SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
GA1123: PPRROOFFEESSIIOONN PPEERRGGUURRUUAANN 
KKUULLIIAAHH 22 
EEvvoolluussii PPeennddiiddiikkaann GGuurruu DDii MMaallaayyssiiaa 
JJuummaaaatt,, 1100--1122 ppaaggii 
GGeerraakk MMiinnddaa 44 
PPrrooff.. MMaaddyyaa DDrr.. ZZaammrrii MMaahhaammoodd
OBJEKTIF KULIAH 
1. Mengetahui sejarah awal pendidikan di Tanah Melayu 
2. Mengetahui sejarah awal latihan dan pendidikan guru di Tanah 
Melayu 
3. Mengetahui dan memahami setiap laporan, penyata, akta dan 
ordinan pelajaran yang membentuk dasar pendidikan 
kebangsaan di Tanah Melayu dan Malaysia 
4. Menguasai setiap dasar pendidikan yang dibentuk untuk 
menjadi guru yang profesional
SSEEJJAARRAAHH PPEENNDDIIDDIIKKAANN GGUURRUU 
DDII MMAALLAAYYSSIIAA 
• Dasar pemerintahan British – tidak ada, tidak 
mementingkan pendidikan anak pribumi 
• Hanya sekolah rendah sahaja 
• British enggan memberikan pendidikan peringkat 
menengah atau tinggi 
• Tujuan British – untuk hasilkan anak watan yang sekadar 
boleh membaca, menjadi kerani 
• Latihan untuk guru pula – dipecahkan kepada 3 aliran 
sekolah (Melayu, Cina dan India) 
• Latihan/kursus yang diberikan – sekadar membantu anak 
watan boleh membaca, mengira dan menulis saja 
• Sebelum merdeka, tidak ada satu sistem pendidikan 
latihan dan kursus untuk guru-guru yang sistematik di 
Malaysia.
KURSUS-KKUURRSSUUSS PPEENNDDIIDDIIKKAANN GGUURRUU 
SSEEBBEELLUUMM MMEERRDDEEKKAA 
1. Untuk guru-guru sekolah rendah Melayu 
• Diajar untuk beri pengetahuan dan kemahiran asas – 
Membaca, mengira, menulis, pertanian, rumahtangga 
• Latihan keguruan asas antara 2 - 3 tahun 
• Maktab Perguruan Sultan Idris (guru lelaki) 
• Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (guru 
perempuan) 
2. Untuk guru-guru sekolah rendah Cina 
• Guru diambil dari negara China 
• Latihan Perguruan Normal Simplified mulai 1930 
• Mulai 1948 – kursus latihan hujung minggu untuk melatih 
guru-guru sekolah Cina
3. Untuk guru-guru sekolah rendah Tamil 
• Tidak ada program untuk guru sekolah tamil sebelum 1937 
• Guru-guru dibawa masuk dari India 
• Mengajar di ladang/estet 
• Selepas perang, guru keturunan India ambil dari kalangan 
pekerja, kerani, pelawat – diberi kursus dua tahun 
3. Untuk guru-guru sekolah Inggeris 
• British mengambil berat guru sekolah aliran Inggeris 
• Latihan Perguruan Kelas Normal sejak 1905 
• Tawar 2 kursus: Kursus A (sekolah rendah) dan Kursus B 
(sekolah menengah) 
• Kelayakan guru: Sijil Persekolahan Cambridge 
• Kepujian Bahasa Inggeris 
• Kursus selama 2 tahun secara sambilan di hujung minggu 
• Pada 1928 – Raffles College ditubuhkan, latihan guru secara 
sepenuh masa bagi sekolah menengah aliran Inggeris 
• Pada 1950-an, ramai guru dihantar kursus 2 tahun di Kirby 
College dan Brinsford Lodge College, England 
• Pada 1953, sebuah maktab bermodelkan Kirby College dibina 
di Kota Baharu untuk melatih guru aliran Inggeris
PPOOLLIISSII PPEENNDDIIDDIIKKAANN TTAAHHUUNN 11994466 
• Sistem pelajaran di bawah pentadbiran British sebelum 1946 bersifat 
‘laissez faire’ (tidak ambil peduli) 
• Selepas perang, British mengadakan Malayan Union Council Paper 
No. 53 yang antara lain bertujuan untuk: 
a. Memulihkan keadaan sekolah 
b. Membina semula sistem pendidikan 
c. Memberikan pendidikan menyeluruh pada semua penduduk 
d. Pelajaran rendah menggunakan bahasa ibunda 
e. Pelajaran menengah menggunakan bahasa Inggeris 
• Sistem pendidikan dan latihan guru sebelum 1946 masih di takuk 
lama 
• Kekurangan guru akibat pertambahan sekolah dan murid 
• Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 menyebabkan 
British mula memberi perhatian kepada pendidikan di tanah-tanah 
jajahannya termasuk Tanah Melayu
PPEERRNNYYAATTAA BBAARRNNEESS 11994488 
• Pemimpin-pemimpin Melayu merasakan bahawa British perlu 
menyemak dasar/sistem pendidikannya 
• British buat kajian diketuai L.J. Barnes 
• Hasil kajian terbentuknya Penyata Pendidikan Barnes yang 
bertujuan untuk: 
a. Mengkaji masalah pendidikan orang-orang Melayu 
b. Semua sekolah menjadi sekolah nasional/kebangsaan – semua 
murid belajar dalam satu sekolah 
c. Bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan bahasa pengantar 
di Sekolah Cina dan India 
d. Mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil jadi matapelajaran pilihan 
e. Memupuk perpaduan antara kaum 
• Timbul kontreversi – khusunya orang Cina membantah atas alasan: 
a. Tidak ambil pandangan kaum Cina dan India 
b. Menimbul kesangsian/ketidakadilan 
• Penyata Pendidikan Barnes tidak dapat dilaksanakan 
• Satu jawatankuasa ditubuh – dinamakan Laporan Fenn-Wu
LLAAPPOORRAANN FFEENNNN--WWUU 11995511 
• Laporan ini diketuai Dr. William P.Fenn dari USA dan Dr. Wu Teh 
Yao 
dari PBB. Diterbitkan pada Jun 1951. 
• Tujuan laporan – mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu 
• Hasil laporan ialah: 
a. Cubaan untuk mempertahan pendidikan Cina di Tanah Melayu 
b. Sekolah-sekolah Cina kekurangan guru (kualiti dan kuantiti) 
c Mencadangkan sekolah Cina mengajar tiga bahasa (BM, BI dan 
BC) 
d. Polisi pendidikan perlu mengintergrasikan pendidikan Cina ke 
dalam sistem pelajaran kebangsaan (hendak sama tarafnya 
dengan sekolah Melayu dan Inggeris) 
e. Mengiktiraf sumbangan pendidikan Cina dalam sistem 
pendidikan di Tanah Melayu 
• Laporan Fenn-Wu ini menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu 
terhadap orang Cina. 
•
OORRDDIINNAANN PPEELLAAJJAARRAANN 11995522 
• Untuk selesaikan masalah, British menyatukan Penyata Barnes dan 
Laporan Fenn-Wu menjadi “Report on Barnes Reponrt on Malay 
Education and Fenn-Wu Report on Chinese Education”. 
• Laporan ini dinamakan Ordinan Pelajaran 1952. Antara pengisian 
Ordinan Pelajaran 1952 ialah: 
a. Tanah Melayu harus mempunyai dua jenis, iaitu sekolah 
kebangsaan dan sekolah aliran Inggeris. Bahasa Cina dan Tamil 
akan diajar di sekolah nasional dan sekolah Inggeris jika diminta 
oleh ibu bapa 
b. Bahasa Melayu akan diajar di sekolah Inggeris, dan Bahasa 
Inggeris akan diajar di sekolah Melayu 
d. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai satu 
sistem pendidikan kebangsaan 
• Ordinan Pelajaran 1952 hadapi masalah/tentangan dari kaum Cina 
dan India – tidak dapat dilaksanakan
PPEENNYYAATTAA RRAAZZAAKK 11995566 
• Penyata Razak ditubuh apabila Ordinan Pelajaran 1952 gagal 
dilaksanakan. 
• British melantik satu jawatankuasa yang diketuai Abdul Razak 
Hussain untuk mengkaji masalah pendidikan di Tanah Melayu pada 
1955 yang akhirnya terbentuk Penyata Razak pada 1956 
• Penyata Razak 1956 bertujuan untuk: 
a. Memenuhi keperluan/kehendak rakyat persekutuan Tanah Melayu 
b. Menggalakan pertumbuhan ekonomi, kebudayaan dan politik setiap 
kaum sebagai rakyat Tanah Melayu 
• Usul-usul penting dalam Penyata Razak telah dilaksanakan dan 
diselaraskan dengan Ordinan Pelajaran 1957 yang bermatlamat: 
a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua 
institusi pendidikan 
b. Mengekalkan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain 
c. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua peringkat 
• Kesan Penyata Razak 1956 ialah: 
a. Inovasi dalam pendidikan guru 
b. Corak latihan guru adalah pelbagai seperti kurikulum, kelayakan 
akademik, tempoh latihan, tugas guru, gaji dan sebagainya.
ssaammbb.. PPEENNYYAATTAA RRAAZZAAKK 11995566 
• Penyata Razak memberi perhatian kepada pendidikan guru: 
a. Mewujudkan satu sistem latihan yang sama bagi semua guru: 
i. Sekolah rendah - kelayakan ialah Sijil Rendah Pelajaran (LCE) 
ii. Tempoh latihan – 3 tahun (2 tahun di maktab, 1 tahun di sekolah) 
b. Guru yang mengajar di sekolah teknik: 
i. Berkelulusan Cambridge atau Sijil Persekolahan Tanah Melayu 
atau Tingkatan 6 atau tamat sekolah menengah 
ii. Tempoh latihan – 2 tahun di maktab teknik 
c. Menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa yang bertujuan: 
i. Mengeluarkan guru/pakar bahasa untuk sekolah dan universiti 
ii. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa 
pengantar di sekolah dan universiti 
iii. Bekerjasama dengan DBP – memajukan Bahasa Melayu 
sebagai bahasa kebangsaan 
• Kesan lain Penyata Razak ialah: 
a. Banyak pusat latihan guru dibina di setiap negeri 
b. Program latihan guru di MPSI dan MPPMM di susun semula
PENYATA RAHMAN TALIB 1960 
• Selepas merdeka 1957, sistem pendidikan di Tanah Melayu dikaji 
semula yang diketuai YB Abdul Rahman Talib pada 1960 yang 
dinamakan Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. 
• Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji semula Ordinan Pelajaran 
1957 yang terdapat dalam Penyata Razak 1956. 
• Hasilnya, terbentuklah Penyata Rahman Talib 1960 yang antara lain 
mencadang dan melaksanakan: 
a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan/bahasa pengantar 
utama di semua peringkat pendidikan 
b. Menyediakan pendidikan selama 9 tahun dengan menaikkan umur 
berhenti sekolah dari 9 tahun ke 15 tahun 
c. Memberikan pendidikan percuma kanak-kanak untuk semua aliran 
sekolah rendah mulai 1962 
d. Memberi penekanan pendidikan teknik dan vokasional 
e. Memberikan pendidikan agama dan moral kepada semua pelajar 
f. Sistem peperiksaan kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dan 
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja 
• Daripada Penyata Rahman Talib 1960 itu, maka terbentuklah Ordinan 
Pelajaran 1961 yang matlamat akhirnya sama seperti yang terkandung 
dalam Penyata Rahman Talib.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967 
• Juga dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1967 
• Akta Bahasa Kebangsaan ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa 
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa 
pengantar di semua peringkat pendidikan (rendah, menengah, kolej dan 
universiti) = bahasa rasmi yang tunggal. 
• Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Perkara 152, 
Fasa 1 dan 2 yang menyatakan: 
“Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan… 
• Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk untuk tujuan rasmi tapi atas 
perkenan Yang Dipertuan Agong (terkandung dalam Fasa 4 
Perlembagaan Persekutuan) 
• Implikasi Akta Bahasa Kebangsaan pada sistem pendidikan kebangsaan 
dan pendidikan guru: 
a. Mulai Januari 1978 – mata pelajaran PJK, Seni, Kraf Tangan, Kajian 
Tempatan dan Muzik untuk murid tahun 1-3 di SRJK diajar dalam 
Bahasa Melayu/Malaysia 
b. Mulai 1969 – mata pelajaran Sivik tahun 4 di SRJK ditukar kepada 
Bahasa Malaysia 
c. Mulai 1970 – mata pelajaran Sejarah dan Ilmu Alam tahun 4 ditukar 
kepada Bahasa Malaysia.
Samb. AKTA BAHASA KEBANGSAAN 
1967 d. Mulai 1970 – semua mata pelajaran tahun di SRJK kecuali Bahasa 
Inggeris dan bahasa ibunda (Cina dan Tamil) diajar dalam Bahasa 
Malaysia 
e. Mulai 1975, semua SRJK ditukar kepada SRK 
f. Mulai 1982, semua SMJK ditukar kepada SMK 
• Seiring dengan perubahan bahasa pengantar (dari Bahasa Inggeris ke 
Bahasa Melayu), sistem peperiksaan juga turut berubah. Lembaga 
Peperiksaan menukar: 
a. Mulai 1978, peperiksaan LCE dimansuh dan diganti SRP 
b. Mulai 1980, peperiksaan MCE dimansuh dan diganti SPM 
c. Mulai 1982, peperiksaan HSC dimansuh dan diganti STPM 
• Latihan perguruan juga berubah, di mana mulai 1970 kelayakan masuk 
ke maktab perguruan ialah gred kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM. 
• Mulai 1973, semua kursus di maktab perguruan disampai dalam Bahasa 
Melayu sebagai bahasa pengantar
DASAR PPEENNDDIIDDIIKKAANN KKEEBBAANNGGSSAAAANN 11997700 
• DPK 1970 dibentuk atas sebab: 
a. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 
b. Pembentukan Rukun Negara – 5 prinsip 
c. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 
d. Dasar Ekonomi Baru 
• DPK 1970 antara lain adalah untuk: 
a. Menyatukan semua kaum 
b. Pembahagian kek ekonomi yang sama rata 
c. Kebudayaan Melayu teras kebudayaan kebangsaan 
d. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, rasmi dan 
pengantar 
e. Bahasa ibunda boleh digunakan di sekolah jenis kebangsaan
ssaammbb.. DDPPKK 11997700 
• Implikasi DPK 1970 kepada sistem pendidikan dan latihan guru: 
a. Kurikulum sekolah diubahsuai mengikut kepelbagaian kaum 
b. Falsafah Pendidikan dibentuk 
c. Sistem pendidikan guru juga turut berubah 
• Akta Universiti 1971 juga terbentuk berdasarkan DPK 1970: 
a. UKM dibina – untuk mendaulatkan Bahasa Melayu 
b. Seiring dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
J LAPORAN JAAWWAATTAANNKKUUAASSAA KKAABBIINNEETT 11997799 
• LJK 1979 ini dibentuk untuk mengkaji semua Dasar Pendidikan 
Negara. Antara tujuan LJK 1970 ini ialah: 
a. Mengkaji semula Kurikulum Lama Sekolah Rendah kerana 
banyak kelemahannya 
b. Membentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1980 yang 
memberi penekanan kepada 3M (membaca, mengira dan menulis) 
c. Memberi penekanan kepada pendidikan kerohanian 
d. Kurikulum sekolah dibina berteraskan identiti negara berbilang kaum 
e. Pendidikan nenegah atas dibahagi 2 jurusan: akademik dan 
vokasional 
f. Pendidikan percuma dilanjut dari 9 tahun ke 11 tahun (sehingga 
tingkatan 5) 
• KBSR yang dibentuk mengambil kira: 
a. Cita dan ideologi negara 
b. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah dibina – menitik berat potensi 
individu murid secara menyeluruh berdasarkan JERI
ssaammbb.. LLJJKK 11997799 
• KBSM yang dibentuk pada 1989 adalah hasil kesinambungan 
KBSR 1980 yang bertujuan untuk: 
a. Memenuhi syor-syor dalam LJK 1979 
b. Seiring dengan pelaksanaan KBSR 
c. Pendidikan teknik dan vokasional diberi penekanan 
d. Memberi pendidikan seumur hidup – ilmu pengetahuan dan 
kemahiran asas
FFAALLSSAAFFAAHH PPEENNDDIIDDIIKKAANN NNEEGGAARRAA 11998888 
• LJK 1979, pembentukan KBSR dan KBSM menjadi teras kepada 
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1988: 
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah 
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan 
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang 
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan 
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi 
melahirkan rakya Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, 
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai 
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian 
dan kemakmuran masyarakat dan negara” 
• Kesan pembentukan FPK 1998 kepada pendidikan dan latihan guru ialah: 
a. Kurikulum pendidikan guru sendiri – kursus, ilmu pedagogi, kemahiran 
generik dan sebagainya 
b. Penekanan aspek JERI dalam kurikulum sekolah rendah dan 
menengah – buku teks, sukatan pelajar dan huraian sukatan pelajaran
AAKKTTAA PPEENNDDIIDDIIKKAANN 11999955 DDAANN 11999966 
• Dianggap sebagai fasa PEMANTAPAN sistem pendidikan di negara kita. 
• Di dalam Akta Pendidikan, terdapat 5 Rang Undang-Undang Pendidikan 
yang menjadi teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan: 
1. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 
2. Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 
3. Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), 
Pindaan 1975 
4. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 
5. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 
•Kesan Akta Pendidikan 1995 dan 1996 kepada pendidikan dan latihan guru 
a. Pendidikan dan latihan guru bertambah mantap 
b. Guru-guru yang dihasilkan di IPG dan Universiti memenuhi kriteria 
* Mohon pelajar buat bacaan lanjutan 5 rang undang-undang ini.
AAKKTTAA PPEENNDDIIDDIIKKAANN 11999966 PPiinnddaaaann 22000022 
• Memantapkan lagi Akta Pendidikan 1995/1996. 
• membuat beberapa pindaan dengan memasukkan: 
a. Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak 
b. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
PENDIDIKAN TEKNIK 
• Mulai 1962 - Latihan untuk guru teknik dan vokasional untuk memenuhi 
tenaga kerja mahir. 
• Maktab Perguruan Teknik dibina pada 1962 di Kuala Lumpur di mana: 
a. Mengajar di sekolah teknik dan vokasional
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Implikasi DPK 1970 turut memberi kesan dan implikasi kepada sistem 
pendidikan dan latihan guru: 
a. Kurikulum sekolah diubah suai mengikut kepelbagaian kaum 
b. Falsafah Pendidikan dibentuk 
c. Sistem pendidikan guru juga turut berubah 
• Mac 1971, KPM melantik En. Ali Esa untuk menilai semula tujuan dan 
objektif pendidikan guru di Malaysia: 
a. Program pendidikan guru disusun semula agar selari dengan DPK 
b. Pada 1972, Jawatankuasa Kajian Semua Kursus Latihan Guru 
dibentuk 
c. Pada 1973, Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu (RLPB) 
dilaksanakan 
• RLPB mengeluarkan 2 jenis guru: 
a. Guru Pendidikan Peringkat Awak Kanak-Kanak untuk mengajar 
murid darjah 1 – tingkatan 1 
b. Guru Pendidikan Peringkat Awal Remaja untuk mengajar murid 
darjah 4 – tingkatan 3.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• RLPB berterusan sehingga 1980 dibuat secara beransur-ansur di 
Malaysia Timur. Kurikulum RLPB ini mengandungi: 
a. Aspek perkembangan diri 
b. Perkembangan akademik 
c. Perkembangan profesionalisme guru 
• Latihan guru dibuat secara: 
a. Menyepadukan latihan guru sekolah rendah dan menengah 
b. Menyepadukan latihan guru sekolah rendah ketiga aliran 
b. Latihan pendidikan guru bertambah dari 2 kepada 3 tahun. 
PROGRAM LATIHAN 3 TAHUN 
• Program ini dilancarkan pada 1981 hingga 1992. 
• Perubahan tempoh latihan ini atas syor yang dikemukakan oleh Laporan 
Jawatankuasa Kabinet 1979. 
• Latihan guru diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM. 
• Dijalankan di 26 buah maktab perguruan seluruh Malaysia. 
• Guru yang dilatih selama 3 tahun dianugerah SIJIL PERGURUAN 
ditempatkan di sekolah rendah mahupun menengah.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
PENDIDIKAN GURU DI SABAH 
• Sebelum perang, tidak ada pendidikan dan latihan guru. 
• Sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah Cina menggunakan 
guru-guru yang diambil dari luar negara. 
• Kerajaan British cuba dapatkan guru-guru MPSI, Maktab Perguruan 
Batu Lintang, Sarawak untuk mengajar di Sabah, tetapi bilangannya 
sedikit. 
• Kekurangan guru di Sabah menyebabkan British membina Maktab 
Perguruan Kent pada 1952. 
• Selepas Sabah menanggotai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963, 
Kerajaan Persekutuan melalui KPM mula mengambil berat seperti: 
a. Membina Maktab Perguruan Gaya pada 1963 
b. Membina Maktab Perguruan Sandakan pada 1974 
• Sebelum tahun 1977, latihan dan pendidikan guru di Sabah tidak sama 
dengan di Semenanjung dari segi: 
a. Kurikulum latihan 
b. Sijil latihan
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Semuanya diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. 
• Mulai 1977, penyelarasan kurikulum dan pentadbiran maktab perguruan 
di Sabah diselaraskan dengan maktab-maktab perguruan di 
Semenanjung (dalam sesetengah perkara dilongarkan). 
• Mulai 1978, penyelarasan peperiksaan dan pensijilan di ketiga-tiga 
maktab perguruan diseragamkan. 
• Mulai 1981, pengurusan ketiga-tiga maktab diambil oleh BPG, KPM 
PENDIDIKAN GURU DI SARAWAK 
• Sebelum perang tidak ada sistem latihan guru di Sarawak. 
• Pelajaran murid Melayu diuruskan oleh guru-guru agama. 
• Pelajaran murid sekolah mission, diuruskan oleh mubaligh Kristian. 
• Pelajaran murid sekolah Cina diajar oleh guru yang kebanyakannya 
diambil dari negeri China. 
• Pada 1924, satu Jabatan Pelajaran ditubuhkan tetapi ditutup pada tahun 
1930-an dan dibuka semula pada 1939. 
• Pada 1940, Pusat Latihan Guru-Guru Melayu Sarawak dibina. 
• Pada 1948, satu pusat latihan guru dibina di Batu Lintang yang akhirnya 
dinamakan Maktab Perguruan Batu Lintang.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Jangka masa latihan guru hanya 2 tahun saja dan semua kursus 
dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. 
• Pada 1954, E.W.Woodhead dilantik untuk mengkaji perkembangan 
pelajaran di Sabah dan Sarawak dan mencadangkan: 
a. Pembiayaan pelajaran 
b. Penyusunan semula pentadbiran pelajaran 
c. Membina sebuah maktab perguruan di Sibu dan 2 maktab lain 
untuk memenuhi keperluan kekurangan guru: 
i. Maktab Perguruan Sarawak di Sibu pada 1957 
ii. Maktab Perguruan Rajang, Binatangor pada 1966 
iii. Maktab Perguruan Samarahan/Maktab Perguruan Tun Abdul 
Razak pada 1999. 
• Guru-guru siswazah dari Sarawak semuanya mendapat latihan di 
Semenajung ataupun luar negara. 
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk latihan 
guru di maktab-maktab perguruan di Sarawak hanya bermula pada 
1974. 
•
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Mulai 1981, semua urusan pentadbiran maktab-maktab perguruan di 
Sarawak diambil alih oleh BPG, KPM 
• Mulai 1982, semua kursus latihan guru dijalankan selama 3 tahun. 
PROGRAM PENDIDIKAN GURU 5 SEMESTER 
• Pada 1993, KPM menghadapi kekurangan guru terlatih seramai 22000 
orang di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia. 
• Untuk mengatasinya, latihan guru dipendekkan dari 3 tahun (6 semester) 
menjadi 2 tahun 6 bulan (4 semester kursus + 1 semester praktikum). 
• Mulai Jun 1993, pengambilan guru dibuat 2 kali setahun. 
• Mulai 1995, pengambilan guru dibuat sekali sahaja. 
• Program pendidikan guru yang diperkenalkan ialah: 
a. Program Perguruan Sekolah Rendah 
b. Program Perguruan Sekolah Menengah
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM) 
• Mulai 1996 hingga 2005, BPG telah menaiktaraf program perguruan 
asas iaitu daripada peringkat Sijil Perguruan kepada Diploma 
Perguruan Malaysia (DPM). 
• Tempoh latihan dilanjut menjadi 3 tahun (6 semester) 
• Mulai 2004, program ini diberhentikan pengambilan pelajarnya dan 
kumpulan terakhir tamat pengajian pada Januari 2006. 
• Mulai 2006, program DPM ditawarkan lagi. 
KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) 
• KPLI ditawarkan kepada pemegang ijazah pertama yang berminat untuk 
menjadi guru mulai tahun 1995. 
• Bagi mengatasi masalah kekurangan guru siswazah, mulai 1995 dua 
ambilan dibuat untuk mengikuti kursus KPLI selama setahun. 
• Kebanyakan guru KPLI ini mengikuti kursus mengikuti semua subjek 
pengkhususan. Contoh: guru siswazah Bahasa Melayu di Maktab 
Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan Institut Bahasa Melayu M’sia
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
KURSUS PERGURUAN LEPASAN DIPLOMA (KPLD) 
• Memberi peluang pemegang Diploma dari UiTM, UTM, UPM dan lain-lain 
IPTA/IPTS untuk menjadi guru. 
• Kursus dijalankan selama setahun di maktab perguruan. 
• Kursus yang ditawarkan hanyalah Matematik, Sains, Bahasa Arab 
dan Pengajian Agama Islam. 
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN KHAS (KDPK) DAN 
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) 
• PKPG dimulakan dengan KDPK pada tahun 1966. 
• KDPK ini dijalankan secara kerjasama antara maktab perguruan (KPM) 
dengan Universiti (IPTA). 
• Kemudian KDPK ditukar menjadi PKPG. 
• Contoh: Pengalaman Fakulti Pendidikan UKM sendiri
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN GURU (KDPG) 
• KDPG ini tawarkan kepada lepasan ijazah pertama yang tidak mendapat 
KPLI untuk mengikuti KDPG di Fakulti-Fakulti Pendidikan, IPTA. 
• KDPG ini dilaksanakan selama setahun dalam hampir semua subjek 
pengkhususan di sekolah. 
• Lepasan KDPG ditempatkan di sekolah-sekolah menengah. 
• Semua guru pelatih KDPG dan KPLI juga ini menerima elaun KPM. 
• KDPG ini ditamatkan pengambilannya pada 2001 apabila maktab-maktab 
perguruan dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru. 
• Kekurangan guru menyebabkan KPM menawarkan KDPG kepada IPTA 
semula pada 2006 tetapi diberhentikan pada 2009. 
• Contoh: pengalaman Fakulti Pendidikan UKM.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
PROGRAM BERKEMBAR LUAR NEGARA 
• Dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa 
Inggeris. 
• KPM memulakan Program Berkembar ini dengan 5 buah maktab 
perguruan di United Kingdom mulai 1992 sehingga 1996. 
• Maktab Perguruan Ilmu Khas bertanggungjawab menjalankan kerja-sama 
ini. 
• Tempoh pengajian adalah 4 tahun (STPM) dan 6 tahun (SPM). 
Contoh lulusan STPM: 
Tahun 1: MPIK 
Tahun 2 dan 3: United Kingdom 
Tahun 4: MPIK (termasuk praktikum) 
• Pada 1994, Program Berkembar dibuat antara Maktab Perguruan Ilmu 
Khas dengan University of Otago dan Dunedin College of Education, 
New Zealand dibuat hanya 4 ambilan saja (20 orang setahun). 
• Bilangan calon guru adalah tidak ramai. Contoh 
a. SPM 580 orang dari 1992-1996 
b. STPM 120 orang dari 1992-1995
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
KURSUS DALAM CUTI (KDC) 
• KDC asalnya ditawarkan kepada guru-guru sandaran untuk mengatasi 
masalah kekurangan guru di Sabah. 
• Tempoh kursus selama 3 tahun 6 bulan. 
• KDC juga ditawarkan kepada guru-guru sekolah Tamil, Cina dan swasta. 
• Kini, maktab-maktab perguruan menawarkan KDC untuk guru-guru 
sekolah rendah/menengah yang hanya berkelulusan Sijil Perguruan/ 
Diploma Pendidikan Guru/guru sandaran. 
• KDC ini dinamakan program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah 
(PGSR). 
• PGSR ini dijalankan pada cuti-cuti persekolahan dan dijalankan secara 
intensif di maktab-maktab perguruan seluruh negara. 
•
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 
(PISMP) 
• Kursus PISMP ditawarkan kepada calon lepasan SPM untuk mengikuti 
kursus keguruan selama 1 tahun 6 bulan. 
• Selepas tamat kursus PISMP, guru pelatih boleh meneruskan pengajian 
di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPG selama 4 tahun. 
• Tempoh pengajian selama 5 tahun 6 bulan ini menjadikan guru-guru 
yang dihasilkan lebih profesional, dedikasi dan menepati ciri standard 
guru Malaysia.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
PERANAN MAKTAB PERGURUAN/INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
• Dibina mengikut keperluan pendidikan negara. 
• Dibina di setiap negeri. Sesetengah negeri mempunyai lebih daripada 1 
maktab perguruan. 
• Sesetengah maktab perguruan dibina khusus untuk subjek. Contoh: 
a. Teknik dan vokasional: Maktab Perguruan Teknik 
b. Bahasa Melayu: Institut Bahasa Melayu Malaysia 
c. Bahasa Cina: Institut Bahasa Antarabangsa Malaysia 
• Beberapa buah maktab perguruan dinaik taraf. Contoh: 
a. MPSI – IPSI dan kemudian menjadi UPSI pada 1997 
b. MPBahasa – Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) 
c. MPSeri Kota – Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa 
(IPBA) 
•
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
HALA TUJU PENDIDIKAN GURU ALAF BARU 
• BPG, KPM diarah menyediakan Kertas Kabinet bagi memantapkan 
program pendidikan guru. Antara strategi yang dibuat: 
a. Semua maktab perguruan dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan 
Guru (IPG) mulai 2005. 
b. Menjadikan pendidikan guru berfokus kepada Peningkatan 
Pembangunan Profesional yang berterusan 
c. Menjadikan IPG sebagai Pusat Penyelidikan Pedagogi 
d. Mengurus pendidikan keguruan mengikut standard antarabangsa: 
MS ISO 9001:2000. 
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) 
• Ogos 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan semua maktab 
perguruan menjadi IPG 
• Semua IPG boleh menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. 
•
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Skim perkhidamatan pendidikan di IPG dibuat penambahbaikan seperti: 
a. Elaun khas kepada tenaga pengajar dan Ketua Jabatan 
b. Mewujudkan jawatan pensyarah kanan 
• IPG sendiri akan memberikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. 
• Penubuhan IPG menjadikan lebih daripada separuh guru sekolah 
rendah berkelulusan ijazah, manakala 100% guru berkelulusan ijazah 
di sekolah menengah. 
• Semua tenaga pengajar IPG mempunyai minimum kelulusan Sarjana 
dengan KPM melaksanakan Program Pensarjanaan Pensyarah Maktab. 
• IPG juga diminta menjadi: 
a. Pusat menawarkan Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan 
b. Pusat rujukan 
c. Pusat Peningkatan Pembangunan Profesional 
d. Melaksanakan program-program outreach dengan kerjasama JPN, 
PPK, BBT, BTP, sekolah dan sebagainya.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Penubuhan IPG banyak mendatangkan implikasi, antaranya: 
a. Peranan IPG sebagai sebuah institut 
b. Kualiti pensyarah 
c. Kualiti pelajar 
d. Prasarana 
e. Ijazah dikeluarkan – bawah KPT atau KPM 
f. Polisi penubuhan IPG perlu dipinda – melibatkan Akta Pendidikan 
• Sesungguhnya, penubuhan IPG telah meningkatkan profesion 
keguruan di mata masyarakat hari ini.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
PERANAN UNIVERSITI DALAM LATIHAN GURU SISWAZAH 
• Pendidikan guru siswazah bermula dengan tertubuhnya Raffles College 
di Singapura pada 1929 untuk guru sekolah menengah. 
• Fakuliti Pendidikan, Universiti Malaya pada 1963 – perintis dalam 
melatih guru-guru siswazah sehingga 1970. 
• 1970 – Pusat Pendidikan, USM melatih guru Pengajian Sains dengan 
Pendidikan selama 4 tahun. 
• 1973 – Pusat Pendidikan USM menawarkan kursus Pengajian 
Kemanusiaan dengan Pendidikan untuk melatih guru-guru siswazah 
(aliran Sastera) yang ingin menjadi guru. 
• 1971 – Pusat Pendidikan USM menawarkan Kursus Dalam 
Perkhidmatan untuk guru-guru terlatih melalui Program Kajian Luar 
Kampus (Pengajian Jarak Jauh – selama 4 tahun) 
• Pusat Pendidikan (kini Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan) USM merupa-kan 
IPTA yang paling aktif menawarkan PJJ untuk guru-guru untuk 
sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan. 
• 1970 – UKM menggunakan Maktab Perguruan Lembah Pantai KL 
sebagai kampus sementara menawarkan kursus Akademik dengan 
Pendidikan.
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• 1972 – melalui Jabatan Pendidikan, Fakulti Sains Kemasyarakatan UKM 
menawarkan kursus-kursus Diploma Pendidikan untuk guru-guru 
siswazah yang ingin menjadi guru selama 3 tahun dengan menggunakan 
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 
• 1971 – UPM melalui menawarkan kursus Diploma Pendidikan kepada 
siswazah yang ingin menjadi guru selama 1 tahun. 
• 1997 – UPSI menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan 
Pendidikan untuk melatih guru-guru siswazah 
SUMBANGAN UNIVERSITI/IPTA DALAM PEMBANGUNAN 
PROFESION KEGURUAN 
• Melatih guru-guru siswazah untuk mengajar sekolah-sekolah menengah. 
• Menghasilkan pegawai-pegawai pendidikan untuk mengurus hal-hal 
pendidikan di pelbagai peringkat – KPM, JPN, PPD, agensi berkanun 
(Mara), swasta 
• Penubuhan Fakulti-Fakulti Pendidikan – lebih 12 IPTA yang ada ada 
fakulti/pusat yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan 
Pendidikan
ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU 
• Fakulti Pendidikan IPTA – melatih guru untuk sekolah menengah. 
• IPG, KPM – mengeluarkan guru terlatih sekolah rendah. 
• Fakulti Pendidikan IPTA – kini menawarkan kursus-kursus peringkat 
Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang 
pendidikan. 
Contoh: pengalaman Fakulti Pendidikan UKM 
• Kini – program pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan 
semakin mengecil dan ambilan setiap sesi pengajian semakin 
berkurangan. 
Contoh: pengalaman di Fakulti Pendidikan UKM, UPM, USM dan UM 
• IPTA baru – OUM, USIM, UTHO, UMS, UNIMAS, UPSI, UTM, UIAM 
mengalih peranan UKM, USM, UM dan UPM untuk melatih guru-guru 
siswazah. 
• Terdapat 3 IPTS lain yang menawar program Pendidikan – UNISEL, 
UNITAR dan UNITEM
PPEENNGGUUKKUUHHAANN 
Arahan: 
1.Setiap kumpulan 5 orang. 
2.Buat bacaan – cari dan buat satu penulisan berserta rujukan terkini 
berkaitan dengan: 
a. Peranan IPG dalam melatih dan melahirkan guru 
b. Peranan IPTA dalam melatih dan melahirkan guru 
c. Kesan dan implikasi Akta Pendidikan 1995/199 dan Pindaan 2002 
terhadap perkembangan profesionalisme guru di Malaysia 
d. Sumbangan kaum bukan Melayu terhadap perkembangan dan 
kemajuan profesion keguruan di Malaysia 
e. Sumbangan kaum Melayu terhadap perkembangan dan kemajuan 
profesion keguruan di Malaysia 
3. Catat semua laman web dan rujukan yang diambil. 
4. Hantar mengikut kumpulan/ahli berbentuk folder kepada Dr. Zamri
SSeekkiiaann,, TTeerriimmaa KKaassiihh 
Biarpun tubuhku kecil, 
tapi aku berjiwa besar

More Related Content

What's hot

Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaSyuhaila Shukri
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Emk keusahawanan
Emk keusahawananEmk keusahawanan
Emk keusahawananlailihjdaud
 

What's hot (20)

Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Teori Behaviorisme 050908
Teori Behaviorisme 050908Teori Behaviorisme 050908
Teori Behaviorisme 050908
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Emk keusahawanan
Emk keusahawananEmk keusahawanan
Emk keusahawanan
 

Similar to Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9Amelia Akmar
 
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...asyikin hashim
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuhidayahperlis
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismpNor Farisha
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikHafizah Jupri
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Siti Nur Ain
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Falsafah dan pendidikan di malaysia
Falsafah dan pendidikan di malaysiaFalsafah dan pendidikan di malaysia
Falsafah dan pendidikan di malaysiaLim Sing Nee
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanQaseh Nur Husna
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaVince Here
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 

Similar to Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru (20)

hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9
 
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Pemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikanPemerkasaan pendidikan
Pemerkasaan pendidikan
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Falsafah dan pendidikan di malaysia
Falsafah dan pendidikan di malaysiaFalsafah dan pendidikan di malaysia
Falsafah dan pendidikan di malaysia
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
 
Pendidikan malaysia
Pendidikan malaysiaPendidikan malaysia
Pendidikan malaysia
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 

Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

  • 1. GA1123: PPRROOFFEESSIIOONN PPEERRGGUURRUUAANN KKUULLIIAAHH 22 EEvvoolluussii PPeennddiiddiikkaann GGuurruu DDii MMaallaayyssiiaa JJuummaaaatt,, 1100--1122 ppaaggii GGeerraakk MMiinnddaa 44 PPrrooff.. MMaaddyyaa DDrr.. ZZaammrrii MMaahhaammoodd
  • 2. OBJEKTIF KULIAH 1. Mengetahui sejarah awal pendidikan di Tanah Melayu 2. Mengetahui sejarah awal latihan dan pendidikan guru di Tanah Melayu 3. Mengetahui dan memahami setiap laporan, penyata, akta dan ordinan pelajaran yang membentuk dasar pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu dan Malaysia 4. Menguasai setiap dasar pendidikan yang dibentuk untuk menjadi guru yang profesional
  • 3. SSEEJJAARRAAHH PPEENNDDIIDDIIKKAANN GGUURRUU DDII MMAALLAAYYSSIIAA • Dasar pemerintahan British – tidak ada, tidak mementingkan pendidikan anak pribumi • Hanya sekolah rendah sahaja • British enggan memberikan pendidikan peringkat menengah atau tinggi • Tujuan British – untuk hasilkan anak watan yang sekadar boleh membaca, menjadi kerani • Latihan untuk guru pula – dipecahkan kepada 3 aliran sekolah (Melayu, Cina dan India) • Latihan/kursus yang diberikan – sekadar membantu anak watan boleh membaca, mengira dan menulis saja • Sebelum merdeka, tidak ada satu sistem pendidikan latihan dan kursus untuk guru-guru yang sistematik di Malaysia.
  • 4. KURSUS-KKUURRSSUUSS PPEENNDDIIDDIIKKAANN GGUURRUU SSEEBBEELLUUMM MMEERRDDEEKKAA 1. Untuk guru-guru sekolah rendah Melayu • Diajar untuk beri pengetahuan dan kemahiran asas – Membaca, mengira, menulis, pertanian, rumahtangga • Latihan keguruan asas antara 2 - 3 tahun • Maktab Perguruan Sultan Idris (guru lelaki) • Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (guru perempuan) 2. Untuk guru-guru sekolah rendah Cina • Guru diambil dari negara China • Latihan Perguruan Normal Simplified mulai 1930 • Mulai 1948 – kursus latihan hujung minggu untuk melatih guru-guru sekolah Cina
  • 5. 3. Untuk guru-guru sekolah rendah Tamil • Tidak ada program untuk guru sekolah tamil sebelum 1937 • Guru-guru dibawa masuk dari India • Mengajar di ladang/estet • Selepas perang, guru keturunan India ambil dari kalangan pekerja, kerani, pelawat – diberi kursus dua tahun 3. Untuk guru-guru sekolah Inggeris • British mengambil berat guru sekolah aliran Inggeris • Latihan Perguruan Kelas Normal sejak 1905 • Tawar 2 kursus: Kursus A (sekolah rendah) dan Kursus B (sekolah menengah) • Kelayakan guru: Sijil Persekolahan Cambridge • Kepujian Bahasa Inggeris • Kursus selama 2 tahun secara sambilan di hujung minggu • Pada 1928 – Raffles College ditubuhkan, latihan guru secara sepenuh masa bagi sekolah menengah aliran Inggeris • Pada 1950-an, ramai guru dihantar kursus 2 tahun di Kirby College dan Brinsford Lodge College, England • Pada 1953, sebuah maktab bermodelkan Kirby College dibina di Kota Baharu untuk melatih guru aliran Inggeris
  • 6. PPOOLLIISSII PPEENNDDIIDDIIKKAANN TTAAHHUUNN 11994466 • Sistem pelajaran di bawah pentadbiran British sebelum 1946 bersifat ‘laissez faire’ (tidak ambil peduli) • Selepas perang, British mengadakan Malayan Union Council Paper No. 53 yang antara lain bertujuan untuk: a. Memulihkan keadaan sekolah b. Membina semula sistem pendidikan c. Memberikan pendidikan menyeluruh pada semua penduduk d. Pelajaran rendah menggunakan bahasa ibunda e. Pelajaran menengah menggunakan bahasa Inggeris • Sistem pendidikan dan latihan guru sebelum 1946 masih di takuk lama • Kekurangan guru akibat pertambahan sekolah dan murid • Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 menyebabkan British mula memberi perhatian kepada pendidikan di tanah-tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu
  • 7. PPEERRNNYYAATTAA BBAARRNNEESS 11994488 • Pemimpin-pemimpin Melayu merasakan bahawa British perlu menyemak dasar/sistem pendidikannya • British buat kajian diketuai L.J. Barnes • Hasil kajian terbentuknya Penyata Pendidikan Barnes yang bertujuan untuk: a. Mengkaji masalah pendidikan orang-orang Melayu b. Semua sekolah menjadi sekolah nasional/kebangsaan – semua murid belajar dalam satu sekolah c. Bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Cina dan India d. Mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil jadi matapelajaran pilihan e. Memupuk perpaduan antara kaum • Timbul kontreversi – khusunya orang Cina membantah atas alasan: a. Tidak ambil pandangan kaum Cina dan India b. Menimbul kesangsian/ketidakadilan • Penyata Pendidikan Barnes tidak dapat dilaksanakan • Satu jawatankuasa ditubuh – dinamakan Laporan Fenn-Wu
  • 8. LLAAPPOORRAANN FFEENNNN--WWUU 11995511 • Laporan ini diketuai Dr. William P.Fenn dari USA dan Dr. Wu Teh Yao dari PBB. Diterbitkan pada Jun 1951. • Tujuan laporan – mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu • Hasil laporan ialah: a. Cubaan untuk mempertahan pendidikan Cina di Tanah Melayu b. Sekolah-sekolah Cina kekurangan guru (kualiti dan kuantiti) c Mencadangkan sekolah Cina mengajar tiga bahasa (BM, BI dan BC) d. Polisi pendidikan perlu mengintergrasikan pendidikan Cina ke dalam sistem pelajaran kebangsaan (hendak sama tarafnya dengan sekolah Melayu dan Inggeris) e. Mengiktiraf sumbangan pendidikan Cina dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu • Laporan Fenn-Wu ini menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang Cina. •
  • 9. OORRDDIINNAANN PPEELLAAJJAARRAANN 11995522 • Untuk selesaikan masalah, British menyatukan Penyata Barnes dan Laporan Fenn-Wu menjadi “Report on Barnes Reponrt on Malay Education and Fenn-Wu Report on Chinese Education”. • Laporan ini dinamakan Ordinan Pelajaran 1952. Antara pengisian Ordinan Pelajaran 1952 ialah: a. Tanah Melayu harus mempunyai dua jenis, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah aliran Inggeris. Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah nasional dan sekolah Inggeris jika diminta oleh ibu bapa b. Bahasa Melayu akan diajar di sekolah Inggeris, dan Bahasa Inggeris akan diajar di sekolah Melayu d. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai satu sistem pendidikan kebangsaan • Ordinan Pelajaran 1952 hadapi masalah/tentangan dari kaum Cina dan India – tidak dapat dilaksanakan
  • 10. PPEENNYYAATTAA RRAAZZAAKK 11995566 • Penyata Razak ditubuh apabila Ordinan Pelajaran 1952 gagal dilaksanakan. • British melantik satu jawatankuasa yang diketuai Abdul Razak Hussain untuk mengkaji masalah pendidikan di Tanah Melayu pada 1955 yang akhirnya terbentuk Penyata Razak pada 1956 • Penyata Razak 1956 bertujuan untuk: a. Memenuhi keperluan/kehendak rakyat persekutuan Tanah Melayu b. Menggalakan pertumbuhan ekonomi, kebudayaan dan politik setiap kaum sebagai rakyat Tanah Melayu • Usul-usul penting dalam Penyata Razak telah dilaksanakan dan diselaraskan dengan Ordinan Pelajaran 1957 yang bermatlamat: a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan b. Mengekalkan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain c. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua peringkat • Kesan Penyata Razak 1956 ialah: a. Inovasi dalam pendidikan guru b. Corak latihan guru adalah pelbagai seperti kurikulum, kelayakan akademik, tempoh latihan, tugas guru, gaji dan sebagainya.
  • 11. ssaammbb.. PPEENNYYAATTAA RRAAZZAAKK 11995566 • Penyata Razak memberi perhatian kepada pendidikan guru: a. Mewujudkan satu sistem latihan yang sama bagi semua guru: i. Sekolah rendah - kelayakan ialah Sijil Rendah Pelajaran (LCE) ii. Tempoh latihan – 3 tahun (2 tahun di maktab, 1 tahun di sekolah) b. Guru yang mengajar di sekolah teknik: i. Berkelulusan Cambridge atau Sijil Persekolahan Tanah Melayu atau Tingkatan 6 atau tamat sekolah menengah ii. Tempoh latihan – 2 tahun di maktab teknik c. Menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa yang bertujuan: i. Mengeluarkan guru/pakar bahasa untuk sekolah dan universiti ii. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah dan universiti iii. Bekerjasama dengan DBP – memajukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan • Kesan lain Penyata Razak ialah: a. Banyak pusat latihan guru dibina di setiap negeri b. Program latihan guru di MPSI dan MPPMM di susun semula
  • 12. PENYATA RAHMAN TALIB 1960 • Selepas merdeka 1957, sistem pendidikan di Tanah Melayu dikaji semula yang diketuai YB Abdul Rahman Talib pada 1960 yang dinamakan Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. • Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 yang terdapat dalam Penyata Razak 1956. • Hasilnya, terbentuklah Penyata Rahman Talib 1960 yang antara lain mencadang dan melaksanakan: a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan/bahasa pengantar utama di semua peringkat pendidikan b. Menyediakan pendidikan selama 9 tahun dengan menaikkan umur berhenti sekolah dari 9 tahun ke 15 tahun c. Memberikan pendidikan percuma kanak-kanak untuk semua aliran sekolah rendah mulai 1962 d. Memberi penekanan pendidikan teknik dan vokasional e. Memberikan pendidikan agama dan moral kepada semua pelajar f. Sistem peperiksaan kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja • Daripada Penyata Rahman Talib 1960 itu, maka terbentuklah Ordinan Pelajaran 1961 yang matlamat akhirnya sama seperti yang terkandung dalam Penyata Rahman Talib.
  • 13. AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967 • Juga dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1967 • Akta Bahasa Kebangsaan ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan (rendah, menengah, kolej dan universiti) = bahasa rasmi yang tunggal. • Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Perkara 152, Fasa 1 dan 2 yang menyatakan: “Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan… • Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk untuk tujuan rasmi tapi atas perkenan Yang Dipertuan Agong (terkandung dalam Fasa 4 Perlembagaan Persekutuan) • Implikasi Akta Bahasa Kebangsaan pada sistem pendidikan kebangsaan dan pendidikan guru: a. Mulai Januari 1978 – mata pelajaran PJK, Seni, Kraf Tangan, Kajian Tempatan dan Muzik untuk murid tahun 1-3 di SRJK diajar dalam Bahasa Melayu/Malaysia b. Mulai 1969 – mata pelajaran Sivik tahun 4 di SRJK ditukar kepada Bahasa Malaysia c. Mulai 1970 – mata pelajaran Sejarah dan Ilmu Alam tahun 4 ditukar kepada Bahasa Malaysia.
  • 14. Samb. AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967 d. Mulai 1970 – semua mata pelajaran tahun di SRJK kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda (Cina dan Tamil) diajar dalam Bahasa Malaysia e. Mulai 1975, semua SRJK ditukar kepada SRK f. Mulai 1982, semua SMJK ditukar kepada SMK • Seiring dengan perubahan bahasa pengantar (dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu), sistem peperiksaan juga turut berubah. Lembaga Peperiksaan menukar: a. Mulai 1978, peperiksaan LCE dimansuh dan diganti SRP b. Mulai 1980, peperiksaan MCE dimansuh dan diganti SPM c. Mulai 1982, peperiksaan HSC dimansuh dan diganti STPM • Latihan perguruan juga berubah, di mana mulai 1970 kelayakan masuk ke maktab perguruan ialah gred kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM. • Mulai 1973, semua kursus di maktab perguruan disampai dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • 15. DASAR PPEENNDDIIDDIIKKAANN KKEEBBAANNGGSSAAAANN 11997700 • DPK 1970 dibentuk atas sebab: a. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 b. Pembentukan Rukun Negara – 5 prinsip c. Dasar Kebudayaan Kebangsaan d. Dasar Ekonomi Baru • DPK 1970 antara lain adalah untuk: a. Menyatukan semua kaum b. Pembahagian kek ekonomi yang sama rata c. Kebudayaan Melayu teras kebudayaan kebangsaan d. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, rasmi dan pengantar e. Bahasa ibunda boleh digunakan di sekolah jenis kebangsaan
  • 16. ssaammbb.. DDPPKK 11997700 • Implikasi DPK 1970 kepada sistem pendidikan dan latihan guru: a. Kurikulum sekolah diubahsuai mengikut kepelbagaian kaum b. Falsafah Pendidikan dibentuk c. Sistem pendidikan guru juga turut berubah • Akta Universiti 1971 juga terbentuk berdasarkan DPK 1970: a. UKM dibina – untuk mendaulatkan Bahasa Melayu b. Seiring dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
  • 17. J LAPORAN JAAWWAATTAANNKKUUAASSAA KKAABBIINNEETT 11997799 • LJK 1979 ini dibentuk untuk mengkaji semua Dasar Pendidikan Negara. Antara tujuan LJK 1970 ini ialah: a. Mengkaji semula Kurikulum Lama Sekolah Rendah kerana banyak kelemahannya b. Membentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1980 yang memberi penekanan kepada 3M (membaca, mengira dan menulis) c. Memberi penekanan kepada pendidikan kerohanian d. Kurikulum sekolah dibina berteraskan identiti negara berbilang kaum e. Pendidikan nenegah atas dibahagi 2 jurusan: akademik dan vokasional f. Pendidikan percuma dilanjut dari 9 tahun ke 11 tahun (sehingga tingkatan 5) • KBSR yang dibentuk mengambil kira: a. Cita dan ideologi negara b. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah dibina – menitik berat potensi individu murid secara menyeluruh berdasarkan JERI
  • 18. ssaammbb.. LLJJKK 11997799 • KBSM yang dibentuk pada 1989 adalah hasil kesinambungan KBSR 1980 yang bertujuan untuk: a. Memenuhi syor-syor dalam LJK 1979 b. Seiring dengan pelaksanaan KBSR c. Pendidikan teknik dan vokasional diberi penekanan d. Memberi pendidikan seumur hidup – ilmu pengetahuan dan kemahiran asas
  • 19. FFAALLSSAAFFAAHH PPEENNDDIIDDIIKKAANN NNEEGGAARRAA 11998888 • LJK 1979, pembentukan KBSR dan KBSM menjadi teras kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1988: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakya Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” • Kesan pembentukan FPK 1998 kepada pendidikan dan latihan guru ialah: a. Kurikulum pendidikan guru sendiri – kursus, ilmu pedagogi, kemahiran generik dan sebagainya b. Penekanan aspek JERI dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah – buku teks, sukatan pelajar dan huraian sukatan pelajaran
  • 20. AAKKTTAA PPEENNDDIIDDIIKKAANN 11999955 DDAANN 11999966 • Dianggap sebagai fasa PEMANTAPAN sistem pendidikan di negara kita. • Di dalam Akta Pendidikan, terdapat 5 Rang Undang-Undang Pendidikan yang menjadi teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan: 1. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 2. Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 3. Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Pindaan 1975 4. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 5. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 •Kesan Akta Pendidikan 1995 dan 1996 kepada pendidikan dan latihan guru a. Pendidikan dan latihan guru bertambah mantap b. Guru-guru yang dihasilkan di IPG dan Universiti memenuhi kriteria * Mohon pelajar buat bacaan lanjutan 5 rang undang-undang ini.
  • 21. AAKKTTAA PPEENNDDIIDDIIKKAANN 11999966 PPiinnddaaaann 22000022 • Memantapkan lagi Akta Pendidikan 1995/1996. • membuat beberapa pindaan dengan memasukkan: a. Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak b. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
  • 22. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU PENDIDIKAN TEKNIK • Mulai 1962 - Latihan untuk guru teknik dan vokasional untuk memenuhi tenaga kerja mahir. • Maktab Perguruan Teknik dibina pada 1962 di Kuala Lumpur di mana: a. Mengajar di sekolah teknik dan vokasional
  • 23. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Implikasi DPK 1970 turut memberi kesan dan implikasi kepada sistem pendidikan dan latihan guru: a. Kurikulum sekolah diubah suai mengikut kepelbagaian kaum b. Falsafah Pendidikan dibentuk c. Sistem pendidikan guru juga turut berubah • Mac 1971, KPM melantik En. Ali Esa untuk menilai semula tujuan dan objektif pendidikan guru di Malaysia: a. Program pendidikan guru disusun semula agar selari dengan DPK b. Pada 1972, Jawatankuasa Kajian Semua Kursus Latihan Guru dibentuk c. Pada 1973, Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu (RLPB) dilaksanakan • RLPB mengeluarkan 2 jenis guru: a. Guru Pendidikan Peringkat Awak Kanak-Kanak untuk mengajar murid darjah 1 – tingkatan 1 b. Guru Pendidikan Peringkat Awal Remaja untuk mengajar murid darjah 4 – tingkatan 3.
  • 24. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • RLPB berterusan sehingga 1980 dibuat secara beransur-ansur di Malaysia Timur. Kurikulum RLPB ini mengandungi: a. Aspek perkembangan diri b. Perkembangan akademik c. Perkembangan profesionalisme guru • Latihan guru dibuat secara: a. Menyepadukan latihan guru sekolah rendah dan menengah b. Menyepadukan latihan guru sekolah rendah ketiga aliran b. Latihan pendidikan guru bertambah dari 2 kepada 3 tahun. PROGRAM LATIHAN 3 TAHUN • Program ini dilancarkan pada 1981 hingga 1992. • Perubahan tempoh latihan ini atas syor yang dikemukakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. • Latihan guru diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM. • Dijalankan di 26 buah maktab perguruan seluruh Malaysia. • Guru yang dilatih selama 3 tahun dianugerah SIJIL PERGURUAN ditempatkan di sekolah rendah mahupun menengah.
  • 25. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU PENDIDIKAN GURU DI SABAH • Sebelum perang, tidak ada pendidikan dan latihan guru. • Sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah Cina menggunakan guru-guru yang diambil dari luar negara. • Kerajaan British cuba dapatkan guru-guru MPSI, Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak untuk mengajar di Sabah, tetapi bilangannya sedikit. • Kekurangan guru di Sabah menyebabkan British membina Maktab Perguruan Kent pada 1952. • Selepas Sabah menanggotai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963, Kerajaan Persekutuan melalui KPM mula mengambil berat seperti: a. Membina Maktab Perguruan Gaya pada 1963 b. Membina Maktab Perguruan Sandakan pada 1974 • Sebelum tahun 1977, latihan dan pendidikan guru di Sabah tidak sama dengan di Semenanjung dari segi: a. Kurikulum latihan b. Sijil latihan
  • 26. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Semuanya diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. • Mulai 1977, penyelarasan kurikulum dan pentadbiran maktab perguruan di Sabah diselaraskan dengan maktab-maktab perguruan di Semenanjung (dalam sesetengah perkara dilongarkan). • Mulai 1978, penyelarasan peperiksaan dan pensijilan di ketiga-tiga maktab perguruan diseragamkan. • Mulai 1981, pengurusan ketiga-tiga maktab diambil oleh BPG, KPM PENDIDIKAN GURU DI SARAWAK • Sebelum perang tidak ada sistem latihan guru di Sarawak. • Pelajaran murid Melayu diuruskan oleh guru-guru agama. • Pelajaran murid sekolah mission, diuruskan oleh mubaligh Kristian. • Pelajaran murid sekolah Cina diajar oleh guru yang kebanyakannya diambil dari negeri China. • Pada 1924, satu Jabatan Pelajaran ditubuhkan tetapi ditutup pada tahun 1930-an dan dibuka semula pada 1939. • Pada 1940, Pusat Latihan Guru-Guru Melayu Sarawak dibina. • Pada 1948, satu pusat latihan guru dibina di Batu Lintang yang akhirnya dinamakan Maktab Perguruan Batu Lintang.
  • 27. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Jangka masa latihan guru hanya 2 tahun saja dan semua kursus dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. • Pada 1954, E.W.Woodhead dilantik untuk mengkaji perkembangan pelajaran di Sabah dan Sarawak dan mencadangkan: a. Pembiayaan pelajaran b. Penyusunan semula pentadbiran pelajaran c. Membina sebuah maktab perguruan di Sibu dan 2 maktab lain untuk memenuhi keperluan kekurangan guru: i. Maktab Perguruan Sarawak di Sibu pada 1957 ii. Maktab Perguruan Rajang, Binatangor pada 1966 iii. Maktab Perguruan Samarahan/Maktab Perguruan Tun Abdul Razak pada 1999. • Guru-guru siswazah dari Sarawak semuanya mendapat latihan di Semenajung ataupun luar negara. • Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk latihan guru di maktab-maktab perguruan di Sarawak hanya bermula pada 1974. •
  • 28. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Mulai 1981, semua urusan pentadbiran maktab-maktab perguruan di Sarawak diambil alih oleh BPG, KPM • Mulai 1982, semua kursus latihan guru dijalankan selama 3 tahun. PROGRAM PENDIDIKAN GURU 5 SEMESTER • Pada 1993, KPM menghadapi kekurangan guru terlatih seramai 22000 orang di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia. • Untuk mengatasinya, latihan guru dipendekkan dari 3 tahun (6 semester) menjadi 2 tahun 6 bulan (4 semester kursus + 1 semester praktikum). • Mulai Jun 1993, pengambilan guru dibuat 2 kali setahun. • Mulai 1995, pengambilan guru dibuat sekali sahaja. • Program pendidikan guru yang diperkenalkan ialah: a. Program Perguruan Sekolah Rendah b. Program Perguruan Sekolah Menengah
  • 29. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM) • Mulai 1996 hingga 2005, BPG telah menaiktaraf program perguruan asas iaitu daripada peringkat Sijil Perguruan kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM). • Tempoh latihan dilanjut menjadi 3 tahun (6 semester) • Mulai 2004, program ini diberhentikan pengambilan pelajarnya dan kumpulan terakhir tamat pengajian pada Januari 2006. • Mulai 2006, program DPM ditawarkan lagi. KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) • KPLI ditawarkan kepada pemegang ijazah pertama yang berminat untuk menjadi guru mulai tahun 1995. • Bagi mengatasi masalah kekurangan guru siswazah, mulai 1995 dua ambilan dibuat untuk mengikuti kursus KPLI selama setahun. • Kebanyakan guru KPLI ini mengikuti kursus mengikuti semua subjek pengkhususan. Contoh: guru siswazah Bahasa Melayu di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan Institut Bahasa Melayu M’sia
  • 30. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU KURSUS PERGURUAN LEPASAN DIPLOMA (KPLD) • Memberi peluang pemegang Diploma dari UiTM, UTM, UPM dan lain-lain IPTA/IPTS untuk menjadi guru. • Kursus dijalankan selama setahun di maktab perguruan. • Kursus yang ditawarkan hanyalah Matematik, Sains, Bahasa Arab dan Pengajian Agama Islam. KURSUS DIPLOMA PERGURUAN KHAS (KDPK) DAN PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) • PKPG dimulakan dengan KDPK pada tahun 1966. • KDPK ini dijalankan secara kerjasama antara maktab perguruan (KPM) dengan Universiti (IPTA). • Kemudian KDPK ditukar menjadi PKPG. • Contoh: Pengalaman Fakulti Pendidikan UKM sendiri
  • 31. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN GURU (KDPG) • KDPG ini tawarkan kepada lepasan ijazah pertama yang tidak mendapat KPLI untuk mengikuti KDPG di Fakulti-Fakulti Pendidikan, IPTA. • KDPG ini dilaksanakan selama setahun dalam hampir semua subjek pengkhususan di sekolah. • Lepasan KDPG ditempatkan di sekolah-sekolah menengah. • Semua guru pelatih KDPG dan KPLI juga ini menerima elaun KPM. • KDPG ini ditamatkan pengambilannya pada 2001 apabila maktab-maktab perguruan dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru. • Kekurangan guru menyebabkan KPM menawarkan KDPG kepada IPTA semula pada 2006 tetapi diberhentikan pada 2009. • Contoh: pengalaman Fakulti Pendidikan UKM.
  • 32. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU PROGRAM BERKEMBAR LUAR NEGARA • Dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris. • KPM memulakan Program Berkembar ini dengan 5 buah maktab perguruan di United Kingdom mulai 1992 sehingga 1996. • Maktab Perguruan Ilmu Khas bertanggungjawab menjalankan kerja-sama ini. • Tempoh pengajian adalah 4 tahun (STPM) dan 6 tahun (SPM). Contoh lulusan STPM: Tahun 1: MPIK Tahun 2 dan 3: United Kingdom Tahun 4: MPIK (termasuk praktikum) • Pada 1994, Program Berkembar dibuat antara Maktab Perguruan Ilmu Khas dengan University of Otago dan Dunedin College of Education, New Zealand dibuat hanya 4 ambilan saja (20 orang setahun). • Bilangan calon guru adalah tidak ramai. Contoh a. SPM 580 orang dari 1992-1996 b. STPM 120 orang dari 1992-1995
  • 33. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU KURSUS DALAM CUTI (KDC) • KDC asalnya ditawarkan kepada guru-guru sandaran untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sabah. • Tempoh kursus selama 3 tahun 6 bulan. • KDC juga ditawarkan kepada guru-guru sekolah Tamil, Cina dan swasta. • Kini, maktab-maktab perguruan menawarkan KDC untuk guru-guru sekolah rendah/menengah yang hanya berkelulusan Sijil Perguruan/ Diploma Pendidikan Guru/guru sandaran. • KDC ini dinamakan program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). • PGSR ini dijalankan pada cuti-cuti persekolahan dan dijalankan secara intensif di maktab-maktab perguruan seluruh negara. •
  • 34. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) • Kursus PISMP ditawarkan kepada calon lepasan SPM untuk mengikuti kursus keguruan selama 1 tahun 6 bulan. • Selepas tamat kursus PISMP, guru pelatih boleh meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPG selama 4 tahun. • Tempoh pengajian selama 5 tahun 6 bulan ini menjadikan guru-guru yang dihasilkan lebih profesional, dedikasi dan menepati ciri standard guru Malaysia.
  • 35. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU PERANAN MAKTAB PERGURUAN/INSTITUT PENDIDIKAN GURU • Dibina mengikut keperluan pendidikan negara. • Dibina di setiap negeri. Sesetengah negeri mempunyai lebih daripada 1 maktab perguruan. • Sesetengah maktab perguruan dibina khusus untuk subjek. Contoh: a. Teknik dan vokasional: Maktab Perguruan Teknik b. Bahasa Melayu: Institut Bahasa Melayu Malaysia c. Bahasa Cina: Institut Bahasa Antarabangsa Malaysia • Beberapa buah maktab perguruan dinaik taraf. Contoh: a. MPSI – IPSI dan kemudian menjadi UPSI pada 1997 b. MPBahasa – Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) c. MPSeri Kota – Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) •
  • 36. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU HALA TUJU PENDIDIKAN GURU ALAF BARU • BPG, KPM diarah menyediakan Kertas Kabinet bagi memantapkan program pendidikan guru. Antara strategi yang dibuat: a. Semua maktab perguruan dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 2005. b. Menjadikan pendidikan guru berfokus kepada Peningkatan Pembangunan Profesional yang berterusan c. Menjadikan IPG sebagai Pusat Penyelidikan Pedagogi d. Mengurus pendidikan keguruan mengikut standard antarabangsa: MS ISO 9001:2000. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) • Ogos 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan semua maktab perguruan menjadi IPG • Semua IPG boleh menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. •
  • 37. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Skim perkhidamatan pendidikan di IPG dibuat penambahbaikan seperti: a. Elaun khas kepada tenaga pengajar dan Ketua Jabatan b. Mewujudkan jawatan pensyarah kanan • IPG sendiri akan memberikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. • Penubuhan IPG menjadikan lebih daripada separuh guru sekolah rendah berkelulusan ijazah, manakala 100% guru berkelulusan ijazah di sekolah menengah. • Semua tenaga pengajar IPG mempunyai minimum kelulusan Sarjana dengan KPM melaksanakan Program Pensarjanaan Pensyarah Maktab. • IPG juga diminta menjadi: a. Pusat menawarkan Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan b. Pusat rujukan c. Pusat Peningkatan Pembangunan Profesional d. Melaksanakan program-program outreach dengan kerjasama JPN, PPK, BBT, BTP, sekolah dan sebagainya.
  • 38. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Penubuhan IPG banyak mendatangkan implikasi, antaranya: a. Peranan IPG sebagai sebuah institut b. Kualiti pensyarah c. Kualiti pelajar d. Prasarana e. Ijazah dikeluarkan – bawah KPT atau KPM f. Polisi penubuhan IPG perlu dipinda – melibatkan Akta Pendidikan • Sesungguhnya, penubuhan IPG telah meningkatkan profesion keguruan di mata masyarakat hari ini.
  • 39. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU PERANAN UNIVERSITI DALAM LATIHAN GURU SISWAZAH • Pendidikan guru siswazah bermula dengan tertubuhnya Raffles College di Singapura pada 1929 untuk guru sekolah menengah. • Fakuliti Pendidikan, Universiti Malaya pada 1963 – perintis dalam melatih guru-guru siswazah sehingga 1970. • 1970 – Pusat Pendidikan, USM melatih guru Pengajian Sains dengan Pendidikan selama 4 tahun. • 1973 – Pusat Pendidikan USM menawarkan kursus Pengajian Kemanusiaan dengan Pendidikan untuk melatih guru-guru siswazah (aliran Sastera) yang ingin menjadi guru. • 1971 – Pusat Pendidikan USM menawarkan Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru terlatih melalui Program Kajian Luar Kampus (Pengajian Jarak Jauh – selama 4 tahun) • Pusat Pendidikan (kini Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan) USM merupa-kan IPTA yang paling aktif menawarkan PJJ untuk guru-guru untuk sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan. • 1970 – UKM menggunakan Maktab Perguruan Lembah Pantai KL sebagai kampus sementara menawarkan kursus Akademik dengan Pendidikan.
  • 40. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • 1972 – melalui Jabatan Pendidikan, Fakulti Sains Kemasyarakatan UKM menawarkan kursus-kursus Diploma Pendidikan untuk guru-guru siswazah yang ingin menjadi guru selama 3 tahun dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. • 1971 – UPM melalui menawarkan kursus Diploma Pendidikan kepada siswazah yang ingin menjadi guru selama 1 tahun. • 1997 – UPSI menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan untuk melatih guru-guru siswazah SUMBANGAN UNIVERSITI/IPTA DALAM PEMBANGUNAN PROFESION KEGURUAN • Melatih guru-guru siswazah untuk mengajar sekolah-sekolah menengah. • Menghasilkan pegawai-pegawai pendidikan untuk mengurus hal-hal pendidikan di pelbagai peringkat – KPM, JPN, PPD, agensi berkanun (Mara), swasta • Penubuhan Fakulti-Fakulti Pendidikan – lebih 12 IPTA yang ada ada fakulti/pusat yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan
  • 41. ssaammbb.. PPEENNDDIIDDIIKKAANN DDAANN LLAATTIIHHAANN GGUURRUU • Fakulti Pendidikan IPTA – melatih guru untuk sekolah menengah. • IPG, KPM – mengeluarkan guru terlatih sekolah rendah. • Fakulti Pendidikan IPTA – kini menawarkan kursus-kursus peringkat Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang pendidikan. Contoh: pengalaman Fakulti Pendidikan UKM • Kini – program pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan semakin mengecil dan ambilan setiap sesi pengajian semakin berkurangan. Contoh: pengalaman di Fakulti Pendidikan UKM, UPM, USM dan UM • IPTA baru – OUM, USIM, UTHO, UMS, UNIMAS, UPSI, UTM, UIAM mengalih peranan UKM, USM, UM dan UPM untuk melatih guru-guru siswazah. • Terdapat 3 IPTS lain yang menawar program Pendidikan – UNISEL, UNITAR dan UNITEM
  • 42. PPEENNGGUUKKUUHHAANN Arahan: 1.Setiap kumpulan 5 orang. 2.Buat bacaan – cari dan buat satu penulisan berserta rujukan terkini berkaitan dengan: a. Peranan IPG dalam melatih dan melahirkan guru b. Peranan IPTA dalam melatih dan melahirkan guru c. Kesan dan implikasi Akta Pendidikan 1995/199 dan Pindaan 2002 terhadap perkembangan profesionalisme guru di Malaysia d. Sumbangan kaum bukan Melayu terhadap perkembangan dan kemajuan profesion keguruan di Malaysia e. Sumbangan kaum Melayu terhadap perkembangan dan kemajuan profesion keguruan di Malaysia 3. Catat semua laman web dan rujukan yang diambil. 4. Hantar mengikut kumpulan/ahli berbentuk folder kepada Dr. Zamri
  • 43. SSeekkiiaann,, TTeerriimmaa KKaassiihh Biarpun tubuhku kecil, tapi aku berjiwa besar