SlideShare a Scribd company logo
Faktor-faktor perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Pengenalan

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini
ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan
keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka
sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah
Tanah Melayu dan juga Indonesia.

Faktor-faktor membawa kepada perjanjian

1.      Persaingan perdagangan di Timur
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal
abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di
Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda
berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari
pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.
Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang
menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris
berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.
Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang
bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah
Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi
pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.
Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang
Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta
telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi
semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada
tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh
kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon.
Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir
menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan
berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di
India.

2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah
Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi
“pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan British
adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak
musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795,
apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya
untuk menyerang British.
Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh
itu, pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk
menentang musuh. Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan
tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan
bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan.
British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini disebabkan
perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon
(1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama-
sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England
kerana perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British
mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah.
Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815
yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk
menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda yang
diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun
mendapat tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah
pelabuhan perdagangan yang berpotensi.

3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura
Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa
kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama
ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka
pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana
kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga
kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan
perdagangan di Selat Melaka.
Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk
bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya,
beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.
Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di
Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah
wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan
mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura.
Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.
Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada
Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di
antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824.

4.Kemajuan Singapura
Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura
merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris.
Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai
perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga
meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta
mendesak petempatan Singapura dikekalkan.
Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur.
Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami
kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah
untuk berunding dengan Belanda.
5.Masalah kewangan Belanda
Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon.
Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh
Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku,
VOC telah berhutang kepada pihak British.
Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada
tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta.
Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban
hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah
mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui
perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

More Related Content

What's hot

Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan BelandaSejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Fanny Budiman
 
Perang puputan dan nilai perjuangan
Perang puputan dan nilai perjuanganPerang puputan dan nilai perjuangan
Perang puputan dan nilai perjuangan
Nonik Nugrahaini
 
Makalah voc
Makalah vocMakalah voc
Makalah voc
iyoes tobing
 
2.voc,(SEJARAH KELAS X )
2.voc,(SEJARAH KELAS X )2.voc,(SEJARAH KELAS X )
2.voc,(SEJARAH KELAS X )
Winda Rizkiana
 
6.bab 2 perang melawan voc
6.bab 2  perang melawan voc6.bab 2  perang melawan voc
6.bab 2 perang melawan voc
Winda Rizkiana
 
Perang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialismePerang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialisme
Fikri Yaqin
 
8. voc (verangde oost indische compagnie)
8. voc (verangde oost indische compagnie)8. voc (verangde oost indische compagnie)
8. voc (verangde oost indische compagnie)
SMA Negeri 9 KERINCI
 
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan BelandaPerlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Esa Alfiandika Seaman
 
Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799
Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799
Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799
MardeliaNF
 
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
Tatulrich Tatul
 
Perang padri
Perang padriPerang padri
Perang padri
Ardella Aswieri
 
Sejarah voc
Sejarah vocSejarah voc
Sejarah voc
Sally Atika
 
Perang tondano lengkap banget
Perang tondano lengkap bangetPerang tondano lengkap banget
Perang tondano lengkap banget
ttanitaaprilia
 
PERANG TONDANO I DAN II
PERANG TONDANO I DAN IIPERANG TONDANO I DAN II
PERANG TONDANO I DAN II
UNIVERSITAS HASANUDDIN
 
Pembentukan voc
Pembentukan vocPembentukan voc
Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2Cikgu Azam
 
Sejarahh VOC
Sejarahh VOCSejarahh VOC
Sejarahh VOC
Natalewi Fransiska
 

What's hot (20)

Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan BelandaSejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
Sejarah Perlawanan Indonesia selama Masa Penjajahan Belanda
 
Perang puputan dan nilai perjuangan
Perang puputan dan nilai perjuanganPerang puputan dan nilai perjuangan
Perang puputan dan nilai perjuangan
 
Makalah voc
Makalah vocMakalah voc
Makalah voc
 
2.voc,(SEJARAH KELAS X )
2.voc,(SEJARAH KELAS X )2.voc,(SEJARAH KELAS X )
2.voc,(SEJARAH KELAS X )
 
6.bab 2 perang melawan voc
6.bab 2  perang melawan voc6.bab 2  perang melawan voc
6.bab 2 perang melawan voc
 
Perang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialismePerang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialisme
 
8. voc (verangde oost indische compagnie)
8. voc (verangde oost indische compagnie)8. voc (verangde oost indische compagnie)
8. voc (verangde oost indische compagnie)
 
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan BelandaPerlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
Perlawanan Pada Masa Penjajahan Belanda
 
Tugas sejarah indonesia voc
Tugas sejarah indonesia vocTugas sejarah indonesia voc
Tugas sejarah indonesia voc
 
Sejaraht2 1 (1)
Sejaraht2 1 (1)Sejaraht2 1 (1)
Sejaraht2 1 (1)
 
Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799
Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799
Sejarah Indonesia SMA Kelas XI - Lahirnya VOC 1602-1799
 
Ppt bali
Ppt baliPpt bali
Ppt bali
 
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara
20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara
 
Perang padri
Perang padriPerang padri
Perang padri
 
Sejarah voc
Sejarah vocSejarah voc
Sejarah voc
 
Perang tondano lengkap banget
Perang tondano lengkap bangetPerang tondano lengkap banget
Perang tondano lengkap banget
 
PERANG TONDANO I DAN II
PERANG TONDANO I DAN IIPERANG TONDANO I DAN II
PERANG TONDANO I DAN II
 
Pembentukan voc
Pembentukan vocPembentukan voc
Pembentukan voc
 
Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2Sejarah tkn 2 bab 2
Sejarah tkn 2 bab 2
 
Sejarahh VOC
Sejarahh VOCSejarahh VOC
Sejarahh VOC
 

Viewers also liked

Minggu 5
Minggu 5Minggu 5
Minggu 5
colleges
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
colleges
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasicolleges
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai completecolleges
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepuncolleges
 
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mentalKepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Tiong Ee
 
Minggu 6
Minggu 6Minggu 6
Minggu 6
colleges
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 sept
colleges
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
colleges
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 sept
colleges
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
colleges
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
colleges
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
colleges
 
Minggu 9
Minggu 9Minggu 9
Minggu 9
colleges
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 

Viewers also liked (18)

Asradian
AsradianAsradian
Asradian
 
Mmp 0001
Mmp 0001Mmp 0001
Mmp 0001
 
Minggu 5
Minggu 5Minggu 5
Minggu 5
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasi
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai complete
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepun
 
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mentalKepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
Kepentingan pendidikan jasmani dari aspek perkembangan mental
 
Minggu 6
Minggu 6Minggu 6
Minggu 6
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 sept
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 sept
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 
Minggu 9
Minggu 9Minggu 9
Minggu 9
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Darurat
DaruratDarurat
Darurat
 

Similar to Faktor2 perjanjian inggeris belanda

Proyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke Nusantara
Proyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke NusantaraProyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke Nusantara
Proyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke Nusantara
Muhammad Iqbal
 
9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda
9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda
9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda
SMA Negeri 9 KERINCI
 
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Nadya Shafirah
 
Bab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptx
Bab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptxBab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptx
Bab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptx
EdukasiSejarah
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Pemerintahan raffles di indonesia
Pemerintahan raffles di indonesiaPemerintahan raffles di indonesia
Pemerintahan raffles di indonesia
Suratno Ratno Miharjo
 
78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt
78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt
78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt
Jimlifaraby
 
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIPERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMI
suziana15
 
Bab1 t2
Bab1 t2Bab1 t2
Bab1 t2
fasila114
 
Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020
Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020
Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020
RiyanAdita
 
Sejarah VOC
Sejarah VOCSejarah VOC
Sejarah VOC
Davis Lesmana
 
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa IndonesiaPenjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Hana Medina
 
Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.
Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.
Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.
dinailmikamila
 
Pemerintahan kolonial
Pemerintahan kolonialPemerintahan kolonial
Pemerintahan kolonial
Fatmawati Mustofa
 
Deandless.ppt
Deandless.pptDeandless.ppt
Deandless.ppt
nuryana30
 
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesiaPerluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Irmawati Lubis
 
KEDATANGAN BELANDA KE INDONESIA
KEDATANGAN BELANDA KE INDONESIAKEDATANGAN BELANDA KE INDONESIA
KEDATANGAN BELANDA KE INDONESIA
ongky pratama
 
belandaautosaved-170215043411.pdf
belandaautosaved-170215043411.pdfbelandaautosaved-170215043411.pdf
belandaautosaved-170215043411.pdf
Jimlifaraby
 

Similar to Faktor2 perjanjian inggeris belanda (20)

Proyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke Nusantara
Proyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke NusantaraProyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke Nusantara
Proyek 1 : Kedatangan Bangsa Eropa ke Nusantara
 
9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda
9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda
9. terbentuknya pemerintahaan kolonial hindia belanda
 
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
 
Bab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptx
Bab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptxBab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptx
Bab 1 Kolonialisme dan Imperialisme Eropa di Indonesia.pptx
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Pemerintahan raffles di indonesia
Pemerintahan raffles di indonesiaPemerintahan raffles di indonesia
Pemerintahan raffles di indonesia
 
78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt
78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt
78621671-Kedatangan-Belanda-Ke-Indonesia.ppt
 
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMIPERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN EKONOMI
 
Bab1 t2
Bab1 t2Bab1 t2
Bab1 t2
 
Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020
Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020
Jemi marsela xi mipa dan ips pertemuan ke 1 dan ke 2_jumat 14 agustus 2020
 
Sejarah VOC
Sejarah VOCSejarah VOC
Sejarah VOC
 
Sejarah kelompok 2
Sejarah kelompok 2Sejarah kelompok 2
Sejarah kelompok 2
 
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa IndonesiaPenjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
 
Nota ringkas bab 1 ting 2
Nota ringkas bab 1 ting 2Nota ringkas bab 1 ting 2
Nota ringkas bab 1 ting 2
 
Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.
Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.
Kondisi Masyarakat Indonesia pada Masa Penjajahan.
 
Pemerintahan kolonial
Pemerintahan kolonialPemerintahan kolonial
Pemerintahan kolonial
 
Deandless.ppt
Deandless.pptDeandless.ppt
Deandless.ppt
 
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesiaPerluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
 
KEDATANGAN BELANDA KE INDONESIA
KEDATANGAN BELANDA KE INDONESIAKEDATANGAN BELANDA KE INDONESIA
KEDATANGAN BELANDA KE INDONESIA
 
belandaautosaved-170215043411.pdf
belandaautosaved-170215043411.pdfbelandaautosaved-170215043411.pdf
belandaautosaved-170215043411.pdf
 

Faktor2 perjanjian inggeris belanda

  • 1. Faktor-faktor perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Pengenalan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia. Faktor-faktor membawa kepada perjanjian 1. Persaingan perdagangan di Timur Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara. Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain. Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon. Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan perdagangan mereka kemudian bertumpu di India. 2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Negeri Belanda dengan British adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British. Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu, pihak British benar-benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Malahan, British terpaksa membantu Belanda menguatkan pasukan
  • 2. tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan. British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini disebabkan perhubungannya dengan negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya yang pada satu ketika dahulu sama- sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England kerana perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadi penyokongnnya di Eropah. Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang berpotensi. 3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurang strategik memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka. Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819. Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura. Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda. Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824. 4.Kemajuan Singapura Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan-pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.
  • 3. 5.Masalah kewangan Belanda Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British. Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta. Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.