1. IUS 4163
TASAWUF PERBANDINGAN
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN
SYED OMAR
DISEDIAKAN OLEH:
HILMIAH BINTI ABDUL AZIZ (035453)
PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN
DENGAN KAUNSELING
SEMESTER 7
3. DEFINISI JAMA’ DAN FARQ
JAMA’:-
Jama’ ( (جمع ditakrifkan sebagai apa yang
dihapuskan dari diri manusia.
FARQ:-
Farq ()فرق didefinisikan sebagai apa yang
dihubungkan kepada diri manusia.
4. PENGERTIAN JAMA’ DAN FARQ
MENURUT ULAMA TASAWUF
Abu Zakariya Anshari menerangkan istilah
“jama’” (perhimpunan) dengan maksud segala
kesungguhan dan cita-cita hanya ditujukan
kepada Allah. Manakala istilah “farq”
(perpisahan) diambil dari terpisahnya kekuasaan
Allah pada makhlukNya.
Oleh hal yang demikian, hakikat jama’ dan farq
adalah bermaksud keyakinan terhadap Allah.
5. Al-Qusyairi mendefinisikan ‘farq’
kepada keyakinan bahawa segala
perbuatan yang lahir pada dirinya
samada perbuatan yang terpuji ataupun
yang tercela adalah bersumberkan dari
dirinya. “Jama’” pula bermaksud
keyakinan bahawa apa saja yang
dilakukannya adalah dengan kekuatan
yang dikurniakan Allah kepadanya.
6. Abu Yahya Zakariya Anshari menerangkan
“farq” dengan maksud apa yang dilakukannya
adalah dari dirinya yang dipersembahkannya
kepada Allah. Berbeza pula dengan “jama’”
yang diperjelaskan sebagai apa yang
dilakukannya adalah merupakan kurniaan dan
kemurahan Allah ke atas dirinya.
Lantaran itu, sesiapa yang menyibukkan dirinya
dengan mengingati Allah sehinggakan dia lupa
akan perbuatan dan dirinya dinamakan “jam’ul
jama’”.
7. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-
Fatihah ayat 5:
• “hanya kepada Engkaulah kami menyembah”
merupakan isyarat bagi farq (.)فرق
• “hanya kepada engkaulah kami memohon
pertolongan” merupakan isyarat bagi jama’
( (جمع .
8. Ketika mana seseorang hamba itu
berbicara kepada Allah melalui
bahasa munajatnya (percakapan yang
intim antara hamba dengan Tuhan)
samada melalui bentuk permohonan,
doa, pujian ataupun meminta, bererti
pada saat itu ia berada dalam keadaan
perpisahan (tafriqah).
9. Meskipun begitu, apabila seseorang hamba
itu sedang terleka dan terpesona terhadap
apa yang dimunajatkannya kepada Allah,
kemudian ia mendengar melalui pintu hatinya
mengenai perkara-perkara yang dipohonnya
atau dimunajatkan kepadaNya, maka pada
ketika itu ia sedang berada dalam keadaan
jama’ ( (جمع .
10. KESIMPULAN
Sebahagian ahli sufi menyatakan bahawa
istilah jama’ dan farq merujuk kepada
perbuatan al-Haqq (Allah) yang meliputi
seluruh makhluk. Hanya Allah Yang Berkuasa
menentukan segala sifat bagi hambaNya.
Kemudian hanya Allah yang berhak
memisahkan kesemuanya dalam bentuk ragam
yang berbeza-beza.