SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA: KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR
MEMILIH UNTUK BEKERJA BERBANDING MENERUSKAN PENDIDIKAN TINGGI
AMIERUL SYAHMI BIN KAMARUZZAMAN
Sarjana Muda Fiqh Dan Fatwa Dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia
Email (syahmiamierul16@raudah.usim.edu.my)
ABSTRAK
Artikel ini akan mengupas beberapa isu mengenai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang cenderung memilih untuk bekerja daripada melanjutkan pendidikan tinggi.
Faktor ekonomi yang menjadi fokus utama kepada pelajar lepasan SPM yang mendesak
untuk berbuat keputusan bekerja berbanding melanjutkan pendidikan tinggi di universiti.
Selain itu, pengalaman bekerja juga menjadi keutamaan di setiap tempat kerja berbanding
sesetengah pelajar lepasan belajar yang tidak menerima peluang pekerjaan kerana
kekurangan pengalaman. Artikel ini menganalisis keputusan terhadap perkembangan
kerjaya dan menyelidiki sama ada pendekatan ini dapat memberikan hasil positif dalam
jangka masa panjang. Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat kajian yang mana kira-
kira 300,000 pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk meneruskan pengajian sekaligus
memperlahankan sasaran kementerian untuk melahirkan 35 peratus tenaga mahir
menjelang 2030 dimana negara Malaysia masih berada di tahap 28 peratus. Hasil kajian ini
menyarankan pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang serius dengan
menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran tinggi bagi
mempertingkatkan martabat ilmu dan profesion masing-masing.
Kata kunci: faktor ekonomi, pelajar lepasan SPM dan peluang pekerjaan.
PENGENALAN
Sistem pendidikan di kebanyakan negara dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu
pendidikan kanak-kanak, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.
Pendidikan tinggi merupakan fasa pendidikan yang diambil selepas pendidikan menengah
yang dilaksanakan di peringkat institusi pendidikan tinggi dan mempunyai tempoh serta
struktur yang tertentu malah perubahan sering berlaku bergantung kepada undang-undang
bagi setiap negara. Pada waktu yang sama, pendidikan tinggi ini melibatkan pembelajan
yang lebih mendalam mengikut bidang-bidang tertentu sebagai pengembangan
pengetahuan serta memupuk kerjaya seseorang.
Di negara Malaysia, sistem pendidikan menengah menumpukan terhadap persiapan pelajar
untuk menghadapi ujian peperiksaan yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
pada akhir tingkatan menengah atas sebelum menyambung pendidikan tinggi di institusi
pendidikan tinggi. Pada tahap ini, pelajar memiliki peluang untuk mengetahui pengetahuan
lebih mendalam dalam bidang yang mereka minat. Institusi pendidikan tinggi seperti
universiti atau kolej telah menyediakan beberapa program akademik yang berbagai
termasuk sarjana, diploma dan program pascasarjana. Pendidikan tinggi memberi
kesempatan terhadap pelajar untuk mengembangkan kemampuan pemahaman yang
mendalam, meneroka bidang yang diminati dan melakukan persediaan untuk masuk ke
dunia professional. Di samping itu, pendidikan tinggi juga meningkatkan pembangunan
peribadi, pembangunan sosial serta memberi pengalaman yang luas seperti menyertai
aktiviti kokurikulum dan dapat belajar berkomunikasi dengan baik dihadapan khalayak ramai.
Meskipun pelbagai manfaat yang diperolehi sekiranya menyambung pendidikan tinggi,
namun segelintir individu akan memilih untuk terus bekerja setelah menamatkan pendidikan
menengah kerana mereka melihat faktor ekonomi dan pengalaman bekerja lebih lama dapat
meningkatkan kerjaya mereka.
Pada tahun 2020, di seluruh negara telah berlaku penularan wabak pandemik Coronavirus
Covid-19 yang memberi kesan besar terhadap ekonomi negara termasuklah negara
Malaysia yang terjejas secara langsung apabila sektor utama terpaksa untuk tidak
beroperasi serta kekurangan barang mentah di rumah akibat daripada perintah berkurung
yang dikeluarkan oleh kerajaan. Dalam pada itu, pasca covid-19 turut memberikan kesan
perubahan terhadap sistem pendidikan yang mana struktur pembelajaran secara langsung
diubah kepada kaedah pembelajaran dalam talian antara guru dan pelajar. Sepanjang
perintah berkurung dilakukan, teknologi digital diletakkan di barisan hadapan apabila
perniagaan terpaksa beralih kepada tenaga kerja terpencil atau secara hibrid sepenuhnya
malah teknologi digital juga turut memberikan peluang yang besar kepada pelajar untuk
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di media sosial seperti tiktok, facebook atau
instagram bagi meningkatkan pendapatan masing-masing. Dari situ, pelajar lebih banyak
mengkaji untuk meningkatkan strategi perniagaan dan memahami struktur pemasaran
dengan mudah untuk memperolehi pendapatan sendiri.
Semestinya pelajar mempunyai alasan yang tersendiri untuk memilih bekerja berbanding
melanjutkan pengajian tinggi kerana setiap orang pasti mempunyai sebab yang berbeza.
Contohnya, mereka hilang minat untuk belajar akibat daripada permasalahan peribadi,
kurang melibatkan diri dalam kokurikulum, rasa tertekan yang berlebihan dengan bebanan
tugas yang sedia ada atau kemajuan teknologi digital yang semakin pesat sehingga
pemikiran pelajar menjadi semakin sempit dan kurangnya berkomunikasi dengan orang
sekeliling. Malah, mereka menyakini dengan bekerja mereka mendapat menimba
pengalaman bekerja dimana situasi dalam alam pekerjaan jauh berbeza dengan situasi
pembelajaran didalam kelas.
Hal ini akan memberi kesan kepada negara Malaysia untuk mendapatkan tenaga pekerja
professional seperti doktor, pensyarah, peguam atau guru di dalam tempoh 15 hingga 20
tahun akan datang dimana sektor pekerjaan professional ini memerlukan sijil yang diiktiraf.
Faktor Yang Mendorong Pelajar Memilih Untuk Bekerja Berbanding Meneruskan
Pelajaran Tinggi
Sepanjang tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2020 sehingga tahun 2022, sebanyak
458,000 lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke
peringakat lebih tinggi sekali gus memberi kebimbangan terhadap masa depan belia negara
Malaysia. Pusat Penyelidikan Undian University Collage Sendaya International (UCSI) telah
mengkaji sejauh mana keberangkalian peratusan pelajar lepasan SPM merancang untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi dan didapati hanya separuh sahaja iaitu
sebanyak 51% daripada keseluruhan lepasan SPM untuk menyambung pelajaran,manakala
39% mereka merancang untuk mencari pekerjaan dan 10% lagi tidak mempunyai apa-apa
rancangan untuk masa hadapan mereka. Namun begitu, lambakan graduan universiti tidak
memberi impak positif kepada pelajar lepasan SPM yang mengakibatkan mereka tidak yakin
dengan program-program yang ditawarkan di universiti malah mereka menyifatkan tempoh
pembelajaran terlalu panjang dan menelan kos yang tinggi.
Tahun Bilangan pelajar Peratus
2020 115,939 orang 35.16%
2021 180,680 orang 48.74%
2022 390,000 orang 72.01%
Jadual 1 Statistik lepasan SPM yang tidak sambung belajar sepanjang tempoh tiga tahun.
Statistik tersebut diperoleh menerusi sistem e-profil Kerjaya Murid (ePKM) yang
menunjukkan bahawa peningkatan pelajar lepasan SPM lebih memilih untuk bekerja
berbanding menyambung pelajaran tinggi bahkan mereka menganggap bahawa universiti
bukan lagi destinasi pilihan mereka walaupun berjaya dalam SPM.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM memilih untuk bekerja
berbanding meneruskan pelajaran tinggi adalah seperti berikut:
Desakan Ekonomi
Kebutuhan ekonomi menjadi faktor utama yang mendorong pelajar memilih untuk bekerja
setelah menyelesaikan pendidikan menengah. Sesetengah individu menghadapi tekanan
kewangan yang mendesak mendorong mereka untuk segera memasuki alam pekerjaan dan
menyokong keperluan hidup mereka atau keluarga. Faktor ini dapat melibatkan
tanggungjawab kewangan langsung seperti membiayai kehidupan seharian atau secara
kecemasan. Keputusan ini sering berlaku kepada pelajar yang mempunyai desakan dan
terpaksa memilih untuk mencari pendapatan secepat mungkin daripada melanjutkan
pembelajaran tinggi. Tidak dinafikan juga akibat pandemik Covid-19, penutupan sektor
perkhidmatan dan sektor pendidikan telah menunjukkan ekonomi bagi segelintir pelajar
mengalami keterjejasan. Kemungkinan sebahagian ibu bapa mereka yang dibuang kerja
atas faktor tersebut dan menyebabkan pelajar-pelajar lepasan SPM berpendapat untuk
bekerja mendapatkan wang bagi membantu keluarga meneruskan kehidupan.
Tidak salah dengan tindakan yang dilakukan oleh pelajar kerana apabila memandang dari
sudut positif ia sebagai titik peluh sendiri yang berusaha sedaya upaya bekerja dan dapat
menghadapi keadaan semasa dengan bijak. Secara tidak langsung, pendidikan tinggi bukan
lah terbuka kepada golongan muda sahaja atau pelajar lepasan SPM tetapi terbuka kepada
semua golongan yang telah ada kesediaan dan kemahuan untuk menggelar sebagai pelajar
semula.
Selain itu, yuran kemasukan yang tinggi ke peringkat universiti menjadi salah satu punca
dan halangan terhadap pelajar-pelajar lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran bahkan
mereka memikirkan kos hidup sampingan sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di
universiti seperti kos penginapan, kos makanan dan kos perbelanjaan lain di luar kelas turut
dapat menyumbang kepada beban kewangan terutamanya di kawasan bandar yang perlu
mengeluarkan kos perbelanjaan yang banyak dan menjadi beban kewangan kepada
keluarga mereka yang terpaksa bersusah payah mencari duit untuk kelangsungan hidup
anak-anak di universiti.
Kurang Pendedahan tentang Institusi Pelajaran Tinggi (IPT)
Kurangnya pendedahan atau pemahaman mengenai IPT dan manfaatnya juga dapat
menjadi faktor yang mendorong pelajar memilih untuk bekerja daripada melanjutkan
pendidikan tinggi. Beberapa pelajar mungkin tidak sepenuhnya menyedari peluang dan
potensi perkembangan kerjaya yang dapat diberikan oleh pendidikan tinggi. Ini terjadi
disebabkan oleh kurangnya maklumat yang membantu pelajar memahami nilai pendidikan
tinggi dalam membentuk masa depan mereka. Pendedahan yang kurang ini mungkin
mengakibatkan kurangnya kesedaran terhadap pelbagai pilihan pendidikan tinggi seperti
program sarjana, diploma atau Latihan vokasional. Oleh itu, penyediaan maklumat yang
lebih baik dan perancangan kerjaya yang sistematik dapat membantu pelajar sekolah
membuat keputusan pendidiakn yang lebih bermakna
Selain itu, pelajar mungkin merasa tidak yakin atau kurang percaya terhadap diri sendiri
tentang manfaat yang akan diperoleh dari melanjutkan pendidikan tinggi terutama jika
mereka tidak melihat hubungan langsung antara pendidikan dengan pekerjaan yang mereka
inginkan. Tanpa pendedahan yang mencukupi, pelajar mungkin tidak memilih mata
pelajaran atau program yang sesuai dengan minat dan bakat mereka kerana kurangnya
pendedahan mengenai persediaan akademik di peringkat sekolah sehingga menyebabkan
prosetasi akademik pelajar-pelajar sekolah menjadi rendah.
Peluang Kerjaya
Salah satu faktor yang mendorong pelajar memilih untuk bekerja daripada meneruskan
pendidikan tinggi adalah adanya peluang kerjaya yang menarik. Beberapa pelajar mungkin
melihat kesempatan untuk memasuki alam pekerjaan lebih awal sebagai langkah yang
dapat memberikan pengalaman dan kemajuan kerjaya yang lebih cepat. Jika terdapat
tawaran pekerjaan yang sesuai dengan minat mereka hal ini dapat menjadi faktor yang
kukuh untuk memilih kerjaya berbanding melanjutkan pendidikan.
Faktor ini mencerminkan persepsi bahawa pengalaman bekerja dapat menjadi landasan
yang kuat untuk kemajuan kerjaya terutama jika ada kesempatan kerja yang menarik dan
sesuai dengan kehendak pelajar. Terdapat juga beberapa golongan pelajar yang
terpengaruh untuk menjadi pempengaruh media sosial (intafamous/tiktoker), menerusi
platform gig dan menjadi pengasas pelbagai produk kosmetik. Pada tahun 2019, ramai
masyarakat yang berhenti untuk bekerja kerana pelbagai penawaran pekerjaan baharu yang
ditawarkan melalui platform gig seperti perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan
melalui pelbagai aplikasi dalam talian.
Bukan itu sahaja, pada tahun 2020 telah berlakunya perintah kawalan pergerakan (PKP)
yang diumumkan oleh kerajaan akibat pandemik covid-19 apabila tawaran pekerjaan
semakin berkembang kerana sektor perkhidmatan tidak dapat berjalan seperti biasa dan
pelajar pula terdedah dengan media sosial kerana pergerakan yang terhad sehingga
mereka dapat mendalami perniagaan secara atas talian seperti Tiktok. Fenomena
pempengaruh media sosial telah menciptakan peluang pekerjaan baru di dunia dan mereka
beranggapan bahawa dapat meningkatkan potensi dalam mengembangkan perniagaan
serta memberi tarikan kepada pengguna media sosial tanpa menyambung pendidikan tinggi.
Keadaan ini tentunya sukar dipertahankan untuk jangka panjang kerana bila-bila masa
tenaga kerja baharu sentiasa tersedia dan boleh diganti.
Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar untuk memilih bekerja
berbanding melanjutkan pengajian tinggi adalah langkah awal untuk merancang
penyelesaian yang relevan. Keputusan ini kompleks dan dipengaruhi oleh berbagai
pertimbangan individu, ekonomi dan lingkungan sosial.
PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN KAJIAN
Penyelesaian bagi mengapa pelajar lebih memilih untuk bekerja daripada meneruskan
pengajian boleh melibatkan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan kesedaran
terhadap pendidikan tinggi serta menyediakan sokongan bagi mereka yang mempunyai
halangan tertentu. Fadhlina Sidek (2023) sebagai Menteri Pendidikan menyatakan bahawa
kementerian sedang melaksanakan rancangan pembangunan peribadi dan pendidikan
kerjaya di sekolah untuk meningkarkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pendidikan
di samping melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan minat untuk
kerjaya masa depan.
Beberapa langkah penyelesaian yang dapat dibendung terhadap pelajar lepasan SPM yang
tidak ingin sambung pelajar ke peringkat univerisiti adalah seperti berikut:
Bantuan Kewangan dan Biasiswa
Kerajaan dan institusi pendidikan boleh menyediakan lebih banyak bantuan kewangan untuk
membantu pelajar yang mungkin menghadapi masalah kewangan atau menyediakan
biasiswa khas untuk melibatkan pelajar yang berpotensi tinggi. Hal ini dapat membantu
mereka yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi. Institusi juga boleh melakukan kerjasama
dengan lembaga kewangan bagi memberi pinjaman kepada pelajar yang memerlukan
dengan syarat-syarat yang sesuai.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) haruslah memperkenalkan dan
menyeragamkan beberapa bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan atau negeri di
setiap institusi pendidikan tinggi sama ada institusi awam atau institusi swasta. Sebagai
contoh, bantuan zakat untuk pendidikan yang menumpukan kepada asnaf-asnaf yang
mempunyai anak-anak untuk menyambung pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Pelbagai institusi zakat di negara Malaysia haruslah mengambil tindakan segera bagi
mewujudkan saluran permohonan secara dalam talian kepada golongan memerlukan
bantuan zakat mengikut ketetapan yang ditetapkan agar pemohon tidak perlu mengisi
pelbagai borang yang rumit untuk ke pusat zakat sehingga mengeluarkan perbelanjaan
besar. Di samping itu, KPT haruslah mengambil masa untuk turun padang bagi mengenal
pasti mereka yang kurang berkemampuan tetapi memperolehi akademik cemerlang untuk
disalurkan agihan zakan pendidikan.
Dari keratan akhbar Berita Harian Online (Dr Abdul Riezal Dim, Timbalan Dekan, Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS))
berkata pihak universiti telah cakna dengan kebajikan pelajar-pelajar yang tidak
berkemampuan dengan menawarkan beberapa kaedah seperti diberi peluang untuk bekerja
di dalam kampus dan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan keusahawanan, memberi
kelonggaran berkenaan penangguhan yuran pendidikan atau kolej kediaman sekiranya
pelajar-pelajar tidak mempunyai biasiswa ataupun pinjaman pelajaran. Bukan sahaja
tanggungjawab dari pihak kementerian semata-mata tetapi pihak universiti turut terlibat
dengan kebajikan pelajar bagi membendung permasalahan pelajar daripada menangguhkan
pengajian ataupun berhenti belajar.
Memperkasakan Kempen IPT di Sekolah Menengah
Pelajar sekolah harus diberikan pendedahan awal tentang pentingnya untuk melanjutkan
pelajar selepas tamatnya SPM. Semua pihak bertanggungjawab memberi perhatian
terhadap pelajar sekolah termasuklah pihak kerajaan, guru dan ibu bapa agar isu kurang
minat sambung belajar di peringkat pengajian tinggi semakin berkurang dari tahun ke tahun.
Ini juga dapat memberi pandangan yang positif di seluruh negara terhadap pencapaian yang
dibuat oleh Malaysia berkenaan pendidikan.
Terdapat beberapa cadangan bagi memperkasakan kempen Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
di sekolah menengah iaitu:
1) Sesi penerangan
Pihak sekolah dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) haruslah
menganjurkan satu atau dua sesi penerangan yang diwakilkan oleh pihak universiti atau
pakar industri kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar menengah atas tingkatan
empat dan tingkatan lima supaya pelajar-pelajar dapat gambaran tentang peluang
pengajian tinggi. Menjalankan program motivasi turut memberi dorongan kepada pelajar
untuk mencapai kecemerlangan akademik dan dapat memasuki pengajian tinggi.
2) Lawatan ke kolej atau universiti
Pihak sekolah mestilah bekerjasama dengan mana-mana universiti untuk mengadakan
lawatan supaya pelajar mendapat pengalaman yang berharga mengenai kehidupan
seharian di pengajian tinggi. Selain itu, pihak sekolah haruslah mempunyai sasaran
untuk pelajar-pelajarnya setiap tahun dengan menerapkan akademik dan sahsiah pelajar
supaya mereka dapat memilih tempat pengajian tinggi yang diimpikan.
3) Pameran pendidikan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertanggungjawab dalam mengatur langkah untuk
mengadakan pameran pendidikan di sekolah-sekolah sebanyak dua atau tiga kali dalam
setahun dengan kerjasama pihak universiti. Tujuan pameran pendidikan diadakan
adalah untuk memperkenalkan pelbagai program yang ditawarkan di pengajian tinggi
dan mendedahkan program tersebut secara meluas supaya pelajar menengah atas
memahami serta mempunyai sasaran selepas menduduki Sijil Peperiksaaan Malaysia
(SPM). Bukan sahaja daripada mengadakan pameran pendidikan malah KPT perlulah
bekerjasama dengan pihak sekolah dan pihak universiti menggunakan pelbagai media
untuk mempromosikan program pengajian tinggi dan kejayaan alumni sekolah kepada
pelajar dan komuniti.
4) Perbincangan bersama ibu bapa
Di setiap sekolah mempunyai Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang berperanan
menjaga dan melindungi pelajar-pelajar dan guru-guru bahkan memberi sumbangan
terhadap perkembangan sekolah. Ini adalah tanggungjawab PIBG dalam menganjurkan
sesi perbincangan bersama ibu bapa untuk membincangkan manfaat dan proses
pengajian tinggi agar ibu bapa cakna dengan pendidikan yang disediakan di Malaysia
bukan sahaja pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah sahaja.
Memperkenalkan Bidang Pengajian Mengikut Peredaran Zaman
Institusi pendidikan dapat merancang program-program pembelajaran yang diperlukan oleh
industri masa kini dan akan datang. Ini boleh melibatkan kerjasama dengan perusahaan
untuk memastikan pembaharuan bahan yang diajarkan. Selain itu, institusi pendidikan juga
boleh menekankan penggunaan teknologi terkini dalam proses pembelajaran untuk
mencerminkan perkembangan terkini dalam industri seperti membuat simulasi dan aplikasi
yang relevan dengan bidang pekerjaan yang sedang berkembang.
Dari keratan akhbar Berita Harian Online (Mohamad Fikri Hasbi, Dekan Fakulti Pengajian
Antarabangsa Kolej) menjelaskan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi keputusan
pelajar dalam memilih kursus pengajian yang mana ia berbalik kepada minat dan keinginan
seseorang dalam membentuk masa hadapan mereka tetapi terdapat juga pengaruh luar
seperti paksaan daripada orang yang menyebabkan mereka menjadi ‘mangsa’ dalam
menentukan masa hadapan sendiri.
Pemilihan bidang pengajian yang mencerminkan peredaran zaman dpaat memberikan
kelebihan dalam bersaing di pasaran kerja yang sentiasa berubah sekaligus membantu
golongan muda mendapat pendidikan yang berkualiti pada masa kini dan hadapan.
Perbincangan mengenai penyelesaian ini boleh mengeratkan lagi kerjasama antara pihak
industri, kerajaan dan institusi pendidikan. Dengan cara ini, program pendidikan tinggi dapat
menjadi lebih responsif terhadap perubahan di alam pekerjaan dan membantu merangsang
minat pelajar untuk melanjutkan pendidikan tinggi dengan keyakinan bahawa pembelajaran
tersebut sesuai dengan kehendak industri moden.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, keputusan pelajar memilih untuk bekerja daripada melanjutkan
pengajian tinggi dipengaruhi oleh sejumlah faktor yang kompleks. Faktor ekonomi,
pandangan terhadap manfaat dan ketidakpastian mengenai manfaat pendidikan tinggi
adalah beberapa faktor utama. Faktor sosial, latar belakang keluarga dan persepsi terhadap
beban hutang pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membuat keputusan.
Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan yang diperlukan ialah melibatkan institusi
pendidikan, kerajaan dan sektor industri. Usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai
manfaat pendidikan tinggi, penyediaan bantuan kewangan yang lebih luas dan penyesuaian
pembelajaran dengan keperluan industri dapat membantu menciptakan ruang yang
mendokong pelajar dalam memilih jalur pendidikan tinggi. Kesimpulannya, mendokong
keputusan pelajar untuk melanjutkan pendidikan tinggi memerlukan penyelesaian yang
menyeluruh dan berpanjangan demi mewujudkan perkembangan kerjaya dan potensi
peribadi mereka.
RUJUKAN
Afterschool.my. (2023). Sambung Belajar atau Bekerja Selepas SPM, Mana Satu Lebih Baik?
Retrieved from Aftersch: https://afterschool.my/bm/berita/sambung-belajar-atau-
bekerja-selepas-spm-mana-satu-lebih-baik
Mohd Roji Kawi. (2023). Longgar syarat antara kaedah tarik minat lepasan SPM lanjut
pengajian. Retrieved from Akhbar Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1144436/longgar-syarat-antara-
kaedah-tarik-minat-lepasan-spm-lanjut
Omar Ahmad. (2022). ASM diarah buat kaji selidik isu pelajar tak minat sambung belajar.
Retrieved from Akhbar Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/993775/asm-diarah-buat-kaji-
selidik-isu-pelajar-tak-minat-sambung-belajar
Afizan Amer. (2021). Dilema anak muda, bekerja atau lanjut pelajaran. Retrieved from
Akhbar Kosmo!: https://www.kosmo.com.my/2021/12/01/dilema-anak-muda-bekerja-
atau-lanjut-pelajaran/
Akademi YEG Rangsang Prospek Kerja. (2022). Retrieved from Akhbar Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2022/03/938315/yeg-academy-
rangsang-prospek-kerja
Apakah Pendidikan Tinggi?. Retrieved from Facts-News.Org: https://ms.facts-
news.org/apakah-pendidikan-tinggi
Awab Said & Sufean Hussin. (2006). Pelajar Sekolah Menengah Yang Bekerja Separuh
Masa: Satu Tinjauan Di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan, 166.
Basmin Maarof. (2023). Tidak Sambung Belajar Lepas SPM: Duit Lebih Penting? Retrieved
from Ikram: https://ikram.org.my/tidak-sambung-belajar-lepas-spm-duit-lebih-penting/
Diana Azis. (2023). Anak muda tidak minat sambung belajar. Retrieved from Akhbar Sinar
Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/253282/berita/nasional/anak-muda-
tidak-minat-sambung-belajar
Dr Azizi Ayob. (2023). Akademik penting buat generasi muda bangun negara. Retrieved
from Akhbar Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1108742/akademik-penting-
buat-generasi-muda-bangun-negara
Dr. Rabatul Aduni Sulaiman. Pasca Covid-19: bekerja atau sambung belajar? Retrieved
from Keratan Akbar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM):
https://news.uthm.edu.my/ms/2022/08/pasca-covid-19-bekerja-atau-sambung-
belajar/
Hampir 50 peratus pelajar lepasan SPM sesi persekolahan 2021 tidak berminat sambung
belajar. (2023). Retrieved from Buletin TV3:
https://www.buletintv3.my/nasional/hampir-50-peratus-pelajar-lepasan-spm-sesi-
persekolahan-2021-tidak-berminat-sambung-belajar/
Juani Munir Abu Bakar. (2023). 458,000 lepasan SPM tidak sambung belajar sejak 2020.
Retrieved from Akhbar Utusan Malaysia:
https://www.utusan.com.my/berita/2023/06/458000-lepasan-spm-tidak-sambung-
belajar-sejak-2020/
Kenapa 72% pelajar tidak sambung belajar. (2022). Retrieved from The Malaysian Insight:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/392906
Lepasan SPM lebih rela jadi 'influencer'. (2023). Retrieved from Akhbar Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/954474/lepasan-spm-lebih-rela-jadi-
influencer
Mahaizura Abd Malik. (2023). Yuran Pendaftaran Univeristi Dihadkan Bermula Januari 2024.
Retrieved from Akhbar Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1019711/yuran-pendaftaran-universiti-
dihadkan-bermula-januari-2024
Meja Rencana. (2022). Tidak Sambung Belajar Kerana Yuran Terlalu Mahal. Retrieved from
Akhbar Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/09/tidak-
sambung-belajar-kerana-yuran-terlalu-mahal/
Mohamed Sahidi Yusof. (2016). Karnival IPT Beri Manfaat Kepada Pelajar. Retrieved from
Akhbar Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2645/2016/03/137571/karnival-ipt-beri-
manfaat-kepada-pelajar
Mohd Ridzuan Bin Naemat, Mohd Nor Khairil, Mohd Radzuan Harun. (2020). Faktor
Pendorong yang Mempengaruhi Keputusan Melanjutkan Pengajian ke Institusi
Pengajian. Jurnal Personalia Pelajar.
Mohd Zaini Othman . (2023). SPM: Usah dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Retrieved from Malaysia Gazette: https://malaysiagazette.com/2023/06/14/spm-
usah-dikejar-tak-dapat-yang-dikendong-berciciran/
Nor Farhana Yaacob. (2023). 300,000 lepasan SPM tidak mahu sambung belajar. Retrieved
from Akhbar Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/269192/berita/nasional/300000-lepasan-spm-
tidak-mahu-sambung-belajar
Noraida Mohd Saim, Nurul Farraheeda Abd Rahman, Siti Hawa Rosli & Haslin Idayu
Amaruddin. (2021). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (Spm) Memilih Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Awam. GADING
(Online) Journal for Social Sciences, Special Issue KONAKA (Bahasa Melayu) -
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Vol 24(03).
Nozina Yahaya. (2020). Pandemik Covid-19 ubah sistem pendidikan. Retrieved from Akhbar
Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/113155/khas/wacanaquran/pandemik-covid-
19-ubah-sistem-pendidikan
Nur Hasliza Mohd Salleh. (2023). Mengapa lepasan SPM tidak mahu sambung belajar?
Retrieved from Akhbar Malaysia Now:
https://www.malaysianow.com/my/news/2023/03/30/mengapa-lepasan-spm-tidak-
mahu-sambung-belajar
Sharifah Nur Syafiqah. (2023). Hampir 50% Pelajar Lepasan SPM 2021 Tidak Minat
Sambung Belajar. Retrieved from the rakyat post:
https://www.therakyatpost.com/trpbm/2023/05/25/hampir-50-pelajar-lepasan-spm-
2021-tidak-minat-sambung-belajar/
Trend Meningkat! Hampir 50 Peratus Pelajar Lepasan SPM Tak Sambung Belajar. (2023).
Retrieved from Getaran Gema Berita Dan Hiburan:
https://www.getaran.my/artikel/semasa/47319/trend-meningkat-hampir-50-peratus-
pelajar-lepasan-spm-tak-sambung-belajar

More Related Content

What's hot

Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Denne Freddy
 
kurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxkurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxKalaiselviVelu1
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridAsniem CA
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETafinde
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposalMuhd ASRUL
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5cik noorlyda
 
Domain kategori perkembangan pelajar
Domain kategori perkembangan pelajarDomain kategori perkembangan pelajar
Domain kategori perkembangan pelajargirl 11
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

What's hot (20)

Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964
 
kurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docxkurikulum malaysia dan france.docx
kurikulum malaysia dan france.docx
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi Murid
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposal
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
Stratifikasi sosial di malaysia kump 4-m5
 
Domain kategori perkembangan pelajar
Domain kategori perkembangan pelajarDomain kategori perkembangan pelajar
Domain kategori perkembangan pelajar
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Pembinaan item objektif
Pembinaan item objektifPembinaan item objektif
Pembinaan item objektif
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Atiqah
AtiqahAtiqah
Atiqah
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 

Similar to ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK BEKERJA BERBANDING MENERUSKAN PENDIDIKAN TINGGI.pdf

ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKANISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKANDadang DjokoKaryanto
 
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTOISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTODadang DjokoKaryanto
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalHayati Mustaffa
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalHayati Mustaffa
 
Draft executive summary copy
Draft executive summary copyDraft executive summary copy
Draft executive summary copyFajar Baskoro
 
1 Executive summary 2019
1 Executive summary 20191 Executive summary 2019
1 Executive summary 2019Fajar Baskoro
 
Executive summary 2021
Executive summary 2021Executive summary 2021
Executive summary 2021Fajar Baskoro
 
Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Fajar Baskoro
 
Kumpulan materi untuk SMK masa Pandemi
Kumpulan materi untuk SMK masa PandemiKumpulan materi untuk SMK masa Pandemi
Kumpulan materi untuk SMK masa Pandemisetiyo agustiono
 
Program SMA DoubleTrack
Program SMA DoubleTrackProgram SMA DoubleTrack
Program SMA DoubleTrackFajar Baskoro
 
LAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdf
LAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdfLAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdf
LAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdfOom Surahman
 
Wisuda & Kompetensi Lulusan
Wisuda & Kompetensi LulusanWisuda & Kompetensi Lulusan
Wisuda & Kompetensi LulusanSupriadi Fadel
 

Similar to ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK BEKERJA BERBANDING MENERUSKAN PENDIDIKAN TINGGI.pdf (20)

ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKANISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN
 
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTOISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
ISU RELEVANSI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN;DADANG DJOKO KAYANTO
 
Bab 1 08402241020
Bab 1  08402241020Bab 1  08402241020
Bab 1 08402241020
 
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan iii jenry saiparudin
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Draft executive summary copy
Draft executive summary copyDraft executive summary copy
Draft executive summary copy
 
1 Executive summary 2019
1 Executive summary 20191 Executive summary 2019
1 Executive summary 2019
 
Executive summary 2021
Executive summary 2021Executive summary 2021
Executive summary 2021
 
Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3
 
Pendidikan vokasi
Pendidikan vokasiPendidikan vokasi
Pendidikan vokasi
 
Kumpulan materi untuk SMK masa Pandemi
Kumpulan materi untuk SMK masa PandemiKumpulan materi untuk SMK masa Pandemi
Kumpulan materi untuk SMK masa Pandemi
 
Program SMA DoubleTrack
Program SMA DoubleTrackProgram SMA DoubleTrack
Program SMA DoubleTrack
 
LAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdf
LAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdfLAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdf
LAMP 6. Sinkronsasi Kurikulum TEACHING FACTORY.pdf
 
Wisuda & Kompetensi Lulusan
Wisuda & Kompetensi LulusanWisuda & Kompetensi Lulusan
Wisuda & Kompetensi Lulusan
 
Bab 1 05504241016
Bab 1  05504241016Bab 1  05504241016
Bab 1 05504241016
 
Bab 1 05504241016
Bab 1  05504241016Bab 1  05504241016
Bab 1 05504241016
 
Essay Tentang Bidikmisi
Essay Tentang BidikmisiEssay Tentang Bidikmisi
Essay Tentang Bidikmisi
 
Maklumat kolej vokasional
Maklumat kolej vokasionalMaklumat kolej vokasional
Maklumat kolej vokasional
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 

ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK BEKERJA BERBANDING MENERUSKAN PENDIDIKAN TINGGI.pdf

  • 1. ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA: KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN PELAJAR MEMILIH UNTUK BEKERJA BERBANDING MENERUSKAN PENDIDIKAN TINGGI AMIERUL SYAHMI BIN KAMARUZZAMAN Sarjana Muda Fiqh Dan Fatwa Dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia Email (syahmiamierul16@raudah.usim.edu.my) ABSTRAK Artikel ini akan mengupas beberapa isu mengenai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cenderung memilih untuk bekerja daripada melanjutkan pendidikan tinggi. Faktor ekonomi yang menjadi fokus utama kepada pelajar lepasan SPM yang mendesak untuk berbuat keputusan bekerja berbanding melanjutkan pendidikan tinggi di universiti. Selain itu, pengalaman bekerja juga menjadi keutamaan di setiap tempat kerja berbanding sesetengah pelajar lepasan belajar yang tidak menerima peluang pekerjaan kerana kekurangan pengalaman. Artikel ini menganalisis keputusan terhadap perkembangan kerjaya dan menyelidiki sama ada pendekatan ini dapat memberikan hasil positif dalam jangka masa panjang. Jabatan Perangkaan Malaysia telah membuat kajian yang mana kira- kira 300,000 pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk meneruskan pengajian sekaligus memperlahankan sasaran kementerian untuk melahirkan 35 peratus tenaga mahir menjelang 2030 dimana negara Malaysia masih berada di tahap 28 peratus. Hasil kajian ini menyarankan pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang serius dengan menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran tinggi bagi mempertingkatkan martabat ilmu dan profesion masing-masing. Kata kunci: faktor ekonomi, pelajar lepasan SPM dan peluang pekerjaan.
  • 2. PENGENALAN Sistem pendidikan di kebanyakan negara dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu pendidikan kanak-kanak, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Pendidikan tinggi merupakan fasa pendidikan yang diambil selepas pendidikan menengah yang dilaksanakan di peringkat institusi pendidikan tinggi dan mempunyai tempoh serta struktur yang tertentu malah perubahan sering berlaku bergantung kepada undang-undang bagi setiap negara. Pada waktu yang sama, pendidikan tinggi ini melibatkan pembelajan yang lebih mendalam mengikut bidang-bidang tertentu sebagai pengembangan pengetahuan serta memupuk kerjaya seseorang. Di negara Malaysia, sistem pendidikan menengah menumpukan terhadap persiapan pelajar untuk menghadapi ujian peperiksaan yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tingkatan menengah atas sebelum menyambung pendidikan tinggi di institusi pendidikan tinggi. Pada tahap ini, pelajar memiliki peluang untuk mengetahui pengetahuan lebih mendalam dalam bidang yang mereka minat. Institusi pendidikan tinggi seperti universiti atau kolej telah menyediakan beberapa program akademik yang berbagai termasuk sarjana, diploma dan program pascasarjana. Pendidikan tinggi memberi kesempatan terhadap pelajar untuk mengembangkan kemampuan pemahaman yang mendalam, meneroka bidang yang diminati dan melakukan persediaan untuk masuk ke dunia professional. Di samping itu, pendidikan tinggi juga meningkatkan pembangunan peribadi, pembangunan sosial serta memberi pengalaman yang luas seperti menyertai aktiviti kokurikulum dan dapat belajar berkomunikasi dengan baik dihadapan khalayak ramai. Meskipun pelbagai manfaat yang diperolehi sekiranya menyambung pendidikan tinggi, namun segelintir individu akan memilih untuk terus bekerja setelah menamatkan pendidikan menengah kerana mereka melihat faktor ekonomi dan pengalaman bekerja lebih lama dapat meningkatkan kerjaya mereka. Pada tahun 2020, di seluruh negara telah berlaku penularan wabak pandemik Coronavirus Covid-19 yang memberi kesan besar terhadap ekonomi negara termasuklah negara Malaysia yang terjejas secara langsung apabila sektor utama terpaksa untuk tidak beroperasi serta kekurangan barang mentah di rumah akibat daripada perintah berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan. Dalam pada itu, pasca covid-19 turut memberikan kesan perubahan terhadap sistem pendidikan yang mana struktur pembelajaran secara langsung diubah kepada kaedah pembelajaran dalam talian antara guru dan pelajar. Sepanjang perintah berkurung dilakukan, teknologi digital diletakkan di barisan hadapan apabila perniagaan terpaksa beralih kepada tenaga kerja terpencil atau secara hibrid sepenuhnya
  • 3. malah teknologi digital juga turut memberikan peluang yang besar kepada pelajar untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di media sosial seperti tiktok, facebook atau instagram bagi meningkatkan pendapatan masing-masing. Dari situ, pelajar lebih banyak mengkaji untuk meningkatkan strategi perniagaan dan memahami struktur pemasaran dengan mudah untuk memperolehi pendapatan sendiri. Semestinya pelajar mempunyai alasan yang tersendiri untuk memilih bekerja berbanding melanjutkan pengajian tinggi kerana setiap orang pasti mempunyai sebab yang berbeza. Contohnya, mereka hilang minat untuk belajar akibat daripada permasalahan peribadi, kurang melibatkan diri dalam kokurikulum, rasa tertekan yang berlebihan dengan bebanan tugas yang sedia ada atau kemajuan teknologi digital yang semakin pesat sehingga pemikiran pelajar menjadi semakin sempit dan kurangnya berkomunikasi dengan orang sekeliling. Malah, mereka menyakini dengan bekerja mereka mendapat menimba pengalaman bekerja dimana situasi dalam alam pekerjaan jauh berbeza dengan situasi pembelajaran didalam kelas. Hal ini akan memberi kesan kepada negara Malaysia untuk mendapatkan tenaga pekerja professional seperti doktor, pensyarah, peguam atau guru di dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang dimana sektor pekerjaan professional ini memerlukan sijil yang diiktiraf. Faktor Yang Mendorong Pelajar Memilih Untuk Bekerja Berbanding Meneruskan Pelajaran Tinggi Sepanjang tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2020 sehingga tahun 2022, sebanyak 458,000 lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian ke peringakat lebih tinggi sekali gus memberi kebimbangan terhadap masa depan belia negara Malaysia. Pusat Penyelidikan Undian University Collage Sendaya International (UCSI) telah mengkaji sejauh mana keberangkalian peratusan pelajar lepasan SPM merancang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi dan didapati hanya separuh sahaja iaitu sebanyak 51% daripada keseluruhan lepasan SPM untuk menyambung pelajaran,manakala 39% mereka merancang untuk mencari pekerjaan dan 10% lagi tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk masa hadapan mereka. Namun begitu, lambakan graduan universiti tidak memberi impak positif kepada pelajar lepasan SPM yang mengakibatkan mereka tidak yakin dengan program-program yang ditawarkan di universiti malah mereka menyifatkan tempoh pembelajaran terlalu panjang dan menelan kos yang tinggi.
  • 4. Tahun Bilangan pelajar Peratus 2020 115,939 orang 35.16% 2021 180,680 orang 48.74% 2022 390,000 orang 72.01% Jadual 1 Statistik lepasan SPM yang tidak sambung belajar sepanjang tempoh tiga tahun. Statistik tersebut diperoleh menerusi sistem e-profil Kerjaya Murid (ePKM) yang menunjukkan bahawa peningkatan pelajar lepasan SPM lebih memilih untuk bekerja berbanding menyambung pelajaran tinggi bahkan mereka menganggap bahawa universiti bukan lagi destinasi pilihan mereka walaupun berjaya dalam SPM. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan SPM memilih untuk bekerja berbanding meneruskan pelajaran tinggi adalah seperti berikut: Desakan Ekonomi Kebutuhan ekonomi menjadi faktor utama yang mendorong pelajar memilih untuk bekerja setelah menyelesaikan pendidikan menengah. Sesetengah individu menghadapi tekanan kewangan yang mendesak mendorong mereka untuk segera memasuki alam pekerjaan dan menyokong keperluan hidup mereka atau keluarga. Faktor ini dapat melibatkan tanggungjawab kewangan langsung seperti membiayai kehidupan seharian atau secara kecemasan. Keputusan ini sering berlaku kepada pelajar yang mempunyai desakan dan terpaksa memilih untuk mencari pendapatan secepat mungkin daripada melanjutkan pembelajaran tinggi. Tidak dinafikan juga akibat pandemik Covid-19, penutupan sektor perkhidmatan dan sektor pendidikan telah menunjukkan ekonomi bagi segelintir pelajar mengalami keterjejasan. Kemungkinan sebahagian ibu bapa mereka yang dibuang kerja atas faktor tersebut dan menyebabkan pelajar-pelajar lepasan SPM berpendapat untuk bekerja mendapatkan wang bagi membantu keluarga meneruskan kehidupan. Tidak salah dengan tindakan yang dilakukan oleh pelajar kerana apabila memandang dari sudut positif ia sebagai titik peluh sendiri yang berusaha sedaya upaya bekerja dan dapat menghadapi keadaan semasa dengan bijak. Secara tidak langsung, pendidikan tinggi bukan lah terbuka kepada golongan muda sahaja atau pelajar lepasan SPM tetapi terbuka kepada semua golongan yang telah ada kesediaan dan kemahuan untuk menggelar sebagai pelajar semula.
  • 5. Selain itu, yuran kemasukan yang tinggi ke peringkat universiti menjadi salah satu punca dan halangan terhadap pelajar-pelajar lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran bahkan mereka memikirkan kos hidup sampingan sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di universiti seperti kos penginapan, kos makanan dan kos perbelanjaan lain di luar kelas turut dapat menyumbang kepada beban kewangan terutamanya di kawasan bandar yang perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang banyak dan menjadi beban kewangan kepada keluarga mereka yang terpaksa bersusah payah mencari duit untuk kelangsungan hidup anak-anak di universiti. Kurang Pendedahan tentang Institusi Pelajaran Tinggi (IPT) Kurangnya pendedahan atau pemahaman mengenai IPT dan manfaatnya juga dapat menjadi faktor yang mendorong pelajar memilih untuk bekerja daripada melanjutkan pendidikan tinggi. Beberapa pelajar mungkin tidak sepenuhnya menyedari peluang dan potensi perkembangan kerjaya yang dapat diberikan oleh pendidikan tinggi. Ini terjadi disebabkan oleh kurangnya maklumat yang membantu pelajar memahami nilai pendidikan tinggi dalam membentuk masa depan mereka. Pendedahan yang kurang ini mungkin mengakibatkan kurangnya kesedaran terhadap pelbagai pilihan pendidikan tinggi seperti program sarjana, diploma atau Latihan vokasional. Oleh itu, penyediaan maklumat yang lebih baik dan perancangan kerjaya yang sistematik dapat membantu pelajar sekolah membuat keputusan pendidiakn yang lebih bermakna Selain itu, pelajar mungkin merasa tidak yakin atau kurang percaya terhadap diri sendiri tentang manfaat yang akan diperoleh dari melanjutkan pendidikan tinggi terutama jika mereka tidak melihat hubungan langsung antara pendidikan dengan pekerjaan yang mereka inginkan. Tanpa pendedahan yang mencukupi, pelajar mungkin tidak memilih mata pelajaran atau program yang sesuai dengan minat dan bakat mereka kerana kurangnya pendedahan mengenai persediaan akademik di peringkat sekolah sehingga menyebabkan prosetasi akademik pelajar-pelajar sekolah menjadi rendah.
  • 6. Peluang Kerjaya Salah satu faktor yang mendorong pelajar memilih untuk bekerja daripada meneruskan pendidikan tinggi adalah adanya peluang kerjaya yang menarik. Beberapa pelajar mungkin melihat kesempatan untuk memasuki alam pekerjaan lebih awal sebagai langkah yang dapat memberikan pengalaman dan kemajuan kerjaya yang lebih cepat. Jika terdapat tawaran pekerjaan yang sesuai dengan minat mereka hal ini dapat menjadi faktor yang kukuh untuk memilih kerjaya berbanding melanjutkan pendidikan. Faktor ini mencerminkan persepsi bahawa pengalaman bekerja dapat menjadi landasan yang kuat untuk kemajuan kerjaya terutama jika ada kesempatan kerja yang menarik dan sesuai dengan kehendak pelajar. Terdapat juga beberapa golongan pelajar yang terpengaruh untuk menjadi pempengaruh media sosial (intafamous/tiktoker), menerusi platform gig dan menjadi pengasas pelbagai produk kosmetik. Pada tahun 2019, ramai masyarakat yang berhenti untuk bekerja kerana pelbagai penawaran pekerjaan baharu yang ditawarkan melalui platform gig seperti perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan melalui pelbagai aplikasi dalam talian. Bukan itu sahaja, pada tahun 2020 telah berlakunya perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan akibat pandemik covid-19 apabila tawaran pekerjaan semakin berkembang kerana sektor perkhidmatan tidak dapat berjalan seperti biasa dan pelajar pula terdedah dengan media sosial kerana pergerakan yang terhad sehingga mereka dapat mendalami perniagaan secara atas talian seperti Tiktok. Fenomena pempengaruh media sosial telah menciptakan peluang pekerjaan baru di dunia dan mereka beranggapan bahawa dapat meningkatkan potensi dalam mengembangkan perniagaan serta memberi tarikan kepada pengguna media sosial tanpa menyambung pendidikan tinggi. Keadaan ini tentunya sukar dipertahankan untuk jangka panjang kerana bila-bila masa tenaga kerja baharu sentiasa tersedia dan boleh diganti. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar untuk memilih bekerja berbanding melanjutkan pengajian tinggi adalah langkah awal untuk merancang penyelesaian yang relevan. Keputusan ini kompleks dan dipengaruhi oleh berbagai pertimbangan individu, ekonomi dan lingkungan sosial.
  • 7. PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN KAJIAN Penyelesaian bagi mengapa pelajar lebih memilih untuk bekerja daripada meneruskan pengajian boleh melibatkan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan tinggi serta menyediakan sokongan bagi mereka yang mempunyai halangan tertentu. Fadhlina Sidek (2023) sebagai Menteri Pendidikan menyatakan bahawa kementerian sedang melaksanakan rancangan pembangunan peribadi dan pendidikan kerjaya di sekolah untuk meningkarkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pendidikan di samping melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan minat untuk kerjaya masa depan. Beberapa langkah penyelesaian yang dapat dibendung terhadap pelajar lepasan SPM yang tidak ingin sambung pelajar ke peringkat univerisiti adalah seperti berikut: Bantuan Kewangan dan Biasiswa Kerajaan dan institusi pendidikan boleh menyediakan lebih banyak bantuan kewangan untuk membantu pelajar yang mungkin menghadapi masalah kewangan atau menyediakan biasiswa khas untuk melibatkan pelajar yang berpotensi tinggi. Hal ini dapat membantu mereka yang ingin melanjutkan pendidikan tinggi. Institusi juga boleh melakukan kerjasama dengan lembaga kewangan bagi memberi pinjaman kepada pelajar yang memerlukan dengan syarat-syarat yang sesuai. Selain itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) haruslah memperkenalkan dan menyeragamkan beberapa bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan atau negeri di setiap institusi pendidikan tinggi sama ada institusi awam atau institusi swasta. Sebagai contoh, bantuan zakat untuk pendidikan yang menumpukan kepada asnaf-asnaf yang mempunyai anak-anak untuk menyambung pelajaran di peringkat pendidikan tinggi. Pelbagai institusi zakat di negara Malaysia haruslah mengambil tindakan segera bagi mewujudkan saluran permohonan secara dalam talian kepada golongan memerlukan bantuan zakat mengikut ketetapan yang ditetapkan agar pemohon tidak perlu mengisi pelbagai borang yang rumit untuk ke pusat zakat sehingga mengeluarkan perbelanjaan besar. Di samping itu, KPT haruslah mengambil masa untuk turun padang bagi mengenal pasti mereka yang kurang berkemampuan tetapi memperolehi akademik cemerlang untuk disalurkan agihan zakan pendidikan.
  • 8. Dari keratan akhbar Berita Harian Online (Dr Abdul Riezal Dim, Timbalan Dekan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)) berkata pihak universiti telah cakna dengan kebajikan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dengan menawarkan beberapa kaedah seperti diberi peluang untuk bekerja di dalam kampus dan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan keusahawanan, memberi kelonggaran berkenaan penangguhan yuran pendidikan atau kolej kediaman sekiranya pelajar-pelajar tidak mempunyai biasiswa ataupun pinjaman pelajaran. Bukan sahaja tanggungjawab dari pihak kementerian semata-mata tetapi pihak universiti turut terlibat dengan kebajikan pelajar bagi membendung permasalahan pelajar daripada menangguhkan pengajian ataupun berhenti belajar. Memperkasakan Kempen IPT di Sekolah Menengah Pelajar sekolah harus diberikan pendedahan awal tentang pentingnya untuk melanjutkan pelajar selepas tamatnya SPM. Semua pihak bertanggungjawab memberi perhatian terhadap pelajar sekolah termasuklah pihak kerajaan, guru dan ibu bapa agar isu kurang minat sambung belajar di peringkat pengajian tinggi semakin berkurang dari tahun ke tahun. Ini juga dapat memberi pandangan yang positif di seluruh negara terhadap pencapaian yang dibuat oleh Malaysia berkenaan pendidikan. Terdapat beberapa cadangan bagi memperkasakan kempen Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekolah menengah iaitu: 1) Sesi penerangan Pihak sekolah dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) haruslah menganjurkan satu atau dua sesi penerangan yang diwakilkan oleh pihak universiti atau pakar industri kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar menengah atas tingkatan empat dan tingkatan lima supaya pelajar-pelajar dapat gambaran tentang peluang pengajian tinggi. Menjalankan program motivasi turut memberi dorongan kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan dapat memasuki pengajian tinggi.
  • 9. 2) Lawatan ke kolej atau universiti Pihak sekolah mestilah bekerjasama dengan mana-mana universiti untuk mengadakan lawatan supaya pelajar mendapat pengalaman yang berharga mengenai kehidupan seharian di pengajian tinggi. Selain itu, pihak sekolah haruslah mempunyai sasaran untuk pelajar-pelajarnya setiap tahun dengan menerapkan akademik dan sahsiah pelajar supaya mereka dapat memilih tempat pengajian tinggi yang diimpikan. 3) Pameran pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertanggungjawab dalam mengatur langkah untuk mengadakan pameran pendidikan di sekolah-sekolah sebanyak dua atau tiga kali dalam setahun dengan kerjasama pihak universiti. Tujuan pameran pendidikan diadakan adalah untuk memperkenalkan pelbagai program yang ditawarkan di pengajian tinggi dan mendedahkan program tersebut secara meluas supaya pelajar menengah atas memahami serta mempunyai sasaran selepas menduduki Sijil Peperiksaaan Malaysia (SPM). Bukan sahaja daripada mengadakan pameran pendidikan malah KPT perlulah bekerjasama dengan pihak sekolah dan pihak universiti menggunakan pelbagai media untuk mempromosikan program pengajian tinggi dan kejayaan alumni sekolah kepada pelajar dan komuniti. 4) Perbincangan bersama ibu bapa Di setiap sekolah mempunyai Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang berperanan menjaga dan melindungi pelajar-pelajar dan guru-guru bahkan memberi sumbangan terhadap perkembangan sekolah. Ini adalah tanggungjawab PIBG dalam menganjurkan sesi perbincangan bersama ibu bapa untuk membincangkan manfaat dan proses pengajian tinggi agar ibu bapa cakna dengan pendidikan yang disediakan di Malaysia bukan sahaja pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah sahaja.
  • 10. Memperkenalkan Bidang Pengajian Mengikut Peredaran Zaman Institusi pendidikan dapat merancang program-program pembelajaran yang diperlukan oleh industri masa kini dan akan datang. Ini boleh melibatkan kerjasama dengan perusahaan untuk memastikan pembaharuan bahan yang diajarkan. Selain itu, institusi pendidikan juga boleh menekankan penggunaan teknologi terkini dalam proses pembelajaran untuk mencerminkan perkembangan terkini dalam industri seperti membuat simulasi dan aplikasi yang relevan dengan bidang pekerjaan yang sedang berkembang. Dari keratan akhbar Berita Harian Online (Mohamad Fikri Hasbi, Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Kolej) menjelaskan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar dalam memilih kursus pengajian yang mana ia berbalik kepada minat dan keinginan seseorang dalam membentuk masa hadapan mereka tetapi terdapat juga pengaruh luar seperti paksaan daripada orang yang menyebabkan mereka menjadi ‘mangsa’ dalam menentukan masa hadapan sendiri. Pemilihan bidang pengajian yang mencerminkan peredaran zaman dpaat memberikan kelebihan dalam bersaing di pasaran kerja yang sentiasa berubah sekaligus membantu golongan muda mendapat pendidikan yang berkualiti pada masa kini dan hadapan. Perbincangan mengenai penyelesaian ini boleh mengeratkan lagi kerjasama antara pihak industri, kerajaan dan institusi pendidikan. Dengan cara ini, program pendidikan tinggi dapat menjadi lebih responsif terhadap perubahan di alam pekerjaan dan membantu merangsang minat pelajar untuk melanjutkan pendidikan tinggi dengan keyakinan bahawa pembelajaran tersebut sesuai dengan kehendak industri moden.
  • 11. KESIMPULAN Secara keseluruhan, keputusan pelajar memilih untuk bekerja daripada melanjutkan pengajian tinggi dipengaruhi oleh sejumlah faktor yang kompleks. Faktor ekonomi, pandangan terhadap manfaat dan ketidakpastian mengenai manfaat pendidikan tinggi adalah beberapa faktor utama. Faktor sosial, latar belakang keluarga dan persepsi terhadap beban hutang pendidikan juga memainkan peranan penting dalam membuat keputusan. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan yang diperlukan ialah melibatkan institusi pendidikan, kerajaan dan sektor industri. Usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai manfaat pendidikan tinggi, penyediaan bantuan kewangan yang lebih luas dan penyesuaian pembelajaran dengan keperluan industri dapat membantu menciptakan ruang yang mendokong pelajar dalam memilih jalur pendidikan tinggi. Kesimpulannya, mendokong keputusan pelajar untuk melanjutkan pendidikan tinggi memerlukan penyelesaian yang menyeluruh dan berpanjangan demi mewujudkan perkembangan kerjaya dan potensi peribadi mereka.
  • 12. RUJUKAN Afterschool.my. (2023). Sambung Belajar atau Bekerja Selepas SPM, Mana Satu Lebih Baik? Retrieved from Aftersch: https://afterschool.my/bm/berita/sambung-belajar-atau- bekerja-selepas-spm-mana-satu-lebih-baik Mohd Roji Kawi. (2023). Longgar syarat antara kaedah tarik minat lepasan SPM lanjut pengajian. Retrieved from Akhbar Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1144436/longgar-syarat-antara- kaedah-tarik-minat-lepasan-spm-lanjut Omar Ahmad. (2022). ASM diarah buat kaji selidik isu pelajar tak minat sambung belajar. Retrieved from Akhbar Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/993775/asm-diarah-buat-kaji- selidik-isu-pelajar-tak-minat-sambung-belajar Afizan Amer. (2021). Dilema anak muda, bekerja atau lanjut pelajaran. Retrieved from Akhbar Kosmo!: https://www.kosmo.com.my/2021/12/01/dilema-anak-muda-bekerja- atau-lanjut-pelajaran/ Akademi YEG Rangsang Prospek Kerja. (2022). Retrieved from Akhbar Berita Harian: https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2022/03/938315/yeg-academy- rangsang-prospek-kerja Apakah Pendidikan Tinggi?. Retrieved from Facts-News.Org: https://ms.facts- news.org/apakah-pendidikan-tinggi Awab Said & Sufean Hussin. (2006). Pelajar Sekolah Menengah Yang Bekerja Separuh Masa: Satu Tinjauan Di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan, 166. Basmin Maarof. (2023). Tidak Sambung Belajar Lepas SPM: Duit Lebih Penting? Retrieved from Ikram: https://ikram.org.my/tidak-sambung-belajar-lepas-spm-duit-lebih-penting/ Diana Azis. (2023). Anak muda tidak minat sambung belajar. Retrieved from Akhbar Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/253282/berita/nasional/anak-muda- tidak-minat-sambung-belajar Dr Azizi Ayob. (2023). Akademik penting buat generasi muda bangun negara. Retrieved from Akhbar Berita Harian:
  • 13. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1108742/akademik-penting- buat-generasi-muda-bangun-negara Dr. Rabatul Aduni Sulaiman. Pasca Covid-19: bekerja atau sambung belajar? Retrieved from Keratan Akbar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM): https://news.uthm.edu.my/ms/2022/08/pasca-covid-19-bekerja-atau-sambung- belajar/ Hampir 50 peratus pelajar lepasan SPM sesi persekolahan 2021 tidak berminat sambung belajar. (2023). Retrieved from Buletin TV3: https://www.buletintv3.my/nasional/hampir-50-peratus-pelajar-lepasan-spm-sesi- persekolahan-2021-tidak-berminat-sambung-belajar/ Juani Munir Abu Bakar. (2023). 458,000 lepasan SPM tidak sambung belajar sejak 2020. Retrieved from Akhbar Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/berita/2023/06/458000-lepasan-spm-tidak-sambung- belajar-sejak-2020/ Kenapa 72% pelajar tidak sambung belajar. (2022). Retrieved from The Malaysian Insight: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/392906 Lepasan SPM lebih rela jadi 'influencer'. (2023). Retrieved from Akhbar Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/954474/lepasan-spm-lebih-rela-jadi- influencer Mahaizura Abd Malik. (2023). Yuran Pendaftaran Univeristi Dihadkan Bermula Januari 2024. Retrieved from Akhbar Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1019711/yuran-pendaftaran-universiti- dihadkan-bermula-januari-2024 Meja Rencana. (2022). Tidak Sambung Belajar Kerana Yuran Terlalu Mahal. Retrieved from Akhbar Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/09/tidak- sambung-belajar-kerana-yuran-terlalu-mahal/ Mohamed Sahidi Yusof. (2016). Karnival IPT Beri Manfaat Kepada Pelajar. Retrieved from Akhbar Berita Harian: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/2645/2016/03/137571/karnival-ipt-beri- manfaat-kepada-pelajar
  • 14. Mohd Ridzuan Bin Naemat, Mohd Nor Khairil, Mohd Radzuan Harun. (2020). Faktor Pendorong yang Mempengaruhi Keputusan Melanjutkan Pengajian ke Institusi Pengajian. Jurnal Personalia Pelajar. Mohd Zaini Othman . (2023). SPM: Usah dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Retrieved from Malaysia Gazette: https://malaysiagazette.com/2023/06/14/spm- usah-dikejar-tak-dapat-yang-dikendong-berciciran/ Nor Farhana Yaacob. (2023). 300,000 lepasan SPM tidak mahu sambung belajar. Retrieved from Akhbar Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/269192/berita/nasional/300000-lepasan-spm- tidak-mahu-sambung-belajar Noraida Mohd Saim, Nurul Farraheeda Abd Rahman, Siti Hawa Rosli & Haslin Idayu Amaruddin. (2021). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) Memilih Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Awam. GADING (Online) Journal for Social Sciences, Special Issue KONAKA (Bahasa Melayu) - Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Vol 24(03). Nozina Yahaya. (2020). Pandemik Covid-19 ubah sistem pendidikan. Retrieved from Akhbar Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/113155/khas/wacanaquran/pandemik-covid- 19-ubah-sistem-pendidikan Nur Hasliza Mohd Salleh. (2023). Mengapa lepasan SPM tidak mahu sambung belajar? Retrieved from Akhbar Malaysia Now: https://www.malaysianow.com/my/news/2023/03/30/mengapa-lepasan-spm-tidak- mahu-sambung-belajar Sharifah Nur Syafiqah. (2023). Hampir 50% Pelajar Lepasan SPM 2021 Tidak Minat Sambung Belajar. Retrieved from the rakyat post: https://www.therakyatpost.com/trpbm/2023/05/25/hampir-50-pelajar-lepasan-spm- 2021-tidak-minat-sambung-belajar/ Trend Meningkat! Hampir 50 Peratus Pelajar Lepasan SPM Tak Sambung Belajar. (2023). Retrieved from Getaran Gema Berita Dan Hiburan: https://www.getaran.my/artikel/semasa/47319/trend-meningkat-hampir-50-peratus- pelajar-lepasan-spm-tak-sambung-belajar