SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH
SUKATAN PELAJARAN
KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU
(SEMAKAN)
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Mei 2002
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
1
A. PENDAHULUAN
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata
pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar
pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam
kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis
dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan
teknologi dan keusahawanan.
Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi
dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan
bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan
yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui
pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap
perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran.
Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung
ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan
teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui
mata pelajaran ini.
Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada
penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan
idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti
mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk
serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan
seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan
komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya
menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin
mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian,
menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan
serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan
Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan
semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi
peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.
Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid
memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya
mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka.
Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta,
mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi
yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga
berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
2
Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid
dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid
berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti
mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik,
bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR
juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan
imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan
menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini
juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam
sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang
kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.
Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
B. MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah
untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan
pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya
mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan
cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya
kerja yang baik.
C. OBJEKTIF
Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :
1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan
semasa membuat kerja
2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya
dengan teknik yang betul
3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang
mudah daripada pelbagai bahan kitar semula
7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
3
8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada
alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian
bangunan
9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan,
memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta
mengamalkan etika perniagaan
12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan
berkesan
13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan
bertanggungjawab
14. Meminati bidang perniagaan
15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.
D. ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang
pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan
dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada
beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk
berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang
pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di
berikut:
1. Reka Bentuk dan Teknologi
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk
membolehkan murid mereka bentuk dan
menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea
yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif
dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk
asas, melakar, memahami fungsi serta mereka
bentuk produk mengikut kesesuaiannya.
Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan
komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi
memantap serta membentuk minda yang kreatif dan
inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
4
dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin
mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri.
Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman
tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan
hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan
menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di
tempat kerja dan pengurusan bengkel juga
diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.
1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel
a. Peraturan keselamatan
b. Organisasi bengkel
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta
a. Pengenalan kreativiti
b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk
c. Penyelesaian masalah
d. Penghasilan projek reka cipta
e. Pendokumentasian
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek
gabungan kayu dengan bahan kitar semula
bukan logam
b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek
berasaskan logam dan bahan kitar semula
1.4 Elektrik dan Elektronik
a. Penghasilan projek elektrik
b. Penghasilan projek elektronik
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
5
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan
a. Penyenggaraan alatan tangan
b. Penyenggaraan bahagian bangunan
c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan
pada mesin mudah
d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan
pada perabot
1.6 Jahitan
a. Membaiki pakaian
b. Penghasilan artikel
1.7 Tanaman Hiasan
a. Pengenalan
b. Pemilihan biji benih
b. Penanaman
e. Penjagaan
1.8 Ikan Hiasan
a. Pengenalan
b. Penyediaan bekas
c. Pengurusan
1.9 Tanaman Sayuran
a. Penyediaan tapak
b. Penanaman dan penjagaan
c. Pemungutan hasil
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
6
2. Perniagaan dan Keusahawanan
Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat
dan kesedaran murid dalam perniagaan dan
keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang
diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah
merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga
didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga
barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang
bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga.
2.1 Barang Jualan
a. Kumpulan sasaran
b. Jenis barang yang sesuai dijual
c. Sumber bekalan
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan
a. Membuat rancangan jualan
b. Menyediakan barang jualan
2.3 Mempromosi Jualan
a. Promosi melalui pembungkusan
b. Promosi melalui poster
c. Promosi melalui katalog
2.4 Mengurus Jualan
a. Melayan pelanggan
b. Mendapatkan pesanan
c. Menyusun atur barang
Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr
7
2.5 Merekod Jualan
a. Merekod barang
b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan
c. Mengira untung atau rugi
2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri
a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan
b. Merancang perbelanjaan
2.7 Risiko Dalam Perniagaan
a. Risiko dan cara mengurangkannya
2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak
a. Mendapatkan maklumat barang
b. Etika perniagaan dan hak pengguna

More Related Content

Similar to KHSR (20)

Sp khsr
Sp khsrSp khsr
Sp khsr
 
Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6
 
Hsp kh y4
Hsp kh y4Hsp kh y4
Hsp kh y4
 
Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4
 
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6
 
Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5
 
Tajuk1 pengenalan ptv - copy
Tajuk1 pengenalan ptv - copyTajuk1 pengenalan ptv - copy
Tajuk1 pengenalan ptv - copy
 
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTVNota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
Nota Tajuk 1 - Pengenalan PTV
 
Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6Huraian sukatan kh thun 6
Huraian sukatan kh thun 6
 
Hsp kh y4
Hsp kh y4Hsp kh y4
Hsp kh y4
 
Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4Huraian sukatan kh thun 4
Huraian sukatan kh thun 4
 
Hsp kh y5
Hsp kh y5Hsp kh y5
Hsp kh y5
 
Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5Huraian sukatan kh thun 5
Huraian sukatan kh thun 5
 
Emk
EmkEmk
Emk
 
Huraian sukatan-khb-t3
Huraian sukatan-khb-t3Huraian sukatan-khb-t3
Huraian sukatan-khb-t3
 
34462020 Ringkasan Huraian Sukatan Pelajaran K H
34462020  Ringkasan  Huraian  Sukatan  Pelajaran  K H34462020  Ringkasan  Huraian  Sukatan  Pelajaran  K H
34462020 Ringkasan Huraian Sukatan Pelajaran K H
 
Hsp kh f1
Hsp kh f1Hsp kh f1
Hsp kh f1
 
Hsp kh f1
Hsp kh f1Hsp kh f1
Hsp kh f1
 
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
 
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
 

More from siaw sing Ong

More from siaw sing Ong (10)

Rpt kh thun 6
Rpt kh thun 6Rpt kh thun 6
Rpt kh thun 6
 
Rpt kh thun 5
Rpt kh thun 5Rpt kh thun 5
Rpt kh thun 5
 
Rpt kh thun 4
Rpt kh thun 4Rpt kh thun 4
Rpt kh thun 4
 
Tututan fasilitator bc
Tututan fasilitator bcTututan fasilitator bc
Tututan fasilitator bc
 
Testimony
Testimony Testimony
Testimony
 
Tcd
TcdTcd
Tcd
 
jadual waktu tuntuan facilitator bahasa cina
jadual waktu tuntuan facilitator bahasa cinajadual waktu tuntuan facilitator bahasa cina
jadual waktu tuntuan facilitator bahasa cina
 
Ppt kalau rasa gembira
Ppt kalau rasa gembiraPpt kalau rasa gembira
Ppt kalau rasa gembira
 
Ppt hari ini
Ppt hari iniPpt hari ini
Ppt hari ini
 
Kertas aktiviti
Kertas aktivitiKertas aktiviti
Kertas aktiviti
 

Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

KHSR

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (SEMAKAN) PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUALA LUMPUR Mei 2002
  • 2. i RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 3. ii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 4. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 1 A. PENDAHULUAN Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.
  • 5. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 2 Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. B. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. C. OBJEKTIF Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid : 1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja 2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul 3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D 4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk 5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen 6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula 7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
  • 6. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 3 8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan 9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan 10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran 11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan 12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan 13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab 14. Meminati bidang perniagaan 15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif 16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. D. ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di berikut: 1. Reka Bentuk dan Teknologi Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara
  • 7. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 4 dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini. 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel a. Peraturan keselamatan b. Organisasi bengkel 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta a. Pengenalan kreativiti b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian 1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula 1.4 Elektrik dan Elektronik a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik
  • 8. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 5 1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan a. Penyenggaraan alatan tangan b. Penyenggaraan bahagian bangunan c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot 1.6 Jahitan a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel 1.7 Tanaman Hiasan a. Pengenalan b. Pemilihan biji benih b. Penanaman e. Penjagaan 1.8 Ikan Hiasan a. Pengenalan b. Penyediaan bekas c. Pengurusan 1.9 Tanaman Sayuran a. Penyediaan tapak b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil
  • 9. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 6 2. Perniagaan dan Keusahawanan Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid dalam perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga. 2.1 Barang Jualan a. Kumpulan sasaran b. Jenis barang yang sesuai dijual c. Sumber bekalan 2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan a. Membuat rancangan jualan b. Menyediakan barang jualan 2.3 Mempromosi Jualan a. Promosi melalui pembungkusan b. Promosi melalui poster c. Promosi melalui katalog 2.4 Mengurus Jualan a. Melayan pelanggan b. Mendapatkan pesanan c. Menyusun atur barang
  • 10. Sukatan pelajaran kemahiran hudup sekolah rendah khsr 7 2.5 Merekod Jualan a. Merekod barang b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan c. Mengira untung atau rugi 2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan b. Merancang perbelanjaan 2.7 Risiko Dalam Perniagaan a. Risiko dan cara mengurangkannya 2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak a. Mendapatkan maklumat barang b. Etika perniagaan dan hak pengguna