SlideShare a Scribd company logo
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                             TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




                             PDV1012

                      SUKAN DAN REKREASI

                       SEMESTER 2 (2012)

                      TUGASAN KUMPULAN




               NAMA                    NO. MATRIK            KUMPULAN


GAN SIEW HUAT                     PLPPIP2011/?/KIC                A1


SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU        PLPPIP2011/?/KIC                A1


LUEI LEE ZIE                      PLPPIP2011/?/KIC                A1


YUGANESHRI A/P S.AMBALAGAN        PLPPIP2011/?/KIC                A1
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                          TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




         SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA

            63000 CYBERJAYA, SELANGOR




KERTAS KERJA SUKAN REKREASI UNTUK PELAJAR TAHUN 5

                        2010

       “PERPADUAN PELAJAR MELALUI SUKAN”




                   Disediakan oleh:

              Exco Kokurikulum 2012/2013

               SK Cyberjaya, Cyberjaya
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                          TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




1.0 TUJUAN


     1.1 Mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan Sekolah
        Kebangsaan Cyberjaya bagi program sukan rekreasi untuk murid-murid tahun 5
        pada 4hb Mei 2012 hingga 6hb Mei 2012 (3 hari 2 malam) yang bertempat di
        Resot Raudhah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor dengan kelulusan perbelanjaan
        sebanyak RM...
     1.2 Memohon sedikit sumbangan hadiah untuk sukan yang akan diadakan daripada
        pentadbiran SK Cyberjaya.




2.0 LATAR BELAKANG


        Sukan merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh para
        pelajar. Melalui sukan, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari
        segi fizikal, mental dan sahsiah. Pada masa yang sama, melalui sukan
        perpaduan antara pelajar dapat dipupuk. Ia juga bertujuan untuk menjadikan
        para pelajar sebagai guru pelatih yang serba boleh daripada pelbagai aspek.
        Justeru, sukan merupakan salah satu elemen penting dalam SK Cyberjaya.




3.0 MATLAMAT


     3.1 Aktiviti yang dijalankan ini bersempana program tahunan pelajar tahun 5 yang
        member peluang kepada para pelajar untuk memperolehi pengetahuan dan
        kemahiran yang betul supaya dapat diaplikasikan semasa berada di sekolah.
     3.2 Aktiviti juga dapat memupuk kerjasama dan intergrasi sesama pelajar SK
        Cyberjaya.
     3.3 Sukan juga membentuk sahsiah, personality dan disiplin seseorang pelajar
        melalui hubungan komunikasi dan kerjasama antara pelajar.
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                             TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




4.0 OBJEKTIF


      4.1 Peserta dapat melakukan aktiviti dengan teknik yang betul.
      4.2 Meningkatkan dan mendedahkan murid-murid dengan pengetahuan yang
          berkaitan dengan flora dan fauna.
      4.3 Menanam nilai berdikari dan kerjasama dalam kalangan para peserta.
      4.4 Meningkatkan tahap kercergasan murid-murid kerana aktiviti-aktiviti yang
          akan dijalankan di sana dapat mengukur tahap kecergasan mereka.
      4.5 Para peserta mendapat peluang untuk menghayati alam sekitar semasa
          menjalankan aktivit-aktiviti di sana.




5.0 ASAS PERTIMBANGAN


      5.1Hal ini kerana, murid-murid ini akan berada di Tahun 6 pada tahun hadapan jadi
          program ini dapat menyediakan mereka dari segi fizikal. Mental dan JERIS.
      5.2 Program ini juga akan memberi pendedahan dan pengukuhan dalam Sains.
      5.3 Program ini dapat memupuk kerjasama dan intergrasi sesame pelajar SK
          Cyberjaya.




6.0 JENIS – JENIS AKTIVITI


      6.1 Air = water confident, membina kota pasir dan snorkelling.
      6.2 Darat = berkhemah dan jungle trekking
      6.3 Udara = flying fox
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                      TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




7.0 INFORMASI PROGRAM




Nama kem                  Kem Kesejahteraan Murid-Murid Tahun 5


Tarikh                    4hb Mei 2012 – 6hb Mei 2012


Hari                      Jumaat – Ahad


Tempat                    No. 1, Resort Raudhah, Jalan Sultan Indris Shah, Teluk
                          Nipah, 32200 Pangkor, Perak Darul Ridzuan


Bilangan Peserta          42 orang


Bilangan Guru Pengiring   6 orang


Bilangan Fasilitator      6 orang (dalam kalangan guru)


Kenderaan                 1 buah bus + 1 van besar
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                          TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


8.0 PERATURAN – PERATURAN PERKHEMAHAN
  1. Semasa perkhemahan, para peserta hendaklah menjalinkan silaturahim dan
     kenal-mengenali.
  2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
     ditetapkan.
  3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
     program.
  4. Menjaga segala peralatan yang disediakan,            dilarang merosakkan atau
     memindahkan peralatan ke tempat yang lain.
  5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan ini dilarang merokok dalam
     kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
  6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam atau
     sekitar kawasan perkhemahan.
  7. Tidak dibenarkan member sebarang makanan kepada binatang-binatang.
  8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
     demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
  9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
     kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
     perkhemahan.
  10. Segala bentuk perjudian dan minuman kerasdiharamkan sama sekali.
  11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing
  12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menagkap binatang                     tanpa
     kebenaran.
  13. Tidak   dibenarkan   membeli   makanan     dan   minuman    dari      luar   semasa
     perkhemahan.
  14. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan.
  15. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
  16. Aktiviti penggunaan air    dan api perlu dijalankan dibawah penyeliaan,
     pengawasan dan kebenaran dari pihak berkenaan.
  17. Penggunana    peralatan   berbahaya    hendaklah     dibawah   penyeliaan       dan
     pengawasan pihak bertanggungjawab.
  18. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa berkenaan dari pihak
     penganjur.
  19. Peserta yang melanggar peraturan – peraturan keselamatan ini akan dikenakan
     tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                                TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


                              Senarai Jawatankuasa:
1. Penasihat: Encik Muhammad Zulfahmi b Ali

2. Pengerusi: Encik Gan Siew Huat

3. Naib Pengerusi: Cik Siva Rubini a/p Sivaguru

4. Setiausaha: Cik Luei Lee Zie

5. Naib Setiausaha: Cik Yuganeshri a/p Sambalangan

6. Bendahari: Cik Rabiatul Adawiyah bt Ahzarishman



7. JK Pengangkutan:                    i. Abdul Afiz Bin Sakri Ahmad

                                      ii. Abdul Hafiz Bin Halalladin



8. JK Peralatan Khemah:                i. Aina Sofia Binti Abdul Zainal

                                      ii.Amirol Asfrah Bin Ahmad

                                      iii.Anbuselvan A/L Ramanan

                                      iv.Andy Ngiew Qi Ying



9.JK Aktiviti & Peralatan:             i. Angel Zuei Hui Hui

                                      ii. Anilah Omar Binti Jamalul

                                      iii. Ayilah Binti Ahmad Jamaluddin

                                      iv.Bernard Lim



10.JK Makanan:                          i. Chandra A/L Ambalagan

                                       ii. Cheong Ling Hong

                                      iii.Fatin Hanani Binti Hashim

                                      iv. Fatin Nadhirah Binti Zulfikri
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                      TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


11.JK Keselamatan:            i. Fatin Nurfaziera Binti Ahmad

                             ii. Foo Jie Xi

                            iii. Khairul Hafiz Bin Anwar

                            iv. Khoo Lim Ting



12.JK Kecemasan :            i. Lim Boon Lai

                            ii. Lim Cai Ching

                            iii. Lim Khun Lun

                            iv.Mary Sandra A/P Thattaham



13.JK Buku Program:           i. Mathuram A/P Anbuselvan

                            ii. Murugan A/L Vellapillai

                            iii. Ng Kei Kei

                            iv. Nor Amalina Binti Kasalum



14.JK Kerohanian:             i. Nurul Amal Binti Kaslim

                            ii. Ong Sze Kai



15.JK Malam Kebudayaan:       i. Raja Zulfikri Bin Zainal

                            ii. Rajagopal A/L Thamlabaran

                             iii. Rajendran A/L Krishnan

                            iv. Renuka A/P Shambalan



16.JK Pertandingan:           i. Selva A/L Vandarananiam

                            ii. Siti Hajar Binti Omar



17.JK Peralatan Urusetia:     i. Siva Subini A/P Thosamy

                            ii. Soh Wei Xiang
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                            TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




18.JK Sanitasi:                     i. Stephanie A/P Subramaniam

                                    ii. Suba A/P Chandra




19.JK Majlis Pembukaan & Penutupan: i. Tan Hoe Heng

                                     ii. Thomas A/L Santosa



20.JK Cenderamata,Hadiah& Sijil Penghargaan:   i. Toh Zhen Yi

                                               ii. Veeramani A/L Chandra
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                           TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




Jadual Aktiviti Perkhemahan di Port Dickson bagi Pelajar Darjah Lima



Jumaat, 4hb Mei 2012

Masa                                       Aktiviti

9.00a.m.                                   Bertolak ke Port Dickson

11.30a.m.                                  Sampai ke destinasi

11.35a.m.-12.00p.m.                        Aktiviti mendirikan khemah

12.00p.m.-1.00p.m.                         Makan tengahhari(Termasuk berehat dan
                                           Sembahyang)

1.00p.m.-4.00p.m.                          Flying Fox

4.00p.m.-4.30p.m.                          Tea-time dan berehat

4.30p.m.-6.30p.m                           Pertandingan membina kota pasir

7.00p.m.-8.00p.m.                          Makan Malam(termasuk berehat dan
                                           bersembahyang)

8.00p.m.-10.00p.m                          Ice-breaking

10.00p.m.                                  Tidur
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                     TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




Sabtu, 5hb Mei 2012

Masa                  Aktiviti

6.00a.m.              Bangun

6.00a.m.-7.00a.m.     Sarapan(termasuk sembahyang dan
                      membersihkan diri)

7.00a.m.-11.00a.m.    Jungle trekking

11.00a.m.-11.30a.m.   Berehat

11.30a.m.-1.00p.m.    Aktiviti Water Confidence

1.00p.m.-2.00p.m.     Makan tengahari(termasuk berehat dan
                      bersembahyang)

2.00p.m.-6.30p.m.     Eksplorasi

6.30p.m.-7.00p.m.     Berehat

7.00p.m.-8.00p.m.     Makan malam(termasuk berehat dan
                      bersembahyang)

8.00p.m.-10.00p.m.    Pertandingan Menyanyi dan Menari

10.00p.m.             Tidur




Ahad, 6hb Mei 2012

Masa                  Aktiviti

6.00a.m.              Bangun

6.00a.m.-7.00a.m.     Sarapan(termasuk bersembahyang dan
                      membersihkan diri)

7.00a.m.-8.00a.m.     Membuat senaman

8.00a.m.-11.00a.m.    Snorkelling

11.00a.m.-12.00p.m.   Makan tengahari(termasuk berehat)

12.30p.m.             Bertolak untuk balik ke sekolah
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                                TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


Anggaran Perbelanjaan bagi Kem Kesejateraan Murid-murid Tahun Lima



Anggaran Perbelanjaan bagi Pelajar

Sumber                                                               Perbelanjaan(RM)
Makanan(sarapan, makan tengahari, makan malam)                           1016.00
Peralatan( jaket keselamatan, peralatan dapur, peralatan
                                                                           320.00
lain seperti lampu suluh dan kompas)
Hadiah(hamper bagi pemenang dalam pertandingan)                             45.00
Sijil penyertaan                                                            42.00
Pengangkutan(Bas)                                                          420.00
Total                                                                     1843.00




Anggaran Perbelanjaan bagi Guru dan Fasilitator

Sumber                                                               Perbelanjaan(RM)
Makanan(sarapan, makan tengahari, makan malam)                           1016.00
Peralatan(jaket keselamatan, peralatan dapur, peralatan lain
                                                                           250.00
seperti lampu suluh dan kompas)
Pengangkutan(Bas)                                                          144.00
Total                                                                     1410.00




    Sewa tapak perkhemahan bagi pelajar dan guru dan fasilitator =RM 40.00
    Sewa sampan(boat) =RM 100.00
    Cenderamata fasilitator = RM 20.00




Total anggaran perbelanjaan = RM1843+RM1410+RM40+RM100+RM20

                             = RM 3413.00
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                          TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


9.0 LAMPIRAN


   CONTOH SURAT KELULUSAN DARIPADA GURU BESAR BAGI MENGADAKAN
                 PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH.

Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
______________________________________________________________________


Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana,
Perkhemahan Kesejahteraan Murid-Murid Tahun 5,
Peringkat Sekolah 2012,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan                                                7hb MEI 2012

Tuan,

Perkhemahan Kesejahteraan Murid-Murid Tahun 5.

Sukacitanya perkara di atas dengan hormatnya dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak seolah sedia maklum dan tiada halangan
untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut
di bawah dipatuhi:
     2.1 Tiada unsur-unsur paksaan.
     2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga murid.
     2.3 Memastikan langkah – langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan.
     2.4 Segala kutipan wang telah mendapat kelulusan jawatankuasa Pelaksana dan
     persetujuan Ibu Bapa/Penjaga.
Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,


............................................
(Cik Luei Lee Zie)
Setiausaha,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                         TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




            CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN KEPADA PIHAK BOMBA


Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat,
Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
____________________________________________________________________
Pengetua,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.                                              30hb APRIL 2012


Pegawai,


Permohonan      Meminjam     Peralatan   Yang    Diperlukan   Untuk   Perkhemahan
Kesejahteraan Tahunan Murid-murid Tahun 5 Peringkat Sekolah 2012.


Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan
Kesejahteraan Tahunan untuk murid-murid Tahun 5 Peringkat Sekolah 2012 seperti
mana ketetapan berikut:


1.1 Tarikh: 4 hingga 6 Mei 2012
1.2 Masa: 3 hari 2 malam
1.3 Tempat: Port Dickson
1.4 Penyertaan: 42 Pelajar termasuk 12 Guru dan Fasilitator


Oleh yang demikian bagi melicinkan dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah
harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan meminjam peralatan
berikut:
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                              TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


4.1 Khemah – 20 buah
4.2 Tali Karamental Dinamik 100m
4.3 Tali Karamental Staqtik 100m
4.4 Peralatan Aktiviti ( Topi, Harnes, Carabinar, pulley dan snap link )
5. Barang-barang tersebut jika diluluskan akan diambil pada 2 Mei 2012 dan akan
dipulang pada 8 Mei 2012. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
..........................................................
(KAMSIAH BINTI RAZALI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                                                TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA




                     CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA


Nama dan Alamat Ibu Bapa/ Penjaga
___________________________
___________________________
___________________________
No. Telefon: ...................................                                    Tarikh: ...................


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan / Puan,


Kebenaran Untuk Menyertai Perkhemahan Kesejahteraan Murid-murid Tahun 5.


Saya .............................................................. No K/P ........................................ Ibu /
Bapa / Penjaga kepada ...................................................................... Tahun ..................
memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya mengambil bahagian dalam
perkhemahan tersebut di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak Sekolah Kebangsaan
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan akan mengambil langkah-langkah keselamatan
namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-
undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa
kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecedaran lain
terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau
sepanjang perkhemahan tersebut.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola / wakilnya memberi
rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika
didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
KERTAS KERJA SUKAN REKREASI
                                                                 TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA


Pengakuan dibuat oleh:                         Saksi:
............................................   ...................................................
(Tandatangan)                                  (Tandatangan)
Nama:                                                      Nama:
No. K/Pengenalan:                                          No. K/Pengenalan:

More Related Content

What's hot

02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
furzan
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
mond niel
 
1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan
Hafiza Kadir
 
Olahraga lari pecut
Olahraga lari pecutOlahraga lari pecut
Olahraga lari pecut
Lenova Lee
 
56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)
56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)
56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)
zailaini67
 

What's hot (20)

Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - KriketModul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
Soalan moral tahun 5
Soalan moral tahun 5Soalan moral tahun 5
Soalan moral tahun 5
 
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolahBuku panduan pengurusan olahraga di sekolah
Buku panduan pengurusan olahraga di sekolah
 
PAMPLET ANTI BULI 2020.pptx
PAMPLET ANTI BULI 2020.pptxPAMPLET ANTI BULI 2020.pptx
PAMPLET ANTI BULI 2020.pptx
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan1 pegawai pertandingan
1 pegawai pertandingan
 
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxRANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
 
Olahraga lari pecut
Olahraga lari pecutOlahraga lari pecut
Olahraga lari pecut
 
DBA4259.pdf
DBA4259.pdfDBA4259.pdf
DBA4259.pdf
 
Manual pengguna modul pk1
Manual pengguna   modul pk1Manual pengguna   modul pk1
Manual pengguna modul pk1
 
contoh sijil penghargaan
contoh sijil penghargaancontoh sijil penghargaan
contoh sijil penghargaan
 
Kertas kerja pengurusan sukan dan rekreasi
Kertas kerja pengurusan sukan dan rekreasiKertas kerja pengurusan sukan dan rekreasi
Kertas kerja pengurusan sukan dan rekreasi
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
9 tugas utama guru besar
9 tugas utama guru besar9 tugas utama guru besar
9 tugas utama guru besar
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
 
Pengurusan Program Sekolah
Pengurusan Program  Sekolah Pengurusan Program  Sekolah
Pengurusan Program Sekolah
 
56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)
56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)
56805495 perancangan-aktiviti-badminton (1)
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 

Similar to Kertas kerja sukan rekreasi

Kertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012editKertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012edit
Eiza Alias
 
pdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docx
pdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docxpdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docx
pdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docx
ijam4
 
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Noor Dollah
 
Lawatan ke melaka
Lawatan ke melakaLawatan ke melaka
Lawatan ke melaka
Syedzul Zul
 
Kertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumKertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulum
Shid Azie
 
BUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdf
BUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdfBUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdf
BUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdf
Jueraini Jay
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisional
Hassan Bohari
 
Profil MTs Al-Falah Jatinangor
Profil MTs Al-Falah JatinangorProfil MTs Al-Falah Jatinangor
Profil MTs Al-Falah Jatinangor
Nuainks Vsan
 
Program kegiatan bidang osis sma al baladul amin
Program kegiatan bidang osis sma al baladul aminProgram kegiatan bidang osis sma al baladul amin
Program kegiatan bidang osis sma al baladul amin
Musliem023
 
Proposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri ke
Proposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri keProposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri ke
Proposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri ke
erwin renaldi
 
Paperwork of fag 2014 update (1)
Paperwork of fag 2014 update (1)Paperwork of fag 2014 update (1)
Paperwork of fag 2014 update (1)
Syafiqah Zaini
 

Similar to Kertas kerja sukan rekreasi (20)

Kertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012editKertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012edit
 
Kertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiKertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppki
 
pdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docx
pdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docxpdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docx
pdfslide.tips_kertas-kerja-sukaneka-568b24c958644.docx
 
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Lawatan ke melaka
Lawatan ke melakaLawatan ke melaka
Lawatan ke melaka
 
Camping sejaya 2019
Camping sejaya 2019Camping sejaya 2019
Camping sejaya 2019
 
PROPOSAL MPLS 2022-fix.pdf
PROPOSAL MPLS 2022-fix.pdfPROPOSAL MPLS 2022-fix.pdf
PROPOSAL MPLS 2022-fix.pdf
 
Kertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumKertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulum
 
BUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdf
BUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdfBUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdf
BUKU ATURCARA MAJLIS KECEMERLANGAN SKeST.pdf
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisional
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Profil MTs Al-Falah Jatinangor
Profil MTs Al-Falah JatinangorProfil MTs Al-Falah Jatinangor
Profil MTs Al-Falah Jatinangor
 
Program kegiatan bidang osis sma al baladul amin
Program kegiatan bidang osis sma al baladul aminProgram kegiatan bidang osis sma al baladul amin
Program kegiatan bidang osis sma al baladul amin
 
HBHE3203
HBHE3203HBHE3203
HBHE3203
 
Olahraga
OlahragaOlahraga
Olahraga
 
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
Kertas kerja sukaneka Prasekolah 2018
 
Proposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri ke
Proposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri keProposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri ke
Proposal kegiatan dalam rangka peringatan hut ri ke
 
Paperwork of fag 2014 update (1)
Paperwork of fag 2014 update (1)Paperwork of fag 2014 update (1)
Paperwork of fag 2014 update (1)
 
Paperwork FAG 2014
Paperwork FAG 2014Paperwork FAG 2014
Paperwork FAG 2014
 

More from Rubini Rubi

Linguistic the role of the teacher
Linguistic the role of the teacherLinguistic the role of the teacher
Linguistic the role of the teacher
Rubini Rubi
 
Differentiated instruction on process
Differentiated instruction on processDifferentiated instruction on process
Differentiated instruction on process
Rubini Rubi
 
Philosophy studies
Philosophy studiesPhilosophy studies
Philosophy studies
Rubini Rubi
 
Education system in sabah n sarawak
Education system in sabah n sarawakEducation system in sabah n sarawak
Education system in sabah n sarawak
Rubini Rubi
 
Kertas kerja futsal
Kertas kerja futsalKertas kerja futsal
Kertas kerja futsal
Rubini Rubi
 
teach as a profession
teach as a profession teach as a profession
teach as a profession
Rubini Rubi
 
Education n schooling
Education n schooling Education n schooling
Education n schooling
Rubini Rubi
 
The meaning of education
The meaning of educationThe meaning of education
The meaning of education
Rubini Rubi
 
Multidisciplinary
MultidisciplinaryMultidisciplinary
Multidisciplinary
Rubini Rubi
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal
Rubini Rubi
 
Education development
Education developmentEducation development
Education development
Rubini Rubi
 
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
Rubini Rubi
 
survey on statistic
survey on statisticsurvey on statistic
survey on statistic
Rubini Rubi
 

More from Rubini Rubi (20)

Linguistic the role of the teacher
Linguistic the role of the teacherLinguistic the role of the teacher
Linguistic the role of the teacher
 
Abraham maslow
Abraham maslowAbraham maslow
Abraham maslow
 
Differentiated instruction on process
Differentiated instruction on processDifferentiated instruction on process
Differentiated instruction on process
 
Philosophy studies
Philosophy studiesPhilosophy studies
Philosophy studies
 
proverbs
proverbsproverbs
proverbs
 
Education system in sabah n sarawak
Education system in sabah n sarawakEducation system in sabah n sarawak
Education system in sabah n sarawak
 
Kertas kerja futsal
Kertas kerja futsalKertas kerja futsal
Kertas kerja futsal
 
teach as a profession
teach as a profession teach as a profession
teach as a profession
 
Education n schooling
Education n schooling Education n schooling
Education n schooling
 
The meaning of education
The meaning of educationThe meaning of education
The meaning of education
 
Teknik futsal
Teknik futsalTeknik futsal
Teknik futsal
 
Survey method
Survey methodSurvey method
Survey method
 
Multidisciplinary
MultidisciplinaryMultidisciplinary
Multidisciplinary
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal
 
Education development
Education developmentEducation development
Education development
 
Unesco. ei
Unesco. eiUnesco. ei
Unesco. ei
 
Dream wedding
Dream weddingDream wedding
Dream wedding
 
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid   mu...
Langkah – langkah mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan murid mu...
 
survey on statistic
survey on statisticsurvey on statistic
survey on statistic
 
Unesco. ei
Unesco. eiUnesco. ei
Unesco. ei
 

Recently uploaded

Recently uploaded (20)

ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak (1). SDN 001 BU.pdf
 
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfSusi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Susi Susanti_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
Modul Pembentukan Disiplin Rohani (PDR) 2024
 
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNaufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Naufal Khawariz_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
1. Standar Operasional Prosedur PPDB Pada paud
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisaiKonflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
Konflik dan Negosiasi dalam perilaku organisai
 
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxDokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANGKERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
KERAJINAN DARI BAHAN LIMBAH BERBENTUK BANGUN RUANG
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptxSolusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
Solusi Masalah Pendidikan Kelompok 9 Wawasan Pendidikan.pptx
 

Kertas kerja sukan rekreasi

  • 1. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA PDV1012 SUKAN DAN REKREASI SEMESTER 2 (2012) TUGASAN KUMPULAN NAMA NO. MATRIK KUMPULAN GAN SIEW HUAT PLPPIP2011/?/KIC A1 SIVA RUBINI A/P S SIVAGURU PLPPIP2011/?/KIC A1 LUEI LEE ZIE PLPPIP2011/?/KIC A1 YUGANESHRI A/P S.AMBALAGAN PLPPIP2011/?/KIC A1
  • 2. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA SEKOLAH KEBANGSAAN CYBERJAYA 63000 CYBERJAYA, SELANGOR KERTAS KERJA SUKAN REKREASI UNTUK PELAJAR TAHUN 5 2010 “PERPADUAN PELAJAR MELALUI SUKAN” Disediakan oleh: Exco Kokurikulum 2012/2013 SK Cyberjaya, Cyberjaya
  • 3. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 1.0 TUJUAN 1.1 Mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya bagi program sukan rekreasi untuk murid-murid tahun 5 pada 4hb Mei 2012 hingga 6hb Mei 2012 (3 hari 2 malam) yang bertempat di Resot Raudhah, Teluk Nipah, Pulau Pangkor dengan kelulusan perbelanjaan sebanyak RM... 1.2 Memohon sedikit sumbangan hadiah untuk sukan yang akan diadakan daripada pentadbiran SK Cyberjaya. 2.0 LATAR BELAKANG Sukan merupakan salah satu daripada aktiviti yang sering dilakukan oleh para pelajar. Melalui sukan, pelbagai manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar dari segi fizikal, mental dan sahsiah. Pada masa yang sama, melalui sukan perpaduan antara pelajar dapat dipupuk. Ia juga bertujuan untuk menjadikan para pelajar sebagai guru pelatih yang serba boleh daripada pelbagai aspek. Justeru, sukan merupakan salah satu elemen penting dalam SK Cyberjaya. 3.0 MATLAMAT 3.1 Aktiviti yang dijalankan ini bersempana program tahunan pelajar tahun 5 yang member peluang kepada para pelajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang betul supaya dapat diaplikasikan semasa berada di sekolah. 3.2 Aktiviti juga dapat memupuk kerjasama dan intergrasi sesama pelajar SK Cyberjaya. 3.3 Sukan juga membentuk sahsiah, personality dan disiplin seseorang pelajar melalui hubungan komunikasi dan kerjasama antara pelajar.
  • 4. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 4.0 OBJEKTIF 4.1 Peserta dapat melakukan aktiviti dengan teknik yang betul. 4.2 Meningkatkan dan mendedahkan murid-murid dengan pengetahuan yang berkaitan dengan flora dan fauna. 4.3 Menanam nilai berdikari dan kerjasama dalam kalangan para peserta. 4.4 Meningkatkan tahap kercergasan murid-murid kerana aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sana dapat mengukur tahap kecergasan mereka. 4.5 Para peserta mendapat peluang untuk menghayati alam sekitar semasa menjalankan aktivit-aktiviti di sana. 5.0 ASAS PERTIMBANGAN 5.1Hal ini kerana, murid-murid ini akan berada di Tahun 6 pada tahun hadapan jadi program ini dapat menyediakan mereka dari segi fizikal. Mental dan JERIS. 5.2 Program ini juga akan memberi pendedahan dan pengukuhan dalam Sains. 5.3 Program ini dapat memupuk kerjasama dan intergrasi sesame pelajar SK Cyberjaya. 6.0 JENIS – JENIS AKTIVITI 6.1 Air = water confident, membina kota pasir dan snorkelling. 6.2 Darat = berkhemah dan jungle trekking 6.3 Udara = flying fox
  • 5. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 7.0 INFORMASI PROGRAM Nama kem Kem Kesejahteraan Murid-Murid Tahun 5 Tarikh 4hb Mei 2012 – 6hb Mei 2012 Hari Jumaat – Ahad Tempat No. 1, Resort Raudhah, Jalan Sultan Indris Shah, Teluk Nipah, 32200 Pangkor, Perak Darul Ridzuan Bilangan Peserta 42 orang Bilangan Guru Pengiring 6 orang Bilangan Fasilitator 6 orang (dalam kalangan guru) Kenderaan 1 buah bus + 1 van besar
  • 6. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 8.0 PERATURAN – PERATURAN PERKHEMAHAN 1. Semasa perkhemahan, para peserta hendaklah menjalinkan silaturahim dan kenal-mengenali. 2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan. 3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 4. Menjaga segala peralatan yang disediakan, dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat yang lain. 5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan ini dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. 6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam atau sekitar kawasan perkhemahan. 7. Tidak dibenarkan member sebarang makanan kepada binatang-binatang. 8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. 9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. 10. Segala bentuk perjudian dan minuman kerasdiharamkan sama sekali. 11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing 12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menagkap binatang tanpa kebenaran. 13. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. 14. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan. 15. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. 16. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan dibawah penyeliaan, pengawasan dan kebenaran dari pihak berkenaan. 17. Penggunana peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 18. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa berkenaan dari pihak penganjur. 19. Peserta yang melanggar peraturan – peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
  • 7. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA Senarai Jawatankuasa: 1. Penasihat: Encik Muhammad Zulfahmi b Ali 2. Pengerusi: Encik Gan Siew Huat 3. Naib Pengerusi: Cik Siva Rubini a/p Sivaguru 4. Setiausaha: Cik Luei Lee Zie 5. Naib Setiausaha: Cik Yuganeshri a/p Sambalangan 6. Bendahari: Cik Rabiatul Adawiyah bt Ahzarishman 7. JK Pengangkutan: i. Abdul Afiz Bin Sakri Ahmad ii. Abdul Hafiz Bin Halalladin 8. JK Peralatan Khemah: i. Aina Sofia Binti Abdul Zainal ii.Amirol Asfrah Bin Ahmad iii.Anbuselvan A/L Ramanan iv.Andy Ngiew Qi Ying 9.JK Aktiviti & Peralatan: i. Angel Zuei Hui Hui ii. Anilah Omar Binti Jamalul iii. Ayilah Binti Ahmad Jamaluddin iv.Bernard Lim 10.JK Makanan: i. Chandra A/L Ambalagan ii. Cheong Ling Hong iii.Fatin Hanani Binti Hashim iv. Fatin Nadhirah Binti Zulfikri
  • 8. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 11.JK Keselamatan: i. Fatin Nurfaziera Binti Ahmad ii. Foo Jie Xi iii. Khairul Hafiz Bin Anwar iv. Khoo Lim Ting 12.JK Kecemasan : i. Lim Boon Lai ii. Lim Cai Ching iii. Lim Khun Lun iv.Mary Sandra A/P Thattaham 13.JK Buku Program: i. Mathuram A/P Anbuselvan ii. Murugan A/L Vellapillai iii. Ng Kei Kei iv. Nor Amalina Binti Kasalum 14.JK Kerohanian: i. Nurul Amal Binti Kaslim ii. Ong Sze Kai 15.JK Malam Kebudayaan: i. Raja Zulfikri Bin Zainal ii. Rajagopal A/L Thamlabaran iii. Rajendran A/L Krishnan iv. Renuka A/P Shambalan 16.JK Pertandingan: i. Selva A/L Vandarananiam ii. Siti Hajar Binti Omar 17.JK Peralatan Urusetia: i. Siva Subini A/P Thosamy ii. Soh Wei Xiang
  • 9. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 18.JK Sanitasi: i. Stephanie A/P Subramaniam ii. Suba A/P Chandra 19.JK Majlis Pembukaan & Penutupan: i. Tan Hoe Heng ii. Thomas A/L Santosa 20.JK Cenderamata,Hadiah& Sijil Penghargaan: i. Toh Zhen Yi ii. Veeramani A/L Chandra
  • 10. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA Jadual Aktiviti Perkhemahan di Port Dickson bagi Pelajar Darjah Lima Jumaat, 4hb Mei 2012 Masa Aktiviti 9.00a.m. Bertolak ke Port Dickson 11.30a.m. Sampai ke destinasi 11.35a.m.-12.00p.m. Aktiviti mendirikan khemah 12.00p.m.-1.00p.m. Makan tengahhari(Termasuk berehat dan Sembahyang) 1.00p.m.-4.00p.m. Flying Fox 4.00p.m.-4.30p.m. Tea-time dan berehat 4.30p.m.-6.30p.m Pertandingan membina kota pasir 7.00p.m.-8.00p.m. Makan Malam(termasuk berehat dan bersembahyang) 8.00p.m.-10.00p.m Ice-breaking 10.00p.m. Tidur
  • 11. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA Sabtu, 5hb Mei 2012 Masa Aktiviti 6.00a.m. Bangun 6.00a.m.-7.00a.m. Sarapan(termasuk sembahyang dan membersihkan diri) 7.00a.m.-11.00a.m. Jungle trekking 11.00a.m.-11.30a.m. Berehat 11.30a.m.-1.00p.m. Aktiviti Water Confidence 1.00p.m.-2.00p.m. Makan tengahari(termasuk berehat dan bersembahyang) 2.00p.m.-6.30p.m. Eksplorasi 6.30p.m.-7.00p.m. Berehat 7.00p.m.-8.00p.m. Makan malam(termasuk berehat dan bersembahyang) 8.00p.m.-10.00p.m. Pertandingan Menyanyi dan Menari 10.00p.m. Tidur Ahad, 6hb Mei 2012 Masa Aktiviti 6.00a.m. Bangun 6.00a.m.-7.00a.m. Sarapan(termasuk bersembahyang dan membersihkan diri) 7.00a.m.-8.00a.m. Membuat senaman 8.00a.m.-11.00a.m. Snorkelling 11.00a.m.-12.00p.m. Makan tengahari(termasuk berehat) 12.30p.m. Bertolak untuk balik ke sekolah
  • 12. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA Anggaran Perbelanjaan bagi Kem Kesejateraan Murid-murid Tahun Lima Anggaran Perbelanjaan bagi Pelajar Sumber Perbelanjaan(RM) Makanan(sarapan, makan tengahari, makan malam) 1016.00 Peralatan( jaket keselamatan, peralatan dapur, peralatan 320.00 lain seperti lampu suluh dan kompas) Hadiah(hamper bagi pemenang dalam pertandingan) 45.00 Sijil penyertaan 42.00 Pengangkutan(Bas) 420.00 Total 1843.00 Anggaran Perbelanjaan bagi Guru dan Fasilitator Sumber Perbelanjaan(RM) Makanan(sarapan, makan tengahari, makan malam) 1016.00 Peralatan(jaket keselamatan, peralatan dapur, peralatan lain 250.00 seperti lampu suluh dan kompas) Pengangkutan(Bas) 144.00 Total 1410.00  Sewa tapak perkhemahan bagi pelajar dan guru dan fasilitator =RM 40.00  Sewa sampan(boat) =RM 100.00  Cenderamata fasilitator = RM 20.00 Total anggaran perbelanjaan = RM1843+RM1410+RM40+RM100+RM20 = RM 3413.00
  • 13. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 9.0 LAMPIRAN CONTOH SURAT KELULUSAN DARIPADA GURU BESAR BAGI MENGADAKAN PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH. Pengetua, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. ______________________________________________________________________ Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, Perkhemahan Kesejahteraan Murid-Murid Tahun 5, Peringkat Sekolah 2012, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan 7hb MEI 2012 Tuan, Perkhemahan Kesejahteraan Murid-Murid Tahun 5. Sukacitanya perkara di atas dengan hormatnya dirujuk 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak seolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi: 2.1 Tiada unsur-unsur paksaan. 2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaga murid. 2.3 Memastikan langkah – langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan. 2.4 Segala kutipan wang telah mendapat kelulusan jawatankuasa Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa/Penjaga. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ............................................ (Cik Luei Lee Zie) Setiausaha, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
  • 14. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN KEPADA PIHAK BOMBA Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. ____________________________________________________________________ Pengetua, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. 30hb APRIL 2012 Pegawai, Permohonan Meminjam Peralatan Yang Diperlukan Untuk Perkhemahan Kesejahteraan Tahunan Murid-murid Tahun 5 Peringkat Sekolah 2012. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Kesejahteraan Tahunan untuk murid-murid Tahun 5 Peringkat Sekolah 2012 seperti mana ketetapan berikut: 1.1 Tarikh: 4 hingga 6 Mei 2012 1.2 Masa: 3 hari 2 malam 1.3 Tempat: Port Dickson 1.4 Penyertaan: 42 Pelajar termasuk 12 Guru dan Fasilitator Oleh yang demikian bagi melicinkan dan menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan meminjam peralatan berikut:
  • 15. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA 4.1 Khemah – 20 buah 4.2 Tali Karamental Dinamik 100m 4.3 Tali Karamental Staqtik 100m 4.4 Peralatan Aktiviti ( Topi, Harnes, Carabinar, pulley dan snap link ) 5. Barang-barang tersebut jika diluluskan akan diambil pada 2 Mei 2012 dan akan dipulang pada 8 Mei 2012. Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, .......................................................... (KAMSIAH BINTI RAZALI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya.
  • 16. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA Nama dan Alamat Ibu Bapa/ Penjaga ___________________________ ___________________________ ___________________________ No. Telefon: ................................... Tarikh: ................... Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Tuan / Puan, Kebenaran Untuk Menyertai Perkhemahan Kesejahteraan Murid-murid Tahun 5. Saya .............................................................. No K/P ........................................ Ibu / Bapa / Penjaga kepada ...................................................................... Tahun .................. memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas. 2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang- undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecedaran lain terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut. 3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola / wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika didapati perlu. Sekian, terima kasih.
  • 17. KERTAS KERJA SUKAN REKREASI TAHUN 5, SEK. KEB. CYBERJAYA Pengakuan dibuat oleh: Saksi: ............................................ ................................................... (Tandatangan) (Tandatangan) Nama: Nama: No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan: