FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2012
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 820824105352002.
NO. KAD PENGENALAN: 820824-10-5352.
NO. TELEFON : 019-2397657 / 012-2420586.
E-MEL : zies8275@yahoo.com.
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY
(CAWANGAN SHAH ALAM)
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
Isi Kandungan muka surat
Pengenalan 3
1.0 Konsep simulasi 4
1.1 Tujuan simulasi 5
1.2 Kaedah simulasi 6
1.3 Jenis-jenis simulasi 7
1.4 Prinsip-prinsip simulasi 8
1.5 Langkah pelaksaaan teknik simulasi 9
2.0 Rancangan Pengajaran Harian 11
2.1 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 11
3.0 Kelebihan dan kelemahan teknik simulasi 15
4.0 Rumusan 17
Rujukan 18
2
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal bagi melahirkan warganegara yang
berilmu pengatahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi mencapai
matlamat itu, pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran perlulah diamalkan agar pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dlam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah iaitu satu jalan untuk mencapai
objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa sahaja
cara dan tindakan serta aktiviti yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi
kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran.
Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan
bahan dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Antara strategi pengajaran dan
pembelajaran termasuklah pendekatan berpusatkan murid dan kepelbagaian teknik dalam
pengajaran. Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusatkan kepada
murid adalah mengadakan teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid
secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat
memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui
pelbagai aktiviti yang disarankan.
3
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan
di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan
guru. Dalam proses pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya
menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber
pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar
adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju
proses pembelajaran. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru
kepada pembelajaran berpusatkan murid mengambil masa.
1.0 KONSEP SIMULASI
Antara teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas adalah teknik simulasi. Simulasi merupakan teknik yang dapat memberi
sumbangan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui
simulasi murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul
maklumat melalui pembacaan, temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancang oleh guru.
Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan.
Dalam kaedah pengajaran, simulasi juga bermaksud cara persediaan pengalaman belajar
dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip atau
keterampilan tertentu. Menurut Dr Ali Mahmood dalam bukunya Pengenalan Pendidikan
Bahasa Melayu, simulasi adalah teknik melakonkan sesuatu situasi berdasarkan peranan
yang ditentukan bagi menggambarkan peristiwa dalam sesebuah karya yang dipilih.
Jelasnya, simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan dari alam nyata ke dalam bilik
darjah.
Sementara Faridah Nazir dipetik daripada (Juriah Long, et al.1992:29) simulasi
ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar
yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
4
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
Melalui teknik ini juga, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dengan penggunaan teknik
ini, guru dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran
1.1 Tujuan Simulasi
Kaedah simulasi dipilih sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
mempunyai tujuan tertentu. Antaranya :
1) Menguasai sesuatu kemahiran atau kemahiran-kemahiran tertentu.
Simulasi dapat melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Antara
kemahiran yang boleh dikuasai termasuklah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur
dan kemahiran lisan.
2) Membina pemikiran secara analitis dan kritis.
Semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya
secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan. Secara tidak
langsung, murid dapat menyusun kronologi urutan tentang sesuatu peristiwa yang sedang
dilakonkan bersesuaian dengan jalan cerita.
3) Membina sikap yang lebih positif.
Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial akan dapat diselesaikan. Sikap atau
tingkah laku yang tidak elok atau negatif akan dapat diubah manakala sikap yang positif
akan dapat dibentuk dan dipupuk dikalangan para pelajar.
4) Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif.
5
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran yang menerapkan nilai murni, murid-
murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.
5) Membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah.
Misalnya untuk menjelaskan konsep jual beli, murid-murid boleh melakonkan watak
sebagai penjual dan pembeli di sebuah pasar.
6) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
Membantu murid dalam penguasaan kemahiran dengan berkesan melalui kepelbagaian
aktiviti p&p selain penggunaan papan tulis dan bercakap atau chalk and talk.
1.2 Kaedah Simulasi
Mengajar dengan teknik simulasi dapat memberi suatu suasana baru dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran juga akan lebih berkesan dengan teknik
simulasi. Penggunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif
pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini
juga dapat memberikan idea yang kreatif dan kritis di samping dapat membaiki kesihatan
mental para pelajar.
Teknik simulasi yang dijalankan bertujuan untuk memberi latihan kepada murid atau
pelajar dalam menyelesaikan masalah terutamanya apabila berhadapan dengan situasi
sebenar. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah
simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan
dalam keadaan yang terkawal serta teratur dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah
yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit seperti masalah disiplin atau
peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling seperti di jalan raya, kedai, pasar, sekolah
dan sebagainya.
6
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
1.3 Jenis – jenis simulasi.
Rajah 1: Dua jenis kaedah simulasi.
Kaedah simulasi ini terbahagi kepada dua. Kedua jenis kaedah ini biasa digunakan dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis kaedah simulasi itu ialah:
a) Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik. Ianya berdasarkan
sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik. Ianya juga
mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Sosiodrama juga merupakan aktiviti
lakonan berdasarkan cerita yang lengkap. Kebiasaannya skrip lakonan akan
disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan dapat dibuat persediaan
oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang diberikan oleh
guru.
b) Main peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan
sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Ianya adalah merupakan
lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu.
Biasanya, di dalam aktiviti main peranan, pelajar membayangkan situasi yang timbul
7
Kaedah
simulasi
Main
peranan
Sosiodram
a
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
dan kemudian mereka melakonkansituasi yang di bayangkan tadi dengan secara
spontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan
olehguru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini, pada kebiasaannya
keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat
dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas,
baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut.
Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara
spontan, masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja.
1.4 Prinsip – prinsip simulasi.
Antara prinsip simulasi yang diamalkan adalah :
1. Guru merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau
lisan di dalam kelas atau bilik darjah.
2. Sebelum bermula aktiviti ini, penerangan ringkas haruslah diberikan oleh guru tentang
masalah, peranan watak- watak dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk mereka.
3. Pilih pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Kesilapan
memilih pelajar akan membuatkan sesi lakonan tidak lancar.
4. Bagi sosiodrama, skrip telah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada para
pelakon yang telah dipilih.
5. Jika perlu, sediakan topeng atau alatan yang diperlukan untuk pelakon.
6. Semasa simulasi, pastikan penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap
aktiviti lakonan itu.
7. Selepas simulasi, guru haruslah meminta pelajar memberikan pandangan tentang cara
penyelesaian masalah terhadap situasi yang ditimbulkan melalui lakonan itu.
8. Satu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir
waktu pelajaran.
8
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
1.5 Langkah pelaksanaan teknik simulasi.
Rajah 2: Langkah-langkah pelaksanaan teknik simulasi di bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik simulasi memerlukan guru mengatur
dan merancang agar aktiviti yang hendak dijalankan berjalan dengan lancar. Simulasi
boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran
seperti berikut:
1. Mewujudkan satu situasi masalah.
Berdasarkan tajuk pelajaran yang hendak diajar, guru perlu mewujudkan satu situasi
bermasalah yang berkaitan dengannya.
2. Menerangkan secara ringkas.
Guru perlu menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah itu, peranan watak-
9
Langkah
perlaksanaan
simulasi.
3. Guru pilih murid
sebagai pelakon.
5. Guru berbincang
tentang
penyelesaian
masalah.
2. Guru terangkan
secara ringkas
tentang masalah.
1. Guru wujudkan
satu masalah
6. Guru bimbing
buat rumusan.
4. Murid sebagai
pelakon
memainkan watak.
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
watak serta tempoh lakonan.
3. Memilih murid-murid menjadi pelakon.
Murid juga boleh secara suka rela menawarkan diri untuk berlakon. Seharusnya guru
melihat tahap dan kebolehan murid sebelum dipilih berlakon agar aktiviti tersebut
berjalan lancar.
4. Memainkan peranan.
Murid yang dipilih sebagai pelakon memainkan peranan dalam sesi simulasi.
5. Perbincangan.
Guru dan murid berbincang tentang penyelesaiaan masalah. Selepas simulasi
dijalankan, guru menggalakkan murid memberikan pendapat dan idea untuk diulaskan.
6. Buat rumusan.
Guru membimbing murid membuat rumusan hasil daripada simulasi berkaitan masalah
yang diwujudkan.
10
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
2.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan pelajaran harian adalah satu panduan bagi guru untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran pada setiap waktu pembelajaran berdasarkan perancangan dan persediaan
yang telah dibuat. Tujuan pembinaan rancangan mengajar adalah untuk memudahkan
pengajaran guru agar apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Dalam setiap rancangan pengajaran yang dibuat, guru perlulah mengenal pasti murid dan
kemahiran serta aktiviti dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap murid di setiap kelas.
Penggunaan strategi yang baik juga tidak akan berjaya sekiranya tidak dibantu dengan
penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai.
2.1 Rancangan pelajaran harian bahasa Melayu.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 24 Februari 2012
Hari : Khamis
Masa : 9.35 – 10.35 pagi
Tahun : 6 Mawar
Bil. Murid : 42 orang.
Tema : Pertanian Penjana Kesejahteraan
Tajuk : Penternakan.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
NAMA GURU: SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik
dan jelas.
Aras 3 (i) mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang
sesuai.
8.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan struktur ayat yang betul
Fokus Sampingan :
4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 1 (i) Mengamati idea dalam perbincangan untuk memberikan pendapat.
(ii) Mengemukakan idea yang dikemukakan dengan jelas.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Melakonkan semula watak dengan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas berdasarkan skrip cerita yang diberi.
2. Mengenal pasti kata kerja dalam teks petikan.
3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja yang diberi.
Aktiviti :
1. Bersoal jawab dengan murid tentang bunyi-bunyi yang didengar melalui audio.
2. Membaca teks petikan
3. Melakonkan semua watak mengikut skrip yang diberi oleh guru.
4. Menyatakan nilai yang ada dalam petikan.
5. Mencari kata kerja dan membina ayat tunggal dan majmuk.
Kemahiran Bernilai Tambah :
1. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengenalpasti
2. Teknologi Maklumat & Komunikasi
Kemahiran Bahasa : Membaca, bertutur, mendengar dan menulis.
Sistem bahasa : kata kerja, kata nama khas.
Penyerapan ilmu : Pend. Moral, Sains, muzik.
Nilai murni : hemah tinggi, , , kasih sayang, kerajinan, hormat-
12
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
menghormati, berdikari, baik hati, kejujuran, semangat
bermasyarakat, keberanian, kebersihan fizikal dan mental,
kesederhanaan, kerjasama, kesyukuran dan rasional.
ABM / BBM : - topeng muka -skrip cerita
- bekas makan ayam
- jala
- replica sabit
Masa /
langkah
Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Set induksi
9.35-9.40
( 5 minit )
Audio bunyi-bunyi
binatang.
1. emmbekkkkk
2. mooo…mooo…
3. kok..kok..kok
Soal jawab:
Bunyi apakah itu?
1. Murid diperdengarkan audio
bunyi dari laptop.
2. Guru bersoal jawab tentang
bunyi yang diperdengarkan tadi.
3. Guru mengaitkan aktiviti
dengan tajuk pelajaran iaitu
‘Penternakan’
- ABM/BBM
1) laptop/speaker
- kemahiran
1) lisan
2) bertutur
3) mendengar
- nilai murni
1) sabar
2) prihatin
KBT: Teknologi
maklumat
Penyerapan ilmu:
sains
Langkah 1
9.40-9.50
( 10minit )
Petikan Cerita:
‘Penternakan’
1.Guru memilih beberapa orang
murid membaca petikan teks
‘Penternakan’dengan nada dan
intonasi yang betul serta jelas.
2. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang kefahamannya
tentang petikan.
3. Guru menjelaskan tentang
petikan tersebut.
Nilai: berani
Penggabungjalinan :
Ilmu : sains dan
pendidikan moral.
Abm/bbm:
Teks petikan
Kemahiran: membaca
Langkah 2
9.50-10.05
(15 minit)
Simulasi lakonan
Mengikut watak
yang diberi:
1. Guru memilih beberapa orang
murid sebagai pelakon.
2. Guru memberikan skrip pendek
KBT: interpersonal,
Nilai: sopan,
13
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
1) Pak Mail:
penternak
ayam
2) En Ali :
Penternak
kambing
3) Pak Samad:
Penternak
ikan
4) Pak Dol:
Penternak
lembu
kepada pelakon untuk diingati
selama 4 minit.
3. Guru memberikan bahan dan
alat bagi menunjukkan mereka
sebagai petani dan penternak.
3. Pelakon berlakon berdasarkan
situasi yang telah diperjelaskan
oleh guru berdasarkan skrip yang
diberi.
menghormati,
kerjasama.
Abm/bbm:
-skrip
- jala
-sabit
-topi
Kemahiran: bertutur
Langkah 3
10.05-10.15
(10minit)
1) Soal jawab
2)Rumusan aktiviti
simulasi.
1. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang kefahaman mereka
berkaitan lakonan simulasi yang
dilakukan oleh rakan-rakan dan
nilai yang terdapat dalam lakonan
tersebut.
2. Guru membuat rumusan dan
perkaitan aktiviti simulasi dengan
tajuk pelajaran.
Nilai: berani, rajin,
usaha, tolong-
menolong.
KBT: interpersonal,
kinestetik, visual
Langkah 4
10.15-10.25
(10 minit)
Sistem bahasa:
Kata kerja.
Contoh:
-memberikan
-membantu
1. Guru meminta murid mencari
dan menyenaraikan kata kerja
yang terdapat dalam teks petikan
bertajuk ‘Penternakan’.
2. Guru kemudian menyenaraikan
perkataan yang diperolehi dan
diperlihatkan dalam slaid power
point.
3. Guru meminta murid menyebut
perkataan tersebut.
4. Guru membimbing murid
membuat ayat tunggal dan ayat
majmuk berdasarkan kata kerja.
5. Murid menulis ayat tersebut di
dalam buku latihan.
Nilai: rajin,
bekerjasama, tolong-
menolong.
KBT: teknologi
maklumat
komunikasi, menjana
idea, mengenal pasti
Penutup
10.25-1030
(5 minit)
1. Rumusan teks.
2.Nyanyian lagu
saya ayam, saya
1. Murid merumuskan tajuk
pelajaran berdasarkan ayat sendiri.
KBT: menjana idea.
Penyerapan ilmu:
14
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
itik, saya kambing
berdasarkan
pengalaman lepas
2. Murid diminta menyanyikan
lagu saya (ayam, itik) berdasarkan
pengalaman lepas.
muzik.
3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK SIMULASI.
Setiap aktiviti yang dirancang dan dipilih sebagai satu kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran pasti mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Begitu juga dengan
penggunaan teknik simulasi ini. Kelebihan penggunaan teknik simulasi dapat dilihat
dalam rajah berikut:
Rajah 3: Kelebihan teknik simulasi.
Kelebihan teknik simulasi dalam bilik darjah dapat memberi peluang kepada murid
memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang guru telah
wujudkan. Di sini dapat dilihat potensi murid dalam meramal dan menaakul tentang
sesuatu situasi masalah samaada dapat diselesaikan atau tidak. Di samping itu, murid
KELEBIHAN
TEKNIK
SIMULASI
Kemahiran
pertuturan murid
dipertingkat
Murid
diberi
peluang
berfikir
Pembelaj
aran
seronok
dan
berkesan
Murid dapat
berlatih
berlakondengan
betul
Murid
menghay
ati nilai
moral
Mengasa
h bakat
murid
15
Menggalakkan
interaksi murid
Murid dilatih
menghadapi situasi
sebenar
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka disamping penggabungjalinan
kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan dan menulis.
Pengajaran guru yang menyeronokkan dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap
penerimaan ilmu oleh murid. Oleh sebab itu, aktiviti simulasi yang dijalankan dapat
menarik dan mendorong minat murid untuk meneruskan pelajaran. Secara tidak langsung
pengajaran guru akan lebih berkesan dan objektif pengajaran dapat dicapai. Melalui
aktiviti simulasi juga, guru dapat melihat akan kebolehan dan kecenderungan murid.
Secara tidak langsung bakat murid dapat diasah dengan melatihnya berlakon dengan gaya
dan bahasa yang betul.
Aktiviti simulasi yang dijalankan kebiasaannya berkaitan dengan rutin dan situasi yang
berlaku sehari-hari sama ada disedari atau tidak bersesuaian dengan tempat kejadian.
Antara situasinya seperti membeli sayur dan ikan di pasar, situasi pesakit mendapatkan
rawatan di klinik dan sebagainya. Oleh sebab itu, murid-murid secara tidak langsung
dilatih menghadapi keadaan dan situasi yang sebenar.
Kelebihan teknik ini juga memberikan ruang kepada murid bergaul dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan. Ianya dapat menjalinkan satu hubungan sosial serta mendidik cara
pergaulan yang sopan dengan menerapkan amalan nilai-nilai yang baik atau nilai murni.
Murid juga dapat membina keyakinan diri terutamanya sewaktu berhadapan dengan
penonton. Secara tidak langsung dapat mengikis sikap negatif dan membentuk sikap
positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat
ditunjukkan dalam bilik darjah.
16
KELEMAHAN
TEKNIK
SIMULASI
Tumpuan penonton
kurang disebabkan
persembahan hambar.
Memakan masa disebabkan
pembawa watak tidak
menguasai skrip
Pengalaman berlakon
tidak dirasai semua
murid
Penilaian prestasi
pelakon sukar
dirumuskan
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
Rajah 4: Kelemahan teknik simulasi
Di samping kelebihan, terdapat juga kelemahan teknik simulasi ini antaranya murid-
murid yang tidak pernah berlakon akan timbul perasaan gelisah disebabkan tidak pernah
ada pengalaman berlakon. Ini dapat dilihat dalam teori konstruktivisme yang dipelopori
oleh Jean Piaget iaitu murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman
masing-masing. Lebih-lebih lagi sekiranya murid tersebut dipaksa berlakon oleh guru.
Murid seolah-olah terpaksa melakukannya walaupun tanpa rela. Berbeza dengan murid
yang secara suka rela menawarkan diri untuk berlakon. Mereka dapat menjiwai watak
dan dapat mempersembahkan lakonan dengan begitu baik sekali.
Prestasi pelakon yang kurang baik dan tidak menarik akan menimbulkan perasaan bosan
di kalangan penonton yang mungkin akan berbuat bising atau mengejek kesilapan rakan
yang sedang berlakon. Ini membuatkan aktiviti simulasi tidak berjaya dijalankan. Oleh
sebab itu kerana kesilapan memilih pelakon ini juga akan membuatkan perjalanan
lakonan menjadi panjang dan membuang masa disebabkan kesalahan dalam melakonkan
watak kerana perlu diulang berkali-kali.
Aktiviti simulasi yang melibatkan sesuatu masalah, hanya melibatkan segelintir sahaja
murid yang terlibat dalam aktiviti simulasi itu.. Jadi hanya murid yang terlibat sahaja
yang mendapat pengalaman secara langsung dan memperolehi faedah daripada lakonan
itu. Murid yang selebihnya tidak berpeluang memperolehi pengalaman tersebut. Apabila
telah selesai aktiviti simulasi dijalankan, bukanlah mudah bagi guru menilai prestasi
pelakon serta membuat rumusan.
4.0 RUMUSAN
17
Murid gelisah
kerana ada yang
berlakon tanpa
rela
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
Bermacam-macam kaedah, teknik dan pendekatan yang ada di dalam pengajaran itu
tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk murid dan semua mata pelajaran yang ada. Setiap
kaedah yang dipilih oleh guru perlulah melihat kepada situasi dan latar belakang murid,
serta kemampuan dan penguasan kemahiran murid. Kaedah simulasi ini adalah salah satu
kaedah yang boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar
untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.
Rujukan
Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadrisal-`ammah.Riyadh:
Dar Al-Huda.
Atan Long (1981). Kaedah am mengajar . Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Ang Huat Bin.(2001). Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif.Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur:Karya Bistari.
DrAliMahmood,En.MashudiBahari,En.LokmanAbdWahid,MunsyiZainalAbidinKasim,Januari
2007, PengenalanPendidikanBahasaMelayu,OpenUniversitiMalaysia(OUM).
Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan.
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur:
Pustaka Antara,.
JuriahLong,(2010), KaedahPengajarandanPembelajaranBahasaMelayu.PenerbitUniversiti
KebangsaanMalaysia.
Mahfuzdh Shalahuddin (1987).Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:Bina Ilmu.
Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah.
Kumpulan BudimanSdn.Bhd.KualaLumpur.
Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES
Resources Sdn.Bhd.KualaLumpur.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
18
HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM BAHASA MELAYU
SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
NO.K/P:820824-10-5352
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah
& strategi.Kajang: Masa Enterprise.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan:pedagogi. KualaLumpur:
.
JURNAL:
Heinemann, ctk. 4.Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran
Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti
Putra Malaysia:Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya.
CAPAIANATASTALIAN:
Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. DiterimaDaripada
http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah .Pada 11/01/2010
http://www.scribd.com/doc/63417173/kaedahpengajaran dicapai pada 13 November 2012
jam 11.15 p.m.
http://www.scribd.com/doc/36876504/kaedah-simulasi dicapai pada 13 november 2012
jam 1105 p.m.
http://www.scribd.com/doc/53839283/5 dicapai pada 13 November 2012 jam 11.20 p.m.
http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psy-
ab&q=scribd+pelopor+teori+konstruktivisme&oq=scribd+pelopor+teori+konstruktivism
e&gs_l=serp.3..33i21.12110.20594.0.20813.29.27.0.0.0.1.922.10312.0j2j3j8j3j3j4.23.0.l
es
%3B..0.0...1c.1.Hcuax3BBL0E&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&fp=c7d46716586
42e17&bpcl=38625945&biw=1024&bih=564 dicapai pada 17 November 2012 jam 12.55
a.m.
19

Kerja kursus teknik simulasi

  • 1.
    FAKULTI PENDIDIKAN DANBAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 HBML 4303 KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 820824105352002. NO. KAD PENGENALAN: 820824-10-5352. NO. TELEFON : 019-2397657 / 012-2420586. E-MEL : zies8275@yahoo.com. PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY (CAWANGAN SHAH ALAM)
  • 2.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 Isi Kandungan muka surat Pengenalan 3 1.0 Konsep simulasi 4 1.1 Tujuan simulasi 5 1.2 Kaedah simulasi 6 1.3 Jenis-jenis simulasi 7 1.4 Prinsip-prinsip simulasi 8 1.5 Langkah pelaksaaan teknik simulasi 9 2.0 Rancangan Pengajaran Harian 11 2.1 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 11 3.0 Kelebihan dan kelemahan teknik simulasi 15 4.0 Rumusan 17 Rujukan 18 2
  • 3.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengatahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi mencapai matlamat itu, pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah diamalkan agar pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh murid. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dlam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa sahaja cara dan tindakan serta aktiviti yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran. Keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran termasuklah pendekatan berpusatkan murid dan kepelbagaian teknik dalam pengajaran. Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusatkan kepada murid adalah mengadakan teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. 3
  • 4.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Dalam proses pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada pembelajaran berpusatkan murid mengambil masa. 1.0 KONSEP SIMULASI Antara teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas adalah teknik simulasi. Simulasi merupakan teknik yang dapat memberi sumbangan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancang oleh guru. Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Dalam kaedah pengajaran, simulasi juga bermaksud cara persediaan pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip atau keterampilan tertentu. Menurut Dr Ali Mahmood dalam bukunya Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, simulasi adalah teknik melakonkan sesuatu situasi berdasarkan peranan yang ditentukan bagi menggambarkan peristiwa dalam sesebuah karya yang dipilih. Jelasnya, simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan dari alam nyata ke dalam bilik darjah. Sementara Faridah Nazir dipetik daripada (Juriah Long, et al.1992:29) simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing- 4
  • 5.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Melalui teknik ini juga, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dengan penggunaan teknik ini, guru dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran 1.1 Tujuan Simulasi Kaedah simulasi dipilih sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai tujuan tertentu. Antaranya : 1) Menguasai sesuatu kemahiran atau kemahiran-kemahiran tertentu. Simulasi dapat melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Antara kemahiran yang boleh dikuasai termasuklah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran lisan. 2) Membina pemikiran secara analitis dan kritis. Semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan. Secara tidak langsung, murid dapat menyusun kronologi urutan tentang sesuatu peristiwa yang sedang dilakonkan bersesuaian dengan jalan cerita. 3) Membina sikap yang lebih positif. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial akan dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang tidak elok atau negatif akan dapat diubah manakala sikap yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk dikalangan para pelajar. 4) Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif. 5
  • 6.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran yang menerapkan nilai murni, murid- murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain. 5) Membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah. Misalnya untuk menjelaskan konsep jual beli, murid-murid boleh melakonkan watak sebagai penjual dan pembeli di sebuah pasar. 6) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Membantu murid dalam penguasaan kemahiran dengan berkesan melalui kepelbagaian aktiviti p&p selain penggunaan papan tulis dan bercakap atau chalk and talk. 1.2 Kaedah Simulasi Mengajar dengan teknik simulasi dapat memberi suatu suasana baru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran juga akan lebih berkesan dengan teknik simulasi. Penggunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga dapat memberikan idea yang kreatif dan kritis di samping dapat membaiki kesihatan mental para pelajar. Teknik simulasi yang dijalankan bertujuan untuk memberi latihan kepada murid atau pelajar dalam menyelesaikan masalah terutamanya apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang terkawal serta teratur dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit seperti masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling seperti di jalan raya, kedai, pasar, sekolah dan sebagainya. 6
  • 7.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 1.3 Jenis – jenis simulasi. Rajah 1: Dua jenis kaedah simulasi. Kaedah simulasi ini terbahagi kepada dua. Kedua jenis kaedah ini biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis kaedah simulasi itu ialah: a) Sosiodrama. Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik. Ianya berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik. Ianya juga mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Sosiodrama juga merupakan aktiviti lakonan berdasarkan cerita yang lengkap. Kebiasaannya skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami, dibaca dan dapat dibuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang diberikan oleh guru. b) Main peranan. Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip. Ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu. Biasanya, di dalam aktiviti main peranan, pelajar membayangkan situasi yang timbul 7 Kaedah simulasi Main peranan Sosiodram a
  • 8.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 dan kemudian mereka melakonkansituasi yang di bayangkan tadi dengan secara spontan. Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan olehguru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini, pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas, baharulah guru memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan, masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. 1.4 Prinsip – prinsip simulasi. Antara prinsip simulasi yang diamalkan adalah : 1. Guru merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas atau bilik darjah. 2. Sebelum bermula aktiviti ini, penerangan ringkas haruslah diberikan oleh guru tentang masalah, peranan watak- watak dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk mereka. 3. Pilih pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Kesilapan memilih pelajar akan membuatkan sesi lakonan tidak lancar. 4. Bagi sosiodrama, skrip telah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada para pelakon yang telah dipilih. 5. Jika perlu, sediakan topeng atau alatan yang diperlukan untuk pelakon. 6. Semasa simulasi, pastikan penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu. 7. Selepas simulasi, guru haruslah meminta pelajar memberikan pandangan tentang cara penyelesaian masalah terhadap situasi yang ditimbulkan melalui lakonan itu. 8. Satu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran. 8
  • 9.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 1.5 Langkah pelaksanaan teknik simulasi. Rajah 2: Langkah-langkah pelaksanaan teknik simulasi di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik simulasi memerlukan guru mengatur dan merancang agar aktiviti yang hendak dijalankan berjalan dengan lancar. Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut: 1. Mewujudkan satu situasi masalah. Berdasarkan tajuk pelajaran yang hendak diajar, guru perlu mewujudkan satu situasi bermasalah yang berkaitan dengannya. 2. Menerangkan secara ringkas. Guru perlu menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah itu, peranan watak- 9 Langkah perlaksanaan simulasi. 3. Guru pilih murid sebagai pelakon. 5. Guru berbincang tentang penyelesaian masalah. 2. Guru terangkan secara ringkas tentang masalah. 1. Guru wujudkan satu masalah 6. Guru bimbing buat rumusan. 4. Murid sebagai pelakon memainkan watak.
  • 10.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 watak serta tempoh lakonan. 3. Memilih murid-murid menjadi pelakon. Murid juga boleh secara suka rela menawarkan diri untuk berlakon. Seharusnya guru melihat tahap dan kebolehan murid sebelum dipilih berlakon agar aktiviti tersebut berjalan lancar. 4. Memainkan peranan. Murid yang dipilih sebagai pelakon memainkan peranan dalam sesi simulasi. 5. Perbincangan. Guru dan murid berbincang tentang penyelesaiaan masalah. Selepas simulasi dijalankan, guru menggalakkan murid memberikan pendapat dan idea untuk diulaskan. 6. Buat rumusan. Guru membimbing murid membuat rumusan hasil daripada simulasi berkaitan masalah yang diwujudkan. 10
  • 11.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 2.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan pelajaran harian adalah satu panduan bagi guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pada setiap waktu pembelajaran berdasarkan perancangan dan persediaan yang telah dibuat. Tujuan pembinaan rancangan mengajar adalah untuk memudahkan pengajaran guru agar apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Dalam setiap rancangan pengajaran yang dibuat, guru perlulah mengenal pasti murid dan kemahiran serta aktiviti dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap murid di setiap kelas. Penggunaan strategi yang baik juga tidak akan berjaya sekiranya tidak dibantu dengan penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai. 2.1 Rancangan pelajaran harian bahasa Melayu. Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 24 Februari 2012 Hari : Khamis Masa : 9.35 – 10.35 pagi Tahun : 6 Mawar Bil. Murid : 42 orang. Tema : Pertanian Penjana Kesejahteraan Tajuk : Penternakan. Hasil Pembelajaran : Fokus Utama: 11 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU NAMA GURU: SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK
  • 12.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 (i) mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi, dan penghayatan yang sesuai. 8.1 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan struktur ayat yang betul Fokus Sampingan : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun. Aras 1 (i) Mengamati idea dalam perbincangan untuk memberikan pendapat. (ii) Mengemukakan idea yang dikemukakan dengan jelas. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Melakonkan semula watak dengan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas berdasarkan skrip cerita yang diberi. 2. Mengenal pasti kata kerja dalam teks petikan. 3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja yang diberi. Aktiviti : 1. Bersoal jawab dengan murid tentang bunyi-bunyi yang didengar melalui audio. 2. Membaca teks petikan 3. Melakonkan semua watak mengikut skrip yang diberi oleh guru. 4. Menyatakan nilai yang ada dalam petikan. 5. Mencari kata kerja dan membina ayat tunggal dan majmuk. Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengenalpasti 2. Teknologi Maklumat & Komunikasi Kemahiran Bahasa : Membaca, bertutur, mendengar dan menulis. Sistem bahasa : kata kerja, kata nama khas. Penyerapan ilmu : Pend. Moral, Sains, muzik. Nilai murni : hemah tinggi, , , kasih sayang, kerajinan, hormat- 12
  • 13.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 menghormati, berdikari, baik hati, kejujuran, semangat bermasyarakat, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesederhanaan, kerjasama, kesyukuran dan rasional. ABM / BBM : - topeng muka -skrip cerita - bekas makan ayam - jala - replica sabit Masa / langkah Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Set induksi 9.35-9.40 ( 5 minit ) Audio bunyi-bunyi binatang. 1. emmbekkkkk 2. mooo…mooo… 3. kok..kok..kok Soal jawab: Bunyi apakah itu? 1. Murid diperdengarkan audio bunyi dari laptop. 2. Guru bersoal jawab tentang bunyi yang diperdengarkan tadi. 3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran iaitu ‘Penternakan’ - ABM/BBM 1) laptop/speaker - kemahiran 1) lisan 2) bertutur 3) mendengar - nilai murni 1) sabar 2) prihatin KBT: Teknologi maklumat Penyerapan ilmu: sains Langkah 1 9.40-9.50 ( 10minit ) Petikan Cerita: ‘Penternakan’ 1.Guru memilih beberapa orang murid membaca petikan teks ‘Penternakan’dengan nada dan intonasi yang betul serta jelas. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kefahamannya tentang petikan. 3. Guru menjelaskan tentang petikan tersebut. Nilai: berani Penggabungjalinan : Ilmu : sains dan pendidikan moral. Abm/bbm: Teks petikan Kemahiran: membaca Langkah 2 9.50-10.05 (15 minit) Simulasi lakonan Mengikut watak yang diberi: 1. Guru memilih beberapa orang murid sebagai pelakon. 2. Guru memberikan skrip pendek KBT: interpersonal, Nilai: sopan, 13
  • 14.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 1) Pak Mail: penternak ayam 2) En Ali : Penternak kambing 3) Pak Samad: Penternak ikan 4) Pak Dol: Penternak lembu kepada pelakon untuk diingati selama 4 minit. 3. Guru memberikan bahan dan alat bagi menunjukkan mereka sebagai petani dan penternak. 3. Pelakon berlakon berdasarkan situasi yang telah diperjelaskan oleh guru berdasarkan skrip yang diberi. menghormati, kerjasama. Abm/bbm: -skrip - jala -sabit -topi Kemahiran: bertutur Langkah 3 10.05-10.15 (10minit) 1) Soal jawab 2)Rumusan aktiviti simulasi. 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kefahaman mereka berkaitan lakonan simulasi yang dilakukan oleh rakan-rakan dan nilai yang terdapat dalam lakonan tersebut. 2. Guru membuat rumusan dan perkaitan aktiviti simulasi dengan tajuk pelajaran. Nilai: berani, rajin, usaha, tolong- menolong. KBT: interpersonal, kinestetik, visual Langkah 4 10.15-10.25 (10 minit) Sistem bahasa: Kata kerja. Contoh: -memberikan -membantu 1. Guru meminta murid mencari dan menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks petikan bertajuk ‘Penternakan’. 2. Guru kemudian menyenaraikan perkataan yang diperolehi dan diperlihatkan dalam slaid power point. 3. Guru meminta murid menyebut perkataan tersebut. 4. Guru membimbing murid membuat ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja. 5. Murid menulis ayat tersebut di dalam buku latihan. Nilai: rajin, bekerjasama, tolong- menolong. KBT: teknologi maklumat komunikasi, menjana idea, mengenal pasti Penutup 10.25-1030 (5 minit) 1. Rumusan teks. 2.Nyanyian lagu saya ayam, saya 1. Murid merumuskan tajuk pelajaran berdasarkan ayat sendiri. KBT: menjana idea. Penyerapan ilmu: 14
  • 15.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 itik, saya kambing berdasarkan pengalaman lepas 2. Murid diminta menyanyikan lagu saya (ayam, itik) berdasarkan pengalaman lepas. muzik. 3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK SIMULASI. Setiap aktiviti yang dirancang dan dipilih sebagai satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran pasti mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Begitu juga dengan penggunaan teknik simulasi ini. Kelebihan penggunaan teknik simulasi dapat dilihat dalam rajah berikut: Rajah 3: Kelebihan teknik simulasi. Kelebihan teknik simulasi dalam bilik darjah dapat memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang guru telah wujudkan. Di sini dapat dilihat potensi murid dalam meramal dan menaakul tentang sesuatu situasi masalah samaada dapat diselesaikan atau tidak. Di samping itu, murid KELEBIHAN TEKNIK SIMULASI Kemahiran pertuturan murid dipertingkat Murid diberi peluang berfikir Pembelaj aran seronok dan berkesan Murid dapat berlatih berlakondengan betul Murid menghay ati nilai moral Mengasa h bakat murid 15 Menggalakkan interaksi murid Murid dilatih menghadapi situasi sebenar
  • 16.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka disamping penggabungjalinan kemahiran-kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan dan menulis. Pengajaran guru yang menyeronokkan dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap penerimaan ilmu oleh murid. Oleh sebab itu, aktiviti simulasi yang dijalankan dapat menarik dan mendorong minat murid untuk meneruskan pelajaran. Secara tidak langsung pengajaran guru akan lebih berkesan dan objektif pengajaran dapat dicapai. Melalui aktiviti simulasi juga, guru dapat melihat akan kebolehan dan kecenderungan murid. Secara tidak langsung bakat murid dapat diasah dengan melatihnya berlakon dengan gaya dan bahasa yang betul. Aktiviti simulasi yang dijalankan kebiasaannya berkaitan dengan rutin dan situasi yang berlaku sehari-hari sama ada disedari atau tidak bersesuaian dengan tempat kejadian. Antara situasinya seperti membeli sayur dan ikan di pasar, situasi pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan sebagainya. Oleh sebab itu, murid-murid secara tidak langsung dilatih menghadapi keadaan dan situasi yang sebenar. Kelebihan teknik ini juga memberikan ruang kepada murid bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan. Ianya dapat menjalinkan satu hubungan sosial serta mendidik cara pergaulan yang sopan dengan menerapkan amalan nilai-nilai yang baik atau nilai murni. Murid juga dapat membina keyakinan diri terutamanya sewaktu berhadapan dengan penonton. Secara tidak langsung dapat mengikis sikap negatif dan membentuk sikap positif. Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah. 16 KELEMAHAN TEKNIK SIMULASI Tumpuan penonton kurang disebabkan persembahan hambar. Memakan masa disebabkan pembawa watak tidak menguasai skrip Pengalaman berlakon tidak dirasai semua murid Penilaian prestasi pelakon sukar dirumuskan
  • 17.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 Rajah 4: Kelemahan teknik simulasi Di samping kelebihan, terdapat juga kelemahan teknik simulasi ini antaranya murid- murid yang tidak pernah berlakon akan timbul perasaan gelisah disebabkan tidak pernah ada pengalaman berlakon. Ini dapat dilihat dalam teori konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean Piaget iaitu murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Lebih-lebih lagi sekiranya murid tersebut dipaksa berlakon oleh guru. Murid seolah-olah terpaksa melakukannya walaupun tanpa rela. Berbeza dengan murid yang secara suka rela menawarkan diri untuk berlakon. Mereka dapat menjiwai watak dan dapat mempersembahkan lakonan dengan begitu baik sekali. Prestasi pelakon yang kurang baik dan tidak menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin akan berbuat bising atau mengejek kesilapan rakan yang sedang berlakon. Ini membuatkan aktiviti simulasi tidak berjaya dijalankan. Oleh sebab itu kerana kesilapan memilih pelakon ini juga akan membuatkan perjalanan lakonan menjadi panjang dan membuang masa disebabkan kesalahan dalam melakonkan watak kerana perlu diulang berkali-kali. Aktiviti simulasi yang melibatkan sesuatu masalah, hanya melibatkan segelintir sahaja murid yang terlibat dalam aktiviti simulasi itu.. Jadi hanya murid yang terlibat sahaja yang mendapat pengalaman secara langsung dan memperolehi faedah daripada lakonan itu. Murid yang selebihnya tidak berpeluang memperolehi pengalaman tersebut. Apabila telah selesai aktiviti simulasi dijalankan, bukanlah mudah bagi guru menilai prestasi pelakon serta membuat rumusan. 4.0 RUMUSAN 17 Murid gelisah kerana ada yang berlakon tanpa rela
  • 18.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 Bermacam-macam kaedah, teknik dan pendekatan yang ada di dalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah sesuai untuk murid dan semua mata pelajaran yang ada. Setiap kaedah yang dipilih oleh guru perlulah melihat kepada situasi dan latar belakang murid, serta kemampuan dan penguasan kemahiran murid. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang boleh diguna pakai agar dapat menaikkan minat para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka. Rujukan Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadrisal-`ammah.Riyadh: Dar Al-Huda. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar . Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Ang Huat Bin.(2001). Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur:Karya Bistari. DrAliMahmood,En.MashudiBahari,En.LokmanAbdWahid,MunsyiZainalAbidinKasim,Januari 2007, PengenalanPendidikanBahasaMelayu,OpenUniversitiMalaysia(OUM). Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara,. JuriahLong,(2010), KaedahPengajarandanPembelajaranBahasaMelayu.PenerbitUniversiti KebangsaanMalaysia. Mahfuzdh Shalahuddin (1987).Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:Bina Ilmu. Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan BudimanSdn.Bhd.KualaLumpur. Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd.KualaLumpur. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. 18
  • 19.
    HBML4303KURIKULUM DAN PERKAEDAHANDALAM BAHASA MELAYU SITI ROZIAH BINTI MAT ISHAK NO.K/P:820824-10-5352 Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah & strategi.Kajang: Masa Enterprise. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan:pedagogi. KualaLumpur: . JURNAL: Heinemann, ctk. 4.Suhaida Abdul Kadir et.al, 2006. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar Dalampendidikan Perakaunan. Universiti Putra Malaysia:Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya. CAPAIANATASTALIAN: Azela Abdullah, 2009. Kepelbagaian, Gaya Pembelaran Dan Budaya. DiterimaDaripada http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah .Pada 11/01/2010 http://www.scribd.com/doc/63417173/kaedahpengajaran dicapai pada 13 November 2012 jam 11.15 p.m. http://www.scribd.com/doc/36876504/kaedah-simulasi dicapai pada 13 november 2012 jam 1105 p.m. http://www.scribd.com/doc/53839283/5 dicapai pada 13 November 2012 jam 11.20 p.m. http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psy- ab&q=scribd+pelopor+teori+konstruktivisme&oq=scribd+pelopor+teori+konstruktivism e&gs_l=serp.3..33i21.12110.20594.0.20813.29.27.0.0.0.1.922.10312.0j2j3j8j3j3j4.23.0.l es %3B..0.0...1c.1.Hcuax3BBL0E&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&fp=c7d46716586 42e17&bpcl=38625945&biw=1024&bih=564 dicapai pada 17 November 2012 jam 12.55 a.m. 19