MENGAPAKAH ZAMAN RENAISSANCE / ZAMAN
KELAHIRAN SEMULA DAN ZAMAN PENCERAHAN
DILIHAT SEBAGAI TITIK TOLAK KEPADA
KEBANGKITAN RASIONALISME DALAM ILMU DAN
PERTUMBUHAN SAINS SOSIAL?



     AISYAH BINTI AZMI (A137211)
     MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR (A136437)
     NOOR FATIN BINTI HALID (A136503)
     NUR AFIQKHA AKMA BINTI MOHD HUSSEIN (A136288)
     SYAZWANI BINTI MOKHTAR (A136512)
RASIONALISME
   Sebelum Zaman Pencerahan yakni pada Zaman
    Pertengahan, tradisi sains dibangunkan oleh golongan
    agamawan yang bersifat teleologikal dan menganggap
    kajian tentang alam bedasarkan penakulan manusia
    tidak wajar dan tidak mungkin dilakukan yakni dari segi
    agamanya dianggap menyebar ajaran sesat.
   Walau bagaimanapun, kewajaran epistemologi yang
    mendasari tradisi ilmu pada Zaman Pertengahan mula
    dipersoalkan apabila Eropah memasuki Zaman
    Renaissance (1450-1650) dan seterusnya Zaman
    Pencerahan (1650-1800). Hal ini turut memberi impak
    dalam perubahan yang berlaku dalam bidang seni,
    senibina, ekonomi.
   Pada Zaman Pencerahan terutamanya, masyarakat
    Barat telah menerima rasionalisme sebagai prinsip
    utama untuk mencari dan menyusun ilmu.
 Falsafah rasional (rasionalisme) yang
  diperkenalkan ialah penakulan manusia (human
  reasoning) secara logik dan sistematik.
  Pengetahuan mengenai alam nyata dapat
  diperolehi melalui proses penakulan manusia
  bukanlah berasaskan kepercayaan dan keimanan
  seperti di Zaman Pertengahan.
 Semua ilmu pengetahuan boleh dinyatakan dalam
  bentuk satu sistem.
 Ia berkaitan dengan usaha untuk mencari prinsip,
  peraturan dan hukum-hukum yang mendasari
  kehidupan bukan semata-mata mengumpul dan
  mempelajari maklumat yang banyak tentang
  sesuatu fenomena.
   Penyebaran falsafah rasional (rasionalisme) dan satu
    himpunan pengetahuan baru yang mengandaikan
    segala benda di alam nyata boleh diselidiki dan dikaji
    secara sistematik dan objektif seperti sains tulen.
   Sejak itu, sains sosial yang didasari oleh falsafah
    rasional berkembang mengikut 3 zaman utama:
      Zaman Pertengahan (Middle Ages – 500-1450)
      Zaman Renaissance (Kelahiran Semula – 1450-
       1650/ abad ke 15- abad ke 17)
      Zaman Pencerahan atau Keserlahan (Enlightment –
       1650 – 1800/abad ke 17- awal abad ke 19)
ZAMAN RENAISSANCE (KELAHIRAN SEMULA)
   Masih sistem feudal; zaman penerokaan dan penjelajahan; raja-
    raja Eropah bersaing menghantar pengembara / pelayar
    contohnya Christopher Columbus dan Francis Drake meneroka
    kawasan baru.
   Perkembangan empayar Islam (Abassiyah di Baghdad,
    Damsyik).
   Peristiwa-peristiwa penting yang meyebabkan kewajaran tradisi
    teleologikal dipersoalkan –
      1) Pengaruh falsafah rasional Islam yang merebak ke Eropah
        akibat pertembungan dengan tamadun budaya Islam
          Penakulan manusia telah lama diutamakan dalam Islam
           untuk memahami penciptaan, alam nyata, sifat Tuhan, sifat
           manusia.
          Antara ahli pemikir Islam yang menyumbang kepada ilmu
           matematik, algebra, alchemy, sejarah : Ibnu Sina
           (Avicenna), Ibnu Rushd (Avirroes), dan Ibnu Khaldun
           (penulis buku ‘Muqadimmah’)
   2) Penemuan dan penerimaan semula falsafah rasional
        Yunani yang dipopularkan oleh Aristotle, Socrates, Plato,
        Archimedes. Ahli fikir Yunani ini telah lama berusaha
        memperjelaskan secara logikal sifat masyarakat, peranan
        pemerintah atau negara, fungsi pasar, tetapi ditolak di
        Zaman Pertengahan.

   Tertarik dengan saranan ahli fikir Islam dan Yunani tentang
    peri pentingnya penakulan manusia sebagai sumber ilmu
    pengetahuan, ahli fikir zaman Renaissance seperti Rene
    Descartes, Spinoza, dan Leibniz.
   Rene Descartes      Spinoza             Leibniz
 Membuat spekulasi falsafah (bukan kajian empirikal)
  tentang proses pemikiran itu sendiri (the thinking
  process), kewujudan manusia (human existence),
  keadaan manusia(human condition), sifat dan peranan
  kesedaran manusia (human consciousness) membina
  tamadun manusia.
 Menyarankan bahawa segala yang wujud dalam alam
  nyata adalah hasil pemikiran manusia atau cerminan
  kesedaran manusia.
 Menyarankan bahawa selain tradisi dan autoriti ilmuan-
  agama (religious scolars) keupayaan manusia berfikir
  dan membuat penakulan perlu diambil kira dalam
  proses penjanaan ilmu pengetahuan.
ZAMAN ENLIGHTMENT (PENCERAHAN)
 Falsafah rasional hanya menjadi salah satu cara
  pemikiran yang dominan pada zaman berikutnya
  iaitu pada Zaman Pencerahan di sekitar abad ke-17
  dan ke-18 seiring dengan perubahan yang berlaku
  dalam kalangan masyarakat Eropah.
 Manusia semakin digalakkan berfikir dan membuat
  penakulan secara logik dan sistematik
 Aspek-aspek kehidupan manusia boleh dikaji
  secara sistematik, logikal dan kritikal, termasuk
  kepercayaan keagamaan, estetika, dan pendidikan.
 Perubahan-perubahan sosial yang berlaku pada
  ketika itu telah menyumbang kepada
  perkembangan falsafah rasional.
 Peristiwa-peristiwa utama yang memungkinkan
  penyebaran dan penerimaan falsafah rasional di
  Eropah:
     pengluasan ekonomi perdagangan (mercantalism),
     perkembangan sains fizikal seperti fizik, matematik,
      astronomi, dan geologi,
     reformasi keagamaan (Gerakan Protestant) diterajui
      oleh Martin Luther yang mempersoalkan peranan
      keagamaan dan kuasa tradisi paderi Katolik dan gereja,
      lalu menyemarakkan Mazhab Protest dalam tradisi
      Kristian.
   Kesan-kesan terhadap masyarakat Eropah:-
     Kuasa dan dominasi gereja Katolik ke atas masyarakat
      menjadi semakin lemah.
     Hal ini membawa kepada kebebasan minda Eropah
      daripada dikuasai gereja.
     Keyakinan orang ramai terhadap sains dan kaedah
      sains untuk memperolehi ilmu pengetahuan meningkat
      terutamanya pada Zaman Isaac Newton.
     Suasana intelektual berubah iaitu kajian kritis dan
      saintifik mengenai alam nyata dari sudut fizikal dan
      sosial dialu-alukan lalu mencetuskan gerakan intelektual
      yang berusaha memartabatkan rasionalisme.
SAINS SOSIAL
   Bermula dari Zaman Pencerahan, rasionalisme telah diterima
    sebagai prinsip utama dalam mengkaji ilmu dan alam nyata.
   Hal ini membawa kepada peningkatan minat dalam memahami alam
    semula jadi / persekitaran fizikal dan manusia secara saintifik.
   Gedung ilmu pengetahuan juga telah berkembang dan ini
    mencetuskan usaha untuk menambahkan lagi pengetahuan saintifik
    tentang alam fizikal dan sosial yang menghasilkan dua cabang
    ilmu.:-
       Sains Tabii (natural science)
       Sains Kemanusiaan
   Sains sosial sebagai bidang ilmu yang mengkaji masyarakat dan
    budaya manusia, secara khususnya bagaimana masyarakat itu
    berfungsi atau beroperasi dan unsur-unsur kebudayaan yang
    menentukan pola-pola umum tingkah laku manusia (general pattern
    of human behaviour) belum ada lagi pada masa itu.
   Merupakan himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan
    kajian mengenai manusia, budaya dan masyarakat, iaitu semua
    aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial,
    dan jaringan sosial sesama mereka.
SUMBANGAN AHLI PEMIKIR PADA ZAMAN
PENCERAHAN
   Situasi di Zaman Pencerahan yang menyokong pertumbuhan
    ilmu sains sosial di akhir abad ke 19:

     Ada kepercayaan bahawa tamadun manusia sebenarnya
      telah maju, oleh itu, pemikiran manusia seharusnya maju
      juga.
     Manusia lebih yakin dan berupaya untuk menentukan
      halatuju masyarakat dan dirinya.
     Penjelasan keagamaan oleh ilmuan agama tentang masalah
      sosial yang dikatakan sebagai sesuatu yang ditakdirkan
      Tuhan semakin kurang diyakini.
     Manusia semakin sensitif terhadap apa jua isu dan masalah
      sosial yang berlaku di sekitar mereka akibat peperangan,
      kemiskinan, dan konflik yang berlaku sejak abad ke-17 dan
      ke-18. Oleh itu, ada sikap ingin tahu dalam diri manusia.
           Contoh: Mengapa peperangan berlaku? Apa yang boleh dilakukan
            untuk mencapai keamanan? Apakah bentuk kerajaan yang layak untuk
            melindungi manusia?
KESIMPULAN
   Zaman renaissance dan pencerahan sememangnya
    menjadi titik tolak kepada perkembangan falsafah
    rasionalisme, kerana:
       Pengaruh rasional Islam yang diadaptasi.
       Penemuan dan penerimaan semuala falsafah Yunani
       Galakan berfikir dengan logik dan sistematik.
       Perubahan sosial masyarakat.
       Secara umum dilihat, lahir tokoh-tokoh pelopor yang
        menyemai kembali keilmuan fahsafah di eropah / barat

Pss tutor (2)

  • 1.
    MENGAPAKAH ZAMAN RENAISSANCE/ ZAMAN KELAHIRAN SEMULA DAN ZAMAN PENCERAHAN DILIHAT SEBAGAI TITIK TOLAK KEPADA KEBANGKITAN RASIONALISME DALAM ILMU DAN PERTUMBUHAN SAINS SOSIAL? AISYAH BINTI AZMI (A137211) MOHD SHAZWAN BIN MOKHTAR (A136437) NOOR FATIN BINTI HALID (A136503) NUR AFIQKHA AKMA BINTI MOHD HUSSEIN (A136288) SYAZWANI BINTI MOKHTAR (A136512)
  • 2.
    RASIONALISME  Sebelum Zaman Pencerahan yakni pada Zaman Pertengahan, tradisi sains dibangunkan oleh golongan agamawan yang bersifat teleologikal dan menganggap kajian tentang alam bedasarkan penakulan manusia tidak wajar dan tidak mungkin dilakukan yakni dari segi agamanya dianggap menyebar ajaran sesat.  Walau bagaimanapun, kewajaran epistemologi yang mendasari tradisi ilmu pada Zaman Pertengahan mula dipersoalkan apabila Eropah memasuki Zaman Renaissance (1450-1650) dan seterusnya Zaman Pencerahan (1650-1800). Hal ini turut memberi impak dalam perubahan yang berlaku dalam bidang seni, senibina, ekonomi.  Pada Zaman Pencerahan terutamanya, masyarakat Barat telah menerima rasionalisme sebagai prinsip utama untuk mencari dan menyusun ilmu.
  • 3.
     Falsafah rasional(rasionalisme) yang diperkenalkan ialah penakulan manusia (human reasoning) secara logik dan sistematik. Pengetahuan mengenai alam nyata dapat diperolehi melalui proses penakulan manusia bukanlah berasaskan kepercayaan dan keimanan seperti di Zaman Pertengahan.  Semua ilmu pengetahuan boleh dinyatakan dalam bentuk satu sistem.  Ia berkaitan dengan usaha untuk mencari prinsip, peraturan dan hukum-hukum yang mendasari kehidupan bukan semata-mata mengumpul dan mempelajari maklumat yang banyak tentang sesuatu fenomena.
  • 4.
    Penyebaran falsafah rasional (rasionalisme) dan satu himpunan pengetahuan baru yang mengandaikan segala benda di alam nyata boleh diselidiki dan dikaji secara sistematik dan objektif seperti sains tulen.  Sejak itu, sains sosial yang didasari oleh falsafah rasional berkembang mengikut 3 zaman utama:  Zaman Pertengahan (Middle Ages – 500-1450)  Zaman Renaissance (Kelahiran Semula – 1450- 1650/ abad ke 15- abad ke 17)  Zaman Pencerahan atau Keserlahan (Enlightment – 1650 – 1800/abad ke 17- awal abad ke 19)
  • 5.
    ZAMAN RENAISSANCE (KELAHIRANSEMULA)  Masih sistem feudal; zaman penerokaan dan penjelajahan; raja- raja Eropah bersaing menghantar pengembara / pelayar contohnya Christopher Columbus dan Francis Drake meneroka kawasan baru.  Perkembangan empayar Islam (Abassiyah di Baghdad, Damsyik).  Peristiwa-peristiwa penting yang meyebabkan kewajaran tradisi teleologikal dipersoalkan –  1) Pengaruh falsafah rasional Islam yang merebak ke Eropah akibat pertembungan dengan tamadun budaya Islam  Penakulan manusia telah lama diutamakan dalam Islam untuk memahami penciptaan, alam nyata, sifat Tuhan, sifat manusia.  Antara ahli pemikir Islam yang menyumbang kepada ilmu matematik, algebra, alchemy, sejarah : Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Rushd (Avirroes), dan Ibnu Khaldun (penulis buku ‘Muqadimmah’)
  • 6.
    2) Penemuan dan penerimaan semula falsafah rasional Yunani yang dipopularkan oleh Aristotle, Socrates, Plato, Archimedes. Ahli fikir Yunani ini telah lama berusaha memperjelaskan secara logikal sifat masyarakat, peranan pemerintah atau negara, fungsi pasar, tetapi ditolak di Zaman Pertengahan.  Tertarik dengan saranan ahli fikir Islam dan Yunani tentang peri pentingnya penakulan manusia sebagai sumber ilmu pengetahuan, ahli fikir zaman Renaissance seperti Rene Descartes, Spinoza, dan Leibniz.  Rene Descartes Spinoza Leibniz
  • 7.
     Membuat spekulasifalsafah (bukan kajian empirikal) tentang proses pemikiran itu sendiri (the thinking process), kewujudan manusia (human existence), keadaan manusia(human condition), sifat dan peranan kesedaran manusia (human consciousness) membina tamadun manusia.  Menyarankan bahawa segala yang wujud dalam alam nyata adalah hasil pemikiran manusia atau cerminan kesedaran manusia.  Menyarankan bahawa selain tradisi dan autoriti ilmuan- agama (religious scolars) keupayaan manusia berfikir dan membuat penakulan perlu diambil kira dalam proses penjanaan ilmu pengetahuan.
  • 8.
    ZAMAN ENLIGHTMENT (PENCERAHAN) Falsafah rasional hanya menjadi salah satu cara pemikiran yang dominan pada zaman berikutnya iaitu pada Zaman Pencerahan di sekitar abad ke-17 dan ke-18 seiring dengan perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Eropah.  Manusia semakin digalakkan berfikir dan membuat penakulan secara logik dan sistematik  Aspek-aspek kehidupan manusia boleh dikaji secara sistematik, logikal dan kritikal, termasuk kepercayaan keagamaan, estetika, dan pendidikan.
  • 9.
     Perubahan-perubahan sosialyang berlaku pada ketika itu telah menyumbang kepada perkembangan falsafah rasional.  Peristiwa-peristiwa utama yang memungkinkan penyebaran dan penerimaan falsafah rasional di Eropah:  pengluasan ekonomi perdagangan (mercantalism),  perkembangan sains fizikal seperti fizik, matematik, astronomi, dan geologi,  reformasi keagamaan (Gerakan Protestant) diterajui oleh Martin Luther yang mempersoalkan peranan keagamaan dan kuasa tradisi paderi Katolik dan gereja, lalu menyemarakkan Mazhab Protest dalam tradisi Kristian.
  • 10.
    Kesan-kesan terhadap masyarakat Eropah:-  Kuasa dan dominasi gereja Katolik ke atas masyarakat menjadi semakin lemah.  Hal ini membawa kepada kebebasan minda Eropah daripada dikuasai gereja.  Keyakinan orang ramai terhadap sains dan kaedah sains untuk memperolehi ilmu pengetahuan meningkat terutamanya pada Zaman Isaac Newton.  Suasana intelektual berubah iaitu kajian kritis dan saintifik mengenai alam nyata dari sudut fizikal dan sosial dialu-alukan lalu mencetuskan gerakan intelektual yang berusaha memartabatkan rasionalisme.
  • 11.
    SAINS SOSIAL  Bermula dari Zaman Pencerahan, rasionalisme telah diterima sebagai prinsip utama dalam mengkaji ilmu dan alam nyata.  Hal ini membawa kepada peningkatan minat dalam memahami alam semula jadi / persekitaran fizikal dan manusia secara saintifik.  Gedung ilmu pengetahuan juga telah berkembang dan ini mencetuskan usaha untuk menambahkan lagi pengetahuan saintifik tentang alam fizikal dan sosial yang menghasilkan dua cabang ilmu.:-  Sains Tabii (natural science)  Sains Kemanusiaan  Sains sosial sebagai bidang ilmu yang mengkaji masyarakat dan budaya manusia, secara khususnya bagaimana masyarakat itu berfungsi atau beroperasi dan unsur-unsur kebudayaan yang menentukan pola-pola umum tingkah laku manusia (general pattern of human behaviour) belum ada lagi pada masa itu.  Merupakan himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian mengenai manusia, budaya dan masyarakat, iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial, dan jaringan sosial sesama mereka.
  • 12.
    SUMBANGAN AHLI PEMIKIRPADA ZAMAN PENCERAHAN  Situasi di Zaman Pencerahan yang menyokong pertumbuhan ilmu sains sosial di akhir abad ke 19:  Ada kepercayaan bahawa tamadun manusia sebenarnya telah maju, oleh itu, pemikiran manusia seharusnya maju juga.  Manusia lebih yakin dan berupaya untuk menentukan halatuju masyarakat dan dirinya.  Penjelasan keagamaan oleh ilmuan agama tentang masalah sosial yang dikatakan sebagai sesuatu yang ditakdirkan Tuhan semakin kurang diyakini.  Manusia semakin sensitif terhadap apa jua isu dan masalah sosial yang berlaku di sekitar mereka akibat peperangan, kemiskinan, dan konflik yang berlaku sejak abad ke-17 dan ke-18. Oleh itu, ada sikap ingin tahu dalam diri manusia.  Contoh: Mengapa peperangan berlaku? Apa yang boleh dilakukan untuk mencapai keamanan? Apakah bentuk kerajaan yang layak untuk melindungi manusia?
  • 13.
    KESIMPULAN  Zaman renaissance dan pencerahan sememangnya menjadi titik tolak kepada perkembangan falsafah rasionalisme, kerana:  Pengaruh rasional Islam yang diadaptasi.  Penemuan dan penerimaan semuala falsafah Yunani  Galakan berfikir dengan logik dan sistematik.  Perubahan sosial masyarakat.  Secara umum dilihat, lahir tokoh-tokoh pelopor yang menyemai kembali keilmuan fahsafah di eropah / barat