Gaya Hidup Sihat
Get Your Ow n Scroller
 Pengenalan
 Profil Diri
 Konsep
 Piramid Makanan
 Kadar Pengambilan Makanan
 Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
 Uji Minda
Kepentingan Pengambilan MakananSeimbang
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai
yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang
tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan
makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna
dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang
bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya
dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18
tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih
berat badan (obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin
untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek
pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak
mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang
paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia
yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan
yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti
mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan
seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding
dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan
seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya
tahan.
Kesimpulannya
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada
tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko
Penyakit Berbahaya
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada
pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan
seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko
beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin
ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan
spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda
menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu
mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus.
Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak
sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser
prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti
menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan
pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)
mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan
jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis
panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan
merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah,
sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3
hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau
dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-
sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum
dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami
spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang
putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang
disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B).
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh
didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu,
tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga
21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga,
untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga
boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran
dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus
menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan
tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak
berlebihan dengan:
 Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
 Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
 Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam
masakan.
 Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
(contoh: kulit ayam).
 Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti
marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
 Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan
aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar
kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga
menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan
bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,
serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan
ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak
garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).
Sumber dari UTUSAN PENGGUNA
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
Waktu Solat Malaysia
Kuala Lumpur
27-Jul-2015
10 Syawal, 1436
Pilihan Pengguna
waktusolat.net
Pilihan Pengguna
Sila pilih zon waktu solat:
Paparkan Iklan?
Kemaskini
Dapatkan skrip ini untuk laman anda

Khasiat

  • 1.
    Gaya Hidup Sihat GetYour Ow n Scroller  Pengenalan  Profil Diri  Konsep  Piramid Makanan  Kadar Pengambilan Makanan  Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang  Uji Minda Kepentingan Pengambilan MakananSeimbang Kepentingan Makanan Berkhasiat Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Sumber dari berita harian
  • 2.
    Makanan seimbang ialahpengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. 1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. 2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. 3. Mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
  • 3.
    4. Perkembangan mentalseseorang itu tidak terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kesimpulannya Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”. Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan
  • 4.
    spina bifida. Sejauhmanakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya? 1. Kanser (Barah) Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat. Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser. 2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok) Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu. 3. Lebihan kolesterol Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari. 4. Tekanan darah Tinggi Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari. 5. Osteoporosis
  • 5.
    Mendapat kalsium secukupnyaakan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium. 6. Spina Bifida Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur- sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida. Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian) Tips Diet Seimbang Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan. 1. Banyakkan makan makanan yang berbuah. Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. 2. Banyakkan juga memakan kekacang. Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh. 3. Banyakkan minum air. Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
  • 6.
    pengawalan suhu badandan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain. 4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan. Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:  Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.  Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.  Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.  Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).  Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).  Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng. 5. Kurangkan gula. Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
  • 7.
    6. Kurangkan garam Makanansegera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema). Sumber dari UTUSAN PENGGUNA E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Laman utama Langgan: Catatan (Atom) Waktu Solat Malaysia Kuala Lumpur 27-Jul-2015 10 Syawal, 1436 Pilihan Pengguna waktusolat.net Pilihan Pengguna Sila pilih zon waktu solat: Paparkan Iklan? Kemaskini Dapatkan skrip ini untuk laman anda