SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.
(Dipetik daripada Nilai Insan)
1.
a) Nyatakan maksud puisi di atas. (2 markah)
b) Berikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. (2 markah)
Sebermula Si Jepun yang bertujuh itu pun terlalu amarah serta katanya, “Cih, tiada
berbudi Melayu ini! Ia hendak menunjukkan beraninya kepadaku,” lalu ia menghunus pedangnya
lalu diparangnya segala hulubalang yang di hadapan itu. Maka gemparlah segala oban dan akum,
aprak, amum-amum pun habis berterjunan di balairung itu. Maka maksud Jepun itu hendak
membunuh Phrau Cau; Phrau cau itu pun segera masuk ke
istana.
(Dipetik daripada Nilai
Insan)
2.
Berdasarkan peristiwa di atas apakah punca utama menyebabkan pendekar Jepun amarah
dan mengamuk di balairung istana.
(4
markah)
Maka Laksamana pun beriwayatlah daripada pertamanya datang kesudahannya.
Maka raja dan segala pegawai pun hairan menengar dia. Maka titah baginda, “Adapun gajah
yang besar ini kita namai Pudi Manikam dan yang seekor ini Permata Sailan,” Setelah sudah
maka baginda pun berangkat masuk ke dalam istana itu.
(Dipetik
daripada Nilai Insan)
3.
Berdasarkan peristiwa di atas, Hang Tuah telah di utus ke Siam untuk
mendapatkan gajah seperti permintaan Sultan Melaka, negeri apakah yang Hang Tuah pergi
dan berapa ekor gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dengan raja negeri
tersebut? (4
markah)
Berkali-kali resahnya disengat matahari
yang semakin lebar
di langit peradaban yang tak berpagar
(Dipetik daripada sajak Kubentang
Sehelai Peta)
4.
a) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam rangkap puisi di atas? (2 markah)
b) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas? (2 markah)
BLACKWAY : Good God!
MAT PIAH : Nasib baik tak mencarut … (Menenteramkan dirinya dan segera tersenyum ramah
sebaik-baik sahaja melihat BLACKWAY).
MAT PIAH : Yes, Sir, Trishaw; Sir?
BLACKWAY : Boleh bawa saya pergi jalan-jalan?
(Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr.
Blackway)
5.
a) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas? (2 markah)
b) Dimanakah peristiwa ini berlaku dan kemanakah tempatBlackway ingin pergi? (2 markah)
BLACKWAY : Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang.
Memangkami penipu, penindas, penyamun. Sayasendiri maludengan apa-apa yangpernah kami lakukandulu.
Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang pernah saya lakukan dengan Light dulu,
saya rasa macam mahu amuk!
(Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway)
6.
a) Berikan empat perwatakan Blackway yang terdapat dalam petikan drama di atas.
(4
markah)
7. Berdasarkan Teks Kubentang Sehelai Peta yang telah anda pelajari dalam Antologi Teks
Kesusasteraan Melayu Moden, nyatakan :
a) Maksud drama? (2 markah)
b) Nyatakan dua nilai yang anda pelajari dalam drama yang telah anda kaji? (2 markah)
Aku mengambil sehelai kertas
yang lain yang masih
putih tanpa
garis dan
warna
dan
kugariskan menjadi bulatan
banyak-banyak:
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
00
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
000
00000000000000000000000000000000000000000
8.
Berdasarkan petikan di atas kenapakah watak Aku melukis sedemikian? Nyatakan pendapat
anda berdasarkan anda pelajari? (4 markah)
Bertahun-tahun lamanya kami bekerja di Kawai Maru yang didaftarkan di kobe. kapal
raksasa itu milik Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Dia lebih
kenal ombak gelombang Jepun dari pesisir Hokkaido hingga Pulau Parece Vela di selatan,
daripada mengenal daratan.
(Dipetik daripada Novel Naratif Ogoshoto karya Anwar
Ridhwan) (Dipetik daripada novel Naratif
Ogonshoto)
9.
Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. (4 markah)
10. Berdasarkan novel yang anda kaji.
a) Nyatakan 4 nilai yang anda boleh contohi dari karya novel tersebut. (4 markah)
Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar; Kalau mengail ikan tenggiri,
Mari encik marilah tuan, Umpan di taut ikannya bilis;
Barang baik baru keluar. Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!
Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat, Air hangat air bertapis,
Datang menengok, bukan membeli. Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
Empat lima kuda di medan, Kurang tenaga tidak melawan?
Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga. Pasang panjut keliling rumah,
Bunga api di tengah laman;
Kuda tengkot menang berlumba, Bukan kedekut, bukannya lemah,
Lompat bertangkup keempat kaki; Cumanya hati belum berkenan.
Mengapa takut masuk berniaga?
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Dari Medan ke Sibolga,
Penakut sungguh rupanya ikan, Padi di Langkat bawa ke Deli;
Umpan di kail lari menerpi; Kasih bukan barang berniaga,
Kedekut sungguh tuan nak makan, Hati tak dapat dijual beli.
Makanan baik tidak terbeli!
Kalung Bunga, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka
a) Jelaskan tiga ciri pantun di atas. (6 markah)
b) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. (6 markah)
c) Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti anda. (8 markah)
2. Berdasarkan Sastera Epik:
a) Jelaskan dua kehebatan Laksamana Hang Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik “Hang
Tuah Diutus ke Siam. (8 markah)
b) Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sastera epic tersebut. (8 markah)
c) Berdasarkan karya tersebut berapakah jumlah gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dan
berapa ekor gajah yang diberikan oleh Phra Cau? Jelaskan. (4 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.
3. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
a) Jelaskan tema puisi di atas. (4 markah)
b) Huraikan gambaran masyarakat yang terdapat dalam puisi di atas. (4markah)
c) Nyatakan dua gaya Bahasa di atas berserta contoh. (4 markah)
d) Cipta sebuah sajak bertemakan alam sekitar. Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga
15 baris (8 markah)
4. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway :
a) Jelaskan lima perwatakan Mat Piah. (10 markah)
b) Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam drama ini. (10 markah)
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6.
5. Cerpen “00000000000”, karya Shanon Ahmad memaparkan jati diri manusia yang lemah.
a) Nyatakan lima peristiwa yang menggambarkan sikap tersebut. (10 markah)
b) Berikan lima pengajaran yang kita perolehi daripada karya tersebut.
(10 markah)
6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhuan :
a) Huraikan lima persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. (10 markah)
b) Terangkan lima citra masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang. (10 markah)
*******KERTAS SOALAN TAMAT*******
SKEMA JAWAPAN PPT KESUSASTERAAN MELAYU 2016
BAHAGIAN SATU (40 MARKAH)
1. a) Maksud puisi di atas ialah penyajak memberitahu penjual dengan mempelawa pembeli
membeli barang yang baru keluar. (2 markah)
b) Gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas ialah :
i. Kata ganda – contohny; terbang naik berlegar-legar (2 markah)
ii. Repetisi – Burung kekek burung di hutan, (2 markah)
2. Punca utama menyebabkan pendekar Jepun amarah dan mengamuk di balairung istana:
i. Hang Tuah menunjukkan beraninya dengan mencabar pendekar Jepun
ii. Hang Tuah telah berlawan salah seorang pendekar dan memotog telinga, hidung dan
membelah dua kepalanya.
iii. Hang Tuah mengatakan dia boleh bunuh 40 orang dengan mudah.
3. i. Negeri Patani
ii. 6 ekor gajah – 4 jantan, 2 betina
4. a) Persoalan pengaruh luar yang mempengaruhi pemikiran dan budaya masyarakat.
Kemajuan membawa pengaruh asing yang memberi kesan terhadap pemikiran
dan budaya masyarakat.
b) Dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas ialah :
i. Personifikasi – berkali-kali resahnya disengat matahari
ii. Kata ganda separa penuh – Berkali-kali
iii. metafora – langit peradaban
iv. Sinkope – tak sepatutnya “tidak”
v. Asonansi – vocal “a” berkali-kali resahnya disengat matahari
vi. Aliterasi – konsonan “n” di langit peradaban yang tak berpagar
5. a) Dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas :
i. Bahasa asing iaitu Enggeris – Good God!, Yes, Sir, Trishaw; Sir?
ii. Sinkope – nasib baik tak mencarut
iii. Kata ganda - jalan-jalan, sebaik-baik
b) Peristiwa ini berlaku di hadapan Hotel E&O
Blackway ingin pergi ke Padang kota Lama hadapan Fort Cornwallis
6. Empat perwatakan Blackway yang terdapat dalam petikan drama di atas ialah :
i. Seorang yang mudah mengaku kesalahan dan memohon maaf
ii. Seorang yang menyesal atas perbuatan yang telah dilakukannya
iii. Seorang yang kejam dan tamak haloba
iv. Pemarah dan bercakap besar
v. Seorang penipu, penindas, dan penyamun
7. a) Maksud drama – drama ialah sebuah karya prosa atau sebuah cerita yang
mempunyai dialog yang melibatkan aksi, pergerakan dan mempunyai babak dalam setiap
cerita.
b) Dua nilai yang saya pelajari dari drama saya kaji ialah :
1) Nilai semangat patriotisme. Contohnya, Mat Piah menyatakan “saya sekolah
sampai darjah enam sahaja, tapi boleh hafal tarikh pembukaan pulau pinang.
2) Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon maaf “saya minta
ampun, minta maaf kepada semua orang melayu dan orang Pulau Pinang.
3) Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik beca
demi mencari sesuap nasi.
4) Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat menghargai sejarah tanah airnya
iaitu Pulau Pinang.
5) Nilai kesabaran. Mat Piah sabar dengan sikap dan perlakuan Blackway yang
pelik dan kadang-kadang membuat dia marah.
6) Nilai kejujuran. Kejujuran dapat dilihat dari sikap Mr. Blackway yang
menceritakan fakta sebenar tentang francis Light yang menipu daya Sultan kedah
untuk merampas Pulau Pinang.
7) Nilai ketaatan dan kesetiaan. Nilai ketaatan terserlah dalam diri Mr. Blackway
yang dengan sejarah penjajah bangsa mereka.
8. Watak aku melukis sedemikian kerana Aku dapati Dol tidak mempunyai apa-apa
yang baik yang boleh dicontohi dan diikuti oleh masyarakat terutama sekali anak-anak
mudah ini kerana penampilan Dol tiada nilai dan identiti sebaliknya memaparkan jati diri
manusia yang lemah.
9. Dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah :
i. Masyarakat yang bekerja di atas kapal
ii. Masyarkat yang bekerja sebagai nelayan
iii. Masyarakat yang bergantung hidup dengan lautan – rezeki di lautan
10. 4 nilai yang boleh dicontohi dari karya tersebut ialah :
i. Kegigihan iv. Kebijaksanaan
ii. Ketabahan v. Kepimpinan
iii. Keyakinan vi. Kerakusan vii. Hormat-menghormati
BAHAGIAN DUA (60 MARKAH)
BAHAGIAN A
1. a) Tiga ciri pantun di atas ialah pertama pantun tersebut terdiri daripada 9 rangkap,
ciri yang kedua ialah setiap rangkap mempunyai 4 baris yang sama iaitu 2 pembayang
2 maksud, ciri yang ketiga ialah jumlah patah perkataan hampir sekata iaitu 4 hingga
5 patah kata, ciri yang keempat ialah pantun ini mempunyai 9 hingga 10 suku kata
dalam sebaris dan ciri bentuk yang terakhir iaitu rima akhir pantun adalah terikat iaitu abab.
ATAU
1) Pantun ini terdiri daripada 9 rangkap.
2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris (kerat).
3) Pantun ini juga mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan sebaris.
4) Puisi ini juga mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris.
5) Rima akhir terikat iaitu abab.
b) Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah pertama kita
mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam
urusan jual beli dengan melayan tawar menawar dengan pembeli. Pengajaran yang kedua
ialah kita hendaklah bersopan-santun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli
bersopan santun menolak pelawaan penjual dengan baik menggunaka bahasa yang
sopan. Pengajaran yang ketiga ialah kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam
urusan jual beli. Contohnya, peniaga tidak menipu pembeli sebaliknya penjual jujur
dalam berkata-kata. Pengajaran yang keempat ialah kita hendaklah gigih daam
melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan. Contohnya, penjual bersungguh-sungguh
untuk menjual barang yang dijualnya. Pengajaran yang kelima yang diperolehi dari pantun
di atas juga ialah kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli-belah, contohnya pembeli
berjimat- cermat dalam membeli sesuatu barang.
ATAU
1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak
ansur dalam urusan jual beli.
2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli
bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.
3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya
peniaga tidak menipu pembeli.
4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya;
penjual bersungguh-sungguh untuk menjual ikan yang dijual.
5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli
berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang.
c) Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti anda. (8 markah)
CONTOH : Terbang tinggi burung merpati
Datang hinggap ke pohon jati
Pohon jati ditepi kali
Hidup bernilai tinggi
saling berkasih hormat-menghormati
barulah hidup disanjungi
2. a) Dua kehebatan Laksamana Hang Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik
“Hang Tuah Diutus ke Siam” ialah pertama Hang Tuah seorang yang sangat
bijaksana. Kebijaksanaan Hang Tuah terbukti dan dapat dilihat pada peristiwa Hang Tuah
yang disambut oleh Oya Bagelang yang meminta Hang Tuah memenuhi permintaan
Raja mereka iaitu Phrau Cau mengadap sembah dengan merangkak. Namun, Hang Tuah
yang bijaksana tidak ingin berbuat demikian dengan tegas dan bijaksana memohon
masuk mengadap mengikut cara adat Melayu Melaka.
Kehebatan kedua Laksamana Hang Tuah ialah dia pandai bermain keris
dan melawan musuh dengan menggunakan taktik dan cara yang bijak. Hang Tuah
telah berjaya tewaskan Pendekar Jepun dengan memotong telinga, hidung dan membelah
dua kepala pendekar tersebut dan membunuh empat lagi yang lain semasa kejadian
amukan pendekar Jepun di balairung istana Phrau Cau.
Kehebatan Hang Tuah seterusnya ialah dia seorang yang sangat berani hal
ini disokong dengan peristiwa Hang Tuah tewaskan sekatan kumpulan Pendekar
Jepun yang telah menahan dan menyekat laluan kapal Hang Tuah yang menuju balik ke
Melaka. Semua Jepun dibunuh dan ditewaskan oleh Hang Tuah.
b) Dua latar tempat yang terdapat dalam sastera epik tersebut ialah pertama di
istana Melaka. Contohnya, balairung tempat Sultan Melaka bertitah menginginkan
enam ekor gajah dan Laksamana telah dipilih untuk dihantar ke Benua Siam untuk
pergi mendapatkan gajah tersebut.
Latar tempat yang kedua ialah negeri Patani di Benus Siam. Negeri
Patani merupakan negeri baru dibuka oleh Phrau Cau. Hang Tuah pergi ke Patani
untuk mengutus surat dari Sultan Melaka dan mendapatkan gajah yang diminta oleh
Sultan Melaka.
Latar tempat yang ketiga ialah teluk siam iaitu laluan kapal Hang Tuah dari selat
Melaka menuju ke Patani perlu melalui teluk siam.
Latar tempat yang keempat ialah Gunung Ledang dimana Hang Tuah dihantar untuk
membantu Putera dan Puteri Raja Melaka yang akan ditabal menjadi raja ditempat tersebut.
c) Jumlah gajah yang diminta oleh Sultan Melaka ialah sebanyak 6 ekor iaitu 4
jantan dan 2 betina manakala yang diberikan oleh Phrau Cau kepada Hang Tuah untuk
dibawa pulang ialah sebanyak 10 ekor gajah iaitu ditambah lagi 2 ekor jantan dan 2 ekor
betina kerana atas jasa bakti dan kehebatan Hang Tuah dalam menewaskan pendekar
Jepun yang telah mengamuk.
BAHAGIAN B
3. a) Tema puisi di atas ialah Sajak ini mengemukakan tema pembangunan
yang melenyapkan tradisi. Perubahan dialami oleh masyarakat di mana kemajuan
dan pembaharuan semakin diraih. Kesannya adalah terkoyaknya tradisi dan
kehilangan budaya dan adat yang menjadi warisanbangsa. Penghakisan berlaku disebabkan
oleh ketamakan dan pengaruh kebendaan yang mempengaruhi nilai hidup.
Ia dijelaskan melalui :
Inilah sawah tradisi
yang semakin dibiaki
onak dan lalang dari belukar seberang
padi kuning yang sedang masak
bersarang tikus oportunis
yang kian tamak
b) Gambaran masyarakat yang terdapat dalam puisi di atas ialah pertama masyarakat
petani yang bekerja sebagai pesawah padi di kampung. Seorang tua yang bekerja sebagai
petani gigih berusaha bercucuk tanam padi demi mencari sesuap nasi. Jasa dan peranan petani
sangat besar dalam menabur sumbangan dan bakti pada negara.
Gambaran masyarakat yang kedua masyarakat moden yang
mementingkan keuntungan dan mengejar pembangunan dan kemajuan tanpa memikirkan
kesan pada masa hadapan. Tanah sawah yang dipertahankan selama ini oleh petani tua
hampir musnah dengan kemajuan dan penerokaan pembanguna yang berlaku.
Gambaran masyarakat yang ketiga masyarakat yang mementingkan tinggal
nenek moyang iaitu tradisi bersawah adalah satu pekerjaan tinggalan nenek moyang yang
masih dipertahankan dari musnah dan binasa akibat kemajuan yang berlaku.
c) Dua gaya bahasa dalam sajak di atas ialah :
Sinkope
yang tak pernah lekang
Pengulangan kata
Contoh : yang
Metafora
Contoh : selut sejarah
langit peradaban
tikus oportunis
Aliterasi
Contoh : onak dan lalang dari belukar seberang (pengulangan bunyi konsonan n)
Asonansi
Contoh : pada laung azan semakin retak (pengulangan bunyi vokal a)
Personifikasi
Saat petang bersandar di surau usang
Hiperbola
Contoh : cita-cita tinggal Cuma sepadang lalang
d) Ciptakan sajak bertemakan ALAM SEKITAR. (8 MARKAH)
4. a) Lima perwatakan Mat Piah ialah :
Nama sebenar Mat Piah ialah MUHAMMAD HANIFAH
Berusia 40-an
Bekerja sebagai penarik beca di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang
Bekas pesakit jiwa atau mental tetapi telah pulih namun masih juga berhalusinasi
Seorang yang lucu dan kuat ketawa
Periang dan sesekali sentimentalis
Hidup membujang bersama beca tuanya dan becanya juga tempat tidur serta rumahnya.
b) Lima persoalan yang terdapat dalam drama ini ialah :
1) Persoalan tentang sikap gigih dan tekun seorang lelaki berusia 40-an
untuk meneruskan hidup selepas pulih dari sakit mental dengan menjadi penarik
beca. Walaupun dia bekas pesakit mental lelaki tersebut iaitu Mat Piah gigih dan tekun
mencari rezki dengan menjadi penarik beca bagi meneruskan sisa sisa hidup di
bandar Georgetown.
2) Persoalan tentang pengetahuan sejarah tanah air iaitu sejarah penjajahan British
di Pulau Pinang oleh Francis Light. Mat Piah tahu akan sejarah Pulau Pinang dan
ditambah dengan fakta sebenar sejarah perampasan Pulau Pinang oleh Francis Light dari
Sultan kedah.
3) Persoalan tentang sikap rakus penjajah yang suka merampas, mencuri,
merompak, menipu daya dan rasuah demi mendapatkan tanah Pulau Pinang dengan perlbagai
helah semata-mata untuk mengaut untung dengan emas, perak, dan bijih timah.
4) Persoalan tipu helah dan perjanjian yang menyebabkan pulau pinang jatuh ke tangan
British iaitu Francis Light adakan perjanjian Inggeris-kedah untuk menguasai Pulau Pinang
dengan tipu helah bagi membuat pangkalan tentera mereka di Pulau Pinang.
5) Persoalan tentang sikap kesetiaan pada penguasa dan pemerintah. Blackway
dan Francis Light sangat setia kepada King Goerge III dengan meluaskan tanah
jajahan. Blackway juga selalu menyebut “ save the king,, save my king,,” sentiasa mendaokan
raja mereka dan taat setia pada raja mereka.
6) Persoalan tentang sikap bangga dan kemegahan bangsa penjajah. Persoalan ini
jelas ketara apabila Blackway melihat tanda jalan “Lebuh Light” yang menjadi tanda tempat
itu penah dikuasai oleh bangsa mereka. Terlihat kebanggaan diwajah Blackway
dengan pencapain bangsa mereka dalam penjajahan penguasaan bangsa mereka.
7) Persoalan tentang masyarakat Melayu yang kuat semangat Patriotisme. Hal ini dapat
dilihat dengan aksi dan gaya perbuatan dan percakapan Mat Piah yang marah dengan Blackway
yang menceritakan tentang Francis Light menipu daya Sultan Muhammad Jiwa untuk
mendapatkan Pulau Pinang dengan cara tipu helah.
8) Persoalan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh golongan masyarakat
yang hidup gelandangan yang merempat. Namun mereka boleh dirawat dan pulih.
Contohnya Mat Piah merupakan bekas pesakit mental yang hanya hidup dan berkelana
dengan becanya sahaja.
9) Persoalan tentang gejala sosial anak muda iaitu Mat Rempit. Contohnya,
Blackway takut dengan bunyi enjin motor yang disangkanya serangan siam, sebaliknya anak-
anak muda bermain motor dan Mat Piah menyatakan itu semua bala kepada masyarakat.
Terdapat unsur teguran secara sinis dalam persoalan ini.
BAHAGIAN C
5. a) Lima peristiwa yang menggambarkan sikap tersebut ialah :
a) Dol penyanyi rock kegilaan remaja dijemput untuk datang ke studio “aku” bagi melukis
dan menulis tentang penampilan dan identity diri Dol
b) Dol datang ke studio dan Aku juga menjemput Kawan baiknya sasterawan iaitu
Daiman Kreko bagi sama-sama menelaah tentang diri Dol
c) Aku dan Daiman Kreko mula melukis dan menulis tentang Dol dari kepala hingga kaki.
d) Aku mula melukis dari kepala Dol turun ke tubuh Dol semuanya menampilkan
pakaian cara barat iaitu rambutnya gerbang macam sarang tupai dan subang di telinga,
manakala dilehernya terdapat rantai yang panjang hingga ke pusat.
e) Aku terus melukis tentang Dol hinggalah kaki Dol yang memakai kasut but
tebal semuanya tidak memberi apa-apa makna
semuanya 000000000000000000000000000000000000000000000000000.
f) Aku dan Daiman Kreko hanya mampuketawa Dol turut ketawa yang mana dia ketawakan
dirinya sendiri yang hanya berpakaian seperti bertelanjang bulat itu.
b) Lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen “000000000” karya Shahnon Ahmad ialah
a) Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh dan kuat. Contohnya generasi
anak muda perlu ada identiti dan menanam budaya bangsa dalam diri dan jiwa dan tidak
perlu terikut budaya barat yang merosakkan.
b) Kita janganlah mengagung-agungkan budaya barat. Contohnya, Dol
yang berpenampilan gaya rock dan punk.
c) Kita wajarlah menjadi orang cerdik pandai. Contohnya Daiman Kreko dan Aku
merupakan golongan cerdik pandai dan berpelajaran.
d) Kita mestilah mengembangkan potensi diri contohnya Aku dan Daiman Kreko
bersaing menjadi orang yang hebat dan berjaya.
e) Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dalam diri agar kita sentiasa
berpijak dibumi yang nyata dan tidak lupa asal usul kita dan cinta dan sayang budaya
bangsa dan agama.
f) Kita perlulah menjalinkan hubungan baik dan ikatan siltulrahim. Contohnya, Aku
dan Daiman Kreko merupakan sahabat baik.
6. a) Lima persoalan yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan ialah :
1) Persoalan tentang masyarakat yang bergantung hidup dengan
aktiviti/ekonomi kelautan
2) Persolan tentang sikap bijak ambil peluang dan gunakan peluang
3) Persoalan tentang sikap kepimpinan dan politik
4) Persoalan tentang ketabahan dan kegigihan penduduk Pulau Ogonshoto
5) Persoalan tentang golongan bijak pandai dan golongan bawahan
b) Lima citra masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto
ialah :
1) Masyarakat yang berpelajaran, contohnya Anak Malagna tekah diberikan pelajaran
dan pendidikan sehingga ke Universiti.
2) Masyarkat yang bekerja di lautan sebagai nelayan dan bekerja di atas kapal.
3) Masyarakat yang penyayang.
4) Masyarakat golongan pemimpin yang gila kuasa. Pegawai Provinsi Ture
sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan menjadi ketua, walaupun dirinya sendiri
yang terbunuh.
5) Masyarakat yang hidup di kepulauan.
6) Masyarakat yang akur dan menurut perintah.

More Related Content

What's hot

Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8Ari Sudibjo
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasazeknasir
 
Bahasa indonesia kelas ix
Bahasa indonesia kelas ixBahasa indonesia kelas ix
Bahasa indonesia kelas ixYusuf Harfi
 
Novel & Komsas
Novel & KomsasNovel & Komsas
Novel & Komsasjigy lulu
 
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjamanBMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjamanBotol Budu
 
Soal Bahasa Indonesia Kelas IX
Soal Bahasa Indonesia Kelas IXSoal Bahasa Indonesia Kelas IX
Soal Bahasa Indonesia Kelas IXYusuf Harfi
 
Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1MTs DARUSSALAM
 
24 NOTA TATABAHASA.pdf
24 NOTA TATABAHASA.pdf24 NOTA TATABAHASA.pdf
24 NOTA TATABAHASA.pdfWanHanafi6
 
Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2
Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2
Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2Andi Saputro
 
Ulangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.com
Ulangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.comUlangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.com
Ulangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.comSekolah Dasar
 
Soal pengetahuanumum
Soal pengetahuanumumSoal pengetahuanumum
Soal pengetahuanumumjuniato
 
Berita dan feature sumber tempo
Berita dan feature sumber tempoBerita dan feature sumber tempo
Berita dan feature sumber tempobahanamahasiswa
 
standart kompetensi
standart kompetensistandart kompetensi
standart kompetensialfiahaja
 
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ipsSoal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ipsCyka Chairunissa
 
Musyawarah burung
Musyawarah burungMusyawarah burung
Musyawarah burungIdul Choliq
 
Soal Bahasa Indonesia Kelas 5
Soal Bahasa Indonesia Kelas 5Soal Bahasa Indonesia Kelas 5
Soal Bahasa Indonesia Kelas 5Amphie Yuurisman
 
Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1ly infinitryx
 
Materi bahasa indonesia
Materi  bahasa indonesiaMateri  bahasa indonesia
Materi bahasa indonesiaArie Bonuo™
 
Tugas libur semester ganjil bin 7
Tugas libur semester ganjil bin 7Tugas libur semester ganjil bin 7
Tugas libur semester ganjil bin 7Ari Sudibjo
 

What's hot (20)

Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8Tugas libur semester ganjil bin kls 8
Tugas libur semester ganjil bin kls 8
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
Bahasa indonesia kelas ix
Bahasa indonesia kelas ixBahasa indonesia kelas ix
Bahasa indonesia kelas ix
 
Novel & Komsas
Novel & KomsasNovel & Komsas
Novel & Komsas
 
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjamanBMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
BMModul 13-kesilapan-ejaan-imbuhan-pinjaman
 
Soal Bahasa Indonesia Kelas IX
Soal Bahasa Indonesia Kelas IXSoal Bahasa Indonesia Kelas IX
Soal Bahasa Indonesia Kelas IX
 
Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1Cinta berbahasa arab 1
Cinta berbahasa arab 1
 
24 NOTA TATABAHASA.pdf
24 NOTA TATABAHASA.pdf24 NOTA TATABAHASA.pdf
24 NOTA TATABAHASA.pdf
 
Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2
Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2
Pts tema 6 sub 2 kls 4 st2
 
Ulangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.com
Ulangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.comUlangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.com
Ulangan bahasa indonesia kelas 5 semester 2 www.mautidakmauharusmau.blogspot.com
 
Soal pengetahuanumum
Soal pengetahuanumumSoal pengetahuanumum
Soal pengetahuanumum
 
Berita dan feature sumber tempo
Berita dan feature sumber tempoBerita dan feature sumber tempo
Berita dan feature sumber tempo
 
standart kompetensi
standart kompetensistandart kompetensi
standart kompetensi
 
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ipsSoal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
Soal prediksi dan tryout un bahasa indonesia sma program ipa ips
 
Musyawarah burung
Musyawarah burungMusyawarah burung
Musyawarah burung
 
Soal Bahasa Indonesia Kelas 5
Soal Bahasa Indonesia Kelas 5Soal Bahasa Indonesia Kelas 5
Soal Bahasa Indonesia Kelas 5
 
Tbs
TbsTbs
Tbs
 
Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1
 
Materi bahasa indonesia
Materi  bahasa indonesiaMateri  bahasa indonesia
Materi bahasa indonesia
 
Tugas libur semester ganjil bin 7
Tugas libur semester ganjil bin 7Tugas libur semester ganjil bin 7
Tugas libur semester ganjil bin 7
 

Similar to MODUL PDPR KMK

Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014Ressa
 
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014ekraisira
 
Syair burung nuri karya rahman kaeh
Syair burung nuri karya rahman kaehSyair burung nuri karya rahman kaeh
Syair burung nuri karya rahman kaehBeela Sensei
 
Puisi lama dan puisi baru
Puisi lama dan puisi baruPuisi lama dan puisi baru
Puisi lama dan puisi barumoncos123
 
MODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJASMODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJASbuwarnisutopo
 
UH 1 Puisi Rakyat.docx
UH 1 Puisi Rakyat.docxUH 1 Puisi Rakyat.docx
UH 1 Puisi Rakyat.docxariskadewi6
 
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIAUji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIAAmphie Yuurisman
 
Analisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. Idrus
Analisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. IdrusAnalisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. Idrus
Analisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. IdrusOki Feri Juniawan
 

Similar to MODUL PDPR KMK (13)

Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014Soal Ujian Nasional 2014
Soal Ujian Nasional 2014
 
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
Modul 4 UN bahasa Indonesia 2013 2014
 
Us sastra 22012 b
Us sastra 22012 bUs sastra 22012 b
Us sastra 22012 b
 
Syair burung nuri karya rahman kaeh
Syair burung nuri karya rahman kaehSyair burung nuri karya rahman kaeh
Syair burung nuri karya rahman kaeh
 
Contoh puisi lama
Contoh puisi lamaContoh puisi lama
Contoh puisi lama
 
DRAMA
DRAMADRAMA
DRAMA
 
Puisi lama dan puisi baru
Puisi lama dan puisi baruPuisi lama dan puisi baru
Puisi lama dan puisi baru
 
MODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJASMODUL PUISI DAN MAJAS
MODUL PUISI DAN MAJAS
 
UH 1 Puisi Rakyat.docx
UH 1 Puisi Rakyat.docxUH 1 Puisi Rakyat.docx
UH 1 Puisi Rakyat.docx
 
Macam macam puisi lama
Macam macam puisi lamaMacam macam puisi lama
Macam macam puisi lama
 
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIAUji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
Uji Coba Ujian Nasional (UCUN) 1 2017-2018 Paket A BAHASA INDONESIA
 
Analisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. Idrus
Analisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. IdrusAnalisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. Idrus
Analisis struktural dalam drama kejahatan membalas dendam karya A. Idrus
 

Recently uploaded

Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 

Recently uploaded (20)

Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 

MODUL PDPR KMK

  • 1. Bahagian Satu [40 markah] Jawab semua soalan. Burung kekek burung di hutan, Terbang naik berlegar-legar; Mari encik marilah tuan, Barang baik baru keluar. (Dipetik daripada Nilai Insan) 1. a) Nyatakan maksud puisi di atas. (2 markah) b) Berikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. (2 markah) Sebermula Si Jepun yang bertujuh itu pun terlalu amarah serta katanya, “Cih, tiada berbudi Melayu ini! Ia hendak menunjukkan beraninya kepadaku,” lalu ia menghunus pedangnya lalu diparangnya segala hulubalang yang di hadapan itu. Maka gemparlah segala oban dan akum, aprak, amum-amum pun habis berterjunan di balairung itu. Maka maksud Jepun itu hendak membunuh Phrau Cau; Phrau cau itu pun segera masuk ke istana. (Dipetik daripada Nilai Insan) 2. Berdasarkan peristiwa di atas apakah punca utama menyebabkan pendekar Jepun amarah dan mengamuk di balairung istana. (4 markah) Maka Laksamana pun beriwayatlah daripada pertamanya datang kesudahannya. Maka raja dan segala pegawai pun hairan menengar dia. Maka titah baginda, “Adapun gajah yang besar ini kita namai Pudi Manikam dan yang seekor ini Permata Sailan,” Setelah sudah maka baginda pun berangkat masuk ke dalam istana itu. (Dipetik daripada Nilai Insan) 3.
  • 2. Berdasarkan peristiwa di atas, Hang Tuah telah di utus ke Siam untuk mendapatkan gajah seperti permintaan Sultan Melaka, negeri apakah yang Hang Tuah pergi dan berapa ekor gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dengan raja negeri tersebut? (4 markah) Berkali-kali resahnya disengat matahari yang semakin lebar di langit peradaban yang tak berpagar (Dipetik daripada sajak Kubentang Sehelai Peta) 4. a) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam rangkap puisi di atas? (2 markah) b) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas? (2 markah) BLACKWAY : Good God! MAT PIAH : Nasib baik tak mencarut … (Menenteramkan dirinya dan segera tersenyum ramah sebaik-baik sahaja melihat BLACKWAY). MAT PIAH : Yes, Sir, Trishaw; Sir? BLACKWAY : Boleh bawa saya pergi jalan-jalan? (Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway) 5. a) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas? (2 markah) b) Dimanakah peristiwa ini berlaku dan kemanakah tempatBlackway ingin pergi? (2 markah) BLACKWAY : Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang. Memangkami penipu, penindas, penyamun. Sayasendiri maludengan apa-apa yangpernah kami lakukandulu.
  • 3. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang pernah saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk! (Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway) 6. a) Berikan empat perwatakan Blackway yang terdapat dalam petikan drama di atas. (4 markah) 7. Berdasarkan Teks Kubentang Sehelai Peta yang telah anda pelajari dalam Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden, nyatakan : a) Maksud drama? (2 markah) b) Nyatakan dua nilai yang anda pelajari dalam drama yang telah anda kaji? (2 markah) Aku mengambil sehelai kertas yang lain yang masih putih tanpa garis dan warna dan kugariskan menjadi bulatan banyak-banyak: 0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 00 0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 000 00000000000000000000000000000000000000000 8. Berdasarkan petikan di atas kenapakah watak Aku melukis sedemikian? Nyatakan pendapat anda berdasarkan anda pelajari? (4 markah)
  • 4. Bertahun-tahun lamanya kami bekerja di Kawai Maru yang didaftarkan di kobe. kapal raksasa itu milik Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Dia lebih kenal ombak gelombang Jepun dari pesisir Hokkaido hingga Pulau Parece Vela di selatan, daripada mengenal daratan. (Dipetik daripada Novel Naratif Ogoshoto karya Anwar Ridhwan) (Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto) 9. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. (4 markah) 10. Berdasarkan novel yang anda kaji. a) Nyatakan 4 nilai yang anda boleh contohi dari karya novel tersebut. (4 markah) Bahagian Dua [60 markah] Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik) Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2 1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) Burung kekek burung di hutan, Terbang naik berlegar-legar; Kalau mengail ikan tenggiri, Mari encik marilah tuan, Umpan di taut ikannya bilis; Barang baik baru keluar. Makanan baik tidak terbeli, Sayang takut duitnya habis! Hari Jumaat pergi memukat, Orang menangguk ikan di kali; Minta maaf belum berhajat, Air hangat air bertapis, Datang menengok, bukan membeli. Tuangkan saya agak secawan; Sayang sangat duitnya habis, Empat lima kuda di medan, Kurang tenaga tidak melawan? Kuda tengkot ke depan juga; Bukan panglima rupanya tuan, Makanya takut masuk berniaga. Pasang panjut keliling rumah, Bunga api di tengah laman; Kuda tengkot menang berlumba, Bukan kedekut, bukannya lemah, Lompat bertangkup keempat kaki; Cumanya hati belum berkenan. Mengapa takut masuk berniaga?
  • 5. Kurangkah sanggup sifat lelaki. Dari Medan ke Sibolga, Penakut sungguh rupanya ikan, Padi di Langkat bawa ke Deli; Umpan di kail lari menerpi; Kasih bukan barang berniaga, Kedekut sungguh tuan nak makan, Hati tak dapat dijual beli. Makanan baik tidak terbeli! Kalung Bunga, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka a) Jelaskan tiga ciri pantun di atas. (6 markah) b) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. (6 markah) c) Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti anda. (8 markah) 2. Berdasarkan Sastera Epik: a) Jelaskan dua kehebatan Laksamana Hang Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik “Hang Tuah Diutus ke Siam. (8 markah) b) Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam sastera epic tersebut. (8 markah) c) Berdasarkan karya tersebut berapakah jumlah gajah yang diminta oleh Sultan Melaka dan berapa ekor gajah yang diberikan oleh Phra Cau? Jelaskan. (4 markah)
  • 6. Bahagian B (Puisi Moden dan Drama) Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4. 3. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. a) Jelaskan tema puisi di atas. (4 markah) b) Huraikan gambaran masyarakat yang terdapat dalam puisi di atas. (4markah) c) Nyatakan dua gaya Bahasa di atas berserta contoh. (4 markah) d) Cipta sebuah sajak bertemakan alam sekitar. Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris (8 markah) 4. Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway : a) Jelaskan lima perwatakan Mat Piah. (10 markah) b) Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam drama ini. (10 markah) Bahagian C (Cerpen dan Novel) Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6. 5. Cerpen “00000000000”, karya Shanon Ahmad memaparkan jati diri manusia yang lemah. a) Nyatakan lima peristiwa yang menggambarkan sikap tersebut. (10 markah) b) Berikan lima pengajaran yang kita perolehi daripada karya tersebut. (10 markah) 6. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhuan : a) Huraikan lima persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. (10 markah) b) Terangkan lima citra masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang. (10 markah) *******KERTAS SOALAN TAMAT******* SKEMA JAWAPAN PPT KESUSASTERAAN MELAYU 2016 BAHAGIAN SATU (40 MARKAH) 1. a) Maksud puisi di atas ialah penyajak memberitahu penjual dengan mempelawa pembeli membeli barang yang baru keluar. (2 markah) b) Gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas ialah : i. Kata ganda – contohny; terbang naik berlegar-legar (2 markah) ii. Repetisi – Burung kekek burung di hutan, (2 markah) 2. Punca utama menyebabkan pendekar Jepun amarah dan mengamuk di balairung istana: i. Hang Tuah menunjukkan beraninya dengan mencabar pendekar Jepun
  • 7. ii. Hang Tuah telah berlawan salah seorang pendekar dan memotog telinga, hidung dan membelah dua kepalanya. iii. Hang Tuah mengatakan dia boleh bunuh 40 orang dengan mudah. 3. i. Negeri Patani ii. 6 ekor gajah – 4 jantan, 2 betina 4. a) Persoalan pengaruh luar yang mempengaruhi pemikiran dan budaya masyarakat. Kemajuan membawa pengaruh asing yang memberi kesan terhadap pemikiran dan budaya masyarakat. b) Dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas ialah : i. Personifikasi – berkali-kali resahnya disengat matahari ii. Kata ganda separa penuh – Berkali-kali iii. metafora – langit peradaban iv. Sinkope – tak sepatutnya “tidak” v. Asonansi – vocal “a” berkali-kali resahnya disengat matahari vi. Aliterasi – konsonan “n” di langit peradaban yang tak berpagar 5. a) Dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas : i. Bahasa asing iaitu Enggeris – Good God!, Yes, Sir, Trishaw; Sir? ii. Sinkope – nasib baik tak mencarut iii. Kata ganda - jalan-jalan, sebaik-baik b) Peristiwa ini berlaku di hadapan Hotel E&O Blackway ingin pergi ke Padang kota Lama hadapan Fort Cornwallis 6. Empat perwatakan Blackway yang terdapat dalam petikan drama di atas ialah : i. Seorang yang mudah mengaku kesalahan dan memohon maaf ii. Seorang yang menyesal atas perbuatan yang telah dilakukannya iii. Seorang yang kejam dan tamak haloba iv. Pemarah dan bercakap besar v. Seorang penipu, penindas, dan penyamun 7. a) Maksud drama – drama ialah sebuah karya prosa atau sebuah cerita yang mempunyai dialog yang melibatkan aksi, pergerakan dan mempunyai babak dalam setiap cerita. b) Dua nilai yang saya pelajari dari drama saya kaji ialah : 1) Nilai semangat patriotisme. Contohnya, Mat Piah menyatakan “saya sekolah sampai darjah enam sahaja, tapi boleh hafal tarikh pembukaan pulau pinang. 2) Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon maaf “saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang melayu dan orang Pulau Pinang. 3) Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik beca demi mencari sesuap nasi. 4) Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat menghargai sejarah tanah airnya iaitu Pulau Pinang. 5) Nilai kesabaran. Mat Piah sabar dengan sikap dan perlakuan Blackway yang pelik dan kadang-kadang membuat dia marah.
  • 8. 6) Nilai kejujuran. Kejujuran dapat dilihat dari sikap Mr. Blackway yang menceritakan fakta sebenar tentang francis Light yang menipu daya Sultan kedah untuk merampas Pulau Pinang. 7) Nilai ketaatan dan kesetiaan. Nilai ketaatan terserlah dalam diri Mr. Blackway yang dengan sejarah penjajah bangsa mereka. 8. Watak aku melukis sedemikian kerana Aku dapati Dol tidak mempunyai apa-apa yang baik yang boleh dicontohi dan diikuti oleh masyarakat terutama sekali anak-anak mudah ini kerana penampilan Dol tiada nilai dan identiti sebaliknya memaparkan jati diri manusia yang lemah. 9. Dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas ialah : i. Masyarakat yang bekerja di atas kapal ii. Masyarkat yang bekerja sebagai nelayan iii. Masyarakat yang bergantung hidup dengan lautan – rezeki di lautan 10. 4 nilai yang boleh dicontohi dari karya tersebut ialah : i. Kegigihan iv. Kebijaksanaan ii. Ketabahan v. Kepimpinan iii. Keyakinan vi. Kerakusan vii. Hormat-menghormati BAHAGIAN DUA (60 MARKAH) BAHAGIAN A 1. a) Tiga ciri pantun di atas ialah pertama pantun tersebut terdiri daripada 9 rangkap, ciri yang kedua ialah setiap rangkap mempunyai 4 baris yang sama iaitu 2 pembayang 2 maksud, ciri yang ketiga ialah jumlah patah perkataan hampir sekata iaitu 4 hingga 5 patah kata, ciri yang keempat ialah pantun ini mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris dan ciri bentuk yang terakhir iaitu rima akhir pantun adalah terikat iaitu abab. ATAU 1) Pantun ini terdiri daripada 9 rangkap. 2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris (kerat). 3) Pantun ini juga mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan sebaris. 4) Puisi ini juga mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris. 5) Rima akhir terikat iaitu abab. b) Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah pertama kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli dengan melayan tawar menawar dengan pembeli. Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bersopan-santun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun menolak pelawaan penjual dengan baik menggunaka bahasa yang sopan. Pengajaran yang ketiga ialah kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya, peniaga tidak menipu pembeli sebaliknya penjual jujur dalam berkata-kata. Pengajaran yang keempat ialah kita hendaklah gigih daam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan. Contohnya, penjual bersungguh-sungguh untuk menjual barang yang dijualnya. Pengajaran yang kelima yang diperolehi dari pantun di atas juga ialah kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli-belah, contohnya pembeli berjimat- cermat dalam membeli sesuatu barang. ATAU 1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli.
  • 9. 2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik. 3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya peniaga tidak menipu pembeli. 4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual bersungguh-sungguh untuk menjual ikan yang dijual. 5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang. c) Cipta satu rangkap pantun enam kerat mengikut kreativiti anda. (8 markah) CONTOH : Terbang tinggi burung merpati Datang hinggap ke pohon jati Pohon jati ditepi kali Hidup bernilai tinggi saling berkasih hormat-menghormati barulah hidup disanjungi 2. a) Dua kehebatan Laksamana Hang Tuah yang terdapat dalam Sastera Epik “Hang Tuah Diutus ke Siam” ialah pertama Hang Tuah seorang yang sangat bijaksana. Kebijaksanaan Hang Tuah terbukti dan dapat dilihat pada peristiwa Hang Tuah yang disambut oleh Oya Bagelang yang meminta Hang Tuah memenuhi permintaan Raja mereka iaitu Phrau Cau mengadap sembah dengan merangkak. Namun, Hang Tuah yang bijaksana tidak ingin berbuat demikian dengan tegas dan bijaksana memohon masuk mengadap mengikut cara adat Melayu Melaka. Kehebatan kedua Laksamana Hang Tuah ialah dia pandai bermain keris dan melawan musuh dengan menggunakan taktik dan cara yang bijak. Hang Tuah telah berjaya tewaskan Pendekar Jepun dengan memotong telinga, hidung dan membelah dua kepala pendekar tersebut dan membunuh empat lagi yang lain semasa kejadian amukan pendekar Jepun di balairung istana Phrau Cau. Kehebatan Hang Tuah seterusnya ialah dia seorang yang sangat berani hal ini disokong dengan peristiwa Hang Tuah tewaskan sekatan kumpulan Pendekar Jepun yang telah menahan dan menyekat laluan kapal Hang Tuah yang menuju balik ke Melaka. Semua Jepun dibunuh dan ditewaskan oleh Hang Tuah. b) Dua latar tempat yang terdapat dalam sastera epik tersebut ialah pertama di istana Melaka. Contohnya, balairung tempat Sultan Melaka bertitah menginginkan enam ekor gajah dan Laksamana telah dipilih untuk dihantar ke Benua Siam untuk pergi mendapatkan gajah tersebut. Latar tempat yang kedua ialah negeri Patani di Benus Siam. Negeri Patani merupakan negeri baru dibuka oleh Phrau Cau. Hang Tuah pergi ke Patani untuk mengutus surat dari Sultan Melaka dan mendapatkan gajah yang diminta oleh Sultan Melaka. Latar tempat yang ketiga ialah teluk siam iaitu laluan kapal Hang Tuah dari selat Melaka menuju ke Patani perlu melalui teluk siam. Latar tempat yang keempat ialah Gunung Ledang dimana Hang Tuah dihantar untuk membantu Putera dan Puteri Raja Melaka yang akan ditabal menjadi raja ditempat tersebut.
  • 10. c) Jumlah gajah yang diminta oleh Sultan Melaka ialah sebanyak 6 ekor iaitu 4 jantan dan 2 betina manakala yang diberikan oleh Phrau Cau kepada Hang Tuah untuk dibawa pulang ialah sebanyak 10 ekor gajah iaitu ditambah lagi 2 ekor jantan dan 2 ekor betina kerana atas jasa bakti dan kehebatan Hang Tuah dalam menewaskan pendekar Jepun yang telah mengamuk. BAHAGIAN B 3. a) Tema puisi di atas ialah Sajak ini mengemukakan tema pembangunan yang melenyapkan tradisi. Perubahan dialami oleh masyarakat di mana kemajuan dan pembaharuan semakin diraih. Kesannya adalah terkoyaknya tradisi dan kehilangan budaya dan adat yang menjadi warisanbangsa. Penghakisan berlaku disebabkan oleh ketamakan dan pengaruh kebendaan yang mempengaruhi nilai hidup. Ia dijelaskan melalui : Inilah sawah tradisi yang semakin dibiaki onak dan lalang dari belukar seberang padi kuning yang sedang masak bersarang tikus oportunis yang kian tamak b) Gambaran masyarakat yang terdapat dalam puisi di atas ialah pertama masyarakat petani yang bekerja sebagai pesawah padi di kampung. Seorang tua yang bekerja sebagai petani gigih berusaha bercucuk tanam padi demi mencari sesuap nasi. Jasa dan peranan petani sangat besar dalam menabur sumbangan dan bakti pada negara. Gambaran masyarakat yang kedua masyarakat moden yang mementingkan keuntungan dan mengejar pembangunan dan kemajuan tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan. Tanah sawah yang dipertahankan selama ini oleh petani tua hampir musnah dengan kemajuan dan penerokaan pembanguna yang berlaku. Gambaran masyarakat yang ketiga masyarakat yang mementingkan tinggal nenek moyang iaitu tradisi bersawah adalah satu pekerjaan tinggalan nenek moyang yang masih dipertahankan dari musnah dan binasa akibat kemajuan yang berlaku. c) Dua gaya bahasa dalam sajak di atas ialah : Sinkope yang tak pernah lekang Pengulangan kata Contoh : yang Metafora Contoh : selut sejarah langit peradaban tikus oportunis Aliterasi Contoh : onak dan lalang dari belukar seberang (pengulangan bunyi konsonan n)
  • 11. Asonansi Contoh : pada laung azan semakin retak (pengulangan bunyi vokal a) Personifikasi Saat petang bersandar di surau usang Hiperbola Contoh : cita-cita tinggal Cuma sepadang lalang d) Ciptakan sajak bertemakan ALAM SEKITAR. (8 MARKAH) 4. a) Lima perwatakan Mat Piah ialah : Nama sebenar Mat Piah ialah MUHAMMAD HANIFAH Berusia 40-an Bekerja sebagai penarik beca di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang Bekas pesakit jiwa atau mental tetapi telah pulih namun masih juga berhalusinasi Seorang yang lucu dan kuat ketawa Periang dan sesekali sentimentalis Hidup membujang bersama beca tuanya dan becanya juga tempat tidur serta rumahnya. b) Lima persoalan yang terdapat dalam drama ini ialah : 1) Persoalan tentang sikap gigih dan tekun seorang lelaki berusia 40-an untuk meneruskan hidup selepas pulih dari sakit mental dengan menjadi penarik beca. Walaupun dia bekas pesakit mental lelaki tersebut iaitu Mat Piah gigih dan tekun mencari rezki dengan menjadi penarik beca bagi meneruskan sisa sisa hidup di bandar Georgetown. 2) Persoalan tentang pengetahuan sejarah tanah air iaitu sejarah penjajahan British di Pulau Pinang oleh Francis Light. Mat Piah tahu akan sejarah Pulau Pinang dan ditambah dengan fakta sebenar sejarah perampasan Pulau Pinang oleh Francis Light dari Sultan kedah. 3) Persoalan tentang sikap rakus penjajah yang suka merampas, mencuri, merompak, menipu daya dan rasuah demi mendapatkan tanah Pulau Pinang dengan perlbagai helah semata-mata untuk mengaut untung dengan emas, perak, dan bijih timah. 4) Persoalan tipu helah dan perjanjian yang menyebabkan pulau pinang jatuh ke tangan British iaitu Francis Light adakan perjanjian Inggeris-kedah untuk menguasai Pulau Pinang dengan tipu helah bagi membuat pangkalan tentera mereka di Pulau Pinang. 5) Persoalan tentang sikap kesetiaan pada penguasa dan pemerintah. Blackway dan Francis Light sangat setia kepada King Goerge III dengan meluaskan tanah jajahan. Blackway juga selalu menyebut “ save the king,, save my king,,” sentiasa mendaokan raja mereka dan taat setia pada raja mereka.
  • 12. 6) Persoalan tentang sikap bangga dan kemegahan bangsa penjajah. Persoalan ini jelas ketara apabila Blackway melihat tanda jalan “Lebuh Light” yang menjadi tanda tempat itu penah dikuasai oleh bangsa mereka. Terlihat kebanggaan diwajah Blackway dengan pencapain bangsa mereka dalam penjajahan penguasaan bangsa mereka. 7) Persoalan tentang masyarakat Melayu yang kuat semangat Patriotisme. Hal ini dapat dilihat dengan aksi dan gaya perbuatan dan percakapan Mat Piah yang marah dengan Blackway yang menceritakan tentang Francis Light menipu daya Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang dengan cara tipu helah. 8) Persoalan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh golongan masyarakat yang hidup gelandangan yang merempat. Namun mereka boleh dirawat dan pulih. Contohnya Mat Piah merupakan bekas pesakit mental yang hanya hidup dan berkelana dengan becanya sahaja. 9) Persoalan tentang gejala sosial anak muda iaitu Mat Rempit. Contohnya, Blackway takut dengan bunyi enjin motor yang disangkanya serangan siam, sebaliknya anak- anak muda bermain motor dan Mat Piah menyatakan itu semua bala kepada masyarakat. Terdapat unsur teguran secara sinis dalam persoalan ini. BAHAGIAN C 5. a) Lima peristiwa yang menggambarkan sikap tersebut ialah : a) Dol penyanyi rock kegilaan remaja dijemput untuk datang ke studio “aku” bagi melukis dan menulis tentang penampilan dan identity diri Dol b) Dol datang ke studio dan Aku juga menjemput Kawan baiknya sasterawan iaitu Daiman Kreko bagi sama-sama menelaah tentang diri Dol c) Aku dan Daiman Kreko mula melukis dan menulis tentang Dol dari kepala hingga kaki. d) Aku mula melukis dari kepala Dol turun ke tubuh Dol semuanya menampilkan pakaian cara barat iaitu rambutnya gerbang macam sarang tupai dan subang di telinga, manakala dilehernya terdapat rantai yang panjang hingga ke pusat. e) Aku terus melukis tentang Dol hinggalah kaki Dol yang memakai kasut but tebal semuanya tidak memberi apa-apa makna semuanya 000000000000000000000000000000000000000000000000000. f) Aku dan Daiman Kreko hanya mampuketawa Dol turut ketawa yang mana dia ketawakan dirinya sendiri yang hanya berpakaian seperti bertelanjang bulat itu. b) Lima pengajaran yang terdapat dalam cerpen “000000000” karya Shahnon Ahmad ialah a) Kita hendaklah mempunyai jati diri yang kukuh dan kuat. Contohnya generasi anak muda perlu ada identiti dan menanam budaya bangsa dalam diri dan jiwa dan tidak perlu terikut budaya barat yang merosakkan.
  • 13. b) Kita janganlah mengagung-agungkan budaya barat. Contohnya, Dol yang berpenampilan gaya rock dan punk. c) Kita wajarlah menjadi orang cerdik pandai. Contohnya Daiman Kreko dan Aku merupakan golongan cerdik pandai dan berpelajaran. d) Kita mestilah mengembangkan potensi diri contohnya Aku dan Daiman Kreko bersaing menjadi orang yang hebat dan berjaya. e) Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme dalam diri agar kita sentiasa berpijak dibumi yang nyata dan tidak lupa asal usul kita dan cinta dan sayang budaya bangsa dan agama. f) Kita perlulah menjalinkan hubungan baik dan ikatan siltulrahim. Contohnya, Aku dan Daiman Kreko merupakan sahabat baik. 6. a) Lima persoalan yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan ialah : 1) Persoalan tentang masyarakat yang bergantung hidup dengan aktiviti/ekonomi kelautan 2) Persolan tentang sikap bijak ambil peluang dan gunakan peluang 3) Persoalan tentang sikap kepimpinan dan politik 4) Persoalan tentang ketabahan dan kegigihan penduduk Pulau Ogonshoto 5) Persoalan tentang golongan bijak pandai dan golongan bawahan b) Lima citra masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel Naratif Ogonshoto ialah : 1) Masyarakat yang berpelajaran, contohnya Anak Malagna tekah diberikan pelajaran dan pendidikan sehingga ke Universiti. 2) Masyarkat yang bekerja di lautan sebagai nelayan dan bekerja di atas kapal. 3) Masyarakat yang penyayang. 4) Masyarakat golongan pemimpin yang gila kuasa. Pegawai Provinsi Ture sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan menjadi ketua, walaupun dirinya sendiri yang terbunuh. 5) Masyarakat yang hidup di kepulauan. 6) Masyarakat yang akur dan menurut perintah.