Dokumen tersebut membahas sifat dan selera jodoh anak tunggal, sulung, tengah dan bongsu menurut urutan dalam keluarga. Anak tunggal cenderung idealis dan suka merantau, anak sulung bijak tapi jarang berbicara, anak tengah senang bergaul tapi mudah tersinggung, sedangkan anak bongsu manja dan kurang tegas. Untuk jodoh, anak tunggal lebih suka yang dewasa, sulung menyukai yang cant
2. ANAK TUNGGAL
Sifat : Ciri khas anak tunggal suka menggantungkan cita-cita yang tinggi dan
sangat idealistik. Anak Tunggal memiliki kadar idealistik yang tinggi (tertinggi
diantara anak yang lain dalam soal jodoh, dan pekerjaan). Anak tunggal juga
sangat suka merantau, berekreasi atapun bekerja. Anak Tunggal memiliki
persamaan dengan anak pertama iaitu tidak suka membuat sebarang
masalah (cinta akan kerdamaian). Kecenderungan si Anak Tunggal lebih suka
kepada lawan jenis yang berwajah dan bersikap dewasa. Biasanya
mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
Selera Jodoh: Anak tunggal menurut penelitian Psikolog kurang sesuai
dengan anak tengah, akan banyak konflik terjadi karena banyak perbezaan
antara mereka. Anak tunggal kurang suka dengan pasangan yang anak
bongsu, dia lebih suka yang bersikap dewasa dan serius seperti anak
Pertama
(umumnya).
3. ANAK SULUNG
Sifat : Sifat dasar anak pertama adalah bijaksana, bersikap lebih dewasa dan memiliki paling banyak ilmu
namun jarang dikeluarkan/diucapkan. Lebih banyak berfikir. Anak Sulung berfikir lebih mendalam serta
kritis (umumnya memiliki daya analisa yang paling teliti).
Anak pertama kebiasaannyamempunyai banyak ilmu, di dalam dirinya namun tidak banyak dikeluarkan oleh
ucapan kecuali oleh teman terdekatnya saja. Sifat baik anak Sulung yang lain adalah jarang memukul atau
tidak suka mengusik karena sifatnya agak serius. Mereka sentiasa memikirkan masa hadapan keluarga, diri
sendiri.
Sifat buruk anak Sulung adalah paling tegar, paling liat, dan sangat pemilih dalam urusan jodoh daripada
anak-anak yang lain (pada umumnya), dan biasanya sangat mengharapkan sekali pasangan yang kacak atau
yang cantik, dan berduit.
Selera Jodoh :Anak Pertama orangnya lebih matang dan dewasa, biasanya suka dengan anak Bungsu, namun
tidak menutup kemungkinan suka anak di posisi yang lain. asalkan ada rasa cinta, karana pada umumnya
Anak pertama menyukai pasangan yang cantik/kacak atau yang berfikiran jauh/matang (idealistik). Mereka
lebih cerewet dalam soal jodoh kerana inginkan yang terbaik untuk keluarga. Dapat dijadikan contoh yang
baik. Sikap orang lain tak boleh lebih darinya jadi pegangan.
4. ANAK TENGAH
Sifat : Anak Tengah memiliki sifat yang lebih bebas, berani, keyakinan diri tinggi dan lebih mudah
menunjukkan ekspresi dalam perkataan dan tindakan (Mudah memberi pandangan, dan sangat
lancar dalam gerakan). Sifat baik anak Tengah adalah sangat ramah dan mudah bergaul atau
menyesuaikan diri dengan orang lain sehingga dengan mudah disukai banyak orang, disamping itu
memiliki jiwa seni lebih tinggi daripada anak yang lain (Seniman).
Sifat kurang baiknya adalah senang beremosi, senang tersinggung, suka mencari pasal, namun
mudah merasa salah, rajin menolong. Anak tengah biasanya susah mengalah Anak Tengah paling
berani diantara yang lain . Biasanya Anak Tengah paling mudah berkomunikasi atau akrab juga
dengan anak tengah tapi bergaduh juga dengan anak tengah itu sendiri. Ego mereka juga sedikit
tinggi berbanding adik beradik yang lain.
Selera Jodoh : Kalau menurut ilmu jodoh psikologi anak tengah kurang sesuai dengan anak tunggal
disebabkan karana banyaknya perbezaan dan akan ada banyak konflik. Anak tengah akhirnya akan
mencari jodoh yang akan dapat memenangkan hatinya.
5. ANAK BONGSU
Sifat : anak bungsu memiliki sifat Fun (menyenangkan) dan manja. Kerana sudah mempunyai
kakak-kakak diatasnya, jadi mereka merasa menggantungkan dengan kakaknya atau orang
tuanya. Anak Bungsu kurang sesuai untuk menjadi seorang pemimpin karana kurang tegas
(tidak semua begitu). Kebaikan anak Bongsu ini umumnya mempunyai badan paling sihat, jarang
mengalami sakit apatah lagi yang sakit yang berat-berat, dan biasanya paling awet muda
diantara anak-anak yang lain (baby face). Sifat buruk dari anak Bongsu adalah Selalu boros, dan
kurang suka menabung karana kurang suka perhitungan dalam kehidupan. Kebergantungan
kepada ibu bapa juga lebih. Mereka lebih memahami ibu bapa, kerana pernah tinggal antara
anak Bongsu, Ibu serta bapa (3 beranak) sebelum Anak bongsu itu besar dan membina keluarga
sendiri. mereka suka bercerita hal peribadi mereka kepada sesiapa, terutamanya kepada ibu
bapa.
Selera Jodoh : Dalam hal jodoh Anak Bongsu sesuai dengan semuanya karana anak bungsu
oranganya tidak terlalu memilih dan cerewet asalkan dapat mendapatkan jodoh yang baik
(menurut pendapat dan citarasa masing-masing).