Edward Said mengkaji konsep Orientalisme yang merupakan cara Barat melihat dan memahami Timur. Beliau menjelaskan bagaimana Orientalisme bermula sebagai cabang ilmu di Barat untuk memahami budaya Timur, namun ia terjejas oleh unsur-unsur politik dan imperialisme Barat yang menganggap Timur sebagai entiti tunggal yang perlu dikuasai."
Sejarah dalam bahasa Yunani, historia, yang berarti “penyelidikan, pengetahuan yang diperoleh melalui penelitian” adalah studi tentang masa lalu, khususnya bagaimana kaitannya dengan manusia
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptxzulfahmi879245
Sebelum abad ke-18 Masihi,
gerakan orientalis lebih tertumpu kepada
usaha-usaha penterjemahan dan kajian
filologi teks al-Quran dan Hadith.
Mereka mengenali umat Islam
sbg Saracen.
Perubahan berlaku setelah peristiwa
Charlemagne
Diteruskan oleh Peter The Venerable(1092-1156 M)
tidak bersetuju memerangi Islam melalui persenjataan.
Sebaliknya melalui kajian kefahaman
Hasilnya lahir terjemahan al-Quran Latin pertama dunia
metodologi pengkajian orientalis mula menampakkan perubahan seawal abad ke-16.
garis masa perkembangan gemilang orientalis di peringkat ini bermula daripada kurun ke-16 hingga kurun ke-18 Masihi.
Peringkat ini dianggap penting bagi kajian orientalis kerana istilah “orientalis” mula dimasukkan dalam kamus Barat.
Peringkat ini merupakan tempoh transisi.
Masyarakat Eropah mengalami ledakan kesedaran inteklektual dan kesedaran nasionalisme berbanding pengalaman lalu di zaman pertengahan (medieval ages).
Zaman yang dikenali sebagai zaman kebangkitan (Renaissance ages).
Kelahiran pemikir seperti golongan humanis, nasionalis, sekular, liberal, rasional, progresif, emperialis, anti-feudal .
Peringkat ini berlaku serentak dengan teknologi percetakan mula diperkenalkan seawal abad ke-15 Masihi.
ensiklopedia dan kajian leksikal dan linguistik bahasa Arab mula meluas.
Bibliotheque Orientale hasil karangan Barthelemy d’Herbelot pada tahun 1697
Kegemilangan intelektual ketimuran berada dalam penguasaan Perancis
Universiti Oxford telah menyaksikan penubuhan Kerusi Kesusasteraan Arab pada tahun 1640 Masihi
seorang sarjana bernama Edward Pococke menjadi sarjana pertama yang menyandang kerusi tersebut.
Kerusi ini ditubuhkan demi menggalakkan pengajian dan pengumpulan bahan-bahan manuskrip daripada wilayah-wilayah Arab.
Peringkat ini juga menyaksikan kajian orientalis telah menjadi sebuah disiplin ilmu terbuka
tidak hanya menumpukan kajian-kajian berbentuk provokatif ke atas Islam tetapi meliputi pelbagai bidang seperti kajian Asia Tengah, Asia Timur dan Asia Tenggara bagi pelbagai tujuan termasuk penyebaran agama Krstian
Pada peringkat ini menyaksikan kedua pergolakan politik Eropah menentang institusi agama Kristian.
Hal ini merangkumi ajaran agama Kristian dan institusi kerahiban Kristian itu sendiri.
Fasa ini berlaku sekitar abad ke-17 Masihi hingga awal abad ke-18 Masihi .
Sebahagian orientalis dilihat mempertahankan Islam daripada serangan dan hujah-hujah yang berat sebelah pihak gereja.
Adriaan Relaand (1676-1718 M) yang
menggesa bahawa sudah tiba masanya
untuk memberikan peluang untuk Islam melalui umatnya bercakap tentang agama tersebut tanpa disulami hujah yang dangkal daripada orientalis Barat
unsur kesenian eksotik menyusup dalam penelitian orientalis
defisini Romantisisme:
Sebahagian daripada sarjana Perancis menegaskan bahawa Romantisisme adalah suatu sensasi perasaan dan pengalaman yang dialami berbanding menyatakan pendefinisiannya.
Gagasan Jean Jacques Rousseau ini secara umumnya, mengangkat semula kedudukan
Latar Belangan Sejarah Antropologi
• Ilmu Antropologi termasuk ilmu-ilmu sosial
yang lain mempunyai sejarah tersendiri.
• Antropologi disebut ilmu yang baru atau
muda karena perkembangan antropologi
relatif baru, sedangkan antopologi disebut ilmu yang tua karena sejarahnya terutama bagian antropologi yang disebut dengan
Etnografi telah dikerjakan orang dari
berbagai bangsa di dunia sudah lebih dari
500 tahun yang lalu.
Recently, last October to be more accurate, I have the privilege to borrow the podcast platform and sit with a member from Oracle Advanced Toasmaster Club, Sivaraj to discussed one of our shared favourite subjects – anime.
Anime was a term used to distinguished Japanese animation from other cartoon. An anime usually is an adaptation from a successful manga origin. Manga is a Japanese comic. Many people view anime as an entertainment for kids. This view however is not accurate. In this podcast segment, me and Sivaraj discussed this issue. We explored how anime touch various deeper philosophical aspect of human life that only can be grasped by an adult audience. This is not to say that all anime only can be understood by adult.
The relationship of anime and philosophy is not something new or made up by me. It has been written by various scholar. For example, Hitoshi Ogawa from Yamaguchi University has written about anime philosophy. Philosophy can be understood from various ways, not only in reading classical text. Hitoshi argued that anime has more philosophical content than some of the philosophy book. Philosophy for Hitoshi is the quest for meaning through the process of thinking. One of his favourite animators which he discussed in length in his writing was Miyazaki Hayao, one of the founders of Studio Ghibli. The Studio that produced many iconic anime such as Spirited Away, My Neighbour Totoro, and Howl’s Moving Castle, just to name a few.
If you have a chance to watch Hayao production, you will quickly realize how the anime gave you a sense of serenity, at the same time leave you with a deeper meaning of various theme such as love, friendship, determination and hard work. The feeling and understanding from these anime make life richer and more meaningful. If you want to know more on this topic, do tune in to our podcast session.
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on TitanSyed Ahmad Fathi
Menurut Karl Marx, ahli falsafah hanya mentafsir dunia dalam pelbagai cara, namun, apa yang perlu dilakukan adalah mengubah dunia. Oleh itu, dari kata-kata Marx ini bolehlah kita fahami bahawa falsafah merupakan tafsiran perihal apa yang ada di dalam dunia ini, apa yang berlaku, mengapa ia berlaku, serta bagaimana ia sepatutnya berlaku. Masyarakat sering melihat animasi Jepun (anime), sebagai satu bentuk hiburan kosong bagi kanak-kanak. Namun hal ini bukanlah seperti yang ditanggapi. Artikel ini ditulis bagi membahaskan persoalan-persoalan falsafah dalam anime Attack on Titan. Antara persoalan falsafah yang dibahaskan termasuklah persoalan sifat semula jadi manusia, falsafah survival dan kebebasan manusia, falsafah politik realisma, juga falsafah ilmu. Perbahasan ini akan menggunakan pemikiran tokoh falsafah klasik seperti Rumi, Machiavelli, Hegel, Marx, Hume, juga ahli falsafah moden seperti Schmitt, Fukuyama, Kojeve, Said, Sagan, Hitoshi Ogawa, Harari dan Syed Hussein Alatas. Selain dari perbahasan falsafah, artikel ini turut mengkaji perbandingan anime ini dengan sejarah dan karya dari Nusantara. Tulisan ini cuba untuk mengisi ruang ilmu yang ada dalam masyarakat perihal kaitan anime, falsafah dan perspektif Nusantara, ia juga ditulis bagi membetulkan kefahaman masyarakat perihal fungsi anime sebagai bahan tontonan yang mampu membina masyarakat dengan pemikiran yang lebih adil, egalitarian, rasional juga progresif.
Perkongsian bersama Universiti Utara Malaysia pada 17 Ogos 2021 membincangkan persoalan mahasiswa dan kerjaya. Antara topik yang dikupas adalah pengalaman temuduga, persediaan dalam mencari pekerjaan, apa yang majikan mahukan dari graduan, juga cabaran graduan dalam memasuki alam pekerjaan.
Fikrah dari sudut bahasanya adalah daya fikir atau pemikiran. Pemikiran ini dibentuk melalui pengalaman kita, pendidikan, keluarga, juga suasana sekeliling. Peranan mahasiswa bukan satu, tetapi pelbagai. Semuanya penting dan perlu dijayakan. Mahasiswa merupakan manusia yang sedang berada dalam fasa kehidupan yang unik, yang punya semangat kuat membakar, perasaan lapar akan pengalaman dan ingin tahu, tenaga yang kuat, intelek yang cerdas, dan masa yang banyak. Ia adalah fasa emas yang tidak boleh disia-siakan.
Bengkel penulisan untuk menjawab beberapa persoalan. Pertama, kenapa kita perlu menulis? Kedua, apa yang hendak kita tulis? Ketiga, bagaimana hendak menulis?
Perbahasan dan perbincangan dua buku dalam bidang Geopolitik. Pertama, buku yang bertajuk Prisoners of Geography: Ten Maps That Tell You Everything You Need to Know About Global Politics yang ditulis oleh Tim Marshall . Kedua, buku bertajuk Asia’s Caulderon: The South China Sea and the End of a Stable Pacific tulisan Robert D. Kaplan.
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
Pendampingan Individu 2 Modul 1 PGP 10 Kab. Sukabumi Jawa BaratEldi Mardiansyah
Di dalamnya mencakup Presentasi tentang Pendampingan Individu 2 Pendidikan Guru Penggerak Aangkatan ke 10 Kab. Sukabumi Jawa Barat tahun 2024 yang bertemakan Visi dan Prakarsa Perubahan pada SMP Negeri 4 Ciemas. Penulis adalah seorang Calon Guru Penggerak bernama Eldi Mardiansyah, seorang guru bahasa Inggris kelahiran Bogor.
Komunitas Belajar dalam Sekolah.Mari Melakukan Identifikasi! Apakah kombel Ib...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Barat Terhadap Timur
1. Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said
Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi
Barat Terhadap Timur
Syed Ahmad Fathi
18 Mac 2022
2. Latar belakang Edward Said
Edward Wadie Said dilahirkan di Palestin pada tahun
1935, ayahnya berkhidmat sebagai tentera Amerika
Syarikat lantas melayakkannya untuk mendapat status
kewarganegaraan. Said mendapat pendidikan di Jerusalem
kemudian di Mesir sebelum melanjutkan pengajian di
Massachusetts. Beliau menamatkan sarjana muda di
Princeton sebelum mendapat ijazah dan doktor falsafah
dari Harvard dalam bidang sastera Inggeris. Professor
Edward Said juga disifatkan sebagai Bapa Kajian Pasca-
Colonial (post-colonial studies).
3. Penciptaan Konsep “Orient”
oleh Eropah
Konsep “Orient” adalah hampir
keseluruhannya merupakan
ciptaan orang Eropah, ia
digambarkan sejak dahulu sebagai
tempat yang romantik, penuh
dengan hidupan exotic.
4. • Orientalism pula merupakan kaedah atau cara Barat untuk mendominasi,
menyusun semula, dan menguatkuasakan pengaruh mereka di dunia
Oriental.
• Idea perihal Orient ini mempunyai sejarah dan tradisi pemikiran, imej-imej,
juga perbendaharaan kata yang memberikan idea tersebut kelihatan
mempunyai realiti dan kewujudan. Oleh itu, bagi Said, adalah satu kesilapan
untuk mengatakan Orient hanyalah sebuah idea atau ciptaan yang tidak
mempunyai realiti.
• Tetapi Said tidak bersedia untuk mengatakan bahawa struktur kefahaman
Orientalis hanyalah tipu daya dan mitos, ia adalah tanda kekuasaan Eropah
ke atas dunia Orient. Beliau menegaskan bahawa apa-apa sistem idea yang
mampu bertahan, tidak berubah dan senantiasa diajar sebagai satu bentuk
ilmu selama beratus-ratus tahun mestilah mempunyai kualiti yang lebih
hebat dari sekadar koleksi penipuan.
5. Orientalism Sebagai Cabang Ilmu
• Orientalism menurut Said bukan sahaja telah menjadi satu cara fikir
untuk melihat budaya, malah ia telah menjadi satu cabang keilmuan yang
besar.
• Dengan mengatakan ia menjadi sebuah cabang ilmu, Said tidak
mengatakan bahawa ahli akademik Orientalis sebagai tidak jujur atau
mengkhianati ilmu.
• Sebaliknya, ia terhasil kerana tiada siapa yang pernah mencipta
metodologi untuk memisahkan pengkaji dengan keadaan kehidupan
sekelilingnya, memisahkan pengkaji dengan penyertaannya (sama ada
dalam sedar atau tidak) dalam kelas, kepercayaan, kedudukan sosial, atau
ahli kepada sesuatu segmen masyarakat.
6. • Semua keadaan ini memberi kesan kepada pengkaji tadi akan kerja-kerja
akademiknya walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menjadi pengkaji
yang bebas dan objektif.
• Oleh itu, bagi Said, kita tidak dapat untuk mengatakan bahawa
Orientalism merupakan cabang ilmu yang non-politikal.
8. • Perkara ini sering digunakan sebagai senjata dalam perdebatan
politik, untuk membuang sesuatu ilmu atau fakta, ia hanya perlu
dilabel sebagai politikal atau mempunyai niat-niat politik
disebalik fakta tersebut, jadi ia akan dilihat sebagai fakta yang
tidak jujur.
• Bagi Said, setiap bahagian ilmu itu mempunyai kadar politik
tertentu.
9. Era dimana ilmu-ilmu Orientalism dilahirkan mempunyai pengaruh politik
imperialisme yang sangat kuat, sehingga ia mengawal keseluruhan cabang
ilmu tersebut baik dari sudut kajian, imaginasi, juga institusi akademik. Ia
begitu kuat dan dominan sehingga untuk menghasilkan sebarang kerja
yang bersifat akademik dan sejarah tanpa sebarang pengaruh dari politik
imperialisme adalah satu perkara yang mustahil.
10. John Stuart Mill sebagai contoh, mengatakan bahawa tulisannya On Liberty
dan Representative Government tidak boleh diaplikasikan di India kerana India
secara tamadunnya dan juga bangsanya lebih rendah, Mill merupakan
pegawai kolonial di British East India Company dan beliau mempertahankan
Imperialisme British di dalam tulisannya.
11. Sumbangan Orientalisme
Said berpandangan bahawa bukanlah keilmuan yang
dibangunkan Orientalis Barat itu langsung tidak membawa
apa-apa sumbangan terhadap khazanah ilmu manusia.
Antara yang beliau akui:
1. Jumlah Bahasa yang diajar di Barat
2. Pelbagai jenis manuskrip yang disunting, diterjemah,
dan dihuraikan.
3. Menyediakan kepada dunia Timur pelajar-pelajar dari
Eropah yang jujur dalam semangat mereka menggali
ilmu.
12. Kelemahan Orientalisme
• Fahaman Orientalism ini menggantikan Timur yang sebenar, sebagai satu fahaman
tentang Timur. Dalam erti kata lain, Timur bukan lagi Timur yang hidup dan original,
sebaliknya ia digantikan dengan tafsiran dan gambaran yang dibuat oleh Orientalis.
• Ilmu yang dihasilkan oleh barisan sarjana ini sekadar penyalinan semula, tanpa
difikirkan, dan tanpa dikritik dan ditulis komentari perihalnya.
• Ilmu dalam perspektif ini tidak memerlukan kebolehannya untuk diaplikasikan dalam
dunia sebenar, apa yang penting adalah ilmu itu ada dan ditulis. Inilah secara literalnya
apa yang dikatakan sebagai idees recues – idea yang diterima tanpa soal. Hanya kerana ia
pernah ditulis, dan ia diterima sebelum ini, maka ia dianggap sebagai idea yang benar
tanpa apa-apa soalan kritikal ditanya perihalnya.
13. Skop Kajian
• Edward Said menjelaskan bahawa kajiannya memfokuskan teks-teks dari tiga kuasa
imperial utama iaitu British, Perancis, dan Amerika Syarikat.
• Edward Said dalam skop kajian beliau tidak membatasi sumber analisa beliau hanya
kepada teks akademik, tetapi beliau turut menganalisa tulisan sastera, perbahasan
politik, bahan-bahan berita, buku-buku travelog, kajian keagamaan dan kajian filologi.
14. Metodologi kajian
Metodologi yang digunakan Said dalam
analisanya terhadap teks-teks
Orientalim adalah strategic location
dimana penulis dinilai perihal
kedudukannya di dalam teks yang
ditulisnya, juga berkenaan dengan isi
yang ditulisnya.
15. Kelemahan Kajian Edward Said
Beliau memperakui bahawa antara kelemahan kajian
beliau, yang beliau harap dapat dikupas oleh generasi
mendatang adalah memberikan alternatif tentang
bagaimana kita boleh mengkaji budaya dan masyarakat
asing secara bebas tanpa perspektif yang bersifat
manipulatif dan represif. Untuk menyediakan alternatif
ini, kita perlu memahami interaksi kompleks antara
kekuasaan politik dan penghasilan ilmu. Kerana mereka
yang punya kuasa (kuasa akedemik, intelektual, teknologi)
yang akan menulis dan mengkaji budaya dan masyarakat
lain, yang tidak mempunyai kuasa, oleh kerana itu, kajian
itu akan menjadi bias atau bersifat prejudis.
16. Sejarah Permulaan Orientalism di Barat
Bagi masyarakat Kristian Barat, Orientalism sebagai satu
bidang ilmu bermula apabila Dewan Gereja Vienne
menubuhkan bidang kajian Arab, Yunani, Hebrew dan Syriac
di Paris, Oxford, Bologna, Avignon dan Salamanca pada tahun
1312.
Pada peringkat ini Islam ditafsir menjadi sebuah imej, dan
fungsi imej itu bukanlah untuk mewakili Islam, tetapi sebagai
gambaran untuk disajikan buat populasi Kristian Medieval.
Antara motif awal keluarnya sarjana Barat untuk mengkaji dan
mendefinisikan Timur, adalah keinginan mereka
membandingkan budaya Timur dengan Kristian-Eropah,
agama-agama Timur digambarkan sebagai tidak original dan
merupakan heresy (bid’ah) yang dibuat oleh bangsa Timur.
17. Permulaan Orientalism Moden
Orientalism moden menurut Said bermula
dari penaklukan Napoleon ke atas Mesir
pada 1798, penaklukan ini merupakan
model bagaimana sebuah budaya boleh
dirampas secara saintifik, ia adalah
permulaan baharu hubungan antara Timur
dan Barat.
18. • Napoleon bukan merupakan ekspedisi ketenteraan biasa, beliau
membawa bersamanya sekumpulan 167 saintis. Bagi Said, ia adalah
ekspedisi pertama keilmuan dalam bidang Orientalis yang digunakan bagi
tujuan kolonial.
• Di sini kita melihat kajian Oriental disekularkan dengan mengekalkan
bias dan stereotaip sedia ada, cuma rasionalnya sudah berbeza, jika
sebelum ini dirasionalkan dengan dalil agama, kini ia dirasionalkan
dengan sains yang sekular.
19. Peranan Antropologi dan Filologi Dalam
Perkembangan Orientalism Moden
Antara bidang penting yang menjadi instrumen kajian Oriental moden
adalah Filologi (kajian sejarah bahasa). Pengkaji-pengkaji Barat mula
menunjukkan minat yang mendalam dalam kajian bahasa. Mereka mula
mengkaji bahasa-bahasa Timur dan menghidupkan semula bahasa-bahasa
purba yang telah mati.
Kebanyakan Orientalis memulakan kerjaya mereka melalui kajian bahasa,
filologi. Dari sini, atas nama sains, bahasa dikelaskan, disusun dalam susur
galur keluarga bahasa, dan dijadikan asas untuk mendiskriminasikan sesuatu
kaum berdasarkan pengelasan ini. Dalam hal ini kita melihat bagaimana
“sains” melahirkan rasisme.
Jika Orientalis klasik membenci manusia yang dilihat berbeza kerana
kebencian agama, Orientalis moden memberikan justifikasi kebencian ini
menggunakan sains. Said menerangkan bagaimana sains pada zaman awal
Orientalis moden cuba mengelaskan alam dan manusia kepada jenis-jenis
yang berbeza
20. Orientalis moden masih mempunyai prejudis yang sama, cuma sebabnya
yang berubah, kini ia mempunyai sebab sekular hasil pensekularan budaya
Eropah di abad ke-18.
21. Penerusan Orientalism di Era Kolonial
Pengetahuan Barat perihal Oriental
berkembang pesat seiring
perkembangan projek kolonial Eropah,
iaitu dari tahun 1815 hingga 1914
dimana penguasaan Eropah meningkat
dari 35 peratus permukaan bumi kepada
85 peratus permukaan bumi dengan dua
kuasa utama sebagai penguasa kolonial
utama dunia iaitu British dan Perancis.
22. Sesebuah masyarakat yang membangun,
jarang sekali menawarkan manusia
perkara lain selain dari imperialisma,
rasisma dan semangat etnik
terutamanya apabila mereka
menghadapi masyarakat yang berbeza
budaya dengan mereka.
23. Kuasa imperial merasakan keperluan untuk mewujudkan institusi pengajian
yang mengkaji Timur, institusi ini masih wujud hari ini, dari rahim
imperialisma lahir School of Oriental Studies yang kemudiannya menjadi School
of Oriental and African Studies (SOAS) di Universiti London. Institusi ini
menurut Lord Curzon adalah “furniture of Empire”.
24. Beliau turut mengkritik agen-agen yang bekerja untuk empayar Eropah seperti
Gertrude Bell, T. E. Lawrence (Lawrence of Arabia), dan St. John Philby (juga
dikenali sebagai Jack Philby atau Sheikh Abdullah). Mereka ini merupakan agen
yang dihantar oleh Empayar British untuk menjadi “sahabat” kepada orang
Timur, dalam masa yang sama membantu empayar membuat polisi-polisi yang
sesuai hasil keakraban dan pengetahuan mereka perihal bangsa Timur.
25. Bagaimana budaya Liberal Eropah boleh menerima
idea-idea Orientalis yang bersifat punitif dan
reduksionis ini?
Persoalan ini akan kelihatan kurang misteri
apabila kita melihat bagai mana bidang
Orientalisme menggunakan sentimen dan
pendekatan sains seperti linguistik,
antropologi dan biologi untuk
menunjukkan bahawa idea mereka adalah
idea emperikal bukan spekulatif atau
bersifat idealistik.
26. Pandangan-pandangan Orientalis keatas
orang Timur dan bangsa Asia dianggap
satu “kebenaran” biologikal. Akibatnya
manusia tidak dapat lari dari sifat “asal”
mereka, contohnya jika seorang manusia
itu dilahirkan sebagai orang “Asia” dan
Orientalis menulis pendapat mereka
bahawa orang Asia itu sifat asalnya adalah
pemalas, dia tidak dapat lari dari sifat itu.
27. Pemahaman perihal Timur digunakan agar potensi dan
kebolehannya digunakan untuk mencapai ambisi Barat dari
aspek nilai, ketamadunan, dan juga tujuan. Dalam erti kata
lain, pengetahuan perihal Timur digunakan oleh Barat
sebagai alat bagi mereka menggunakan Timur untuk
mencapai tujuan mereka. Dari tulisan-tulisan akademik,
Orientalisme digunakan untuk menempa sejarah baharu.
Daripada sudut pandang ini, Edward Said menunjukkan
bagaimana kajian akademik Orientalis berubah dari bidang
filologi kepada pentadbiran koloni, pengurusan politik, dan
juga misi Orang Putih untuk “mentamadunkan” orang
Timur. Semua ini berlaku dalam sfera budaya Liberal Barat
yang menurut Said sebenarnya berlawanan dengan sifat
Liberal yang sebenar.
28. Kritikan Edward Said Terhadap Pemikiran
Kolonial Karl Marx
Kajian Marx terhadap pemerintahan British di India,
Marx berpendapat bahawa dengan memusnahkan Asia,
British dapat melaksanakan revolusi sosial yang
sebenar. Bagi Said, walaupun Marx mempunyai simpati
yang kuat kepada kesengsaraan manusia, namun
akhirnya visi Romantik Orientalis yang akhirnya
menang dan terserlah dalam pemikiran beliau.
Pemikiran ini menurut Said membingungkan, beliau
mempersoalkan dimanakah moral dalam pemikiran
Marx? Dimanakah simpati kepada manusia hilang?
Kemana ia hilang apabila pemikiran Orientalis
menyusup masuk ke dalam pemikiran Marx?
29. Kritikan Edward Said Terhadap Bernard Lewis
Said mengkritik huraian Lewis perihal maksud perkataan
“thawra” (revolusi) dalam Bahasa Arab. Bagi Said tafsiran Lewis
menampakkan seolah-olah orang Arab tidak mampu
menggerakkan revolusi dengan penuh idealisma seperti orang
Eropah. Lewis mengaitkan perkataan thawra dengan unta dan
perkataan-perkataan yang berkonotasi buruk dan seksual, bagi
Said ia tidak lebih dari satu “sarcastic scholarship” yang
merendahkan Revolusi Arab sebagai “babblings of yokels”. Bagi
Said, Lewis kelihatan berautoriti dari latarbelakang pengajiannya,
namun tulisan-tulisan beliau adalah bersifat ideologikal yang
berbentuk propaganda untuk memburukkan subjek kajiannya.
30. Bahaya Pemikiran Tekstual Literal
Edward Said juga memberi amaran
perihal bahayanya textual attitude. Iaitu
kepercayaan bahawa kehidupan manusia
yang kompleks dengan pelbagai
masalah yang tidak boleh diramal ini
boleh difahami hanya dengan membaca
buku atau teks-teks lama yang pernah
ditulis.
31. Kesimpulan
Edward Said menutup naskah ini dengan renungan beliau
tentang bagaimana pemikiran moden menjadikan kita lebih
sensitif terhadap representasi, terutamanya representasi “orang
lain” dari kita. Kita juga semakin skeptikal dengan kekuasaan
dan bagaimana kuasa itu digunakan. Bagi beliau, seorang
intelektual moden perlu mempunyai fungsi dalam hal-hal sosial
dan politik. Oleh sebab itu, sudah tiba masanya ilmu-ilmu yang
bersifat prejudis seperti Orientalism dicabar. Bagi Said,
Orientalism merupakan manifestasi kegagalan intelektual dalam
memahami sifat dan pengalaman manusia, ia juga merupakan
satu peringatan bagaimana kesarjanaan dan keilmuan boleh
mereput dan rosak.
Edward Wadie Said
1 November 1935 - 25 September 2003