SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
LP/UPSR 18
©2014 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
2014
2
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
2014
BAHAGIAN A
GURU BESAR - ARAHAN AM
1. Guru Besar hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 kepada
semua calon.
2. Guru Besar hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan
Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014
sebelum peperiksaan.
3. Guru Besar hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati
keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan
di sekolah pada tahun semasa.
4. Guru Besar hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis
Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu
Peperiksaan UPSR 2014 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR
19.
5. Guru Besar hendaklah memberitahu Bahagian C: Calon – Arahan, Amaran,
Larangan dan Peringatan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 kepada
calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
6. Guru Besar hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat
Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan
(Cetakan 2010).
BAHAGIAN B
KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN - ARAHAN AM
1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan
Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 dimaklumkan
kepada calon.
2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan
memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa
peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
3. Ketua Pengawas Peperiksaan mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan
waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014.
4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan dengan
muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon supaya menyemak
butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan
kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3
6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut
keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas
peperiksaan.
7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan
dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat
menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan
peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 - Pin. 1/2013 akur
dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan.
9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyediakan laporan menggunakan
Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan
di Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.
10. Ketua Pengawas hendaklah memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31
sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C:
7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.
11. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada Buku Panduan
Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010).
BAHAGIAN C
CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang
didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan
bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas
peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran
berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas
peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan
dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen
sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2014.
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan
sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar
sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan
Maklumat Calon.
1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan
yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 dan
menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19.
4
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan
15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau
Borang Perakuan Calon Peperiksaan (LP/Am 34) atau Surat Perakuan
Pengenalan Diri daripada Guru Besar di penjuru kanan sebelah label meja
sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa
dokumen berkenaan.
2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas
Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon
mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi
memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak
lengkap.
3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka
hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum
peperiksaan dimulakan.
4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN
PEPERIKSAAN
4.1 Calon hendaklah menulis Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad
Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas
dan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan.
4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor
Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Mata Pelajaran dan
Nombor Soalan dengan jelas di ruangan yang disediakan pada setiap
Helaian Tambahan (HT).
4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena
mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat
selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.4 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi
kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab
dalam bahasa lain.
4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan
seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin
soalan.
5
4.6 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau
Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan
betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan apabila diarah
berhenti menulis.
4.7 Calon hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan
disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat.
4.8 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip
jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh
Pengawas Peperiksaan.
5. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB)
DAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)
5.1 Calon yang menerima Kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka
Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor
Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas pada Kertas JOB
berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat
yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan
Bahagian C.
5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
dengan segera jika menerima Kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.
5.3 Calon yang menerima Kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon,
Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau
Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas di ruangan
yang disediakan pada kertas JOTB. Hitamkan ruangan yang berkenaan.
Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.
5.4 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab
kertas peperiksaan yang berkenaan.
5.5 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5.6 Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi
keseluruhan ruang.
5.7 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk
memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon
dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau
seumpamanya.
5.8 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB.
5.9 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki
pada Kertas JOB dan JOTB.
6
6. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
6.1 Tidak dibenarkan melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang
belum atau pun yang telah digunakan.
6.2 Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama
peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan
kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
6.3 Tidak dibenarkan membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas
peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.
6.4 Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran
dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
6.5 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
6.6 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
7. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
7.1 Dilarang membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau
anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus,
kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi
atau peranti elektronik, bekas alatulis dan beg ke dalam dewan/bilik
peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
7.2 Dilarang menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis
di dewan/bilik peperiksaan.
7.3 Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan
sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
7.4 Dilarang memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung
dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau
dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah
laku dalam peperiksaan.
7.5 Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan
calon lain.
7.6 Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
7.7 Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak
calon.
7.8 Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan
7.9 Dilarang membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan
semasa peperiksaan.
7
7.10 Dilarang membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum
atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
7.11 Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik
peperiksaan.
8. PERINGATAN
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C:
7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan
menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah
laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana
salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya
penyiasatan;
ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan
diisytiharkan terbatal.
BAHAGIAN D
ARAHAN KHAS
KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS
Kertas Peperiksaan Tertutup 1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
menyimpan baki kertas peperiksaan Ujian
Aptitud Tahun Enam di dalam almari berkunci
di dewan/bilik peperiksaan.
2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
mengumpul semula kertas peperiksaan Ujian
Aptitud Tahun Enam selepas tamat waktu
peperiksaan kertas berkenaan.
3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
menyerahkan kertas peperiksaan berkenaan
dan bakinya kepada Sektor/Unit Penilaian
dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
013 Ujian Aptitud Tahun Enam
(SK)
023 Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKC)
033 Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKT)
8
JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan
Kategori B.
Kategori A
1. Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat
Anggota.
2. Calon yang mengalami kemalangan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa
digunakan untuk menulis.
3. Calon yang mengalami kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas kebenaran
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan).
Bil.
Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR
Masa tambahan yang diberi
1. 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit
2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam
Kategori B
1. Calon Pekak.
Bil.
Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR
Masa tambahan yang diberi
1. 1 jam atau kurang 15 minit
2. 1 jam 15 minit 20 minit
3. 1 jam 30 minit 25 minit
TARIKH
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA
JENIS
KERTAS
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon
menyemak butiran pada
Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat
15 minit ……….
011*
Bahasa Melayu Pemahaman
(SK)
50 minit
021
Bahasa Melayu Pemahaman
(SJKC)
50 minit
031
Bahasa Melayu Pemahaman
(SJKT)
50 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
012*
Bahasa Melayu Penulisan
(SK)
1 jam
15 minit
022
Bahasa Melayu Penulisan
(SJKC)
1 jam
15 minit
032
Bahasa Melayu Penulisan
(SJKT)
1 jam
15 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
015/2
Mathematics
Kertas 2 (SK)
40 minit
025/2
Mathematics
Kertas 2 (SJKC)
40 minit
035/2
Mathematics
Kertas 2 (SJKT)
40 minit
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
UPSR 2014
Subjektif
Subjektif
Objektif
Aneka
Pilihan
* Kertas ini juga diambil oleh calon SJK
WAKTU
SELASA
9 SEPTEMBER
2014
08:00 pagi -
08:15 pagi
09:50 pagi -
10:05 pagi
08:15 pagi -
09:05 pagi
10:05 pagi -
11:20 pagi
12:20 tengah hari -
01:00 petang
12:05 tengah hari -
12:20 tengah hari
9
TARIKH
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA
JENIS
KERTAS
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
UPSR 2014
WAKTU
SELASA
9 SEPTEMBER
2014
08:00 pagi -
08:15 pagi ……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon
menyemak butiran pada
Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat
15 minit ……….
015/1
Mathematics
Kertas 1 (SK)
1 jam
025/1
Mathematics
Kertas 1 (SJKC)
1 jam
035/1
Mathematics
Kertas 1 (SJKT)
1 jam
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon
menyemak butiran pada
Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat
15 minit ……….
026
Bahasa Cina Pemahaman
(SJKC)
50 minit
036
Bahasa Tamil Pemahaman
(SJKT)
50 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
027
Bahasa Cina Penulisan
(SJKC)
1 jam
15 minit
037
Bahasa Tamil Penulisan
(SJKT)
1 jam
15 minit
Objektif
Aneka
Pilihan
Objektif
Aneka
Pilihan
10:15 pagi -
10:30 pagi
RABU
10
SEPTEMBER
2014
08:00 pagi -
08:15 pagi
Subjektif
8.15 pagi -
9.15 pagi
10:30 pagi -
11:20 pagi
12:00 tengah hari -
12:15 tengah hari
12:15 tengah hari -
01:30 petang
10
TARIKH
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA
JENIS
KERTAS
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
UPSR 2014
WAKTU
SELASA
9 SEPTEMBER
2014
08:00 pagi -
08:15 pagi
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon
menyemak butiran pada
Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat dan mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan Subjektif
15 minit ……….
018
Science
(SK)
1 jam
15 minit
028
Science
(SJKC)
1 jam
15 minit
038
Science
(SJKT)
1 jam
15 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon
menyemak butiran pada
Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat
15 minit ……….
014/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SK)
50 minit
024/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SJKC)
50 minit
034/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SJKT)
50 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
014/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SK)
1 jam
15 minit
024/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SJKC)
1 jam
15 minit
034/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SJKT)
1 jam
15 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon
menyemak butiran pada
Kertas Jawapan Objektif
Bermaklumat
15 minit ……….
013
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SK)
1 jam
30 minit
023
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKC)
1 jam
30 minit
033
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKT)
1 jam
30 minit
Objektif
Aneka
Pilihan
Subjektif
Objektif
Aneka
Pilihan
Objektif
Aneka
Pilihan
dan
Subjektif
KHAMIS
11
SEPTEMBER
2014
08:00 pagi -
08:15 pagi
10:15 pagi -
10:30 pagi
12:05 tengah hari -
12:20 tengah hari
02:30 petang -
02:45 petang
02:45 petang -
04:15 petang
08:15 pagi -
09:30 pagi
10:30 pagi -
11:20 pagi
12:20 tengah hari -
01:35 petang
11
LP/UPSR 19
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG PENGAKUAN CALON
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
DALAM JADUAL WAKTU
PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014
TELAH DIBACA
1. Nama :…………………………………………………………………………….
2. Angka Giliran :
3. Nombor Sijil Kelahiran/Nombor Kad Pengenalan :
4. Pengakuan :
Saya mengaku bahawa saya telah membaca dan akan mematuhi semua Garis Panduan
dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah 2014.
Tandatangan Calon : ……………………………………………......
Tarikh : …………………….
5. Pengesahan Guru Besar :
Tandatangan dan Cap Guru Besar : ...…………….......................
Tarikh : ……………………
NOTA :
 Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
 Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.
 Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan
UPSR 2014.


More Related Content

What's hot

Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014ciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016ciklaili. com
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaNoor Aini Samsusah
 
Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012ciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015 ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016ciklaili. com
 
Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015analufias
 

What's hot (10)

Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu SPM 2011
Jadual Waktu SPM 2011Jadual Waktu SPM 2011
Jadual Waktu SPM 2011
 
Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015
 
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
Jadual Waktu SPM Ulangan 2016
 
Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016
 
Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015
 

Viewers also liked

اشراقات -العدد24
اشراقات -العدد24اشراقات -العدد24
اشراقات -العدد24إشراقات
 
No172 newslettr daily_13_7_2013
No172 newslettr daily_13_7_2013No172 newslettr daily_13_7_2013
No172 newslettr daily_13_7_2013e-syrianews
 
Els fongs
Els fongsEls fongs
Els fongsMprof
 
موقف الإسلام من الشعر و الشعراء
موقف الإسلام من الشعر و الشعراءموقف الإسلام من الشعر و الشعراء
موقف الإسلام من الشعر و الشعراءأبو وردة
 
Figures semblants
Figures semblantsFigures semblants
Figures semblantsslidario
 
زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول لـ اسره مارمينا ساحل سليم 1
زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول  لـ اسره مارمينا ساحل سليم  1زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول  لـ اسره مارمينا ساحل سليم  1
زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول لـ اسره مارمينا ساحل سليم 1nadersamir
 
Statut fp arabe
Statut fp arabeStatut fp arabe
Statut fp arabelct 77
 
أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.
أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.
أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.سمير بسيوني
 
Presentació lloc web del Centre Cultural Castellut
Presentació lloc web del Centre Cultural CastellutPresentació lloc web del Centre Cultural Castellut
Presentació lloc web del Centre Cultural Castellutcccastellut
 
1998 valor desplegable
1998 valor desplegable1998 valor desplegable
1998 valor desplegablecccastellut
 
خصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبال
خصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبالخصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبال
خصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبالأبو وردة
 
Katrina
KatrinaKatrina
Katrinanaria
 

Viewers also liked (20)

اشراقات -العدد24
اشراقات -العدد24اشراقات -العدد24
اشراقات -العدد24
 
Inktronicfinal
InktronicfinalInktronicfinal
Inktronicfinal
 
Globalinvacomlnb
GlobalinvacomlnbGlobalinvacomlnb
Globalinvacomlnb
 
Didik hibur 2
Didik hibur 2Didik hibur 2
Didik hibur 2
 
Piece of the puzzle5
Piece of the puzzle5Piece of the puzzle5
Piece of the puzzle5
 
No172 newslettr daily_13_7_2013
No172 newslettr daily_13_7_2013No172 newslettr daily_13_7_2013
No172 newslettr daily_13_7_2013
 
Els fongs
Els fongsEls fongs
Els fongs
 
موقف الإسلام من الشعر و الشعراء
موقف الإسلام من الشعر و الشعراءموقف الإسلام من الشعر و الشعراء
موقف الإسلام من الشعر و الشعراء
 
Figures semblants
Figures semblantsFigures semblants
Figures semblants
 
Bacaan abjad
Bacaan abjadBacaan abjad
Bacaan abjad
 
زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول لـ اسره مارمينا ساحل سليم 1
زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول  لـ اسره مارمينا ساحل سليم  1زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول  لـ اسره مارمينا ساحل سليم  1
زيدوا المسيح تسبيح في اللقاء الشهري الاول لـ اسره مارمينا ساحل سليم 1
 
Statut fp arabe
Statut fp arabeStatut fp arabe
Statut fp arabe
 
Laboratorio 2 de Ccna
Laboratorio 2 de CcnaLaboratorio 2 de Ccna
Laboratorio 2 de Ccna
 
أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.
أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.
أسلوب الاستفهاب في القرآن الكريم غرضه وإعرابه.
 
Presentació lloc web del Centre Cultural Castellut
Presentació lloc web del Centre Cultural CastellutPresentació lloc web del Centre Cultural Castellut
Presentació lloc web del Centre Cultural Castellut
 
Multimetro
MultimetroMultimetro
Multimetro
 
1998 valor desplegable
1998 valor desplegable1998 valor desplegable
1998 valor desplegable
 
خصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبال
خصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبالخصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبال
خصائص الادب الاسلامي في مطولة اقبال
 
Super school
Super schoolSuper school
Super school
 
Katrina
KatrinaKatrina
Katrina
 

Similar to UPSR Tips

Jadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaJadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaTuisyen Geliga
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustteacherlin
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustteacherlin212
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017cindy chui
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017ciklaili. com
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaMohd Fadli
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Chon Seong Hoo
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaUmmi Ainul
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013Sylzt Jazz
 
Jwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasaJwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasaAmiza Hamzah
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 Chon Seong Hoo
 
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasaJadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasakisas klang
 
Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Tuisyen Geliga
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013smktsj2
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013Yanchat
 
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasaJadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasaTuisyen Geliga
 

Similar to UPSR Tips (20)

Jadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaJadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasa
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 august
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 august
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
 
Jwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasaJwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
 
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasaJadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
 
Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013
 
Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014
 
JADUAL SPM
JADUAL SPMJADUAL SPM
JADUAL SPM
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
 
Jadual Waktu PMR
Jadual Waktu PMRJadual Waktu PMR
Jadual Waktu PMR
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
 
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasaJadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasa
 

More from Nirmala Rothinam

ducational Psychology provides an intern
ducational Psychology provides an internducational Psychology provides an intern
ducational Psychology provides an internNirmala Rothinam
 
Constructivism Learning Theory.pptx
Constructivism Learning Theory.pptxConstructivism Learning Theory.pptx
Constructivism Learning Theory.pptxNirmala Rothinam
 
Branches of Philosophy.pptx
Branches of Philosophy.pptxBranches of Philosophy.pptx
Branches of Philosophy.pptxNirmala Rothinam
 
Humanistic Learning Theory.pptx
Humanistic Learning Theory.pptxHumanistic Learning Theory.pptx
Humanistic Learning Theory.pptxNirmala Rothinam
 
HOTS_and_Questioning_Black_and_White.ppt
HOTS_and_Questioning_Black_and_White.pptHOTS_and_Questioning_Black_and_White.ppt
HOTS_and_Questioning_Black_and_White.pptNirmala Rothinam
 
Inductive Learning Examples.ppt
Inductive Learning Examples.pptInductive Learning Examples.ppt
Inductive Learning Examples.pptNirmala Rothinam
 
Internet of Things IoT.pptx
Internet of Things IoT.pptxInternet of Things IoT.pptx
Internet of Things IoT.pptxNirmala Rothinam
 
Cooperative Learning Model.pptx
Cooperative Learning Model.pptxCooperative Learning Model.pptx
Cooperative Learning Model.pptxNirmala Rothinam
 
ELT_methods_Dendrinos_testing.pptx
ELT_methods_Dendrinos_testing.pptxELT_methods_Dendrinos_testing.pptx
ELT_methods_Dendrinos_testing.pptxNirmala Rothinam
 
Blue and Green Business infographic.pptx
Blue and Green Business infographic.pptxBlue and Green Business infographic.pptx
Blue and Green Business infographic.pptxNirmala Rothinam
 
Trial perlis spm 2010 english
Trial perlis spm 2010 englishTrial perlis spm 2010 english
Trial perlis spm 2010 englishNirmala Rothinam
 
Skema english p12 trial spm 2013 kedah set b cy
Skema english p12 trial spm 2013 kedah set b cySkema english p12 trial spm 2013 kedah set b cy
Skema english p12 trial spm 2013 kedah set b cyNirmala Rothinam
 
Pahang spm trial 2010 english
Pahang spm trial 2010 englishPahang spm trial 2010 english
Pahang spm trial 2010 englishNirmala Rothinam
 
Kertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalan
Kertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalanKertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalan
Kertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalanNirmala Rothinam
 
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalanKertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalanNirmala Rothinam
 

More from Nirmala Rothinam (20)

ducational Psychology provides an intern
ducational Psychology provides an internducational Psychology provides an intern
ducational Psychology provides an intern
 
Behaviourism.pptx
Behaviourism.pptxBehaviourism.pptx
Behaviourism.pptx
 
Constructivism Learning Theory.pptx
Constructivism Learning Theory.pptxConstructivism Learning Theory.pptx
Constructivism Learning Theory.pptx
 
Branches of Philosophy.pptx
Branches of Philosophy.pptxBranches of Philosophy.pptx
Branches of Philosophy.pptx
 
Humanistic Learning Theory.pptx
Humanistic Learning Theory.pptxHumanistic Learning Theory.pptx
Humanistic Learning Theory.pptx
 
epistemology.ppt
epistemology.pptepistemology.ppt
epistemology.ppt
 
Behaviourism.pptx
Behaviourism.pptxBehaviourism.pptx
Behaviourism.pptx
 
HOTS_and_Questioning_Black_and_White.ppt
HOTS_and_Questioning_Black_and_White.pptHOTS_and_Questioning_Black_and_White.ppt
HOTS_and_Questioning_Black_and_White.ppt
 
Inductive Learning Examples.ppt
Inductive Learning Examples.pptInductive Learning Examples.ppt
Inductive Learning Examples.ppt
 
Internet of Things IoT.pptx
Internet of Things IoT.pptxInternet of Things IoT.pptx
Internet of Things IoT.pptx
 
Cooperative Learning Model.pptx
Cooperative Learning Model.pptxCooperative Learning Model.pptx
Cooperative Learning Model.pptx
 
ELT_methods_Dendrinos_testing.pptx
ELT_methods_Dendrinos_testing.pptxELT_methods_Dendrinos_testing.pptx
ELT_methods_Dendrinos_testing.pptx
 
Blue and Green Business infographic.pptx
Blue and Green Business infographic.pptxBlue and Green Business infographic.pptx
Blue and Green Business infographic.pptx
 
Trial perlis spm 2010 english
Trial perlis spm 2010 englishTrial perlis spm 2010 english
Trial perlis spm 2010 english
 
Skema english p12 trial spm 2013 kedah set b cy
Skema english p12 trial spm 2013 kedah set b cySkema english p12 trial spm 2013 kedah set b cy
Skema english p12 trial spm 2013 kedah set b cy
 
Pahang spm trial 2010 english
Pahang spm trial 2010 englishPahang spm trial 2010 english
Pahang spm trial 2010 english
 
Mrsm bi201 o
Mrsm bi201 oMrsm bi201 o
Mrsm bi201 o
 
Kertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalan
Kertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalanKertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalan
Kertas 2 pep percubaan spm terengganu 2013 soalan
 
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalanKertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
Kertas 1 pep percubaan spm sbp 2012 soalan
 
Kedah 2012 vvip
Kedah 2012 vvipKedah 2012 vvip
Kedah 2012 vvip
 

Recently uploaded

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 

Recently uploaded (20)

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 

UPSR Tips

  • 1. LP/UPSR 18 ©2014 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014
  • 2. 2 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014 BAHAGIAN A GURU BESAR - ARAHAN AM 1. Guru Besar hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 kepada semua calon. 2. Guru Besar hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 sebelum peperiksaan. 3. Guru Besar hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa. 4. Guru Besar hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19. 5. Guru Besar hendaklah memberitahu Bahagian C: Calon – Arahan, Amaran, Larangan dan Peringatan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan. 6. Guru Besar hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (Cetakan 2010). BAHAGIAN B KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN - ARAHAN AM 1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 dimaklumkan kepada calon. 2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan. 3. Ketua Pengawas Peperiksaan mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014. 4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas. 5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
  • 3. 3 6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan. 7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan. 8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 - Pin. 1/2013 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan. 9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan. 10. Ketua Pengawas hendaklah memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 sekiranya calon melanggar sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan. 11. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010). BAHAGIAN C CALON – ARAHAN, AMARAN, LARANGAN DAN PERINGATAN 1. ARAHAN AM 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2014. 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19.
  • 4. 4 2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan. 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan (LP/Am 34) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Guru Besar di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan. 3. ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN 3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. 3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan. 4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN 4.1 Calon hendaklah menulis Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan. 4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Mata Pelajaran dan Nombor Soalan dengan jelas di ruangan yang disediakan pada setiap Helaian Tambahan (HT). 4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. 4.4 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain. 4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.
  • 5. 5 4.6 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis. 4.7 Calon hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat. 4.8 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan. 5. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB) 5.1 Calon yang menerima Kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas pada Kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima Kertas JOB yang salah atau tidak lengkap. 5.3 Calon yang menerima Kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas di ruangan yang disediakan pada kertas JOTB. Hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.4 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab kertas peperiksaan yang berkenaan. 5.5 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. 5.6 Calon hendaklah memastikan ruang jawapan yang dihitamkan memenuhi keseluruhan ruang. 5.7 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya. 5.8 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB. 5.9 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada Kertas JOB dan JOTB.
  • 6. 6 6. AMARAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 6.1 Tidak dibenarkan melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan. 6.2 Tidak dibenarkan keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan. 6.3 Tidak dibenarkan membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat. 6.4 Tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 6.5 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata. 6.6 Tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan. 7. LARANGAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 7.1 Dilarang membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alatulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 7.2 Dilarang menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 7.3 Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 7.4 Dilarang memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan. 7.5 Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain. 7.6 Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 7.7 Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 7.8 Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan 7.9 Dilarang membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  • 7. 7 7.10 Dilarang membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 7.11 Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 8. PERINGATAN Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dalam Bahagian C: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:- i. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; ii. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; iii. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal. BAHAGIAN D ARAHAN KHAS KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS Kertas Peperiksaan Tertutup 1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyimpan baki kertas peperiksaan Ujian Aptitud Tahun Enam di dalam almari berkunci di dewan/bilik peperiksaan. 2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengumpul semula kertas peperiksaan Ujian Aptitud Tahun Enam selepas tamat waktu peperiksaan kertas berkenaan. 3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyerahkan kertas peperiksaan berkenaan dan bakinya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri. 013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK) 023 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC) 033 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKT)
  • 8. 8 JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B. Kategori A 1. Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota. 2. Calon yang mengalami kemalangan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis. 3. Calon yang mengalami kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas kebenaran Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan). Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Masa tambahan yang diberi 1. 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit 2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam Kategori B 1. Calon Pekak. Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Masa tambahan yang diberi 1. 1 jam atau kurang 15 minit 2. 1 jam 15 minit 20 minit 3. 1 jam 30 minit 25 minit
  • 9. TARIKH KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 011* Bahasa Melayu Pemahaman (SK) 50 minit 021 Bahasa Melayu Pemahaman (SJKC) 50 minit 031 Bahasa Melayu Pemahaman (SJKT) 50 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 012* Bahasa Melayu Penulisan (SK) 1 jam 15 minit 022 Bahasa Melayu Penulisan (SJKC) 1 jam 15 minit 032 Bahasa Melayu Penulisan (SJKT) 1 jam 15 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 015/2 Mathematics Kertas 2 (SK) 40 minit 025/2 Mathematics Kertas 2 (SJKC) 40 minit 035/2 Mathematics Kertas 2 (SJKT) 40 minit JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2014 Subjektif Subjektif Objektif Aneka Pilihan * Kertas ini juga diambil oleh calon SJK WAKTU SELASA 9 SEPTEMBER 2014 08:00 pagi - 08:15 pagi 09:50 pagi - 10:05 pagi 08:15 pagi - 09:05 pagi 10:05 pagi - 11:20 pagi 12:20 tengah hari - 01:00 petang 12:05 tengah hari - 12:20 tengah hari 9
  • 10. TARIKH KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2014 WAKTU SELASA 9 SEPTEMBER 2014 08:00 pagi - 08:15 pagi ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 015/1 Mathematics Kertas 1 (SK) 1 jam 025/1 Mathematics Kertas 1 (SJKC) 1 jam 035/1 Mathematics Kertas 1 (SJKT) 1 jam ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 026 Bahasa Cina Pemahaman (SJKC) 50 minit 036 Bahasa Tamil Pemahaman (SJKT) 50 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 027 Bahasa Cina Penulisan (SJKC) 1 jam 15 minit 037 Bahasa Tamil Penulisan (SJKT) 1 jam 15 minit Objektif Aneka Pilihan Objektif Aneka Pilihan 10:15 pagi - 10:30 pagi RABU 10 SEPTEMBER 2014 08:00 pagi - 08:15 pagi Subjektif 8.15 pagi - 9.15 pagi 10:30 pagi - 11:20 pagi 12:00 tengah hari - 12:15 tengah hari 12:15 tengah hari - 01:30 petang 10
  • 11. TARIKH KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2014 WAKTU SELASA 9 SEPTEMBER 2014 08:00 pagi - 08:15 pagi ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat dan mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan Subjektif 15 minit ………. 018 Science (SK) 1 jam 15 minit 028 Science (SJKC) 1 jam 15 minit 038 Science (SJKT) 1 jam 15 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SK) 50 minit 024/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKC) 50 minit 034/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKT) 50 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SK) 1 jam 15 minit 024/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKC) 1 jam 15 minit 034/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKT) 1 jam 15 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK) 1 jam 30 minit 023 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC) 1 jam 30 minit 033 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKT) 1 jam 30 minit Objektif Aneka Pilihan Subjektif Objektif Aneka Pilihan Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif KHAMIS 11 SEPTEMBER 2014 08:00 pagi - 08:15 pagi 10:15 pagi - 10:30 pagi 12:05 tengah hari - 12:20 tengah hari 02:30 petang - 02:45 petang 02:45 petang - 04:15 petang 08:15 pagi - 09:30 pagi 10:30 pagi - 11:20 pagi 12:20 tengah hari - 01:35 petang 11
  • 12. LP/UPSR 19 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG PENGAKUAN CALON GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN DALAM JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2014 TELAH DIBACA 1. Nama :……………………………………………………………………………. 2. Angka Giliran : 3. Nombor Sijil Kelahiran/Nombor Kad Pengenalan : 4. Pengakuan : Saya mengaku bahawa saya telah membaca dan akan mematuhi semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014. Tandatangan Calon : ……………………………………………...... Tarikh : ……………………. 5. Pengesahan Guru Besar : Tandatangan dan Cap Guru Besar : ...……………....................... Tarikh : …………………… NOTA :  Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.  Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.  Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan UPSR 2014. 