Kitaran air dan fosforus sangat penting untuk kehidupan di bumi. Kitaran air mengalirkan air untuk pertanian, pengangkutan, domestik, rekreasi dan perindustrian. Kitaran fosforus pula menyokong pertumbuhan tumbuhan. Namun, aktiviti manusia seperti perindustrian, pembalakan dan pembangunan bandar boleh mengganggu kedua-dua kitaran ini.