Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
QSS 4013      PENGURUSAN DAN KOKURIKULUMLAPORAN PENUH AKTIVITI PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN PERSATUAN EKONOMI           RU...
PENDAHULUAN     Persatuan Ekonomi Rumahtangga adalah salah satu medium bagi kami untuk     mempraktikkan cara pengurusan a...
TEMPAT AKTIVITI P& P DIJALANKAN:     Bilik Kuliah Proton City 2TAJUK AKTIVITI P&P:     Amalan Pemakanan Sihat dan NutrisiA...
Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, sedikit sebanyak membosankan,     tidak menarik, aktiviti P&P yang diadakan menga...
Pengurusan bidang kokurikulum ini dapat membantu pelajar-pelajar DiplomaPendidikan mengumpul pengetahuan sekaligus mengemb...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)

6,696 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Laporan Penuh Aktiviti Pengurusan dan Kokurikulum (QSS 4013)

  1. 1. QSS 4013 PENGURUSAN DAN KOKURIKULUMLAPORAN PENUH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERSATUAN EKONOMI RUMAHTANGGA NAMA AHLI Nurrulaisyah Baharom L20111006551 Aini bte Jamin L20111006489 Belinda Audrey Patrick L20111006501 Zuzan Michael Japang L20111006574 (KUMPULAN B)
  2. 2. PENDAHULUAN Persatuan Ekonomi Rumahtangga adalah salah satu medium bagi kami untuk mempraktikkan cara pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kokurikulum. Aktiviti ini juga sebagai persediaan untuk menyelaras atau menguruskan aktiviti dan program kokurikulum apabila berada di sekolah nanti.NAMA AKTIVITI: Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Persatuan Ekonomi RumahtanggaANJURAN: Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2011 Kumpulan BRASIONAL: Rasional mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk persatuan Ekonomi Rumahtangga ini selain untuk melatih kami dalam menghadapi situasi sebenar dalam mengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah, kami juga dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam menguruskan aktiviti P&P kepada rakan- rakan lain.OBJEKTIF UTAMA: Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan aktiviti P&P di sekolah.SASARAN: Pelajar DPLI 2011 Kumpulan BTARIKH PERLAKSANAAN: 7 September 2011MASA PERLAKSANAN: 4 petang hingga 6 petang (2 jam)
  3. 3. TEMPAT AKTIVITI P& P DIJALANKAN: Bilik Kuliah Proton City 2TAJUK AKTIVITI P&P: Amalan Pemakanan Sihat dan NutrisiAHLI JAWATANKUASA PENGAJAR: Nurrulaisyah Baharom L20111006551 Aini bte Jamin L20111006489 Belinda Audrey Patrick L20111006501 Zuzan Michael Japang L20111006574JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI P&P TARIKH AKTIVITI 16 Ogos 2011 Mesyuarat untuk memilih tajuk yang bersesuaian dengan aktiviti P&P 18 Ogos 2011 Mengumpulkan maklumat untuk aktiviti P&P 21 Ogos 2011 Mencari dan menempah kelas untuk menjalankan aktiviti P&P 24 Ogos 2011 Membahagikan tugas dan giliran penyampaian pelajaran 4 September 2011 Mengumpul dan menyatukan semua maklumat dari semua ahli untuk dibentangkan 7 September 2011 Aktiviti P&P dilaksanakan 24 Sepember 2011 Mesyuarat untuk penyediaan laporan penuh aktiviti P&P 5 Oktober 2011 Maklumat laporan dikumpul 14 Oktober 2011 Laporan penuh aktiviti P&P disediakanPERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: ( Sila rujuk lampiran : RANCANGAN MENGAJAR)REKLEKSI DARI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANGDIADAKAN:
  4. 4. Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, sedikit sebanyak membosankan, tidak menarik, aktiviti P&P yang diadakan mengambil masa yang panjang dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Puncanya mungkin kerana aktiviti P&P dijalankan pada waktu petang. Pelajar mula tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar selepas 30 minit P&P dijalankan. Terdapat juga pelajar yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tajuk yang diajar apabila berlaku soal jawab antara mereka dan guru. Mereka juga kembali bersemangat apabila guru menayangkan video dan gambar- gambar. Pelajar mula berminat apabila guru menjalankan aktiviti demontrasi makanan dan mereka juga gembira apabila dapat merasa makanan yang disediakan.CADANGAN ATASI KELEMAHAN: Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi soal jawab dengan para pelajar mengenai topik ini. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari.KESIMPULAN:
  5. 5. Pengurusan bidang kokurikulum ini dapat membantu pelajar-pelajar DiplomaPendidikan mengumpul pengetahuan sekaligus mengembangkan idea danpotensi mereka dalam menguruskan sesuatu aktiviti kokurikulum danmenerapkan nilai-nilai murni, jati diri, integrasi dan disiplin serta tanggungjawab.

×