SlideShare a Scribd company logo
PENDAHULUAN 
Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat 
membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat 
dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. 
Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang 
bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti 
terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal 
tempat tumpah darah mereka. 
Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan 
pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora 
dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya 
menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan 
mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan 
dagangan antarabangsa. 
Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, 
tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian 
dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang 
sama. 
Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama 
kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh 
pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan 
rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka 
cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa 
mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing. 
Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar 
yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis 
hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk 
membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya 
hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam 
di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu 
dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti 
bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara 
untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran 
pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara 
ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan 
membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. 
Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan 
India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah 
yang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk 
tempatan. 
Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun 
terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang 
Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu 
mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai
kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, ‘Bapa Kemerdekaan’ kita telah 
melaungkan kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsa 
dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan berkibar 
megah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah 
negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang 
tersendiri. 
Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan 
memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam 
rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum 
dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang 
tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi 
kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional 
adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia. 
DEFINISI: 
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara 
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama 
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh 
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan 
banggakan negara. 
Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah 
tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan 
agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni 
masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. 
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL. 
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu 
perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 
yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat 
yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, 
berasaskan persamaan hak dan keadilan” 
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan 
bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan 
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka 
kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan 
masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan 
masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu 
sahaja. 
HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI. 
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. 
Di antaranya ialah;
 Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan 
yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya 
dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan 
seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan 
buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. 
 Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang 
menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka 
sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum 
yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka 
negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. 
 Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak 
menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana 
setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan 
bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula 
yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang 
sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan 
yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di 
samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan 
pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara. 
 Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang 
tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang 
pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan 
etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. 
 Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, 
sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah 
memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak 
wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan 
kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga 
memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak 
keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. 
 Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang 
permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun 
terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh 
tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan 
persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu 
dan Cina. 
KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM 
MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA 
PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi 
menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum 
dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang 
sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah 
menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti 
parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti 
pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 
13 Mei 1969. 
Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai 
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan 
keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna 
serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum. 
Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang 
perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat 
pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. 
Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk 
menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi 
Baru. 
Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah 
bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara 
pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan 
keadaan yang tidak diingini. 
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara 
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah 
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan 
warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah 
Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke 
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk 
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan 
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan 
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian 
dan kemakmuran masyarakat dan negara” 
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu 
dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan 
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem 
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang 
dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. 
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat 
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan 
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan 
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran 
Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan 
Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam 
sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati 
sesama manusia. 
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang 
Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri 
pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. 
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau 
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun 
Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan 
tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun 
Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya 
golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan 
yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.. 
USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT Program 
Pemuafakatan Masyarakat – 
Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program 
ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, 
majlis perkahwinan dan sebagainya. 
Hari Keluarga dan Sukan Rakyat – 
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan 
melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan 
tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih 
sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat. 
Acara kebudayaan dan kesenian- 
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan 
tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi 
yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat 
memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. 
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali- 
Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti 
JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis 
makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak 
disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, 
disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan 
perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan. 
Aktiviti Riadah - 
Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam 
pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia 
Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang 
boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur 
Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat
berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat 
memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama 
masyarakat. 
KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH Sekolah 
Penyayang – 
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku 
Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama 
ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan 
pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan 
menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan 
hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. 
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) – 
Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, 
namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan 
Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah 
ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, 
mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok 
dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program 
ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan 
mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat. 
Penyertaan Dalam Kokurikulum – 
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian 
seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, 
persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada 
situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti 
program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi 
dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi 
secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan 
pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam 
usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat 
yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi. 
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan – 
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun 
kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan 
kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, 
Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan 
PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan 
dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, 
tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur 
Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, 
pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik 
kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan 
program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa 
Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan 
kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. 
Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah– 
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, 
Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, 
Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan 
kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara 
diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, 
persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari 
program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri 
pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat 
berbilang kaum dan keturunan. 
Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah– 
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan 
sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan 
sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, 
kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang 
dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat 
maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat 
kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. 
PENUTUP: 
Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai 
tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, 
kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan 
penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun 
negara. 
Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi 
jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan 
kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, 
penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi 
dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga 
negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat 
yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang 
diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip 
Rukun Negara Malaysia. 
Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi 
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun 
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih 
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional 
akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa. 
SENARAI RUJUKAN; 
1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd 
2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, 1991 
3. Malaysia Kita, International law book Services, 2007. 
4. Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, KPM, 2005. 
5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997. 
6. Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001. 
7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur, 1986. 
8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, Jabatan Percetakan Kerajaan, Kuala 
Lumpur, 1988. 
9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian Hashim, DBP, 1984.

More Related Content

What's hot

Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Yfook Ng
 
Karangan peperangan
Karangan peperanganKarangan peperangan
Karangan peperangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
Khai Khairy
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat yhan law
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
FaFai S.
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus PerniagaanKerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan
FarahWahida59
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
Seow Han Lin
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
homogenus
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
Widia Wati
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
JANGAN TENGOK
 
Sumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanSumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanHerRmah SYoyozz
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalfifiusm
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 

What's hot (20)

Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Karangan peperangan
Karangan peperanganKarangan peperangan
Karangan peperangan
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Komanwel
KomanwelKomanwel
Komanwel
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - NotaBahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
Bahasa Melayu STPM Penggal 3 - Nota
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus PerniagaanKerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
 
Sumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanSumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam asean
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasional
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 

Viewers also liked

Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
As Nuurien Najma
 
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan EtnikWanBK Leo
 
1Malaysia Concept
1Malaysia Concept1Malaysia Concept
1Malaysia Concept
Jue Parker
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysiataiko89
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumfiro HAR
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysiaguathoon
 
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negaraPerpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
impak
 
8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysia8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysiaHashim Omar
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANFatnin Izni
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALANMPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
Zulhana Zulkifle
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
dka1a2015
 
HAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUHAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUayuapiz
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
amranaziz67
 

Viewers also liked (20)

Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 7   Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 7 Islam Hadhari Dan Hubungan Etnik
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
1Malaysia Concept
1Malaysia Concept1Malaysia Concept
1Malaysia Concept
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Forum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaumForum perpaduan integrasi kaum
Forum perpaduan integrasi kaum
 
1 malaysia
1 malaysia1 malaysia
1 malaysia
 
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negaraPerpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
 
8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysia8 nilai dalam konsep 1 malaysia
8 nilai dalam konsep 1 malaysia
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAANHUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
HUBUNGAN ETNIK : FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN KAUM SEBELUM KEMERDEKAAN
 
Gagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysiaGagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysia
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALANMPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
MPU 1212: Bab 1 PENGENALAN
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
 
Pengangkutan
PengangkutanPengangkutan
Pengangkutan
 
HAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUHAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYU
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 

Similar to Masalah perpaduan di malaysia

Bab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysiaBab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysiaDhani Ahmad
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Suriey Zack
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadunBudaya dan tamadun
Budaya dan tamadunRohana Badri
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Yokhanah Palani
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
Khairiyah Sulaiman
 
Nasionalisme
NasionalismeNasionalisme
Nasionalisme
Ayu Sulastri
 
ppt persatuan dan kesatuan
ppt persatuan dan kesatuanppt persatuan dan kesatuan
ppt persatuan dan kesatuan
RifqaHauraNuzula
 
masyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesiamasyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesia
asyaffa
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Hanjar nasionalisme
Hanjar nasionalismeHanjar nasionalisme
Hanjar nasionalisme
gunawan panjidwiputra
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
SharifahNurAbu
 
moral t3 esei.docx
moral t3 esei.docxmoral t3 esei.docx
moral t3 esei.docx
SivaKumar250937
 
M2 pendekatan dalam hubungan etnik
M2   pendekatan dalam hubungan etnikM2   pendekatan dalam hubungan etnik
M2 pendekatan dalam hubungan etnikAnonymous
 
Intergrasi_Nasional_PowerPoint.pptx
Intergrasi_Nasional_PowerPoint.pptxIntergrasi_Nasional_PowerPoint.pptx
Intergrasi_Nasional_PowerPoint.pptx
BargasPratama
 
1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point
Widodo Imanly
 
1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point
Widodo Imanly
 

Similar to Masalah perpaduan di malaysia (20)

Bab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysiaBab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysia
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadunBudaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Nasionalisme
NasionalismeNasionalisme
Nasionalisme
 
R u k u n negara
R u k u n negaraR u k u n negara
R u k u n negara
 
ppt persatuan dan kesatuan
ppt persatuan dan kesatuanppt persatuan dan kesatuan
ppt persatuan dan kesatuan
 
masyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesiamasyarakat multikultural di Indonesia
masyarakat multikultural di Indonesia
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Hanjar nasionalisme
Hanjar nasionalismeHanjar nasionalisme
Hanjar nasionalisme
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
 
moral t3 esei.docx
moral t3 esei.docxmoral t3 esei.docx
moral t3 esei.docx
 
M2 pendekatan dalam hubungan etnik
M2   pendekatan dalam hubungan etnikM2   pendekatan dalam hubungan etnik
M2 pendekatan dalam hubungan etnik
 
Intergrasi_Nasional_PowerPoint.pptx
Intergrasi_Nasional_PowerPoint.pptxIntergrasi_Nasional_PowerPoint.pptx
Intergrasi_Nasional_PowerPoint.pptx
 
1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point
 
1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point1. intergrasi nasional power_point
1. intergrasi nasional power_point
 

Masalah perpaduan di malaysia

  • 1. PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing. Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan. Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai
  • 2. kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, ‘Bapa Kemerdekaan’ kita telah melaungkan kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan berkibar megah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang tersendiri. Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia. DEFINISI: Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan” Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja. HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI. Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah;
  • 3.  Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.  Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.  Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.  Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.  Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.  Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina. KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam
  • 4. kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah
  • 5. Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.. USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT Program Pemuafakatan Masyarakat – Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat – Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat. Acara kebudayaan dan kesenian- Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali- Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan. Aktiviti Riadah - Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat
  • 6. berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat. KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH Sekolah Penyayang – Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) – Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat. Penyertaan Dalam Kokurikulum – Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan – Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di
  • 7. peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah– Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah– Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. PENUTUP: Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara. Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
  • 8. bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa. SENARAI RUJUKAN; 1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd 2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, 1991 3. Malaysia Kita, International law book Services, 2007. 4. Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, KPM, 2005. 5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997. 6. Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001. 7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur, 1986. 8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, Jabatan Percetakan Kerajaan, Kuala Lumpur, 1988. 9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian Hashim, DBP, 1984.