SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1.0 Pengenalan kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah

      Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini
digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran
praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi
dan keusahawanan.

      Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan
keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan
perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu
usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka
terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai
langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran
praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan
kepada murid melalui mata pelajaran ini.

      Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan
kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan
Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid
menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi
produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti
kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik.
Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada
alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian,
menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam
sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-
unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi
peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.

      Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi
naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin
yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba,
mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi
yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang
menjalankan aktiviti jual beli.

       Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat
dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan
budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara
bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga
dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti
di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata
pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar
dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan
perniagaan.Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkaninsan
yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalamFalsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2.0 Perancangan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalahuntuk
membolehkan murid memperolehi kemahiran asas danpengetahuan berasaskan
teknologi dan keusahawanan supayamereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri,
mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya
kerja yang baik.

Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid:




   1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatansemasa membuat kerja
   2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannyadengan teknik yang betul
   3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
   4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
   5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
   6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yangmudah daripada pelbagai
      bahan kitar semula
   7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
   8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil padaalatan, mesin mudah,
      perabot dan bahagianbangunan
   9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
   10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan,memelihara ikan hiasan dan
      menanam sayuran
   11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur sertamengamalkan etika
      perniagaan
   12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan denganberkesan
   13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak danbertanggungjawab
   14. Meminati bidang perniagaan
   15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
   16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.
3.0 Reka Bentuk Kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah



   Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu
Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang
pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi
tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan
senarai unit pembelajaran adalah seperti di berikut:

   1. Reka Bentuk dan Teknologi

Bidangpembelajaraninibertujuanuntukmembolehkanmuridmerekabentukdan
menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan
minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar,
memahami fungsi serta mereka bentukprodukmengikutkesesuaiannya. Pengetahuan
tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga
diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid
juga melakukan aktiviti menyenggaradan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan
mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan
kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan
hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan.
Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan
semasa melakukan aktiviti ini.

      Keselamatan dan Organisasi Bengkel seperti peraturan keselamatan dan
organisasi bengkel. Kreativiti dan Reka Cipta seperti pengenalan kreativiti, kajian
reka bentuk dan kefungsian produk, penyelesaian masalah, penghasilan projek reka
cipta dan pendokumentasian. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek pula mereka
bentuk dan menghasilkan projekgabungan kayu dengan bahan kitar semulabukan
logam serta mereka bentuk dan menghasilkan projekberasaskan logam dan bahan
kitar semula. Elektrik dan Elektronik pula meraka akan menghasilkan projek elektrik
dan penghasilan projek elektronik. Baik Pulih dan Penyenggaraan seperti
penyenggaraan alatan tangan, penyenggaraan bahagian bangunan, penyenggaraan
dan membaiki kerosakanpada mesin mudah dan penyenggaraan dan membaiki
kerosakanpada perabot

      Jahitan pula mereka akan belajar membaiki pakaian dan penghasilan artikel.
Sementara dalam Tanaman Hiasan meraka akan belajar pengenalan, pemilihan biji
benih, penanaman dan penjagaan. Dalam Ikan Hiasan pula mereka belajar
pengenalan, penyediaan bekas dan pengurusan. Tanaman Sayuran mereka akan
belajar penyediaan tapak, penanaman dan penjagaan serta pemungutan hasil.

   2. Perniagaan dan Keusahawanan

      Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk
minatdankesedaranmuriddalamperniagaandan keusahawanan melalui aktiviti jual
beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah
merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko
dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang
bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga. Barang jualan seperti kumpulan
sasaran, jenis barang yang sesuai dijual dan sumber bekalan. Merancang dan
menyediakan jualan seperti membuat rancangan jualan dan menyediakan barang
jualan. Mempromosi Jualan seperti promosi melalui pembungkusan, promosi melalui
poster dan promosi melalui katalog. Mengurus jualan seperti melayan pelanggan,
mendapatkan pesanan dan menyusun atur barang. Merekod jualan seperti merekod
barang, merekod pendapatan dan perbelanjaan serta mengira untung atau rugi.
Mengurus perbelanjaan diri seperti merekod pendapatan dan perbelanjaan serta
merancang perbelanjaan. Risiko dalam perniagaan ialah risiko dan cara
mengurangkannya. Sikap Pengguna yang bijak contohnya mendapatkan maklumat
barang dan etika perniagaan dan hak pengguna
4.0 Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah



   1. Definisi bahan-bahan kurikulum

       Bahan-bahan kurikulum ialah sumber jika digunakan dengan betul boleh
membantu guru utk membawa perubahan kelakuan dan sikap pada setiap
pelajar.Bahan-bahan ini mestilah jgn dikelirukan dgn teknik mengajar atau
kaedah.Contoh Bahan kurikulum adalah sumber yg jelas dan nyata digunakan oleh
guru dan/atau pelajar manakala teknik mengajar selalunya adalah pendekatan kpd
mengajar yang berkesan oleh tenaga profesional yang mahir iaitu guru itu sendiri.

       Dlm proses pembelajaran dan pengajaran, pelajar akan berjaya jika guru
dapat mengajar dgn arahan yg betul dan berkemahiran dimana keberkesanan
penggunaan buku kerja bergantung bukan sahaja cara kemahiran menggunakan
bukukerja oleh guru tetapi juga terhadap kualiti buku kerja itu sendiri.




   2. Jenis-jenis bahan-bahan kurikulum

Pada umumnya blh di kelaskan kpd tiga kategori iaitu:

   a) Bahan bercetak
   b) Alat Audiovisual/pandang dengar
   c) Bahan manipulatif (bertindak cerdik)




   a) Bahan bercetak

       Bahan-bahan kurikulum yg dikelaskan sebagai bahan bercetak ialah bahan
bacaan utk pemahaman dan selalunya dicetak diatas kertas. Contohnya ialah buku
panduan, buku kerja, risalah, panduan belajar, buku rujukan, buku teks piawai,
majalah berkala, surat khabar dan modul.
b) Alat pandang dengar

       Berkaitan pandang dan dengar pada satu masa. Memerlukan pelbagai jenis
peralatan seperti projektor slaid, gelung filem, grafik, pita video, poster, computer
mikro, audiotape, piring hitam, filem, tranparensi dan filmstrips.




   c) Bahan manipulatif

Bahan pengajaran dikelaskan sebagai bahan manipulatif iaitu yg perlu dilakukan
secara fisikal. Contohnya ialah puzzles, permainan/games, model,
contoh/specimens, boneka/patung, kit pembelajaran, ujikaji/experiments,
pelatih/trainers dan simulator.




   3. Memilih bahan-bahan kurikulum

   Faktor-faktor yg perlu diambil kira sewaktu memilih bahan ialah diskripsi piawai
bahan, aras grade kebolehbacaan, berat sebelah, ketepatan, bersesuaian, lisan dan
dengar dgn fasih, kegunaan dan serba boleh, kemudahan isian dan penyimpanan
serta kos.




   4. Membangunkan bahan kurikulum

   Faktor-faktor yg perlu diambil kira dlm membangunkan bahan-bahan kurikulum
seperti keperluan waktu, keperluan pakar, penerangan teknikal, bantuan, editor,
media, penyalinan, keperluan kewangan, siapa yang akan membangunkan
bahan?Bila sepatutnya bahan-bahan dibangunkan?Di mana sepatutnya bahan-
bahan dibangunkan?.Sasaran penduduk, penyebaran,keperluan bantuan, pilihan
membangunkan kurikulum iaitu secara individu, secara berpasukan.
Peringkat-peringkat dalam membangunkan bahan-bahan kurikulum.

            1.   Menyediakan pelan tindakan pembangunan.
            2.   Menentukan kandungan kurikulum yg disiasat/dibuat.
            3.   Menentukan objektif berlaku di akhir penggal.
            4.   Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum istimewa yg
                   diperlukan.
            5.   Kajian semula kesusateraan utk menentukan bahan-bahan
                 yg diperlukan.
            6.   Kenal pasti kekurangan bahan-bahan pada kawasan isi
                 kandungan.
            7.   Tubuhkan keutamaan bagi bahan-bahan yg perlu.
            8.   Mengakhiri pelan pembangunan.
            9.   Menjalankan kajian semula kesusasteraan dgn intensif.
            10. Dapatkan bahan-bahan rujukan dan sumber yg sesuai.
            11. Sediakan draf pertama bahan-bahan.
            12. Edit draf pertama.
            13. Sediakan deraf kedua.
            14. Pilot- test deraf kedua.
            15. Sediakan deraf ketiga.
            16. Field-test deraf ketiga.
            17. Sediakan deraf terakhir.
            18. Salinkan bahan-bahan.
Perkaitan Antara
   Kurikulum
Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
Dan Pendidikan Di
    Malaysia
5.0 Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan
Di Malaysia




      Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

      Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali
yangberunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk
mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui
penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini
digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam
teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk
belajar dalam suasana bekerja.

      Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan
keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang
menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan
pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkanwarganegara yang
berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa
kini dan masa akan datang.

      Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk
melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,
berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk
kehidupan harian.

      Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan
kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan
semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan
sepenuhnya untuk membolehkan muridberdikari dan yakin diri serta mampu
menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang
kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif

dan merebut peluang yang ada secarabijak, kreatif dan inventif. Nilai murni,
sikapyang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa murid menjalankan
aktiviti amali demi meneruskan konsep kesepaduan dalam mata pelajaran.

      Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran
Hidup Bersepadu telah disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat
untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta
mengemaskinikan kandungannya.

      Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu
SekolahRendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid
menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk
menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi
dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan
bahan. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-
sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan
untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras
dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang
di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-
murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan
untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru
berasaskan kepada sains dan teknologi.


      Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan
amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat
perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau
mesin mudah ( serta boleh mereka cipta ). Penguasaan kemahiran ini dapat
membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak
bergantung kepada kemajuan teknologi.
Terdapat banyak perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah dan pendidikan di Malaysia. Antara rasional untuk memperkenalkan
Kemahiran Hidup di sekolah rendah ialah teknologi dan Industri merupakan dua
perkara utama yang banyak mendorongsesebuah negara atau masyarakat
mencapai kemajuan dan kejayaan fizikal.Meningkatnya pencapaian sesebuah
negara dalam bidang teknologi dan industri,bermakna masyarakat itu dapat
mempergunakan segala sumber alam dengan lebihcekap serta membolehkan
mereka bertindak sebagai pengeluar yang maju.Pembetukan masyarakat yang
produktif seperti itu merupakan tumpuan negara kitake arah mencapai matlamat
wawasan 2020.


      Dari sudut individu, penguasaan kemahiran bekerja menggunakan alatan
tanganseperti membuat perkakas ringan untuk keperluan harian, menggunakan
sertamenyelenggara mesin dan mereka cipta, merupakan kemahiran-kemahiran
praktisyang sangat berguna, khususnya dalam mengatasi masalah atau keadaan
terdesakdalam kehidupan seharian, yang telah menjadi semakin bergantung kepada
ciptaanciptaanberdasarkan teknologi. Kesedaran tentang betapa pentingnya
membuatinovasi, penyelenggaraan dan baik pulih mudah di kalangan masyarakat
dapatmengurangkan pembaziran.


      Sifat ingin tahu dan ingin berinteraksi dengan alam wujud sememangnya
sedia adapada seseorang murid di peringkat sekolah rendah. Pengalaman ini akan
memberikan murid-murid peluang untuk mengembangkan daya kreatif mereka
melalui proses mereka cipta.


      Antara perkaitan selain dari rasional ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah KBSR yang mempunyai kaitan dengan pendidikan di Malaysia.Matlamat
KBSR adalah untuk memastikan perkembangan keseluruhan potensi individu secara
seimbang dan bersepadu yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal
untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral
yang tinggi.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997) Prinsip-prinsip KBSR ialah
murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan
kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan
pengalaman hidup mereka. Justeru itu, semua aktiviti pembelajaran
harusdihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka mengikut peringkat-
peringkat perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal. Suasana kondusif di
sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan menggalakkan iteraksi sosial,
bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid. Aktiviti bilik darjah harus
membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan
diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan.
Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. Penekanan pada nilai
(nilai merentas kurikulum). Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dan
penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.


      Murid mesti mencapai kemahiran dlm 3 bidang asas iaitu bidang komunikasi,
bidang manusia dlm alam sekelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai
dgn keperluan, minat, bakat & kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.
Oleh itu, dlm kurikulum yg baru ini, pengalaman murid dikaitkan dgn unsur-unsur
Tuhan, persekitaran & ugama utk membentuk individu- individu yg mempunyai
perkembangan yg seimbang.Kemahiran berfikir Sains & teknologi Nilai merentasi
merentasi kurikulum kurikulum Prinsip mudah Dlm pelaksanaan KBSR, Bahasa
merentasi ubah penekanan diberikan kurikulum kpd aspek-aspek Pemulihan
Patriotisme merentasi & pengayaan kurikulum Strategi P&P Penilaian yg
berpusatkan berterusan murid.


      Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran KBSR, perubahan baru dlm KBSR telah
dilaksanakan secara terhad pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah di
Malaysia. Selepas 1988, program KBSR dikaji semula & ditukar kpd kurikulum
bersepadu sekolah rendah (KBSR) dgn satu objektif yg baru iaitu pengaplikasian
kemahiran-kemahiran asas dgn jujur &betul dlm kehidupan seharian. Amalan
Perdagangan diterapkan melalui tajuk wang, ukuran & sukatan sementara Alam &
Manusia dibahagikan kpd sains & Kajian Tempatan.


      Peranan guru yg paling penting dlm KBSR ialah sebagai seorang fasilitator
dlm proses P&P. Guru KBSR mesti memastikan yg dia dapat membuat bimbingan
pendidikan yg berkesan utk murid-muridnya serta membentuk satu persekitaran
fizikal & mental yg kondusif utk pembelajaran. Guru KBSR juga perlu
mensimulasikan aktiviti-aktiviti yg akan menyebabkan murid-murid memperolehi
kemahiran berfikir. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya utk mencari maklumat
sendiri.Guru juga mesti mengajar murid-muridnya cara- cara utk menyelesaikan
masalah-masalah yg akan membantu mereka utk menghadapi dunia sebenarnya.
Guru juga mesti membenarkan murid-murid utk memahami persekitaran mereka.


      Oleh yg demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di mana beliau
terpaksa mengajar kanak-kanak yg ramai pada nisbah 1 guru kpd 45 hingga 50
murid, mempunyai kerja-kerja pentadbiran & ko- kurikulum selain drpd tugasan
mengajar, sentiasa berada d bawah tekanan ibu bapa utk menyediakan bukti
tentang cara-cara pengajaran & penilaian yg betul.


      Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan untuk pembelajaran. Semua
rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang
diterjemah ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang
nilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Guru-guru
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka
termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasi dan melaksanakan kurikulum.
Hal ini adalah kerana kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mempunyai
banyak kaitannya dengan pendidikan di Malaysia.
Isi Kandungan


Perkara                                                         Muka Surat


                                                                      i
Biodata pelajar



                                                                     1-2
1.0 Pengenalan kepada kurikulum KHSR



                                                                     3-4
2.0 Perancangan Kurikulum KHSR


                                                                     4-5
3.0 Reka bentuk kandungan kurikulum KHSR


                                                                     5-8
4.0 Pelaksanaan kurikulum KHSR


                                                                    8-14
5.0 Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
    Dan Pendidikan Di Malaysia
                                                                    14-15
6.0 Refleksi


                                                                    15-16
7.0 Bibliografi



                                                                    16-17
8.0 Lampiran
6.0 Refleksi


      Pada 23 Ogos 2010 yang lalu, pelajar PISMP RBT 2 telah diberi satu tugasan
kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 2 pensyarah bagi mata pelajaran
Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kami diberi masa selama beberapa
minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami
telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang
pengenalan kepada KHSR, perancangan kurikulum KHSR, reka bentuk kandungan
kurikulum KHSR dan perlaksanaan kurikulum KHSR.

      Perkara pertama yang kami berlima lakukan ialah membahagikan tugasan
mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-
kerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan
masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota
pembelajaran kami, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada
waktunya.

      Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk
menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada
perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, kami
telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan
daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan kami untuk
mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu.

      Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah
musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi
penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak
kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat’. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu
walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

      Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, kami telah berjaya untuk
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama
dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat
dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih
dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar
pada masa yang akan datang.

      Untuk penutup kata daripada saya, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan
Literasi Bahasa ini terutamanya En Hussein B Yaakob iaitu Kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan seperjuangan saya iaitu Mohamad Faiz, Nurdiyana, Nuranis lyana dan
Nurhidayahne kerana membantu dalam menyiapkan tugasan berkumpulan ini.
7.0 Bibliografi




Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

       Tanjung Malim: Quantum Books.

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala

       Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan

       Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung

       Malim: UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:

       Penerbit Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:

       Penerbit Fajar Bakti.

J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group

       Limited

Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York:

       Professional Books.

More Related Content

What's hot

Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Karen Kayny
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upRadziah Mokhtar
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianNur Aqeela Alia Ahmad
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan SoalanNiena Majid
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)miera84
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodNur Farhanie
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT Rafiah Fiah
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran hariansulaiman174
 

What's hot (20)

Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Pengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaianPengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaian
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
kepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekodkepentingan rekod rekod
kepentingan rekod rekod
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

DSKP RBT TAHUN 6
DSKP RBT TAHUN 6DSKP RBT TAHUN 6
DSKP RBT TAHUN 6
 
Sp kh kbsr
Sp kh kbsrSp kh kbsr
Sp kh kbsr
 
RPT RBT TAHUN 4 2014 (KSSR)
RPT RBT TAHUN 4 2014 (KSSR)RPT RBT TAHUN 4 2014 (KSSR)
RPT RBT TAHUN 4 2014 (KSSR)
 
Modul KSSR RBT tahun 5
Modul  KSSR RBT tahun 5Modul  KSSR RBT tahun 5
Modul KSSR RBT tahun 5
 
DSKP reka bentuk dan teknologi tahun 5
DSKP reka bentuk dan teknologi tahun 5DSKP reka bentuk dan teknologi tahun 5
DSKP reka bentuk dan teknologi tahun 5
 
Dskp rbt tahun 4
Dskp rbt tahun 4Dskp rbt tahun 4
Dskp rbt tahun 4
 

Similar to Kemahiran hidup sekolah rendah (20)

Sp khsr
Sp khsrSp khsr
Sp khsr
 
Sukatan kh
Sukatan khSukatan kh
Sukatan kh
 
Sukatan kh
Sukatan khSukatan kh
Sukatan kh
 
Hsp kh y4
Hsp kh y4Hsp kh y4
Hsp kh y4
 
Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4
 
Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6
 
Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5
 
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
 
Tajuk1 pengenalan ptv - copy
Tajuk1 pengenalan ptv - copyTajuk1 pengenalan ptv - copy
Tajuk1 pengenalan ptv - copy
 
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTVNota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
 
Hsp kh y4
Hsp kh y4Hsp kh y4
Hsp kh y4
 
Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4
 
Hsp kh y5
Hsp kh y5Hsp kh y5
Hsp kh y5
 
Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5
 
Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6
 
Emk
EmkEmk
Emk
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran produk kreatif
Rencana pelaksanaan pembelajaran produk kreatifRencana pelaksanaan pembelajaran produk kreatif
Rencana pelaksanaan pembelajaran produk kreatif
 
EMK
EMKEMK
EMK
 
Sesi umum emk
Sesi umum emkSesi umum emk
Sesi umum emk
 
Emk thn2
Emk thn2Emk thn2
Emk thn2
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Kemahiran hidup sekolah rendah

  • 1. 1.0 Pengenalan kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur- unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi
  • 2. yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkaninsan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 3. 2.0 Perancangan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalahuntuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas danpengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supayamereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid: 1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatansemasa membuat kerja 2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannyadengan teknik yang betul 3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D 4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk 5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen 6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yangmudah daripada pelbagai bahan kitar semula 7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik 8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil padaalatan, mesin mudah, perabot dan bahagianbangunan 9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan 10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan,memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran 11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur sertamengamalkan etika perniagaan 12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan denganberkesan 13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak danbertanggungjawab 14. Meminati bidang perniagaan 15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif 16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.
  • 4. 3.0 Reka Bentuk Kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di berikut: 1. Reka Bentuk dan Teknologi Bidangpembelajaraninibertujuanuntukmembolehkanmuridmerekabentukdan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentukprodukmengikutkesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggaradan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini. Keselamatan dan Organisasi Bengkel seperti peraturan keselamatan dan organisasi bengkel. Kreativiti dan Reka Cipta seperti pengenalan kreativiti, kajian reka bentuk dan kefungsian produk, penyelesaian masalah, penghasilan projek reka cipta dan pendokumentasian. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek pula mereka bentuk dan menghasilkan projekgabungan kayu dengan bahan kitar semulabukan logam serta mereka bentuk dan menghasilkan projekberasaskan logam dan bahan kitar semula. Elektrik dan Elektronik pula meraka akan menghasilkan projek elektrik dan penghasilan projek elektronik. Baik Pulih dan Penyenggaraan seperti penyenggaraan alatan tangan, penyenggaraan bahagian bangunan, penyenggaraan
  • 5. dan membaiki kerosakanpada mesin mudah dan penyenggaraan dan membaiki kerosakanpada perabot Jahitan pula mereka akan belajar membaiki pakaian dan penghasilan artikel. Sementara dalam Tanaman Hiasan meraka akan belajar pengenalan, pemilihan biji benih, penanaman dan penjagaan. Dalam Ikan Hiasan pula mereka belajar pengenalan, penyediaan bekas dan pengurusan. Tanaman Sayuran mereka akan belajar penyediaan tapak, penanaman dan penjagaan serta pemungutan hasil. 2. Perniagaan dan Keusahawanan Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minatdankesedaranmuriddalamperniagaandan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga. Barang jualan seperti kumpulan sasaran, jenis barang yang sesuai dijual dan sumber bekalan. Merancang dan menyediakan jualan seperti membuat rancangan jualan dan menyediakan barang jualan. Mempromosi Jualan seperti promosi melalui pembungkusan, promosi melalui poster dan promosi melalui katalog. Mengurus jualan seperti melayan pelanggan, mendapatkan pesanan dan menyusun atur barang. Merekod jualan seperti merekod barang, merekod pendapatan dan perbelanjaan serta mengira untung atau rugi. Mengurus perbelanjaan diri seperti merekod pendapatan dan perbelanjaan serta merancang perbelanjaan. Risiko dalam perniagaan ialah risiko dan cara mengurangkannya. Sikap Pengguna yang bijak contohnya mendapatkan maklumat barang dan etika perniagaan dan hak pengguna
  • 6. 4.0 Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 1. Definisi bahan-bahan kurikulum Bahan-bahan kurikulum ialah sumber jika digunakan dengan betul boleh membantu guru utk membawa perubahan kelakuan dan sikap pada setiap pelajar.Bahan-bahan ini mestilah jgn dikelirukan dgn teknik mengajar atau kaedah.Contoh Bahan kurikulum adalah sumber yg jelas dan nyata digunakan oleh guru dan/atau pelajar manakala teknik mengajar selalunya adalah pendekatan kpd mengajar yang berkesan oleh tenaga profesional yang mahir iaitu guru itu sendiri. Dlm proses pembelajaran dan pengajaran, pelajar akan berjaya jika guru dapat mengajar dgn arahan yg betul dan berkemahiran dimana keberkesanan penggunaan buku kerja bergantung bukan sahaja cara kemahiran menggunakan bukukerja oleh guru tetapi juga terhadap kualiti buku kerja itu sendiri. 2. Jenis-jenis bahan-bahan kurikulum Pada umumnya blh di kelaskan kpd tiga kategori iaitu: a) Bahan bercetak b) Alat Audiovisual/pandang dengar c) Bahan manipulatif (bertindak cerdik) a) Bahan bercetak Bahan-bahan kurikulum yg dikelaskan sebagai bahan bercetak ialah bahan bacaan utk pemahaman dan selalunya dicetak diatas kertas. Contohnya ialah buku panduan, buku kerja, risalah, panduan belajar, buku rujukan, buku teks piawai, majalah berkala, surat khabar dan modul.
  • 7. b) Alat pandang dengar Berkaitan pandang dan dengar pada satu masa. Memerlukan pelbagai jenis peralatan seperti projektor slaid, gelung filem, grafik, pita video, poster, computer mikro, audiotape, piring hitam, filem, tranparensi dan filmstrips. c) Bahan manipulatif Bahan pengajaran dikelaskan sebagai bahan manipulatif iaitu yg perlu dilakukan secara fisikal. Contohnya ialah puzzles, permainan/games, model, contoh/specimens, boneka/patung, kit pembelajaran, ujikaji/experiments, pelatih/trainers dan simulator. 3. Memilih bahan-bahan kurikulum Faktor-faktor yg perlu diambil kira sewaktu memilih bahan ialah diskripsi piawai bahan, aras grade kebolehbacaan, berat sebelah, ketepatan, bersesuaian, lisan dan dengar dgn fasih, kegunaan dan serba boleh, kemudahan isian dan penyimpanan serta kos. 4. Membangunkan bahan kurikulum Faktor-faktor yg perlu diambil kira dlm membangunkan bahan-bahan kurikulum seperti keperluan waktu, keperluan pakar, penerangan teknikal, bantuan, editor, media, penyalinan, keperluan kewangan, siapa yang akan membangunkan bahan?Bila sepatutnya bahan-bahan dibangunkan?Di mana sepatutnya bahan- bahan dibangunkan?.Sasaran penduduk, penyebaran,keperluan bantuan, pilihan membangunkan kurikulum iaitu secara individu, secara berpasukan.
  • 8. Peringkat-peringkat dalam membangunkan bahan-bahan kurikulum. 1. Menyediakan pelan tindakan pembangunan. 2. Menentukan kandungan kurikulum yg disiasat/dibuat. 3. Menentukan objektif berlaku di akhir penggal. 4. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum istimewa yg diperlukan. 5. Kajian semula kesusateraan utk menentukan bahan-bahan yg diperlukan. 6. Kenal pasti kekurangan bahan-bahan pada kawasan isi kandungan. 7. Tubuhkan keutamaan bagi bahan-bahan yg perlu. 8. Mengakhiri pelan pembangunan. 9. Menjalankan kajian semula kesusasteraan dgn intensif. 10. Dapatkan bahan-bahan rujukan dan sumber yg sesuai. 11. Sediakan draf pertama bahan-bahan. 12. Edit draf pertama. 13. Sediakan deraf kedua. 14. Pilot- test deraf kedua. 15. Sediakan deraf ketiga. 16. Field-test deraf ketiga. 17. Sediakan deraf terakhir. 18. Salinkan bahan-bahan.
  • 9. Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan Di Malaysia
  • 10. 5.0 Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan Di Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yangberunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkanwarganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan
  • 11. semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan muridberdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secarabijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikapyang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali demi meneruskan konsep kesepaduan dalam mata pelajaran. Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran Hidup Bersepadu telah disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan kandungannya. Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah- sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid- murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi. Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah ( serta boleh mereka cipta ). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.
  • 12. Terdapat banyak perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan pendidikan di Malaysia. Antara rasional untuk memperkenalkan Kemahiran Hidup di sekolah rendah ialah teknologi dan Industri merupakan dua perkara utama yang banyak mendorongsesebuah negara atau masyarakat mencapai kemajuan dan kejayaan fizikal.Meningkatnya pencapaian sesebuah negara dalam bidang teknologi dan industri,bermakna masyarakat itu dapat mempergunakan segala sumber alam dengan lebihcekap serta membolehkan mereka bertindak sebagai pengeluar yang maju.Pembetukan masyarakat yang produktif seperti itu merupakan tumpuan negara kitake arah mencapai matlamat wawasan 2020. Dari sudut individu, penguasaan kemahiran bekerja menggunakan alatan tanganseperti membuat perkakas ringan untuk keperluan harian, menggunakan sertamenyelenggara mesin dan mereka cipta, merupakan kemahiran-kemahiran praktisyang sangat berguna, khususnya dalam mengatasi masalah atau keadaan terdesakdalam kehidupan seharian, yang telah menjadi semakin bergantung kepada ciptaanciptaanberdasarkan teknologi. Kesedaran tentang betapa pentingnya membuatinovasi, penyelenggaraan dan baik pulih mudah di kalangan masyarakat dapatmengurangkan pembaziran. Sifat ingin tahu dan ingin berinteraksi dengan alam wujud sememangnya sedia adapada seseorang murid di peringkat sekolah rendah. Pengalaman ini akan memberikan murid-murid peluang untuk mengembangkan daya kreatif mereka melalui proses mereka cipta. Antara perkaitan selain dari rasional ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR yang mempunyai kaitan dengan pendidikan di Malaysia.Matlamat KBSR adalah untuk memastikan perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997) Prinsip-prinsip KBSR ialah murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka. Justeru itu, semua aktiviti pembelajaran
  • 13. harusdihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka mengikut peringkat- peringkat perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal. Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan menggalakkan iteraksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid. Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum). Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dan penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Murid mesti mencapai kemahiran dlm 3 bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dlm alam sekelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dgn keperluan, minat, bakat & kemampuan mental serta kesediaan murid-murid. Oleh itu, dlm kurikulum yg baru ini, pengalaman murid dikaitkan dgn unsur-unsur Tuhan, persekitaran & ugama utk membentuk individu- individu yg mempunyai perkembangan yg seimbang.Kemahiran berfikir Sains & teknologi Nilai merentasi merentasi kurikulum kurikulum Prinsip mudah Dlm pelaksanaan KBSR, Bahasa merentasi ubah penekanan diberikan kurikulum kpd aspek-aspek Pemulihan Patriotisme merentasi & pengayaan kurikulum Strategi P&P Penilaian yg berpusatkan berterusan murid. Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran KBSR, perubahan baru dlm KBSR telah dilaksanakan secara terhad pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah di Malaysia. Selepas 1988, program KBSR dikaji semula & ditukar kpd kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dgn satu objektif yg baru iaitu pengaplikasian kemahiran-kemahiran asas dgn jujur &betul dlm kehidupan seharian. Amalan Perdagangan diterapkan melalui tajuk wang, ukuran & sukatan sementara Alam & Manusia dibahagikan kpd sains & Kajian Tempatan. Peranan guru yg paling penting dlm KBSR ialah sebagai seorang fasilitator dlm proses P&P. Guru KBSR mesti memastikan yg dia dapat membuat bimbingan pendidikan yg berkesan utk murid-muridnya serta membentuk satu persekitaran fizikal & mental yg kondusif utk pembelajaran. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan aktiviti-aktiviti yg akan menyebabkan murid-murid memperolehi
  • 14. kemahiran berfikir. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya utk mencari maklumat sendiri.Guru juga mesti mengajar murid-muridnya cara- cara utk menyelesaikan masalah-masalah yg akan membantu mereka utk menghadapi dunia sebenarnya. Guru juga mesti membenarkan murid-murid utk memahami persekitaran mereka. Oleh yg demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di mana beliau terpaksa mengajar kanak-kanak yg ramai pada nisbah 1 guru kpd 45 hingga 50 murid, mempunyai kerja-kerja pentadbiran & ko- kurikulum selain drpd tugasan mengajar, sentiasa berada d bawah tekanan ibu bapa utk menyediakan bukti tentang cara-cara pengajaran & penilaian yg betul. Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang nilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasi dan melaksanakan kurikulum. Hal ini adalah kerana kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mempunyai banyak kaitannya dengan pendidikan di Malaysia.
  • 15. Isi Kandungan Perkara Muka Surat i Biodata pelajar 1-2 1.0 Pengenalan kepada kurikulum KHSR 3-4 2.0 Perancangan Kurikulum KHSR 4-5 3.0 Reka bentuk kandungan kurikulum KHSR 5-8 4.0 Pelaksanaan kurikulum KHSR 8-14 5.0 Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan Di Malaysia 14-15 6.0 Refleksi 15-16 7.0 Bibliografi 16-17 8.0 Lampiran
  • 16. 6.0 Refleksi Pada 23 Ogos 2010 yang lalu, pelajar PISMP RBT 2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 2 pensyarah bagi mata pelajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang pengenalan kepada KHSR, perancangan kurikulum KHSR, reka bentuk kandungan kurikulum KHSR dan perlaksanaan kurikulum KHSR. Perkara pertama yang kami berlima lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja- kerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran kami, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya. Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, kami telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan kami untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, ’Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, kami telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih
  • 17. dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang. Untuk penutup kata daripada saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan Literasi Bahasa ini terutamanya En Hussein B Yaakob iaitu Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Mohamad Faiz, Nurdiyana, Nuranis lyana dan Nurhidayahne kerana membantu dalam menyiapkan tugasan berkumpulan ini.
  • 18. 7.0 Bibliografi Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group Limited Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional Books.