SlideShare a Scribd company logo
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.0 PENGENALAN
Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di
air dan bernapas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling
beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara
taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya
masih diperdebatkan; biasanya ikan dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas
Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas
Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan
bertulang keras (kelas Osteichthyes).
Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan
untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara
untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga
memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam
akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan
menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan.
Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat
antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar
atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai
spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi
memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu
mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses
pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian
atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat
mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan
membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang
mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini
berlaku kepada anda.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari
jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah
sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau
dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar
dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di
dalam kurungan.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara
adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti
akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya
mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang
terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja
boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.
Ikan yang dipelihara
di dalam bekas atau
kolam
Ikan sebagai
perhiasan di rumah
atau penyeri rumah
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
TUJUAN
MEMELIHARA
IKAN HIASAN
Mengindahkan
ruang tempat
kediaman
sebnagai satu
hobi pada masa
lapang
menambahankan
pengetahuan
berkaitan dengan
hidupan akuatik
memberi
ketenangan
Sebagai sumber
pendapatan
Menghayati alam
akuatik
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.1 MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR I KAN
Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .
Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip
terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak
berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi
membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di
dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi
untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
Mata
Penutup
insang
Sirip kaudal /
ekor
Sirip anal
Sirip pelvikSirip
pektoral
Sirip dorsal
Garisan lateral
Mulut
Sisik
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup
insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam
air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut
nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak
melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2 JENIS – JENIS IKAN HIASAN
1.2.1 IKAN GUPPY
Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela,
kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana.
Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm.
Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan
pemerhatian dan kajian genetik.
Ciri-ciri:
a) dapat hidup dalam air kotor.
b) membiak secara beranak.
c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.
d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan.
e) cepat matang dan kurang penyakit.
f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.
g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.
Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal
diubahsuai untuk mencantikkan lagi.
Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk
betina.
Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan
dalam perut induk betina.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa
mengambil makanan daripada induk betina.
Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai
jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal.
Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana
telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada
yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya.
Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan
daripada perut betina.
Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan
memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air.
Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun.
Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus.
Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak.
Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk
membiak dengan subur.
Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina.
Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk.
Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak
ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.
Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan
datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki
diperolehi.
Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang
dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2.2 IKAN EMAS
Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan
Pulau Pinang.
Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet,
Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.
Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina
Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk
dan bulat (rounded).
Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara
kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim
pembiakannya.
Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam:
a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau
b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.
Makanan yang diberikan:
a) pellet yang mengandungi 30-35% protein.
b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.
Ikan emas betina
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang
tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau
cacing darah (blood worm).
Pembiakan ikan emas
Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu.
Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.
Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3
hari.
Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur.
Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan
metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.
Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan.
Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi.
Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.
Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan.
Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia
menetas dalam tempoh 30 - 35 jam.
Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung
pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2.3 IKAN TIGER BARB
Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika.
Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius
swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun.
Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air.
Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem
penapisan dan pengudaraan.
Spesies Ikan Barb:
Tiger Barb (Barbus tetrazona)
Tiger barb tempatan (Barbus pentazone)
Golden Barb (Barbus schuberti)
Cherry barb (Barbus conchonius)
Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus)
Rosy barb (Barbus conchonius)
Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan.
Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies).
Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah:
'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat.
'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan.
'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned
Rosy Barb'
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina
Ikan Tiger Barb Jantan Ikan Tiger Barb Betina
1) Warna ikan jantan lebih cerah
2) Perut ikan jantan berbentuk
langsing apabila mencapai
kematangan.
3) Ikan jantan lebih agresif.
1) Warna ikan betina agak pucat.
2) Setelah mencapai kematangan
ikan betina mempunyai perut yang
lebih buncit
3) Kurang agresif.
Penjagaan Ikan Tiger Barb
Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari.
Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang
mengandungi hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan
Brachionus.
Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp.
Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan
diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam
kolam asuhan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2.4 IKAN ANGEL
Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm.
Ikan ini disukai kerana tahan lasak.
Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet.
Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare):
a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman.
b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.
c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.
d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.
e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke
ekor berwarna putih.
Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina
Ikan jantan: Ikan betina:
1) Badan lebih besar.
2) Pada pandangan atas, perutnya
pipih dan kepala lebih besar.
3) Bahagian atas antara mulut dan
sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung.
4) Warna lebih terang.
5) Liang genital kecil panjang.
6) Lebih agresif.
1) Badan lebih kecil.
2) Pada pandangan atas, perutnya
besar dan kepala lebih kecil.
3) Bahagian antara mulut dan sirip
dorsal rata.
4) Warna tidak secerah ikan jantan.
5) Liang genital lebih tebal apabila
matang.
6) Kurang agresif.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Cara penjagaan Ikan Angel
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.
pH air antara 6.5 hingga 7.0.
Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang
7.5cm.
Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang
diberi 2 kali sehari.
Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya
sendiri.
Pembiakan Ikan Angel
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.
pH air antara 6.5 hingga 7.0.
Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang
7.5cm.
Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang
diberi 2 kali sehari.
Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya
sendiri.
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2.4 Ikan Pembersih/Ikan Bandaran
Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana
Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ’ikan bandaran’ atau ’ikan bandaraya’
kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin
akuarium.
Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan.
Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih
bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak
dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.
1.2.5 Ikan Flower Horn
Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di
Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae.
Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik
kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan
bentuk.
Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower
Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor
genetik ikan tersebut.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran
dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan,
perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara,
sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.
1.2.6 Rainbow
Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana
jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport.
Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia
maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow
Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik
sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna
bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan
menempelkan telur pada tanaman air.
1.2.7 Corydoras
Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati
pencinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport.
Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan
sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk
ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga.
Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung
dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan
seperti tulang yang tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis
yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat
mencapai 12 cm.
Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam
airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu
21.5-28 O C.
1.2.8 Ikan Severum
Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang
berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone).
Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu
coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi.
Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain
mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 – 7, suhu air 21 – 25°C. Induk jantan dan
betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan
berwarna lebih cerah dan lebDih besar dari betina.
Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing
sutera dll.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2.9 Ikan Diskus
Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan
hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut
mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di
Malaysia ikan
Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan
karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan.
Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal
dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara
didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium
berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk
hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 – 30 °
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.2.10 Ikan Arowana
Arowana tergolong di dalam keluarga ikan “karuhun”, iaitu Osteoglasidae atau
keluarga ikan “bony-tongue” (lidah bertulang), kerana bahagian dasar
mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi.
Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish),
Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang,
Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya.
Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan
tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma,
Thailand. Habitatnya adalah sungai – sungai besar dengan arus yang cukup
deras.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.3.1 BAHAN DAN KEPERLUAN ( MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI )
i. Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah
petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.
ii. Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki
lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar
sehingga 16 inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk
tumbesaran ikan tersebut.
iii. Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang
sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan
perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber
elektrik dan air yang cukup.
iv. Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir,
tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.
v. Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air
pump yang dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan
penggunaannya.
vi. Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting
kerana dapat member suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan
hiasan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
MEMILIH AKSESORI
Penyediaan aksesori adalah seperti berikut:
RAK / MEJA AKUARIUM
AKUARIUM
LAMPU
TUMBUHAN AKUATIK
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
PENAPIS / FILTER
PAM
BATUAN
TERMOMETER
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam
air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan
yang tidak habis dimakan oleh ikan.
Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di
dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat
berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
Contoh tumbuhan akuatik
Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan
lagi keindahan sesebuah akuarium.
Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat
perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan
cantik sepanjang masa.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
PEMILIHAN AKUARIUM DAN AKSESORI
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JENIS-JENIS AKUARIUM
1. Akuarium kaca
2. Akuarium plastic
3. Akuarium kaca bulat
4. Akuarium kaca berbadan kayu
5. Akuarium kaca berbingkai aluminium
6. Akuarium berbentuk panjang
PEMILIHAN BEKAS
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor
tertentu seperti:
Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan).
Jenis ikan hiasan.
Bilangan ikan hiasan.
Saiz ikan hiasan.
Saiz akuarium.
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai
digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan
sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti
arowana perlu menggunakansaiz yang lebih besar.
Contoh bekas/akuarium
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.4.1 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan
Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan
kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan
Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis permakanannya.
•
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda
hidup seperti ikan kecil atau haiwan
lain dikenali sebagai ikan pemangsa
atau karnivor. Biasanya ikan
pemangsa bersaiz besar, mempunyai
gigi yang tajam dan rahang yang
kuat. Makanan ikan karnivor ialah
seperti cengkerik, anak ikan, katak
atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah
ikan Sebarau, Oskar dan ikan
Arowana.
b. Ikan pemakan plankton
(organisma mikro di dalam
air)
Ikan yang memakan mikro
organisma di dalam air
dikenali sebagai ikan
pemakan plankton. Contoh
ikan ini ialah seperti ikan
Barb, ikan Tetra dan
kebanyakan jenis ikan
semasa peringkat anak.
d. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan
memakan tumbuhan dan
ianya dikenali sebagai
herbivor. Ikan ini tidak sesuai
dipelihara di dalam akuarium
yang ditanam tumbuhan
akuatik. Contoh ikan herbivor
ialah ikan Lampam dan Tiger
Barb.
c. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang
memakan pelbagai jenis
makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan
atau pellet. Kebanyakan ikan
hiasan ialah jenis ini kerana
ianya telah menyesuaikan diri
untuk hidup di dalam tangki.
Contoh ikan omnivor ialah ikan
Pelaga, Oscar, dan cichlid.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau
makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain
bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai
pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan
berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam
akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan
memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan
telah lapar.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
a. Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air,
cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
Blood worm Ulat roti
Plankton Plankton
b. Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
c. Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
d. Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia
diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan
hiasan atau pembekal makanan haiwan.
Pellet Emping
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.5.1 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut:
 Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
 Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa
lama.
 Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku
apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki
lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran
sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan
boleh didapati dari kedai akuarium.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan
awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang
terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka
yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang
dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat
itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar,
sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh
menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang
tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan
antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan
Pegawai Perikanan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
1.6.1 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
SENARAI PERBELANJAAN BAHAN DAN
ALATAN IKAN HIASAN
BAHAN DAN ALATAN KOS SEUNIT
(RM)
KUANTITI JUMLAH (RM)
Ikan ekor pedang 2.00 4 8.00
Ikan Tiger Bard 1.50 5 5.00
Ikan Loach 8.00 2 16.00
Ikan Sepat 2.50 2 5.00
Ikan Angel 4.50 2 9.00
Ikan Bandaran 1.00 1 1.00
Ikan Guppy Neon Merah 2.00 4 8.00
Aqua Plant 4.00 2 8.00
Kelikir warna-warni 3.50 1 3.50
Background akuarium 6.00 1 6.00
Tiub 3 kaki 1.00 1 1.00
Pam (800watt) 18.00 1 18.00
Lampu 10.50 1 10.50
Pasir biru (1 kg) 3.00 1 3.00
Pasir warna warni (1kg) 3.00 1 3.00
Model Tong Pecah 12.00 1 12.00
Tunggul kayu 7.00 1 7.00
Polisterin 3.00 1 3.00
Akuarium (1x3 kaki) 25.00 1 25.00
Makanan ikan 2.50 1 2.50
Klorin 1.00 1 1.00
Jumlah RM 165.50
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
2.0 DOKUMENTASI
2.1 PENGENALAN
Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan
beberapa perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila
sesuatu hobi itu memerlukan belanja yang agak banyak. Walaupun hobi memelihara
ikan ini tidak melibatkan belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya
hobi baru yang kita ceburi ini boleh mendatangkan manfaat.
Perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah
mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang
akan kita lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh
memulakan dengan membaca buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul
dengan mereka yang telah lama memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk
mengetahui cara penjagaan ikan hiasan supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan
mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga sebagai penambahan ilmu kepada kita.
Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil
kira sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca,
pastinya akuarium itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai
yang berdekatan dengan punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk
menukar air dan menghidupkan lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga
memudahkan kita untuk melakukan penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan
kekotoran di rumah kita.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
2.2 CARTA ALIR TUGASAN
Memerhati, memberi makanan, dan menjaga
ikan
Menyusun atur barang-barang dan peralatan
ke dalam akuarium.
Membeli barang-barang tambahan yang
berkaitan.
Mengemas, membersihkan dan mengeringkan
akuarium dan beberapa alatan lain.
Memilih sumber, bahan, alatan dan lain-lain.
Membuat tinjauan sumber dan bahan di
sekitar Jitra dan Kangar.
Menyenaraikan keperluan bahan wajib.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
. 2.2 LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM
LANGKAH 6
Mengemas,membersihkandanmengembalikanalatanyangtelahdigunakan
LANGKAH 5
sukatkanPhdan suhuair Memberi makanankepadaikan
MasukkantabletCo2 kedalam
reactor
Nyalakanlampudanpasangkan
penutupakuarium
LANGKAH 4
Pasangkandanhidupkanpamangin Sediakanlampu Masukkanikanhiasan
LANGKAH 3
Susunkanaksesori danbatuanmengikutpelan. Masukkanair selebihnyasehinggaparasair2 cm dari bibirakuarium.
LANGKAH 2
Masukkanair ke dalam akuariumsehingga50% penuh.
Tanamkantumbuhanakua yangdikehendaki.pastikanakar
tumbuhantersebutkenapadabajayangtelahdiletakkan.
LANGKAH 1
Sediakantapakfilterpada
akuarium.
Letakkanjaringatau kain
kasa atas tapakfilter.
Letakkanpasirhalus
untuklapisanpertama
Letakkan baja untuktumbuhan
akua bagi lapisankedua.
Pada lapisan akhir, letakkan pasir yang
hendak digunakan iaitu setebal 1.5 cm
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
2.3 BAHAN PENYEDIAAN AKUARIUM
Bahan
penyediaan
akuarium
pasir
batu-batuan
tanahbaja
Undergravel
tiub udara
moonstones
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
2.4 PERALATAN PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN
Peralatan
penyediaan
akuarium
ikan hiasan
akuarium
kaca
bersaiz 10
hingga 30
gelen air
penutup
akuarium
penyauk
ikan
plug
elektrik
lampu
tangki
pam
udara
kertas
litmus
cecair
penaik
dan
penurun
pH air
anti-klorin
makanan
ikan
span,
baldi,
getah,
sifon
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
2.5 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM
a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan
keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.
b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti
tangki, cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.
c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai,
pasir halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.
Langkah 1
Membersihkan akuarium yang dipilih dan mengeluarkan semua bahan dan
alatan yang lama.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Langkah 2
Letakkan satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan
ketebalan lebih kurang 28-30 mm dengan pasir yang berwarna gelap.
Langkah 3
Penambahan bagi bahan seperti batu dan pokok hiasan dibuat berdasarkan
tinjauan dan pemerhatian yang dibuat.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Langkah 4
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium
untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari
kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu
boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium.
Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum
dimasukan ke dalam akuarium.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Langkah 7
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan
akuatik di atasnya.
Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk
menghasilkan satu susunan yang menarik.
Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci
tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.
Contoh aquarium yang telah disediakan
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM
Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan
hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut.
Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah
seperti yang berikut :
Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.
Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan
untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di
dalam akuarium.
Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.
Selepas 30 minit, buka bekas plastik yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan
ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
3.1 CARTA GANTT
PERKARA M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10
Penerangan berkenaan
tugasan dan projek
Mencari bahan-bahan
berkenaan haiwan
kesayangan dan ikan hiasan
Meninjau dan membuat
perbandingan harga
Memilih ikan peralatan dan
bahan-bahan yang
diperlukan
Membersihkan, mengemas
dan mengeringkan akuarium
Membeli ikan dan barang-
barang yang diperlukan
Menyusun atur barang-
barang dan peralatan
akuarium mengikut prosedur
Menjaga dan merekodkan
keadaan haiwan dan ikan
Persediaan untuk amali
Ujian amali
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
4.0 CARA MENJAGA AKUARIUM
4.1 Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila
dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal
atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing,
terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan
tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan
baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.
4.2 Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½
atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti
pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan
selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya
diberi makan dengan berlebihan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
5.1 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN
DALAM AKUARIUM
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam
air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan
yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan
akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada
tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat
berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium
Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan
melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium.
Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas
karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke
semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang
dicadangkan.
Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
6.0 MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah
paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH
air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk
menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu
dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.
Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang
terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk
di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan
suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim
sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate.
Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan
urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang,
bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana
ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk
tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia
dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di
dasar akuarium.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
7.0 CONTOHJADUAL TUGASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 1
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan.
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium.
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan
makan,membuang
daun yang
kekuningan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 2
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan
makan,membuang
daun yang
kekuningan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 3
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan
makan,membuang
daun yang
kekuningan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 4
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan
makan,membuang
daun yang
kekuningan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 5
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan makan,
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 6
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan makan,
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 7
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan
makan,membuang
sampah kecil .
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 8
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan makan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 9
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan makan,
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
JADUAL TUGAS MINGGU 10
TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster
Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki
Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar
HARI NAMA
PELAJAR
CATATAN TANDA
TANGAN
IKAN
ISNIN
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SELASA
Fauzan
Fairus
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
RABU
Amier
Wan
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
KHAMIS
Miza
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
JUMAAT
Fauzan
Amier
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
SABTU
Wan
Miza
Dalam keadaan baik,
akuarium bersih,
memberi ikan makan.
AHAD Amier
Fairus
Dalam keadaan baik,
memberi ikan makan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
8.0 REKOD PEMERHATIAN
NAMA:...............................................................................................
HARI:.................................................................................................
TARIKH:............................................................................................
AKTIVITI PEMERHATIAN
Pemakanan Makan
Tidak makan
Kesihatan Sakit
Tidak Sakit
Fizikal Ikan Sihat
Tiada tanda-tanda penyakit
Kurus
Tidak Bermaya
Kualiti Air Bersih
Keruh
Pembiakan Ada
Tiada
Kebersihan Persekitaran Bersih
Kotor
Jenis Ikan
Loach Angel Tiger bard
Ikan
Bandaraya
Bilangan Ikan
Jumlah Ikan
Tandatangan,
.............................................................
( )
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
LANDSKAP
PANDANGAN HADAPAN
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
PANDANGAN SISI
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
PANDANGAN TAMBAHAN
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
PANDANGAN LUAR AKUARIUM
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
BIBLIOGRAFI
http://www.ikanhiasan.com
http://blogsyarih.com/ikan/akuarium-dan-jenis-jenis-ikan-hiasan
http://content.yudu.com/Library/A1n7w7/PengenalanIkanHiasan/resources/index.htm
?referrerUrl=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2Furl%3Fsa%3Dt%26source%
3Dweb%26cd%3D5%26ved%3D0CEAQFjAE%26
http://dindanman.blogspot.com/2008/10/pengenalan-ikan-hiasan.html
http://ikan-hiasan.blogspot.com/2009/02/ikan-hiasan-ornamental-fish-
pengenalan.html
http://pelihara-ikan.blogspot.com/2010/05/tindakan-awal-sebelum-memelihara-
ikan.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=618
0:arowana-ikan-hiasan-berharga&catid=312:pertanian-komersial
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
16.0 LAMPIRAN (PENGUMPULAN MAKLUMAT)
Ikan Hiasan: Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara
Filed U nder (Makanan Ikan, Penjagaan Ikan, Saiz Akuarium, Umum) by P uyu Sungai on 20 -03-2014
Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan hiasan, ini adalah sedikit tips untuk
memilih ikan yang ingin anda pelihara.
Saiz Ikan dan Bekas/Akuarium
Ikan yang hendak dipelihara perlulah sesuai dengan bekas/akuarium yang ada/akan digunakan.
Maksudnya di sini ialah saiz ikan itu.
Habitat ikan
Ikan yang hendak dipelihara hendaklah dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari habitat semulajadi
seperti sungai, kolam atau sebagainya. Ikan yang dibeli dari kedai ikan hiasan biasanya lebih jinak
daripada ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi dan sudah terbiasa dengan air bukan semulajadi.
Ikan dari sungai atau kolam pula biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan air dan
suasana yang baru dan jika anda tidak pandai membiasakan ikan tersebut dengan suasana yang baru,
kemungkinan besar ia akan mati.
Sifat Ikan
Sama ada jinak atau liar dan pemangsa atau bukan pemangsa. Perkara ini penting kerana jika anda
tidak tahu akan perkara ini adalah agak sukar untuk anda memelihara ikan tersebut.
Walaupun ikan yang dibeli di kedai mempunyai diet moden (makan pelet/dedak ikan) tetapi jika sekali-
sekala diberi makan makanan segar seperti cengkerik, lama kelamaan ia tidak akan mahu makan
makan moden lagi dan ini mungkin akan menyusahkan anda.
Menarik dan Mudah Dipelihara
Ikan yang dipelihara haruslah sesuai dengan tujuan anda untuk memeliharanya. Tidak semestinya ikan
itu cantik asalkan menarik mudah dipelihara dan boleh menenangkan fikiran anda dikira sudah
memadai.
Tahap KetahananTerhadap Perubahan Kualiti Air dalam Akua rium
Ikan jenis ini mudah dipelihara dan tidak banyak karenah akibat perubahan mutu air (tahap kebersihan
air).
Ada sesetengah ikan tidak tahan dengan air yang kurang bersih yang boleh menyebabkan ikan tersebut
sakit atau mati.
Tahap Ketahanan Terhadap Tenyakit
Perkara ini juga amat penting. Perlu diketahui bahawa ikan yang dipelihara di dalam akuarium bukan
sahaja makan tetapi juga mengeluarkan najis di dalam akuarium anda. Kadang-kadang najis ikan ini
boleh mendatangkan penyakit kepada ikan. walau bagaimanapun ada ikan yang tidak terkesan akibat
daripada pembuangan najisnya. Oleh itu anda perlulah tahu jenis ikan apa yang paling sesuai untuk
anda.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Republished by Old Post Promoter
Ikan Hiasan: Langkah-langkah Penyediaan Akuarium Ikan Hiasan
Filed U nder (Akuarium, Hiasan Akuarium, Peralatan Akuarium) by P uyu Sungai on 20 -03-2014
Setelah anda memilih jenis ikan yang sesuai dan membeli peralatan seperti akuarium dan aksesorinya,
beberapa langkah penyediaan akuarium perlu dilakukan sebelum anda boleh memasukkan ikan hiasan
ke dalam akuarium. Langkah-langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin agar anda berjaya untuk
memelihara ikan hiasan buat pertama kalinya.
Langkah-langkah Untuk Menyediakan Akuarium Ikan Hiasan
1. Bersihkan Dahulu Bekas/Akuarium Ikan Hiasan
Anda perlulah membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan air untuk memastikan habuk atau
kotoran yang melekat di dalam akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan anda nanti. Paling elok
bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan hos paip. Setelah siap dibersihkan, letakkan
akuarium di tempat yang anda inginkan.
2. Pasangkan Penapis Air
Selepas itu anda pasangkan penapis air termasuklah mesinnya sekali mengikut jenis yang anda pilih .
Pastikan anda meletakkan kotak penapis air (berspan) di tempat yang sesuai. Jika tidak air akan
meleleh keluar daripada akuarium.
3. Masukkan Batu Hiasan (jika perlu)
Masukkan batu hiasan jika perlu untuk tempat ikan bermain atau berteduh. Batu hiasan ini kadang-
kadang membuatkan ikan berasa seolah-olah ia berada di dalam sungai atau habitat semulajadi.
4. Masukkan Hiasan Dalam Lain (jika perlu)
Anda boleh masukkan hiasan dalaman lain seperti kincir air, rumah tiruan, tumbuhan hiasan dan
sebagainya jika perlu. Pastikan hiasan dalam lain ini tidak menyebabkan akuarium ikan hiasan menjadi
serabut/penuh dengan hiasan hinggakan ikan tidak kelihatan. Tujuan utama anda ialah memelihara ikan
hiasan dan bukannya menghias akuarium.
5. Masukkan Aksesori Yang Diperlukan
Aksesori yang dimaksudkan di sini ialah seperti penapis udara, penyukat suhu (termometer), penyukat
ph air dan lampu. Anda hanya perlu pasangkan aksesori ini jika ikan hiasan anda perlukannya dan akan
mati jika aksesori ini tidak disediakan. Pastikan anda bertanya kepada penjual ikan hiasan akan
keperluan ikan yang ingin anda pelihara.
6. Masukkan Air Secukupnya
Selepas itu anda masukkan air secukupnya. Maksud secukupnya di sini ialah jarak antara paras air
dengan bahagian atas akuarium (bahagian kaca) ialah lebih kurang 3-4 inci. Jika terlalu penuh ia akan
melimpah jika ikan melompat untuk berebut makanan (jika lebih daripada seekor ikan). Jika terlalu
cetek atau air terlalu kurang suhu air kadang-kadang menjadi panas jika suhu di luar terlalu panas.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
7. Masukkan Ceccair Anti Klorin dan Garam Mengikut Sukatan Yang Sesuai
Pastikan anda masukkan cecair anti klorin dan garam yang cukup mengikut sukatan yang telah
ditentukan berdasarkan saiz akuarium anda. Anti klorin yang dijual di pasaran mempunyai sukata n yang
berbeza berdasarkan saiz akuarium. Pastikan anda membaca label pada botol anti klorin sebelum
memasukkannya ke dalam akuarium. Garam pula hanya perlu dimasukkan sedikit untuk membunuh
bakteria yang boleh membahayakan ikan. Garam juga boleh dibeli di kedai ikan hiasan.
8. Hidupkan Pam Air
Setelah semuanya siap, pasangkan suis pam air ke soket yang berdekatan. Hidupkan pam air dan
biarkan antara 1 – 2 jam. JANGAN masukkan ikan lagi. Selepas itu barulah anda masukkan ikan seekor
demi seekor.
Ikan Hiasan: Faktor Penyebab Penyakit Ikan Hiasan
Filed U nder (Penjagaan Ikan, Penyakit Ikan) by P uyu Sungai on 19 -03-2014
Biasanya ikan hiasan yang dipelihara di dalam akuarium mudah dijangkiti oleh penyakit sekiranya
kurang pemantauan pemilik ikan ke atas ikan hiasan. Antara faktor biasa dan sering menyebabkan ikan
dijangkiti penyakit ialah:
Contoh Ikan Yang Sihat
1. Suhu Air Dalam Akuarium
Suhu air yang di dalam akuarium yang terlalu sejuk membolehkan parasit ikan hidup dan membiak di
dalam akuarium. Parasit ini akan melekat pada sisik (badan) ikan hiasan dan menyebabkan ikan hiasan
sakit.
2. Air Di Dalam Akuarium Yang Kotor
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Contoh akuarium yang kotor
Air akuarium yang tidak diganti atau dirawat akan menjadikannya kotor akibat daripada najis dan
lebihan makanan ikan. Air yang kotor boleh menjadi racun kepada ikan hiasan. Selain itu air yang kotor
dan berkeladak juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam akuarium sekaligus akan
menyebabkan ikan lemas atau mati.
3. Luka atau Kecederaan Ikan Yang Tidak Dirawat
Contoh ikan yang luka
Ikan yang luka atau mengalami kecedaraan akibat proses pemindahan dari akuarium lain juga boleh
mengundang penyakit kepada ikan hiasan. Sebaik-baiknya ketika memindahkan ikan terutama ikan
yang agak agresif atau besar pemiliknya perlu memasukkan cecair pelali yang boleh didapati di kedai
ikan hiasan. Anda juga perlu mendapatkan cara untuk menggunakan ubat pelali ini da ripada pemilik
kedai ikan hiasan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membunuh ikan hiasan anda.
Ikan Hiasan: Pengurusan Akuarium Ikan Hiasan
Filed U nder (Hiasan Akuarium, Penjagaan Akuarium, Peralatan Akuarium) by P uyu Sungai on 19 -03-2014
Memelihara ikan hiasan bukan hanya memerlukan kita menjaga makanan dan kesihatan ikan tetapi juga
perlu mengurus akuarium ikan itu sendiri. Ini adalah kerana pengurusan akuarium yang baik akan
menjadikan ia cantik, menarik dan selamat (tidak beracun) dan sesuai untuk ikan hidup dengan seles a.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam mengurus bekas/akuarium. Perkara-
perkara tersebut adalah seperti berikut :
·
1. Sistem Pengudaraan Akuarium
Untuk memastikan peredaran udara yang baik, pam udara diperlukan untuk menambah ka ndungan
oksigen dalam air. Oksigen yang mencukupi adalah amat perlu terutama kepada ikan-ikan jenis yang
kurang tahan seperti ikan emas, arowana (kelisa), guppy dan lain-lain. Manakala untuk ikan-ikan yang
tahan seperti ikan kalui, puyu dan tilapia, mereka tidak memerlukan sangat pengudaraan yang baik jadi
memadai jika anda hanya memasang penapis air yang boleh berfungsi sebagai pam udara.
2. Sistem Penapis Air
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Contoh Penapis Air (Top/Atas)
Terdapat banyak sistem penapis air yang digunakan. Biasanya pemelihara ikan hiasan yang baru akan
menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati di kedai ikan
hiasan. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat
menjadi kotor. Walau bagaimanapun ia agak mahal sedikit. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem
biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang
boleh membawa penyakit kepada ikan.
3. Perawatan Air
Air yang digunakan terutama air dari air paip di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat
di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti
klorin dan memasukkan sedikit garam (NaCl) bagi membunuh bakteria. Garam dan cecair anti klorin ini
boleh dibeli di kedai hiasan. Garam biasa juga boleh digunakan.
4. Aksesori Akuarium
Kebiasaannya pemelihara iakan akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal,
kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut
tidak bertoksik kerana ianya
boleh merbahaya kepada ikan hiasan. Selain itu pastikan juga agar aksesori tadi boleh menjadikan
akuarium anda nampak menarik dan bukannya berserabut atau berselerak.
5. Meletakkan Batu-batan Di Dasar Akuarium
Pemilihan batu juga perlu diambil kira kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di jual di
pasaran yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Pastikan warna atau cat batu tersebut tidak
luntur dan membahayakan ikan anda. Jika boleh cari sahaja batu-batu dari sungai kerana ia dah tentu
sekali tidak bertoksik dan percuma.
6. Hiasan Lain Dalam Akuarium
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Contoh Hiasan Dalam Akuarium
Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa seseorang. Walau apapun
pastikan reka bentuk hiasan yang hendak disediakan memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang
dan tidak menjadi satu gangguan kepadanya.
Republished by Old Post Promoter
Post a Comment
(0) Comments Read More
Apr
18
Tujuan Memelihara Ikan Hiasan: Hobi atau Sumber Pendapatan
Filed U nder (Umum) by P uyu Sungai on 18 -03-2014
Memelihara ikan hiasan adalah merupakan satu kegiatan yang sihat. Selain daripada dapat
menenangkan fikiran bila melihat liuk lengkoknya dalam aquarium, ia juga boleh memberikan inspirasi
kepada sesetengah orang.
Umumnya ada dua sebab kenapa orang memelihara ikan hiasan.
Sebagai Hobi
Pertama ialah orang yang menjadikannya sebagai hobi atau suka-suka. Golongan ini hanya memelihara
ikan hiasan tanpa motif atau tujuan komersial. Mereka seronok melihat telatah ikan-ikan peliharaan
mereka di dalam aquarium.
Selain itu, hobi memelihara ikan hiasan juga adalah merupakan hobi yang tidak menyusahkan. Hobi ini
senang diurus dan tidak memerlukan masa yang banyak. Adalah memadai sekiranya kita sentiasa
memastikan keadaan aquarium sentiasa bersih, airnya mencukupi dan sesuai untuk ikan hidup dan ikan
sentiasa diberi makan dan dipantau kesihatannya.
Berbanding dengan binatang peliharaan lain yang memerlukan kita untuk memandikannya,
mendapatkan lesen dan sebagainya.
Sebagai Sumber Pendapatan
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Ada juga orang yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sama ada sumber pendapatan
utama atau sampingan.
Permintaan terhadap ikan hiasan terutamanya jenis ikan premium (mahal) sentiasa tinggi dan tidak
pernah mencukupi. Kesannya harga ikan hiasan melambung tinggi.
Golongan yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan utama ini bukan sahaja
membiakkan induk ikan dan menjual anak-anak ikan malahan mereka juga menjual aksesori seperti
aquarium, penapis air, makanan ikan dan sebagainya sebagai pakej lengkap untuk memulakan hobi
memelihara ikan.
Bagi mereka yang hanya menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sampingan pula, mereka
sama ada membeli anak-anak ikan dan membesarkannya sebelum menjualnya semula atau
membiakkan induk ikan. Golongan ini biasanya tidak akan menjual aksesori untuk memelihara ikan
hiasan.
Ini adalah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama berkaitan dengan tujuan memelihara ikan hiasan.
Republished by Old Post Promoter
Post a Comment
(0) Comments Read More
Apr
17
Ikan Hiasan: Maklumat Ringkas Ikan Emas
Filed U nder (Ikan Emas) by P uyu Sungai on 17 -03-2014
Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ),Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal
yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli
yang agak kecil kepada famili ikan kap (yang merangkumi ikan kap koiserta kap krusian), Ikan Mas
ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur(dibela jinak buat
pertama kali diChina)[1]
dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama
saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-
spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.
Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun(4.5 kilogram)
beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun
lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya
hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk .
Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu
Penjagaan Akuarium: Kebersihan Akuarium
Filed U nder (Akuarium, Penjagaan Akuarium) by P uyu Sungai on 17-03-2014
Kebersihan akuarium adalah merupakan satu perkara perlu diberi perhatian oleh pemilik ikan hiasan
untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan selain untuk mengelakkan air daripada menjadi
racun atau tercemar dengan bakteria.
Antara aspek utama agar akuarium sentiasa bersih ialah jangan memberi makanan yang berlebihan.
Adalah memadai untuk memberi makan antara satu atau dua kali sahaja sehari pada kadar yang
mencukupi supaya air tidak kotor akibat baki makanan yang gagal dihabiskan ikan selain najis akibat
makan berlebihan tadi.
Sekiranya ada menggunakan penapis air (water pump) adalah memadai untuk anda membersihkan
keseluruhan akuarium sekali dalam 2 minggu. Walau bagaimanapun ia adalah bergantung kepada jenis
ikan dan tahap kotoran dalam akuarium. Ini adalah kerana anda hanya perlu
membersihkan/menggantikan penapis air sekiranya air dalam akuarium dah mula kotor/keruh.
Perlu juga diambil perhatian bahawa sekiranya anda ingin membersihkan dan menggantikan air dalam
akuarium, tinggalkan sedikit air (untuk pembersihan biasa) kerana jika tidak ikan akan terkejut dengan
perubahan air (air baru) secara mendadak. Ikan mungkin juga akan mati. Jadi sekiranya anda ingin
membersih dan menukar air dalam akuarium tanya dulu pengalaman daripada mereka yang dah la ma
memelihara ikan hiasan. Anda perlu ambil perhatian bahawa cara penjagaan ikan adalah berbeza
mengikut spesies masing-masing.
Sekiranya anda dapati ada ikan yang tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar
biasa, ada kecederaan, berubah warna, sisiknya tertanggal atau kembang, ikan tersebut perlu
diasingkan dengan ikan lain dan diberi rawatan.
Anda boleh mendapatkan ubat untuk merawat ikan di kedai-kedai ikan hiasan berhampiran anda. Apa
yang penting ialah anda beritahu maklumat yang tepat berkenaan dengan keadaan ikan anda.
Kegagalan mengasingkan ikan yang sakit akan menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit pada ikan
lain. Ini kerana penyakit berkenaan mampu merebak cepat dan boleh menyebabkan keseluruhan air di
dalam akuarium akan tercemar dengan bakteria.
Jika ada ikan yang mati di dalam akuarium, ia perlu dibuang secepat mungkin untuk mengelakkan
daripada berlaku jangkitan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Ikan Hiasan: Kepentingan Tumbuhan Akuatik Untuk Ikan Hiasan
Filed U nder (Hiasan Akuarium) by P uyu Sungai on 11 -03-2014
Selain daripada makanan dan peralatan asas akuarium, tumbuhan akuatik penting juga adalah penting
untuk diletakkan di dalam akuarium. Ini adalah kerana tumbuhan tersebut;
1. Akan menyerap semua bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan hiasan dan sisa makanan yang tidak
habis dimakan oleh ikan hiasan. Bahan kumuh dan sisa makanan ikan hiasan tadi biasanya akan
mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Oleh itu tiada masalah
untuk pemelihara ikan hiasan untuk memelihara tumbuhan akuatik ini
2. Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis. Untuk tujuan ini,
anda mesti pastikan agar akuarium ikan hiasan mendapat cahaya matahari (bukan secara terus/direct).
3. Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh
ikan-ikan lain sekiranya anda memelihara ikan hiasan yang pelbagai jenis atau saiz.
4. Mencantikkan lagi akuarium anda dengan syarat jangan letakkan terlalu banyak tumbuhan akuatik.
Jika anda memasukkan terlalu banyak tumbuhan akuatik di dalam akuarium ia akan menjadikan
akuarium itu nampak sesak dan berserabut.
Ikan Hiasan: Aksesori Tambahan Akuarium dan Fungsinya
Filed U nder (Hiasan Akuarium) by P uyu Sungai on 05 -04-2014
Aksesori tambahan untuk akuarium juga adalah dianggap penting bagi sesetengah pemelihara ikan
hiasan. Walau bagaimanapun kadang-kadang aksesori tambahan ini memang perlu bergantung kepada
tujuan anda memelihara ikan hiasan dan jenis ikan hiasan yang dipelihara.
Antara tujuan aksesori tambahan untuk akuarium ikan hiasan ialah:
1. Mencantikkan suasana dalam akuarium.
2. Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan hiasan dan keadaan sekelilingnya.
3. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan berenang dan bermain.
4. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan bertelur dan membiak.
Jenis-jenis Aksesori Tambahan Akuarium
1. Lampu
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Contoh lampu ikan hiasan pada akuarium
Lampu digunakan untuk mewujudkan suasana yang lebih terang dan ceria. Walau bagaimanapun
kelemahannya ialah apabila terjadi blackout (elektrik terputus) ada beberapa jenis ikan hiasan yang
akan berasa resah dan gelisah umpamanya ikan kelisa (arowana). Oleh itu pastikan a nda mempunyai
’backup’ power untuk memastikan lampu sentiasa menyala terutamanya pada waktu malam.
2. Pasir
Contoh pasir untuk akuarium
Pasir biasanya digunakan sebagai tapak akuarium. Selain itu ia juga membantu menyaring kotoran
dalam akuarium. Sebelum memasukkan pasir pastikan ialah bersih dan bebas daripada sebarang
kekotoran. Seelok-eloknya bersihkan dan keringkan pasir sebelum dimasukkan ke dalam akuarium.
3. Batu
Contoh batu sungai
Batu biasanya digunakan untuk mencantikkan akuarium. Selain itu ia juga boleh dijadikan tempat lumut
membiak yang menjadi sumber makanan kepada beberapa jenis ikan. Anda disyorkan untuk
menggunakan batu jenis asli seperti batu sungai atau batu bukit. Batu tiruan yang berwarna -warni
adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan warna (cat) yang ada pada batu tersebut boleh luntur dan
menjadi racun kepada ikan hiasan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
4. Ikan Pembersih/Ikan Bandaran
Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana
Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ’ikan bandaran’ atau ’ikan bandaraya’ kerana sifatnya yang
dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa -sisa makan dan
juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan
lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin)
selama beberapa minggu.
5. Tumbuhan Akuatik
Contoh tumbuhan akuatik
Tumbuhan akuatik mempunyai banyak kegunaan lain selain daripada untuk mencantikkan akuarium.
Antaranya ialah sebagai sumber makanan kepada sesetengah ikan hiasan, sumber utama oksigen,
tempat ikan bermain dan berlindung serta boleh menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh ikan
hiasan dalam akuarium.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Ikan Hiasan: Mengenali dan Memilih Makan Ikan Hiasan
Filed U nder (Makanan Ikan) by P uyu Sungai on 03 -04-2014
Makanan ikan adalah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemelihara ikan hiasan.
Kesilapan memberi makanan yang kurang sesuai kepada ikan hiasan akan menimbulkan masalah.
Setakat ini ada dua jenis makanan ikan hiasan iaitu jenis terapung dan jenis tenggelam.
Contoh Pellet Ikan (dedak)
1. Makanan Ikan Jenis Terapung
Makanan ikan jenis ini adalah sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala
ke atas dan pertengahan kepala. Oleh itu anda perlulah memastikan anda membeli makanan ikan yang
betul. Perkara ini boleh ditanyakan kepada pemilik kedai ikan hiasan.
Ikan Kelisa (arowana) adalah contoh ikan muncung ke atas
2. Makanan Ikan Jenis Tenggelam
Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah.
Ikan Patin adalah contoh ikan yang muncungnya ke bawah
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Ikan Hiasan: Bagaimana Mengenalpasti Mutu Air Dalam Akuarium Ikan
Hiasan Anda
Filed U nder (Akuarium, Penjagaan Akuarium) by P uyu Sungai on 29 -03-2014
Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan perlulah memastikan mutu air
dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hidup. Terdapat 3 cara mudah
yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada mutu air dalam akuarium ikan hiasan sesuai
untuk ikan anda.
1. Mengukur pH Air Akuarium
PH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 – 14. Nilai 1 bermakna paling
masam atau berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud paling alkali. pH air yang paling sesuai untuk
akuarium ikan hiasan ialah di antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus digunakan untuk
menentukan nilai pH.
Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu masam atau berasid (asiditik), nila i pH air perlu
dipastikan atau diukur dari semasa ke semasa.
2. Menyukat Suhu Air Akuarium
Pada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Begitu juga
dengan ikan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang terlalu tinggi ataupun rendah boleh menyebabkan
ikan mati. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-bolehnya diletakkan pada
suhu bilik. Maksudnya di sini ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada cahaya matahari secara
terus (direct sunlight).
3. Memantau Bahan Beracun Dalam Akuarium
Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasan
Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara.
Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan
kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna
kepada tumbuhan akuatik di dalam akuarium.
Walau bagaimanapun air akuarium yang nampak kotor atau berkeladak dengan najis (perkumuhan) ikan
perlulah dirawat atau dibersihkan untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada menjadi racun
kepada ikan hiasan.
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
Ikan Hiasan: Contoh Penyakit Ikan Hiasan
Filed U nder (Penjagaan Ikan, Penyakit Ikan) by P uyu Sungai on 25 -03-2014
Terdapat pelbagai jenis penyakit ikan hiasan. Walau bagaimanapun dalam artikel ini saya hanya akan
menyentuh beberapa contoh penyakit ikan hiasan yang biasa sahaja. Antara penyakit ikan hiasan yang
biasa adalah seperti berikut:
1. Penyakit Rintik Putih
Penyakit ini dipanggil rintik putih kerana ia berwarna keputih-putihan. Penyakit ini adalah disebabkan
oleh parasit yang melekat pada sisik ikan hiasan akibat suhu air yang terlalu sejuk. Penyakit jenis ini
boleh dirawat dengan menggunakan larutanmethylene blue dan campuran sedikit garam biasa.
Contoh Penyakit Rintik Putih
2. Penyakit Kulat
Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan pada bahagian badan
yang mengandungi luka.Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue yang
dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan hiasan yang
dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
Contoh penyakit kulat
3. Jangkitan Bakteria
Pemilik ikan hiasan boleh mengetahui penyakit ini dengan melihat warna ikan hiasan. Jika warna ikan
hiasan menjadi pudar, sisik mengembang atau perut buncit maka ikan hiasan tersebut terkena jangkitan
bakteria. Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak
RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN
sesuai atau ikan hiasan mengalami tekanan. Ia boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang
boleh didapati di kedai ikan hiasan.
Contoh Jangkitan Bakteria

More Related Content

What's hot

Rbt tahun 4 unit 4 pembungkusan
Rbt tahun 4 unit 4 pembungkusanRbt tahun 4 unit 4 pembungkusan
Rbt tahun 4 unit 4 pembungkusan
Nor Hafiz
 
rekod kerja jahitan
rekod kerja jahitanrekod kerja jahitan
rekod kerja jahitan
emerafi
 
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksModul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Nurul Eiqa
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
AkhiarP
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Sherly Jewinly
 
NOTA FERTIGASI
NOTA FERTIGASINOTA FERTIGASI
NOTA FERTIGASI
Fadhirul Fitri
 
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 20121. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
Farra Deena
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 
Elektronik
ElektronikElektronik
RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT
Rafiah Fiah
 
Bab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatanBab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatan
deeyah mar
 
Proses reka bentuk
Proses reka bentukProses reka bentuk
Proses reka bentukZiana J
 
Penyediaan tapak tanaman sayuran
Penyediaan tapak tanaman sayuranPenyediaan tapak tanaman sayuran
Penyediaan tapak tanaman sayuranAzman Ghazali
 
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semulaTanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
Liza MoKa
 
Bab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseksBab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseks
Syiera Rahman
 
KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]
KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]
KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]
Amyra Ardini
 
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBTDokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
Sherly Jewinly
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
Amran Aris
 

What's hot (20)

Rbt tahun 4 unit 4 pembungkusan
Rbt tahun 4 unit 4 pembungkusanRbt tahun 4 unit 4 pembungkusan
Rbt tahun 4 unit 4 pembungkusan
 
rekod kerja jahitan
rekod kerja jahitanrekod kerja jahitan
rekod kerja jahitan
 
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksModul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
 
NOTA FERTIGASI
NOTA FERTIGASINOTA FERTIGASI
NOTA FERTIGASI
 
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 20121. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Elektronik
ElektronikElektronik
Elektronik
 
Rph jahitan
Rph jahitanRph jahitan
Rph jahitan
 
RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT RPH tahun 5 RBT
RPH tahun 5 RBT
 
Bab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatanBab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatan
 
Proses reka bentuk
Proses reka bentukProses reka bentuk
Proses reka bentuk
 
Penyediaan tapak tanaman sayuran
Penyediaan tapak tanaman sayuranPenyediaan tapak tanaman sayuran
Penyediaan tapak tanaman sayuran
 
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semulaTanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
 
Bab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseksBab4 pembiakan seks dan aseks
Bab4 pembiakan seks dan aseks
 
KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]
KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]
KHB Tingkatan 2 [Tanaman Hiasan Pemasuan Semula]
 
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBTDokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Rbt
RbtRbt
Rbt
 

Similar to Ikanhiasanful siap edit....

NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1Ct Noreha
 
Analisis SWOT Ikan Cupang
Analisis SWOT Ikan CupangAnalisis SWOT Ikan Cupang
Analisis SWOT Ikan Cupang
Nida Chofiya
 
Budidaya pembenihan ikan hias
Budidaya pembenihan ikan hiasBudidaya pembenihan ikan hias
Budidaya pembenihan ikan hias
gede jovial
 
Pedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lele
Pedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lelePedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lele
Pedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lele
Warta Wirausaha
 
budidaya ikan hias jenis cichlidae oleh k
budidaya ikan hias jenis cichlidae oleh kbudidaya ikan hias jenis cichlidae oleh k
budidaya ikan hias jenis cichlidae oleh k
THEOVITO
 
Budidaya kakap makalah
Budidaya kakap makalahBudidaya kakap makalah
Budidaya kakap makalah
Novita Adiningtyas
 
Hewan Endemik.pptx
Hewan Endemik.pptxHewan Endemik.pptx
Hewan Endemik.pptx
mikeyulisa
 
Hewan Endemik di danau maninjau
Hewan Endemik di danau maninjauHewan Endemik di danau maninjau
Hewan Endemik di danau maninjau
mikeyulisa
 
Budidaya Ikan guppy
Budidaya Ikan guppyBudidaya Ikan guppy
Budidaya Ikan guppy
Anang Shodiqin
 
28853451 ikan-hiasan
28853451 ikan-hiasan28853451 ikan-hiasan
28853451 ikan-hiasanClément Teh
 
Ikan patin
Ikan patinIkan patin
Ikan patin
Satriyo Ribowo
 
Budidaya ikan hias komet
Budidaya ikan hias kometBudidaya ikan hias komet
Budidaya ikan hias komet
FitriHastuti2
 
Budidaya Ikan NIla
Budidaya Ikan NIlaBudidaya Ikan NIla
Budidaya Ikan NIla
Ammara Fathina
 
Budidaya Pakan Alami secara massal
Budidaya Pakan Alami  secara massalBudidaya Pakan Alami  secara massal
Budidaya Pakan Alami secara massal
Batar Siahaan
 
Ikan gabus
Ikan gabusIkan gabus
Ikan gabus
Thie Thien
 
Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)
Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)
Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)
MariaAndrian16
 
Jenis jenis ikan hias air tawar
Jenis jenis ikan hias air tawarJenis jenis ikan hias air tawar
Jenis jenis ikan hias air tawar
muhammad arifuddin
 
Cara Budidaya Ikan Hias
Cara Budidaya Ikan HiasCara Budidaya Ikan Hias
Cara Budidaya Ikan Hias
DomasNovendraSudiyan
 

Similar to Ikanhiasanful siap edit.... (20)

NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1NOTA IKAN HIASAN 1
NOTA IKAN HIASAN 1
 
Analisis SWOT Ikan Cupang
Analisis SWOT Ikan CupangAnalisis SWOT Ikan Cupang
Analisis SWOT Ikan Cupang
 
Budidaya pembenihan ikan hias
Budidaya pembenihan ikan hiasBudidaya pembenihan ikan hias
Budidaya pembenihan ikan hias
 
Pedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lele
Pedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lelePedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lele
Pedoman Teknis Sukses Wirausaha Budidaya Ikan lele
 
Ikan hiasan
Ikan hiasanIkan hiasan
Ikan hiasan
 
budidaya ikan hias jenis cichlidae oleh k
budidaya ikan hias jenis cichlidae oleh kbudidaya ikan hias jenis cichlidae oleh k
budidaya ikan hias jenis cichlidae oleh k
 
Budidaya kakap makalah
Budidaya kakap makalahBudidaya kakap makalah
Budidaya kakap makalah
 
Hewan Endemik.pptx
Hewan Endemik.pptxHewan Endemik.pptx
Hewan Endemik.pptx
 
Hewan Endemik di danau maninjau
Hewan Endemik di danau maninjauHewan Endemik di danau maninjau
Hewan Endemik di danau maninjau
 
Budidaya Ikan guppy
Budidaya Ikan guppyBudidaya Ikan guppy
Budidaya Ikan guppy
 
28853451 ikan-hiasan
28853451 ikan-hiasan28853451 ikan-hiasan
28853451 ikan-hiasan
 
Ikan Hiasan 1
Ikan Hiasan 1Ikan Hiasan 1
Ikan Hiasan 1
 
Ikan patin
Ikan patinIkan patin
Ikan patin
 
Budidaya ikan hias komet
Budidaya ikan hias kometBudidaya ikan hias komet
Budidaya ikan hias komet
 
Budidaya Ikan NIla
Budidaya Ikan NIlaBudidaya Ikan NIla
Budidaya Ikan NIla
 
Budidaya Pakan Alami secara massal
Budidaya Pakan Alami  secara massalBudidaya Pakan Alami  secara massal
Budidaya Pakan Alami secara massal
 
Ikan gabus
Ikan gabusIkan gabus
Ikan gabus
 
Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)
Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)
Budidaya Ikan Cupang (SMA Negeri 1 Klaten)
 
Jenis jenis ikan hias air tawar
Jenis jenis ikan hias air tawarJenis jenis ikan hias air tawar
Jenis jenis ikan hias air tawar
 
Cara Budidaya Ikan Hias
Cara Budidaya Ikan HiasCara Budidaya Ikan Hias
Cara Budidaya Ikan Hias
 

More from Amad Fuad

Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
Amad Fuad
 
Sains , teknologi dan masyarakat
Sains , teknologi dan masyarakatSains , teknologi dan masyarakat
Sains , teknologi dan masyarakatAmad Fuad
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Amad Fuad
 
Lampiran e penggunan movie maker
Lampiran e penggunan movie makerLampiran e penggunan movie maker
Lampiran e penggunan movie makerAmad Fuad
 

More from Amad Fuad (6)

Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 
Sains , teknologi dan masyarakat
Sains , teknologi dan masyarakatSains , teknologi dan masyarakat
Sains , teknologi dan masyarakat
 
Sdppp
SdpppSdppp
Sdppp
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
Lampiran e penggunan movie maker
Lampiran e penggunan movie makerLampiran e penggunan movie maker
Lampiran e penggunan movie maker
 
Bahan edu
Bahan eduBahan edu
Bahan edu
 

Recently uploaded

SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 

Recently uploaded (20)

SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 

Ikanhiasanful siap edit....

  • 1. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.0 PENGENALAN Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernapas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes). Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara
  • 2. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan. Ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam Ikan sebagai perhiasan di rumah atau penyeri rumah
  • 3. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN Mengindahkan ruang tempat kediaman sebnagai satu hobi pada masa lapang menambahankan pengetahuan berkaitan dengan hidupan akuatik memberi ketenangan Sebagai sumber pendapatan Menghayati alam akuatik
  • 4. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.1 MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR I KAN Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit . Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung. Mata Penutup insang Sirip kaudal / ekor Sirip anal Sirip pelvikSirip pektoral Sirip dorsal Garisan lateral Mulut Sisik
  • 5. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga. Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
  • 6. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2 JENIS – JENIS IKAN HIASAN 1.2.1 IKAN GUPPY Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri: a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan. e) cepat matang dan kurang penyakit. f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F. g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu. Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina. Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina.
  • 7. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal. Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya. Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina. Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air. Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun. Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus. Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur. Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina. Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk. Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina. Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi. Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang
  • 8. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2.2 IKAN EMAS Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang. Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu. Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat (rounded). Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya. Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam: a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m. Makanan yang diberikan: a) pellet yang mengandungi 30-35% protein. b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari. Ikan emas betina
  • 9. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood worm). Pembiakan ikan emas Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu. Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi. Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari. Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur. Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan. Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan. Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi. Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang. Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan. Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam. Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.
  • 10. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2.3 IKAN TIGER BARB Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Spesies Ikan Barb: Tiger Barb (Barbus tetrazona) Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti) Cherry barb (Barbus conchonius) Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus) Rosy barb (Barbus conchonius) Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan. Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies). Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah: 'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat. 'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan. 'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy Barb'
  • 11. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina Ikan Tiger Barb Jantan Ikan Tiger Barb Betina 1) Warna ikan jantan lebih cerah 2) Perut ikan jantan berbentuk langsing apabila mencapai kematangan. 3) Ikan jantan lebih agresif. 1) Warna ikan betina agak pucat. 2) Setelah mencapai kematangan ikan betina mempunyai perut yang lebih buncit 3) Kurang agresif. Penjagaan Ikan Tiger Barb Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan Brachionus. Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp. Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.
  • 12. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2.4 IKAN ANGEL Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm. Ikan ini disukai kerana tahan lasak. Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet. Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare): a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman. b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam. d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor. e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina Ikan jantan: Ikan betina: 1) Badan lebih besar. 2) Pada pandangan atas, perutnya pipih dan kepala lebih besar. 3) Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. 4) Warna lebih terang. 5) Liang genital kecil panjang. 6) Lebih agresif. 1) Badan lebih kecil. 2) Pada pandangan atas, perutnya besar dan kepala lebih kecil. 3) Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. 4) Warna tidak secerah ikan jantan. 5) Liang genital lebih tebal apabila matang. 6) Kurang agresif.
  • 13. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Cara penjagaan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Pembiakan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.
  • 14. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2.4 Ikan Pembersih/Ikan Bandaran Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ’ikan bandaran’ atau ’ikan bandaraya’ kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu. 1.2.5 Ikan Flower Horn Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut.
  • 15. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya. 1.2.6 Rainbow Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air. 1.2.7 Corydoras Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pencinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini
  • 16. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C. 1.2.8 Ikan Severum Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 – 7, suhu air 21 – 25°C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebDih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.
  • 17. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2.9 Ikan Diskus Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 – 30 °
  • 18. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.2.10 Ikan Arowana Arowana tergolong di dalam keluarga ikan “karuhun”, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan “bony-tongue” (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai – sungai besar dengan arus yang cukup deras.
  • 19. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.3.1 BAHAN DAN KEPERLUAN ( MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI ) i. Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca. ii. Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16 inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan tersebut. iii. Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber elektrik dan air yang cukup. iv. Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi. v. Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air pump yang dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan penggunaannya. vi. Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana dapat member suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.
  • 20. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN MEMILIH AKSESORI Penyediaan aksesori adalah seperti berikut: RAK / MEJA AKUARIUM AKUARIUM LAMPU TUMBUHAN AKUATIK
  • 21. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN PENAPIS / FILTER PAM BATUAN TERMOMETER
  • 22. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Contoh tumbuhan akuatik Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.
  • 23. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN PEMILIHAN AKUARIUM DAN AKSESORI
  • 24. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JENIS-JENIS AKUARIUM 1. Akuarium kaca 2. Akuarium plastic 3. Akuarium kaca bulat 4. Akuarium kaca berbadan kayu 5. Akuarium kaca berbingkai aluminium 6. Akuarium berbentuk panjang PEMILIHAN BEKAS Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium. Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakansaiz yang lebih besar. Contoh bekas/akuarium
  • 25. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.4.1 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. • a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. d. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. c. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
  • 26. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.
  • 27. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN a. Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. Blood worm Ulat roti Plankton Plankton b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
  • 28. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan. Pellet Emping
  • 29. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.5.1 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut:  Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk  Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.  Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. Antara penyakit penting ikan hiasan ialah: Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.
  • 30. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat. c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
  • 31. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.6.1 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN SENARAI PERBELANJAAN BAHAN DAN ALATAN IKAN HIASAN BAHAN DAN ALATAN KOS SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH (RM) Ikan ekor pedang 2.00 4 8.00 Ikan Tiger Bard 1.50 5 5.00 Ikan Loach 8.00 2 16.00 Ikan Sepat 2.50 2 5.00 Ikan Angel 4.50 2 9.00 Ikan Bandaran 1.00 1 1.00 Ikan Guppy Neon Merah 2.00 4 8.00 Aqua Plant 4.00 2 8.00 Kelikir warna-warni 3.50 1 3.50 Background akuarium 6.00 1 6.00 Tiub 3 kaki 1.00 1 1.00 Pam (800watt) 18.00 1 18.00 Lampu 10.50 1 10.50 Pasir biru (1 kg) 3.00 1 3.00 Pasir warna warni (1kg) 3.00 1 3.00 Model Tong Pecah 12.00 1 12.00 Tunggul kayu 7.00 1 7.00 Polisterin 3.00 1 3.00 Akuarium (1x3 kaki) 25.00 1 25.00 Makanan ikan 2.50 1 2.50 Klorin 1.00 1 1.00 Jumlah RM 165.50
  • 32. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 2.0 DOKUMENTASI 2.1 PENGENALAN Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan beberapa perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila sesuatu hobi itu memerlukan belanja yang agak banyak. Walaupun hobi memelihara ikan ini tidak melibatkan belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya hobi baru yang kita ceburi ini boleh mendatangkan manfaat. Perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh memulakan dengan membaca buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul dengan mereka yang telah lama memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga sebagai penambahan ilmu kepada kita. Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan kekotoran di rumah kita.
  • 33. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 2.2 CARTA ALIR TUGASAN Memerhati, memberi makanan, dan menjaga ikan Menyusun atur barang-barang dan peralatan ke dalam akuarium. Membeli barang-barang tambahan yang berkaitan. Mengemas, membersihkan dan mengeringkan akuarium dan beberapa alatan lain. Memilih sumber, bahan, alatan dan lain-lain. Membuat tinjauan sumber dan bahan di sekitar Jitra dan Kangar. Menyenaraikan keperluan bahan wajib.
  • 34. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN . 2.2 LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM LANGKAH 6 Mengemas,membersihkandanmengembalikanalatanyangtelahdigunakan LANGKAH 5 sukatkanPhdan suhuair Memberi makanankepadaikan MasukkantabletCo2 kedalam reactor Nyalakanlampudanpasangkan penutupakuarium LANGKAH 4 Pasangkandanhidupkanpamangin Sediakanlampu Masukkanikanhiasan LANGKAH 3 Susunkanaksesori danbatuanmengikutpelan. Masukkanair selebihnyasehinggaparasair2 cm dari bibirakuarium. LANGKAH 2 Masukkanair ke dalam akuariumsehingga50% penuh. Tanamkantumbuhanakua yangdikehendaki.pastikanakar tumbuhantersebutkenapadabajayangtelahdiletakkan. LANGKAH 1 Sediakantapakfilterpada akuarium. Letakkanjaringatau kain kasa atas tapakfilter. Letakkanpasirhalus untuklapisanpertama Letakkan baja untuktumbuhan akua bagi lapisankedua. Pada lapisan akhir, letakkan pasir yang hendak digunakan iaitu setebal 1.5 cm
  • 35. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 2.3 BAHAN PENYEDIAAN AKUARIUM Bahan penyediaan akuarium pasir batu-batuan tanahbaja Undergravel tiub udara moonstones
  • 36. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 2.4 PERALATAN PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN Peralatan penyediaan akuarium ikan hiasan akuarium kaca bersaiz 10 hingga 30 gelen air penutup akuarium penyauk ikan plug elektrik lampu tangki pam udara kertas litmus cecair penaik dan penurun pH air anti-klorin makanan ikan span, baldi, getah, sifon
  • 37. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 2.5 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut. b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki, cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium. c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup. Langkah 1 Membersihkan akuarium yang dipilih dan mengeluarkan semua bahan dan alatan yang lama.
  • 38. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Langkah 2 Letakkan satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm dengan pasir yang berwarna gelap. Langkah 3 Penambahan bagi bahan seperti batu dan pokok hiasan dibuat berdasarkan tinjauan dan pemerhatian yang dibuat.
  • 39. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Langkah 4 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik. Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik. Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.
  • 40. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Langkah 7 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium. Contoh aquarium yang telah disediakan
  • 41. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah seperti yang berikut : Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium. Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di dalam akuarium. Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik. Selepas 30 minit, buka bekas plastik yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.
  • 42. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 3.1 CARTA GANTT PERKARA M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 Penerangan berkenaan tugasan dan projek Mencari bahan-bahan berkenaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan Meninjau dan membuat perbandingan harga Memilih ikan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan Membersihkan, mengemas dan mengeringkan akuarium Membeli ikan dan barang- barang yang diperlukan Menyusun atur barang- barang dan peralatan akuarium mengikut prosedur Menjaga dan merekodkan keadaan haiwan dan ikan Persediaan untuk amali Ujian amali
  • 43. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 4.0 CARA MENJAGA AKUARIUM 4.1 Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan. 4.2 Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.
  • 44. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 5.1 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
  • 45. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
  • 46. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 6.0 MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.
  • 47. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 7.0 CONTOHJADUAL TUGASAN JADUAL TUGAS MINGGU 1 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan. Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium. HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan.
  • 48. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 2 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan.
  • 49. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 3 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan.
  • 50. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 4 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan.
  • 51. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 5 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,
  • 52. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 6 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,
  • 53. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 7 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang sampah kecil .
  • 54. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 8 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan.
  • 55. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 9 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,
  • 56. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN JADUAL TUGAS MINGGU 10 TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR CATATAN TANDA TANGAN IKAN ISNIN Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SELASA Fauzan Fairus Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. RABU Amier Wan Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. KHAMIS Miza Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. JUMAAT Fauzan Amier Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. SABTU Wan Miza Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. AHAD Amier Fairus Dalam keadaan baik, memberi ikan makan.
  • 57. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 8.0 REKOD PEMERHATIAN NAMA:............................................................................................... HARI:................................................................................................. TARIKH:............................................................................................ AKTIVITI PEMERHATIAN Pemakanan Makan Tidak makan Kesihatan Sakit Tidak Sakit Fizikal Ikan Sihat Tiada tanda-tanda penyakit Kurus Tidak Bermaya Kualiti Air Bersih Keruh Pembiakan Ada Tiada Kebersihan Persekitaran Bersih Kotor Jenis Ikan Loach Angel Tiger bard Ikan Bandaraya Bilangan Ikan Jumlah Ikan Tandatangan, ............................................................. ( )
  • 58. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN LANDSKAP PANDANGAN HADAPAN
  • 59. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN PANDANGAN SISI
  • 60. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN PANDANGAN TAMBAHAN
  • 61. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN PANDANGAN LUAR AKUARIUM
  • 62. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN BIBLIOGRAFI http://www.ikanhiasan.com http://blogsyarih.com/ikan/akuarium-dan-jenis-jenis-ikan-hiasan http://content.yudu.com/Library/A1n7w7/PengenalanIkanHiasan/resources/index.htm ?referrerUrl=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2Furl%3Fsa%3Dt%26source% 3Dweb%26cd%3D5%26ved%3D0CEAQFjAE%26 http://dindanman.blogspot.com/2008/10/pengenalan-ikan-hiasan.html http://ikan-hiasan.blogspot.com/2009/02/ikan-hiasan-ornamental-fish- pengenalan.html http://pelihara-ikan.blogspot.com/2010/05/tindakan-awal-sebelum-memelihara- ikan.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=618 0:arowana-ikan-hiasan-berharga&catid=312:pertanian-komersial
  • 63. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 16.0 LAMPIRAN (PENGUMPULAN MAKLUMAT) Ikan Hiasan: Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara Filed U nder (Makanan Ikan, Penjagaan Ikan, Saiz Akuarium, Umum) by P uyu Sungai on 20 -03-2014 Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan hiasan, ini adalah sedikit tips untuk memilih ikan yang ingin anda pelihara. Saiz Ikan dan Bekas/Akuarium Ikan yang hendak dipelihara perlulah sesuai dengan bekas/akuarium yang ada/akan digunakan. Maksudnya di sini ialah saiz ikan itu. Habitat ikan Ikan yang hendak dipelihara hendaklah dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari habitat semulajadi seperti sungai, kolam atau sebagainya. Ikan yang dibeli dari kedai ikan hiasan biasanya lebih jinak daripada ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi dan sudah terbiasa dengan air bukan semulajadi. Ikan dari sungai atau kolam pula biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan air dan suasana yang baru dan jika anda tidak pandai membiasakan ikan tersebut dengan suasana yang baru, kemungkinan besar ia akan mati. Sifat Ikan Sama ada jinak atau liar dan pemangsa atau bukan pemangsa. Perkara ini penting kerana jika anda tidak tahu akan perkara ini adalah agak sukar untuk anda memelihara ikan tersebut. Walaupun ikan yang dibeli di kedai mempunyai diet moden (makan pelet/dedak ikan) tetapi jika sekali- sekala diberi makan makanan segar seperti cengkerik, lama kelamaan ia tidak akan mahu makan makan moden lagi dan ini mungkin akan menyusahkan anda. Menarik dan Mudah Dipelihara Ikan yang dipelihara haruslah sesuai dengan tujuan anda untuk memeliharanya. Tidak semestinya ikan itu cantik asalkan menarik mudah dipelihara dan boleh menenangkan fikiran anda dikira sudah memadai. Tahap KetahananTerhadap Perubahan Kualiti Air dalam Akua rium Ikan jenis ini mudah dipelihara dan tidak banyak karenah akibat perubahan mutu air (tahap kebersihan air). Ada sesetengah ikan tidak tahan dengan air yang kurang bersih yang boleh menyebabkan ikan tersebut sakit atau mati. Tahap Ketahanan Terhadap Tenyakit Perkara ini juga amat penting. Perlu diketahui bahawa ikan yang dipelihara di dalam akuarium bukan sahaja makan tetapi juga mengeluarkan najis di dalam akuarium anda. Kadang-kadang najis ikan ini boleh mendatangkan penyakit kepada ikan. walau bagaimanapun ada ikan yang tidak terkesan akibat daripada pembuangan najisnya. Oleh itu anda perlulah tahu jenis ikan apa yang paling sesuai untuk anda.
  • 64. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Republished by Old Post Promoter Ikan Hiasan: Langkah-langkah Penyediaan Akuarium Ikan Hiasan Filed U nder (Akuarium, Hiasan Akuarium, Peralatan Akuarium) by P uyu Sungai on 20 -03-2014 Setelah anda memilih jenis ikan yang sesuai dan membeli peralatan seperti akuarium dan aksesorinya, beberapa langkah penyediaan akuarium perlu dilakukan sebelum anda boleh memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium. Langkah-langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin agar anda berjaya untuk memelihara ikan hiasan buat pertama kalinya. Langkah-langkah Untuk Menyediakan Akuarium Ikan Hiasan 1. Bersihkan Dahulu Bekas/Akuarium Ikan Hiasan Anda perlulah membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan air untuk memastikan habuk atau kotoran yang melekat di dalam akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan anda nanti. Paling elok bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan hos paip. Setelah siap dibersihkan, letakkan akuarium di tempat yang anda inginkan. 2. Pasangkan Penapis Air Selepas itu anda pasangkan penapis air termasuklah mesinnya sekali mengikut jenis yang anda pilih . Pastikan anda meletakkan kotak penapis air (berspan) di tempat yang sesuai. Jika tidak air akan meleleh keluar daripada akuarium. 3. Masukkan Batu Hiasan (jika perlu) Masukkan batu hiasan jika perlu untuk tempat ikan bermain atau berteduh. Batu hiasan ini kadang- kadang membuatkan ikan berasa seolah-olah ia berada di dalam sungai atau habitat semulajadi. 4. Masukkan Hiasan Dalam Lain (jika perlu) Anda boleh masukkan hiasan dalaman lain seperti kincir air, rumah tiruan, tumbuhan hiasan dan sebagainya jika perlu. Pastikan hiasan dalam lain ini tidak menyebabkan akuarium ikan hiasan menjadi serabut/penuh dengan hiasan hinggakan ikan tidak kelihatan. Tujuan utama anda ialah memelihara ikan hiasan dan bukannya menghias akuarium. 5. Masukkan Aksesori Yang Diperlukan Aksesori yang dimaksudkan di sini ialah seperti penapis udara, penyukat suhu (termometer), penyukat ph air dan lampu. Anda hanya perlu pasangkan aksesori ini jika ikan hiasan anda perlukannya dan akan mati jika aksesori ini tidak disediakan. Pastikan anda bertanya kepada penjual ikan hiasan akan keperluan ikan yang ingin anda pelihara. 6. Masukkan Air Secukupnya Selepas itu anda masukkan air secukupnya. Maksud secukupnya di sini ialah jarak antara paras air dengan bahagian atas akuarium (bahagian kaca) ialah lebih kurang 3-4 inci. Jika terlalu penuh ia akan melimpah jika ikan melompat untuk berebut makanan (jika lebih daripada seekor ikan). Jika terlalu cetek atau air terlalu kurang suhu air kadang-kadang menjadi panas jika suhu di luar terlalu panas.
  • 65. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 7. Masukkan Ceccair Anti Klorin dan Garam Mengikut Sukatan Yang Sesuai Pastikan anda masukkan cecair anti klorin dan garam yang cukup mengikut sukatan yang telah ditentukan berdasarkan saiz akuarium anda. Anti klorin yang dijual di pasaran mempunyai sukata n yang berbeza berdasarkan saiz akuarium. Pastikan anda membaca label pada botol anti klorin sebelum memasukkannya ke dalam akuarium. Garam pula hanya perlu dimasukkan sedikit untuk membunuh bakteria yang boleh membahayakan ikan. Garam juga boleh dibeli di kedai ikan hiasan. 8. Hidupkan Pam Air Setelah semuanya siap, pasangkan suis pam air ke soket yang berdekatan. Hidupkan pam air dan biarkan antara 1 – 2 jam. JANGAN masukkan ikan lagi. Selepas itu barulah anda masukkan ikan seekor demi seekor. Ikan Hiasan: Faktor Penyebab Penyakit Ikan Hiasan Filed U nder (Penjagaan Ikan, Penyakit Ikan) by P uyu Sungai on 19 -03-2014 Biasanya ikan hiasan yang dipelihara di dalam akuarium mudah dijangkiti oleh penyakit sekiranya kurang pemantauan pemilik ikan ke atas ikan hiasan. Antara faktor biasa dan sering menyebabkan ikan dijangkiti penyakit ialah: Contoh Ikan Yang Sihat 1. Suhu Air Dalam Akuarium Suhu air yang di dalam akuarium yang terlalu sejuk membolehkan parasit ikan hidup dan membiak di dalam akuarium. Parasit ini akan melekat pada sisik (badan) ikan hiasan dan menyebabkan ikan hiasan sakit. 2. Air Di Dalam Akuarium Yang Kotor
  • 66. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Contoh akuarium yang kotor Air akuarium yang tidak diganti atau dirawat akan menjadikannya kotor akibat daripada najis dan lebihan makanan ikan. Air yang kotor boleh menjadi racun kepada ikan hiasan. Selain itu air yang kotor dan berkeladak juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam akuarium sekaligus akan menyebabkan ikan lemas atau mati. 3. Luka atau Kecederaan Ikan Yang Tidak Dirawat Contoh ikan yang luka Ikan yang luka atau mengalami kecedaraan akibat proses pemindahan dari akuarium lain juga boleh mengundang penyakit kepada ikan hiasan. Sebaik-baiknya ketika memindahkan ikan terutama ikan yang agak agresif atau besar pemiliknya perlu memasukkan cecair pelali yang boleh didapati di kedai ikan hiasan. Anda juga perlu mendapatkan cara untuk menggunakan ubat pelali ini da ripada pemilik kedai ikan hiasan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membunuh ikan hiasan anda. Ikan Hiasan: Pengurusan Akuarium Ikan Hiasan Filed U nder (Hiasan Akuarium, Penjagaan Akuarium, Peralatan Akuarium) by P uyu Sungai on 19 -03-2014 Memelihara ikan hiasan bukan hanya memerlukan kita menjaga makanan dan kesihatan ikan tetapi juga perlu mengurus akuarium ikan itu sendiri. Ini adalah kerana pengurusan akuarium yang baik akan menjadikan ia cantik, menarik dan selamat (tidak beracun) dan sesuai untuk ikan hidup dengan seles a. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam mengurus bekas/akuarium. Perkara- perkara tersebut adalah seperti berikut : · 1. Sistem Pengudaraan Akuarium Untuk memastikan peredaran udara yang baik, pam udara diperlukan untuk menambah ka ndungan oksigen dalam air. Oksigen yang mencukupi adalah amat perlu terutama kepada ikan-ikan jenis yang kurang tahan seperti ikan emas, arowana (kelisa), guppy dan lain-lain. Manakala untuk ikan-ikan yang tahan seperti ikan kalui, puyu dan tilapia, mereka tidak memerlukan sangat pengudaraan yang baik jadi memadai jika anda hanya memasang penapis air yang boleh berfungsi sebagai pam udara. 2. Sistem Penapis Air
  • 67. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Contoh Penapis Air (Top/Atas) Terdapat banyak sistem penapis air yang digunakan. Biasanya pemelihara ikan hiasan yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati di kedai ikan hiasan. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Walau bagaimanapun ia agak mahal sedikit. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan. 3. Perawatan Air Air yang digunakan terutama air dari air paip di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam (NaCl) bagi membunuh bakteria. Garam dan cecair anti klorin ini boleh dibeli di kedai hiasan. Garam biasa juga boleh digunakan. 4. Aksesori Akuarium Kebiasaannya pemelihara iakan akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak bertoksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan. Selain itu pastikan juga agar aksesori tadi boleh menjadikan akuarium anda nampak menarik dan bukannya berserabut atau berselerak. 5. Meletakkan Batu-batan Di Dasar Akuarium Pemilihan batu juga perlu diambil kira kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di jual di pasaran yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Pastikan warna atau cat batu tersebut tidak luntur dan membahayakan ikan anda. Jika boleh cari sahaja batu-batu dari sungai kerana ia dah tentu sekali tidak bertoksik dan percuma. 6. Hiasan Lain Dalam Akuarium
  • 68. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Contoh Hiasan Dalam Akuarium Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa seseorang. Walau apapun pastikan reka bentuk hiasan yang hendak disediakan memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menjadi satu gangguan kepadanya. Republished by Old Post Promoter Post a Comment (0) Comments Read More Apr 18 Tujuan Memelihara Ikan Hiasan: Hobi atau Sumber Pendapatan Filed U nder (Umum) by P uyu Sungai on 18 -03-2014 Memelihara ikan hiasan adalah merupakan satu kegiatan yang sihat. Selain daripada dapat menenangkan fikiran bila melihat liuk lengkoknya dalam aquarium, ia juga boleh memberikan inspirasi kepada sesetengah orang. Umumnya ada dua sebab kenapa orang memelihara ikan hiasan. Sebagai Hobi Pertama ialah orang yang menjadikannya sebagai hobi atau suka-suka. Golongan ini hanya memelihara ikan hiasan tanpa motif atau tujuan komersial. Mereka seronok melihat telatah ikan-ikan peliharaan mereka di dalam aquarium. Selain itu, hobi memelihara ikan hiasan juga adalah merupakan hobi yang tidak menyusahkan. Hobi ini senang diurus dan tidak memerlukan masa yang banyak. Adalah memadai sekiranya kita sentiasa memastikan keadaan aquarium sentiasa bersih, airnya mencukupi dan sesuai untuk ikan hidup dan ikan sentiasa diberi makan dan dipantau kesihatannya. Berbanding dengan binatang peliharaan lain yang memerlukan kita untuk memandikannya, mendapatkan lesen dan sebagainya. Sebagai Sumber Pendapatan
  • 69. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Ada juga orang yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sama ada sumber pendapatan utama atau sampingan. Permintaan terhadap ikan hiasan terutamanya jenis ikan premium (mahal) sentiasa tinggi dan tidak pernah mencukupi. Kesannya harga ikan hiasan melambung tinggi. Golongan yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan utama ini bukan sahaja membiakkan induk ikan dan menjual anak-anak ikan malahan mereka juga menjual aksesori seperti aquarium, penapis air, makanan ikan dan sebagainya sebagai pakej lengkap untuk memulakan hobi memelihara ikan. Bagi mereka yang hanya menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sampingan pula, mereka sama ada membeli anak-anak ikan dan membesarkannya sebelum menjualnya semula atau membiakkan induk ikan. Golongan ini biasanya tidak akan menjual aksesori untuk memelihara ikan hiasan. Ini adalah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama berkaitan dengan tujuan memelihara ikan hiasan. Republished by Old Post Promoter Post a Comment (0) Comments Read More Apr 17 Ikan Hiasan: Maklumat Ringkas Ikan Emas Filed U nder (Ikan Emas) by P uyu Sungai on 17 -03-2014 Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ),Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada famili ikan kap (yang merangkumi ikan kap koiserta kap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur(dibela jinak buat pertama kali diChina)[1] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies- spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench. Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun(4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai
  • 70. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk . Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu Penjagaan Akuarium: Kebersihan Akuarium Filed U nder (Akuarium, Penjagaan Akuarium) by P uyu Sungai on 17-03-2014 Kebersihan akuarium adalah merupakan satu perkara perlu diberi perhatian oleh pemilik ikan hiasan untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan selain untuk mengelakkan air daripada menjadi racun atau tercemar dengan bakteria. Antara aspek utama agar akuarium sentiasa bersih ialah jangan memberi makanan yang berlebihan. Adalah memadai untuk memberi makan antara satu atau dua kali sahaja sehari pada kadar yang mencukupi supaya air tidak kotor akibat baki makanan yang gagal dihabiskan ikan selain najis akibat makan berlebihan tadi. Sekiranya ada menggunakan penapis air (water pump) adalah memadai untuk anda membersihkan keseluruhan akuarium sekali dalam 2 minggu. Walau bagaimanapun ia adalah bergantung kepada jenis ikan dan tahap kotoran dalam akuarium. Ini adalah kerana anda hanya perlu membersihkan/menggantikan penapis air sekiranya air dalam akuarium dah mula kotor/keruh. Perlu juga diambil perhatian bahawa sekiranya anda ingin membersihkan dan menggantikan air dalam akuarium, tinggalkan sedikit air (untuk pembersihan biasa) kerana jika tidak ikan akan terkejut dengan perubahan air (air baru) secara mendadak. Ikan mungkin juga akan mati. Jadi sekiranya anda ingin membersih dan menukar air dalam akuarium tanya dulu pengalaman daripada mereka yang dah la ma memelihara ikan hiasan. Anda perlu ambil perhatian bahawa cara penjagaan ikan adalah berbeza mengikut spesies masing-masing. Sekiranya anda dapati ada ikan yang tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, ada kecederaan, berubah warna, sisiknya tertanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dengan ikan lain dan diberi rawatan. Anda boleh mendapatkan ubat untuk merawat ikan di kedai-kedai ikan hiasan berhampiran anda. Apa yang penting ialah anda beritahu maklumat yang tepat berkenaan dengan keadaan ikan anda. Kegagalan mengasingkan ikan yang sakit akan menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit pada ikan lain. Ini kerana penyakit berkenaan mampu merebak cepat dan boleh menyebabkan keseluruhan air di dalam akuarium akan tercemar dengan bakteria. Jika ada ikan yang mati di dalam akuarium, ia perlu dibuang secepat mungkin untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan.
  • 71. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Ikan Hiasan: Kepentingan Tumbuhan Akuatik Untuk Ikan Hiasan Filed U nder (Hiasan Akuarium) by P uyu Sungai on 11 -03-2014 Selain daripada makanan dan peralatan asas akuarium, tumbuhan akuatik penting juga adalah penting untuk diletakkan di dalam akuarium. Ini adalah kerana tumbuhan tersebut; 1. Akan menyerap semua bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan hiasan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan hiasan. Bahan kumuh dan sisa makanan ikan hiasan tadi biasanya akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Oleh itu tiada masalah untuk pemelihara ikan hiasan untuk memelihara tumbuhan akuatik ini 2. Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis. Untuk tujuan ini, anda mesti pastikan agar akuarium ikan hiasan mendapat cahaya matahari (bukan secara terus/direct). 3. Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh ikan-ikan lain sekiranya anda memelihara ikan hiasan yang pelbagai jenis atau saiz. 4. Mencantikkan lagi akuarium anda dengan syarat jangan letakkan terlalu banyak tumbuhan akuatik. Jika anda memasukkan terlalu banyak tumbuhan akuatik di dalam akuarium ia akan menjadikan akuarium itu nampak sesak dan berserabut. Ikan Hiasan: Aksesori Tambahan Akuarium dan Fungsinya Filed U nder (Hiasan Akuarium) by P uyu Sungai on 05 -04-2014 Aksesori tambahan untuk akuarium juga adalah dianggap penting bagi sesetengah pemelihara ikan hiasan. Walau bagaimanapun kadang-kadang aksesori tambahan ini memang perlu bergantung kepada tujuan anda memelihara ikan hiasan dan jenis ikan hiasan yang dipelihara. Antara tujuan aksesori tambahan untuk akuarium ikan hiasan ialah: 1. Mencantikkan suasana dalam akuarium. 2. Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan hiasan dan keadaan sekelilingnya. 3. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan berenang dan bermain. 4. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan bertelur dan membiak. Jenis-jenis Aksesori Tambahan Akuarium 1. Lampu
  • 72. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Contoh lampu ikan hiasan pada akuarium Lampu digunakan untuk mewujudkan suasana yang lebih terang dan ceria. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah apabila terjadi blackout (elektrik terputus) ada beberapa jenis ikan hiasan yang akan berasa resah dan gelisah umpamanya ikan kelisa (arowana). Oleh itu pastikan a nda mempunyai ’backup’ power untuk memastikan lampu sentiasa menyala terutamanya pada waktu malam. 2. Pasir Contoh pasir untuk akuarium Pasir biasanya digunakan sebagai tapak akuarium. Selain itu ia juga membantu menyaring kotoran dalam akuarium. Sebelum memasukkan pasir pastikan ialah bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Seelok-eloknya bersihkan dan keringkan pasir sebelum dimasukkan ke dalam akuarium. 3. Batu Contoh batu sungai Batu biasanya digunakan untuk mencantikkan akuarium. Selain itu ia juga boleh dijadikan tempat lumut membiak yang menjadi sumber makanan kepada beberapa jenis ikan. Anda disyorkan untuk menggunakan batu jenis asli seperti batu sungai atau batu bukit. Batu tiruan yang berwarna -warni adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan warna (cat) yang ada pada batu tersebut boleh luntur dan menjadi racun kepada ikan hiasan.
  • 73. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 4. Ikan Pembersih/Ikan Bandaran Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ’ikan bandaran’ atau ’ikan bandaraya’ kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa -sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu. 5. Tumbuhan Akuatik Contoh tumbuhan akuatik Tumbuhan akuatik mempunyai banyak kegunaan lain selain daripada untuk mencantikkan akuarium. Antaranya ialah sebagai sumber makanan kepada sesetengah ikan hiasan, sumber utama oksigen, tempat ikan bermain dan berlindung serta boleh menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh ikan hiasan dalam akuarium.
  • 74. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Ikan Hiasan: Mengenali dan Memilih Makan Ikan Hiasan Filed U nder (Makanan Ikan) by P uyu Sungai on 03 -04-2014 Makanan ikan adalah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemelihara ikan hiasan. Kesilapan memberi makanan yang kurang sesuai kepada ikan hiasan akan menimbulkan masalah. Setakat ini ada dua jenis makanan ikan hiasan iaitu jenis terapung dan jenis tenggelam. Contoh Pellet Ikan (dedak) 1. Makanan Ikan Jenis Terapung Makanan ikan jenis ini adalah sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan pertengahan kepala. Oleh itu anda perlulah memastikan anda membeli makanan ikan yang betul. Perkara ini boleh ditanyakan kepada pemilik kedai ikan hiasan. Ikan Kelisa (arowana) adalah contoh ikan muncung ke atas 2. Makanan Ikan Jenis Tenggelam Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah. Ikan Patin adalah contoh ikan yang muncungnya ke bawah
  • 75. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Ikan Hiasan: Bagaimana Mengenalpasti Mutu Air Dalam Akuarium Ikan Hiasan Anda Filed U nder (Akuarium, Penjagaan Akuarium) by P uyu Sungai on 29 -03-2014 Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan perlulah memastikan mutu air dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hidup. Terdapat 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada mutu air dalam akuarium ikan hiasan sesuai untuk ikan anda. 1. Mengukur pH Air Akuarium PH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 – 14. Nilai 1 bermakna paling masam atau berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud paling alkali. pH air yang paling sesuai untuk akuarium ikan hiasan ialah di antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu masam atau berasid (asiditik), nila i pH air perlu dipastikan atau diukur dari semasa ke semasa. 2. Menyukat Suhu Air Akuarium Pada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Begitu juga dengan ikan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang terlalu tinggi ataupun rendah boleh menyebabkan ikan mati. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-bolehnya diletakkan pada suhu bilik. Maksudnya di sini ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada cahaya matahari secara terus (direct sunlight). 3. Memantau Bahan Beracun Dalam Akuarium Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasan Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Walau bagaimanapun air akuarium yang nampak kotor atau berkeladak dengan najis (perkumuhan) ikan perlulah dirawat atau dibersihkan untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada menjadi racun kepada ikan hiasan.
  • 76. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN Ikan Hiasan: Contoh Penyakit Ikan Hiasan Filed U nder (Penjagaan Ikan, Penyakit Ikan) by P uyu Sungai on 25 -03-2014 Terdapat pelbagai jenis penyakit ikan hiasan. Walau bagaimanapun dalam artikel ini saya hanya akan menyentuh beberapa contoh penyakit ikan hiasan yang biasa sahaja. Antara penyakit ikan hiasan yang biasa adalah seperti berikut: 1. Penyakit Rintik Putih Penyakit ini dipanggil rintik putih kerana ia berwarna keputih-putihan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik ikan hiasan akibat suhu air yang terlalu sejuk. Penyakit jenis ini boleh dirawat dengan menggunakan larutanmethylene blue dan campuran sedikit garam biasa. Contoh Penyakit Rintik Putih 2. Penyakit Kulat Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan pada bahagian badan yang mengandungi luka.Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan hiasan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat. Contoh penyakit kulat 3. Jangkitan Bakteria Pemilik ikan hiasan boleh mengetahui penyakit ini dengan melihat warna ikan hiasan. Jika warna ikan hiasan menjadi pudar, sisik mengembang atau perut buncit maka ikan hiasan tersebut terkena jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak
  • 77. RBT 3120 PROJEK PEMELIHARAAN IKAN HIASAN sesuai atau ikan hiasan mengalami tekanan. Ia boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang boleh didapati di kedai ikan hiasan. Contoh Jangkitan Bakteria