SlideShare a Scribd company logo
Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil
Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level of Readiness in Using ICT for
Teaching and Its Effect on the Work and Behaviour of Preschool Pupils)
Menurut Fisher (2003), di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik
darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang
berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan
pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran
bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek
profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka
mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi
pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam literasi ICT
termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan
elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta
informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Bidang yang kedua memfokus kepada
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan
ICT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium
untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier &
Warren 2002; Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran
menggunakan ICT meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas,
menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta
kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-
perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini
2002; Fauziah Ahmad 2006).
PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menurut Burnett (2010) kanak-kanak masa kini membesar dalam textual landscape di
mana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam
persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit
dan dunia virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak
menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang dan
mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Pendedahan awal
kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal,
meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam
pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan
pembelajaran menggunakan komputer multimedia (Maier & Warren 2002; Parker 2008)
Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan.
Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan
di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan
yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah
dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar
dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT
dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT
menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan menghiburkan. Interaktiviti
membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan
cita rasa pelajar. Pada asasnya, kanak-kanak mendapat pengalaman melalui manipulasi benda-
benda maujud atau konkrit serta penerokaan persekitaran mereka. Kanak-kanak belajar
daripada persekitaran mereka melalui lima deria semula jadi yang dianugerahkan sejak mereka
lahir. Daripada pengalaman ini kanak- kanak akan menganalisis pengetahuan dan
mengukuhkan konsep pembelajaran mereka. Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan
oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan
Vygotsky menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan apabila
didedahkan pada persekitaran yang optimum. Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis
program dan perisian yang boleh diperoleh dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan
pelbagai bahan pembelajaran yang berbentuk akademik mahu pun permainan. Semua ini alat
rangsangan yang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan
diselia dengan baik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008).
Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (PPK 2003b), guru disaran menggunakan
pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan,
bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak
secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.
Pendekatan aktiviti menggunakan ICT disarankan untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran; memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan
bersama rakan sebaya;
i) Gbomita (1997) iaitu sikap guru terhadap computer adalah satu daripada tiga
faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan
Komputer selain dari faktor ciri-ciri computer.
ii) Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mengatakan sikap yang positif adalah penting
untuk mendodrong seseorang bagi mempelajari apa-apa saja.
iii) Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan
computer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan,
mengurus pelajar mereka dengan cekap dan memudahkan komunikasi dengan ibu
bapa serta pelajar.
iii) Ambighapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa era teknologi
memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti pembelajaran menjurus
kepada pembelajaran berterusan sepenuhnya.
Kesimpulannya, Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap
Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level of Readiness in Using ICT for
Teaching and Its Effect on the Work and Behaviour of Preschool Pupils) bahawa penggunaan
ICT dalam P d P sangat berkesan hasil daripada pakar yang terlibat dalam membuat kajian atau
penyelidikan.
Final intraksi 8

More Related Content

What's hot

Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
wmzuri
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolah
MrsEden
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
DIHYAUDDIN SAAD
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
juelieyza
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Home
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
shamsuhaila85
 

What's hot (19)

CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikanIsu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan
 
Aplikasi Ict Dalam PnP
Aplikasi Ict Dalam PnPAplikasi Ict Dalam PnP
Aplikasi Ict Dalam PnP
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN DIGITAL
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN  DIGITAL KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN  DIGITAL
KREATIVITI DAN KEMAHIRAN KANAK-KANAK DALAM MEREKABENTUK PERMAINAN DIGITAL
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMKAnalisis Jurnal- Kebaikan TMK
Analisis Jurnal- Kebaikan TMK
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolah
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
 
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
12. ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
 

Similar to Final intraksi 8

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
idahazira
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
isuict12
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
Khairi Jumaiah
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
Mazliza Maz
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
Hidayu Jamali
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
NurAlias91
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
shamsuhaila85
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
Izawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
DIHYAUDDIN SAAD
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
MuhammadZulaziziMohd
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
shamsuhaila85
 

Similar to Final intraksi 8 (20)

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
Ict dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarahIct dan pengajaran sejarah
Ict dan pengajaran sejarah
 
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHODPGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
PGT219 : HUMANITIES TEACHING METHOD
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
Powerpoint web kpt
Powerpoint web kptPowerpoint web kpt
Powerpoint web kpt
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 

Final intraksi 8

  • 1. Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level of Readiness in Using ICT for Teaching and Its Effect on the Work and Behaviour of Preschool Pupils) Menurut Fisher (2003), di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Bidang yang kedua memfokus kepada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan ICT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren 2002; Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan- perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006).
  • 2. PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menurut Burnett (2010) kanak-kanak masa kini membesar dalam textual landscape di mana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia (Maier & Warren 2002; Parker 2008) Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Jonassen (2003) pula berpandangan kemudahan hiperteks dan hipermedia dalam ICT dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Penggunaan ICT menjadikan proses pencarian maklumat menyeronok dan menghiburkan. Interaktiviti membolehkan proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Pada asasnya, kanak-kanak mendapat pengalaman melalui manipulasi benda- benda maujud atau konkrit serta penerokaan persekitaran mereka. Kanak-kanak belajar daripada persekitaran mereka melalui lima deria semula jadi yang dianugerahkan sejak mereka lahir. Daripada pengalaman ini kanak- kanak akan menganalisis pengetahuan dan mengukuhkan konsep pembelajaran mereka. Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan apabila didedahkan pada persekitaran yang optimum. Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian yang boleh diperoleh dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berbentuk akademik mahu pun permainan. Semua ini alat rangsangan yang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008).
  • 3. Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (PPK 2003b), guru disaran menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Pendekatan aktiviti menggunakan ICT disarankan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran; memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; i) Gbomita (1997) iaitu sikap guru terhadap computer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan Komputer selain dari faktor ciri-ciri computer. ii) Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mengatakan sikap yang positif adalah penting untuk mendodrong seseorang bagi mempelajari apa-apa saja. iii) Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan computer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, mengurus pelajar mereka dengan cekap dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. iii) Ambighapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa era teknologi memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti pembelajaran menjurus kepada pembelajaran berterusan sepenuhnya. Kesimpulannya, Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah (Level of Readiness in Using ICT for Teaching and Its Effect on the Work and Behaviour of Preschool Pupils) bahawa penggunaan ICT dalam P d P sangat berkesan hasil daripada pakar yang terlibat dalam membuat kajian atau penyelidikan.