SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
Keperluan Pengetahuan Geopolitik
Dalam bab ke-5 yang bertajuk Rintangan Kemajuan Berfikir Dalam
Masyarakat Islam beliau mengkritik kurangnya ahli fikir dalam
masyarakat dan juga tersebarnya fahaman yang salah perihal
kepentingan ilmu untuk memahami dunia.
Pada pandangan Syed Hussein Alatas, sikap tidak mementingkan
dunia berakar dari tafsiran yang salah terhadap nas-nas Al-
Qur’an. Tafsiran ini dibuat oleh “pemberi panduan agama” yang
tidak menguasai ilmu semasa, tidak mengauli masyarakat serta
tidak berkecimpung dalam ehwal perdagangan dan pentadbiran
manusia. Beliau mengajak pada perlunya tafsiran baru yang
mengambil kira perkembangan keilmuan dunia semasa. Tafsiran
perlu berhubung dengan persoalan hidup serta menambah
kehormatan masyarakat.
Syed Hussein Alatas juga membahaskan falsafah ilmu, “apa itu ilm (ilmu)?”. Menurut
beliau ilm bukan semata-mata ilmu agama tetapi mencakupi juga keseluruhan ilmu
pengetahuan termasuk sains. Beliau memberikan contoh tentang bagaimana Al-Qur’an
seringkali mengalihkan pandangan manusia untuk melihat kejadian alam. Selain ilmu
alam, ilmu turut mencakupi ilmu manusia, ilmu ini termasuklah mengenali dan
memahami kepelbagaian bangsa juga ilmu masyarakat. Beliau memetik kritikan
Jamaluddin al-Afghani dan Syakib Arsalan, golongan alim ulama tidak sepatutnya
diberikan pada orang yang mendalami ilmu agama sahaja, tetapi ulama sepatutnya turut
merangkumi ilmuan dalam bidang sains dan ilmu alam. Menurut Alatas, Imam Ghazali
tidak lebih darjatnya dari Ibnu Khaldun.
Dalam prakatanya Ibn Khaldun membicarakan perihal sejarah, yang
menurut hemat beliau merupakan cabang dari keilmuan falsafah.
Beliau mengkritik ahli sejarah sebelum beliau yang menulis tanpa
kritis, sekadar menyalin bahan umpama burung kakak tua. Beliau
juga mengkritik ahli sejarah yang tidak cermat memilih sumber,
tidak mengasingkan fakta yang absah dari fakta yang menyeleweng
dan rekaan. Bagi Ibnu Khaldun sejarah bukan sekadar perlu disalin
semula, tetapi ahli sejarah perlu memberi makna kepada apa yang
berlaku, menerangkan kepada pembaca mengapa sesuatu berlaku
dalam sejarah. Ahli sejarah juga perlu menyesuaikan pensejarahan
mereka seiring dengan peredaran masa, sejarah yang ditulis tanpa
mengambil kira perubahan zaman merupakan sejarah yang kaku.
“It takes critical insight to sort out the truth; it takes knowledge to lay truth
bare and polish it so critical insight may be applied to it”
– Ibnu Khaldun, Muqaddimah. Pg. 5.
Buku yang akan kita bedah
Buku Prisoners of Geography: Ten Maps That Tell You Everything You Need to Know About
Global Politics yang ditulis oleh Tim Marshall mengisahkan bagaimana faktor georgrafi
menjadi faktor utama bagaimana manusia hidup, bagaimana negara-negara bersifat, dan
bagaimana geografi mencorak hubungan antara negara-negara.
Sama ada negara itu merupakan negara yang besar, atau negara yang kecil, keadaan dan
struktur georgrafinya menjadi pagar yang menghadkan apa yang boleh dan tidak boleh
dilakukannya. Ia menjadi penjara kepada ketua-ketua negara yang membataskan
rancangan dan tindak tanduk mereka. Batasan ini merupakan perbatasan yang
berkekalan sepanjang zaman, ia terpakai baik buat kerajaan kuno mahupun kerajaan
moden. (vii)
Tanah dimana sesebuah negara didirikan akan menentukan bentuk masyarakat yang ada
diatasnya. Ia mencorakkan peperangan, pergelutan kuasa, politik dan pembangunan
sosial penduduk yang menduduki tanah tersebut. (vii) Menurut Marshall tiada satu
faktor georgrafi yang lebih penting dari faktor geografi lain, kawasan pergunungan
tidak kurang pentingnya dari padang pasir, sungai tidak kurang pentingnya dari hutan.
Semua ini merupakan faktor geografi yang mencorakkan kehidupan manusia,
membataskan apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. (viii)
Sebagai contoh China dan India, dua negara besar yang berjiran dan
mempunyai corak politik dan budaya yang berbeza antara satu sama lain.
Kedua-dua negara gergasi tidak pernah berperang antara satu sama lain
kecuali satu pertempuran kecil pada tahun 1962. Mengapa? Kerana dua
negara gergasi ini dipisahkan oleh pagar georgrafi yang sangat besar dan
tinggi – Banjaran Himalaya.
• China sekian lama merupakan sebuah kuasa darat, dengan tanah yang luas dan populasi yang besar,
hari ini populasi China sekitar 1.4 billion manusia. (37) Tindak tanduk China boleh dikatakan
merupakan tindakan dari sifat takut, apa yang disebut sebagai geopolitics of fear. Mengapa China mahu
menguasai Tibet? Hal ini mempunyai asas dari sudut geografi. Tibet merupakan tanah tinggi yang
memberi kelebihan geografi bersempadan dengan India. Tibet juga merupakan sumber bagi 3 sungai
utama China iaitu Sungai Kuning, Sungai Yangtze, dan Sungai Mekong. Atas faktor strategik geografi
ini, China tidak akan melepaskan Tibet dari penguasaannya kerana ia adalah faktor survival buat China.
(45)
• Apa pula asas geografi bagi China untuk menguasai Xinjiang yang mempunyai majoriti penduduk
Uighur Muslim? Xinjiang merupakan kawasan yang bersempadan dengan 8 negara, selain merupakan
buffer zone, ia juga merupakan laluan perdagangan strategik bagi pelan One Belt, One Road. Selain itu
Xinjiang juga menempatkan fasiliti persenjataan nuklear China. (49)
• Mungkin tindak tanduk China yang penting buat kita adalah aktiviti China di Laut China Selatan.
Malaysia pernah menyekat animasi Abominable dari ditayangkan di pawagam negara kerana animasi ini
memaparkan peta Laut China Selatan dengan 9-dash line yang merupakan kawasan tuntutan China di
Laut China Selatan. Laut China Selatan juga mempunyai First Island Chain yang merupakan sempadan
laut bagi China untuk mengakses Laut Pasifik. (54) Tuntutan China keatas Laut China Selatan bukan
sahaja bermotifkan akses pada pasifik, ia juga satu perebutan sumber minyak dan gas yang ada di
kawasan tersebut juga hak untuk menangkap ikan di kawasan tersebut.
• Untuk menguatkan tuntutan, China membina realiti di lapangan. Sebagai contoh, di satu Pulau Spratly,
China membina pelabuhan lengkap dengan landasan untuk digunakan oleh jet pejuang. Di batu karang
yang lain China juga menempatkan unit artileri mereka. (59)
• China juga bergantung kepada pembukaan Selat Melaka untuk digunakan mereka. Hampir 80 peratus
bahan tenaga yang diimport ke China melalui Selat Melaka. (61) Negara yang mengawal selat ini,
Indonesia, Malaysia, dan Singapura adalah pro-Amerika Syarikat. Selat ini mempunyai bahagian sempit
yang hanya berkeluasan 1.7 batu sedangkan 12 juta tong minyak melaluinya setiap hari untuk
memastikan kilang-kilang di China dapat terus beroperasi. (84)
Undang-undang antarabangsa yang mengawal kedaulatan di laut adalah United Nations
Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Dimana negara yang meratifikasi
undang-undang ini mempunyai hak ekonomi sejauh 200 batu nautika dari perairan
mereka dan menjadikan kawasan ini Exclusive Economic Zone (EEZ), dimana
sesebuah negara boleh meneroka sumber minyak dan gas, juga mempunyai hak
perikanan dalam kawasan ini. (278)
Dalam membahaskan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia, Marshall menolak teori bahawa Amerika Syarikat merupakan
satu kuasa yang sedang dalam kemerosotan. Kedudukan Amerika sebagai negara besar yang bersempadan dengan Laut
Atlantik dan Pasifik, keluasan tanah dan kesuburan, kemajuan teknologi, serta ketiadaan musuh regional merupakan
antara hujah Marshall bahawa Amerika Syarikat akan terus menjadi superpower dunia. Bagi beliau tulisan bahawa Amerika
dalam kemerosotan adalah satu exaggeration.
Antara kekuasaan strategik Amerika adalah posisinya sebagai ketua kepada pakatan ketenteraan NATO. Pembentukan
NATO oleh Amerika Syarikat pada tahun 1949 membolehkannya mewarisi kuasa ketenteraan Eropah. Walaupun ketua
sivil bagi NATO berubah-rubah, komander NATO akan sentiasa merupakan Amerika Syarikat. (77)
Bagi Marshall, Rusia bukanlah lawan Amerika Syarikat pada hari ini, keadaan
geografi menafikan keupayaan Rusia untuk mendapat akses terhadap lautan global.
Mereka masih tidak mempunyai perlabuhan yang tidak akan membeku, dan akses
terhadap lautan terbuka perlu melalui lautan Laut Baltik, Laut Utara, Laut Hitam,
dan Laut Mediterranean yang mendedahkannya kepada pelbagai negara yang tidak
mempunyai hubungan mesra dengannya. (79)
China pula menghampiri Amerika Syarikat dari sudut ekonomi. Tetapi mereka
masih lagi ketinggalan dari sudut strategi dan ketenteraan. Manakala Amerika akan
terus menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk memastikan China tidak
berjaya mendahuluinya. (80)
Mengakhiri analisis beliau terhadap Amerika Syarikat, Marshall menolak teori
bahawa Amerika merupakan sebuah kuasa yang sedang mengalami kemerosotan.
Beliau berpendapat sebaliknya. Amerika sedang menuju fasa dimana ia tidak perlu
lagi bergantung kepada bekalan tenaga luar. Amerika kekal menjadi kuasa ekonomi
terbesar dan merupakan negara yang paling banyak melabur dalam bidang
ketenteraan. Populasinya juga tidak menghadapi masalah penuaan, ia kekal menjadi
negara pilihan bagi migrasi dan memiliki universiti-universiti terbaik di dalam dunia.
Semua faktor ini menurut Marshall akan mengekalkan kekuasaan Amerika ke atas
dunia. (90)
Bandingkan dua peta dan cari perbezaan.
• Antara tragedi dalam pembentukan negara moden yang dibahaskan oleh Marshall adalah bagaimana bangsa kolonial
Eropah melukis peta sempadan negara tanpa menghiraukan keadaan geografi dan sempadan kaum. Contohnya di Afrika
mereka melukis sempadan di atas peta mereka kemudian memanggilnya sebagai sebuah negara. Antaranya kawasan
pertengahan Congo dan kawasan atas Volta, kemudian memanggil kawasan ini sebuah negara. Ini bukan sahaja satu
kesilapan malah penipuan. Akibatnya, penduduk Afrika terperangkap dengan sempadan politik yang dilukis oleh orang
Eropah hinggalah ke hari ini. Mereka berperang sesama sendiri serta membantutkan perkembangan ekonomi mereka serta
tidak dapat merasai hasil semulajadi yang ada dalam sempadan geografi mereka. Perkara yang sama akan kita lihat di Timur
Tengah. (125)
• Perkataan “Timur Tengah” adalah perkataan yang dicipta oleh orang Eropah. Kita harus bertanya, ditengah apa? Timur
dari mana? Ia adalah kawasan Timur dari Eropah, kawasan pertengahan sebelum sampai ke bahagian yang lebih Timur di
Asia (Far East). Terminologi ini sendiri lahir dari konsep Eropah terhadap dunia, pandangan Eropah terhadap dunia
Timur ini dikupas dengan menarik sekali oleh Edward Said dalam makalah beliau Orientalism. Seperti juga di Eropah,
tragedi di Timur Tengah lahir dari tangan orang Eropah yang membuat sempadan negara diatas tanah-tanah jajahan
mereka, sempadan yang sekarang cuba diubah dengan darah dalam pergolakan di Timur Tengah. (148)
• Sempadan yang dilukis ini adalah imaginasi kolonial Eropah. Sempadan yang ada menurut sejarah adalah berdasarkan
geografi. Kawasan-kawasan ini terpisah dan ditadbir mengikut keadaan geografi, semangat etnik dan agama. Mereka tidak
menubuhkan negara bangsa seperti konsep negara bangsa Eropah, dan penduduknya tidak mempunyai konsep sempadan
negara tetap. Mereka telah sekian lama mengembara dalam kawasan ini tanpa sempadan untuk bertemu keluarga, apabila
mereka tiba-tiba memerlukan dokumen yang dikeluarkan oleh pihak yang mereka tidak kenali ia merupakan satu konsep
yang asing. (148-149)
Dalam menelusuri konflik di Timur Tengah, Marshall seolah-olah mencanggahi thesis utama beliau, hujah yang
dipakai banyak membahaskan soal perbezaan fahaman agama berbanding geografi. Di Iraq sebagai contoh, golongan
Syiah tidak akan mengiktiraf penguasaan kerajaan Sunni terhadap dua bandar suci mereka iaitu Najaf dan Karbala, di
mana mereka mempercayai Ali dan Hussin dikebumikan. Kawasan-kawasan ini sekian lama diperintah sebagai
kawasan berbeza: Mosul, Baghdad dan Basrah, pemisahan ini telah berlaku sejak zaman Assyria, Babylon, dan Sumer,
begitu juga dibawah pemerintahan Parsi dan Umayyah. Hanya British menurut Marshall yang memisahkan 3 kawasan
pemerintahan ini menjadi satu. Ia merupakan satu kemustahilan yang tidak logik yang hanya boleh difahami seperti
konsep Triniti, namun realitinya bagi Iraq ia adalah konsep kehancuran. (152-153)
Bagi menyatukan kawasan-kawasan yang tidak bersatu ini,
penganalisis politik mengutarakan teori bahawa satu
pemimpin yang kuat (strong man) diperlukan untuk
menyatukan mereka. Satu per satu diktator diangkat dan
dibuang, namun hakikatnya penduduknya tidak pernah
bersatu, mereka hanya duduk diam sebentar kerana takutkan
diktator. Antara bangsa yang hidup dalam batas geografi Iraq
tetapi merupakan satu etnik tersendiri adalah Bangsa Kurdis,
mereka menduduki batasan geografi yang boleh ditentukan
dengan objektif disamping mempunyai populasi yang besar
dan mampu bertindak balas apabila beban diktator terlalu
menghimpit. Iraq mempunyai 5 juta penduduk berbangsa
Kurdis di bahagian utara di kawasan seperti Irbil,
Sulaimaniyah dan Dahuk. Mereka berjaya memelihara identiti
mereka yang tersendiri meskipun ditekan dibawah regim
diktator. (153)
Marshall juga menolak teori yang mengatakan ketidakstabilan Timur Tengah adalah kerana Israel. Bagi beliau ini
adalah penipuan yang diketengahkan oleh diktator Arab. Penipuan ini menurutnya diterima oleh orang-orang Eropah
yang bodoh. (168) Namun dalam hal ini saya kira Marshall tidak jujur, beliau tidak membahaskan peranan kuasa
Eropah dalam menghalang proses pendemokrasian negara-negara Timur Tengah. Beliau juga tidak membahaskan
sokongan Eropah terhadap para diktator yang membolehkan mereka mengawal sumber hasil bumi, juga sikap
Eropah yang mengambil keuntungan hasil dari konflik yang berlaku dengan menjual senjata.
Buku Asia’s Caulderon: The South China Sea and the End of a Stable Pacific tulisan Robert D.
Kaplan ini saya baca sejurus selepas saya menghabiskan bacaan perihal Orientalism yang
ditulis oleh Edward Said, pengaruh Orientalism masih tebal dan segar dalam minda saya,
oleh itu, tidak dapat tidak pandangan saya terhadap buku ini perspektifnya tebal melalui
lensa metodologi yang digariskan Edward Said, tambahan pula buku ini ditulis oleh
orang Barat perihal bangsa Timur.
Dalam prolognya, Kaplan memulakan analisanya dengan membahaskan kemusnahan
tamadun Champa, The Ruins of Champa tulis Kaplan. Saya tidak dapat lari dari merasakan
jelik apabila beliau menggunakan pendekatan yang reductionist dalam menggambarkan
masyarakat Champa sebagai bangsa pelaut dan bangsa lanun, “Champa represents a
seafaring, piratical race” tulis beliau. (xvi) Perkara seperti ini yang menjadi objek kritikan
Said dalam makalah beliau, bagaimana bangsa Eropah sering membuat generalisasi yang
buruk terhadap ketamadunan Timur. Mungkin ada sebahagian orang-orang Champa
yang menjadi lanun, tetapi menggambarkan seluruh bangsa Champa sebagai lanun bagi
saya tidak masuk akal. Beliau juga menulis bagaimana legasi Champa “diselamatkan”
oleh arkeologis Perancis, seolah-olah Champa tidak mampu menjaga dirinya sendiri dan
sentiasa perlu berharap kepada Eropah untuk “diselamatkan”. (xvii)
Kaplan juga saya lihat sering menyamakan apa yang berlaku di Asia Tenggara dengan pengalaman Amerika dan
Eropah. Mungkin ini dilakukan bagi memudahkan kefahaman bagi pembaca Barat. Namun saya melihatnya sebagai
kegagalan Kaplan untuk melihat Asia sebagai geografi yang unik. Seolah-olah Asia tidak original dan sentiasa
mengikuti Barat. Posisi tentera China di Laut China Selatan disamakan dengan pengalaman Amerika di Caribbean,
manakala Taiwan diumpamakan seperti Berlin di Asia. (13,139).
Sentral kepada thesis buku ini adalah bagaimana geografi menjadi faktor penting dalam konflik di Asia Tenggara.
Berbeza dengan konflik Eropah yang memfokuskan peperangan darat, Asia Tenggara akan menyaksikan konflik di
laut. Beliau memetik pandangan saintis politik Amerika, John Mearsheimer yang membawakan idea “stopping power of
water”, kawasan perairan menyukarkan logistik peperangan terutamanya untuk membawa askar bagi menawan mana-
mana kawasan pantai. (7)
Thucydides menulis bahawa “the strong do what they can and the week suffer what they must”,
bagi Kaplan inilah strategi China dalam menekan negara-negara kecil di Asia Tenggara
bagi menjayakan polisi mereka.
• Analisa nasionalisme di Malaysia oleh Kaplan bagi saya merupakan analisa yang tepat. Beliau mengungkapkan
bagaimana Malaysia tidak mempunyai satu identiti yang boleh membentuk semangat patriotisme nasionalisme.
Kepelbagaian kaum, Melayu, Cina, India, kaum dan suku Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai identiti
dan budaya yang berbeza. Semangat nasionalisme anti-China seperti yang ada di Vietnam tidak wujud di Malaysia
menurut Kaplan. Malaysia terdiri dari komuniti berbeza yang hidup secara harmoni bersama. Malaysia is beyond
nationalism without having ever experienced it. (75-76, 87)
• Kaplan menghuraikan bagaimana Mahathir berjaya membangunkan Malaysia dengan model “reverse of Kemalism”,
di mana Ataturk membangunkan Turki dengan sekularisma, Mahathir membangunkan Malaysia dengan Islamisasi.
Mahathir berjaya membuktikan bahawa V.S. Naipaul salah, beliau membuktikan bagaimana Islam sesuai dengan
pembangunan ekonomi dan sosial yang dinamik. Malaysia berjaya melahirkan sebuah negara yang moderate
dengan teknokrat muslimnya sendiri. Mahathir berjaya mengajar dunia bagaimana untuk menjadi moden tanpa
menjadi western. Atas kejayaan model Malaysia ini, Mahathir disanjung oleh negara-negara Arab dan Iran. (83)
Bagi saya buku ini terlalu melihat situasi di Laut China
Selatan dengan lensa antagonistik. Hujah-hujahnya
dibuat dengan hipothesis bahawa China merupakan
ancaman untuk negara-negara serantau dan Amerika
adalah pembela yang dapat mengimbangi China. Ada
perbahasan-perbahasan yang menarik perihal sifat
demokrasi juga bentuk pemerintahan autokrat yang
berjaya membangunkan ekonomi dengan pesat.
Namun dari sudut menggambarkan budaya timur,
banyak kenyataan beliau yang reductionist dan juga
stereotyping.
Tuntutan China keatas Laut China Selatan
China menuntut 90% dari Laut China Selatan. Hujah pertama adalah hujah sejarah
dimana kepulauan ini telah diteroka oleh pelaut China 2 abad sebelum masihi pada
zaman Dinasti Han. China menganggap laut ini adalah kawasan archipelagic water
(perairan dalaman) namun tidak diiktiraf UN. China membina artificial island bagi
menguatkan lagi tuntutan mereka.
9-dash
Line
Cow
Tongue
Markas tentera China di Pulau Spratly
First
Island
Chain
Sekian, terima kasih!

More Related Content

Similar to Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?

Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
Rusyda Rahim
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
bagen
 
Agenda sekulerisasi di dunia islam
Agenda sekulerisasi di dunia islamAgenda sekulerisasi di dunia islam
Agenda sekulerisasi di dunia islam
Alfian Akatsuki
 
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawiGlobalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
sukimas
 

Similar to Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita? (20)

Sebab-Sebab Kegoncangan Pasar Modal menurut Hukum Islam
Sebab-Sebab Kegoncangan Pasar Modal menurut Hukum IslamSebab-Sebab Kegoncangan Pasar Modal menurut Hukum Islam
Sebab-Sebab Kegoncangan Pasar Modal menurut Hukum Islam
 
Wajah Itu bukan wajah kita
Wajah Itu bukan wajah kitaWajah Itu bukan wajah kita
Wajah Itu bukan wajah kita
 
11 bab ix strategi maritim
11 bab ix strategi maritim11 bab ix strategi maritim
11 bab ix strategi maritim
 
titas
titastitas
titas
 
Cbran dialog
Cbran dialogCbran dialog
Cbran dialog
 
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depanBab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 (1) isu isu semasa dan masa depan
 
Problematika Utama Umat Islam
Problematika Utama Umat IslamProblematika Utama Umat Islam
Problematika Utama Umat Islam
 
Imperialisme Barat Abad 21 Dan Kembalinya Khilafah
Imperialisme Barat Abad 21 Dan Kembalinya KhilafahImperialisme Barat Abad 21 Dan Kembalinya Khilafah
Imperialisme Barat Abad 21 Dan Kembalinya Khilafah
 
BAB 6.pptx
BAB 6.pptxBAB 6.pptx
BAB 6.pptx
 
Makalah Wawasan Nusantara
Makalah Wawasan NusantaraMakalah Wawasan Nusantara
Makalah Wawasan Nusantara
 
Tamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asiaTamadun islam dan tamadun asia
Tamadun islam dan tamadun asia
 
Masa kejayaan islam yang dinantikan kembali
Masa kejayaan islam yang dinantikan kembaliMasa kejayaan islam yang dinantikan kembali
Masa kejayaan islam yang dinantikan kembali
 
Masa kejayaan islam yang dinantikan kembali
Masa kejayaan islam yang dinantikan kembaliMasa kejayaan islam yang dinantikan kembali
Masa kejayaan islam yang dinantikan kembali
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
 
Wawasan Nusantara
Wawasan NusantaraWawasan Nusantara
Wawasan Nusantara
 
STRATEGI BANGSA ARAB.doc
STRATEGI BANGSA ARAB.docSTRATEGI BANGSA ARAB.doc
STRATEGI BANGSA ARAB.doc
 
Agenda sekulerisasi di dunia islam
Agenda sekulerisasi di dunia islamAgenda sekulerisasi di dunia islam
Agenda sekulerisasi di dunia islam
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
 
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawiGlobalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi
 

More from Syed Ahmad Fathi

Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptxKultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Syed Ahmad Fathi
 
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on TitanPerbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Syed Ahmad Fathi
 

More from Syed Ahmad Fathi (9)

Telusuri Keindahan Ramadhan.pptx
Telusuri Keindahan Ramadhan.pptxTelusuri Keindahan Ramadhan.pptx
Telusuri Keindahan Ramadhan.pptx
 
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptxKultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
 
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
 
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on TitanPerbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
 
Dead ship
Dead shipDead ship
Dead ship
 
Graduan dan Cabaran Alam Pekerjaan
Graduan dan Cabaran Alam PekerjaanGraduan dan Cabaran Alam Pekerjaan
Graduan dan Cabaran Alam Pekerjaan
 
Fikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
Fikrah Mahasiswa Dalam DakwahFikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
Fikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
 
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPMAsas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
 
Penulisan Kritis
Penulisan KritisPenulisan Kritis
Penulisan Kritis
 

Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?

  • 1.
  • 2. Keperluan Pengetahuan Geopolitik Dalam bab ke-5 yang bertajuk Rintangan Kemajuan Berfikir Dalam Masyarakat Islam beliau mengkritik kurangnya ahli fikir dalam masyarakat dan juga tersebarnya fahaman yang salah perihal kepentingan ilmu untuk memahami dunia. Pada pandangan Syed Hussein Alatas, sikap tidak mementingkan dunia berakar dari tafsiran yang salah terhadap nas-nas Al- Qur’an. Tafsiran ini dibuat oleh “pemberi panduan agama” yang tidak menguasai ilmu semasa, tidak mengauli masyarakat serta tidak berkecimpung dalam ehwal perdagangan dan pentadbiran manusia. Beliau mengajak pada perlunya tafsiran baru yang mengambil kira perkembangan keilmuan dunia semasa. Tafsiran perlu berhubung dengan persoalan hidup serta menambah kehormatan masyarakat.
  • 3. Syed Hussein Alatas juga membahaskan falsafah ilmu, “apa itu ilm (ilmu)?”. Menurut beliau ilm bukan semata-mata ilmu agama tetapi mencakupi juga keseluruhan ilmu pengetahuan termasuk sains. Beliau memberikan contoh tentang bagaimana Al-Qur’an seringkali mengalihkan pandangan manusia untuk melihat kejadian alam. Selain ilmu alam, ilmu turut mencakupi ilmu manusia, ilmu ini termasuklah mengenali dan memahami kepelbagaian bangsa juga ilmu masyarakat. Beliau memetik kritikan Jamaluddin al-Afghani dan Syakib Arsalan, golongan alim ulama tidak sepatutnya diberikan pada orang yang mendalami ilmu agama sahaja, tetapi ulama sepatutnya turut merangkumi ilmuan dalam bidang sains dan ilmu alam. Menurut Alatas, Imam Ghazali tidak lebih darjatnya dari Ibnu Khaldun.
  • 4. Dalam prakatanya Ibn Khaldun membicarakan perihal sejarah, yang menurut hemat beliau merupakan cabang dari keilmuan falsafah. Beliau mengkritik ahli sejarah sebelum beliau yang menulis tanpa kritis, sekadar menyalin bahan umpama burung kakak tua. Beliau juga mengkritik ahli sejarah yang tidak cermat memilih sumber, tidak mengasingkan fakta yang absah dari fakta yang menyeleweng dan rekaan. Bagi Ibnu Khaldun sejarah bukan sekadar perlu disalin semula, tetapi ahli sejarah perlu memberi makna kepada apa yang berlaku, menerangkan kepada pembaca mengapa sesuatu berlaku dalam sejarah. Ahli sejarah juga perlu menyesuaikan pensejarahan mereka seiring dengan peredaran masa, sejarah yang ditulis tanpa mengambil kira perubahan zaman merupakan sejarah yang kaku. “It takes critical insight to sort out the truth; it takes knowledge to lay truth bare and polish it so critical insight may be applied to it” – Ibnu Khaldun, Muqaddimah. Pg. 5.
  • 5. Buku yang akan kita bedah
  • 6. Buku Prisoners of Geography: Ten Maps That Tell You Everything You Need to Know About Global Politics yang ditulis oleh Tim Marshall mengisahkan bagaimana faktor georgrafi menjadi faktor utama bagaimana manusia hidup, bagaimana negara-negara bersifat, dan bagaimana geografi mencorak hubungan antara negara-negara. Sama ada negara itu merupakan negara yang besar, atau negara yang kecil, keadaan dan struktur georgrafinya menjadi pagar yang menghadkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Ia menjadi penjara kepada ketua-ketua negara yang membataskan rancangan dan tindak tanduk mereka. Batasan ini merupakan perbatasan yang berkekalan sepanjang zaman, ia terpakai baik buat kerajaan kuno mahupun kerajaan moden. (vii) Tanah dimana sesebuah negara didirikan akan menentukan bentuk masyarakat yang ada diatasnya. Ia mencorakkan peperangan, pergelutan kuasa, politik dan pembangunan sosial penduduk yang menduduki tanah tersebut. (vii) Menurut Marshall tiada satu faktor georgrafi yang lebih penting dari faktor geografi lain, kawasan pergunungan tidak kurang pentingnya dari padang pasir, sungai tidak kurang pentingnya dari hutan. Semua ini merupakan faktor geografi yang mencorakkan kehidupan manusia, membataskan apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. (viii)
  • 7.
  • 8. Sebagai contoh China dan India, dua negara besar yang berjiran dan mempunyai corak politik dan budaya yang berbeza antara satu sama lain. Kedua-dua negara gergasi tidak pernah berperang antara satu sama lain kecuali satu pertempuran kecil pada tahun 1962. Mengapa? Kerana dua negara gergasi ini dipisahkan oleh pagar georgrafi yang sangat besar dan tinggi – Banjaran Himalaya.
  • 9. • China sekian lama merupakan sebuah kuasa darat, dengan tanah yang luas dan populasi yang besar, hari ini populasi China sekitar 1.4 billion manusia. (37) Tindak tanduk China boleh dikatakan merupakan tindakan dari sifat takut, apa yang disebut sebagai geopolitics of fear. Mengapa China mahu menguasai Tibet? Hal ini mempunyai asas dari sudut geografi. Tibet merupakan tanah tinggi yang memberi kelebihan geografi bersempadan dengan India. Tibet juga merupakan sumber bagi 3 sungai utama China iaitu Sungai Kuning, Sungai Yangtze, dan Sungai Mekong. Atas faktor strategik geografi ini, China tidak akan melepaskan Tibet dari penguasaannya kerana ia adalah faktor survival buat China. (45) • Apa pula asas geografi bagi China untuk menguasai Xinjiang yang mempunyai majoriti penduduk Uighur Muslim? Xinjiang merupakan kawasan yang bersempadan dengan 8 negara, selain merupakan buffer zone, ia juga merupakan laluan perdagangan strategik bagi pelan One Belt, One Road. Selain itu Xinjiang juga menempatkan fasiliti persenjataan nuklear China. (49)
  • 10.
  • 11.
  • 12.
  • 13. • Mungkin tindak tanduk China yang penting buat kita adalah aktiviti China di Laut China Selatan. Malaysia pernah menyekat animasi Abominable dari ditayangkan di pawagam negara kerana animasi ini memaparkan peta Laut China Selatan dengan 9-dash line yang merupakan kawasan tuntutan China di Laut China Selatan. Laut China Selatan juga mempunyai First Island Chain yang merupakan sempadan laut bagi China untuk mengakses Laut Pasifik. (54) Tuntutan China keatas Laut China Selatan bukan sahaja bermotifkan akses pada pasifik, ia juga satu perebutan sumber minyak dan gas yang ada di kawasan tersebut juga hak untuk menangkap ikan di kawasan tersebut. • Untuk menguatkan tuntutan, China membina realiti di lapangan. Sebagai contoh, di satu Pulau Spratly, China membina pelabuhan lengkap dengan landasan untuk digunakan oleh jet pejuang. Di batu karang yang lain China juga menempatkan unit artileri mereka. (59) • China juga bergantung kepada pembukaan Selat Melaka untuk digunakan mereka. Hampir 80 peratus bahan tenaga yang diimport ke China melalui Selat Melaka. (61) Negara yang mengawal selat ini, Indonesia, Malaysia, dan Singapura adalah pro-Amerika Syarikat. Selat ini mempunyai bahagian sempit yang hanya berkeluasan 1.7 batu sedangkan 12 juta tong minyak melaluinya setiap hari untuk memastikan kilang-kilang di China dapat terus beroperasi. (84)
  • 14. Undang-undang antarabangsa yang mengawal kedaulatan di laut adalah United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Dimana negara yang meratifikasi undang-undang ini mempunyai hak ekonomi sejauh 200 batu nautika dari perairan mereka dan menjadikan kawasan ini Exclusive Economic Zone (EEZ), dimana sesebuah negara boleh meneroka sumber minyak dan gas, juga mempunyai hak perikanan dalam kawasan ini. (278)
  • 15. Dalam membahaskan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia, Marshall menolak teori bahawa Amerika Syarikat merupakan satu kuasa yang sedang dalam kemerosotan. Kedudukan Amerika sebagai negara besar yang bersempadan dengan Laut Atlantik dan Pasifik, keluasan tanah dan kesuburan, kemajuan teknologi, serta ketiadaan musuh regional merupakan antara hujah Marshall bahawa Amerika Syarikat akan terus menjadi superpower dunia. Bagi beliau tulisan bahawa Amerika dalam kemerosotan adalah satu exaggeration. Antara kekuasaan strategik Amerika adalah posisinya sebagai ketua kepada pakatan ketenteraan NATO. Pembentukan NATO oleh Amerika Syarikat pada tahun 1949 membolehkannya mewarisi kuasa ketenteraan Eropah. Walaupun ketua sivil bagi NATO berubah-rubah, komander NATO akan sentiasa merupakan Amerika Syarikat. (77)
  • 16. Bagi Marshall, Rusia bukanlah lawan Amerika Syarikat pada hari ini, keadaan geografi menafikan keupayaan Rusia untuk mendapat akses terhadap lautan global. Mereka masih tidak mempunyai perlabuhan yang tidak akan membeku, dan akses terhadap lautan terbuka perlu melalui lautan Laut Baltik, Laut Utara, Laut Hitam, dan Laut Mediterranean yang mendedahkannya kepada pelbagai negara yang tidak mempunyai hubungan mesra dengannya. (79) China pula menghampiri Amerika Syarikat dari sudut ekonomi. Tetapi mereka masih lagi ketinggalan dari sudut strategi dan ketenteraan. Manakala Amerika akan terus menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk memastikan China tidak berjaya mendahuluinya. (80) Mengakhiri analisis beliau terhadap Amerika Syarikat, Marshall menolak teori bahawa Amerika merupakan sebuah kuasa yang sedang mengalami kemerosotan. Beliau berpendapat sebaliknya. Amerika sedang menuju fasa dimana ia tidak perlu lagi bergantung kepada bekalan tenaga luar. Amerika kekal menjadi kuasa ekonomi terbesar dan merupakan negara yang paling banyak melabur dalam bidang ketenteraan. Populasinya juga tidak menghadapi masalah penuaan, ia kekal menjadi negara pilihan bagi migrasi dan memiliki universiti-universiti terbaik di dalam dunia. Semua faktor ini menurut Marshall akan mengekalkan kekuasaan Amerika ke atas dunia. (90)
  • 17. Bandingkan dua peta dan cari perbezaan.
  • 18.
  • 19.
  • 20. • Antara tragedi dalam pembentukan negara moden yang dibahaskan oleh Marshall adalah bagaimana bangsa kolonial Eropah melukis peta sempadan negara tanpa menghiraukan keadaan geografi dan sempadan kaum. Contohnya di Afrika mereka melukis sempadan di atas peta mereka kemudian memanggilnya sebagai sebuah negara. Antaranya kawasan pertengahan Congo dan kawasan atas Volta, kemudian memanggil kawasan ini sebuah negara. Ini bukan sahaja satu kesilapan malah penipuan. Akibatnya, penduduk Afrika terperangkap dengan sempadan politik yang dilukis oleh orang Eropah hinggalah ke hari ini. Mereka berperang sesama sendiri serta membantutkan perkembangan ekonomi mereka serta tidak dapat merasai hasil semulajadi yang ada dalam sempadan geografi mereka. Perkara yang sama akan kita lihat di Timur Tengah. (125) • Perkataan “Timur Tengah” adalah perkataan yang dicipta oleh orang Eropah. Kita harus bertanya, ditengah apa? Timur dari mana? Ia adalah kawasan Timur dari Eropah, kawasan pertengahan sebelum sampai ke bahagian yang lebih Timur di Asia (Far East). Terminologi ini sendiri lahir dari konsep Eropah terhadap dunia, pandangan Eropah terhadap dunia Timur ini dikupas dengan menarik sekali oleh Edward Said dalam makalah beliau Orientalism. Seperti juga di Eropah, tragedi di Timur Tengah lahir dari tangan orang Eropah yang membuat sempadan negara diatas tanah-tanah jajahan mereka, sempadan yang sekarang cuba diubah dengan darah dalam pergolakan di Timur Tengah. (148) • Sempadan yang dilukis ini adalah imaginasi kolonial Eropah. Sempadan yang ada menurut sejarah adalah berdasarkan geografi. Kawasan-kawasan ini terpisah dan ditadbir mengikut keadaan geografi, semangat etnik dan agama. Mereka tidak menubuhkan negara bangsa seperti konsep negara bangsa Eropah, dan penduduknya tidak mempunyai konsep sempadan negara tetap. Mereka telah sekian lama mengembara dalam kawasan ini tanpa sempadan untuk bertemu keluarga, apabila mereka tiba-tiba memerlukan dokumen yang dikeluarkan oleh pihak yang mereka tidak kenali ia merupakan satu konsep yang asing. (148-149)
  • 21. Dalam menelusuri konflik di Timur Tengah, Marshall seolah-olah mencanggahi thesis utama beliau, hujah yang dipakai banyak membahaskan soal perbezaan fahaman agama berbanding geografi. Di Iraq sebagai contoh, golongan Syiah tidak akan mengiktiraf penguasaan kerajaan Sunni terhadap dua bandar suci mereka iaitu Najaf dan Karbala, di mana mereka mempercayai Ali dan Hussin dikebumikan. Kawasan-kawasan ini sekian lama diperintah sebagai kawasan berbeza: Mosul, Baghdad dan Basrah, pemisahan ini telah berlaku sejak zaman Assyria, Babylon, dan Sumer, begitu juga dibawah pemerintahan Parsi dan Umayyah. Hanya British menurut Marshall yang memisahkan 3 kawasan pemerintahan ini menjadi satu. Ia merupakan satu kemustahilan yang tidak logik yang hanya boleh difahami seperti konsep Triniti, namun realitinya bagi Iraq ia adalah konsep kehancuran. (152-153)
  • 22. Bagi menyatukan kawasan-kawasan yang tidak bersatu ini, penganalisis politik mengutarakan teori bahawa satu pemimpin yang kuat (strong man) diperlukan untuk menyatukan mereka. Satu per satu diktator diangkat dan dibuang, namun hakikatnya penduduknya tidak pernah bersatu, mereka hanya duduk diam sebentar kerana takutkan diktator. Antara bangsa yang hidup dalam batas geografi Iraq tetapi merupakan satu etnik tersendiri adalah Bangsa Kurdis, mereka menduduki batasan geografi yang boleh ditentukan dengan objektif disamping mempunyai populasi yang besar dan mampu bertindak balas apabila beban diktator terlalu menghimpit. Iraq mempunyai 5 juta penduduk berbangsa Kurdis di bahagian utara di kawasan seperti Irbil, Sulaimaniyah dan Dahuk. Mereka berjaya memelihara identiti mereka yang tersendiri meskipun ditekan dibawah regim diktator. (153)
  • 23. Marshall juga menolak teori yang mengatakan ketidakstabilan Timur Tengah adalah kerana Israel. Bagi beliau ini adalah penipuan yang diketengahkan oleh diktator Arab. Penipuan ini menurutnya diterima oleh orang-orang Eropah yang bodoh. (168) Namun dalam hal ini saya kira Marshall tidak jujur, beliau tidak membahaskan peranan kuasa Eropah dalam menghalang proses pendemokrasian negara-negara Timur Tengah. Beliau juga tidak membahaskan sokongan Eropah terhadap para diktator yang membolehkan mereka mengawal sumber hasil bumi, juga sikap Eropah yang mengambil keuntungan hasil dari konflik yang berlaku dengan menjual senjata.
  • 24. Buku Asia’s Caulderon: The South China Sea and the End of a Stable Pacific tulisan Robert D. Kaplan ini saya baca sejurus selepas saya menghabiskan bacaan perihal Orientalism yang ditulis oleh Edward Said, pengaruh Orientalism masih tebal dan segar dalam minda saya, oleh itu, tidak dapat tidak pandangan saya terhadap buku ini perspektifnya tebal melalui lensa metodologi yang digariskan Edward Said, tambahan pula buku ini ditulis oleh orang Barat perihal bangsa Timur. Dalam prolognya, Kaplan memulakan analisanya dengan membahaskan kemusnahan tamadun Champa, The Ruins of Champa tulis Kaplan. Saya tidak dapat lari dari merasakan jelik apabila beliau menggunakan pendekatan yang reductionist dalam menggambarkan masyarakat Champa sebagai bangsa pelaut dan bangsa lanun, “Champa represents a seafaring, piratical race” tulis beliau. (xvi) Perkara seperti ini yang menjadi objek kritikan Said dalam makalah beliau, bagaimana bangsa Eropah sering membuat generalisasi yang buruk terhadap ketamadunan Timur. Mungkin ada sebahagian orang-orang Champa yang menjadi lanun, tetapi menggambarkan seluruh bangsa Champa sebagai lanun bagi saya tidak masuk akal. Beliau juga menulis bagaimana legasi Champa “diselamatkan” oleh arkeologis Perancis, seolah-olah Champa tidak mampu menjaga dirinya sendiri dan sentiasa perlu berharap kepada Eropah untuk “diselamatkan”. (xvii)
  • 25. Kaplan juga saya lihat sering menyamakan apa yang berlaku di Asia Tenggara dengan pengalaman Amerika dan Eropah. Mungkin ini dilakukan bagi memudahkan kefahaman bagi pembaca Barat. Namun saya melihatnya sebagai kegagalan Kaplan untuk melihat Asia sebagai geografi yang unik. Seolah-olah Asia tidak original dan sentiasa mengikuti Barat. Posisi tentera China di Laut China Selatan disamakan dengan pengalaman Amerika di Caribbean, manakala Taiwan diumpamakan seperti Berlin di Asia. (13,139). Sentral kepada thesis buku ini adalah bagaimana geografi menjadi faktor penting dalam konflik di Asia Tenggara. Berbeza dengan konflik Eropah yang memfokuskan peperangan darat, Asia Tenggara akan menyaksikan konflik di laut. Beliau memetik pandangan saintis politik Amerika, John Mearsheimer yang membawakan idea “stopping power of water”, kawasan perairan menyukarkan logistik peperangan terutamanya untuk membawa askar bagi menawan mana- mana kawasan pantai. (7)
  • 26. Thucydides menulis bahawa “the strong do what they can and the week suffer what they must”, bagi Kaplan inilah strategi China dalam menekan negara-negara kecil di Asia Tenggara bagi menjayakan polisi mereka.
  • 27. • Analisa nasionalisme di Malaysia oleh Kaplan bagi saya merupakan analisa yang tepat. Beliau mengungkapkan bagaimana Malaysia tidak mempunyai satu identiti yang boleh membentuk semangat patriotisme nasionalisme. Kepelbagaian kaum, Melayu, Cina, India, kaum dan suku Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai identiti dan budaya yang berbeza. Semangat nasionalisme anti-China seperti yang ada di Vietnam tidak wujud di Malaysia menurut Kaplan. Malaysia terdiri dari komuniti berbeza yang hidup secara harmoni bersama. Malaysia is beyond nationalism without having ever experienced it. (75-76, 87) • Kaplan menghuraikan bagaimana Mahathir berjaya membangunkan Malaysia dengan model “reverse of Kemalism”, di mana Ataturk membangunkan Turki dengan sekularisma, Mahathir membangunkan Malaysia dengan Islamisasi. Mahathir berjaya membuktikan bahawa V.S. Naipaul salah, beliau membuktikan bagaimana Islam sesuai dengan pembangunan ekonomi dan sosial yang dinamik. Malaysia berjaya melahirkan sebuah negara yang moderate dengan teknokrat muslimnya sendiri. Mahathir berjaya mengajar dunia bagaimana untuk menjadi moden tanpa menjadi western. Atas kejayaan model Malaysia ini, Mahathir disanjung oleh negara-negara Arab dan Iran. (83)
  • 28. Bagi saya buku ini terlalu melihat situasi di Laut China Selatan dengan lensa antagonistik. Hujah-hujahnya dibuat dengan hipothesis bahawa China merupakan ancaman untuk negara-negara serantau dan Amerika adalah pembela yang dapat mengimbangi China. Ada perbahasan-perbahasan yang menarik perihal sifat demokrasi juga bentuk pemerintahan autokrat yang berjaya membangunkan ekonomi dengan pesat. Namun dari sudut menggambarkan budaya timur, banyak kenyataan beliau yang reductionist dan juga stereotyping.
  • 29. Tuntutan China keatas Laut China Selatan China menuntut 90% dari Laut China Selatan. Hujah pertama adalah hujah sejarah dimana kepulauan ini telah diteroka oleh pelaut China 2 abad sebelum masihi pada zaman Dinasti Han. China menganggap laut ini adalah kawasan archipelagic water (perairan dalaman) namun tidak diiktiraf UN. China membina artificial island bagi menguatkan lagi tuntutan mereka.
  • 32. Markas tentera China di Pulau Spratly