatan yang dihasilkan
menepati cita rasa
pengguna? KBATKBAT
A Menyebarkan risalah
B Memberikan borang
soal selidik
C Melalui pengiklanan
dalam media massa
D Mendapatkan
maklum balas
daripada pengguna
9 Salah satu langkah
penghasilan produk
dalam reka bentuk
industri adalah dengan
menghasilkan prototaip.
Apakah fungsi prototaip?
A Menentukan nilai
harga di pasaran
B Mengenal pasti
kesesuaian bentuk
dengan warna
C Mengenal pasti
masalah dan
kelemahan produk
D Melihat reka bentuk
dari pelbagai sudut
10 Mengapakah aspek
ergonomik penting
dalam reka bentuk
industri? KBATKBAT
A Memastikan kos
produk dikurangkan
B Memastikan produk
efisien dan selamat
C Menyesuaikan reka
bentuk dengan jenis
pengguna
D Mengenal pasti jenis
bahan yang sesuai
untuk produk