Tiga kalimat ringkasan dokumen tersebut adalah:
Etika penyelidikan mencakupi prinsip-prinsip seperti kejujuran, integriti, dan melindungi subjek manusia serta mematuhi undang-undang dan peraturan. Salah laku dalam penyelidikan seperti pemalsuan data dan plagiarisme perlu dihindari. Penyelidik juga harus memastikan persetujuan subjek sebelum melakukan penyelidikan.
1. Etika dalam
Penyelidikan
AMALAN TERBAIK dalam penyelidikan yang
menjunjung tinggi prinsip teras etika dalam
melindungi hak dan keselamatan manusia dan
ekosistem demi kesejahteraan sejagat, di samping
mematuhi semua peraturan dan perundangan.
3. Etika umum penyelidikan yang perlu
dipatuhi oleh semua penyelidikan:
1. Kejujuran
2. Integriti
3. Integriti Individu/Penyelidik
4. Berhati-hati
5. Keterbukaan
6. Menghormati harta intelek
7. Kerahsiaan
8. Penerbitan yang
bertanggungjawab
9. Penyeliaan yang
bertanggungjawab
10. Menghormati rakan penyelidik
11. Tanggungjawab sosial
12. Tanpa diskriminasi
13. Undang-undang
14. Perbelanjaan berhemah
15. Pemeliharaan dan pemuliharaan
flora dan fauna
16. Melindungi subjek manusia
4. Kejujuran
• Penyelidik perlu jujur dalam merekod, melapor, dan
menganalisis data.
• Sekalipun data yang diperoleh melalui simulasi atau
pengiraan tidak mengikut data yang diperoleh melalui
eksperimen, data tersebut tidak boleh diubah atau
dimanipulasi untuk membaiki keputusan.
5. Integriti
• Kualiti unggul yang terhimpun pada diri individu atau
organisasi, dan amat berkait rapat dengan nilai diri
serta mencerminkan etika yang didukung dan dihayati
dengan keperibadian yang baik.
6. Integriti Individu/Penyelidik
• Keselarasan antara perkara yang dikatakan dengan yang dikotakn,
keselarasan tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-
undang, serta keselarasan antara kepentingan diri dan kepentingan
umum.
• Penyelidik perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan awam. Kepentingan
awam perlu mengatasi kepentingan diri, ahli keluarga, dan kaum
kerabat.
• Penyelidik juga perlu bertanggungjawab kepada ketua, orang
bawahan dan orang awam.
• Penyelidik perlu telus dan tulus dalam setiap hal berkaitan
penyelidikannya.
7. Berhati-hati
• Penyelidik perlu berhati-hati untuk mengelakkan
kesilapan yang boleh menjejaskan mutu penyelidikan,
subjek yang dikaji, dan nama baik university.
• Hasil kerja perlu selalui dinilai dan penambahbaikan
sewajarnya dilakukan untuk pembangunan
penyelidikan.
8. Keterbukaan
• Penyelidik perlu terbuka dalam menerima sebarang
kritikan membina yang diberikan.
• Keterbukaan ini juga merangkumi perkongsian data,
keputusan, idea, dan bahan yang tidak termasuk
perkara-perkara yang dikelaskan sebagai rahsia.
11. Penerbitan yang Bertanggungjawab
• Penyelidik digalakkan membuat penerbitan yang
bertanggungjawab, sama ada melalui persidangan,
jurnal, buku atau bentuk penerbitan yang lain.
• Penerbitan bertanggungjawab adalah menjalankan
aktiviti penerbitan untuk kemajuan penyelidikan dan
bukan semata-mata untuk kemajuan kerjaya sendiri.
12. Penyeliaan yang Bertanggungjawab
• Penyelidik yang menyelia pelajar penyelidikan perlu
melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab dans
entiasa menjaga kebajikan pelajar di bawah seliaan
mereka.
13. Menghormati rakan penyelidik
• Setiap pandangan dan kritikan yang membina dan
berhemah daripada rakan penyelidik perlu dihormati
dan diterima secara positif.
14. Tanggungjawab sosial
• Penyelidik terikat kepada tanggungjawab social
terhadap pembangunan masyarakat setempat, negara
dan kemanusiaan sejagat.
• Sebarang perlakuan yang bertentangan dengan etika
dan undang-undang perlu dielakkan sepanjang masa.
15. Tanpa Diskriminasi
• Sebarang penilaian perlu dilakukan dengan adil, tanpa
sifat prejudis atau diskriminasi sama ada dari segi
jantina, kaum atau factor lain yang tidak berkaitan
dengan keupayaan saintifik dan kepentingan
penyelidikan.
16. Undang-undang
• Penyelidik perlu memastikan setiap undang-undang
yang memelihara hak-hak tertentu dipatuhi sepanjang
masa.
• Sebarang pertikaian atau kekeliruan tentang undang-
undang dan polisi yang berkaitan dengan
penyelidikan perlu dirujuk kepada pihak pentadbir
yang berkaitan di universiti.
17. Perbelanjaan berhemah
• Perbelanjaan hendaklah berhemah dan mengikut
perancangan kewangan dalam belanjawan serta
mematuhi peraturan kewangan oleh pembiaya dana
penyelidikan.
18. Pemeliharaan dan pemuliharaan flora
dan fauna
• Bagi bidang penyelidikan yang melibatkan alam
sekitar, garis panduan atau kod etika berkaitan yang
ditetapkan perlu sentiasa dipatuhi.
• Penyelidik bertangugngjawab untuk menghormati
alam sekitar dan tidak melakukan sebarang
pencemaran.
19. *Melindungi subjek manusia
• Bagi mana-mana penyelidikan yang menggunakan
manusia sebagai subjek kajian, garis panduan atau
kod etika yang berkaitan seperti Declaration of Helsinki
dan lain-lain perlu dipatuhi.
20. Salah Laku dalam Penyelidikan
Berlaku apabila penyelidik melanggar etika atau
melakukan dengans engaja antara aktiviti-aktiviti
berikut:
21. Salah laku dalam penyelidikan
1. Fabrikasi data
2. Pemalsuan
3. Plagiarisme
4. Kerahsiaan
5. Ketidapatuhan tempoh masa
22. Fabrikasi Data
• Data yang dibuat dan direka tanpa mengira hasil
sebenar yang diperoleh melalui kutipan data
penyelidikan yang dilakukan.
23. Pemalsuan Data
• Melakukan manipulasi terhadap bahan, peralatan atau
proses, pengubahsuaian data atau keputusan yang
mempengaruhi output penyelidikan.
24. Plagiarisme
• Penggunaan idea, proses, hasil kerja penulisan,
keputusan atau kata-kata penyelidik lain tanpa
kebenaran atau penghargaan sewajarnya kepada
pemilik sebenar.
25. Kerahsiaan
• Setiap perkara berkaitan dengan penyelidikan yang
dikelaskan sebagai rahsia perlu disimpan dengan
berhati-hati dan sebarang bentuk penyebaran
maklumat rahsia mesti dielakkan sama sekali.
26. Ketidakpatuhan Tempoh Masa
• Setiap penyelidikan perlu dilengkapkan dalam masa
yang ditetapkan.
• Perbuatan melengahkan masa dengan sengaja
disebabkan kepentingan diri adalah tidak beretika.
27. Melindungi Subjek Manusia
Kajian sains sosial, termasuk psikologi dan pendidikan,
menggunakan manusia sebagai subjek kajian. Justeru beberapa
peraturan perlu dipatuhi bagi melindungi kepentingan individu
yang menjadi peserta/sampel/responden kajian kita.
28. Melindungi Subjek Manusia
• Perlindungan responden/sampel: Semasa penyelidikan berlangsung, responden/sampel
perlu dilindungi daripada sebarang kesan negative, dalam bentuk fizikal dan mental.
• Kerahsiaan maklumat responden/sampel: Sebarang maklumat peserta perlu dilindungi
daripada makluman masyarakat umum, melainkan telah diberi persetujuan bertulis yang
membenarkan penyelidik menghebahkan maklumat tersebut. Contoh: nama, nama
organisasi, pendapatan dll.
• Kuasa pilihan: Kuasa membuat pilihan sama ada untuk terlibat ataupun tidak dalam
penyelidikan; tiada paksaan.
• Penjelasan awal: penjelasan awal diberikan sebelum kajian bermula, bahawasanya
responden/sampel boleh memilih untuk tidak terlibat dalam penyelidikan berkenaan.
Mereka juga boleh menarik diri pada bila-bila masa sepanjang tempoh penyelidikan
berlangsung. Penjelasan awal dilakukan secara lisan dan bertulis (ditandatangani oleh
sampel/responden atau penjaga, bagi subjek kanak-kanak).
• Penyelidik perlu memaklumkan sebarang rakaman video dan audio yang dilakukan terlebih
dahulu kepada subjek. Subjek berhak menolak untuk dirakam dan menolak untuk terus
terlibat dalam kajian.
29. Melindungi Subjek Manusia
• Kerahsiaan Data: Data penyelidikan (soal-selidik, kertas ujian, rakaman dan
transkrip temubual, data SPSS dan Excell) perlu disimpan rapi dan terkawal.
• Perkongsian hasil penyelidikan: Hasil penyelidikan adalah hak milik umum
dan perlu segera dihebahkan secara praktikal (laporan, penerbitan artikel,
pembentangan). Subjek kajian juga berhak mendapat maklumat mengenai hasil
penyelidikan ke atas mereka.
• Berkongsi Faedah: Khususnya dalam kajian eksperimen. Walaupun teknik
rawatan tertentu dilakukan ke atas kumpulan RAWATAN, tetapi penyelidik perlu
melakukan teknik rawatan yang sama ke atas kumpulan KAWALAN, pada masa
yang lain.
• Tiada pengumpulan data dilakukan ke atas teknik rawatan yang diulang ke atas
kumpulan KAWALAN kerana ia bertujuan untuk berkongsi faedah rawatan, dan
bukannya untuk tujuan analisis data.