Dasar British di Tanah Melayu bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan, membawa kepada pembandaran dan munculnya bandar-bandar baru seperti Kuala Lumpur dan Taiping akibat perkembangan perlombongan. Kemunculan masyarakat berbilang kaum dari imigran Cina dan India menyebabkan pembentukan pola petempatan berbeza mengikut kaum, yang menghalang perpaduan nasional selepas merdeka. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British berdasarkan kaum juga tidak membantu dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat.